Wednesday 4 April 2018

Angel 19

"Pihak council Fairy and Angel telah menetapkan bahawa mengikut akta pekerjaan 166 menyatakan bahawa seorang guardian yang gagal menjaga anak guardiannya dengan baik perlu dihentikan atau berhenti daripada menjadi Guardian Angel." Mr. Sincere menyatakan perkara tersebut dengan sekali lafaz.

Angel mengangguk faham. Dia sudah agak perkara ini yang akan berlaku.

Puan Amelia meletakkan tangannya ke bahu Angel. Dia tidak merasakan keputusan meminta Angel meletakkan jawatan sebagai Guardian Angel sesuatu yang patut dilakukan.

"Tunggu dulu. Angel dah menjaga anak saya dengan baik. Lagipun, Tidak adil untuk Angel dipaksa berhenti sedangkan serangan semalam adalah dirancang untuk menyebabkan reputasinya tercalar." Tegas suara Puan Amelia membela Angel.

Angel hairan dengan semangat Puan Amelia yang beria membantunya. Dia ingatkan wanita itu akan marah kerana dia telah gagal menjaga Ayumi semalam.

"Amelia, Angel terlambat datang untuk menyelamatkan Ayumi. Jika bukan disebabkan naluri keibuan awak, Pasti awak juga tidak sedar akan kehilangan Ayumi" Hujah Mr. Sincere.

"Tapi dia tetap datang dan berjuang untuk selamatkan Ayumi. Malah dia berjaya mengesan Fumiya yang menggunakan kuasa ilusi untuk menjadikan dirinya sebagai Damian."

"Betul. Sebab itulah saya sudah pun ketengahkan tentang kejayaan Angel ini kepada pihak Council. Mereka berjanji akan menimbang semula tentang hal ini. Dan sekarang hal ini masih di dalam proses rundingan. Sekarang kita hanya perlu menunggu"

Ucapan Mr. Sincere melegakan sesikit hati Puan Amelia dan Angel. Masih ada peluang untuk Angel meneruskan tugasnya sebagai Guardian Angel walaupun peluang itu ibarat telur di hujung tanduk.

"Jangan risau, Angel. Kita akan tangani perkara ini bersama" Janji Puan Amelia kepada Angel.

"Angel, Saya tahu awak keliru. Untuk pengetahuan awak, Puan Amelia adalah teman perjuangan Warrior Angel Killian. Puan Amelia juga ada bersama-sama dengan ayah awak ketika dia meninggal" Terang Mr. Sincere seterusnya menjawab persoalan yang bermain di fikiran Angel.

"Jadi, Puan kenal ayah saya?" Tanya Angel.

"Kenal dan terhutang nyawa kepadanya. Ayah awak telah menyelamatkan saya dan ratusan Angel yang lain." Kata Puan Amelia.

"Jadi puan tahu sesuatu berkaitan dengan pertempuran yang meragut nyawa 50 nyawa Warrior Angel tu? Boleh puan beritahu saya? Betulkah ayah saya yang menyebabkan kematian mereka?" Bertalu-talu Angel mengutarakan soalan.

"Ayah awak bukan seperti yang orang ramai cakapkan, Angel" Puan Amelia memberitahu Angel. Mr. Sincere memilih untuk membiarkan Puan Amelia menerangkan hal ini kepada Angel.

Seperti Puan Amelia, Dia juga yakin Warrior Angel Killian tidak bersalah. Dan dia bangga dengan Angel, Satu-satunya anak Warrior Angel Killian yang membesar menjadi Guardian Angel terbaik di Sky Realm.

"Saya tak banyak memori tentang ayah." Kata Angel dengan jujur. Ayahnya meninggal dalam pertempuran ketika melawan demon yang cuba melintas sempadan dunia magis dan dunia manusia.

Puan Amelia membawa tangan Angel ke dalam genggamannya.

"Ayah awak telah menyelamatkan ratusan Warrior Angel yang lain dengan memaklumkan tentang terowong yang dibina oleh tentera demon untuk menyerang hendap." Beritahu Puan Amelia.

Dia tahu tentang perkara sebenar yang berlaku kerana dia juga ada sewaktu pertempuran itu berlaku. Dia sebagai Guardian Angel telah diminta untuk membantu Healer Guardian merawat Warrior Angel yang tercedera.

Tanpa disangka, Tentera demon telah membut terowong bawah tanah untuk menyerang khemah perubatan yang menempatkan pesakit.

Seperti healer guardian yang lain, Dia juga dalam keadaan tidak bersedia untuk melawan angkatan demon tersebut. Andai bukan kerana ayah Angel, Pasti dia juga sudah menjadi korban.

Angel yakin yang ayahnya tidak bersalah. Ibu juga sering menyatakan perkara itu kepadanya. Namun momokan yang sering dilemparkan tentang ayah membuatkan Angel kadang-kadang percaya dengan kata-kata orang sekeliling.

"Tapi kenapa dulu ramai salahkan ayah saya. Sampai saya pun dibenci" Tanya Angel tidak mengerti.

Dia masih terasa lukanya sehingga kini. Sebab itulah dia berusaha keras untuk menjadi Guardian Angel yang terbaik.

Supaya setiap orang yang melukainya boleh berbaris panjang dan dia mahu menampar seorang demi seorang.

Bukan dengan tangan atau sayap tetapi dengan kejayaan yang dicapai olehnya.

"Mereka menuduh ayah awak kerana sedih, Angel. Dan kesedihan tu membuatkan mereka mencari orang yang boleh dipersalahkan." Puan Amelia teringat peristiwa semasa Rhea dan Tae Min menghina ayah Angel dahulu.

Kasihan Angel. Sudah begitu banyak kesakitan yang terpaksa ditanggung oleh gadis ini.

Tidak hairan jika dia mendengar berita bahawa Angel sukar untuk dicuri perhatiannya oleh guardian lelaki yang berminat.

Puan Amelia menjadi teringat kepada Damian. Angel dan Damian mempunyai persamaan. Kedua-duanya pernah terluka meskipun cara mereka mengendali kelukaan tersebut dengan cara yang sungguh berbeza.

"Terima kasih, Puan Amelia. Saya hargai jasa puan kerana menceritakan peristiwa sebenar yang berlaku kepada saya" Angel menyelitkan rambutnya ke belakang telinga.

"Awak tahu,  Dulu saya berniat nak ambil awak sebagai anak angkat selepas ibu awak meninggal. Lagipun masa tu saya belum mengandungkan Ayumi. Tapi, Sayangnya saya tak dapat maklumat terkini mengenai awak."Nada Puan Amelia berbaur kesal.

Angel teringat peristiwa selepas kematian ibu. Dia telah dihantar ke rumah jagaan yang menempatkan anak-anak tanpa waris yang sah.

Itulah antara sebab utama dia menjadi mangsa buli. Lebih mudah menjadikan anak-anak senasib dengan Angel sebagai mangsa. Kerana mereka tidak mempunyai orang tua untuk mengadu.

"Tapi, Kenapa puan nak jaga saya?" Angel ingin tahu.

Puan Amelia mengadapkan tubuh ke arah Angel.

"At least, Saya boleh bayar jasa Killian, Ayah awak yang dah menyelamatkan saya." Terang Puan Amelia.

Sekarang dia bukan sahaja belum membayar hutang nyawa lelaki itu. Malah anak Warrior Kilkian meneruskan jasa ayahnya dengan menjaga Ayumi.

"Oh. Tapi, Saya tak rasa ayah saya kisah dengan semua tu. Kalau dia hidup, Mesti dia cakap yang dia cuma jalankan tanggungjawab" Komen Angel.

Puan Amelia menarik nafas dalam. Angel memanglah sama seperti ibu dan ayahnya. Dia paati mereka berdua sedang berbangga dengan Angel.

"Saya gembira awak jadi Guardian Angel Ayumi. Saya yakin awak akan jaga dia seperti ayah awak menjaga saya dengan Warrior Angel yang lain" Puji Puan Amelia.

Angel terharu mendengar pujian Puan Amelia. Wanita itu tidak menyalahkan Angel langsung atas serangan yang dilakukan oleh Fumiya dan Fumito semalam.

"Terima kasih, Puan."Hanya itu yang mampu dikatakan oleh Angel.

Sekurangnya Puan Amelia masih mempercayainya. Sekarang dia hanya perlu menunggu keputusan daripada Council sama ada dia masih boleh meneruskan tugasan sebagai Guardian Angel.

"Orait then, Saya perlu minta diri dulu. Tapi, Pertemuan kita takkan berakhir di sini. Saya akan kembali untuk mendengar perbicaraan tentang anak saya dan Angel" Kata Puan Ayumi.

Mr. Sincere mengangguk. Lelaki itu bangun dari kerusinya diikuti oleh Angel dan Cupid yang hanya duduk diam dari mula.

Mr. Sincere mendepakan tangan kanan. Serentak itu muncul bulatan cahaya putih di satu sudut. Cahaya ini meeupakan pintu gerbang untuk Puan Amelia pulang kembali ke bumi.

"Angel," Puan Amelia memegang kedua bahu Angel.

"Ya, Puan?"

Raut wajah Angel diperhatikan oleh Puan Amelia. Sepasang mata gadis itu mengingatkan dia kepada hero yang disanjungi olehnya, Warrior Angel Killian.

"Jangan korbankan perasaan awak demi Ayumi."

Angel tergamam seperti baru sahaja melihat spirit secara live. Dia menoleh ke arah Mr. Sincere dan Cupid yang tenang mendengar ucapan yang baru keluar dari mulut Puan Amelia.

"Err...Maksud puan?"

"Saya dah lama kenal Damian. Malah, Dia dah jadi seperti anak saya sendiri. Jadi, Sebagai ibu saya tahu di mana hati dia berada."

Angel tertunduk malu apabila pandangan mata Puan Amelia menikam ke arahnya. Juga takut kerana Mr. Sincere dan Cupid sedang mendengar.

Angel menggeleng. "Tapi, Damian ditakdirkan untuk Ayumi"

Puan Amelia ketawa di dalam hati. Angel masih terlalu baru, Masih mentah dalam memahami strategi yang dilakukan Cupid.

"Boleh saya berikan nasihat? As a former Guardian Angel to another Guardian Angel"

"Erm, Sure" Angel memberi keizinan.

Puan Amelia mengangguk dengan senyuman, Sebelum memberikan pesanan terakhir.

"Saya terima kalau awak bersama Damian. Dan saya yakin Ayumi pun sama. Sebab awak berdua sudah ditakdirkan bersama. I think Cupid will explain about it, Right?" Puan Amelia menjeling Cupid. Angel turut melihat ke arah Cupid.

Cupid menolak kaca mata dengan jari telunjuk. Puan Amelia memeluk Angel sebelum masuk ke dalam bulatan cahaya untuk pulang ke dunia mortal.

Angel berpaling pada Cupid dan Mr. Sincere selepas pintu portal tertutup.

"Apa maksud Puan Amelia?" Soal Angel.

Mr. Sincere berdehem manakala Cupid menghembus nafas berat.

"Angel, Puan Amelia cakap betul. The one destined for Damian bukan Ayumi. Tapi kau" Kata Cupid.


***

Angel meletakkan jambangan bunga marigold, Bunga kegemaran ibunya ke atas pusara wanita itu.

Tangan Angel menyentuh pusara ibu dan ayahnya dengan kedua tangan, Sebelum kembali berdiri tegak.

"Ayah, Ibu, Angel rindu" Bisik Angel.

Matanya dipejam rapat sambil menarik nafas dalam. Menghirup haruman sakura yang datang daripada pohon sakura yang tumbuh di bahagian kepala pusara ayah serta ibu.

Angel melihat timbunan jambangan bunga yang banyak di pusara ayah dan ibu. Dia sedar satu perkara hari ini. Kalau benar ayah dan ibu dibenci, Mengapa banyak jambangan bunga yang diletakkan pada pusara ayah dan ibu?

"Macam mana awak tahu vampire tu bukan saya?"

Angel keras. Suara Damian yang berada di belakangnya membuatkan dia terkedu.

Angel nampak Puan Amelia melambai-lambai ke arah Damian dari jauh. Damian mengangkat tangan, Membalas lambaian Puan Amelia.

"Macam mana awak ada kat sini?"Angel memulangkan soalan.

"Saya yang tanya awak dulu. Dan mak cik Amelia yang beritahu dia kat aini dengan awak."

Angel menjulingkan mata ke atas. "Of course"

"Hei, Awak tak jawab soalan saya lagi" Paksa Damian macam budak kecil minta dibelikan coklat.

"Saya tak rasa awak ingat posisi saya dalam netball" Angel memberikan jawapan yang dipinta oleh Damian.

Dia memerhatikan Damian meletakkan jambangan bunga ros merah yang dibawanya ke pusara ibu Angel.

"Puan, Encik. Saya ada benda nak beritahu" Kata Damian kepada pusara di hadapannya.

Angel menahan senyum. Namun dia agak tersentuh melihat Damian berbual dengan ibu dan ayahnya begini.

"What are you doing, Damian?" Geleng Angel.

Damian berpura tidak dengar dan meneruskan perbualannya dengan ibu dan ayah Angel yang berupakan batu pusara.

"Semalam Angel minta saya terima Ayumi sebagai kekasih. Dia tolak cinta saya dengan bersungguh-sungguh kerana takut tidak lagi boleh menjalankan tanggungjawabnya sebagai guardian"

Angel menelan liur yang tersekat di kerongkong. Kejadian semalam terbayang kembali membuatkan wajahnya merona merah.

"Saya dah cakap dengan Ayumi" Kata Damian lagi, Membuatkan jantung Angel berdetak kencang.

"Apa yang Ayumi cakap?"

"Dia pinta saya untuk hidup bahagia bersama awak "Beritahu Damian.

Mulut Angel terbuka sedikit. Dia tidak percaya Ayumi akan mengatakan perkara itu kepada Damian.

Damian menoleh ke arah Angel. Gadis itu melarikan pandangan ke arah pusara ayah dan ibunya.

"Saya tak faham," Dalih Angel.

Damian merapatkan jaraknya dengan Angel. Kedua lengan Angel diepagang olehnya.

"Angel, Please. Stop running away from me.Mak Cik Amelia dah beritahu saya tentang apa yang berlaku. Tapi saya nak dengar sendiri daripada mulut awak," Pujuk Damian.

Angel masih menunduk. Dia tidak tahu sebenarnya bagaimana mahu berhadapan dengan Damian.

"Saya tak bercinta dengan Nick. Dan dia bukan tunang saya." Angel akhirnya memberitahu perkara sebenar. Tiada gunanya menyimpan rahsia lagi.

"Yes, Mak Cik Amelia dah beritahu saya pasal tu. And?" Gesa Damian.

"Saya sepatutnya tolong satukan awak dengan Ayumi. Tapi, Rupanya bukan Ayumi yang ditakdirkan untuk saya." Pipi Angel merona merah.

Damian menahan senyum."What happend?"

Angel menarik nafas dalam, Menceritakan kepada Damian perkara yang berlaku semasa di pejabat Mr. Sincere.


No comments:

Post a Comment

Mirna 9

"Here is the plan. Untuk mengaburkan mata orang ramai di sini, saya akan jadi ayah awak berdua. Kita datang ke sini untuk bercuti selep...