Saturday 24 February 2018

Wicked Love 16

"Untuk mengelakkan kekeliruan, Mari kita mulakan dengan asal-usul keturunan awak. Snow, Awak adalah pewaris kepada Master, Individu yang telah mengasaskan Whisper Hollow Academy. Dan dia juga digelar The Seventh Magician" Kata Whisper dengan penuh dramatik.

Aku ketawa mengekek membuatkan Whisper terkejut.

"Maaf, Saya rasa awak tersilap orang. Saya cuma gadis biasa. Saya bukan pewaris magician ketujuh"

"Berapa orang animist yang awak pernah jumpa di dunia magis ni?" Pertanyaan Whisper menyebabkan aku terdiam.

Whisper terus menyambung.

"Saya pernah jumpa seorang. Dan orang itu sedang duduk di hadapan saya."

"Aku tak faham apa kau cakap"

"Awak tak boleh sembunyi daripada saya, Snow. Awak ingat Luther Fang nak cari saya kalau saya tak tahu pasal awak?"

Aku merangkak ke arah jeriji besi. Tidak mampu untuk bangun kerana keadaan sejuk di dalam bilik ini seolahnya telah membekukan tulang aku.

"Aku cuma bertuah kerana dianugerahkan kuasa ni. That's all."

"Kuasa itu diwarisi, Snow. Bukan dianugerahkan. Sebab itu animist merupakan kuasa yang rare. Dan minat awak yang mendalam tentang magical creatures juga disebabkan oleh darah Seventh Magician yang mengalir dalam diri awak"

Hujah whisper sukar untuk dipatahkan. Tetapi aku masih tidak percaya. Kalau betul, Kenapa mama tidak pernah beritahu aku?

"Aku tak percaya"

"Would you believe kalau Madam Eloisa yang terangkan hal ini?"

Aku terdiam sekali lagi. Wajah serius Whisper menunjukkan dia tidak main-main di dalam hal ini.

"Tapi Kenapa Luther Fang nak cari aku?"

"I wish you can see the picture of the seventh magician."

"Picture? Mana ada rekod tentang magician ketujuh...unless, rekod tu sebenarnya disembunyikan" Aku tergamam dengan ayat sendiri.

Whisper mengangguk. "Awak patut tanya Madam Eloisa, Snow."

Mama sembunyikan rekod tentang Master? Kepalaku berpusing mengingatkan semula saat-saat sebelum mama memegang jawatan pengetua di Whisper Hollow Academy.

Sejak aku kecil, Mama berusaha keras untuk mendapatkan jawatan itu menyebabkan hubungan kami anak beranak kian terpisah.

Dan jurang perpisahan itu menyebabkan aku mengambil keputusan untuk lari dari rumah.

Pelarian itu membawa aku sehingga ke Goldcrest yang menjadi tempat pertemuan antara aku dengan Ice.

"Apa awak tahu pasal Madam Eloisa?"

"Selain dia ibu kandung awak? Dia adalah the keeper, Satu pertubuhan yang menyimpan rahsia mengenai fakta berkaitan magician ketujuh"

Terasa sesak nafasku mendengar cerita Whisper.

"Wait a minute. Bukan ke magician ketujuh dengan enam magician lain terbunuh masa melawan Dark Master?"

"Siapa cakap?" Tanya Whisper.

"Err, Pensyarah. Dan buku sejarah."

"Sebab itu kita ada The Keeper. Awak nak tahu kebenaran? Tanya pada orang yang benar."

Whisper sekali lagi mematahkan hujahku. Siapa sebenarnya dia ni?

"Tanya mama? Tapi tiada siapa pun boleh masuk ke sini"

" Then awaklah yang keluar"

"Buat apa nak lari. Saya tak salah" Ujarku penuh keyakinan.

"Dan awak ingat orang ramai akan percayakan awak bulat-bulat tanpa sebarang bukti?"

Aku menundukkan kepala. Aku tidak kisah kalau satu dunia tidak percaya bahawa aku bersalah. Tapi apabila Ice sendiri tidak mempercayai aku, Sungguh sakit sekali yang kurasakan.

Malah lebih perit tatkala terpaksa berpisah dengannya.

"Mungkin dah takdir aku begini"

"Awak rasa dengan mati akan selesaikan masalah? Bagaimana dengan masa depan dunia magis? Mama awak? Ice?"

Mendengarkan nama Ice aku kembali berdebar.

"Julie..."

"Is an ass. Aku tahu perempuan tu ada sesuatu yang di sembunyikan."

Aku memegang jeriji besi dengan kedua belah tangan. Nampaknya tuah masih menyebelahi diriku.

"Awak tahu sesuatu pasal Julie?" Tanyaku.

"Belum lagi, Kenapa? Awak ada sesuatu untuk beritahu saya?"

Aku menceritakan kejadian semalam kepada Whisper. Sebaik habis, Whisper menderam marah.

"I knew it. Patutlah Ice jadi pelik macam orang bodoh!"

"What is it?"

"Dia bukan Julie. Tapi Encantado!"

Encantado? Makhluk yang akan menggunakan charmed untuk menggoda lelaki dan kemudiannya menculik mereka ke sebuah tempat bernama Encante.

"Tapi, Macam mana?"

"Tiada yang mustahil bagi Luther Fang. Kalau awak boleh panggil magical creature yang orang anggap dah pupus, Takkan Luther Fang tak boleh control Encantado"

Aku ternganga luas. Agak kagum sebenar dengan pengetahuan Whisper.

"Awak tahu pasal keupayaan saya untuk panggil magical creatures juga?"

"Saya tahu banyak perkara. So, Sekarang awak masih nak berada di sini merintih pilu atau awak nak selamatkan Ice dari cengkaman Encantado?"

Aku menggenggam kemas jeriji besi. Aku tak tinggalkan Ice supaya dia bersama dengan makhluk seperti Encantado. Aku nak dia ada kehidupan yang lebih baik.

Ice, Why are you so fool!

"So?"

Aku melihat jemariku yang berada pada jeriji besi.

Fokus.

Besi panjang yang mengurung aku membengkok, Membuatkan sebuah lubang yang cukup untuk aku keluar.

Aku merangkak keluar sambil mengeluh kelegaan. Akhirnya bebas daripada kesejukan yang menghimpit ke tulang.

Entah kenapalah aku tidak keluar dari tadi?

"What now?"

Whisper bergerak ke satu arah. Meskioun sukar aku usahakan juga untuk mengekori langkahnya sehingga ke sebuah tangga berpusing yang muat untuk dua manusia berjalan beriringan.

"Mana kita ni?"

"Ice kurung awak di menara kawalan. Jadi kita kena cari tempat rahsia untuk sembunyikan awak."

"Menara kawalan? Saya ingatkan penjara bawah tanah."

Whisper menghentikan langkah. Dia mendongak, Memandang aku dengan senyuman yang cuba disembunyikan.

"Mungkin sebab jauh di sudut hati Ice, Dia tidak sanggup melihat gadis kesayangannya merana"

"Aa..apa awak cakap ni? Ice bencikan saya"

"Sebab charmed Encantado. Believe me when I said he still love you"

Aku terasa pipiku panas dan berdebar kerana Whisper tahu tentang aku dan Ice.

"Awak tahu pasal kami?"

"Oh, Saya harap awak berdua akan kembali bersama" Whisper meneruskan perjalanan kami menuruni tangga.

"Tapi Ice dari Royal Family. Mereka tak boleh bersatu dengan orang kebanyakan atau mereka akan mati. It is a Wicked Love."

"Bukan ke saya cakap awak dari keturunan Magician ketujuh?"

Aku mengangguk juga walaupun sebenarnya rasa ragu masih ada.

"So?"

"Awak rasa siapa pasangan Magician ketujuh?"

"Prince Rider of course"

"Jadi secara tak langsung awak juga daripada Royal Family. Isn't it?"

Kakiku terasa digam ke lantai. "Eh?!"

***

"I demand to see her!"
Marah Madam Eloisa.

Ice yang berdiri di belakang meja kerjanya itu mencekak pinggang. Sudah dua hari berturut-turut Madam Eloisa meminta untuk bertemu dengan Snow.

"This is my territory Madam Eloisa. Setiap patah perkataan yang keluar daripada mulut saya adalah satu arahan. Snow telah menyerang bakal isteri saya. Rasanya saya tak perlu terangkan betapa berat hukuman cubaan membunuh Royal Family!"

"Tak perlu nak ingatkan saya Mr. Presiden. Tapi awak juga perlu ingat yang awak tidak berhak tahan Snow tanpa memberi peluang untuk dia membela diri!"

Ice kembali duduk di kerusi kulitnya dengan gaya megah.

"Ada saksi mengatakan Snow menyerang Julie dan cuba membunuh dia. Kalau bukan disebabkan mereka, Pasti Julie sudah berada di dalam bilik mayat sekarang ini. Keterangan mereka sudah cukup untuk saya menahan dan mendakwa Snow"

Madam Eloisa mengepal penumbuk. Kalau bukan kerana statusnya sebagai Pengetua Whisper Hollow, Mahu sahaja dia menerkam dan mengorek biji mata Ice. Malah wajah bongkak yang dipasang Ice juga ingin dicarik-carik oleh Madam Eloisa.

Wajah sombong yang terpamer di muka Ice membuatkan Madam Eloisa keliru. Adakah begini watak Ice yang sebenarnya?

"Saya cuma mahu bertemu dengan dia" Ujar Madam Eloisa.

Ice mengangkat bahu. "Awak Boleh bertemu dengannya di Royal court nanti. Sekarang, Awak dipersilakan keluar. Saya Ada kerja untuk dibuat. Damian!"

Damian yang berdiri di satu sudut menghampiri Madam Eloisa.

"Madam, Please."

"Kalau awak berani sentuh Snow, Saya sumpah atas nama dunia magic yang saya akan hapuskan awak dengan tangan saya sendiri" Madam Eloisa memberi amaran sebelum membuka langkah laju meninggalkan pejabat Ice.

Damian mengerling sekilas ke arah Ice yang tidak berperasaan sebelum mengikut Madam Eloisa.

"Madam!" Panggil Damian setelah mereka agak jauh dari pejabat Ice.

"What you want?!" Madam Eloisa mencerlung ke arah Damian.

Damian mengangkat kedua tangan. Perlahan-lahan dia menghampiri Madam Eloisa.

"Saya percaya Snow takkan cederakan Julie."

"Oh, Really?!" Madam Eloisa menjuih bibir. Titisan jernih mengalir keluar dari kelopak matanya.

Damian tidak terasa hati dengan sikap Madam Eloisa. Dia seorang ibu yang risau tentang keselamatan anaknya.

"Saya tak tipu." Kata Damian.

"Oh, Gosh," Madam Eloisa memegang dadanya.

Damian menghampiri Madam Eloisa dan membantu wanita itu duduk di sebuah kerusi.

Damian duduk di sebelah Madam Eloisa sambil mengusap belakang wanita itu.

"Oh, Damian. Awak tak kenal Snow. Dia takkan buat benda-benda seperti INI."

"Madam, Saya percayakan Snow. Tapi saya tak tahu apa yang berlaku dengan tuan saya. Dia semakin pelik sejak akhir-akhir ini."

"Boleh awak bantu saya? Snow, Saya kena jumpa dengan dia." Rayu Madam Eloisa.

Damian melirik ke kiri dan kanan. Dia risau andai ada insan-insan yang sedang mendengar. Lagipun bak kata Whisper, Pengikut Luther Fang boleh berada di mana sahaja.

"Madam, Saya janji akan bantu Snow."

Madam Eloisa mengangguk lega. "Terima kasih anak muda. Terima kasih sangat-sangat"

***

Dentingan amaran membuatkan aku terkejut.

"Apa tu? Serangan Luther Fang lagi?"

"Relax" Kata Whisper yang terbongkang di atas katil bersaiz queen." Kawan saya sedang ambil baju awak di bilik. Nanti awak tukar baju."

Pembantu Whisper, Charlotte meletakkan sebuah mug berisi air teh kepadaku.
Aku memandang pelik ke arahnya yang tersengih.

"Takkan kita nak tunggu?"

Whisper menguap. "Keep quite and just drink your green tea. Sekarang ni mesti mereka dah sedar yang awak dah hilang. Dan kemudian mereka akan membuat pencarian."

"Jadi kenapa kita nak sembunyi di sini?" Soalku.

Whisper mengubah pembaringanya. Dia bersandar pada bantal sambil merenung ke arahku.

"Encantado tak boleh duduk di darat dalam jangka waktu yang lama. Dia akan kembali semula ke dalam air untuk bernafas. Tetapi dengan kehilangan awak, Dia akan dikawal rapi oleh pengawal sehingga menyukarkan dia untuk kembali ke dalam air" Terang Whisper dengan panjang lebar.

"Oh. Tapi bila kita nak tangkap dia?"

"Oh no, Adakah aku yang perlu fikirkan semua idea? Wait, Akukan cerdik." Whisper ketawa selepas memuji diri sendiri.

"Whisper"

"Okay, Geez. Nanti dia pasti tidak betah untuk duduk di darat dan dia akan cuba untuk kembali ke tempat asalnya, Encante. Waktu itu, Baru kita tangkap dia. Entender?"

Aku menganggukkan kepala tanda mengerti.

"Apa tu Entender?"

Whisper mengetuk kepala dengan kaki kanannya. "Its means understand"

"Oh. By the way, Macam mana kita nak sedarkan Ice dari charmed Encantado?"

Whisper tersengih lebar.

Kenapa aku rasa sesuatu yang wicked dalam senyuman dia?

***

Priya menyarung sweater biru ke tubuh. Dia baru sahaja bersedia untuk masuk tidur ketika mendengar bunyi dentingan amaran.

Dengan berpakaian pajama gambar kucing itu dia meluru keluar dari bilik. Kekecohan yang berlaku di luar adalah sama seperti yang disaksikannya ketika serangan Luther Fang dulu.


Terus sahaja dia berlari menuju ke bangunan utama. Ketika melalui sebuah selekoh...

Bump!

"Ouch!" Priya jatuh terduduk selepas melanggar sesuatu yang keras.

"Miss, Sorry. Awak tak apa-apa ke?"

Priya membuka mata, Merenung insan yang dilanggarnya tadi.

"Sorry..."

Priya tidak dapat menghabiskan kata-kata. Secara tiba-tiba sahaja dunianya menjadi sunyi sepi. Suara jeritan yang membingitkan telinga diganti dengan alunan muzik sentimental.

Bintang-bintang yang bersinar di wajah lelaki itu menyebabkan Priya mengerdipkan matanya berulang kali. Terasa tidak puas melihat wajah tampan di hadapannya ini.

"Priya!"

Suara Mirna dan Eva mengejutkan dirinya daripada dunia fantasi. Laju sahaja Mirna dan Eva mendapatkan Priya yang terduduk di lantai.

Mereka berdua terpaksa bersesak, Melawan arus orang ramai yang berpusu ingin keluar dari koridor sempit ini.

"Hei, Nasib baik jumpa kau. Jom!" Ajak Eva. Dia memegang tangan kiri Priya manakala Mirna di sebelah kanan.

"Jangan terlepas. Stick together" Kata Mirna lantas mereka berdua menarik Priya agar segera beredar.

Priya menoleh ke belakang, Mencari lelaki yang dilanggarnya tadi. Namun kelibat lelaki tersebut tidak lagi kelihatan.


          Shadow Knight menyerahkan beg berisi pakaian kepadaku. Selepas mengucapkan terima kasih, Aku segera ke bilik air untuk menyalin baju.

Aku sempat melihat Shadow Knight duduk di sofa sambil menepuk dadanya sebelum menutup pintu.

"Kau okay?" Aku terdengar suara Whisper menyoal Shadow Knight.

"Ada budak perempuan terlanggar dada aku masa nak pergi bilik Snow tadi. Gila sakit. Kepala jenama apalah yang dia pakai."

"Ohhh..."

"APA?!" Sergah Shadow Knight diikuti dengan suara tawa Whisper.

"Manalah tahu. Entah-entah girl tu dah cop hati kau dengan kepala dia" Whisper ketawa mengekek.

Tanpa sedar aku juga turut ketawa di dalam bilik air ini. Whisper, Ada sahaja idea kotornya di dalam kepala.

Tetapi tawaku mati tatkala melihat pakaian dalamku yang turut dimasukkan oleh Shadow Knight.

Pipiku terasa panas. Tak sangka pula benda-benda kecil inipun dia kutip. Namun aku lega juga kerana dapat menyalin baju yang bersih.

Ketika aku melangkah keluar, Shadow Knight sedang membaling bantal berbentuk hati ke arah Whisper.

Whisper mengelak dengan melompat ke atas meja sisi. Khusyuk menyalin pakaian menyebabkan aku terlepas topik yang menjadi pergaduhan mereka.

"Saya tak tahu awak berdua saling kenal?" Tanyaku.

"Let's say, Kami ada guru yang sama." Beritahu Shadow Knight.

"Sebab tu saya tahu banyak rahsia tentang dia" Whisper membelai misainya.

"Diamlah, Pendek!"

Whisper menoleh ke arah pintu masuk. Aku dan Shadow Knight melihat ke arahnya dengan cuak.

Belum sempat untuk menyuarakan soalan, Pintu bilik dibuka dan terjegul wajah Damian.

"Damian?!" Kataku.

"Ross?!" Damian menoleh ke arah Shadow Knight.

"Whisper here," Whisper mengangkat tangan.

***






No comments:

Post a Comment

Mirna 9

"Here is the plan. Untuk mengaburkan mata orang ramai di sini, saya akan jadi ayah awak berdua. Kita datang ke sini untuk bercuti selep...