Friday 23 February 2018

Wicked Love 14

Bunyi ketawa menarik perhatianku ke satu sudut. Kelihatan Clara dan rakan-rakannya sedang berbual rancak dengan Julie.

Aku melihat sekeliling, Cuba mencari kelibat Ice. Sejak majlis tempoh hari, Julie dan Ice menjadi seperti belangkas. Ke hulu dan ke hilir berduaan.

Tetapi hari ini bayangan Ice pun tidak kelihatan. Aku menutup buku yang sedang kubaca ke dalam beg. Mahu mengundurkan diri sebelum melihat kemesraan antara Ice dan Julie yang sering mereka pamerkan.

Sambil memegang gelas berisi smoothie chocolate banana, Aku berjalan melintasi kumpulan Clara.

Secara tiba-tiba Julie bangun dari kerusi yang didudukinya dan terlanggar aku yang sedang berjalan.

"Arghhh!" Jeritan Julie menarik perhatian semua pelajar yang turut berada di cafe.

"Hey, Apa kau buat ni?" Clara membantu Julie mengelap bajunya yang sudah terkena smoothie milikku.

"Maaf, Saya tak sengaja" Aku cuba membantu Julie, Tapi tanganku ditepis olehnya.

"Julie!" Suara Ice kedengaran lantang di belakang.

"Prince Ice, Tengok ni" Adu Julie.

Aku terkulat-kulat apabila mata biru Ice mencerlung ke arahku. 

"Buta ke?! Lain kali hati-hati sikit." Marah Ice.

Julie tersenyum sinis. Clara dan rakan-rakannya menoleh sesama sendiri.
Damian yang berdiri di sebelah Ice menoleh ke arah aku dan Ice berulang kali.

"Maaf...presiden" Aku menundukkan kepala. 

Air suam terasa bergenang di tubir mataku. Ice, Besar sangatkah kesalahan aku sampai kau sanggup tengking aku begini?

"You're so clumsy. Kalau Julie terkena air panas macam mana?!" Marah Ice lagi.

"Ice, Sudahlah tu."

"Kau jangan masuk campur." Ice menuding jari ke arah Damian.

Damian mengangkat tangan, Akur dengan arahan Ice.

"Dahlah Prince Ice. Mari pergi"
Ajak Julie sambil mengaut lengan Ice.

"Kali ini aku lepaskan kau. Jangan sampai perkara ni berulang lagi." Ice memberi amaran sebelum melangkah pergi dengan Julie.

Clara dan rakan-rakannya juga berlalu meninggalkan aku. Clara mengaut lengan Damian tetapi ditepis oleh lelaki itu.

"Damian...!" Rengek Clara.

"Kita di public. Dan aku masih dalam waktu bekerja." 

"Fine!" Clara menghentak kaki dan berlalu pergi. 

Sekarang hanya Damian yang tinggal di sisi. Dia menunduk, Mengutip gelas di atas lantai yang masih bersisa smoothie.

Setitis air mataku jatuh ke pipi. Pantas aku mengelap dengan tapak tangan.

"Awak okay?" Tanya Damian. 

"Yup, Thanks." Kataku.

"Air awak dah habis. Biar saya berikan yang baru." Pelawa Damian.

Aku menggelengkan kepala. "Tak apa. Nanti Clara cakap apa pula."

Damian mengeluh sebelum mengangguk. 
Tanpa menunggu lama aku menghayun kaki, Meninggalkan cafe dengan hati yang remuk.


          Lilith turut bersimpati tatkala aku menceritakan tentang kisah petang tadi kepadanya. 

"Dia bencikan aku, Lilith." Aku membiarkan pipiku yang basah.

Mataku terasa pedih kerana terlalu lama menangis. 

"Master, Please be strong."

"Aku sakit hati Lilith. Dia tak pernah tengking aku macam tu sepanjang kami bersama dulu. He's so nice and gentle. Tapi dia dah berubah. Dan, Aku tak tahan tengok dia bersama dengan Julie. Selama ini aku percaya yang aku akan dapat teruskan hidup tanpa dia. Rupanya aku silap besar Lilith." 

"Oh Master, Bagaimana saya boleh bantu Master?" 

Aku mengangkat bahu. "Ini semua salah saya. I deserve this"

"Master, Tolong jangan fikir begitu."

"Dia bencikan aku, Lilith. Tapi aku sayangkan dia. Sayang sangat-sangat."

Aku memeluk lutut dan merebahkan kepala ke lengan. Melepaskan segala kesakitan di hadapan Lilith.

***

Damian terasa ingin termuntah melihat kemesraan antara Ice dan Julie. Sejak beberapa hari ini, Perangai Ice semakin menjadi-jadi.

Kerja Ice semakin banyak tertangguh.
Mana tidaknya kalau setiap hari asyik berkepit dengan Julie.

Sudahnya dia yang terpaksa menghabiskan kerja Ice.

"Damian!" Panggil Ice.

Damian mengetap gigi sebelum bangun dari meja kerja Ice dan berjalan menghampiri tuannya.

"Yes?"

"Julie nak buat parti untuk rakan-rakan dia."

"Clara akan datang juga" Tambah Julie.

Damian terasa ingin menembak kepalanya. Ice nak buat parti untuk Julie? Ice tak pernah kisah pasal hari pertabalan dia sebagai putera pun!

"Jadi?" Tanya Damian bingung.

"Kau kena tolong Julie sediakan parti tu." Kata Ice dengan nada mengarah.

"Wait, What?"

"Ada masalah ke?!" Tanya Ice.

"Ice, Boleh aku cakap dengan kau. Berdua?"
Pinta Damian.

Julie yang mulanya keberatan akhirnya akur dan berganjak keluar dari pejabat Ice.
Dia menjeling marah ke arah Damian.

"Apa kau nak cakap?" Ice bangun, Bergerak ke arah pantry untuk mengambil air.

"Apa dah jadi dengan kau?"

"Huh? Aku tak faham."

"Julie. Apa semua ni? Okay, Aku faham kau nak balas dendam pada Snow. Tapi, Takkan kau nak mainkan perasaan Julie?"

Ice ketawa besar dengan kata-kata Damian. 

"Kelakarlah kau. Aku tak main-main pasal Julie. Aku betul-betul sukakan dia. Dan Snow? Aku bencikan dia. Can't help it. Aku harap dia mati"

Damian ternganga luas. Ice menuang air ke dalam gelas dan menghirup air dengan rakus.

"Ice, Kau okay ke tak ni?"

Ice menghentak gelas kaca ke atas pantry. Dia memandang Damian dengan serius.

"Damian, Kau kawan aku yang paling setia. Dan aku harap kau akan kekalkan status kau tu. So, Stay away from my personal life."

"Kau serius bencikan Snow?"

"Ada apa dengan dia? Julie lebih sesuai untuk aku. Dia akan jadi Permaisuri yang baik untuk rakyat Iceland nanti. Don't you think?"

Yeah, Permaisuri yang suka berparti, Desis hati Damian.

"Fine. By the way, Esok kau ada perjumpaan dengan enam magician dari negara lain." Pesan Damian.

"Perjumpaan? Untuk apa?" Soal Ice.

"Pasal isu Luther Fang. Kau kena bergabung dengan enam magician lain, Remember?"

"Oh, Okay" Balas Ice seperti tidak berminat.

Damian semakin pelik melihat sikap Ice.



          "Apahal bos kau tu?" Whisper berdiri di atas meja makan.

Dia sendiri pelik selepas mendengar cerita Damian.

"Itu yang aku tak faham. Sejak Julie ada ni dia dah berubah jadi orang lain. "

"Hurm, Something smell fishy" Whisper membelai misainya.

"Maksud kau?"

"Yalah, Kau cakap lepas Julie sampai tuan kau dah jadi macam orang lain." Terang Whisper.

"Yes. Ice ikut je cakap Julie macam orang bodoh. Can you believe that?"

"Macam mana dengan Snow?" 

Damian mengeluh. "Ice cakap dia bencikan Snow."

Whisper mendiamkan diri, Berfikir sedalam-dalamnya. 

"Biar aku siasat pasal hal ini. Kau jaga tuan putera baik-baik." Pesan Whisper lantas melompat turun ke bawah.

"Kau nak buat apa?" Tanya Damian.

Whisper tidak menjawab sebaliknya terus menghilang di sebalik pintu.

***

Luther Fang ketawa besar mendengar cerita Encantado. Wanita itu menggoyangkan badan dalam keadaan menggoda di hadapan Luther Fang namun lelaki itu hanya memandang tanpa perasaan.

"Jadi Putera Ice dah benci pada pewaris ketujuh? Bagus."

Encantado menyeringai kesukaan apabila dirinya dipuji oleh Luther Fang.

"Tapi pewaris ketujuh nampaknya masih mempunyai perasaan pada Prince Ice" Adu Encantado.

Luther Fang mencekak leher Encantado Menyebabkan makhluk itu tercungap ketakutan.

"Apa?!"

"Saya tak tipu. Dia nampak sedih setiap kali saya bersama dengan putera."

"Tak mungkin!" 

"Master, Saya takkan salah. Saya pasti mereka berdua ada hubungan"

Luther Fang mengemaskan cengkamannya di leher Encantado. 

"Mm...aster..." Encantado menepuk tangan Luther Fang.

Bagaikan tersedar Luther Fang melepaskan leher Encantado sambil mendengus kasar. Encantado bersandar di sebatang pokok sambil tercungap menarik nafas.

Luther Fang mengepal penumbuk. Dia tidak akan membiarkan peristiwa lima ratus tahun dahulu berulang kembali.

"Master masih mahukan gadis tu? Walaupun dia mencintai orang lain?" Tanya Encantado dengan nada kecewa.

Sungguh dia bencikan Snow. Dia tidak faham kelebihan wanita itu yang menjadi dambaan Luther Fang.

"Encantado, Kalau aku tak dapat dia, Aku akan pastikan tiada sesiapa yang akan dapat"

Encantado benar-benar kalah dengan Snow Dan dia bencikan kekalahan. Api dendam mula membara di dalam hatinya.

***

Hari ini selepas latihan netball tamat, Aku terus ke perpustakaan untuk meminjam buku. Kerana terlalu asyik mencari buku rujukan, Sedar-sedar sahaja hari sudah larut malam.

Laluan untuk kembali ke bangunan penginapan sunyi sepi. Aku melajukan langkah apabila bulu romaku tiba-tiba naik.

Janganlah ada spirit yang ikut aku balik ke bilik malam ini!

"Hello!"

"Arghhh!" Aku menjerit terkejut.

Julie tersenyum kecil. Dia yang sedang bersandar di dinding meluruskan badan sebelum melangkah beberapa tapak ke hadapan.

"Hhh...hello"

"Snow, Right?"

Aku mengangguk perlahan.

Julie memeluk tubuh. Senyuman sinis masih belum hilang dari wajahnya.

"Who would expect yang kau pewaris magician ketujuh"

Aku terpempan. Pewaris Magician ketujuh?

"Sorry, Saya tak faham."

"Cut it off! Kau ingat aku bodoh macam orang lain?" Riak Julie berubah penuh kebencian.

"Maaf, Saya pergi dulu"

Aku berjalan, Melintasi Julie yang menghalang laluan.
Julie menarik beg sandangku sehingga aku terdorong ke belakang.

Kedua lenganku digenggam oleh Julie.

"Ouch!!!" Aku menolak Julie apabila kukunya terasa melekap sehingga ke daging.

"Sakit? Huh, Kau tak layak langsung untuk Dark Master"

Bulat mataku mendengar ayat Julie. Aku yakin bahawa aku tidak salah mendengar apabila biji mata Julie bertukar hijau.

"Siapa kau?"

Julie menyeringai sebelum kulitnya bergerak-gerak sehingga membentuk wajah seorang wanita yang tidak aku kenali.

Wajahnya pucat beserta dengan kesan maskara yang comot pada lingkaran mata.

"Aku akan tunjuk pada Dark Master bahawa aku lebih layak untuk jadi permaisuri dunia gelap!"

Sebilah pisau dikeluarkan oleh wanita ini.
Dia menolak aku sebelum mengelar lengannya berkali-kali.

Aku yang jatuh terduduk hanya mampu memandangnya yang menjerit kesakitan.

No comments:

Post a Comment

Mirna 9

"Here is the plan. Untuk mengaburkan mata orang ramai di sini, saya akan jadi ayah awak berdua. Kita datang ke sini untuk bercuti selep...