Thursday 22 February 2018

Wicked Love 13

Angel mengucapkan terima kasih kepada pelayan pelanggan yang berada di kaunter bayaran selepas membayar harga minuman yang dipesan.

Smoothie coklat dihirup penuh nikmat sambil menyandang kembali beg ke belakang.

Dia mahu segera pulang ke bilik selepas penat menjalani latihan netball. Snow sudah berjanji akan menemuinya di bilik malam ini.

"Woi," Panggil satu suara.

Angel menoleh ke belakang. Ginny dan Tara, Ahli kumpulan Clara menghampirinya.

Angel menoleh ke kanan dan kiri sebelum menunjuk ke arah dirinya sendiri.

"Me?"

"Yeah you."

"Opss, Sorry. By the way, My name is Angel, You miss with no manner." Balas Angel.

Wajah Tara berubah mendengar perlian Angel.

"Clara minta kau jumpa dengan dia. Sekarang."Beritahu Ginny.

Angel menghirup minumannya, Sengaja membiarkan gadis berdua di hadapannya ini tertunggu-tunggu.

"Hello, Dengar tak?" Tara menyoal Angel.

"Aku belum pekaklah. So, Sebab itulah korang tunggu lama masa aku kat dalam stadium latihan tadi? Semata-mata nak beritahu yang Clara nak jumpa."

Tara dan Ginny berpandangan sesama sendiri. Tidak menyangka Angel menyedari kehadiran mereka di stadium.
Angel mengukir senyuman.

"Kami bukan nak cari pasal. Clara cuma nak jumpa kau"

"Dia nak jumpa aku tapi aku yang kena pergi cari dia?" Soal Angel kembali.

"Boleh tak kau ikut je kami? What a shuben" Geleng Tara.

"Depends tentang tujuan dia nak jumpa aku."

"Tentang Damian." Balas Ginny.

"Kenapa dengan Damian?"

Ginny dan Tara memandang satu sama lain sambil tersenyum penuh makna.


          Damian melihat pantulan dirinya di dalam cermin. Malam ini akan diadakan sesi makan malam bersama pentadbir Iceland.

Dia yang segak berkot hitam sibuk membetulkan rambut. Whisper yang berdiri di tingkap kaca sedang merenung ke tingkap bawah, Memerhatikan tetamu yang hadir.

"Kau tengok apa tu?" Damian yang sudah siap mampir ke sebelah Whisper.

Whisper mengeluh. "Kalaulah aku tak jadi kucing, Mesti aku pun boleh pakai gaun yang cantik-cantik macam mereka."

Walaupun mereka sering bertelagah, Damian jadi kasihan pula mendengarkan kata-kata Whisper.

Kalau diikutkan cerita Whisper, Bermakna sudah lima tahun Whisper terperangkap di dalam tubuh kucing ini.

"Boleh aku tanya sesuatu?"

Whisper mengangguk tanpa menoleh ke arah Damian.

"Kenapa Luther Fang cari kau?"

Whisper tidak segera menjawab. Matanya terkebil-kebil mengingatkan kisah lama. Waktu itu dia baru selesai membuat potion untuk Ice di dalam makmalnya yang terletak di bawah tanah. Dan kemudian...


Ketukan bertalu-talu di muka pintu mengganggu konsentrasi Whisper. Seharian dia berada di dalam makmal untuk membuat glamour spell beserta potion lain yang ditempah oleh pelanggannya.

"Stella, Bisinglah. Masuk!"

Stella, Pembantunya yang sering tersengih itu masuk dengan keadaan takut. Whisper menjadi pelik melihat kelakuan pembantunya.

"Kenapa?"

Stella tidak menjawab, Sebaliknya menarik lengan Whisper supaya segera ke tingkat atas. Hampir terjatuh Whisper daripada kerusi yang didudukinya akibat tenaga Stella.

Whisper mengikut langkah Stella sehingga ke luar rumah. Genggaman Stella yang kuat di tangannya menyedarkan Whisper bahawa dia tidak berilusi.

Kebun bunga dan herba yang menjadi salah satu mata pencariannya bertukar kehitaman seperti hangus terbakar.

Whisper memandang sekeliling kawasan rumahnya yang dipenuhi hutan rimba. Dia tahu, Ada sesuatu yang sedang memerhatikan mereka di saat ini.

"Stella, Turun bawah dan ambil potion yang aku dah siapkan. Jangan tunggu aku. Terus lari."

Stella merenung Whisper. Tangannya semakin kuat menggenggam lengan Whisper.

"Kau takkan mampu lawan musuh yang ini  Stella. Jangan degil. Pergi!" Arah Whisper.

Perlahan-lahan Stella melepaskan pautannya. Tanpa menunggu sesaat pun dia berlari masuk ke dalam rumah.

Whisper mempamerkan riak selamba meskipun hatinya diruntun perasaan takut.

Sebaik kakinya menjejak rumput, Kawasan sekelilingnya menjadi gelap. Tiada cahaya yang kelihatan walaupun tadi cahaya matahari memancar di atas kepala.

"Jadi, Betullah. The famous Luther Fang dah kembali?"

Seorang lelaki muncul di hadapan Whisper. Buat seketika hatinya memuji kekacakan yang dimiliki oleh lelaki di hadapannya ini.

Damn it. Kenapa lelaki kacak mesti menjadi villain?

Seekor Manticore yang berada di sebelah lelaki itu menderam ke arah Whisper.

"Is that your cat?" Tambah Whisper dengan muka pura-pura tak tahu.

"Kau tidak nampak terkejut" Suara Luther Fang membuatkan lutut Whisper seperti mahu mencair.

Tak guna betul. Suara dia pun kedengaran merdu di telinga Whisper.

Whisper mengetap gigi. Dia tidak akan sekali-kali jatuh ke dalam perangkap Luther Fang.

Antara keistimewaan yang dimiliki oleh Luther Fang ialah set lelaki idaman yang menjadi kegilaan wanita.

"Kau nak apa?"

"Sesuatu yang menjadi kepunyaan aku."

"And that is?"

"Magician ketujuh"

Whisper meletuskan ketawa. Luther Fang hanya tersenyum kecil.

"Semua orang tahu Magician ketujuh dah lama mati, You know, Dalam proses menangkap kau dulu"

Manticore mengaum, Mematikan tawa Whisper. Luther Fang menepuk kepala Manticore.

"Kawan aku ni dah lama tidak merasakan daging manusia. Dan menjaga dia sejak kebelakangan ni menjadi begitu sukar tanpa hidangan istimewanya"

Whisper menyengetkan bibir. "Is that a threat?"

"Bergantung pada pilihan kau."

"Pilihan apa?" Tanya Whisper.

"Magician ketujuh. Siapa pewaris dia?"

Whisper menelan liur. Dia membalas renungan Luther Fang dengan pandangan kosong.

"Aku tak tahu"

Luther Fang menggelengkan kepala. "Wrong choice"

Manticore yang berada di sebelahnya menerpa ke arah Whisper. Tiga buah bebola api muncul, Menarik perhatian Manticore yang ingin menerkam Whisper.

Beberapa saat berlalu sebelum bebola api tersebut membesar dan membentuk seekor phoenix.




Whisper terasa sesuatu memegang bahunya sebelum dia ditarik ke belakang. Suasana gelap yang mengelilinya tadi terus hilang diganti semula dengan keadaan halaman rumahnya yang terbakar.

"Stella, Aku suruh kau lari" Jerit Whisper.

Tanpa mengendahkan Whisper, Stella memimpin tangan gadis itu dan berlari ke dalam hutan.

Derap kaki Manticore kedengaran begitu jelas dari bahagian belakang mereka apabila seekor Manticore melompat dari arah belakang.

Stella dan Whisper terkepung antara dua ekor Manticore yang berada di belakang dan hadapan mereka.

"Aku beri kau peluang, Woman. Beritahu aku apa yang aku mahu," Luther Fang muncul dari atas kepala Manticore yang berada di hadapan.

"Go to hell" Jawab Whisper.

Luther Fang mengukir senyum. Manticore yang berada di belakang menegakkan ekornya yang berbentuk kala jengking dan cuba menikam tubuh Whisper.

Stella menolak tubuh Whisper sebelum membuat gegelung api, Menyebabkan Manticore yang cuba menyerang tadi mengaum apabila ekornya terbakar.

Whisper yang tidak bersedia terjatuh bergolek ke bahagian bawah akibat keadaan yang sedikit berbukit.

"Finish her," Arah Luther Fang sebelum melompat turun dari kepala Manticore hadapan.

Luther Fang mendapatkan Whisper yang tergolek di bahagian bawah. Gerakan perlahan daripada tubuh Whisper menandakan gadis itu masih dalam keadaan sedar.

Whisper bingkas bangun, Namun dia kembali terduduk apabila terasa ngilu di bahagian kaki kanan.

Bulat matanya melihat sebatang ranting tajam melekat di peha. Whisper menggigit bibir, Menahan pedih.

Luther Fang meluncur turun dan berdiri tegak di hadapan Whisper. Senyuman kecil masih terukir di wajahnya.

Whisper mengesot ke belakang apabila Luther Fang semakin menghampiri. Bunyi ngauman yang berlaku di bahagian atas membuatkan Whisper kerisauan akan keselamatan Stella.

Dua manticore melawan seorang mage api. Whisper berharap agar Stella dapat bertahan.

"Come on wise girl. Aku cuma nak tahu di mana pewaris Magician ketujuh. That's all."

"Aku cuma seorang herbalists. Aku tak tahu apa-apa pasal Magician ketujuh atau pewaris dia"

Luther Fang menghalakan tangan ke arah Whisper. Cahaya hitam berbentuk kilat muncul dengan laju ke arah Whisper.

Whisper mengangkat tangan, Menutup wajahnya daripada serangan Luther Fang. Serangan yang dilancarkan Luther Fang mengenai batang pokok yang berada di belakang Whisper.

"Oops, Terlepas sasaran pula."

Whisper menarik nafas yang tercungap. Dia tahu Luther Fang sekadar memberikan amaran.

"Aku boleh selamatkan kawan kau," Pujuk Luther Fang.

Seekor Manticore melompat turun dan mendarat di belakang Luther Fang. Beg potion yang berada bersama Stella dilempar ke arah Whisper.

"Or....not" Tambah Luther Fang dengan senyuman lebar.

Whisper merenung Luther Fang dengan penuh riak kebencian. Dia menahan diri daripada menangis.

Luther Fang menurunkan sebelah lutut ke tanah, Menyamakan pandangannya dengan Whisper.

"Jangan salahkan aku. Dia takkan mati kalau kau tak berdegil dari mula. But hey, Sekurangnya kau masih hidup."

Whisper meludah ke muka Luther Fang. Manticore menderam kuat sehingga tanah terasa bergegar akibat ngaumannya.

Luther Fang mengesat air ludah yang melekat di wajahnya.

Pang!

Pipi kiri Whisper menerima tamparan sulung dari Luther Fang sehingga dia terjatuh meniarap.

Whisper mengerang sakit sambil memegang pipi yang terasa kebas. Belum sempat mengesat darah yang mengalir di bibir, Rambutnya direntap kuat oleh Luther Fang.

Dia terasa jijik apabila hembusan nafas hangat lelaki itu mengenai telinga kirinya.

"Where is she?"

"Go to hell!!!" Whisper menjerit sepenuh hati.

"Kau rasa dari mana aku datang?"

Luther Fang menarik rambut Whisper, Memaksa gadis itu berdiri. Terasa bagaikan ingin tercabut akar rambutnya daripada kulit kepala.

"Fine, Aku beritahu" Whisper membuat tanda okay.

Luther Fang memusingkan badan Whisper dan memegang pinggang gadis itu. Rambut Whisper yang melekat daun kering diusap oleh Luther Fang. Keadaan mereka pastilah romantik andai Luther Fang bukan seorang villain.

Whisper menggenggam tangan dan dengan pantas menumbuk pipi Luther Fang. Pautan tangan lelaki itu yang berada di pinggangnya terlepas menyebabkan Whisper kembali tersembam ke tanah.

Manticore yang berada di belakang Luther Fang mengaum lantas menerpa ke arah Whisper.

Pergerakan Whisper yang agak tersekat menyebabkan dia terpelanting ke sebatang pokok apabila ditepis oleh kaki Manticore.

Whisper mengerang kesakitan. Manticore yang menyerangnya hampir-hampir memijak tubuh Whisper andai tidak dihentikan oleh Luther Fang.

"Feisty. Kau sepatutnya menjadi pengikut aku." Kata Luther Fang. Tangannya mengusap dagu dan pipi yang menerima habuan daripada Whisper.

"Macam kau cakap, Akukan bijak orangnya."

Luther Fang ketawa sambil menggelengkan kepala. "Sayangnya kebijaksanaan tu akan terkubur"

Whisper menarik nafas dalam-dalam. Andai begini pengakhiran hidupnya Dia merelakan.

"Boleh aku cakap sesuatu?"

Luther Fang kembali merendahkan lutut di hadapan Whisper. Dia menjungkit kening, Mengisyaratkan agar Whisper meneruskan kata-kata terakhir.

"Aku cuma nak cakap yang kucing kau sangat hodoh."


Air mata yang bergenang di tubir mata Whisper dikesat dengan pantas. Damian yang mendengar cerita Whisper turut merasai perasaan benci terhadap Luther Fang.

"Jadi, Apa yang berlaku?" Tanya Damian.

"Dia kenakan transformation spell dan ubah diri aku menjadi kucing liar. Sekarang kuasa aku menjadi terbatas" Jelas Whisper.

"Kau ada cuba leraikan sumpahan Luther Fang?"

"Kau rasa aku tak cuba langsung ke mencari penawar selama lima tahun ni? Sebab tu aku cuba cari Ice di Green Village. Tapi, Dia sudah pun diserang dan berada dalam keadaan koma."

Damian menghela nafas berat. Kasihan betul dengan nasib Whisper. Sudahlah pembantunya mati dibunuh, Dia pula disumpah menjadi kucing.

"Sorry"

"Huh?" Whisper memandang pelik ke arah Damian.

"For your loss, Stella"

Whisper mengangguk. Masih terbayang di fikirannya keadaan Stella yang tergantung di atas pokok. Ekor bangkai Manticore melekat di bahagian perut Stella dan tertembus sehingga ke belakang.

"So, Kau dah ready?" Whisper mengalih isu. Dia enggan berterusan mengenangkan peristiwa lama.

"Yup, Amacam? Kacak tak aku?"

"Pfft, Luther Fang lagi kacak. Dan aku tanya tentang rancangan kita, Bukan tentang kekacakan kau. Lembap" Kata Whisper selamba lantas bergerak menuju ke arah pintu keluar.

Damian tergamam mendengar jawapan Whisper.

"Seriously? kacak sangat ke Luther Fang tu?" Tanya Damian dengan nada sangat tak puas hati.

Dia boleh terima kalau ramai wanita lebih minat pada Ice. Tapi, Luther Fang lagi kacak daripada dia?

Whisper menoleh ke belakang. "Lah, Kau tak tahu ke?"

"Apa?"

" Sebenarnya, Luther Fang lagi kacak dari Prince Rider"


          Semua orang kelihatan gembira di malam ini, Kecuali aku. Hati aku terasa pedih sangat melihatkan Ice yang diapit oleh seorang wanita.

Apatah lagi di meja ini, Semua orang sibuk memperkatakan tentang Ice dan temannya itu.

"Nampak secocok, Kan?" Puji Eva.

Aku menjeling ke arah Eva. Seriously?

"Entahlah. Aku nampak macam perempuan tu yang tergedik-gedik. Presiden Ice cool je."

Kata-kata Mirna menyejukkan bara di hatiku.

"Aku dengar perempuan tu dari kerabat diraja juga. Sesuailah dengan Presiden Ice."

Bicara Priya membuatkan aku terasa seperti sedang enak tidur, Dan kemudian disimbah dengan air sejuk.

Yalah, Bukankah aku meninggalkan Ice kerana dia dengan aku tidak mungkin akan bersatu.

Lagipun bukannya dia akan ingat pada aku. Duhai hati, bertabahlah.

Secara tidak sengaja mataku tersorot ke arah Ice yang berdiri tidak jauh daripada meja kami.

Tersentak aku melihat tangan Ice berada di belakang badan wanita itu yang terdedah.

Wish, Pergilah main jauh-jauh!

"Snow, Kau tak makan ke mushroom soup tu?" Soal Angel.

"Err, Kenyang." Kataku sedikit tergagap.

Angel membulatkan mata. "Kenyang? Kau makan apa je?"

Soalan Angel kubiarkan sepi. Aku menolak pinggan yang belum bersentuh ke hadapan.

"Hey, Cepat makan. Karang ada sesi menari berpasangan." Ujar Eva.

"Hah, Bukan ada siapa nak ajak aku menari pun." Kata Priya sambil memasukkan sepotong kek strawberry ke dalam mulut.

"Hisy, Manalah tahu" Jawab Eva.

Aku menggenggam napkin. Menari berpasangan?

Macam Ice ajar aku menari dulu?

Aku memejamkan mata yang mahu memuntahkan air suam. Tidak, Aku tidak boleh menangis di hadapan mereka.

"Girls, Aku nak keluar sekejap. Nanti aku masuk balik." Kataku lantas bergegas keluar dari dewan yang menjadi tempat sambutan makan malam.

Aku membawa diri ke taman. Kawasan ini yang agak gelap meyakinkan aku bahawa tiada sesiapa yang akan perasan.

Dada aku terasa semakin pedih membayangkan Ice membawa gadis lain ke dalam pelukannya.

"Mama, Sakitnya" Aku menepuk dada beberapa kali lantas membiarkan air mata bercucuran jatuh.


          Damian memasukkan tangan ke dalam poket seluar. Dia hanya mengikut sahaja ke mana arah yang dibawa oleh Clara.

Sesekali dia mencuri pandang ke arah Angel yang kelihatan gembira berbual bersama teman-temannya.

Secara tiba-tiba Angel bangun dari kerusi dan menuju ke meja hidangan. Damian mengambil peluang ini untuk melepaskan diri dari Clara.

Clara yang sibuk berbual dengan kenalannya hanya membiarkan dan menyambung perbualan yang tertangguh untuk seketika.

Langsung tidak sedar bahawa Damian membuat alasan untuk mendapatkan Angel.

Sementara itu Angel yang sibuk mengambil manisan, Terkejut apabila dirinya dirapati oleh Damian.

"Hi, Red really suit you,"



Angel mengambil sebiji cherry dan memasukkannya ke dalam mulut. Dia meneruskan aktivitinya mengambil manisan tanpa mempedulikan pujian lelaki itu.

Damian menggaru belakang kepala. Untuk pertama kakinya dia ikhlas dalam memuji seorang wanita. Tetapi sikap dingin Angel membuatkan dia kaget.

"So, Did it hurt when you fell from heaven?"

"Huh?" Angel kelihatan bingung.

"Last time kita jumpa, Awak beritahu Ice yang awak Guardian Angel. Saya tak tahu awak memang benar-benar seorang Angel."

"Dan saya tak tahu pula yang Clara adalah tunang awak"

Damian terasa seperti sebuah batu besar menghempap kepalanya. Dia memerhatikan Angel yang menunduk.

"Awak..."

"Clara dah explain pada saya. Patutlah dia nampak begitu overprotective." Kata Angel sambil menoleh ke arah Damian .

Renungan lembut Angel membuatkan Damian kehilangan kata-kata. Dia tidak menyangka Clara akan membuka rahsia tentang pertunangan mereka kepada Angel.

Perkara ini sepatutnya dirahsiakan memandangkan Clara masih belajar.

"Jadi, Betullah" Tekan Angel.

Tidak perlu rasanya untuk Damian mengiakan tentang perkara itu. Reaksi Damian sudah cukup untuk menceritakan segalanya.

"Angel, Saya..."

"Mr.Damian, Saya harap awak jaga Clara baik-baik."

Angel terus berlalu, Meninggalkan Damian yang berdiri kaku memandangnya dari belakang.

Damian menoleh ke arah Clara dengan hati yang membara. Angel meletakkan piring berisi manisan ke atas meja.

Ahli netball yang lain memandang ke arah Angel. Masing-masing seakan faham melihat riak keruh Angel.

"Dia nak apa?" Tanya Mirna.

Priya menjegil biji mata kepada Mirna. Mereka semua sudah tahu tentang status Damian sejak petang tadi.

"Nothing unusual. Rasanya lepas ni dia takkan ganggu aku lagi. Diakan dah ada tunang" Balas Angel.


Derap kaki yang menghampiri menyebabkan aku tersentak. Cepat-cepat aku mengelap air mata yang masih bersisa.

"Siapa tu?" Aku cuba melihat tubuh yang semakin menghampiri namun keadaan yang agak kelam menyukarkan pandangan mata.

Seketika kemudian muncul Shadow Knight yang membuatkan aku terasa lega.

"Hei, You look familiar. Must be from my dream" Shadow Knight mengambil tempat di sebelahku.

"Lot of laugh. Petang tadi baru jumpa nak mimpi konon. Apa kau buat kat sini? Kau tak pakai topeng? Tak apa ke?"

Shadow Knight meletakkan jari telunjuknya di bibirku.

"Shh, Aku bukan Shadow Knight sekarang ni. Kau kena panggil aku Ross. And, Damn girl. You look hot in that dress."





"Whatever."

"Hey, Siapa yang buat kau sedih ni?" Tanya Shadow Knight.

"Mana adalah. Aku cuma ambil angin sejuk kat luar ni."

Aku menggeleng lantas mengangkat punggung dari kerusi kayu yang menjadi tempat aku menenangkan perasaan.
Shadow Knight mengikut langkahku.

"Kau nak pergi mana?" Soal Shadow Knight.

"Entah"

"Boleh aku ikut?"

"Kenapa?" Aku menghentikan langkah.

Shadow knight membuat muka sedih. "Mama aku pesan, Always follow your dream"

Aku mengekek ketawa sementara Shadow Knight bermain-main dengan rambut hadapannya.

Ingat dia hensemlah tu?

"Aku bukan tak sudi, Tapi kita baru kenal petang tadi." Kataku setelah tawaku reda.

Perlahan-lahan Shadow Knight mengambil tanganku dan diletakkan di lengannya.

"Aku tahu. Tapi, Tak salahkan kalau aku nak menari dengan kau?"

"Menari?"

"Tak suka? Baiklah anggap aku sebagai Fairy Godmother kau. Tapi versi lelakilah dan semestinya tanpa sayap."

"Apasal kau ni?" Aku mengerutkan dahi.

"Don't frown. You never know who will fall for your smile"

"OMG! Kau rasa dengan pakai sut macam ni kau dah jadi putera charming ke?"

"Ya. Dan aku nak menari dengan Cinderella yang melarikan diri ini"

Bunyian sentimental berkumandang daripada dewan. Aku membayangkan Ice yang pastinya sedang memimpin temannya di lantai tarian sekarang ini.

Sekilas memori lama antara aku dan Ice terlayar kembali di dalam kotak fikiran.

"Snow, Aku tahu kita baru kenal. Tapi aku janji yang kau boleh percayakan aku seperti mama kau. Sekarang beritahu, Kenapa kau menangis?"

Shadow Knight bergerak, Memimpin aku untuk menari mengikut rentak lagu.
Bagaikan dihipnosis, Aku mengikut langkahnya seperti yang pernah diajar oleh Ice.

"Its just, Malam ni aku teringat pada seseorang. Erm, Dia pernah ajar aku menari macam sekarang ni."

Shadow Knight khusyuk mendengar ceritaku.

"Continue,"

"Kami berpisah."

"I see"

Shadow Knight memegang kepalaku, Memberi isyarat agar aku meletakkan kepala ke dadanya.

Di bawah langit malam ini, Aku menangis disaksikan oleh Shadow Knight yang baru kukenali semalam.

"Hati aku sakit. Aku cuba lupakan dia. Tapi susah"

"Things end, But memories last forever" Kata Shadow Knight.

***

"My Prince, Bila kita nak menari?" Rengek Julie.

Ice berpura tak dengar. Matanya tajam menikam Snow yang sedang menari dengan seorang lelaki.

Tubuh lelaki itu yang membelakanginya menyebabkan dia tidak dapat mengecam gerangan pemuda itu.

"My Prince!" Panggil Julie.

"Pergilah cari orang lain." Suruh Ice.

Dia tidak tahu pula Julie ini jenis gadis yang mengada-ngada.  Julie memeluk tubuh.

"You know, You should probably forget about her"

Ice berpaling ke arah Julie dengan muka bengang.

"Excuse me?"

"Tuanku yang pelawa saya untuk datang ke majlis ni bersama-sama. Saya menjangkakan sesuatu, Tapi bukan ini" Julie menunjuk ke arah Snow.

Ice menggaru kening dengan ibu jari.

"Maaf sebab jangkaan awak tak menepati sasaran" Jawab Ice sinis.

Dia kembali berpaling ke hadapan untuk melihat Snow. Hatinya semakin panas tatkala melihat kepala Snow yang terlentok di atas dada pemuda itu.

Ice bergegas keluar dari tempat dia mengintip Snow. Berani betul pemuda itu membiarkan Snow berehat di dadanya?!

Ice menggenggam tangan, Mengeluarkan pedang putih. Julie yang terkejut bergegas mengekori Ice.

"My Prince! Tuanku nak ke mana?" Julie menangkap lengan Ice.

"Lepaslah!"

Julie menarik tubuh Ice supaya berhadapan dengannya.

"Oh no, You don't. You're mine!"

Biji mata Julie bertukar hijau. Dia membuka mulut, Mengeluarkan asap hijau yang masuk ke dalam badan Ice.

"Kau..." Ice tidak dapat meneruskan kata-kata.

Dia terasa pening sebelum segalanya menjadi kelam.


No comments:

Post a Comment

Mirna 9

"Here is the plan. Untuk mengaburkan mata orang ramai di sini, saya akan jadi ayah awak berdua. Kita datang ke sini untuk bercuti selep...