Tuesday 13 March 2018

Wicked Love 24

"Carcanet (necklace)" Inali memakaikan seutas rantai ke leher Snow.

Rantai leher ini dihasilkan sendiri daripada molekul air oleh Snow. Begitu juga dengan subang biru berbentuk pearl yang tergantung kemas di cuping telinganya.

"Thanks" Balas Snow.

Mereka memandang Snow dengan wajah keruh. Snowtersenyum, Sekadar memberikan mereka semangat sedangkan dia sendiri tidak pasti akan nasib diri.

Mungkinkah dia akan berjaya? Atau beginilah pengakhiran hidupnya?

Pintu bilik Snow terbuka secara tiba-tiba dari luar. Mereka berempat menghalakan pandangan ke arah tubuh yang melangkah laju ke arah Snow. Untuk nanosecond, Snow terpana melihat kekacakan Luther Fang. Dia kini memakai baju yang selayaknya untuk pergi berperang dan bukannya sut pengantin.

Kenapa lelaki nampak kacak dalam uniform? I wish I can know the secret. Fikir Snow.

Tangannya segera digapai oleh Luther Fang sebelum lelaki itu menarik Snow supaya mengikutinya. snow yang terkontang-kanting berjalan merintih kesakitan kerana terpaksa mengikut langkah Luther fang yang laju.

"Hey, Sakitlah!" Rintih Snow.

"Kita akan berkahwin sekarang!" Keras nada suara Luther Fang.

"What? Aku ingatkan kita akan practice dulu? This is my first time you know" Snow cuba berseloroh.

"Shut up! Aku tak ada masa untuk gurauan"

Walaupun tidak mengetahui punca sebenar, Namun tindakan Luther Fang meyakinkan Snow bahawa misi menyelamatkan mereka sudah dijalankan. Luther Fang menarik Snow sehingga ke pelantar perkahwinan.

Tiada hiasan indah yang kebiasaannya ada di sesebuah majlis yang bakal menjadi hari terindah bagi seorang wanita. Juga tiada tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan ini melainkan dua ekor manticore yang berada di sebelah kiri dan sebelah kanan.

"Oh great, Kau bawa keluarga kau sebagai saksi," Snow mengejek Luther Fang.

"Bila kau dah jadi permaisuri aku nanti, Aku akan pastikan mulut kau tertutup." Balas Luther Fang dengan renungan maut.

"Well, At least kau professional dalam bab tu"

Luther Fang memaksa Snow melutut setelah mereka berdua tiba di tempat mengikat perjanjian. Albeit yang berdiri di hadapan menyerahkan Scarlet Flower kepada Snow dan Luther fang.
Sekali lagi Luther Fang memaksa Snow agar memegang bunga tersebut sebelum dia menggenggam tangan Snow.

Snow memandang ke arahnya dengan riak kebencian manakala Luther Fang membalas dengan tersenyum sinis. Mengikut adat dunia Magis, Scarlet flower akan dipegang oleh kedua mempelai sebelum ketua upacara membaca ucapan yang akan menjadi tali perkahwinan.
Kedua mempelai perlu melutut secara berhadapan dan mengikut ucapan daripada ketua majlis perkahwinan.

"Just so you know, Muka kau kacak tapi hati kau hitam. Now I know why Seventh Magician never choose you"

Riak wajah Luther Fang berubah bengis. Snow mengaduh kesakitan apabila Luther Fang menguatkan pegangan tangan Snow yang berada di dalam genggamannya.

"One more word dan kau akan jadi saksi kawan-kawan kau menjadi habuan Manticore. Albeit!" Luther Fang mengarahkan Albeit agar memulakan majlis. Snow menahan rasa sebak di dalam hati.

Mengikut perancangan, Mirna dan rakan-rakan yang lain pasti sudah melarikan diri ketika ini.
Snow meminta bantuan Water Nymph untuk membawa mereka keluar dari kubu Luther Fang. Bukan mereka sahaja, Malah gnome yang lain akan melarikan diri di saat Luther Fang dan dia sibuk dengan perkahwinan mereka.

Menurut Galphina, Kubu Luther Fang dibina berhampiran kawasan pantai. Snow kira mereka boleh menyelamatkan diri dengan bantuan Water Nymph. Savior, Kellie Horse akan membawa teman-temannya dan menunggu mereka di tepi pantai.

"By today, You shall no longer be alone. We will be joining two half of a heart tied together in a life's journey." Suara Albeit memulakan mukadimah upacara perkahwinan.

Snow membayangkan wajah mama dan reaksinya jika dia menghadiri perkahwinan Snow dengan lelaki yang dia cintai. Pasti mama akan turut gembira dengan pilihannya. tetapi semua itu hanya tinggal khayalan sahaja.

Mama, Take care of yourself.

"With this tied, I promise that you will never walk alone" Albeit meneruskan kata-katanya.

Tatkala ini Snow membayangkan wajah rakan-rakan dan segala kenangan bersama mereka. Ahli kelab netball Whisper Hollow Academy. Guys, Terima kasih untuk semua memori sepanjang kita bersama.

"And know you shall seal the tied" Akhiri Albeit.

Luther Fang tersenyum sinis sebelum maju ke hadapan untuk menoktahkan upacara perkahwinan mereka. Setitis air mata Snow berlinangan di pipi. Snow membayangkan wajah Ice.

Ice, I love you.

"Ahhhhh!" Snow menjerit apabila secara tiba-tiba Luther Fang menolak tubuhnya ke belakang.
dia yang tidak menyangka perbuatan lelaki itu hampir-hampir mencium lantai pelantar perkahwinan.

Cahaya biru yang merentasi antara dia dengan Luther Fang tadi hampir-hampir mengenai Albeit. Luther Fang mendengus marah. Dia sudah sangat hampir untuk mendapatkan kuasa Snow tadi.

"I object this wedding!" Laung Ice.

Snow tergamam mendengar teriakan Ice. Tunggu, dia tak mimpikan?

"Albeit! Take care of her" Arah Luther Fang.

Albeit mengangguk sebelum memegang kedua lengan Snow untuk bangun. Luther Fang menuruni tangga pelantar perkahwinan dan berjalan ke arah Ice. Dua ekor Manticore yang berada di bawah mengaum ke arah Ice dan lima orang individu yang tidak Snow kenali.

"Luther Fang," Desis Ice.

Kalau dia terlewat tadi, Pasti Snow sudah menjadi milik Luther Fang. Malah bukan Snow sahaja, Tetapi dunia Magis juga. Peristiwa Luther fang yang hampir-hampir mencium bibir Snow membuatkan darahnya mendidih.

Ya, Pastilah dia akan membunuh lelaki itu dengan tangannya.

Luther Fang merenung enam magician yang berdiri di hadapannya. Dia mengiringkan kepala ke kiri apabila terlihat Martin.

"Ah, Akhirnya aku dapat lihat juga magician yang sama macam aku. Dark Magic" Luther Fang menghalakan pandangan ke arah Martin.

"Huh, Aku langsung tak sama dengan seseorang yang mencemarkan nama baik negara Elder Magic" Martin meludah lantai.

"Give up, Luther Fang. Serahkan diri kau dan biar The Ancient One membuat penghakiman" Ujar Samila.

Luther Fang merenung Samila. Gray bertindak melindungi gadis itu dengan berdiri di hadapan Samila. Luther Fang, Bukan sahaja gila kuasa. Tetapi juga gila perempuan.

"Six magician come to the rescue. Korang jangan buat lawaklah" Luther fang ketawa.

Dua ekor Manticore yang berdiri di kaki Luther Fang mengaum seolah-olah turut mentertawakan mereka.

"Enam magician sebelum ni berjaya mengikat kau. Kenapa pula kali ni kami takkan berjaya?" Ujar Troy.

"Okay. Then lets dance"Luther Fang mengepal tangan kanan. Asap hitam keluar dari kedua tangannya.

Dua ekor Manticore berlari laju sebelum menerpa ke arah mereka berenam. mereka berpecah kepada dua kumpulan. Samila, Troy dan Gray bersembunyi di satu sudut sementara mencari peluang untuk membuat serangan. Manakala Ice, Martin dan Rain berlari ke arah kanan.

"Watch for it tails." Pesan Shadow Knight sebelum berlari menuju ke arah Albeit. Dia mahu bersemuka dengan bekas rakannya itu.

Mereka memasang Shield masing-masing. Seperti yang telah mereka ketahui, Manticore akan menyerang musuh dengan mnggunakan ekornya yang berbentuk kala jengking terlebih dahulu. Manticore hanya akan terbang ke udara jika makhluk itu dikepung.

Dentuman kuat merobohkan benteng dan dinding batu yang menjadi tempat perlindungan mereka. kedua-dua ekor Manticore tersebut langsung tidak memberi peluang untuk mereka membuat serangan.

"This is bad" Geleng Rain.

"Kau rasa? Aku akan hapuskan Luther Fang. Cuma itu sahaja caranya untuk hapuskan semua tentera-tentera dia." Kata Martin.

Ice menyimpan kembali shield miliknya. Dia memegang bilah pedangnya dengan kedua belah tangan.

"Ice Blizzard!" Ice menghantar ribut salji ke arah Manticore yang menyerang mereka.

Ribut salji muncul dari arah bertentangan, Menyebabkan Manticore yang cuba menyerang Ice dan kumpulannya hampir terpelanting ke belakang. Martin dan Rain tergamam melihat biji mata Ice yang sudah bertukar biru gelap.

"Dia perlukan bantuan kita"Ujar Rain.

Martin meletakkan jari telunjuk dan jari tengah ke hadapan."Pure Darkness"

Tatu berbentuk spiral di leher Martin mengeluarkan cahaya merah. Dari bahagian atas kepala Martin muncul satu bulatan bewarna hitam. Dengan tidak semena-mena mata Manticore yang menyerang mereka menjadi gelap.

Manticore tersebut yang panik membuka sayapnya. Kepaknya dikembangkan sebelum meluncur dan meredah dinding yang menjadi kubu Luther Fang. kesemua mereka hilang pertimbangan apabila lantai bergegar akibat rempuhan Manticore yang menjadi buta.

Rain menghasilkan Taufan. "Wind Blizzard"

Manticore yang sedang terbang di udara itu hilang kawalan. Ice membekukan Ice Blizzard yang dihasilkan tadi supaya membentuk batuan ais yang tajam.

Shakk!

Manticore tadi melayang dengan laju ke atas sebuah batuan ais yang tajam. tubuhnya terpacak pada batuan ais beserta darah merah yang pekat mengalir dengan laju ke atas tanah.

Sementara itu, Snow yang melihat pertempuran itu berusaha untuk melepaskan diri daripada pegangan Albeit. Lelaki berwajah pelik ini sedaya upaya menyeret Snow ke tempat lain.

"Arghhhh!" Snow menjerit nyaring.

Akibat rontaannya itu, Tanpa sengaja lengannya terkena kuku panjang Albeit. Cengkaman itu menyebabkan lengan Snow yang terdedah terhiris membentuk tiga garisan lurus.

Snow mengepal penumbuk sebelum melayangkannya ke pipi Albeit. Dengan sekali tumbukan Albeit melepaskan lengan Snow.  Albeit memegang pipinya yang terasa perit. Snow dipandang olehnya dengan renungan maut.

“Aku akan tetap hentikan Luther Fang. Walau apapun risikonya”Kata Snow.

Snow memegang rantai leher yang dipakainya. Perlahan-lahan rantai tersebut mencair sebelum bergabung dengan subang yang dipakai oleh Snow lalu membentuk sebuah pisau. Mata Albeit berubah merah.

“Kau nak bunuh aku?” Seringai Albeit sambil berjalan perlahan-lahan ke arah Snow. “Kau takkan mampu bunuh aku, Woman. Kau tidak dilatih untuk pertempuran”

“Kau betul. Aku tidak pernah bertempur. Tapi, tak bermakna aku akan biarkan dunia magis berada di tangan Luther Fang. Walau bersabung nyawa sekalipun, aku tetap akan hentikan Luther Fang”

“ Then death it be” Albeit berlari laju ke arah Snow.

Dengan hanya berbekalkan pisau sederhana besar di tangan, Snow turut meluru ke arah Albeit. Albeit cuba mencakar leher Snow dengan menggunakan kukunya yang tajam. Snow menggunakan pisau di tangannya untuk mempertahankan diri.

Serangan yang dilakukan Albeit berterusan dikalahkan oleh Snow. Albeit kemudiannya menyepak perut Snow menyebabkan dia hilang pertimbangan. Albeit kemudiannya mengambil kesempatan itu dengan mengait kaki Snow dengan ekornya. Snow lantas terbaring di atas lantai. Pisau yang dipegangnya terpelanting jauh.

Pak!

Kuku Albeit yang hampir mengenai wajah Snow dihalang oleh sebuah batu kecil. Albeit melihat ke hadapan. Wajahnya berubah geram tatkala melihat tiga ekor gnome yang memegang senjata di tangan.

“Siapa yang baling batu tadi?” Tanya Albeit sambil menderam marah.

Snow yang masih kebingungan dengan kehadiran gnome tersebut menggunakan sikunya untuk menjauhi Albeit. Berkerut dahi Snow melihat ketiga-tiga gnome tersebut. Bukankah mereka sepatutnya sudah pergi jauh dari sini?

Pertanyaan Snow terjawab apabila Angel, Priya dan Mirna muncul di belakang ketiga-tiga gnome tersebut. Mereka bertiga memandangnya tanpa perasaan bersalah. Snow menarik nafas dalam-dalam.

“Sorry Snow. Whisperian takkan pernah lari dari pertarungan. “Ujar Priya.

“Live together, or die together” Kata Mirna.

“Never left a family behind” Sambung Angel.

Suara ketawa Albeit yang sengaja dibuat-buat menarik perhatian mereka. Snow bangun sambil memegang perutnya yang senak. Dia bersandar di dinding batu sambil turut merenung ke arah Albeit. 

“Korang semua budak-budak hingusan. Tapi akan menjadi penghormatan untuk aku hapuskan kamu semua. “Albeit mendepakan kedua belah tangan.

Bunyi tikus dalam jumlah yang banyak menerpa ke gegendang telinga sebelum muncul ratusan tikus bersaiz kucing dewasa dengan mata merah.

“Oh boy,” Angel menggeliat kegelian.

“Ada kata-kata terakhir sebelum kawan-kawan aku siat daging kamu?” Tanya Albeit.

“Ada. Kau tak patut cari pasal dengan golongan gnome. “Mirna menjungkit bahu.

Mata Albeit membesar melihat kerumunan gnome yang muncul dari belakang Mirna. Mereka terdiri daripada hamba-hamba yang dipaksa untuk bekerja di bawah arahan Luther Fang. Di tangan ratusan gnome tersebut terdapat pelbagai peralatan berbentuk tajam.

"Berguraukah?" Albeit mengejek.

“Vel Karsh! ( Ruin Them )” Jeritan gnome berkumandng di udara sebelum mereka maju ke hadapan untuk bertempur dengan tikus-tikus yang dipanggil oleh Albeit.

Angel, Mirna dan Priya menyerang Albeit dan membiarkan golongan gnome untuk membanteras tentera tikus Albeit. Snow berjalan perlahan-lahan sebelum mengutip kembali pisaunya yang terpelanting di satu sudut.

Dia sedar mereka hanya boleh melengahkan masa. Namun kemenangan ebenar hanya akan tercapai dengan kematian Luther Fang. Snow melirik ke arah rakan-rakannya yang sedang berjuang melawan Albeit. Dia harus bertindak dengan segera demi keamanan dunia magis dan orang-orang yang disayanginya.

Dalam kesakitan, Snow mengorak langkah untuk kembali ke medan pertempuran antara Luther Fang dan kumpulan magician yang lain. Mata Snow menangkap Ice yang sedang bertarung dengan Luther Fang. Snow melihat pisau yang berada di dalam genggaman.

Dia sudah bersedia!

Priya, Angel dan Mirna sedaya upaya menyerang Albeit. Namun pergerakan lelaki itu sangat licin seperti belut.

"Casper, Now!" Jerit Mirna.

Albeit secara tiba-tiba melayang di udara. Namun, Dia melayangkan ekornya yang boleh berubah kepanjangan untuk menangkap pinggang Mirna. Dalam sekelip mata tubuh Mirna terpelanting ke dinding.

"Mirna!" Jerit Angel.

Angel menggunakan busur yang dihasilkan daripada fairy dust sebelum melancarkan serangan anak panah bercahaya. Albeit ketawa besar sebelum mengelak serangan tersebut . Dengan menggunakan kukunya yang tajam dia memegang dan terpacak di dinding.

Priya meluru ke arah Albeit. Dia melayangkan kaki ke wajah Albeit. Albeit menangkap kaki Priya. Pantas Priya menggunakan teknik pusaran angin untuk menolak Albeit sebelum lelaki itu sempat mencakar kulitnya.

Albeit terdorong ke belakang. Namun sekali lagi dia menggunakan kukunya dan mencengkam lantai untuk menahan diri daripada terhempas.

"Feisty." Ejek Albeit.

Priya meluru sekali lagi. Albeit memanjangkan ekornya dan menjerut leher Priya.

"Priya!" Angel yang memegang Mirna meletakkan rakannya ke lantai. Dia mahu membantu Priya namun secara tiba-tiba tiga ekor tikus belaan Albeit muncul. Dia terperangkap sama ada mahu melindungi Mirna yang sudah pengsan atau membantu Priya.

Priya tercungap-cungap akibat sesak nafas. Paru-parunya seperti terbakar akibat kekurangan oksigen.

Slash!

"Arghhh!" Albeit menjerit kesakitan.

Dia memegang ekornya terputus. bulat matanya melihat darah yang mengalir pada hujung ekornya yang sudah menjadi ketot.

"Really Albeit? Tak sangka kau sanggup nak bunuh gadis yang cantik ni. Next time, Carilah lawan yang sama saiz." Shadow Knight membantu Priya melepaskan diri dari ekor Albeit yang masih menjerut lehernya.

Shadow knight memotong ekor Albeit sebelum mebalingnya jauh ke satu sudut. Namun ekor Albeit masih juga bergerak-gerak seperti ular kena palu. Priya memegang lehernya yang sakit.

"Go, Brave girl" Kata Shadow Knight tanpa melihat Priya.

Priya yang terpana semakin berdebar melihat kehadiran Shadow Knight. Pun begitu cepat-cepat dia bangun dan membantu gnome serta rakan-rakan yang lain untuk menghapuskan tikus belaan Albeit. Entah mengapa tikus-tikus ini tidak berkurangan jumlahnya.

"Shadow knight...!" Mata Albeit bertukar hitam.

Albeit menjatuhkan badan ke lantai dalam keadaan merangkak. Dia menjerit nyaring, Sehingga air liur mengalir keluar dari mulutnya. Pakaian yang dipakai Albeit koyak rabak apabila tubuhnya membesar. Jelas kelihatan otot gergasi bewarna hijau dan biru di tubuh Albeit.

"Seriously?" Shadow Knight mengelap peluh sebelum membuat shield.







No comments:

Post a Comment

Mirna 9

"Here is the plan. Untuk mengaburkan mata orang ramai di sini, saya akan jadi ayah awak berdua. Kita datang ke sini untuk bercuti selep...