Friday 30 March 2018

Angel 13


Angel tergamam. "Apa maksud kau?"

Dengan wajah yang sedikit menunduk, Cupid mengangkat biji mata merenung Angel.



"Gurau je!!!" Cupid membuat bentuk love dengan tangan ke arah Angel.

"What?!" Angel membuat muka marah. "Tak kelakarlah Cupid"

Cupid terdiam melihat wajah bengang Angel. Gadis itu benar-benar dalam keadaan marah. Cupid cuma mahu menutup malu apabila rahsianya diketahui.

"Maaflah!"

Angel merenung Cupid. Dia mahu melepaskan lagi perasaan marah yang terbuku di hati. Tapi akhirnya dia memejamkan mata, Menenangkan diri.

"Fine." Kata Angel selepas membuka mata.

Cupid kembali melihat ke hadapan. Wanita yang diintainya masih berada di balkoni, Mengadap komputer riba yang berada di atas meja.

Cupid duduk di hujung bumbung, Menjuntaikan kaki ke bawah. Angel merapati Cupid sebelum duduk di sisi lelaki itu.

"Siapa wanita tu?" Tanya Angel selepas duduk di sebelah Cupid.

"Yuna" Nama itu menimbulkan rasa perit di hati Cupid.

"Siapa Yuna pada kau?"

Helaan nafas kedengaran. Agaknya Cupid berat hati mahu berkongsi rahsia. Tapi, Apalah gunanya lagi menyimpan rahsia ini andai Angel sudah nampak dia memerhatikan Yuna.

"Kau ingat lagi masa Damian tanya macam mana kita kenal?"

Cupid oh Cupid. Kenapalah kau perlu bangkitkan nama lelaki itu?

Angel angguk sahaja. Lagipun, Bukannnya Cupid tahu bahawa dia tengah susah hati pasal Damian dan peristiwa yang berlaku antara mereka petang tadi.

Sehingga kini Angel masih terdengar tangisan mendayu Ayumi. Kasihan Ayumi, Dia benar-benar sayangkan Damian.

Tapi, Ayumi tidak perlu risau. Dia pernah melepaskan Damian untuk Clara. Dia paati boleh melakukannya untuk Ayumi. Lagipun, Antara Ayumi dengan Clara, Angel pilih team Ayumi.

"Kisah tu sebenarnya memori aku dengan Yuna."

Angel terkedu. Sisi wajah Cupid dipandang oleh Angel dengan mata bulat. Wajah Cupid kekal tanpa riak sehinggakan Angel tak pasti sama ada Cupid berkata benar atau sekadar bergurau.

"Aku tak tipu. Terpulang kalau kau tak percaya" Kata Cupid bagaikan dapat membaca isi hati Angel.

"Macam mana kau boleh jadi Cupid?" Tanya Angel dengan berhati-hati.

 Takut kalau-kalau dia mengguris hati Cupid biarpun Cupid sebenarnya sudah terluka kerana mengenangkan memori yang berlaku sebelum dia menjadi Cupid.

Cupid menegakkan jari telunjuk. Satu cahaya biru malap muncul. Cupid menghalakan cahaya itu ke arah dahi Angel yang terletak antara dua buah mata.

"Tengoklah sendiri" Cahaya biru itu tenggelam ke dalam bahagian otak hippocampus Angel.


Telinga Angel menangkap suara esakan wanita yang begitu perlahan.  Dia melihat keadaan sekeliling yang bewarna putih.

Hospital lagi!

Dia memandang ke arah dua pasang tubuh yang sedang berdiri. Mereka sedang merenung seorang lelaki yang terbaring di katil. Angel memberanikan diri untuk menghampiri. 

Cupid?

Lelaki itu terlantar lemah tidak bermaya. Dia tidak memakai kaca mata, Membuatkan Cupid nampak lebih muda. Angel teringatkan tentang Nami yang juga terlantar seperti ini. Tapi, Sekurangnya Cupid tidak botak.

"Mama..." Mata Cupid yang terpejam dibuka sedikit.

"Ya, Sayang?" Wanita separuh usia yang berdiri di sebelah Cupid memegang tangan Cupid.

"Boleh sampaikan pada Yuna."

"Nick, Sabar ya. Yuna pasti datang"

Cupid menggeleng lemah. "Nick dah tak boleh. Tolong ma. Beritahu Yuna. Nick cintakan dia"

Wanita itu menekup mukut dengan sebelah tangan. Suaminya yang berdiri di belakang mengusap bahu isterinya dengan penuh hiba. 

"Janji ma."Pinta Nick. 

Ibunya mengangguk. Nick tersenyum.

"Nick!" Teriak ibunya ketika Cupid memejamkan mata. Teriakan ibunya semakin kuat tatkala mesin nyawa di sebelah Cupid menunjukkan tanda garisan panjang. 

Beberapa staf perubatan bergegas mendapatkan Nick sebelum menarik langsir biru, Menghalang pandangan Angel.


Air mata Angel menitis ke pipi saat dia kembali ke alam realiti. Wajah Cupid yang mengukir senyum ke arahnya menjadi tatapan mata Angel.

Dia mungkin tidak berada di sana. Namun perasaan sedih itu dapat dirasai oleh Angel.

"Dah tahu?"

Angel mengesat air mata yang mengalir. Tidak pernah dia tahu Cupid pernah bercinta.

"Jadi, Kau dengan Yuna?"

"Aku tak sempat jumpa Yuna. Dia terperangkap dalam kesesakan jalan raya" Balas Cupid.

"Sebab tu kau jadi Cupid?" Angel membuat kesimpulan sendiri.

"Don't you get it? Kami yang menjadi Cupid semuanya terdiri daripada lelaki yang tidak sempat menemui cinta sejati. Macam aku, Aku terlambat untuk beritahu Yuna dari mulut aku sendiri. So, Dengan menjadi Cupid, Sekurangnya aku dapat bantu insan lain mendapatkan cinta sejati"

Angel mulai faham. Sesungguhnya sebelum ini dia langsung tidak kisah. Dia terlalu sibuk mengumpul mata bintang. Mahu menjadi Guardian Angel yang terbaik di Sky Realm.

"Tapi, Bukan ke kalau kau jatuh cinta, Kau akan jadi buih?"

Cupid memasamkan mukanya yang comel.

"Kau fikir aku ni sabun? Mahu jadi buih"

Angel ketawa. "Manalah tahu"

Cupid menggeleng. Jari telunjuknya menolak bingkai kaca mata yang tersemat kemas.

"Malah puteri duyung pun tidak jadi buih selepas dia melompat ke dalam lautan" Kata Cupid dengan perasaan terluka.

"Eh, Yakah?" Angel baru tahu. "Kau tipulah"

"Aku serius. Sama serius dengan perasaan aku pada Yuna." Cupid menegakkan kelima-lima jari tangan kanan.

Angel memandang ke hadapan. Bukan ke arah Yuna tetapi ke arah Ubban Bridge yang merentasi lautan Firefox. Jambatan ini menghubungkan bahagian utara dan selatan Ubban Falls.

Angel terfikir akan sesuatu. Dia menoleh ke arah Cupid sebelum menyuarakan soalan.

"Hei, Cupid. Macam mana kalau kau kena satukan Yuna dengan orang lain? Kau masih akan lakukan tak?"

"Well..." Cupid menggaru kepala yang tidak gatal.  "At least Yuna dah tahu perasaan aku pada dia. Kalau Yuna tak cintakan aku dan anggap aku tak lebih dari seorang rakan pun aku tak menyesal."

Angel teringat pada Damian. Agaknya kerana itulah Damian meluahkan perasaan petang tadi. Jadi, Walaupun dia menolak cinta Damian sekurangnya lelaki itu sudah lega kerana berjaya merungkapkan rasa hati.

Damian, Maafkan aku. Kalaulah kau bukan ditakdirkan untuk Ayumi, Pasti aku akan menerima cinta kau. Desis hati Angel.

"Kau dah rasa puas dengan menatap Yuna dari jauh?"Angel kembali memandang ke hadapan.

" Yang benar? Dah tentulah tidak. That is why, Kau kalau ada peluang jangan lepaskan cinta tu. Status bukan segalanya Angel. Untuk apa kau menjadi Guardian Angel terbaik kalau di akhirnya kau akan kesunyian"
Pesanan Cupid menyentap tangkai hati Angel.

"Tapi aku tak boleh jadi Guardian Angel lagi kalau aku buat begitu." Angel menunduk.

"Itu kalau kau pilih untuk bersama dengan yang bukan bangsa kita" Kata Cupid.

"Jadi, Kau ada suka pada orang yang bukan daripada bangsa kita?" Serkap Cupid.

Angel buat tidak dengar. Dia tidak tahu ucapan yang baik untuk melibas kata-kata Cupid. Makanya berdiam diri adalah perkara yang terbaik.

Mustahil dia mahu beritahu bahawa dia cintakan Damian. Dia tidak tahu perkara yang akan berlaku andai Cupid tahu tentang rahsia itu. Walaupun Cupid sudah memberitahu rahsia terbesar tentang dirinya.

"Oh, Sebelum aku terlupa, Aku nak berterima kasih pada kau." Cupid bangun dengan bantuan sayapnya.

Yuna sudah masuk ke dalam rumah, Menutup pintu balkoni dan membiarkan lampu di hadapan ruang tamu terpasang.

Cupid juga mahu beredar. Dia tidak boleh berlama-lama menatap Yuna. Dia ada tugas untuk dilakukan.

"Terima kasih, Untuk apa?" Angel turut bangun.

"Kerana Damian dan Ayumi. Nampaknya mereka akan bersatu tidak lama lagi. Bersedialah untuk dapat mata bintang" Cupid mengenyitkan mata kepada Angel.

"Mm...macam mana kau pasti?" Angel gelabah.

"Laporan aku menunjukkan Damian dalam keadaan kecewa. Tidak tahu dari mana puncanya. Kalau Ayumi isi kekecewaan tu, Aku pasti mereka akan bersama Lagi satu. Kalau kau pecahkan rahsia tentang Yuna, Aku akan betul-betul bunuh kau" Cupid mengibaskan sayapnya dan melayang ke udara.

Angel tidak mendengar pesanan Cupid yang terakhir. Dia sedang tercengang dengan berita mengenai Damian dan Ayumi yang akan bersatu.

Hati Angel terasa pedih terbakar. Dan dia terus berdiri di situ walaupun Cupid sudah menghilang.

Angel melontarkan pandangan ke jambatan Ubbin Falls. Melihatkan jambatan itu membuahkan satu persoalan di dalam diri. Mungkinkah akan wujud jambatan untuk menyatukan cintanya dengan Damian?

***

Gadis itu memeluk tubuh, Meliarkan matanya ke kiri dan ke kanan sebelum masuk ke dalam sebuah kedai runcit. 

Dia mencapai beberapa paket makanan dan memasukkannya ke dalam bakul. Ketika mahu mencapai botol minuman, Bahunya ditepuk oleh seseorang.

"Mirna?" Tegur yang empunya tangan.

Mirna pantas berpaling. Air liurnya ditelan.

"Hei, Mirna. Ini aku, Tiffany. Kau ingat aku lagi tak? Kita jumpa masa di Iceland. Gish, Dah dua tahun kita tak jumpa. Kau buat apa dah sekarang?"

"Err..."

Belum sempat Mirna mahu menjawab, Nama Tiffany dilaung oleh seseorang.

"Kau tunggu sekejap. Aku nak kenalkan kau dengan teman lelaki aku." Tiffany terus berlalu mendapatkan seorang lelaki yang sedang keliru memilih barangan harian.

Mirna meletakkan bakul yang dipegangnya ke lantai. Tanpa membuang masa dia terus memecut lari.

Tanpa memandang ke kiri dan kanan, Dia meredah laluan pejalan kaki, Bimbang jika Tiffany mengekori. 

Tubuh kecil Mirna akhirnya tenggelam dalam lautan orang ramai.




No comments:

Post a Comment

Mirna 9

"Here is the plan. Untuk mengaburkan mata orang ramai di sini, saya akan jadi ayah awak berdua. Kita datang ke sini untuk bercuti selep...