Tuesday 6 February 2018

Wicked Love 11

Luther Fang puas hati. Kekuatannya dirasakan semakin bertambah dengan setiap pengorbanan nyawa yang telah berlaku.

Dengan mensasarkan kawasan kampung terpencil, Dia mencari mangsa dikalangan manusia normal untuk menjadi korban kepada dunia Dark Magic.

Dia merenung pengikut-pengikut setianya yang sedang melutut dengan menundukkan kepala ke bawah.

"Albeit"

Luther Fang yang sedang bersemayam di atas takhtanya memanggil lelaki itu ke hadapan.

Albeit yang berada di kalangan pengijut Luther Fang bingkas bangun apabila di panggil.

"Dark Master" Albeit perlahan-lahan menghampiri Luther Fang.

"Ke sini," Arah Luther Fang.

Tangannya diangkat, Mengisyaratkan agar Albeit mendekatinya yang sedang duduk.

Albeit akur dengan arahan Luther Fang. Dengan sengihan yang menampakkan dua biji gigi hadapannya yang besar, Dia menyambut huluran tangan Luther Fang.

"Master," Albeit mencium tangan Luther Fang sebagai tanda hormat.

"Albeit, Wabak yang kau sebarkan tu dah banyak membantu dalam meningkatkan kekuasaanku. Sekarang, Nyatakan apa yang kau mahu?"

Albeit kelihatan keliru sebelum dia mengangguk. Wajahnya terpancar rasa nekad.

"Master, Saya cuma mahukan kuasa yang dapat meningkatkan keupayaan saya untuk terus bersama Master." Kata Albeit.

Bibir hitam Luther Fang mengukir senyuman sinis.

"Apa masih belum cukup kuasa yang aku beri?" Tanya Luther Fang.

"Cukup. Tapi, Saya masih belum mampu menandingi orang-orang tertentu."

Albeit terbayang Shadow Kngiht dan pertemuan terakhir yang berlaku antara mereka.

Kalaulah dia mempunyai kuasa yang lebih, Pastilah dia akan menghapuskan nyawa Shadow Knight dengan tangannya sendiri.

Dia hanya mampu berpuas hati dengan racun wabak yang telah diserapkan ke dalam tubuh lelaki itu. Harapnya biarlah Shadow Knight mati akibat racun tersebut.

Luther Fang mencapai sebilah pisau dari dalam jubahnya dengan tangan kanan. Dia menghiris tapak tangannya.

"Buka mulut, Albeit," Arah Luther Fang.

Albeit membuka mulutnya luas-luas. Luther Fang menggenggam tangan, Menitiskan darah dari tapak tangannya ke dalam mulut Albeit.

Sebaik darah Luther Fang masuk ke dalam mulutnya, Albeit memegang leher yang terasa panas. Nafasnya seperti tersekat di kerongkong. Albeit tercungap-cungap sebelum menjerit nyaring dan rebah di atas lantai konkrit.

Asap nipis keluar dari seluruh tubuh Albeit membuatkan kesemua pengikut Luther Fang cuak melihat kejadian tersebut. Namun, Luther Fang tetap berlagak tenang.

Albeit berguling-guling menahan kesakitan yang amat dahsyat. Jeritannya menghantar rasa gerun bagi mereka yang mendengar. Namun tiada seorang pun daripada pengikut Luther Fang yang sanggup bergerak ke hadapan untuk membantu.

Seketika kemudian jeritan Albeit terhenti. Semua mata tertumpu ke arah Albeit yang mula bangun dengan perlahan-lahan.

"Mulai sekarang, Kau akan kebal dengan sebarang serangan musuh." Beritahu Luther Fang.

Albeit yang masih lemah sedaya upaya melutut di hadapan Luther Fang.

"Master, Terima kasih"

Luther Fang mengangguk. "Simpan kata-kata penghargaan kau, Albeit. Aku ada misi baru untuk kau."

"Katakan sahaja, Master"

"Aku nak kau cari, Siapa keturunan Magician ketujuh"

Albeit mengangguk perlahan, Menerima arahan daripada tuannya ini tanpa banyak soal.

"Apa perlu saya buat selepas bertemu dengan dia Master?"

"Aku akan uruskan hal itu. Kau cuma lakukan apa yang aku suruh" Arah Luther Fang dengan nada serius.

 " Baik Master" Angguk Albeit.

Luther Fang mendengus. Mungkin dulu dia gagal mendapatkan Magician ketujuh. Namun kali ini dia akan memastikan pewaris magician ketujuh menjadi miliknya.

Pasti!

***

Hari ini kepalaku terasa agak berat. Mana tidaknya sudahlah semalam aku sibuk dalam usaha menyelamatkan rakan misteri mama.

Kemudian mama memberitahu perkara yang membuatkan hidupku tidak tenteram. Kata mama, Pihak Iceland sedang mencari orang yang menghasilkan ombak salji tempoh hari.

Aku meletakkan kepala ke atas meja perpistakaan. Mengenang kembali peristiwa semalam.

"Snow minta maaf mama. Snow cuma nak selamatkan kawan-kawan Snow." Aku cuba membela diri.

"Mama faham. Tapi sebab ini jugalah mama halang Snow guna kuasa Snow. Tengok sekarang, Macam mana kalau semua orang tahu Snow ada kuasa animist? Tambah pula sekarang ni Luther Fang dah kembali"

Aku ternganga. Mama membalas renunganku dengan riak terkejut seolah tersedar bahawa dia terlepas cakap.

"Luther Fang dah kembali?"

Mama tidak menjawab sebaliknya merenungku dengan pandangan satu.

"Pengumuman akan dibuat esok oleh semua pemerintah di enam buah negara. "

Aku tersandar di sofa bewarna putih di kabin mama ini.

"No way"

Kenapa Luther Fang harus muncul kembali di zaman aku?

"Kita kena bersedia Snow."

"Apa akan jadi pada kita mama?"

Mama kelihatan tersentak. Dia berpaling ke arah lelaki misteri yang kini sudah terhindar daripada bahaya. Menurut Lilith kami hanya perlu menunggu lelaki misteri ini tersedar sendiri.

Nampaknya akar kelp telah meneutralkan racun yang menjalar di dalam tubuhnya. Urat biru yang menjalar di tubuhnya sudah tidak kelihatan.

"Sekarang bergantung pada takdir"

Aku mengerutkan dahi.

"Maksud mama?"

Mama berpaling ke arah aku.

"Snow, Berhati-hati okay? Mama akan cuba cari jalan penyelesaian. Everything is gonna be just fine."

Bunyi seretan kerusi membawa aku ke alam realiti. Aku menoleh ke sisi dengan mata yang masih terasa mengantuk.

"Hai Priya."

"Hai. Kau okay ke ni?"

"Okay."

Priya mendiamkan diri. Aku menopang dagu dengan kedua belah tangan.

"Aku takut." Priya bersuara.

Aku menarik nafas dalam sebelum menghembusnya perlahan. Pastilah Priya memperkatakan tentang pengumuman yang telah dibuat oleh pemerintah tertinggi Iceland, King Henry tadi.

Hari ini suasana terasa begitu aneh. Tiada lagi kedengaran tawa riang yang sering berkumandang.

Semua orang sibuk memperkatakan tentang Luther Fang atau Dark Master seperti lelaki itu seorang selebriti terkenal.

"Semua orang pun sama, Priya."

"Kau rasa kita akan menang ke melawan Luther Fang?"

"Kita pernah kalahkan dia sekali. Kita pasti boleh lakukannya lagi." Kataku cuba bersikap positif.

"Macam mana kau begitu pasti?"

"Sebab aku yakin yang semua orang akan bergabung untuk mempertahankan dunia magis daripada lelaki gila macam Luther Fang"

Priya ketawa kecil. "Yeah, Aku terfikir kan bagus kalau kita boleh membantu. Tapi, Kita cuma pelajar biasa."

Wajah Priya kembali keruh. Risau aku melihatnya.

"Hei, Kenapa ni?"

Priya menjungkit bahu. "Semalam aku cakap dengan mama aku. Dan dia beritahu, Sekarang dah semakin banyak kematian yang berlaku. Ada wabak yang mula menyerang manusia-manusia normal yang tinggal di pedalaman dan pihak perubatan tak tahu macam mana nak lawan wabak ni"

Aku mendengar cerita Priya dengan teliti. Wabak?

"Wabak apa tu?"

"Mama aku cakap wabak ni berpunca daripada Dark Magic. Selepas pengumuman tadi, Tak hairanlah wabak ni dah mengorbankan begitu ramai nyawa."

"Maksud kau wabak ni ada kaitan dengan Luther Fang ke?"

Priya mengangguk. "Dengan setiap pengorbanan nyawa yang berlaku, Kuasanya akan semakin meningkat. Mama aku cakap mangsa terbaru ialah sebuah keluarga. Sepasang suami isteri dengan anak lelaki mereka yang berumur enam tahun. "

"Enam tahun?!"

"Kau pun terkejut kan? Maksud aku, Budak tu masih muda. Ah, Luther Fang memang kejam." Mata Priya sudah berair.

Rakanku ini memang memiliki sifat pengasih yang tinggi. Pasti turun-temurun daripada ibunya, Auntie Shilpa yang bertugas menjadi jururawat dan banyak mengikuti acara sukarelawan.

Rasa benci membuak-buak di dalam dada terhadap lelaki bernama Luther Fang. Hanya demi sebuah kuasa, Sanggup dia mengorbankan ribuan nyawa.

Secara tiba-tiba otakku terfikir akan perihal rakan misteri mama.

"Err, Priya. Wabak yang mama kau cakap tu, Macam mana? Maksud aku macam mana nak tahu orang tu terkena jangkitan?"

Priya mengelap air mata dengan hujung jari.

"Kata mama mereka akan timbul urat biru. Kemudian perlahan-lahan mereka akan koma dan seterusnya sesak nafas sebelum jantung mereka terhenti. Slow and painful death" Jelas Priya.

Benarlah seperti sangkaanku. Lelaki misteri yang sedang terlantar di bilik mama juga terkena wabak yang sama.

Tetapi dia terselamat akibat bantuan Water Nymph dan akar kelp. Jadi, Bagaimana jika Water Nymph boleh membantu menyembuhkan kesemua mangsa yang masih hidup?

Aku menepuk bahu Priya. "Jangan risau, Aku yakin para healer yang ada akan dapat mencari penawar untuk mengatasi wabak ni."

Priya mengerutkan dahi. "Aku dah cakap, Mereka tak tahu macam mana nak buat penawar."

"Wish, Kau ni. Have faith"

Rasa mengantuk hilang serta-merta. Aku bangun dari kerusi, Mahu pergi ke tempat selamat untuk memanggil Water Nymph.

"Hey, Kau nak pergi mana?" Tanya Priya.

"Err, Adalah. Jumpa lagi."

Priya terkebil-kebil memandang.


          Lilith mengangguk faham selepas aku selesai memberitahu tentang idea yang terlintas di fikiranku.

"Master, Saya gembira awak sudah semakin menunjukkan kebolehan diri."

"Saya cuma nak tolong Priya dan mangsa-mangsa Luther Fang je."

Lilith menggeleng. " Awak akan faham nanti Master. Kalau mereka semua tahu tentang hal ini, Pasti mereka akan berterima kasih."

"Wait, Aku tak nak sesiapa pun tahu pasal ni. Like I've said, Aku cuma nak tolong"

Lilith ketawa. "As expected Master."

Aku menolak rambut hadapan yang menghalang pandangan mata.

"So, Are you in?"

"Your wish are our command"

Aku tersenyum lebar mendengarkan jawapan Lilith.

"Good. So, Kita kena dapatkan akar kelp dengan kuantiti yang banyak. Boleh ke aku minta bantuan Savior, Kellie Horse hari tu?"

"Saya pasti dia lebih dari sanggup untuk membantu" Akui Lilith.

"Kalau macam tu, Kita mulakan kerja malam ni" Putusku.

Aku dan Water Nymph menunggu sehingga lewat malam sebelum aku menyelinap keluar dari bangunan penginapan.

Savior, Kellie Horse yang kini menjadi salah satu makhluk jagaanku muncul beberapa saat selepas aku memanggilnya.

Aku membuat spell yang sama sebelum masuk ke dalam tasik. Harapnya kali ini tiada lagi siren mahupun makhluk air lain yang akan mengganggu.

Akhirnya dengan bantuan Savior dan Water Nymph, Aku berjaya mengumpulkan akar kelp mengikut jumlah yang diperlukan oleh Water Nymph.

Setelah mendapatkan akar Kelp, Water Nymph terus menghasilkan potion di tepi tasik. Aku tidak mahu mengambil risiko untuk kembali ke bangunan penginapan dan kemudian keluar semula untuk menghantar potion yang dibuat oleh water nymph kepada mangsa-mangsa Luther Fang.

Langkah seterusnya adalah memastikan Potion yang dihasilkan oleh Water Nymph diterima oleh mangsa-mangsa Luther Fang.

"Aku rasa kita cuma perlu berikan potion ni kepada mangsa-mangsa yang ada di pusat perubatan Iceland ni. Kemudian tinggalkan sampel untuk rujukan para healer. So, Nanti mereka boleh hasilkan potion ni sendiri"

Aku memegang erat botol kaca lutinar yang berada di dalam genggaman sebelum memasukkannya ke dalam beg sandang belakang.

"Kami akan bersama awak, Master" Kata Lilith.

Savior masih setia menunggu di dalam tasik. Hanya kepalanya yang timbul manakala badannya berada di dalam air.

"Savior, Boleh bawa kami ke pusat perubatan Iceland? Tasik ni berdekatan dengan pusat tu. Kau cuma perlu turunkan aku di sana"

Savior mengangguk dengan dengusan halus. Aku tersenyum senang.


         

No comments:

Post a Comment

Mirna 9

"Here is the plan. Untuk mengaburkan mata orang ramai di sini, saya akan jadi ayah awak berdua. Kita datang ke sini untuk bercuti selep...