Thursday 5 April 2018

Mirna 2

Selesai sahaja membuat bulatan daripada tanah yang diambil dari kawasan perkuburan, Mirna mengeluarkan sebatang lilin bersaiz besar berwarna hitam. Kemudian tangannya menggagau mencari pemetik api di dalam beg.

"Hati-hati. Kalau spirit tu mengamuk, Jangan tunggu. Terus keluar,"

Mirna menggaru telinga. Dia baru sahaja membuat persediaan. Tetapi Peter, Rakan yang juga gurunya ini sudah memesan perkara yang sama sebanyak 15 kali.

Itu belum lagi dia membuat summon spell untuk memanggil Spirit Mr. Henry. Agaknya Peter yang menjerit dan melarikan diri dulu.

"Hait, Sensei." Tawa Mirna lantas membaca protectin spell seperti yang telah diajar oleh Peter.

Peter membuat muka marah. Sejak kebelakangan ini Mirna memang suka membuat gurauan akan nasihat yang diberikan olehnya.

Adakah disebabkan Mirna sudah remaja?

Dia masih ingat saat pertama kali mengajar Mirna tentang Necromancy dan menjadi seorang medium.

Dulu Mirna lebih serius dalam pelajaran berbanding sekarang. Mata Peter meleret melihat Mirna memunggah barang-barang daripada beg sandangnya.

Bedak compact, lipstick, eyeliner, Eyeshadow dan kemudian barulah dia menemui pemetik api. Peter mengurut dahi.

"Ah, Saya ingatkan tak bawa"

"Saya serius, Mirna. Ini kali pertama awak panggil Spirit yang dibunuh. Ingat lagi tak pengajaran awak?"

"Spirit yang dibunuh akan menyimpan dendam terhadap pembunuhnya. Jadi dia akan lebih agresif berbanding spirit biasa" Mirna mengetuk kepalanya dengan jari telunjuk. "Saya ingatlah"

Mirna memetik api, Menyalakan lilin hitam yang dipegangnya dengan tangan.  Pemetik api disimpan kembali ke dalam poket gaun.

"Ready?" Tanya Mirna dan dibalas dengan anggukan oleh Peter. Mirna membaca spell untuk memanggil Spirit Mr. Henry.

"Peaceful dead,
     I call thee,
         Choosen spirit,
             Come talk to me"

Mirna memejamkan mata,Menajamkan deria untuk memastikan jika spirit Mr. Henry ada berdekatan dengan mereka.

Jika benar Mr. Henry telah mati dibunuh, Tentunya lelaki itu tidak akan muncul dengan senang hati.

Mirna menoleh ke arah Peter yang berdiri di sebelahnya di dalam bulatan itu. Peter menggeleng petanda Mr. Henry maaih belum muncul.

Atau sebenarnya mencari peluang untuk menghalau mereka keluar daripada rumahnya ini.

Dan Peter memilih kemungkinan yang kedua.

Mirna mengulang semula spell tadi berulang kali. Sebutannya lebih lancar dan laju. Tangan Mirna semakin kuat menggenggam lilin hitam di tangan.

Api lilin bergoyang-goyang namun Mirna tidak putus-putus menyebut spell untuk memanggil spirit.

"Come to us, Show yourself Mr. Henry!' Mirna mengangkat lilin hitam ke udara.

Satu jeritan nyaring bergema di dalam rumah agam tersebut. Bilik itu semakin mengecil dengan kegelapan yang kian menyelubungi.

Dalam bulatan yang dibuat Mirna, Muncul bayangan anjing hitam besar yang menyalak ke arah Mirna.

Gigi taringnya kelihatan setiap kali anjing tersebut menyalak namun Mirna membuat muka kosong.

" Saya tak takut Mr. Henry. Saya datang untuk bercakap dengan awak"

Menyedari salakannya tidak diendah, Anjing tersebut mula menerpa ke arah Mirna. Namun tubuh anjing tersebut hilang menjadi zarah kecil sebaik memyentuh tubuhnya.

Mirna memejamkan mata, Geram.

"Sekurangnya kau tak takut," Balas Peter. Dia kagum Mirna berjaya melepasi halangan pertama.

Bayangan anjing tadi hanya khayalan. Jika Mirna takut, Pasti misi mereka akan gagal dan yang paling buruk adalah mereka berdua akan dipanggil ke Spirit Realm.

"Hey, Mr Henry old guy. Aku panggil baik-baik kau buat macam ni. Degil!"

Peter ketawa melihat Mirna mengibas rambutnya. Bimbang sisa anjing hitam tadi melekat pada mahkota wanitanya itu.

Sekali lagi teriakan nyaring kedengaran seolah-olah menanggung kesakitan yang amat sangat sebelum muncul bayangan dalam bulatan tersebut.

Mirna berhenti mengipas rambut dan memfokuskan pandangan kepada tubuh lelaki separuh abad yang berada di hadapan mereka.

Lelaki itu yang menunduk mengangkat wajahnya ke arah Mirna dan Peter, Menampakkan lehernya yang mempunyai kesan kelar. Nasib baik dia muncul dalam pakaian terakhirnya iaitu baju t-shirt putih dan seluar tidur. Asap nipis muncul dan terapung ke udara dari seluruh tubuh.

"Mr. Henry?"

"Keluar dari rumah aku!"

Mirna menelan liur. Otak sengetnya sempat memuji kekacakan Mr. Henry meskipun dengan kesan hitam yang terdapat pada lingkaran mata lelaki itu.

"Saya Mirna. Saya datang untuk bantu awak."

Mr. Henry memandang Mirna sebelum menunduk semula.

"Anak aku, Isteri aku, Di mana mereka?!"

Mirna menoleh Peter sebelum memandang semula ke arah Mr. Henry.

"Mr. Henry, Maafkan saya. Tapi, Awak takkan jumpa mereka di sini."

Mr. Henry semakin menunduk. Tidak lama kemudian terdengar tangisannya mendayu-dayu memanggil nama ahli keluarganya.

"Mr. Henry, Please let me help you." Pinta Mirna masih tidak berani memdekati lelaki itu.

"Mereka bunuh isteri aku. Mary, Dia wanita yang baik. Sangat cantik. Tapi mereka bunuh dia." Mr. Henry menggomel sendiri.

Mirna menggomel di dalam hati. Nampaknya Mr. Henry mahu membuat luahan perasaan pula.

"Boleh saya tahu siapa mereka?"

Mr. Henry mengangkat kembali wajah. Matanya merah merenung Mirna.

"Jimmy Wheezy! Dia mahukan isteri aku. Dan dia bunuh anak-anak aku yang tak bersalah!"

"Maaf, Saya tak kenal siapa Jimmy Wheezy"

"Aku dah bunuh dia."

Mirna ternganga. Mr. Henry melihat tangannya sebelum ketawa galak.

"Aku dah bunuh dia. Syaitan tu muncul semula lepas membunuh aku. Dia inhat dia boleh terlepas. Kau tak tahu macam mana reaksi dia masa aku muncul semula depan mata dia." Mr. Henry ketawa kemudian menangis dan ketawa lagi.

Peter menguis lengan Mirna, Memberi isyarat agar Mirna segera membantu Mr. Henry kembali ke Spirit Realm.

"Macam mana awak bunuh dia?" Tanya Mirna. Dia perlu melayan emosi Mr. Henry dahulu sebelum memujuk lelaki itu.

"Dia lalu di hadapan rumah aku selepas sekian lama aku menunggu. Aku masih ingat dia walaupun dia dah tua. Maksud aku, Macam mana aku nak lupakan muka orang yang dah musnahkan keluarga aku"

Mirna mengangguk. "You are right. Then?"

"Aku ikut dia ke rumah. Aku tanya dia di mana anak dan isteri aku. Tapi, Dia tak habis-habis minta maaf buat aku rasa jengkel. Nak mohon simpati konom. Dia tak tunjuk simpati pun semasa bunuh aku dulu. Jadi, Aku nak dia rasa apa yang aku rasa. Aku biarkan rumah dia terbakar dengan dia di dalam." Mr. Henry ketawa mengekek.

"Jadi awak dah balas dendam." Komen Mirna.

Mr. Henry memeluk tubuh dan menggoyangkan badan ke depan dan belakang.

"Mr. Henry, Saya minta maaf atas kehilangan awak. Tapi, Awak tak boleh tinggal di sini. Biar saya bantu awak untuk bersama dengan keluarga awak semula." Pujuk Mirna.

"Tidak. Ini rumah aku. Rumah ini aku bina untuk isteri dengan anak-anak aku!"Tengking Mr. Henry. Peter memegang lengan Mirna membuatkan satu aliran sejuk mengalir di situ.

"50 tahun lepas, Ya. Sekarang tidak lagi. Mr. Henry, Awak perlu lepaskan semua memori di sini. Tolonglah, Awak perlu kembali ke tempat yang sepatutnya"

Mr. Henry menggeleng. " Tidak. Mereka akan ambil tempat ni, Tanah ni. Mary, Isteri aku."

Mirna memerhatikan tingkah Mr. Henry. Kepalanya berfikir akan sesuatu yang kemungkinan menjadi punca Mr Henry masih kekal di rumah ini.

Lelaki itu mengaku dia sudah membalas dendam. Tapi, Dia masih mencari isterinya di sini.

"Kalau saya cari dia, Mr. Henry janji akan kembali ke tempat yang sepatutnya?"

Peter menoleh ke arah Mirna. "Apa awak cakap ni?"

Mirna tidak membalas soalan Peter. "Saya janji akan cari mayat dia dan kebumikan mayat isteri awak."

"Mirna!" Marah Peter.

"Macam mana aku nak percaya kau?" Tanya Mr. Henry.

"Awak boleh balas dendam pada saya kalau saya tipu."


          Dengan menggunakan lampu suluh dari telefon bimbit, Kaki Mirna melangkah dengan penuh berhati-hati menuruni tangga yang mempunyai kesan abu.

Dia dengan Peter kini berada di kawasan ruang tamu. Dedaunan kering memenuhi ruang bawah ini. Pepohonan liar pula mekar berkembang melalui lubang yang dimakan oleh anai-anai.

"Are you sure about this?" Tanya Peter.

"Shh, Kau ganggu aku nak fokus" Mirna mengerutkan dahi ke arah Peter.

Peter menggumam sesuatu yang tidak jelas di pendengaran Mirna. Tanpa mempedulikan Peter, Mirna memejamkan mata.

Dia melihat semula kejadian yang berlaku sebelum kebakaran. Ruang tamu yang kosong kini dilengkapi dengan perabot.

Mirna melihat ke atas. Walaupun keadaan agak kelam, Dia masih dapat melihat seorang lelaki berpakaian serba hitam. Sambil menuruni tangga, Lelaki yang tidak dikenali itu mendukung tubuh seorang wanita.

Ketika melintasi Mirna, Masa seakan berhenti membolehkan Mirna melihat kesan darah yang melekat pada baju tidur yang dipakai oleh wanita itu.

Kepala Mirna terteleng ke kiri. Tubuh wanita itu kini sudahpun disumbat ke dalam tempat pendiangan api oleh lelaki tadi.

Mirna pantas membuka mata. Peter sudah berdiri di hadapan Mirna, Menanti dengan sabar.

"Mirna?"

Mirna mengetap bibir. "Aku dah tahu kenapa Mr. Henry tak bagi orang ambil rumah ni."

No comments:

Post a Comment

Mirna 9

"Here is the plan. Untuk mengaburkan mata orang ramai di sini, saya akan jadi ayah awak berdua. Kita datang ke sini untuk bercuti selep...