Tuesday 3 April 2018

Angel 18

Rhea jeling Angel.

Angel turut menjeling. Bukan sahaja kepada Rhea, Tetapi Im Jaebum, Akira dan Tae Min yang turut berada di pejabat Mr. Sincere ini.

"Fumito dan Fumiya, Dua orang adik-beradik yang melakukan serangan semalam sudah mengaku kesalahan."
Mr. Sincere memulakan mukadimah.

Puan Amelia, Ibu Ayumi yang duduk di kerusi hadapan Mr.Sincere mengangguk faham.

"And?" Puan Amelia menyilang tangan.

"Mereka tidak tahu bahawa awak adalah bekas Angel. Mereka hanya tahu yang semua ahli keluarga Ayumi adalah keluarga biasa." Jelas Mr. Sincere lagi.

Bulat mata Angel merenung ibu Ayumi. Patutlah wanita itu boleh melihatnya dalam keadaan halimunan tempoh hari.

Wicked...

Cupid yang bersandar di tingkap kaca panjang yang menjadi background pejabat Mr.Sincere tersenyum dengan riak terkejut Angel.

Dia menoleh ke arah Rhea dan rakan-rakannya yang lain. Mereka berempat juga menunjukkan riak yang sama seperti Angel.

Kenapa? Tak sangka?

"Bagaimana dengan hukuman ke atas mereka?" Puan Amelia ingin tahu.

"Disebabkan mereka masih di bawah umur, Kedua orang budak itu akan dikenakan pengawasan 24 jam. Lagipun, Menurut mereka arahan yang diterima ialah untuk melarikan Ayumi. Bukan mencederakan anak gadis awak."

Puan Amelia mengeluh. Baginya lebih baik kalau budak berdua semalam dikenakan hukuman yang lebih berat.

"With all due respect, Mr. Sincere. Saya tak puas hati dengan hukuman yang dikenakan terhadap mereka berdua." Tegas Puan Amelia.

"Saya faham. Sebab itu pihak Council Vampire akan hubungi awak nanti. Awak boleh berbincang dengan mereka serta kedua ibu bapa Fumita dan Fumito nanti"

Riak Puan Amelia sedikit tenang. Walau apapun dia akan menuntut bela terhadap anak gadis tunggalnya itu.

"So, Why are we here then?" Im Jaebum menyuarakan soalan.

Hari ini tiba-tiba sahaja dia diiringi oleh beberapa Warrior Angel untuk datang ke pejabat Mr. Sincere atas urusan penting.

Selepas tiba di sini dia terpaksa menunggu lagi selama beberapa jam sehingga Warrior Angel dapat mencari kesemua rakannya.

Kemudian Angel tiba bersama Cupid. Dan Mr.Sincere tiba bersama wanita yang bernama Puan Amelia.

"Look, Aku tak tahu apa benda yang berlaku kat sini. But, I am better off now" Im Jaebum bersuara jengkel sambil bangun dari kerusi.

Sebuah cahaya muncul di belakang Jaebum sebelum keluar seorang Warrior Angel dan menekan bahunya supaya kembali duduk.

"Owhhh, Dude!" Marah Jaebum selepas dia dipaksa melabuhkan punggung kembali.

Hilang sifat macho beliau di hadapan Angel meskipun Angel tidak menganggapnya sebagai kacak.

"Awak mungkin pembantu Putera Sean, Tapi saya yang ada authority di tempat ini. Jadi, Saya cadangkan awak duduk diam dan tunjuk sedikit rasa hormat. If, You do know what respect is" Suara Mr. Sincere kedengaran tegas.

Jaebum membuat muka marah dan membetulkan bajunya.

"Bullshit!" Kata Rhea perlahan namun masih mampu didengari oleh semua orang di dalam bilik itu.

"And you too, Rhea. I am so dissappointed with you. Tengoklah baju yang kamu pakai. Sekurangnya sarunglah baju formal untuk hadir ke sini," Mr. Sincere mencemuh ke arah Rhea.

Rhea membuat muka selamba. Dia memakai T-shirt hitam yang tertulis Daddy's Lil Monster bewarna emas dan seluar pendek juga bewarna hitam.  Rhea membalas pandangan Mr.Sincere tanpa seinci pun rasa takut.

"Tell me something I don't know. Lagi satu, Baju formal tu cuma sesuai untuk budak-budak lemah. Especially yang tak boleh jaga anak guardian sendiri" Rhea menjeling Angel.

Tae Min menyembunyikan ketawa dan Akira hanya menunduk. Angel menahan diri daripada mengeluarkan air mata.

"Saya panggil kamu semua sebab Fumiya dan Fumito beritahu mereka terima arahan untuk mengganggu anak guardian Angel, Iaitu Ayumi"

Angel yang menunduk kesedihan kembali mengangkat wajah. Dia memandang Mr. Sincere sebelum beralih kepada empat individu yang dusuk di hadapan.

"What are you looking at? Aku tak buat apa-apa" Marah Rhea apabila Angel merenung tajam ke arahnya.

Dia juga terkejut dengan berita yang disampaikan oleh Mr.Sincere.

"Betul kamu tak tahu apa-apa?" Suara Mr. Sincere seakan menuduh.

"Aku cakap tak tahulah!" Jerit Rhea tidak puas hati kepada Mr. Sincere.

"It is me." Akira bersuara, Membuatkan semua mata menoleh ke arahnya.

Akira bangun perlahan-lahan daripada kerusi yang didudukinya. Seperti tadi, Muncul cahaya bulat di belakang Akira.

Dia menepis kasar tangan seorang warrior Angel yang memegang bahunya supaya dia kembali duduk.

"Saya yang suruh Fumiya dan Fumito kacau anak guardian Angel"Tambah Akira.

Mr. Sincere mengangkat tangan, Meminta Warrior Angel tersebut supaya membiarkan Akira berdiri.

"Akira, Kau cakap apa ni?" Tae Min yang duduk di sebelah Akira gelabah.

"Anak muda, Apa alasan awak untuk ganggu anak mak cik?" Puan Amelia menyoal Akira.

Akira memandang ke arah Puan Amelia sesaat sebelum menundukkan badan." Saya minta maaf" Kata Akira sebelum kembali berdiri tegak.

Dia memandang Angel sebelum kembali menundukkan badan seperti tadi.

"Tolong maafkan saya, Angel"

Angel kaget. Adakah ini satu gurauan? Akira minta maaf?

Perlahan-lahan Akira menegakkan badan dan berpaling kepada Rhea.

"Kawan-kawan saya tak tahu apa-apa. Serangan Dmon dan spirit sebelum inipun berpunca daripada saya. "

"What?!" Pekik Angel. Dia sudah berdiri dan melebarkan sayap.

Cupid pantas meluncur dan memegang Angel sebelum sempat gadis itu menerpa ke arah Akira.

"Angel, Calm down" Bisik Cupid.

Rupanya disebabkan inilah Cupid dipanggil untuk turut serta oleh Mr. Sincere.

"Apa masalah kau hah? Kenapa kau tak habis-habis ganggu hidup aku?!" Mata Angel berkaca.

Dia tidak faham punca mereka memusuhinya. Dia tidak pernah pun ganggu hidup mereka berempat. Api kemarahan di dalam diri Angel berombak-ombak.

Akira menggenggam kedua belah tangan. "Saya lakukan semua ini demi Rhea"

"Hoi, Kau jangan nak babitkan aku pula!" Jerit Rhea.

Dia menepuk meja di hadapannya. Tidak berani bangun kerana tahu di belakangnya sudah bersedia Warrior Angel yang akan memaksanya untuk duduk.

"Quiet!" Mr. Sincere meninggikan suara yang kedengaran seperti guruh. Selepas mereka semua memberi perhatian, Mr. Sincere menyambung kata.

"Akira, Sila jelaskan."

Akira merenung Rhea sehingga gadis itu tidak senang duduk. Masih marah dan keliru kerana namanya dipetik oleh lelaki itu. Akira menoleh ke arah Angel.

"Rhea, Dia cemburu pada awak. Dia selalu luahkan rasa tak puas hati. Pada dia, Awak ada rupa dan kepandaian. Dan dia tak ada semua tu. Walaupun dia tak sedar yang pada saya, Dia lebih cantik daripada awak dan dia juga pandai dengan gayanya yang tersendiri."

Tae Min ternganga.

Im Jaebum merenung tidak sangka.

Rhea terkedu.

Dan Angel masih cuba menenangkan diri daripada menerkam Akira.

"Saya tak bermaksud untuk cederakan Ayumi. Cuma kalau Ayumi hilang buat seketika pasti akan menjejaskan reputasi Angel. Dan, Mungkin Rhea akan..." Akira meneguk liur.

"Finish your sentence, Akira" Arah Mr. Sincere.

"Akan tersenyum gembira semula" Sambung Akira. Matanya ditundukkan ke meja.

"Akira, Awak tahu tak perbuatan awak bukan sahaja akan menjejaskan reputasi Angel. Tapi, Jika seorang guardian gagal menjaga anak guardiannya dengan baik, Maka dia tidak boleh menjadi Guardian Angel lagi."Mr. Sincere bersuara agak tinggi.

Akira makin menunduk. " Maaf, Saya tak tahu tentang tu"

"Tak apa. Awak akan ada banyak masa untuk belajar dalam pusat tahanan nanti" Balas Mr. Sincere. "Jadi, Awak mengaku bersalah dan bertanggungjawab dalam serangan semalam serta dua serangan sebelum ini?"

"Ya. Saya yang melakukan summon spell untuk memanggil demon dan spirit sebelum ini. Saya juga yang mengupah Fumiya serta Fumito untuk melarikan Ayumi" Akui Akira.

"Akira, Kenapa awak sampai bertindak macam ni? Saya tak suruh pun!" Marah Rhea.

"Saya yang bertindak sendiri. Sebab saya cintakan awak, Rhea. Dan saya nak awak gembira" Kata Akira.

"Baiklah. Terima kasih kerana memudahkan proses soal siasat ini. Selepas ini, Awak akan dibicarakan untuk kesalahan yang telah awak lakukan" Mr. Sincere menggeleng kesal.

Serentak dengan itu tiga lagi Warrior Angel muncul melalui sebuah lubang cahaya dan mendapatkan Akira dengan kasar.

Dua orang Warrior Angel memegang kemas bahu kiri dan kanan Akira. Tangan Akira digari dengan handcuffs putih bercahaya sama seperti yang digunakan oleh Angel semalam.

"Akira," Rhea bangun daripada kerusi mahu mendapatkan Akira yang diheret keluar daripada pejabat.

Namun lengannya dipegang kemas oleh Jaebum. Lelaki itu menggeleng, Tanda sia-sia jika mereka menghalang Akira daripada dibawa pergi.

Akira melawan pegangan Warrior Angel yang mengiringinya. Dia menoleh ke arah Rhea dan rakan-rakannya.

"J, Tae Min, Aku minta maaf. Aku hargai persahabatan kita selama ni. Rhea, Jaga diri awak baik-baik. Saya dah tak ada untuk jaga awak lagi lepas ni. Especially daripada lelaki-lelaki jahat yang cuba nak ambil kesempatan pada awak."

Mata Rhea berkaca merenung Akira. Patutlah selama ini Akira sentiasa ada bersamanya.

Akira menjungkit bibir kiri sebelum menyambung. "Lagi satu, Saya tahu awak suka J, Tapi awak sangat berharga untuk habiskan masa awak dengan menunggu dia. Find your own speciaity and stop intimidating other. You are special Rhea, At least to me"

Tae Min dan Jaebum mengeluh kesal. Mereka tidak menyangka Akira akan bertindak sejauh ini. Rhea pula terpacak berdiri tanpa kata.

Akira menegakkan kepala, Seolah tidak menyesali perbuatannya demi Rhea Lantas berpaling dan mengikut keempat-empat Warrior Angel tadi masuk ke dalam sebuah bulatan cahaya.

Bulatan tersebut hilang selepas Akira dan empat Warrior Angel tadi masuk ke dalam.

"Please, Help him. Akira lelaki yang baik. Tak mungkin dia buat semua ni?"" Rhea meminta pertolongan Mr.Sincere.

Lelaki itu menahan amarah. "Rhea, Fumiya dan Fumito sudah mengaku Akira yang upah mereka supaya melarikan Ayumi. Dan Akira sendiri mengaku serangan sebelum ni berpunca daripada dia."

Rhea menggeleng. "Tapi mungkin ada orang suruh dia buat begitu. J, Cakaplah sesuatu!"

Im Jaebum memaling ke arah lain. Rhea mengetap gigi, Geram dengan sikap Jaebum yang lepas tangan.

"Tae Min!" Rhea memanggil Tae Min.

"I am sorry Rhea. Tapi, Kalau bukan sebab kau Akira takkan bertindak macam ni" Lemah suara Tae Min bersuara.

"Hoi, Kau jaga mulut sikit!" Tengking Rhea.

"Enough! This is my office!" Pekik Mr. Sincere. Dia yang duduk di kerusi bangkit berdiri dan mencerlung ke arah Rhea.
"Semoga dengan kejadian ini awak bertiga akan lebih berhati-hati dalam menentukan hala tuju. Jadikan kisah Akira sebagai pengajaran"

Im Jaebum menggeleng sambil mengangkat tangan seperti menyerah.
Dia segera bangun daripada kerusi dan mengangkat kaki daripada pejabat Mr. Sincere. Gelagatnya seperti dia masih belum mampu memproses kejadian yang baru terjadi.

Mata Tae Min berkaca ketika mata Rhea bertemu dengannya namun cepat-cepat Tae Min menunduk dan mengikut Im Jaebum.

"It is not fair," Rhea tersedu.

"You too Rhea. Berhenti cemburu dengan kejayaan orang lain. Sebaliknya berusaha mencapai kejayaan dengan usaha sendiri!" Marah Mr. Sincere.

Angel dan Cupid menikus takut. Rhea membalas pandangan Mr. Sincere dalam tangisan.

"Macam mana aku nak usaha kalau semua yang aku buat tak kena di mata kau!" Pekik Rhea.

"Rhea!"

"Macam aku tak tahu yang kau lebih suka kalau Angel ni yang jadi anak kau. Betul tak, Daddy?!"

Mr. Sincere menggenggam penumbuk di atas meja. Dia tidak mahu bergaduh dengan Rhea di hadapan Puan Amelia.

"Get out from my sight" Mr. Sincere menghalau Rhea keluar.

Dia bimbang jika Rhea berada lebih lama di situ, Tangannya akan naik ke wajah gadis itu.

Rhea menjeling Angel dengan penuh kebencian sebelum berlari keluar. Angel mengekori pemergian Rhea dengan ekor mata.

Sungguh dia tidak pernah meminta dirinya dibezakan dengan Rhea. Segala usahanya selama ini hanyalah untuk membuktikan dirinya sendiri.

Jadi, Kenapa Rhea perlu mencemburui dirinya sehingga Akira menjadi mangsa.

"Angel,"

Angel memandang Mr. Sincere.

"Duduk. Sekarang kita perlu bercakap pasal status awak sebagai Guardian Angel" Mr. Sincere kembali duduk di kerusinya.

Angel menelan liur. Adakah dia akan dihentikan daripada menjadi Guardian Angel?

***

Sambil duduk di beranda bilik, Ayumi meninjau orang gaji yang sedang membersihkan kebun bunga ibu. Semalam dia hanya ingat berjalan ke taman bunga sebelum pitam.

Kata ibu dia dijumpai oleh Damian terjatuh di kebun bunga. Agaknya dia begitu teruja untuk menemui Damian sehingga tersalah langkah lantas tersadung di atas rumput.

"Ayumi, Damian dah datang" Beritahu seorang daripada pembantu rumahnya.

"Okay. Bagilah dia masuk" Suruh Ayumi.

Pembantu rumahnya hanya mengangguk sebelum melangkah keluar. Damian masuk ke dalam bilik Ayumi selepas pembantu rumah tadi keluar. Pintu bilik dibiarkan terbuka oleh Damian. Ayumi menerima kunjungan Damian dengan senang hati.

"Morning, Ayumi. Macam mana hari ni?" Damian mengambil kerusi dan duduk di sebelah gadis itu. Badannya dihadapkan ke arah Ayumi dan merenung Ayumi dengan wajah prihatin.

Ayumi mengukir senyum. "Fine. Abang tak kerja?"

"Tak. Abang ambil cuti sehari." Jawab Damian.

Hari ini dia memang berniat mahu menemani Ayumi. Apatah lagi selepas kejadian yang berlaku semalam membuatkan Damian semakin risau dengan keadaan Ayumi.

Dia sudah mendengar cerita mengenai serangan semalam daripada ibu Ayumi ketika dalam perjalanan ke sini.

Ayumi merenung Damian dengan penuh kasih. Keprihatinan yang ditunjukkan oleh Ayumi menyedarkan dia bahawa Damian memang seorang yang penyayang.

Tapi Damian tidak mencintainya lebih daripada seorang abang kepada seorang adik.

"Abang, Ayumi nak cakap sikit boleh?" Ayumi menguatkan hati.

"Sure." Angguk Damian.

"Abang ingat lagi tak masa first time kita jumpa dulu?"

Damian tersenyum nipis. Dah tentu dia ingat peristiwa yang hampir meragut nyawa Ayumi dahulu. Waktu itu Ayumi baru berusia 13 tahun.

Fasa remaja yang mula memberontak. Ayumi yang dihalang unruk meluncur ais dihalang ileh ibu serta ayahnya untuk keluar. Namun secara senyap-senyap Ayumi melompat keluar dari tingkap dan meluncur ais di sebuah tasik beku.

"Mestilah. Ayumi hampir lemas lepas terjatuh dalam tasik."

"Abang tahu tak apa yang Ayumi fikir masa tu?" Ayumi meneruskan soalan.

Damian mengetuk dagu seakan berfikir. "Erm, Minta-minta ada lelaki kacak datang bantu?"

Ayumi mengetuk manja bahu Damian. "Bukanlah. Ayumi fikir kalau betul Guardian Angel wujud, Tolong hantarkan dia untuk selamatkan aku"

Ayumi memandang wajah Damian yang membisu. Semalam dia tidak sempat meluahkan perasaan yang terbuku di dada.

Tetapi, Hari ini dia nekad. Dia akan melepaskan Damian pergi daripada hatinya. Supaya Damian dan dia akan memperoleh kebahagiaan yang serupa.

"Abang bukan Guardian Angel" Perlahan Damian menuturkan kata.

"Yes, Sebab Ayumi perempuan. Jadi Guardian Angel Ayumi pun sepatutnya perempuan juga. Tapi, Ayumi ambil masa yang begitu lama untuk sedar tentang perkara ni"

Dahi Damian berkerut. "Ayumi sebenarnya nak cakap apa ni?"

"Abang tahu Ayumi suka abang, Kan? Tapi Ayumi dah faham sekarang yang Ayumi cuma adik abang."

"Ayumi."

Gadis itu meletakkan jari telunjuknya pada bibir Damian, Mengisyaratkan agar lelaki itu membiarkan dia seorang yang meneruskan kata-kata.

"Tak apa. Macam yang Ayumi cakap, Ayumi dah faham. And, I just hope that one day, Akan muncul seorang lelaki yang akan lihat ke arah Ayumi sebagaimana abang lihat ke arah Angel"
Mutiara jernih menitis di pipi Ayumi namun dengan cepat dia menepisnya menggunakan tapak tangan.

Damian meleretkan mata ke tepi. "Ayumi tahu?"

"Ayumi tak buta. Dan Ayumi faham Angel sebenarnya yang bertakhta dalam hidup abang"

Rahang Damian bergerak-gerak. Dia tidak sangka pula begini kesudahannya. Angel melepaskan dia untuk Ayumi tetapi Ayumi pula melepaskan dia untuk Angel.

Jadi, Bagaimana sekarang ni?

"Tapi, Angel tak cintakan abang." Lirih suara Damian memberitahu Ayumi.

Ayumi memegang pipi Damian dengan tangan kanan. Ayumi ketawa membutkan Damian dilanda kehairanan.

"Kenapa Ayumi ketawa?"Tanya Damian.

" Abang tu. Dah ramai teman wanita tetapi masih tidak faham tentang wanita."Sindir Ayumi.

Damian membuat muka. Sungguh dia tidak mengerti. Ayumi menghentikan tawa sebelum menyambung,

"Abang, Angel bukan tak cintakan abang. Cuma dia terluka. Dan dia takut." Balas Ayumi.

"Takut?"

"Ya, Takut. Ada sesuatu yang buatkan dia tak yakin untuk terima abang. Lagipun, Ayumi tahu dia tak cintakan Nick. Ah, Kasihan Nick. Dia seorang lelaki yang baik"

Damian terdiam berfikir. Neuron di dalam otaknya mula membuat kesimpulan berkaitan Angel.

"Ayumi rasa Angel takut abang lukakan hati dia? Abang mungkin playboy dulu tapi abang dah berubah."

"That, I can see." Puji Ayumi. "Only Ayumi tak tahu sebelum ni macam mana abang boleh berubah. Rupanya sebab Angel."

Damian tertunduk. Tubuhnya terasa berbahang. Bukan kerana marah tapi segan apabila soal perasaannya diketahui Ayumi.

"I don't know Ayumi." Geleng Damian.

"Abang, Dari apa yang Ayumi nampak, Both of you has been hurt. Ayumi tak tahu punca Angel terluka, Tapi Ayumi tahu punca abang takut pada komitmen. Trust me, Bang. Abang tak sama macam ibu dan ayah abang." Ayumi cuba menyalurkan keyakinan kepada Damian.

Tipulah kalau hati Damian tidak terusik. Hanya keluarga Ayumi yang tahu punca dia menjadi kaki perempuan.

"Abang tak pasti Ayumi. You are right. Abang nak Angel cari lelaki yang lebih baik sebab abang takut akan hancurkan hidup dia. Because to me, She is special."

"Then, You should go to her" Arah Ayumi.

"Kalau abang cakap nak bersama Ayumi, Macam mana?" Damian cuba menduga hati Ayumi.

Dia sudah berjanji akan menerima Ayumi demi Angel. Meskipun dia tidak pernah mencintai Ayumi, Tetapi sekurangnya dia boleh bahagiakan gadis itu.

Ayumi merapatkan bibir, Mencari nada gurauan dari wajah Damian. Manalah tahu kalau-kalau lelaki itu hanya bercanda namun yang ditemuinya hanyalah pandangan kosong. Damian benar-benar serius.

"We are together. I am your sister."

"No, I mean..."

"I know" Potong Ayumi. "But no. Maaf, Abang. Ayumi cuma anggap abang sebagai abang kandung. Maybe you should consider about Angel"

Damian membuntangkan mata dan Ayumi ketawa sambil menangis. Damian membawa Ayumi ke dalam pelukan.

Ayumi memeluk Damian erat sambil melepaskan tangisan di bahu lelaki itu.

"Abang promise, Abang kena bahagia dengan Angel. Okay?"

Damian membelai rambut Ayumi dengan tangannya. Sungguh dia juga sedih kerana melukakan hati Ayumi.

Tapi, Andai dia tidak pernah bertemu dengan Angel, Ayumi masih bukan pilihan hatinya.

"I'm sorry, Ayumi."

"Kalau macam tu abang jangan sia-siakan peluang yang Ayumi berikan ni. Angel is a good woman."

Damian ketawa dan mengangguk. Ayumi melepaskan dakapannya pada Damian.

"Ayumi pasti tentang ini? Abang akan cuba sayangkan Ayumi kalau Ayumi setuju jadi girlfriend abang," Pujuk Damian.

Ayumi mengesat sisa air mata yang masih mengalir. Dia menguntum senyum meskipun hatinya bagai disiat-siat.

"Kalau abang nak sayangkan Ayumi lebih daripada seorang adik, Tentu abang dah lakukannya dari dulu. And, Yes. Ayumi dah nekad lepaskan abang pergi."

Hati Damian tersentuh. Ayumi memanglah gadis yang baik. Dia berdoa agar Ayumi akan dikurniakan lelaki yang baik juga.

"Abang tak tahu nak cakap apa,"

"Then don't talk. Just go"

Damian mengusap kepala Ayumi.

"Ayumi akan okay?" Tanya Damian masih risau untuk meninggalkan gadis ini sendirian.

Manalah tahu Ayumi mahu terjun dari balkoni pula kerana kecewa.

"Pasti okay selepas beberapa bulan atau beberapa tahun. Tapi, Honestly Angel is better than Clara" Sempat Ayumi menyuarakan kebenciannya kepada Clara.

Dia tidak berapa mengenali gadis itu, Hanya pernah bertemu sekali sahaja semasa pertunangan Damian.

Tetapi yang pasti Angel lebih baik untuk abangnya, Damian.

"Thanks, Adik" Kata Damian.

"Welcome, Abang" Akhiri Ayumi.

Anehnya walaupun terluka, Ayumi terasa lega. Dadanya lebih lapang dan dia tahu hidupnya akan menjadi lebih baik selepas ini.

Damian menggenggam tangan Ayumi, Meminta kekuatan gadis itu untuk mencari Angel sebelum meninggalkan Ayumi.

Ayumi memandang ke langit selepas Damian pergi. Titisan air mata yang masih mengalir dibiarkan oleh Ayumi. Dia memejamkan mata, Berdoa dari kolam hatinya yang paling dalam dengan seikhlas hati.

"Kalau betul Cupid tu wujud, Tolong hantarkan aku cinta sejati yang akan mencintai hanya aku. Dan aku akan mencintai dia sehingga akhir nyawa"

No comments:

Post a Comment

Mirna 9

"Here is the plan. Untuk mengaburkan mata orang ramai di sini, saya akan jadi ayah awak berdua. Kita datang ke sini untuk bercuti selep...