Wednesday 21 February 2018

wicked love 12

Sebaik habis latihan netball, Aku memanjangkan langkah ke bilik mama. Sepanjang hari ini semua orang sibuk bercerita tentang kemunculan semula Magician Ketujuh.

Menurut mereka Magician Ketujuh akan menghapuskan Luther Fang untuk selamanya.

Hakikatnya aku cuma bertuah kerana memiliki kuasa animists. Tapi aku bukannya Magician ketujuh.

Dan semestinya bukan aku yang akan berhadapan dengan Luther Fang.

Tanpa mengetuk pintu, Aku memulas daun pintu bilik mama. Bau haruman lavender memenuhi rongga hidung. Bagi mereka yang tidak tahu paati menyangka mama memasang wangian.

Tetapi sebenarnya haruman ini merupakan ubat pelali. Ubat pelali ini berfungsi untuk membuatkan musuh berkhayal jika mereka menceroboh masuk.

Lelaki misteri atau sleeping prince, Nickname yang aku berikan kepada lelaki ini sedang berdiri merenung di tepi tingkap. Dia langsung tidak nampak terkejut dengan kedatanganku.

"Sihat?" Tanyaku.

Dia berpaling. Tangannya yang memeluk tubuh kini dijatuhkan ke sisi.

"Madam Eloisa cakap awak yang selamatkan saya. Terima kasih." Untuk pertama kalinya aku mendengar suara si
Sleeping prince.

"Masalah kecil je"Aku melibas tangan di hadapan muka.

Sleeping prince mengangkat muka.
"Menyelamatkan seseorang daripada sumpahan Dark Magic tu awak kata masalah kecil? Hebat"

Aku tidak mengendahkan kata-katanya dan melihat sekeliling, Mencari mama. Dari sipi aku nampak lelaki di hadapanku mengukir senyum.

"Mana madam?"

"Keluar." Katanya sambil melirik aku ke atas dan ke bawah.

Deja Vu.

Entah kenapa aku teringat akan Ice tatkala dia melihat aku dengan renungan begitu. Apatah lagi tatkala dia mengukirkan senyuman.

Malah senyumannya juga seakan-akan senyuman Ice.

"Apa?"Aku cuba menghapuskan debar di dalam dada.

"Nothing"

"Baguslah. Sebab awak takkan mahu Cari pasal dengan saya." Ugutku.

Dia mengangkat bahu, Masih dengan gaya santai yang membuatkan aku geram dengan ketenangannya.

"Saya tak bodoh nak cari pasal dengan gadis yang mencipta penawar racun dari Dark Magic. Dan menghantar penawar tu ke Pusat Perubatan Iceland yang dilengkapi dengan sistem kawalan ketat"

Aku menelan liur. Sleeping Prince mengorak langkah ke hadapan membuatkan aku terundur ke belakang.

"Aku tak tahu apa kau cakap"

Sleeping Prince menghentikan langkah. aku menarik nafas lega apabila dia mengubah arah dan duduk di sofa berdekatan.

"Aku bukan orang biasa Snow. Aku tahu kemampuan kau yang sebenarnya. "

"Sorry, Tak faham apa kau cakap"

Sleeping Prince ketawa. Aku merenungnya dengan seribu persoalan.

"Snow, Aku tahu kau ada kuasa Animist. Kau anak tunggal Madam Eloisa, termasuklah kawan-kawan yang kau sembunyikan dari orang ramai tu. Duduklah, Kita dalam satu pasukan" Katanya sambil menunjukkan ke arah sofa yang bertentangan.

"Macam mana kau tahu?" Tanyaku bingung.

Siapakah sebenarnya lelaki ini?

"Duduk. Aku akan terangkan hubungan aku dengan madam Eloisa." Arahnya lagi.

Mendengarkan ayatnya itu laju sahaja aku melabuhkan punggung di hadapannya. Renungan tajam kuhadiahkan kepadanya.

Dia menarik nafas panjang sebelum menyambung bicara.

"Aku dengan Madam Eloisa tak ada hubungan intim kalau itu yang kau takutkan"

Hilang terus beban yang menghimpit dadaku tatkala mendengarkan pengakuannya.

Sleeping Prince menjungkit bibir melihatkan kelegaan yang terpancar di wajahku.

"Oh, Okay"

"Kau tak nak tahu lebih lagi?" Soalnya dengan nada tak percaya.

"Kau dengan mama aku tak ada hubungan serius dan takkan sekali-kali ada hubungan kan? So, Okaylah" Aku memeluk tubuh.

"Aku cakap tak ada. Tapi tak mustahil suatu hari kami akan ada apa-apa hubungan"

Aku menajamkan pandangan. Namun nampaknya dia langsung tidak terkesan.

"Aku tak rasa taste mama aku begitu teruk"

"Oh, I see " Dia bersandar di kerusi sambil memeluk tubuh.

Serius, Gayanya benar-benar mengingatkan aku kepada Ice. Aku berdehem, Menghapuskan bayangan Ice yang cuba muncul.

"Aku tak bermaksud untuk menghalau. Tapi tak elok rasanya kau dengan mama aku duduk sebilik."

Tidak perlu aku jelaskan lebih lanjut, lelaki ini nampaknya memahami maksud kata-kataku apabila dia mengangguk setuju.

"Aku faham. Tapi lebih elok kalau aku ucapkan selamat tinggal pada Madam Eloisa sebelum pergi kan?"

Aku diam selepas itu. Berpura tidak nampak dengan renungannya yang membuatkan aku tidak selesa.

Aku memberanikan diri untuk mengangkat wajah. Alangkah bagus andai aku seorang mind reader dan mampu membaca perkara yang tersirat di dalam fikirannya sekarang.

"Macam mana awak lakukannya?" Tanya Sleeping Prince.

"Sorry?"

"Masuk ke dalam pusat perubatan Iceland tanpa dikesan"

"I have my way,"

"Care to share?" Katanya beria mahu tahu.

Aku merenung dia sekilas, Sebelum menceritakan peristiwa yang berlaku semalam...

Savior berenang menghampiri daratan sebaik kami tiba di tasik berdekatan dengan pusat perubatan Iceland.

"Good. Sekarang kau pergi sembunyi. Jangan sampai ada yang nampak"Pesanku kepada Savior.

Savior mengangguk sebelum kembali berenang ke dalam air tasik. Aku kemudiannya mengeluarkan botol kaca yang berisi Lilith dan Water Nymph yang lain.

"Master, Kami dapat merasakan aura kejahatan dari bangunan tu," Lilith menunjuk ke arah bangunan putih yang dibina daripada salji.

"Are you saying ada pengikut Luther Fang dalam pusat perubatan tu?" Tanyaku kepada Lilith.

Lilith menggeleng membuatkan aku sedikit lega.

"Tak, Tapi kami dapat merasakan aura yang sama ketika merawat lelaki yang berada di dalam bilik Madam Eloisa semalam."

Aku mengangguk faham." Okay, Harapnya kita tak tertangkap."

"Jangan risau Master. Aura daripada racun Luther Fang akan menjadi panduan untuk kita mendapatkan kesemua mangsa-mangsa dia yang sedang terseksa sekarang." Lilith memberi kata semangat.

Sambil memegang botol kaca di tangan kanan, Aku merendahkan lutut kiri dan mengambil segenggam salji.

"White snow and pure light,
        I command you know refract the light"

Kepulan salji yang berada di dalam genggamanku mencair menjadi serbuk dan melayang ke seluruh tubuh dalam bentuk bulatan.

"Master, Awak kelihatan berkilau" Lilith tersengih.

"Its chameleon spell, Lilith. Dah, Tunjukkan aku arah mana kita patut ikut"

"Very well, Master" Jawab Lilith.

Kakiku melangkah menuju ke pusat perubatan Iceland yang dikawal rapi. Walaupun sudah mengenakan Chameleon Spell, Hatiku cuak juga setiap Kali bertentangan dengan para pengawal dan staff perubatan yang sedang bekerja di dalam bangunan ini.

Itu belum ditambah dengan para pesakit luar yang datang untuk mendapatkan rawatan di pusat perubatan ini.

Dengan melangkah berhati-hati, Aku mengelak dari terlanggar seseorang. Hal ini kerana Chameleon Spell hanya membantu membuatkan diri aku tidak kelihatan pada mata kasar.

Setelah beberapa lama berjalan, Lilith dan orang-orangnya membawa aku sehingga ke sebuah bilik yang tertulis 'Restricted Area'

"Di dalam, Master. Kami dapat merasakannya" Beritahu Lilith dengan wajah yang begitu serius.

Tanpa sebarang kata aku menolak pintu dengan perlahan-lahan. Aku menjegulkan kepala ke dalam terlebih dahulu sebelum melangkah masuk.

Ketiadaan staff perubatan di dalam bilik ini menimbulkan rasa misteri. Hanya yang ada ialah katil-katil yang dipenuhi dengan mangsa wabak Luther Fang.

Suara erangan kesakitan berkumandang daripada bibir mereka, Membuatkan hatiku tersentuh.

Tak guna punya Luther Fang. Apalah dosa manusia biasa seperti mereka terhadapnya.

"Peliknya, Kenapa tak ada sesiapa di dalam ni?" Soalku.

"Mereka ditinggalkan untuk mati, Master." Jelas Lilith.

"What?"

"Mangsa-mangsa ni dah berada di tahap kritikal. Jadi, Mereka di tinggalkan di sini untuk menghembuskan nafas terakhir dengan sendiri"

Tahap kemarahan aku melonjak dengan tiba-tiba. Tidak kusangka Iceland akan bertindak kejam begini.

Patutlah tiada seorang staff perubatan pun yang kelihatan.

"I can't believe this."

"Master, Kita masih boleh selamatkan mereka." Lilith membawa aku untuk kembali fokus kepada misi kami.

"You're right. Let's finish this and go home"

Aku membuka beg sandang dan mengeluarkan sebuah balang kaca berisi potion herba.

Balang kaca tersebut kuletakkan di atas lantai. Penutupnya kubuka sebelum memasukkan jari telunjuk ke dalam balang.

"Tolong ubati mereka semua."

Air potion di dalam balang itu berkocak sebelum mengalir keluar, Membentuk ketulan-ketulan kecil.

Aku menghampiri sebuah katil yang berdekatan. Seorang lelaki pertengahan usia terlantar dengan urat biru yang menjalar di seluruh tubuh.

Air potion yang masuk menerusi bibirnya mengeluarkan cahaya putih, Menandakan proses penyembuhan sedang berlaku.

"Dia akan selamat kan?" Tanyaku kepada Lilith yang juga sedang merenung lelaki ini.

"Yes, Master."


Aku menamatkan cerita dengan senyuman. Sleeping Prince yang khusyuk mendengar mengangguk perlahan.

"Jadi awaklah unsung hero yang orang ramai tengah cakapkan tu. Wow"Pujinya.

"Sekarang giliran awak. Siapa awak sebenarnya?"

"Nama aku Shadow Knight. Kau orang kedua yang nampak wajah aku tanpa topeng selain Madam Eloisa. So consider yourself as a lucky girl."

Aku menjulingkan biji mata ke atas." Apa kaitan awak dengan mama?"

"Ah, Aku kuli dia." Shadow Knight menggaru belakang kepala.

"Magician or manusia biasa?"

"Private and confidential."

Aku mendengus geram. "Hey, Not fair."

Shadow Knight menjungkit bahu. "Sorry miss. Saya kena bunuh awak kalau awak tahu"

"You're annoying"

"Been called that" Shadow Knight mengenyitkan mata.

"Frog..."

***

Damian berjalan laju ke arah bilik yang menempatkan Whisper dengan pembantunya.

Bilik yang terletak di kawasan larangan ini hanya boleh dimasuki oleh pihak tertentu. Dan Damian, Sebagai pembantu Ice mempunyai kuasa untuk memasuki kawasan ini.

"Whisper!" Panggil Damian sebaik dia membuka pintu.

Whisper yang sedang duduk di sofa terlompat tinggi ke udara sebelum mendarat di atas lantai.

Pembantu Whisper yang sedang duduk di sofa sebelah masih tetap dengan sengihan lebar. Cuma gaya duduknya sahaja yang berubah dengan tangan kanan dilekapkan di dada.

Kepingan biskut dan set minuman petang yang bersedia di atas meja menandakan mereka berdua sedang menikmati minuman petang sebelum diganggu oleh Damian.

"Damian, Tak pernah dengar pasal ketuk pintu ke? Kalau aku mati sebab sakit jantung macam mana?!" Marah Whisper.

"Kucing kan ada sembilan nyawa. Anyway, Kita ada masalah" Beritahu Damian.

Whisper membuat muka geram. "Oh yeah, Jantung aku hampir luruh. Terima kasih sebab bertanya."

"Kau kena tolong aku. Ice, Dia dah jadi gila."

Whisper melompat kembali ke atas sofa sambil berkata,

"Sejak bila bos kau pernah normal?"

Damian menarik nafas. Kedua belah tangannya diletakkan di pinggang.

"Aku baru balik dari pejabat Ice. Dia beritahu aku yang dia jemput Julie ke majlis makan malam bersama Whisperian nanti."

"Watak mana pula si Julie ni?"

"Dia salah seorang calon menantu yang dicari oleh Permaisuri Caroline. Tapi, Ice tak pernah bagi feedback positif pada mana-mana perempuan sebelum ini. Jadi aku tahu dia cuma nak balas dendam pada Snow dengan menggunakan Julie. Aku tak boleh biarkan dia tambah masalah."

"Is she someone important?" Tanya Whisper.

"Keluarga Julie ada hubungan rapat dengan royal family sejak berkurun lama. Aku tak boleh biarkan Ice sua leher sendiri untuk disembelih oleh keluarga Julie andai mereka tahu dia sekadar mempergunakan Julie."

"So?"

"Apa maksud kau so? Bukan ke kau cakap yang kita kena satukan Snow dengan Ice. Dan kekuatan mereka berdua akan hapuskan Luther Fang."

Whisper menggerakkan misainya. "Ya. Tapi kau tak nak dengar cakap aku. Tuan kau pula ego tinggi melangit."

Damian merenung Whisper dengan perasaan geram.

"Kau tahu, Sindir-menyindir ni takkan selesaikan masalah kita."

"Aku tahu. Tapi boleh buat kau sakit hati. Hahaha" Whisper ketawa mengekek dengan pembantunya.

Damian kian bengang. "Aku tak tahu Kenapa aku cari kau"

Sudahlah dia tengah pening dengan sikap Ice, Sekarang disindir pula oleh Whisper. Kalau begini lebih baik dia tidak mencari Kucing Liar ini dari tadi.

Buang masa betul!

Whisper mematikan sisa ketawa dengan mengiau halus. Riak serius Damian menandakan lelaki itu benar-benar keresahan.

"Aku dah cakap kita kena buatkan mereka bersatu semula. Pada masa silam kesemua tujuh magician bergabung untuk mengalahkan Luther Fang. Kau rasa boleh ke Ice dengan Snow bekerjasama kalau seorang ke utara dan seorang ke selatan?" Marah Whisper.

Dia sudah pun menjelaskan kepada Damian tentang hal ini. Tetapi Damian takut untuk masuk campur dengan urusan antara Snow dan Ice.

"Aku dah beritahu yang Ice degil. Dia takkan dengar cakap aku." Tekan Damian.

"Then stop talking and start your action"
Balas Whisper.

Damian meraup wajah dengan kasar. "Haish, Pening kepala aku."

"Simpan pening kau tu dalam poket. Walau apapun kita kena buat Snow dan Ice berbaik semula bagi mengatasi Luther Fang. Aku tak nak masuk campur tentang apa yang berlaku antara mereka lima tahun lepas. Tapi, Gabungan mereka diperlukan demi masa depan dunia Magis" Ceramah Whisper.

Damian mengangkat tangan, Mengalah. "Okay, Kau menang. Macam mana caranya nak buat mereka berbaik semula?"

Whisper menggeleng." You are the Romeo. Kaulah cari idea"

Damian ternganga mendengarkan jawapan Whisper yang langsung tidak terduga.

"Kenapa? Kau tak pernah bercinta ke apa sampai tak boleh bagi idea?"

Whisper mengangkat kaki kanannya, Menunjukkan kuku yang tajam bewarna biru kepada Damian.

"Kau pernah kena penam-PAW tak?"

***

Berita yang disampaikan oleh pengikutnya tidak sedikit pun mengejutkan Luther Fang. Malah riak wajahnya terlukis kegembiraan.

"Di mana kau kata mereka jumpa potion tu?"

"Di Pusat Perubatan Iceland, Master" Informant Luther Fang menelan liur.

Separuh nyawa dia datang menghadap tuannya ini bagi memaklumkan hal ehwal semasa yang berlaku di dunia luar.
Sangkaannya Luther Fang akan mengamuk besar.

Matanya terarah kepada Manticore yang sedang duduk santai di sebelah Luther Fang. Silap haribulan tulangnya akan menjadi habuan makhluk itu.

"Of course,"

"Master?" Tanya Informant Luther Fang.

Dia tidak mengerti punca tuannya kelihatan gembira. Tetapi apapun dia bersyukur kerana terlepas menjadi mangsa kemarahan.

Luther Fang bangun dari takhtanya dan menuruni tangga berbatu. Kesemua pengikutnya meneliti pergerakan Luther Fang.

"Beritahu aku, Apa maksud kehadiran potion penawar tu?" Tanya Luther Fang kepada informant beliau.

Lelaki yang sedang melutut itu menelan liur.

"Err, Magician ketujuh dah muncul?" Jawabnya tidak pasti.

" Tepat sekali. Bermaksud dia kini berada di Iceland."

Bagaikan disimbah air sejuk, Informant dan pengikut Luther Fang yang lain mulai mengerti punca kegembiraan Luther Fang.

Bermakna juga penantian mereka selama ini sudah berakhir. Sekarang yang tinggal adalah mendapatkan permaisuri yang akan menerajui kerajaan kegelapan bersama Master mereka.

"Rise my fellow friend. For you queen have arrived!" Suara Luther Fang bergema, Diikuti dengan suara sorakan pengikutnya.

"Long live Master, Long live the Queen!" Ayat itu diulang penuh semangat oleh pengikut Luther Fang.



          Luther Fang membuka langkah perlahan-lahan, Menyusuri hutan yang berdekatan dengan istananya.

Suasana yang kelam langsung tidak menjadi masalah baginya. Dia sudah masak dengan selok-belok di kawasan ini. Kakinya dihayun sehingga ke sebuah tasik hitam.

"Encantado!" Panggil Luther Fang.

Dari sebuah pokok besar, Muncul seorang wanita berpakaian gaun pengantin. Dia menyeringai, Sambil membetulkan rambutnya yang terjatuh di pipi.

"My master, Looking so handsome" Kata wanita itu malu-malu.




Luther Fang melangkah dua tapak ke hadapan, Berdiri tepat di hadapan wanita yang separas dadanya itu.

"Kau tak datang hari ini, Kenapa?"

Wanita itu mencuka. " Untuk beritahu yang tuanku dah jumpa dia? Your queen."

"Ya"

"Tuanku nak ulang kesilapan yang sama? Mencintai gadis yang tidak akan menerima tuanku sedangkan saya yang sentiasa setia dengan tuanku selama ini?"

Luther Fang memegang pipi Encantado dengan kedua tangan. Wanita itu yang agak terkejut dengan tindakan Luther Fang berdiri kaku.

"Encantado, Kau tahu aku tak pernah ragui kesetiaan kau selama ni. Dan kau tahu yang kau selalu menjadi favorite aku selamanya."

"Master..." Encantado memegang tangan Luther Fang yang mengusap pipinya.

Rasa amarah yang bertamu di hatinya mula mencair dengan pujukan Luther Fang.

"Tapi, Master. Bagaimana dengan permaisuri tuanku?"

"Oh, dia? Kalau kita tak beritahu dia tentang kita, Macam mana dia nak tahu. Betul tak?"

"Master, So naughty" Encantado ketawa.

Luther Fang membelai tanduk Encantado yang tumbuh di bahagian hadapan kepalanya.

"Encantado, Boleh kau lakukan sesuatu untuk aku?"

"Yes Master" Angguk Encantado.

Luther Fang ketawa besar di dalam hati. Begitu senang baginya memperalatkan makhluk yang berupa wanita.

Luther Fang merapatkan bibir ke telinga Encantado, Memberitahu arahan yang perlu dilaksanakan oleh makhluk itu.

No comments:

Post a Comment

Mirna 9

"Here is the plan. Untuk mengaburkan mata orang ramai di sini, saya akan jadi ayah awak berdua. Kita datang ke sini untuk bercuti selep...