Tuesday 10 April 2018

Prisoner of My Heart 3

Kaeto duduk bersila di hadapan Squid dan Jukoth. Meskipun kedua-dua mereka berbangsa demon, Namun mereka lebih peramah berbanding dengan demon lain yang dia pernah jumpa.

"Serius? Saya tak tahu pula vampire boleh belajar magis." Kaeto teruja dan takut pada waktu yang sama.

"Memanglah boleh, Tapi terbatas. Sebab tu mereka dihalang daripada memburu bangsa fairy dan seangkatan dengannya. Kau bayangkan macam mana kalau mereka dapat darah fairy? Tak ke menakutkan?"

"Betul." Kaeto setuju dengan kata-kata Squid."Jadi, Abang pernah jumpa ke dengan vampire yang pakai magis?"

"Huish, Kau. Tengok tanduk la. Abang bukan setakat jumpa, Pernah tidur sekali kut."

Kaeto membulatkan mata. Tidur sekali?

Puk!

Kepala Squid diketuk oleh Jukoth. Squid menggosok kepalanya yang sakit.

"Kau jangan rosakkan kepala budak ni pula. Maksud Squid ni, Pernah ada tahanan Vampire yang guna magis di sini. Kau tunggu, Nanti kalau mereka berdua ada datang melawat kami kenalkan kau kepada mereka." Beritahu Jukoth.

"Betul tu. Nama diorang Fumito dengan Fumiya. Mereka berdua ada juga datang walaupun dah dibebaskan daripada tempat ni." Squid menyampuk.

"Mereka kawan dengan abang ke?"Tanya kaeto.

Dia tidak sabar pula mahu bertemu dengan dua orang vampire yang dikatakan oleh Squid.

Setahunya vampire cuma memiliki kelebihan seperti kelajuan dan kekuatan yang luar biasa. Selain vampire juga immortal dan suka menghisap darah manusia.

"Bolehlah. Tapi mereka datang sebab nak jumpa kapten je sebenarnya" Balas Squid.

Kaeto memandang kapten yang tengah berbaring di atas katilnya sambil membaca buku. Kaeto membaca tulisan yang tertulis pada kulit buku yang dibaca Akira.

Law of Magical World.

"Bang, Boleh ke kalau saya nak tanya pasal kapten." Bisik Kaeto.

Squid dan Jukoth menggeleng.

"Kami dah tahu dah, Kau mesti akan tanya. Kau nak tahu kesalahan yang menyebabkan kapten tercampak kat sini. Betul tak?"

Kaeto terperanjat. Walaupun dia mempunyai kuasa Seer, Tapi Jukoth dan Squid macam boleh meramal pula pertanyaan yang bermain di dalam kepalanya.

"Eh, Abang ni. Pandailah" Kaeto kagum.

"Small matter. Tapi, Kalau paling pandai di camp ni sebenarnya kapten. Flying colors every paper in exam."

Jukoth tidak tipu. Walaupun mereka berada di Healing Camp, Tidak bererti mereka bebas daripada pendidikan.

Jadual mereka lebih kurang sama seperti remaja dan pelajar-pelajar yang berada di institusi pendidikan. Cuma nasib mereka lebih kepada remaja yang dikenakan hukuman grounded oleh ibu bapa.

"Apa benda kau nak tanya tadi?" Soal Squid.

"Kapten Akira, Kenapa dia masuk sini?" Bisik Kaeto.

Takut kalau-kalau kapten dengar mereka bertiga yang sedang mengumpat dirinya. Meskipun Akira itu berada di bilik seberang yang dipisahkan oleh sebuah lorong lebar.

Serta-merta wajah Squid dan Jukoth bertukar gerun. Seperti mereka baru sahaja bertemu The Reaper.

"Kapten punya kesalahan sangat berat. Di sini tiada seorang pun yang boleh menandingi kesalahan yang telah dilakukan oleh kapten" Squid memberitahu Akira dengan memek muka serius.

Kaeto telan liur."Kapten bunuh orang ke?"

Squid dan Jukoth menggeleng.

"Err, Merompak?" Teka Kaeto.

Squid dan Jukoth menggeleng.

"Habis apa kesalahan dia bang?" Kaeto tidak tahan menunggu. Hatinya tidak tahan mahu mengetahui kesalahan besar yang telah membuatkan kapten tersadai di tempat ini.

"Betul kau nak tahu?" Tanya Jukoth dengan nada serius.

Kaeto mengangguk perlahan seolah tidak pasti. Nak tahu tapi takut pula.
Squid mengeluh lantas memeluk tubuh manakala Jukoth memberi isyarat agar Kaeto menghampiri.

Kaeto menurut biarpun ragu-ragu. Jukoth menjawab soalan Kaeto dengan nada yang sangat perlahan, Cukup untuk didengari oleh telinga Kaeto.

"Kesalahan kapten ialah kerana dia terlalu mencintai seorang wanita"

***

Walaupun dia tidak mahu pergi ke majlis itu, Rhea tidak mempunyai pilihan. Dua hari yang lalu, Selepas dia membuang skroll itu ke dalam tong sampah, Dia terus ke bilik air untuk mandi.

Tetapi ketika dia keluar dari bilik mandi, Skroll itu kembali berada di atas meja.

Semalam dia membaling Skroll itu ke dalam tong sampah besar yang terletak di bawah apartment. Namun biarpun telah dibuang, Skroll itu tetap juga kembali. Itu maknanya Rhea harus datang ke majlis itu atau ayahnya akan memastikan Rhea datang secara paksa.

Akhirnya dengan berat hati, Rhea menapak ke pusat membeli-belah ini. Dia mahu mencari gaun makan malam.
Selepas beberapa buah butik yang dikunjungi, Rhea menjumpai sehelai gaun strap warna mustard.



Dia akan memadankan baju ini dengan kasut tumit tinggi bewarna silver yang dihadiahkan oleh Akira dahulu.

Bercakap tentang Akira, Dia akan ke Healing Camp esok sebelum kembali ke rumah untuk menghadiri majlis persaraan ayah.

Selepas membayar harga gaun yang dibeli, Rhea melangkah keluar dari butik yang dimasukinya. Dia mahu membeli barangan basah untuk memasak.

Esok dia akan menghantar bekalan kepada Akira lagi. Dia berdoa agar kali ini Akira akan sudi untuk bertemu dengannya.

***

"Masa untuk tidur. Selamat malam" Suara wanita seperti seorang ibu yang memujuk anak kecilnya untuk tidur berkumandang dari setiap bilik di Healing Camp.

Akira yang masih memegang buku Law of Magical World meletakkan jari telunjuk pada isi kandungan buku tebal tersebut.

Satu cahaya putih muncul membuatkan buku itu bercahaya. Akira masih belum mahu tidur. Dia tidak dapat melelapkan mata bukan disebabkan suara dengkuran Squid yang berada di katil bawah.

Tetapi kerana memikirkan tentang esok. Rhea paati akan datang lagi. Gadis itu, Tidak pernah sekalipun terlepas hari menziarahi tahanan.

Akira merenung gambar yang terlekat pada muka surat buku yang dibaca. Gambar ini diambil semasa dia dan Rhea di tahap pertama menjalani latihan menjadi guardian.

Senyuman Rhea yang terpancar di dalam gambar inilah yang membuatkan dia sering kerinduan. Di sebalik sikap Rhea yang kasar sebenarnya tersimpan perasaan kecewa yang tidak mampu diluahkan dengan kata-kata.

Rhea ibarat Angel yang patah sayapnya, Tetapi masih dipaksa untuk terbang tinggi.



Akira mengusap gambar Rhea. Bukan dia tidak mahu menemui Rhea lagi. Tapi, Ada sebab tertentu yang menyebabkan dia terpaksa menyimpan perasaannya jauh ke lubuk hati.

Lagipun, Rhea sepatutnya mencari lelaki yang lebih baik. Rhea berhak untuk itu.

Akira menutup buku Law of Magical World. Dia harus mencari jalan untuk membuatkan Rhea berhenti daripada mencarinya lagi. 

***

Rhea ralit merenung sebuah keluarga fae yang duduk di meja tidak jauh daripadanya. Mereka datang untuk menziarahi anak lelaki mereka.

Jika dilihat dengan pandangan mata kasar, Anak mereka masih di awal remaja.  Tapi maksud awal remaja bagi bangsa fae mungkin mencecah seribu tahun. 

Remaja lelaki itu menyilangkan tangan ke dada. Dia nampak tidak betminat dengan kehadiran kedua ibu bapanya. 
Hanya ibunya yang sibuk bercakap. Remaja lelaki itu hanya mengangguk, Menggeleng atau menjungkit bahu. Ayahnya pula hanya mendiamkan diri.

"Rhea,"

Rhea berpaling ke tepi. Squid dan Jukoth mengambil tempat duduk di hadapannya. Seorang budak lelaki yang tidak dikenali Rhea duduk di sebelah Jukoth.

Kedua tangannya dibalut dengan sarung tangan hitam. Rhea pasti budak lelaki ini baru sahaja masuk ke Healing Camp.

"Akira kat mana?" Rhea menyembunyikan rasa kecewa dengan senyuman.

"Kapten ada kerja sikit. Dia sukarela nak bersihkan kebun herba."Penjelasan Squid berbau pujukan.

Rhea faham Akira mahu melepaskan diri daripada menemuinya.

" So, Who are you?" Rhea mengalihkan isu ke arah Kaeto.

"Saya Kaeto. Seer"

Kening Rhea terjungkit ke atas. Patutlah lelaki ini memakai sarung tangan.

"Macam mana Seer boleh ada dalam Healing Camp ni?"Soal Rhea.

"Bad time?" Kaeto jungkit bahu."Jadi, Awaklah gadis yang kapten...."

"Eh, Rhea. Awak bawa apa hari ni?" Squid cepat-cepat melontarkan soalan kepada Rhea mengalihkan perhatian gadis itu daripada Kaeto.

Jukoth menepuk-nepuk bahu Kaeto sambil memberi renungan tajam. Selepas ini dia perlu memberi peringatan kepada Jukoth. Mereka tidak akan bercakap isu kapten dengan Rhea secara terbuka.

"Macam biasa." Rhea menghulurkan beg yang dibawa kepada Squid.
"Nanti tolong beritahu Akira. Malam ni saya ada majlis di rumah jadi saya tak boleh lama."

Squid mengangguk. Mereka berbual untuk beberapa lama sebelum Rhea meminta diri. Dia perlu bersiap sebelum ke majlis malam ini.

Squid membawa beg yang diberikan oleh Rhea. Seperti biasa dia akan menyusun bekas berisi makanan di atas meja Akira. Sementara surat-surat yang dikirim untuk Akira akan disusun oleh Squid di dalam kotak khas.

"Kenapa Kapten tak nak jumpa Rhea?" Tanya Kaeto semasa mereka berjalan pulang ke bilik.

"Kaeto, Kitorang pun tertanya tentang perkara tu dari dulu lagi." Balas Jukoth.

"Tapi kalau kau berani pergilah tanya kapten sendiri."Cadang Squid.

Squid dan Jukoth ketawa dengan cadangan bodoh Squid. Tapi Kaeto tidaklah terlalu lurus untuk mengikut cadangan Squid.

Selepas menyusun surat kiriman Rhea ke dalam kotak khas, Squid mencari Akira di kebun herba.

Lelaki itu dengan baiknya tengah bertenggek di atas tanah. Dedaunan kering dan rumput liar yang tidak memberi faedah selain mencuri nutrisi daripada pokok herba yang ditanam melayang-layang sendiri ke satu arah.

" Kapten, Aku dah susun surat yang Rhea kasi dalam kotak. Makanan tu jangan lupa makan. Dan Rhea pesan, Malam ni dia ada majlis di rumahnya.  Dia akan pakai gaun strap mustard  dengan kasut hells silver yang kapten hadiahkan dulu. Itupun kalau kapten ingat lagilah hells yang kapten bagi tu. Okay kapten. Aku chow dulu. Nak pergi main bola keranjang ni."

Tanpa menunggu balasan Akira, Squid terus berlari laju dari kebun herba. Akira tersenyum kecil membayangkan Rhea di dalam gaun mustard.

Dia ingatkan Rhea akan memakai serba hitam. Nampaknya gadis itu sudah berubah selepas peristiwa tiga tahun dahulu.

Tapi yang masih kekal ialah hati Rhea. Akira mengeluh berat.

No comments:

Post a Comment

Mirna 9

"Here is the plan. Untuk mengaburkan mata orang ramai di sini, saya akan jadi ayah awak berdua. Kita datang ke sini untuk bercuti selep...