Wednesday 4 April 2018

Chit-Chat Angel


Chit-Chat Angel

Writer: Hai, Angel. Saya suka rambut merah awak. Really suit you.

Angel: Thanks.

Writer: So, Last time rambut awak masih hitam. Boleh kongsi sejak bila awak tukar warna rambut?

Angel: Lepas graduasi. And, Sebab someone pernah beritahu yang warna merah sesuai dengan saya  ( Jeling Damian sambil senyum )

Writer: So, Bagaimana dengan kes perbicaraan awak?

Angel: All good. Fumiya dan Fumito dikenakan hukuman sebab trespassing. Dan Akira sebab tiga kesalahan utama. Summoning Demon, Spirit dengan upah Fumiya serta Fumito. Mereka akan dikenakan tahanan di Healing Camp.

Writer: Jadi sekarang awak buat apa? Still guardian Angel?

Angel: Sort of. Saya jadi partner untuk Cupid, Bantu dia apabila dia memerlukan. Saya tak kisah dah tentang mata bintang sebab saya dah dapat bintang hati. ( Senyum pada Damian )



Chit-Chat Damian

Writer: Hai Damian. Welcome to Chit-Chat studio again.

Damian: My pleasure.

Writer: So seperti biasa awak tahukan yang saya akan tanya few question macam last time.

Damian: ( angguk )

Writer: First question, Selepas awak berhenti jadi pembantu Ice ke mana awak pergi?

Damian: I come back ke dunia mortal. Habiskan masa dengan keluarga mortal yang saya dah kenal sejak kecil dan apply kerja menjadi computer engineering.

Writer: By keluarga you mean keluarga Ayumi, Right? Well tolak Puan Amelia of course sebab dia bekas guardian. So, Where are your real family? At least kita tahu Angel anak yatim.

Damian: Can we talk about something else? ( muka tak senang )

Writer: Yeah, Sure.



Chit-Chat Im Jaebum

Writer: Hey, Jaebum

Im Jaebum: Hai. ( Betulkan rambut)

Writer: So, Jaebum. As you know saya akan tanyakan soalan berkaitan cerita Angel.

Im jaebum: Uhuh, I know.

Writer: Apa pendapat awak tentang kes Akira?

Im Jaebum: That man. ( menggeleng ) Aku tak pernah tahu dia ada feeling untuk Rhea.

Writer: Yeah, Tapi dia sanggup berkorban untuk Rhea. So sweet

Im Jaebum: Sweet? Kawan aku kena masuk healing camp dan Rhea langsung tak peduli pasal dia. He is stupid. Dan aku tak ada kawan macam tu.

Writer: But he is still your friend, Right?

Im Jaebum: Don't you get it? Aku ada reputasi unruk dijaga. Dan aku tak mungkin boleh dilihat bersama Akira lagi.

Writer: Hurm. Bagaimana dengan Tae Min dan Rhea?

Im Jaebum: Entah. Masing-masing bawa diri. Aku tak nak terbabit lagi dah dengan mereka berdua.



Chit-Chat Nick a.k.a Cupid

Writer: Hai, Nick. Selamat datang ke sesi interview Chit-Chat.

Cupid: Terima kasih. Di mana ada cinta di situ ada saya.

Writer: So Nick, Can I know Yuna tu wujud atau dia sebenarnya strategi awak je?

Cupid: Dia wujud. Dan ya, Kisah kami bukan strategi saya untuk membuatkan Angel sedar tentang kepentingan Damian dalam hidup dia. Angel, Secara tak sengaja dia ternampak saya memerhatikan Yuna. Saya perlu simpan rahsia mengenai Yuna jadi saya tipu dia  yang Yuna tu cuma strategi saya.

Writer: It must be though for you. Tak dapat bersama orang yang dicintai.

Cupid: Melihat pasangan lain gembira dah cukup bagi saya. Lagipun, Saya masih boleh melihat dan menjaga Yuna dari jauh. Lagipun, Membuatkan Angel bersama dengan Damian jauh lebih sukar bagi saya.

Writer: But you did it.

Cupid: No, Angel did it. Saya rasa rancangan Akira membantu juga dalam hal ini. Especially semasa serangan Amanjaku. Damian tahu Angel ada di situ dan dia berhadapan dengan Angel. (Ketawa). Sekarang, Saya sedang berusaha unruk menyatukan Ayumi.


Chit-Chat Gothart

Writer: Hai Good Heart. Thanks sebab sudi datang walaupun awak sibuk dengan kerja.

Gothart: Please, jangan buat saya flutter. Lagipun Nick tumpangkan saya ke sini. Jadi, tak adalah susah pun.

Writer: So Good Heart. Sebenarnya apakah jawatan awak di Sky Realm?

Gothart: Saya menguruskan semua fail laporan yang dihantar oleh para Angel. Seperti di awal cerita ni awak akan dapat tahu ada fail hitam dan putih. Fail hitam terdiri daripada laporan berkaitan anak guardian yang nakal atau dalam bahasa kasarnya buruk perangai. Dan fail putih pula untuk anak guardian yang bertentangan.

Writer: Wah, Pasti sukar awak mahu melaksanakan tugas itu.

Gothart: Sebab itu saya ada pembantu cilik untuk membantu dalam aspek pengurusan,

Writer: Jadi macam mana pemilihan anak guardian itu dibuat. Adakah anak guardian yang baik akan diberikan kepada Guardian Angel yang baik semata-mata dan sebaliknya?

Gothart: Tidak juga. Sepanjang saya bekerja di Sky Realm, Kadang-kala ada anak guardian yang baik menjadi jahat walaupun mendapat Guardian Angel yang baik dan sebaliknya. Saya kira semua itu bergantung kepada individu.

Writer: Pendapat awak mengenai Angel?

Gothart: Angel, Sejak dia bekerja di Sky Realm pun dia sudah menunjukkan potensi diri. Selalu tampil dalam keadaan ceria sehingga menyenangkan hati semua yang melihatnya. Cuma, dia terlalu kuat bekerja membuatkan saya risau.

Writer: Kenapa tu?

Gothart: Saya sudah tua. Saya nampak benda tersirat yang orang lain tidak nampak. Angel, Dia bekerja keras untuk menutup kekosongan yang ada di dalam hatinya. Dia tidak gembira meskipun selalu tampil ceria. Tapi saya tidak risau lagi selepas dia menemui Damian.

Writer: Terima kasih Gothart kerana sudi ditemu ramah.

Gothart: Welcome.




Chit-Chat Rhea

Writer: Hai Rhea, Terima kasih sebab datang ke sesi interview Chit-Chat

Rhea: ( Sambil lambai pada skrin kamera ) Ah, Apa? Oh, Okay.

Writer: So, Rhea. Seperti biasa saya akan tanya awak beberapa soalan. Soalan pertama, Boleh tak awak terangkan kenapa awak tidak sukakan Angel?

Rhea: Sebab dia lemah dan senang untuk dibuli.

Writer: Err...Tapi dia kalah awak. Dan Angel juga mempunyai pencapaian yang tinggi berbanding dengan awak walaupun awak terlebih dahulu menghabiskan pengajian.

Rhea:( angkat bahu sambil jari telunjuk bermain dengan hujung rambut ) Saya cuma berikan dia peluang.

Writer: ( Yalah tu ) Next question, Bagaimana dengan kehidupan awak sekarang?

Rhea: Macam normal. Sakitkan hati ayah saya, Mr. Sincere.

Writer: What about Akira?

Rhea: ( Jungkit bahu ) Saya tak tahu.

Writer: Eh, Awak tak terkesan langsung dia masuk Healing Camp kerana awak?

Rhea: I....I don't know. Saya tak sangka dia sanggup buat begitu demi saya.

Writer: Oh, What we will do for love. Saya pasti dia lelaki yang baik. Awak tak nak buat sesuatu demi balas pengorbanan dia?

Rhea: (berfikir dalam-dalam)


Chit-Chat Mirna

Writer: Hai Mirna. It is good to see you again.

Mirna: Thanks, I guess

Writer: Awak okay? Awak nampak pucat

Mirna: Saya penat. Semua orang tak nak percaya cakap saya. Priya yang paling rapat dengan saya pun cakap saya dah gila. (Geleng Mirna)

Writer: So, Apa sebenarnya yang berlaku pada awak?

Mirna: Awak nak tahu? ( teruja )

Writer: Yes, Dah tentu.

Mirna: Tapi, Awak takkan percaya. (Geleng Mirna)

Writer: Mestilah saya akan percaya. You are my fav remember?

Mirna: Priya pun cakap macam tu. Tapi mereka semua berpaling daripada saya. Semua orang tak percaya saya. Dari dulu sampai sekarang semua orang kata saya freak, Gila...dahlah. Saya dah penat. Leave me alone.

(Mirna terus bangun dan berlalu keluar dari studio. Sekeping kertas yang berlipat terjatuh daripada jaket berhud hitam yang dipakainya. Writer mengambil kertas tersebut dan meleraikan lipatan. Tertulis satu perkataan pada kertas tersebut iaitu 'Mirna')

 Writer: Ini darah, Kan? Tulisan ni daripada darah betul tak? (bisik pada krew)

No comments:

Post a Comment

Mirna 9

"Here is the plan. Untuk mengaburkan mata orang ramai di sini, saya akan jadi ayah awak berdua. Kita datang ke sini untuk bercuti selep...