Thursday 15 July 2021

Mirna 8

Woo Bin duduk di bangku yang menghadap ke arah padang bola. Sengaja ingin melepak di situ selepas habis waktu kelas. Undangan rakan-rakannya untuk melepak ditolak. Dia ingin bersendirian.

Sudah lima hari berturut-turut Mirna tidak muncul. Telefon bimbitnya juga ditutup. Semalam Woo Bin kembali ke istana lama yang untuk mencari Mirna. Tetapi gadis itu tiada di sana.

Woo Bin mengelus rambut kasar. Dia benar-benar risau. 

"Woo Bin," Dae Hee tiba-tiba muncul. Dia berjalan laju sebelum duduk di sebelah Woo Bin.

Sejak akhir-akhir ini dia perasan dengan perubahan yang berlaku pada Woo Bin. Pada mulanya dia menyangka Woo Bin sekadar mendekati Mirna kerana tugasan assignment.

Lagi pula tidak mungkin Woo Bin akan menyukai gadis seperti Mirna.Tapi kini, Woo Bin macam ibu ayam kehilangan anak.

"Apa?" Jawab Woo Bin malas. Kalau Dae Hee mahu memujuk dia untuk melepak bersama dengan geng mereka, dia akan tetap menolak

Dia tiada mood. Di fikirannya dia hanya mahu mencari Mirna. 

"Apa dah jadi dengan awak ni?" Tanya Dae Hee.

Dia geram apabila mendengar khabar angin yang kini sedang hangat diperkatakan tentang Woo Bin dengan Mirna. Bayangkan sahaja lelaki popular seperti Woo Bin bersama dengan gadis pelik seperti Mirna. 

"Apa maksud awak ni? Boleh tak terus-terang," kata Woo Bin. Malas betul dia mahu bermain teka-teki dengan Dae Hee.

"Pasal budak weird tu. Jangan cakap awak tak tahu pasal cerita awak dengan dia." Kata Mirna dengan nada geram.

"Oh, pasal saya dengan Mirna tu ke?" Woo Bin masih berlagak selamba.

"Mestilah. Awak dah kene rasuk dengan budak pelik tu ke apa?" Dae Hee genggam jari. Geram dengan sikap acuh tak acuh Woo Bin.

Selama ini satu Fortuna High pun tahu, bahawa dia dengan Woo Bin adalah pasangan yang sepadan. Dan dia yang sepatutnya menjadi teman istimewa Woo Bin, bukan budak pelik macam mayat hidup tu.

"Nama dia Mirna. Dia ada nama, ok?" Tegas Woo Bin. Dia melihat Dae Hee dengan pandangan tajam.

Dae Hee terkejut dengan perubahan Woo Bin. 

"For real? Sejak bila awak dah pandai ambik side dia ni? Awak tak takut ke kalau reputasi awak terjejas. Remember Woo Bin, dia bukan dalam circle kita," Dae Hee mengingatkan Woo Bin.

Takkanlah Woo Bin sanggup menurunkan populariti diri semata-mata untuk budak perempuan tu. 

"Dia bukan macam yang korang fikirkan. Saya tak nampak apa yang pelik pasal dia. Sebaliknya saya lagi pelik sebab bandar ni langsung tak bagi bantuan pada dia. Dahlah bawah umur, and she got nobody. Terpaksa tinggal di tempat terbiar tanpa perlindungan. Even cikgu pun tak peduli dia tak datang kelas." Woo Bin mempertahankan Mirna. 

Setelah mengenali Mirna, dia nampak sisi sisi lain pada gadis itu yang disembunyikan. Memang kadang-kadang dia perasan juga dengan sikap pelik yang dikatakan seperti bercakap seorang diri. Tapi anehnya dia tidak pula nampak Mirna sebagai orang gila. 

Cara Mirna bercakap pun seperti manusia normal, walaupun dia tidak nampak orang yang yang sedang berbual dengan Mirna.

"Sebab dia sendiri tak minta bantuan. Tiada siapa pun tahu dari mana dia datang, dan dia langsung tak bersosial. Woo Bin, saya nak awak stop berkawan dengan dia," Arah Dae Hee.

"Kenapa pula saya nak buat macam tu?" Woo Bin pelik dengan arahan Dae Hee.

"Ini bukan permintaan saya je, tapi kawan-kawan yang lain jugak. Kami tak boleh terima kalau awak terus bergaul dengan dia. I mean, what were you thinking?" 

Woo Bin bangun dari tempat duduk. "Kau atau sesiapapun takde hak nak halang aku Dae Hee. Remember that," 

Dae Hee ternganga apabila ditinggalkan oleh Woo Bin. Sangkanya dia akan berjaya memujuk Woo Bin supaya tidak lagi berkawan dengan Mirna. Tetapi sebaliknya Woo Bin lebih memihak kepada kawan barunya itu.

Maruah Dae Hee tercabar. Reputasinya pasti terjejas jika Woo Bin lebih memilih Mirna. Dia tidak akan melepaskan Woo Bin kepada Mirna. Woo Bin adalah miliknya. 

"Jaga kau freak girl," Dae Hee menyimpan dendam.


***


Mirna membuka mata. Sinar matahari yang menyinar melalui dedaunan pohon mengganggu lenanya. Semalam seharian dia berlatih di kawasan perkuburan ini. Dan tidak tahu sejak bila dia tertidur.

Perkara terakhir yang diingat olehnya adalah mengumpulkan tanah kubur seperti yang yang dipesan oleh Peter.

Dan tanah yang dimaksudkan itu pula perlu diambil dari kubur anak gadis yang masih suci. Dalam ribuan kubur di sini, Peter menyuruhnya mencari sendiri.

Mirna melihat kiri dan kanan.

"Peter?!" 

Peter tidak kelihatan. Hanya yang kedengaran ialah bunyi kicauan burung. Mirna bingkas bangun. Dia kaget kerana Peter tidak pernah meninggalkan dia seperti ini. Malah, selalunya Peter akan membangunkan dia dari tidur. 

Ke mana lelaki itu pergi? 

Selalunya Peter akan beritahu dahulu. Tidak pernah pula dia menghilangkan diri begini. Apatah lagi di tempat asing.

"Peter!" Mirna menguatkan suara. Dia telan liur apabila Peter masih tidak muncul. 

"Hey, apa yang kamu buat kat sini?!" Jerkah satu suara.

Mirna terkejut sehingga bahunya terhinjut. Dia berpaling ke belakangn seorang pak cik tua berpakaian cleaner separa berlari menuju ke arah Mirna. Sebatang kayu lidi dipegang di dingan kanan. 

Mungkin tadi dia ingin membersihkan kubur sebelum mendengar suara jeritan Mirna.

"Kamu buat apa di sini?" Bulat mata Pak cik tua itu itu melihat barang-barang Mirna yang berada di antara empat buah perkuburan. 

Kawasan perkuburan ini sudah seringkali diceroboh. Selalunya penagih dadah atau budak-budak nakal yang melakukan vandalisme.

Mirna mengecilkan mata. Mata pak cik tua di hadapannya dipandang dalam-dalam. Dalam sekejap, Mirna telah menguasai minda lelaki tua itu. 

"Kau tak nampak aku di sini," Mina bersuara perlahan, begitu perlahan ibarat ditiup angin.

Kayu lidi yang dipegang oleh pak cik tadi terlepas dari pegangan. "Aku tak nampak sesiapa di sini,"

Bagai dihipnosis, pak cik tua tadi menyebut semula ayat yang diucapkan oleh Mirna. Beberapa saat kemudian dia seolah-olah tersedar daripada tidur.

Dia melihat sekeliling dengan bingung, dan kemudian mengangkat kaki meninggalkan Mirna. 

Mirna menarik nafas lega. Mujur dia sempat mengenakan magic memory kepada pak cik tadi, seterusnya menghilangkan memori lelaki itu tentang kehadirannya di sini.

Tapi dia perlu segera meninggalkan tempat ini sebelum orang lain muncul. Mirna melutut, mengutip dan dan menyimpan semula lilin hitam serta buku nota summon spirit yang bertaburan di atas rumput ke dalam beg galas. 

Dia tidak tahu ke mana Peter menghilang, tetapi yang pasti sekarang ini dia harus pulang. 

No comments:

Post a Comment

Mirna 9

"Here is the plan. Untuk mengaburkan mata orang ramai di sini, saya akan jadi ayah awak berdua. Kita datang ke sini untuk bercuti selep...