Friday 14 September 2018

Diari Si Ahli Sihir




My first novel ever wrote and I didn't have the chance to finish it. ( Yes,  I am little girl.  I used that name before).  Actually  I'm supposed to finish this before wicked love.

But I fall for Snow and Ice.

And Whisper.

( 😂 )

Anyway,  this story is about Xochitl ( Xo-chill)  and her bestie, Yvette ( E-vet ) , a rich but down to earth girl. Xochitl have to encounter a mystery that need to be solved after an accident.

Or she'll face the consequences,

She. will. die!

If you read Wicked Love,  you'll heard about Whisper Hollow Academy.  So,  this story will tell more about the academy and all the students studying here.

With more character and silly, flirty, cute,  hot type of boys. 😍

I don't know when exactly I will continue this story.  I've send few episodes to koleksinoveldancerpenonline.blogspot. But, they have shut down the blog, maybe. 

I'll try to finish it.  I try...okay,  try.

But it will be new version since I didn't really remember the episodes I've send to the koleksinoveldancerpenonline.blogspot.

Hurm,  I love this new cover more. Its lovely. 



Thursday 13 September 2018

Sinopsis Whisper






Namanya ialah Whisper. Seorang gadis yang penuh dengan rahsia. Sehingga nama sebenarnya pun adalah rahsia.

Really,  awak sangka nama sebenar dia Whisper?

The thing is,  Witch takkan beritahu nama sebenar mereka. Its a powerful force to know about Witches real name.  Anyway,  hobi Whisper ialah mencari bahan gossip,  selain mencari herba dan bunga di hutan.

Satu hari, Whisper didatangi rakan lama untuk membantu dalam satu misi. Perkara yang tidak diketahui Whisper ialah ketika dia bersetuju untuk membantu, hidupnya selepas itu akan menjadi seperti roller-coaster.

Tidak cukup dengan itu,  rahsia yang disimpan bertahun lama oleh Whisper mula terbongkar sedikit demi sedikit. Dan rahsia itu bukan sekadar tentang nama sebenar Whisper.

But as they say,  Witch doesn't have mate.





Whisper theme song


Teen Top-miss Right


All right all viewers,

After few days searching, finally I come up with this theme song for Whisper and Alpha Michael.

I'm not a fan of Teen Top but somehow I just come across them via youtube. Love the wolfy 🐺  sound at the beginning of this song. Its really match with Alpha Michael.

☁💟💟☁💟💟☁
💟💟💟💟💟💟💟
💟💟💟💟💟💟💟
☁💟💟💟💟💟☁
☁☁💟💟💟☁☁
☁☁☁💟☁☁☁

Monday 10 September 2018

Whisper 2




Night Hound,  majlis pertemuan antara leader Shape-shifter biasanya akan diadakan selama tiga hari setiap empat tahun sekali.

Pertemuan ini diadakan bertujuan untuk membincangkan pelbagai isu yang berlaku dalam wilayah masing-masing yang dipanggil pack.

Tempat pertemuan pula akan diadakan mengikut pusingan keenam-enam buah negara magis.  Tahun ini Dry Land menjadi tuan rumah bagi mesyuarat agung yang akan diadakan.

"Kau okay? kau nervous ke?  " Suara Ross kedengaran buat kali pertama sejak mereka keluar dari Hotel Peaceful Haven yang terletak di Dry Land.

Mereka berdua kini dalam perjalanan menuju ke majlis Night Hound. Mungkin risau dengan keadaan Whisper, Ross mengerling gadis itu seketika sebelum kembali memandang ke hadapan.

Walaupun dengan statusnya sebagai Raja Iceland, Ross masih memandu sendiri keretanya. Dua buah SUV hitam yang membawa pengawal istana mengiringi kereta Ross di bahagian hadapan dan belakang.

Raja yang merendah diri.  No wonder ramai wanita suka. 

"Fine. Cuma terfikir pasal pertemuan dengan Luna Aisha." Whisper bermain dengan hujung rambut.

"Oh, kau setuju nak tolong dia? aku rasa perkara ini pun pasti akan dibincangkan semasa mesyuarat nanti"  Ross menukar gear kereta ketika jalan yang mereka lalui membelok ke kanan.

Whisper menjeling ke arah Ross.  Malam ini Ross kelihatan segak memakai baju khas diraja Iceland bewarna biru navy dengan sulaman di beberapa bahagian yang bewarna emas.

Whisper memakai gaun malam dengan warna sama yang disediakan oleh Ross.  Dress dengan tali longgar yang dijatuhkan melepasi bahu serta terdapat belahan di bahagian peha kiri.

Kalau ikutkan hati, aku mahu pakai gaun hitam. 



"Actually,  apa sebenarnya penyakit yang sedang menyerang puak Werewolf tu? " Whisper menyoal Ross.

Soalan yang tidak disoal kepada Luna Aisha tempoh hari. Kedatangan Luna Aisha pun  cuma seketika sahaja untuk meminta pertolongan daripada Whisper. Sempat juga dia memberi pesanan bahawa dia akan menunggu Whisper semula di perjumpaan Night Hound.

Ross mengambil masa untuk menjawab soalan Whisper. Ada sesuatu pada pandangan Ross yang sukar dimengertikan oleh Whisper. Sama ada Ross takut, nervous atau sedih dengan pertanyaan Whisper.

"Erm, some type of virus. Mysterious one. Benda ni jadi serius sebab bukan satu dua pack je yang terkena. "Jelas Ross dengan nada serius.

"Takkan tak ada yang boleh figure out virus ni disebabkan apa dan cara penawarnya?" Whisper hairan.

Takkanlah semua herbalist atau witch dan wizard di enam buah negara tidak mampu mencari penawar. Atau mereka juga seperti Whisper,  enggan membantu puak Werewolf yang memusuhi bangsa Witch dan Wizard.

"None,  Whisper. Sekarang ni ada di kalangan Werewolf yang anggap bangsa Witch dan Wizard sengaja sebarkan virus tu untuk menghapuskan bangsa Werewolf." Ross berhati-hati menyampaikan berita ini kepada Whisper.

Dia tahu Whisper begitu sensitif mengenai hal permusuhan antara Werewolf dan Witch. Puncanya tidaklah diketahui oleh Ross.

"That's ridiculous. Dasar Werewolf, mereka sengaja nak cari pasal.  What? they want to start another war? "Whisper jengkel dengan tuduhan yang dibuat oleh puak Werewolf.

"Bukan semua Werewolf berpendapat macam tu. Lagipun dunia magis sudah berubah selepas peristiwa peperangan dengan Dark Master. We just need more time. "Ross cuba menurunkan suhu di dalam hati Whisper.

"Yeah,  I can see the changes.  Part of it is because of you,  I assume. Kau memang raja yang lebih baik daripada raja-raja Iceland  yang sebelum ini,  Ross." Puji Whisper.

Ross kembang kuncup dengan pujian Whisper.  "Thanks, Whisper. Aku masih cuba you know. "

"Hurm.  Anyway,  setakat ni berapa mangsa yang ada? "Whisper kembali ke topik asal mereka. Dia mahu tahu lebih lanjut mengenai hal virus yang menimpa puak Werewolf.

Sama seperti kerjaya seorang doktor di dunia manusia, sebagai seorang herbalist Whisper wajib membantu semua pesakit yang memerlukan bantuan.

Cuma masalahnya ialah dia sedang berfikir sama ada dia perlu meneruskan dengan kewajipan itu ataupun membiarkan sahaja perkara ini bagaikan angin lalu.

"Dari jumlah semasa,  ada 1000 lebih dari lima buah pack. Werewolf yang tidak dijangkiti dikuarantinkan di satu tempat.  Dan Whisper, jumlah mangsa ni takkan menurun"

Mulut Whisper membentuk huruf O. Tidak pula dia menyangka begitu ramai mangsa yang terlibat.

"Damn, why you didn't tell me before? " Whisper menepuk lengan Ross.

"Hey, mana aku tahu kau berminat nak tahu. Lagipun,  kau tak suka Werewolf," Ross mempertahankan diri.

"Doesn't mean I won't help, "

"Adakah maksudnya kau bersetuju untuk tolong mereka? walaupun kau tak suka Werewolf?"

Whisper mengalihkan pandangan ke depan. "Lain macam je ayat kau "

Ross mengerling Whisper dengan ekor mata. Walaupun Whisper ini suka cakap lepas,  tapi kadang-kadang pandai juga dia merajuk.

"Sorry,  Whisper. Aku paksa kau ikut walaupun aku tahu kau tak suka Shape-shifter,"

"Aku bukan tak suka Shape-shifter," Whisper menjulingkan mata ke atas.

"Kau cuma tak suka Werewolf?" Teka Ross.

Dia tersenyum apabila melihat Whisper tersentak mendengar tekaannya yang betul.

"Kau tahu,  kau patut bawa Lola datang ke majlis ni, " Whisper bersuara dengan nada jengkel.

Ross mendesis marah. Dia menoleh ke arah Whisper dengan wajah mencuka.

"Hey,  aku ada skandal dengan dia dua jam sahaja tahu.  Dua jam sahaja. " Ross menegakkan jari telunjuk dan jari hantu kanannya ke arah Whisper dengan nada yang sama.

Panas hati Ross apabila Whisper membangkitkan soal Lola,  skandal terbarunya itu.

"Whatever. Tak pasal-pasal aku kalah pertaruhan dengan Charlotte. Seriously, Kenapalah kau tak cari gadis yang baik-baik sebagai permaisuri?"

"Manalah aku tahu dia nak ajak aku masuk bilik hotel. Itupun nasib baik aku terus lari.  Aku belum gilalah nak ambil perempuan macam tu sebagai permaisuri Iceland. Eh,  wait,  apa maksud kau kalah pertaruhan?"

Ross mengerling Whisper sekali lagi.  Keningnya bertaut dan matanya dikecilkan.  Whisper membuat muka tidak bersalah sebelum menjawab soalan Ross.

"Aku dengan Charlotte bertaruh pasal kau dengan Lola.  Aku tak rasa kau ada skandal dengan Lola,  tapi Charlotte yakin kau takkan tolak wanita yang cantik dan seksi macam tu.  So, berdasarkan jawapan kau semalam,  kau dah tahulah siapa pemenangnya. "

Mulut Ross terbuka luas.  Tidak percaya bahawa dia dijadikan pertaruhan antara Whisper dan Charlotte.

"Kau bertaruh pasal tu dengan Charlotte?!"

"Charlotte yang ajak.  Budak tu, entah dari mana dia belajar pasal bertaruh semua ni.  I have no idea, " Whisper menggelengkan kepala beberapa kali.

"Dan kau bersetuju?  God,  Whisper.  Aku tak percaya kau sanggup bertaruh pasal aku macam tu" Kata Ross kecewa.

"Kau ni dah kenapa? bukannya aku jual rahsia kau kat magisrazzi pun. Charlotte tu biasalah, budak remaja yang dalam proses memberontak untuk mencuba perkara baru."

"Bukan sebab tu.  Macam mana kau boleh fikir aku cuma mahukan gadis yang cantik dan seksi sahaja?  Kita dah kenal berapa lama? "

"I don't know.  Mungkin sebab kau dah jadi Raja Iceland dan kita dah jarang berjumpa. People change don't they? Dan apasal pula kita bergaduh macam pasangan suami isteri ni?!"

Ross terdiam.  Whisper memeluk tubuh. Mereka berdua menumpukan perhatian ke hadapan jalan raya yang kelam dan sunyi sepi.  Hanya lampu yang terpancar daripada kenderaan menjadi sumber penunjuk jalan.

"That's weird, " Kata Ross perlahan.

"Apa? "

"Pasangan suami isteri yang kau sebut tu, "

"Aku sebut je." Whisper menoleh ke luar tingkap.

"Okay, " Balas Ross pantas.

Mereka sama-sama melayan perasaan selepas itu. Whisper mengutuk diri kerana terlepas cakap manakala Ross menahan senyum.

Selepas beberapa ketika melihatkan pemandangan di luar dan melayan perasaan , otak Whisper mula terfikirkan sesuatu. Sesuatu yang tidak masuk akal.

"Hey,  Ross. " Panggil Whisper.

"Yup? " Sahut Ross.

"Kenapa kita masuk kawasan hutan? " Whisper toleh ke arah Ross.

"Sebab majlis tu diadakan di kawasan berhampiran hutan? " Jawab Ross endah tak endah. Dia tidak nampak sebarang masalah yang muncul dengan perkara itu.

"Ha-ha. Kelakarnya sampai nak pecah tali usus aku. " Perli Whisper.

Ross senyum. Langsung tidak terasa hati dengan perlian Whisper. "Permintaan daripada Werewolf. Mereka minta untuk adakan mesyuarat di kawasan yang berdekatan dengan kawasan hutan supaya dapat lepaskan serigala mereka. "

" Yeah,  I know that.  Tapi,  itulah masalahnya.  Macam mana kalau mereka jadi liar? kau tahukan mereka ada kelebihan dalam kawasan hutan?  its their habitat. " Whisper memicit batang hidung.  Rasanya dia bakal migrain malam ini.  Belum sampai ke majlis lagi dia sudah terasa pening.

"Kau hidup di zaman mana? sekarang ada juga Werewolf yang tinggal di kawasan bandar bersama manusia" Perli Ross kembali.

"Kau ingat aku tak tahu? dahlah esok malam purnama! "

Whisper risau.  Dia tahu apabila malam purnama Werewolf akan menjadi lebih aktif dan 'happy' berbanding hari biasa.

"Tenanglah. Majlis kali ni semua leader dan pembantu mereka bawa pasangan masing-masing. Kau tahukan pasal Mate? "

"Tentulah aku tahu singkatan Mate untuk Soulmate. Setiap Werewolf ada other half yang dikurniakan oleh Moon Goddess. Dan mereka akan imprint pada mereka punya mate bila mencapai umur 16 atau 18 tahun."

"Wow,  I'm impressed. Untuk seseorang yang tak suka Werewolf, banyak juga yang kau tahu pasal puak ni. " Komen Ross, kagum dengan pengetahuan Whisper.

"Of course aku kena tahu pasal musuh aku," Balas Whisper sambil memegang rantai charm yang tergantung di leher.

Especially him. 


          Whisper merangkul lengan Ross sebelum mereka sama-sama melangkah ke dewan di mana majlis malam ini akan berlangsung. Pertemuan kali ini diadakan di Highborn Castle,  istana lama yang dijadikan warisan negara Dry Land atau nama lainnya wilayah White Magic.

" Untuk hari pertama, kita akan beramah mesra dengan para leader dan pembantu mereka yang dipanggil Beta. Kau boleh berkenalan dengan Mate mereka nanti,"Beritahu Ross.

Dengar tak tu?  beramah mesra. Kelakar alam betul. 

"Okay.  Aku cuba walaupun aku pasti para Alpha semua mesti tengah asah kuku masing-masing." Bisik Whisper ke telinga Ross.

Sedar bahawa Werewolf mempunyai deria yang lebih tinggi berbanding manusia biasa dan dia tidak mahu ada Werewolf yang terasa hati.

Dan membuatkan seorang Alpha naik angin adalah sama seperti ke tali gantung. Melainkan orang itu benar-benar sudah putus asa untuk hidup.

"Wow,  thanks for your concern. Kau pun sama,  keep close to me. Tak semua Alpha dan Beta di sini dah jumpa Mate masing-masing. Aku tak nak kau jadi mangsa pula." Pesan Ross.

Whisper faham dengan pesanan yang cuba disampaikan oleh Ross. Mungkin kerana dia sudah nampak terlebih cantik sekarang disebabkan Glamour Potion yang merubah fizikal seseorang.

Biji mata Whisper yang bewarna hazel kini menjadi biru gelap. Dia juga sudah bertambah beberapa inci dari segi ketinggian dan juga saiz bentuk badan

"Aku tak rasa ada orang akan kacau teman King Ross, unless mereka dah tak sabar nak mati. " Whisper mengibas rambut hitamnya yang kini sudah bertukar menjadi strawberry blond.

"Hurm,  bukan kau juga yang kata Alpha letak akal di lutut? " Ross memulangkan paku buah keras.

"Shut up.  Patutnya kau bersyukur aku telan Glamour Potion supaya nampak lebih cantik. And I didn't come unprepared. " Whisper menampar lengan Ross dengan tas tangan.

Ross mencebik.  "Aku lebih suka diri kau yang normal. So, Jangan harap aku nak puji kau cantik "

"Jerk, "

Whisper dan Ross melangkah menuju ke sebuah lif kaca. Beberapa orang lelaki berpakaian sut hitam yang menunggu di kawasan ini menganggukkan kepala ke arah Ross. Mereka memakai earphone kecil yang disumbat ke lubang telinga.

Mengenali status sebenar Ross,  dua orang daripada mereka segera menghampiri Ross dan Whisper.  Mereka diiringi untuk memasuki salah sebuah lif kaca.

 "Hey, mana personal guard kau yang ikut kita tadi?" Whisper menyoal Ross dengan suara perlahan. Baru tersedar pengawal istana yang mengiringi mereka dalam perjalanan tadi tidak kelihatan di mana-mana.

"Jangan takut.  Kalau berlaku apa-apa aku akan lindungi kau, " Janji Ross.  Tangan Whisper yang masih mencengkam lengannya disentuh oleh Ross.

"Bukan sebab tulah. Aku cuma nak tahu, " Whisper menekan suara.

"Mereka dalam posisi masing-masinglah. In case kalau ada benda yang berpotensi untuk membahayakan aku,  mereka akan muncul, "

"Ah,  I see.  Maksudnya kalau aku cuba tikam kau, mereka akan muncullah? "

Ross mengukir senyuman halus.  "Sebelum kau sempat keluarkan pisau pun mereka akan halang kau dulu. Nak cuba? "

"Tak apa. Banyak masa lagi. " Whisper menolak pelawaan Ross.

Ross ketawa membuatkan dua orang pengawal yang mengiringi mereka berpaling dengan senyuman.

Whisper mengangkat tangan dan menundukkan sedikit kepala sebagai tanda menyapa. Lagipun, Ross yang kata kena beramah mesra.

Kedua pengawal tadi menganggukkan kepala mereka sebagai balasan. Seorang dari mereka kemudiannya menekan earphone di telinganya,  memaklumkan kedatangan Ross bersama pasangannya.

"Hey,  Ross. "Whisper mencuit lengan Ross.

"Ah, kau jangan nak tarik diri pula" Kata Ross.

Whisper menjulingkan biji mata ke atas "Gelabahlah kau ni.  Aku cuma nak cakap,  kau tak explain apa-apa pun pasal majlis malam ni. "

Serentak itu lif kaca yang mereka masuk tadi berhenti tetapi pintu lif masih belum terbuka.

"Oh, tak susah pun.  Kau cuma kena senyum je"

Whisper tidak sempat mahu menyoal dengan lebih lanjut apabila pintu lif terbuka. Tanpa sedar tangan yang masih memegang lengan Ross menjadi semakin kuat cengkamannya.

Tiba-tiba sahaja darah gemuruh Whisper menjelma. Dia terasa perutnya diikat ketat dengan tali. Kerana di pentas bawah,  beribu pasang mata Werewolf merenung dengan pandangan ingin tahu ke arah Whisper dan Ross.

 Let me guess.  Mereka nak tahu tentang aku, skandal terbaru Ross. Am I right? 

***

"Berapa lama awak dah bersama dengan Ross? " Seorang wanita yang memperkenalkan namanya sebagai Luna Margot cuba mengorek rahsia antara Whisper dan Ross.

Luna a.k.a Mate Alpha merupakan orang kedua yang memiliki status tertinggi selepas Alpha.  Dalam erti kata lain,  Luna boleh dianggap sebagai permaisuri dalam sesebuah pack.

Beta adalah orang kedua tertinggi dan menjadi orang kanan dalam sesebuah pack.

Sebenarnya tadi Whisper cuma berbual dengan dua orang gadis yang sedang menikmati jamuan di salah sebuah meja yang disediakan iaitu Luna Lory dan Luna Sunako.

Mereka berdua peramah dan Whisper berasa senang berbual dengan mereka. Sehinggalah keseronokan itu diganggu oleh Luna Margot yang muncul tanpa diundang.

Malah,  tanpa segan silu beliau duduk di meja mereka.  Whisper tahu Luna Margot membawa masalah apabila melihat Lory dan Sunako mengecilkan diri di kerusi mereka.

Whisper tidak tahu punca mereka begitu takut dengan Luna Margot.  Adakah disebabkan make up beliau yang tebal?

Bitch please.  You are so fake. 

" Kami dah kenal sebelum dia ambil alih takhta daripada King Henry, " Jujur Whisper memberitahu Luna Margot.

Lory dan Sunako saling berpandangan. Hanya mereka berdua yang mengerti maksud pandangan itu.

"Pelik. Saya tak pernah nampak awak dengan Ross sebelum ini. Ramai yang sangka dia akan bawa Lola datang ke majlis ni. Such a shame sebab saya pun peminat Lola, " Luna Margot mengacah sedih.

Lory menjeling menyampah namun masih tidak bersuara. Sunako pula memandang simpati ke arah Whisper. Whisper tersengih lucu.

Jadi,  Luna Margot rasa dia tidak layak bersama seseorang seperti Ross?

"Lola dah jadi sejarah. I am here with Ross right now.   Deal with it, "Whisper melirik Luna Margot ke atas dan ke bawah dengan pandangan sinis.

Memberi impressi bahawa Luna Margot is so out of last day dengan gaun cleopatra ketat bewarna gold yang melekat di tubuhnya itu.

Luna Margot merapatkan bibirnya yang disalut dengan gincu ungu.  Tidak menjangka balasan seperti itu akan keluar daripada Whisper. Lory dan Sunako sekadar membatu melihat Whisper menghentam Luna Margot.

"Tapi Ross ada banyak skandal sebelum ini.  Awak bukan orang terakhir yang akan bersama dengan dia, " Luna Margot tidak mahu menyerah kalah.

Whisper menjulingkan mata ke atas. "Its true.  And yet,  saya yang dia bawa untuk ke majlis penting seperti ini. Saya tak kisah dia ada skandal,  dia bebas untuk bersama mana-mana wanita sebelum dia menjadi milik saya. Sama macam saya ada skandal selain dia."

Lory dan Sunako memandang Whisper dengan mata yang membulat.  Tidak percaya dengan ayat yang keluar dari mulut Whisper yang tidak bertapis.

"That's is a strong word to say," Luna Margot mengukir senyuman sinis.

"Go ahead and tell him." Balas Whisper  dengan berani.

Macamlah Ross nak kisah pula kalau ada orang yang memberitahu tentang Whisper yang mempunyai skandal.

Apa dia nak buat pun?  cemburu?  Ceh. aku cucuk juga lubang hidung dia nanti.

Riak megah Margot terus hilang dari wajahnya. Whisper menayangkan wajah tidak peduli. Tanpa sebarang kata Luna Margot terus berdiri,  membawa sekali gelasnya yang berisi air merah semerah mukanya kini.

"Saya tak percaya awak cakap macam tu pada dia" Lory menggeleng.

"Siapa dia? " Tanya Whisper dengan nada malas. Jangan beritahu Luna Margot memang datang dari keturunan cleopatra sudahlah.

"Awak tak kenal dia? " Soal Sunako.

"Saya patut tahu? " Whisper memulangkan soalan.

Lory dan Sunako memandang satu sama lain sebelum berpaling ke arah Whisper.

"Luna Margot tu dari pack Moon cliff. Pack yang paling besar dan berpengaruh. Mate dia,  Alpha Alejandro" Beritahu Sunako.

"Awakkan teman King Ross. Sepatutnya awak tahu status semua pack di sini. King Ross tak beritahu?" Lory kelihatan keliru.

Whisper mengangkat bahu. " Ross selalu cakap yang dia tak nak saya terbeban dengan masalah kerja dia. Dia nak saya enjoy semasa di sini.  Sometime, dia buatkan saya jadi geram.  Apa gunanya saya kalau saya tak mampu bantu dia. Saya jadi susah hati memikirkannya"

Lory dan Sunako mengangguk mengerti. Whisper mengucapkan tahniah kepada diri sendiri kerana berjaya menipu dua orang wanita di hadapannya dengan lakonan yang mantap.

"King Ross sama macam Mate saya,  Alpha Jimmy. Dia tak nak saya risaukan tentang masalah pack kami.  Tapi,  sayakan Luna.  Masalah pack adalah masalah saya juga." Beritahu Lory.

"Semua Alpha begitu. Apatah lagi dengan kejadian rogue yang sering berlaku sejak akhir-akhir ini." Tambah Sunako.

Rogue ialah nama bagi Werewolf yang tidak mempunyai pack. Werewolf ini disifatkan sebagai lebih kejam, liar dan akan dibunuh tanpa sebarang bicara jika ditemui menceroboh.

Berbeza dengan Lone Wolf yang selalunya diberikan peluang untuk menyertai pack.  Tetapi jika enggan menjadi ahli pack,  mereka akan tetap  diberikan perlindungan dengan syarat tidak memberi sebarang ancaman.

"Ada masalah dengan rogue?" Soal Whisper membuatkan Sunako dan Lory memberi perhatian kepadanya.

"Yes,  pack yang sederhana seperti kami sekarang ini mengalami masalah gangguan daripada rogue." Kata Luna Lory.

"Apa yang mereka buat? " Whisper tertarik dengan berita tentang rogue.

Sifat mengorek rahsia Whisper tidak dapat dielakkan. Dia mahu tahu berita terkini berkaitan dunia Werewolf yang tidak diendahkan olehnya sebelum ini.

Mungkin dengan berita ini dia akan dapat membuat keputusan sama ada mahu menerima permintaan Luna Aisha atau tidak.

"Kami di Black Fur pack mengalami kerugian apabila haiwan ternakan kami mati diracun. Malah,  stok makanan dan bekalan ubatan kami juga dicuri. Kami percaya semua ini ada kaitan dengan kerja rogue.  Alpha Jimmy cuba minta bantuan daripada pack yang berjiran dengan kami.  Tapi, mereka juga mengalami masalah yang sama. Dengan masalah virus pula sekarang ni. " Terang Lory.

"Kami di Claw pack pun sama. Even worst, dah ramai ahli pack kami mengalami masalah kesihatan akibat virus tu.  Mate saya,  Alpha Kurosaki berjanji akan mengutarakan masalah ni esok. " Beritahu Sunako pula.

"Saya harap semuanya akan baik sahaja sepanjang mesyuarat yang akan dijalankan untuk sepanjang dua hari selepas ini. Awak ada nampak Alpha Michael?" Lory menyoal Sunako,  sekali lagi mereka mengenepikan Whisper dalam perbualan.

Whisper tidak kisah memandangkan dia memang kurang maklumat berkenaan perkembangan yang berlaku dalam dunia Werewolf ini.

More to I don't care actually.

"Alpha Michael dari Battle Angel pack? macam biasalah.  Jangan harap dia nak datang ke majlis ramah mesra ni. Esok baru dia muncul,  percayalah,"

"Siapa Alpha Michael?" Whisper  mengutarakan soalan.  "Sorry,  Saya tak berapa tahu sangat pasal dunia awak semua, "

"Tak ada apa yang nak dimalukan. Biar saya cerita tentang Alpha Michael. Dia dari. Battle Angel pack. Pack Werewolf ni kecil sahaja tapi kekuatan mereka membuatkan mereka dikenali oleh pack yang lain. " Lory memulakan penceritaan.

"Dah banyak pack yang cuba menjalinkan persahabatan dengan pack ini,  tapi Alpha Michael tak pernah layan. " Sampuk Sunako.

"Dia okay sebenarnya kalau kita minta bantuan selagi kita tak beri sebarang ancaman pada pack dia.  He seems like a good guy,  but mysterious." Puji Lory.

"Dan dia tak suka benda remeh macam datang ke majlis seperti malam ini. Ah,  sebenarnya dia jarang muncul di majlis rasmi walaupun diundang.  Kalau datang pun,  sekejap sahaja dan selepas itu dia akan menghilang" Tambah Sunako.

Whisper hanya mengunci mulut dan terteleng ke kiri dan kanan memerhatikan Sunako dan Lory bercerita.

"So,  he's a jerk? " Soal Whisper.

Lory menggeleng kepala dan berfikir seketika sebelum menjawab soalan Whisper.

"He is a handsome guy.  Cuma dia tak berapa open dengan pack lain. "Lory meluahkan pendapatnya.

"Maybe.  Apapun yang pasti Battle Angel pack dan Moon Cliff pack tak sebulu. "

"Kenapa? " Whisper mengorek maklumat daripada Sunako.

"Alpha Alejandro rasa yang Alpha Michael dan pack dia memberi ancaman kepada Moon Cliff pack. "

"Ah,  Alpha Alejandro is a jerk. Alpha Michael tak pernah kacau pack lain.  Aku pasti yang Alpha Alejandro sebenarnya cemburu dengan Battle Angel pack dan Alpha Michael. Apatah lagi dia pernah ajak Alpha Michael bergabung dengan pack dia tapi ditolak mentah-mentah." Lory ketawa.

Sunako mengangguk setuju dengan kata-kata Lory.  Whisper terasa agak kagum melihat mereka berdua yang tidak berlapik dalam mengutuk Alpha yang lain.

Mentang-mentanglah mereka mempunyai Alpha sebagai Mate,  ikut sedap mulut sahaja dalam berbicara.

"Eh,  awak fikir mereka boleh dapatkan herbalist yang terkenal tu tak? " Tanya Lory kepada Whisper.

"What herbalist?" Whisper bingung.

"Beberapa tahun dahulu sebelum peperangan dengan Dark Master,  ada seorang herbalist yang terkenal. Dia membekalkan potion yang kesannya memang tidak dapat dinafikan. Tapi,  sekarang tidak tahu sama ada dia masih hidup atau tidak sebab herbalist tu menghilang tanpa berita." Sampuk Sunako.

Whisper menelan air liur. Rasanya mereka memaksudkan dia sebagai herbalist itu.

Okay,  ackward. 

"
Awak rasa dia dah mati ke semasa peperangan dengan Dark Master dulu?" Sunako memandang Whisper.

"Urm,  I'm not sure. Tapi, kenapa awak semua cari dia? "

Sunako menunduk. "Mereka kata mungkin herbalist tu boleh bantu cari penawar. Saya risau sebab adik dan ahli keluarga saya dah dijangkiti virus tu juga. Sekarang ini ahli pack lama saya semuanya dikuarantinkan."

Lory memegang bahu Sunako, memberi kekuatan kepada wanita itu.

"Be positif,  Sunako.  Berdoalah semoga herbalist tu masih hidup dan dapat membantu kita semua." Pujuk Lory.

Whisper mencapai garfu, bermain dengan makanan di dalam piring. Nampaknya dunia Werewolf dalam keadaan kucar-kacir sekarang. Hati Whisper tersentuh melihat wajah sedih Sunako. Tetapi dia masih buntu mencari jawapan.

Nak bantu mereka ataupun tidak?


***

Whisper membalut tubuh dengan comforter tebal yang menghangatkan tubuh.  Ross membaling bantal ke bawah sebelum merebahkan badannya ke lantai di bahagian hadapan katil.

"Hey,  Ross. "

"Hurm?"

"Aku sumpah kau jadi kodok kalau kau sentuh aku,"

Disebabkan Whisper menjadi peneman Ross,  makanya mereka harus berkongsi bilik.  Pastilah pelik jika mereka tidur  berasingan. Lagipun,  Ross tidak yakin meninggalkan Whisper sendirian. Manalah tahu ada Werewolf yang terlebih 'happy' dan menyerang Whisper.

Ross ketawa kecil sebelum menjawab,  "Ok"

"Aku serius ni," Whisper memberi amaran.

"Tidurlah Whisper. Aku mengantuk ni.  Esok aku nak kena pergi mesyuarat dengan para Alpha, "

"Alah,  tapi aku tak boleh tidur" Whisper mengalihkan pandangan ke sekitar kamar yang akan menjadi penginapan untuk dia dan Ross sehingga tamat Night Hound.

Whisper memang sukar untuk menyesuaikan diri dengan tempat baru.  Walaupun katil ini terasa lebih empuk dan selesa berbanding dengan katil di rumah, tetapi matanya masih tidak mahu lelap.

"Kenapa?"

"Aku rindukan kedai pokok aku tu.  Katil aku kat rumah, Charlotte, pokok yelling cactus, Scary Mary Tree, Uncle Ronald sebelah rumah," Whisper bagaikan membuat senarai.

Ross tidak segera membalas.  Hanya hembusan nafasnya yang kedengaran. Pada pandangan Ross Whisper merungut seperti anak kecil. Anak kecil yang comel dan manja.

"Fine, kau nak berbual tentang apa? " Ross membuka kaunter pertanyaan.

"Entah, " Jawab Whisper ringkas. Dia cuma tak boleh tidur tetapi otaknya malas mahu. berfikir topik yang boleh dibualkan dengan Ross.

"Okay,  aku tanya dulu. Kau macam mana tadi dekat dewan? " Soal Ross.

"Oh,  okay.  Aku jumpa maggot. "

"Maggot?  ulat maggot? " Ross terkejut. Kepalanya terangkat sedikit dari bantal.

"Yes, dia cakap ruginya King Ross tak bawak Lola ke sini sebab dia peminat Lola.  Dan aku balas, Well,  Lola is a history. Deal with it" Jawab Whisper tanpa perasaan.

Ross meletakkan kembali kepalanya ke bantal. "Kau ni,  buat suspen betul. Aku ingat betullah kau jumpa ulat dalam. makanan. Maggot ni salah seorang daripada Luna ke? "

"Ya. With big breast but tiny brain. "Komen Whisper dengan ayat pedas.

"Hurm. Next question?"

"Urm, boleh aku tahu kenapa kau masih tak ada permaisuri?"

"Itu kau nak tanya?! " Ross terkejut.

"Yes. Lainlah kau nak bercakap dengan aku pasal potion untuk tukar orang jadi kodok." Walaupun tidak nampak wajah Ross,  Whisper tahu pasti Ross sedang tersenyum.

"Sebab semua wanita yang aku date cuma pandang aku sebagai King Ross. Sedangkan aku perlukan wanita yang pandang aku sebagai lelaki biasa. Yang boleh pikul tanggungjawab sebagai permaisuri, isteri dan ibu kepada anak-anak aku. Dan yang penting wanita yang boleh faham bahawa aku ialah Ross yang juga Shadow Knight" Ross memberikan penjelasan.

"Oh, I see. Don't worry Ross.  Aku tahu satu hari nanti kau akan jumpa juga dengan wanita yang ditakdirkan untuk kau" Whisper mula mengerti dilemma Ross.  Patut sahaja dia banyak skandal.

"Thanks. Hey,  Whisper kau ada tak apa-apa spell atau charm untuk carikan aku girlfriend?" Tanya Ross.

"Erm,  ada.  Love potion. Nak? "

"No! aku dah cukup kacak untuk tarik perhatian gadis."

"Choiii"Whisper ketawa geli hati.

"Aku serius ni. Aku tak nak gadis yang tak berguna sebagai permaisuri Iceland. Kau tahu tak penatnya aku nak cari permaisuri"

Whisper bangun dari pembaringan. Dengan membalut comforter di badan,  dia bergerak secara meniarap sehingga kepala Whisper terjengul di hujung katil.

Ross yang berbaring dengan kedua lengan dilipat ke bawah kepala,  menoleh ke arah Whisper yang kelihatan seperti hot dog yang dibalut roti.

"Kau nak aku kenalkan pada seseorang?" Whisper teringat kepada seorang gadis.

"Betul ke ni?  " Ross tidak percaya.

"Betullah. Dia kawan Snow.  Aku pernah nampak masa di Iceland dulu.  What is her name again? "Whisper ketuk-ketuk kepala,  cuba mengingati gadis yang datang bersama Damian ke kedainya tempoh hari.
"Oh, Priya! "

"Kenapa kau calonkan dia? "Ross mahukan alasan kukuh daripada Whisper.

"Well,  first of all dia ada leadership. Good for a queen. Secondly,  dia kawan dengan Damian dan Angel. So,  kau boleh usha Damian untuk tanya sama ada Priya tu okay ataupun tidak.  Daripada kau date perempuan yang entah apa-apa kat luar sana tu. "

Ross terdiam memikirkan cadangan Whisper. Tapi,  apa salahnya? betul juga seperti yang dikatakan oleh Whisper.

"Thanks,  Whisper. Bergeliga juga otak kau"

"Kau fikir aku cuma tahu buat potion sahajakah?" Whisper menutup mulut dengan tangan kanan,  menguap.
" Thanks Ross sebab kau sabar layan perangai aku. Aku dah mengantuk sekarang"

"Aku yang patut cakap terima kasih. Untuk seseorang yang tak suka Werewolf,  you're doing well back there. "Ross mengukir senyum.

Whisper tersengih jahat.  "Jangan puji sangat.  Masih ada dua hari lagi untuk aku berada di sini. Apa-apa pun boleh jadi nanti, "

"Ish,  kau ni Whisper. Tak habis-habis dengan perangai spoil mood orang, " Keluh Ross.






Thursday 6 September 2018

Sinopsis Priya



Love at a first hit. 

Priya ter'crush' pada Ross selepas kepalanya terlanggar dada lelaki itu. Selepas mengetahui status sebenar Ross,  Priya berusaha untuk menghilangkan perasaannya, dan masih terus mencuba walaupun selepas bertahun berlalu. 

Ross, raja muda yang menjadi igauan wanita mempunyai satu masalah besar. Dia terdesak mencari calon permaisuri yang sesuai untuk negara Iceland, di samping menjaga rahsianya yang tersimpan selama ini. 

Apabila satu peristiwa menemukan mereka kembali, mampukah Priya menjadi calon permaisuri Ross?  

So, what if he is your Prince Charming, but you are not his Cinderella?




Tuesday 4 September 2018

Mirna 6

Tapak tangan diletak pada lutut kiri.  Tenaga positif disalurkan pada kesan ungu yang berbentuk bulat.  Mirna sedang melakukan cure wound pada dirinya sendiri.  Luka akibat pertempuran dengan Lycan tempoh hari menyebabkan lebam pada lengan dan beberapa bahagian badannya yang lain.

"Kenapa aku tak boleh buat cure wound dekat spirit? " Tanya Mirna ingin tahu.

"Kami dilingkungi oleh tenaga negatif. Kalau awak guna cure wound, kami akan layu macam daun luruh. " Peter bersila di hadapan Mirna. Meneliti lebam yang masih tidak kebah daripada kulit Mirna.

Mirna masih berada di level 1. Kerana itu kuasanya dalam penyembuhan agak lambat.  Mirna memerlukan lebih masa untuk mencapai level yang lebih tinggi.

Peter menunduk.  Dia tidak tahu bagaimana caranya mahu membawa Mirna kembali ke dunia magis.  Masihkah ada antara ahli keluarganya yang boleh menjaga Mirna?

"Lagipun kami memang dah mati. No harm can be done" King Kurf menggosok misai lentiknya.

"Actually Necromancer boleh cederakan spirit. " Jawab Peter.

King Kurf membeliakkan mata. Dia tidak tahu pula pasal hal ini.  Terus King Kurf melihat Mirna yang juga terkejut mendengarkan kata-kata Peter.

"Really? awak kena ajar saya, " Pinta Mirna.  Terlupa sebentar dengan lebam di lutut yang cuba disembuhkannya.

"No. " Tegas Peter.

"What? why? "

"It is a forbidden spell. Dan saya tak nak ambil risiko ajar awak benda yang boleh membahayakan diri awak sendiri.  Ingat Mirna, menjadi Necromancer bukan perkara mudah.  You are dealing with ghost and spirit. "

Wajah Mirna berubah mendung. "Bisinglah awak ni. Asyik cakap benda yang sama je. Saya tak minta dilahirkan pelik begini,  tahu? kalau tak mahu ajar buat apa beritahu"

Peter terasa hati dengan Mirna. Air mukanya menjadi keruh. Mirna membuat tidak tahu meskipun dia perasan akan perubahan di riak wajah Peter.

"Teruskan dengan kerja awak.  Malam nanti kita akan buat latihan"

Peter bangun dari lantai, berjalan laju dan menghilangkan diri dari sebalik selekoh. Mirna pandang King Kurf.

Spirit raja itu juga sedang merenung ke arahnya dengan pandangan tajam.

"Apa?  semuanya salah saya." Mirna meluruskan kaki.  Hilang sudah mood untuk menyembuhkan diri.

Tenaga positifnya sudah tiada.  Silap-silap nanti mood negatif pula yang diseru Mirna untuk masuk ke dalam tubuh.

"Saya tak suka sangat dengan Peter.  Tapi,  dalam bab ni saya tak setuju dengan awak Mirna. Peter,  dia pun Necromancer sebelum dia mati. Jadi awak seperti menghina dia tadi. " King Kurf membelakangkan Mirna, mengapungkan diri menuju ke jendela kaca tinggi.

"So it is my fault. What do you expect?  bukannya saya minta dilahirkan sebagai Necromancer. A freak yang tak ada orang pun sudi nak kawan dengan saya. I guess that is why parents saya pun buang saya. Dan Peter,  sometimes he is so annoying "

King Kurf menoleh semula ke arah Mirna. Gadis itu menunduk,  menggosok kesan lebam yang bewarna ungu pudar.  Tidak gelap seperti sebelum Mirna membuat Cure Wound tadi.

"Kalau saya jadi awak, saya tak akan melawan Peter,  Mirna. Dia sedang cuba sedaya upaya untuk memastikan awak boleh berdikari sebelum dia pergi. " King Kurf cuba memberikan Mirna klu.

Dia tahu Peter tidak akan memberitahu Mirna. Dia akan menghormati keputusan lelaki itu,  tetapi lebih elok rasanya jika Mirna bersiap sedia sebelum kehilangan Peter.

"Peter takkan tinggalkan saya. Dia dah janji." Kata Mirna dengan penuh keyakinan.

King Kurf membelai misai lentiknya. "Just because he promised,  does not mean he can fulfilled it. Sometimes, promise meant to be brokem."

Mirna mengangkat kepala,  memandang King Kurf. Tiba-tiba Mirna menjadi takut.  Bagaimana kalau Peter tiada?

"Peter ada beritahu awak sesuatu yang saya tak tahu ke? " Tanya Mirna setelah beberapa saat berlalu.

"That is a good question... for Peter. "

King Kurf melayang ke arah yang dilalui oleh Peter tadi, meninggalkan Mirna dengan persoalannya.

Mirna merenung King Kurf sehingga spirit tua itu hilang dari sebalik dinding. Dia tidak pernah terfikir apakah yang akan berlaku jika Peter tiada lagi di sisi.

Kalau Peter kembali ke dunia afterlife, pasti dia akan keseorangan sekali lagi. Mirna terasa kolam matanya menjadi hangat.

Adakah dia memang ditakdirkan untuk berseorangan sepanjang hidup?

King kurf yang melayangkan tubuhnya tadi muncul semula di bilik bacaan. Peter sedang menulis sesuatu di meja kerjanya.  King Kurf tidak pasti sama ada lelaki itu memang khusyuk dengan kerja atau berpura tidak menyedari kehadirannya.

"Kau tahu,  aku tak sangka mempunyai anak boleh meletihkan. " King Kurf duduk di sofa kulit bertentangan dengan pendiangan api yang dipenuhi sarang labah-labah.

Bilik bacaan ini hanya digunakan oleh Peter sejak dia dan Mirna tiba ke istana terbiar ini. Mirna tidak pernah masuk ke sini. Dia menghormati privacy Peter. Tidak seperti King Kurf.

"So sad.  15 orang isteri dan kau langsung tak ada anak? " Suara Peter kedengaran sinis.

"At least isteri-isteri aku normal. "Balas King Kurf dengan nada yang sama.
"Tapi tentulah, mana boleh lawan isteri kau. Aku dengar dia sebahagian daripada fairy. What is it called?  oh,  lenashee.  "

Peter berhenti menulis.  Dia menggenggam pen bulu merak di tangan sebelum kembali menyambung tugasnya. Dia sedang menyiapkan nota untuk Mirna berkaitan Necromancer.

"Tak sangka King Kurf suka dengar cerita fairytale. "

King Kurf tersengih lucu. Dia bukan sahaja tahu mengenai Peter,  tetapi juga mengenai isterinya. Itupun sebab dia mendengar gosip daripada spirit-spirit lain yang telah lama bersama Mirna dan Peter.

Tak apa, King Kurf tak kisah kalau Peter tak mahu mengaku.  Tindakan Peter yang melarikan diri daripada topik ibu Mirna itu sudah memadai sebagai jawapan.

"Apa kau nak raja tua?  kalau tak ada apa yang penting,  kau dipersilakan keluar.  Jangan ganggu aku. "

"No can do. Technically istana ni aku yang punya. Suka hati akulah nak pergi mana,  kacau siapa. " King Kurf berdegil.

"You are so annoying," Peter membaling pen berbulu ke penjuru meja. Dia mengangkat kedua belah tangan,  memegang kepala yang terasa berat.

"Kau pun sama,"

"Apa kau cakap? " Peter menoleh,  memandang King Kurf dari bahu.

"Aku tak cakap.  Mirna yang cakap kau annoying. "

Peter mendengus.  Pen berbulu dicapai semula olehnya.  Dia mahu menghabiskan kerja. Melayan King Kurf hanya akan membuang masanya yang begitu berharga.

"Go away King Kurf. "Arah Peter.

"Kenapa?  dah tak ada masa untuk aku? "

"Sedar pun kau. Aku ingat bodoh sangat."

"Sebab kau dah nak ke afterlife?"

Peter bangun dari kerusi. Matanya memerah merenung King Kurf. Spirit raja itu memegang hulu pedangnya, sebagai amaran kepada Peter.

"Watch your tongue king" Peter geram dengan sikap penyibuk King Kurf.

"I will.  Dengan satu soalan."

Peter mencekak pinggang. "What?"

"Kau tak ada niat untuk beritahu Mirna apa-apa berkaitan dirinya yang sebenar.  Betul tak? "

King Kurf sudah lama memerhatikan Peter.  Lelaki muda di hadapannya ini sedang menyiapkan Mirna sebagai seorang Necromancer.

Tetapi tidak pernah sekalipun Peter menjelaskan kepada Mirna tentang dunia magis.  Bukannya King Kurf pernah ke sana,  tetapi dia mendengar gosip daripada spirit-spirit yang datang dari dunia itu. Dan mereka terperangkap di dunia manusia kerana mati di sini.

Boleh sahaja mereka menceritakan kepada Mirna tentang dunia magis.  Tetapi niat mereka terhalang oleh Peter.

Semua spirit itu memberitahu King Kurf Peter ini bukan calang-calang Necromancer. Kerana itu semua spirit takut dengannya.

"Its none of your business. Tapi,  ingat satu perkara.  Kalau Mirna dapat tahu, aku takkan lepaskan kau. " Ugut Peter.

King Kurf menolak pipi kirinya dengan lidah dari dalam mulut. Berfikir tentang ugutan Peter. Dia tahu lelaki itu tidak main-main.

"Aku tak tahu rancangan kau,  alright. Tapi berlaku adillah pada Mirna. Dia berhak tahu tentang dirinya yang sebenar. Besides,  suatu hari kau takkan mampu jaga Mirna lagi" King Kurf bangun meninggalkan Peter.

***

Woo Bin membuka helmet. Motorsikal berkuasa tingginya diparkir di hadapan pagar yang sudah berkarat.  Papan tanda 'No Entry' yang sudah senget tergantung pada bahagian tengah.

Zip jaketnya ditarik oleh Woo Bin. Istana tinggalan ini yang terletak di puncak bukit membuatkan suhu di kawasan ini menurun. Woo Bin menolak sedikit pagar tinggi dan berkarat yang tidak berkunci itu.

Bunyi burung hantu menjentik lubang telinga Woo Bin kerana kawasan istana ini dikelilingi dengan hutan. Dia menggosok belakang leher.  Bulu romanya naik tanpa sebab.

Woo Bin pandang belakang.  Pagar sudah jauh ditinggalkan. Dia kini berada di pertengahan jalan antara pagar dan istana. Separuh hatinya meronta agar pulang.
Woo Bin menguatkan mental.

Tidak,  dia tidak takut ke istana lama ini.  Dia cuma gabra untuk berhadapan dengan Mirna. Mereka bukan kawan di sekolah.  Bercakap juga jarang sekali.

Jadi kenapa dia perlu risau jika Mirna tidak ke kelas?

Bom!

Bunyi sesuatu yang kuat dari dalam istana mengejutkan Woo Bin. Panik,  dia membuka langkah seribu. Woo Bin memecut sekuat hati,  masuk ke dalam pintu istana.

Bom!

Sekali lagi bunyi itu menghentak gegendang telinga Woo Bin, tetapi lebih kuat daripada tadi. Dia hanya mengikut gerak kaki sambil kepalanya terteleng ke kiri dan kanan mencari Mirna.

"Woo Bin? "

Woo Bin pandang ke atas. Bulat matanya melihat Mirna sedang berdiri merenungnya dari tingkat atas.  Mirna kelihatan kotor. Hampir separuh tubuhnya terpalit dengan tanah.

Woo Bin garu belakang kepala. "Hh. ..hai Mirna. "

Mirna menekup mulut. "Awak dah mati
ke? "

Woo Bin terkejut besar.  "Hah?! "


          Mirna meletakkan secawan kopi di hadapan Woo Bin. Dia kemudiannya duduk di hadapan kerusi Woo Bin di meja makan.

Ackward.

Mati-mati dia ingat dia ternampak spirit Woo Bin tadi.  Jangan salahkan dia, memang dia selalu nampak spirit pun.

Tapi rupanya Woo Bin belum mati.  Dia datang untuk melawat Mirna. Mirna sedang membuat latihan Destruction ketika dimaklumkan oleh Joey,  spirit budak lelaki yang berumur lima tahun.

Di saat ini Joey sedang duduk di bawah meja berdekatan dengan kaki Mirna.  Matanya yang bulat bagaikan kolam air hitam merenung Woo Bin tanpa berkelip.

King Kurf dan Peter berdiri di belakang Woo Bin bagaikan patung.  King Kurf tersenyum-senyum sambil menjungkit kening.  Peter pula mencerlung ke arah Woo Bin.  Mirna menjadi risau.  Jangan pula Peter masuk ke dalam badan Woo Bin dan merasuk lelaki itu. Dia tidak mahu mencederakan Peter seandainya perkara itu berlaku.

"Maaf,  saya datang tak diundang. " Woo Bin memegang kopi panas yang dihidang oleh Mirna.

Mirna terkebil-kebil. "Urm,  tak adalah. Tapi,  kenapa awak datang sini? "

"Sebab awak dah beberapa hari tak datang kelas. Jadi saya risau. "

"Risau?"

Woo Bin berdehem. "Ya, sebenarnya Miss Green bagi kerja assignment berkumpulan. Dia masukkan nama saya dan awak dalam satu kumpulan."

"Really? " Peter tidak percaya.  Dia menajamkan pandangan ke arah Woo Bin.

"Shut up,  Peter. " Balas King Kurf. Peter menjeling tajam ke arah King Kurf yang terlebih teruja dengan kedatangan Woo Bin.

"Dia gandingkan kita dalam satu kumpulan?" Mirna cuba untuk tidak memberi perhatian kepada pergaduhan kecil Peter dan King Kurf.

"Ya.  Sebab tu saya datang untuk beritahu awak pasal hal ini.  Lagipun, kita berdua dah lewat tiga hari. Saya tak sanggup nak tunggu sampai esok. " Woo Bin meneguk air kopi.

Dia mengambil masa,  meninjau kawasan dapur yang kelihatan bersih untuk sebuah istana tinggalan. Nampaknya Mirna menjaga kawasan ini. Peralatan memasak dan bahan mentah yang tersusun di satu rak meyakinkan Woo Bin tentang hal itu. 

Woo Bin meletakkan cawan ke atas meja.
Mirna yang sedang menggosok rambutnya ditenung oleh Woo Bin. Rambut Mirna yang hitam lurus itu kelihatan begitu lembut, beralun-alun bagaikan Mirna sedang membuat iklan syampu.

"Kenapa awak tanya saya dah mati ke tadi?" Soalan Woo Bin menyebabkan Mirna tersentak.

Tangan Mirna yang menggosok rambutnya terhenti. Mirna mengerling Peter dan King Kurf. Peter yang memeluk tubuh tadi menjatuhkan tangan ke bawah.  King Kurf pula menekup mulut yang ternganga.

"Oh.. .itu... saya terkejut.  Maaf,  saya tak bermaksud nak hina awak, " Mirna menelan liur. 

Woo Bin tidak memberi reaksi. Mirna kaget. Mesti Woo Bin pun percaya dengan momokan yang sering dilemparkan kepadanya.

Shadow Girl.  Budak pelik.  Freak. 

"Okay. " Kata Woo Bin.

"Okay? " Mirna tidak percaya.

"Yes. Saya bukan macam orang lain,  Mirna. Saya tak. peduli apa yang orang lain cakap pasal awak. "

Mirna hampir menjerit kegembiraan. Woo Bin tidak kisah? 

King Kurf bersiul. Kipas di tangannya dikibas perlahan. Peter masih tidak percaya pada Woo Bin.

Punyalah ramai gadis di Fortuna High School, kenapa Woo Bin pula yang disatukan dengan Mirna dalam satu assignment?

"Kita memang wajib siapkan assignment ni bersama ke? " Mirna mengangkat wajah,  memandang Woo Bin.

Woo Bin cepat-cepat melarikan pandangan. "50 peratus markah akan dikira daripada assignment ini"

"Awak tak kisah kena buat assignment ni dengan saya? "

"Tak. " Jawab Woo Bin.

"Uhhhhhh, " Sorak King Kurf. Mirna terasa sesuatu berterbangan di dalam perut. 

"Shut up Kurf. " Marah Peter. 

"You shut up. Nampaknya dia tertarik pada Mirna. " King Kurf ketawa mengekek,  menambahkan kemarahan Peter.

"Esok saya akan ke sekolah. " Beritahu Mirna.  Dia menarik rambut ke pipi, menutup muka sedikit daripada pandangan Woo Bin.

Woo Bin mengukir senyum. "Good.  Kita boleh mulakan assignment Miss Green.  So,  shall we meet at library tomorrow? after class? "

Mirna angguk. Woo Bin menyeluk seluar jeans,  mengeluarkan sebuah telefon bimbit.

"Bagi saya nombor awak.  Senang kalau kita ada nombor masing-masing,"

"Urm, saya tak ada handphone," Kata Mirna perlahan.

Woo Bin memusingkan telefon bimbit di tangan. " Oh,  never mind. Kalau macam tu kita jumpa di library je esok."

Mirna mengangguk setuju.  Dia pandang Woo Bin.  Pada masa yang sama,  Woo Bin juga sedang memandang Mirna. Tiada kata yang keluar daripada mulut. Mereka hanya memandang satu sama lain.

Mimpi ngeri Peter sudah bermula. Dia tidak menyangka hari ini akan muncul juga akhirnya.

King Kurf mendekatkan bibirnya ke telinga Peter. " Aku dah kata, suatu hari nanti kau takkan mampu jaga Mirna. "







Monday 3 September 2018

Wicked Love 32

Tidak sukar baginya mencari mangsa yang diperlukan. Sebagai seorang lelaki yng berpengalaman, Albeit tahu di mana dan bagaimana mahu mencari mangsanya yang diperlukan.

Misinya yang pertama bersama dengan pengikut setia Luther Fang telah dilaksanakan. Dark Master telah dibebaskan daripada penjaranya. Tetapi tugas mereka masih belum selesai. Kerana itulah dia ke sini malam ini.

Jika ditanya sama ada dia menyesal, tentu sahaja tidak. Albeit memilih jalan ini kerana dia sudah letih berada di bawah pemerintahan keluarga Royal Iceland. 

Dia dan pengikut Luther Fang percaya dunia magis memerlukan perubahan ke arah yang lebih baik.  Dan hanya Luther Fang yang boleh memakbulkan impian mereka. 

Tahu siapa pengikut Luther Fang? 

Mereka ialah insan-insan yang sering dipingirkan oleh masyarakat dunia magis, terutamanya rakyat Iceland yang bongkak. Di saat ini,  semua negara magis tidak lagi bersatu. Mereka saling menyakiti antara satu sama lain. Berlumba-lumba untuk mengatasi sesebuah negara yang ada. 

Tetapi di bawah pemerintahan Luther Fang,  keenam-enam buah negara magis akan disatukan. Dan dunia akan menyaksikan perubahan. Mereka,  pengikut setia Luther Fang akan dipandang tinggi oleh masyarakat dunia magis. 

Selepas itu,  mereka akan membantu Luther Fang menjajah dunia manusia. 

Albeit meneguk air keras yang dihantar oleh bartender. Anak matanya liar mencari mangsa di dalam kelab malam The Devil. Kelab malam yang sering dipenuhi oleh anak-anak muda lantaran lokasinya yang terletak di tengah ibu kota. 

Mata Albeit menangkap kelibat seorang gadis dengan pakaian yang menonjolkan aset. Dari gerak-geri gadis muda itu,  Albeit tahu gadis ini tidak berpengalaman ke kelab malam. 

Mungkin gadis ini sekadar mengikut rakannya untuk ke kelab malam ini. Malang sekali, gadis ini tidak akan pulang bersama temannya. 

Buat selamanya.

Albeit melirik ke arah kumpulan gadis sasarannya. Seperti tersedar diperhatikan, kumpulan gadis itu menoleh ke arah Albeit dan berbisik sesama mereka dengan hilaian tawa.  

Albeit mengutuk di dalam hati.  Orang muda, begitu naif. Albeit memusingkan badan menghadap bartender yang sibuk menyediakan pesanan pelanggan yang baru tiba. 

"Hey,  boleh hantarkan minuman pada gadis di meja tu." Pinta Albeit pada bartender.

Lelaki bartender yang penuh dengan lukisan tatu di badannya menurut permintaan Albeit. Seorang pelayan wanita dengan pakaian skimpy menghantar pesanan Albeit kepada gadis yang menjadi sasarannya.

Albeit mengukir senyum apabila gadis itu mencapai minuman yang dihantar kepadanya. Air keras itu diteguk sambil mata si gadis menentang pandangan Albeit.

Kasihan si gadis.  Langsung tidak menyangka Albeit menjadikannya sebagai sasaran. Albeit mengukir senyuman nipis tatkala gadis itu bangun dari kerusi dan menghampiri beliau.

"Hai, " Gadis tadi menyapa Albeit. Air minuman yang dibelanja oleh Albeit dibawa sekali olehnya.

Tanpa izin dia duduk di kerusi kosong sebelah Albeit. Sebelah tangannya bermain dengan hujung rambut dengan gaya menggoda.

Albeit menunjukkan minat.  Bukan kerana tertarik dengan gadis di hadapannya ini,  tetapi lebih kerana dia mempunyai niat yang tersirat.

"Hai, "

"Saya Leah. Awak? " Leah,  si gadis menghulurkan tangan kepada Albeit.

"Panggil saya Al. " Albeit menyambut huluran tangan Leah.

"Thanks for the drink. " Leah menunjukkan gelas minuman yang masih berbaki di tangan.

"Anything for the beautiful girl. Awak baru di sini?  sebab saya tak mungkin terlepas pandang gadis cantik seperti awak. "

Leah ketawa, suka hati mendengarkan pujian daripada Albeit. "Ya. Hari pertama masuk kolej dan rakan-rakan ajak keluar untuk celebrate,"

Albeit menoleh ke arah meja di mana Leah sedang bersantai bersama teman-temannya tadi.  Tiada sesiapa yang mengambil perhatian terhadap Leah.  Kawan-kawan Leah sedang sibuk dengan teman lelaki masing-masing.

"Awak nak keluar dari sini? saya boleh bawa awak jalan-jalan " Tanya Albeit sambil menayangkan kunci kereta kepada Leah.

Dia tahu gadis seperti Leah akan tertarik dengan kekayaan. Leah menggigit bibir bawah.

"Come on. Kawan-kawan awak pun tengah sibuk dengan partner masing-masing." Pujuk Albeit lagi.

Leah akhirnya bersetuju.  Lagipun memang dia ke kelab malam ini untuk mencari teman.

Albeit menghabiskan minumannya sebelum meletakkan beberapa not wang di atas kaunter.  Leah kemudiannya ditarik oleh Albeit keluar daripada kelab malam The Devil.

Albeit membukakan pintu kereta sport berwarna hitam pekat miliknya untuk Leah.

"Ke mana awak nak bawa saya? " Tanya Leah sewaktu mereka berada di dalam kereta.  Terdetik rasa bangga di dalam hati Leah apabila menaiki kereta mewah Albeit.

"You have no idea, " Balas Albeit.

***

Whisper memandang ke langit biru yang sedikit kelam. Malam ini kemungkinan akan hujan. Whisper tidak suka jika hujan.  Susah untuk di bergerak mendapatkan pengangkutan awam memandangkan dia tidak mempunyai kenderaan sendiri.

Seketika kemudian dia menunduk,  memerhatikan kebun bunga dan kebun herba miliknya. Kebun ini dibina di dalam hutan terbiar berhampiran dengan ibu kota.

Di bahagian timur terbentang kebun bunga. Di bahagian selatan pula ditanam oleh Whisper pelbagai jenis herba.

Di bahagian barat terdapatnya satu pondok kecil. Beberapa kotak yang dibuat daripada kayu rotan tersusun kemas di situ. Kotak-kotak itu mengandungi pelbagai jenis bunga dan herba hasil tanaman Whisper.  Selain menjual potion,  Whisper juga menjual bunga dan herba bagi menampung hidup.

Whisper duduk di atas rumput hijau, melepaskan lelah. Dia baru selesai menabur racun serangga perosak selepas mengutip semua hasil tanaman. Selepas ini dia dan Stella akan memulakan tanaman semula untuk bulan seterusnya.

Dia melihat Stella,  pembantunya membawa beberapa gulungan Rosemary ke pondok. Esok, dia akan menghantar semua stok tersebut kepada pembekal.

Stella berjalan merentasi kebun bunga mendapatkan Whisper. Stella tidak mahir dalam menguruskan kebun herba.  Selalunya Whisper yang akan mengerjakan bahagian ini dan dia menguruskan kebun bunga.

Stella melabuhkan punggung di sebelah Whisper.

"Dah siap semua kerja? " Whisper menyoal Stella.

Stella mengangguk. Topi besar yang dipakainya dibuka dan dikipas ke muka. Peluh di dahi dan lehernya diseka oleh Stella dengan tuala yang disangkutkan ke leher.

"Esok kita hantar semua stok dan ambil duit. Lepas tu aku nak cari barang. Nak siapkan glamour potion untuk Royal Highness Prince Ice, " Whisper meletakkan kedua tangan ke bahu,  tanda meluat.

Stella tersenyum saat mendengar nama Ice. Biji matanya bersinar-sinar, dan Whisper pasti sinaran itu bukan akibat terik cahaya matahari yang memancar di atas kepala mereka.

"Oi, dia dah ada girlfriend. Putus asa sajalah sajalah dengan crush kau tu. Takziah. "

Stella memasamkan muka. Dia tidak setuju dengan kata-kata Whisper. Pasangan berkahwin pun boleh berpisah, inikan pula pasangan bercinta.

"Dah, kau jangan nak tambah beban aku. Sekarang ni pun aku dah susah hati.  Kalau aku tahu dia akan guna glamour potion tu untuk tipu seorang gadis, mati pun aku sanggup daripada bantu dia. "

Stella meletakkan topi yang dikibasnya ke muka tadi di atas peha. Stella menepuk bahu Whisper,  menarik perhatian gadis itu.  Stella menggoyangkan tangan,  membuat isyarat bahasa tangan kerana beliau seorang yang bisu.

"Dia main-main atau memang dia cintakan gadis tu? "

Whisper terdiam dengan pertanyaan Stella. Dia mengingati semula pertemuan dengan Ice sebulan yang lepas. Memang dari gerak-geri Ice,  Whisper yakin Ice tidak menipu.

Whisper mengeluh. " What is the point?  kalaupun dia benar-benar cintakan gadis tu,  mereka tetap tak boleh bersama. Awak tahukan apa yang jadi pada isteri pertama King Henry?  She's dead lepas lahirkan Ross. Royal Iceland Family dengan rakyat kebanyakan tak boleh bersama."

Stella menggaru pipi dengan jari telunjuk. Segala yang dijelaskan oleh Whisper adalah fakta sejarah. Stella membuat bahasa isyarat,  mahu menyoal sesuatu kepada Whisper.

"Hebat betul sumpahan yang dikenakan kepada Royal Iceland family. Jadi,  Ice akan mati ke kalau dia berkahwin dengan girlfriend dia tu?" 

"Itulah yang saya takutkan. Kalau terjadi sesuatu pada Ice,  Ross mesti akan bencikan saya seumur hidup. Lebih lagi kalau tahu yang saya tolong Ice sembunyikan diri selepas lari dari istana. Memikirkan tentang hal ini pun saya dah rasa bersalah." Whisper khuatir.

Stella mengangguk perlahan.  Mengerti dengan kegelisahan Whisper.

"Oh, lagi satu.  Elok kalau kau hati-hati. Sekarang dunia magis sudah tidak selamat.  Daripada berita yang aku dengar,  dah 484 orang gadis sunti dilaporkan hilang sejak awal tahun ini. Kesemua mereka mempunyai satu persamaan. Kesemuanya masih anak dara. Jadi,  kau hati-hati,"

Stella mengukir sengihan lebar.  Matanya sengaja dibeliakkan ke arah Whisper,  melihat gadis itu dari atas ke bawah.

"Oi,  aku dara lagilah!" Marah Whisper, faham dengan tenungan Stella.

Stella ketawa.  Tetapi suaranya kedengaran putus-putus.

"Main-main pula kau. Lantak situ,  kalau jadi apa-apa jangan cakap aku tak pesan. Sekurangnya aku dah biasa ke dunia luar.  Jadi,  aku boleh jaga diri. " Whisper menggumam marah.

Stella menggoyangkan tangan,  menjawab bicara Whisper,

"Baiklah mak. " 

Whisper menjulingkan mata ke atas.  Tetapi,  sungguh dia sangat risaukan tentang Stella. Dia anak yatim piatu sejak kecil. Dia hanya mempunyai Stella sebagai ahli keluarga.

"Dan nanti kita akan pindah tempat baru. Aku akan cari di mana destinasi kita yang seterusnya. Tapi, sebelum tu aku kena uruskan dulu masalah Ice. "

Stella memuncungkan bibir. Ini bukanlah kali pertama mereka akan berpindah.  Sememangnya mereka tidak pernah bermaustatin di sesuatu tempat dalam tempoh yang lama.

Stella tidak tahu punca Whisper sukakan kehidupan nomad. Dia sekadar mengikut.  Sementelah, dia hanya mempunyai Whisper sebagai ahli keluarga.

"Again?  saya suka tempat ni"

"Sabarlah.  Nanti kalau aku jumpa jampi yang boleh buat bangunan bergerak macam cerita Howl's Castle tu, kita dah tak perlu berpindah-randah." Whisper sudah berangan.

"Hah,  mimpi. Itu cerita kartun sahajalah. Tapi okay juga.  Saya ikut sahaja kata awak.  Walaupun awak tak pernah beritahu punca kita perlu kerap berpindah, "

Whisper membiarkan soalan Stella kerana gadis itu tidak perlu tahu.

Stella mendepakan tangan ke hadapan. Satu nyalaan api keluar daripada tapak tangannya, membentuk seekor burung kecil.

Burung kecil daripada api itu melibas-libaskan sayap. Kepaknya yang kecil dikembangkan di kedua-dua belah bahagian, lantas meluncur ke udara dan meninggalkan tapak tangan Stella.

***

"Please,  Lepaskan saya, " Leah, gadis yang dibawa pulang dari kelab malam The Devil semalam merayu Albeit.

Leah yang duduk melutut dihampiri oleh Albeit. Kedua tangan Leah digari ke belakang. Kedua kkinya juga diikat dengan rantai besi yang sama.

Albeit mencempung Leah. Gadis ini menjadi lemah selepas diberikan potion weakness ketika dia membawa gadis itu pulang ke rumah semalam.

"Leah... kan awak kata semalam yang awak akan serahkan tubuh awak kepada saya,  hurm? " Albeit ketawa galak.

" Aku nak balik," Tangis Leah. Badannya digoyangkan,  mahu melepaskan diri daripada dukungan Albeit.

Namun kekuatannya tidak seberapa memandangkan potion weakness yang dicucuk oleh Albeit ke dalam salur darahnya.

"No can do. Aku nak bawa kau jumpa seseorang. Trust me,  kau akan suka dengan benda ni. "

Leah menggelengkan kepala. Sambil menjerit dia meraung agar ditinggalkan sendirian.  Dia ingin pulang dan menganggap semua peristiwa ini sebagai satu mimpi buruk.

Memori Leah tentang perkara semalam terhenti semasa Albeit membawanya pulang ke rumah lelaki itu.  Sewaktu dia turun dari kereta,  pandangannya terus menjadi gelap.

Apabila tersedar,  dia telah dikurung di dalam sebuah penjara berbatu. Fikiran Leah mula terbayangkan ahli keluarga dan rakan-rakannya.

Leah tidak tahu ke mana Albeit membawanya,  sehinggalah pandangannya diganggu oleh unggun api yang besar.

Suara jeritan dan tangisan gadis kedengaran kuat di telinga Leah sehingga tubuhnya menggigil ketakutan.  Melalui pandangan matanya yang kabur dengan air mata,  Leah dapat melihat sekumpulan lelaki mengelilingi unggun api tersebut.

"Kau nak buat apa dengan aku?  tolong!  tolong!!" Jerit Leah sekuat daya.

Albeit menurunkan Leah dengan kasar ke bawah dan memaksa gadis itu melutut selepas mereka menghampiri kawasan unggun api. Leah dapat merasakan bahang daripada unggun tersebut.  Kepala Leah ditegakkan oleh Albeit dengan cara menarik rambut gadis itu.

Nafas Leah menjadi tidak teratur.  Dia cuba bergerak namun kekuatan lelaki  Albeit tidak berdaya dikalahkan olehnya.

Selain Leah,  lima orang gadis turut melutut di hadapan unggun api sambil dipegang secara paksa. Wajah masing-masing memaparkan kekeliruan dan ketakutan dengan perkara yang bakal berlaku.

Seorang lelaki dengan pakaian serba hitam muncul dari sebalik kumpulan lelaki yang mengelilingi mereka. Di tangannya tersedia sebilah pisau tajam yang panjang, berkilau apabila mengenai cahaya daripada unggun api.

"Brothers,  malam ini kita akan menamatkan penyeksaan yang dilakukan kepada Dark Master. Ahli sihir teragung yang bakal mengubah dunia akan kembali ke dunia. Long Live the King! "

"Long live the king! "

Ayat itu diulang-ulang dengan begitu kuat sehingga menggentarkan semangat orang-orang yang mendengar.

"484 orang gadis sunti telah berjaya kita persembahkan. Untuk pengorbanan terakhir,  setiap gadis sunti daripada keenam-enam buah negara akan dikorbankan ke dunia kegelapan. "

"Yeah!!!!!"

Leah menggeleng laju.  Kini dia sudah tahu tujuan dirinya dibawa oleh Albeit ke tempat asing ini. Leah menjerit apabila Albeit mengemaskan genggaman pada rambutnya.

"Tolong....! " Tangis Leah.

"For the Dark Master! " Jerit lelaki tadi. Sahutannya disambut dan diulang-ulang. Dia menghampiri seorang gadis yang melutut di hadapan Leah dengan pisau di genggaman.

Leah meraung apabila dia terasa sesuatu yang sejuk diletakkan di bawah lehernya oleh Albeit.

"Thanks Love,  sebab sudi serahkan tubuh kau kepada aku. For the Dark Master, "

Bilah pisau ditekan oleh Albeit.

Tarik.

Darah merah memancut keluar bagaikan pili pecah daripada leher Leah.

Dark Master,  welcome back. 

Mirna 9

"Here is the plan. Untuk mengaburkan mata orang ramai di sini, saya akan jadi ayah awak berdua. Kita datang ke sini untuk bercuti selep...