Sunday 1 April 2018

Angel 14

Hari ni hari pembuli sedunia ke?

Angel mendengus tatkala ternampak Rhea yang sedang merenungnya dengan pandangan sinis.  Bukan itu sahaja, Im Jaebum, Akira dan Tae Min turut ada bersama gadis itu.

Great. Here come disaster!

Akira dan Tae Min melirik Angel tanpa berkelip. Tetapi hanya Jaebum yang datang menghampirinya. Angel perasan anak guardian Rhea, Chizuru sedang duduk berkumpul dengan kawan-kawan lelakinya sambil menjeling Ayumi.

Angel syak rakan-rakan Chizuru merupakan anak guardian Tae Min dan Akira. Im Jaebum pula membuang masa sementelah Putera Sean kini giat membuat kerja kebajikan.

Angel sebenarnya sedang menjaga Ayumi. Gadis itu ketika ini sedang minum bersama ibunya di sebuah kafe. Mereka berdua sedang beristirehat melepaskan lelah selepas window shopping bersama.

"Hai Red. Marilah duduk dengan kami. Takkan tak sudi."Pelawa Im Jaebum.

Angel terasa ingin menumbuk muka lelaki itu. Malah lebih seronok jika tumbukannya boleh mematahkan sebatang dua gigi Im Jaebum.

Dia geram Im Jaebum masih boleh berlagak seperti mereka merupakan kenalan lama. Lelaki itu mungkin sudah lupa tentang kisah lama tetapi tidak bagi Angel.

Segala perbuatan mereka yang dahulu masih berbekas di dalam kotak fikiran Angel. Tidak semudah itu dia akan memaafkan mereka.

" Go away, J." Desis Angel.

Im Jaebum semakin mendekati. Amaran Angel tidak diendahkan oleh lelaki itu.

" Aww, Come on"

Zapp!

Tangan Im Jaebum yang cuba memegang lengan Angel ditepis kasar. Im Jaebum terpana melihat Angel memegang busur miliknya.

"Don't you ever touch me again. Or else..."Mata Angel tajam menikam Im Jaebum.

Darah muda Im Jaebum bergelora. Dia melibas tangan kanannya beberapa kali sebelum memeriksa tangan kanannya. Kesan garisan bewarna merah melekat dari ibu jari sehingga ke jari kelingking.

Pada waktu yang sama rakan-rakan Im Jaebum datang menghampiri. Angel menegakkan tiga jari, Memunculkan tiga anak panah.

" Bitch!"Pekik Tae Min.

Im Jaebum mengangkat tangan, Mengisyaratkan rakannya agar tidak terburu-buru untuk menyerang Angel.

"See, Aku dah beritahu. This bitch over here dah berani nak lawan kita." Rhea meluncur turun di sebelah Jae Bum.

"Cool down guys." Kata Im Jaebum.

Dia ada reputasi untuk dijaga. Pasti timbul masalah jika orang tahu pembantu Putera Sean bergaduh di dunia mortal.

"Come on, J. Sejak bila kau jadi soft? Dan kau," Rhea menuding jari telunjuk ke arah Angel."Aku tak puas hati lagi pasal kes di restoran hari tu. Suka hati kau je nak malukan anak guardian aku. Berlagak!"

"Atau dia nak jadi macam Warrior Killian. Kalau bukan sebab ayah dia, Pasti ramai Warrior Angel takkan mati" Bentak Tae Min.

Dia turut terasa sakit melihat tangan Im Jaebum yang merah. Kalau bukan disebabkan halangan Jaebum, Pasti dia sudah mengajar Angel.

Walaupun Angel sudah berubah cantik, Tidak bermakna dia boleh menyakiti rakan-rakannya.

Angel tersentap mendengar hinaan Tae Min. Kenapa? Kenapa setelah begitu lama mereka masih mengungkit kisah ayahnya?

Kemarahan menguasai hati Angel. Dia mengangkat busur dan menarik anak panahnya yang tersedia pada string ke arah mereka berempat.

Mereka berdiri kaget. Akira dengan pantas berdiri di hadapan Rhea. Disebabkan mereka tidak mencapai tahap tinggi seperti Angel, Mereka tidak dikurniakan senjata seperti gadis itu.

"Are you crazy?" Jerit Rhea dari belakang Akira.

"Angel, Please. Kita bincang, Okay?"Pujuk Im Jaebum.

"Sekali lagi korang sebut nama ayah aku dengan mulut busuk korang tu, Aku takkan teragak-agak untuk lepaskan anak panah ni. Dan aku akan mulakan dengan kau, J. Mark my word"

Ibu Ayumi tiba-tiba bangun sambil memegang tangan Ayumi. Dia bergegas membawa tangan Ayumi keluar dari kafe.

Ayumi yang terpinga-pinga hanya menurut langkah ibunya. Angel menyimpan busur miliknya sebelum meluncur keluar dari kafe, Mengikut Ayumi dan ibunya.

"Urghhh, Bencinya aku!"Bentak Rhea.

" Shut it, Rhea."

Rhea membuntangkan mata ke arah Im Jaebum. "Seriusly? J, Dia sasarkan kepala kita kut!"

Im Jaebum jungkit bahu. "Aku tahu. Tapi itu yang buatkan aku makin tertarik"

Rhea memeluk tubuh, Merenung Jaebum dengan rasa tidak puas hati.

"Rhea cakap betul, J. Takkan kita nak biarkan budak tu macam tu je?" Tae Min tak puas hati.

Im Jaebum tidak menjawab. Kesn libasan Angel diciumnya dengan senyuman. Akira merenung Rhea yang memeluk tubuh dengan wajah bengang.
Api dendam semakin marak menyala di dalam dada Rhea.

'Jaga kau, Angel'


          Hari ini mereka akan belajar terbang secara praktikal. Guru Shay meminta mereka berlatih dahulu sementara dia membawa seorang pelajar yang tiba-tiba pening dan loya.

Pelik, Belum terbang sudah mabuk udara. Angel kecil melebarkan sayap. Dia mahu memulakan penerbangan pertama.

Buk!

Belakang badannya dilanggar ketika kakinya baru sahaja terlepas dari lantai kristal. Angel jatuh tersungkur menyembah lantai. Telinga Angel menangkap suara ketawa mengejek.

Im Jaebum dan konco-konconya berdiri mengelilingi Angel. Beberapa orang rakan sekelas minoriti yang lain memandang simpati. Mahu membantu tetapi mereka takut pada Jaebum dan geng beliau.

Angel mengesot sambil memegang belakang badannya yang perit.

"Kau memang tak guna. Sama macam ayah kau" Rhea membaling fairy dust ke muka Angel, Menyebabkan badan Angel berkelip keemasan.

Perbuatan Rhea diikuti oleh geng-geng Im Jaebum. Penumbuk dan sepakan disasarkan ke tubuh kecil Angel yang tidak mampu melawan. Angel terdorong ke belakang apabila rambut tocangnya ditarik seseorang. 

Angel menjerit kesakitan namun tiada sesiapa yang sudi membantu. Akar rambutnya seperti ingin tercabut angkara ditarik oleh Rhea.

"Mak kau pun dah mati. Dia sakit lepas lahirkan kau. Kau memang bawa malang." Suara Tae Min kedengaran.

Angel menangis teresak-esak. Sungguh hairan bagaimana kanak-kanak sepuluh tahun seperti mereka mampu menjadi pembuli tegar.

Tapi, Dia tidak bersalah. Bukan dia yang meminta ibunya jatuh sakit. Atau ayahnya mati dalam pertempuran melawan demon. 

"Kau baik mati je. Kau tak layak jadi Angel. Nanti kau akan jadi pembunuh macam ayah kau!" Jaebum menunjal dahi Angel.

Angel menggunakan lengan, Cuba melindungi kepalanya. Tanpa simpati Im Jaebum dan rakan-rakannya meneruskan kegiatan buli. Mereka hanya berhenti apabila terdengar bunyi kilat beserta cahaya terang. 

"Apa yang kamu buat!" Suara ibarat guruh itu menyebabkan Im Jaebum dan rakan-rakannya berundur ke belakang, Meninggalkan Angel yang terdampar di atas lantai.

Gaun putih Angel terkoyak sedikit di bahagian butang. Rambutnya yang diikat satu sebelum ini menjadi kusut masai. 

Prime, Ketua sekolah Scarlet Heart menghampiri Angel yang mengonggoi kesakitan. Tubuh kecil Angel diangkat olehnya dengan penuh berhati-hati. Sepertinya Angel adalah kaca yang mudah pecah dan perlu diselia dengan baik.

Di waktu itu juga Guru Shay kembali dari bilik rehat. Angel tidak tahu apa yang berlaku selepas itu. Dia terlalu sibuk menangis sehingga tertidur dalam kesakitan.


Angel membiarkan air mata mengalir menuruni pipi. Memori terakhir menjadi mangsa buli Im Jaebum dan rakan-rakannya bukan mudah untuk dilupakan.

Selepas peristiwa itu, Angel dihentikan sekolah dan memulakan pelajaran secara privasi. Disebabkan dia anak yatim, Maka tiada ibu atau ayah yang boleh mempertahankan dia dari menjadi mangsa ibu serta ayah Im Jaebum dan rakan-rakannya.

Tidak cukup dengan geng Im Jaebum, Dia pula yang diberhentikan sekolah. Angel diberikan private tutor untuk menyambung pelajaran di rumah jagaan. Namun nasibnya berubah apabila diterima masuk ke Dry Land.

Angel mencari Orion Constellation dalam butiran bintang di dada langit. Setiap kali melihat Orion Constellation dia akan segera teringat kepada ayah.
Dia tidak percaya ayah merupakan punca kematian 50 orang warrior Angel dalam menjalankan satu misi dahulu.

Walaupun dia berikrar untuk menjadi kuat seperti ayah, Im Jaebum dan rakan-rakannya memastikan Angel mengingati kisah ayahnya hampir setiap hari.

Tapi, Itu semua tidak penting. Dia bukannya Angel yang dahulu. Dan ayah bukannya seperti yang mereka omokkan kepadanya.

Dia pasti.

***

Damian merebahkan badan ke sofa. Melepaskan lelah selepas seharian bekerja.

Sejak peristiwa dia meluahkan perasaan, Dia langsung tidak bertemu dengan Angel.

Malah, Setiap kali dia menjemput Ayumi di pejabat kelibat Angel tidak kelihatan. Damian sedar Angel melarikan diri daripadanya.

Buzz!

Telefon bimbitnya yang berada di atas meja bergetar. Damian mencapai telefon bimbitnya. Dia segera bangun dari sofa apabila nama Ice tertera pada kaca skrin. Damian menekan punat yes, Menjawab panggilan Ice.

"Yo, Bro. Apasal?"

"Damian, Kau ada masa tak untuk aku?" Suara Ice kedengaran pelik.

Damian bingkas bangun dari sofa. "Ice, Kau okay ke tak ni?"

Dari corong telefon Damian dapat mendengar Ice bergerak seperti sedang melakukan sesuatu. Bunyinya seperti kelam-kabut sahaja.

"Ice" Panggil Damian agak tinggi.

"Bro, Aku...Look, Aku tak tahu macam mana nak explain. Aku cuma nak beritahu yang aku on the way untuk ke Dry Land."

"Huh, Kau nak buat apa sana?"

"Aku nak cari sesuatu"

Damian tidak enak hati. Dia sudah cukup mengenali lelaki itu untuk tahu bahawa ada sesuatu yang disembunyikan oleh Ice.

"Bro, Kau ok? Kau nak aku datang sana sekali ke?"

"No. Maksud aku, Ada sesuatu yang perlu aku lakukan di Dry Land. Nantilah aku cerita." Halang Ice.

"Is this about Snow?" Teka Damian.

Helaan Ice kedengaran di talian sebelah. Damian pasti tekaannya benar apabila Ice tidak menjawab.

"Ice, It has been two years since she's gone"

"Aku tahu. Tapi, Aku cuma perlukan closure."Balas Ice.

" Bro, Aku jumpa kau kat sana?"

"No. Just...look, Aku cuma nak beritahu kau yang aku nak ke Dry Land. In case something happen. Dan, Aku akan ke sana secara rahsia."

"Kenapa?" Damian semakin risau.

"Aku akan explain nanti selepas aku dapatkan kepastian." Ice mematikan talian.

Damian merenung telefon bimbitnya dengan perasaan bercampur. Dia cuba mendail semula nombor Ice, Namun telefon rakannya itu sudah ditutup.

Closure.

Selama dua tahun ini Ice tidak pernah putus asa mencari memorinya yang hilang. Jadi, Kenapa perlu dia beralah?

Damian nekad. Dia akan mendapatkan Closure daripada Angel. By hook or by crook.


No comments:

Post a Comment

Mirna 9

"Here is the plan. Untuk mengaburkan mata orang ramai di sini, saya akan jadi ayah awak berdua. Kita datang ke sini untuk bercuti selep...