Wednesday 4 April 2018

Angel Extra

"Hensemnya Hans!" Jerit Angel.

"Sayang, Saya kat sini," Damian memeluk tubuh.

Angel yang sedang bersila di atas sofa mencuit pipi Damian.

"Ala, Awak jealous ke? Saya minat Hans sebagai peminat sajalah,"

Damian masih menjuihkan bibir. Matanya tajam menikan Hans, Penyanyi dari kumpulan IQ yang sedang membuat persembahan.

Sejak beberapa bulan ini nama kumpulan IQ yang terdiri daripada lima orang remaja kacak itu menjadi perhatian ramai.

Termasuklah Angel. Benci!

"Awak sayang siapa? Saya ke Hans?" Tanya Damian dengan nada cemburu.

Angel mengetuk dagu. " Hurm, Let's see"

"Angel!" Damian menggeletek pinggang Angel.

"Stop, Fine. Ya, Saya sayang awaklah"Kata Angel dalam ketawa.

Damian menarik perlahan rambut Angel yang diikat tocang. Angel mengaduh manja sebelum melentokkan kepala ke bahu Damian.

"Awak happy tak dengan saya?" Tanya Damian tiba-tiba.

Angel meletakkan dagu di lengan Damian sambil mendongak, Memandang lelaki itu.

"Soalan apa ni? Mestilah saya happy. Thank you sebab hadir dalam diri saya" Ujar Angel.

"No, Thank you sebab terima saya" Damian membelai anak rambut Angel.

Angel tersenyum comel. Senyuman yang hanya diberikan kepada orang tersayang. Namun Damian hairan apabila Angel tiba-tiba mengeluh.

"Sayang, Kenapa?" Tanya Damian risau.

"Nothing. Saya cuma teringat tentang Snow. Kalau dia masih hidup, Entah apalah yang dia akan cakap tentang kita"

Damian menggenggam tangan Angel.
"Awak masih ingat masa Ice kena charmed Encantado dulu?"

Angel mengangguk" Ya. Saya dengan rakan-rakan kena tahan"

"Saya rasa Snow akan bagi kata dua pada saya. Macam awak semua marahkan pengawal-pengawal yang berjaga tu," Komen Damian.

Angel langsung ketawa mengekek. Dia masih ingat saat dia dan rakan-rakan 'membasuh' pengawal Iceland yang berjaga.

"Hey, Snow bukan macam tu. Dia baik sikit daripada kami. And kind of mystery," Kata Angel dengan nada perlahan.

"Tapi dia masih bestfriend awak"Ujar Damian.

Angel mengangguk. " Sayang, Saya nak satu soalan. Dah lama saya nak tanya soalan ni sebenarnya,"

"Hurm, Apa?"

"Actually kenapa bos awak, Ice tu nampak semacam dengan Snow?"

Damian kaku manakala Angel merenungnya dengan wajah penuh mengharap.

"Okay, I will tell you. But, This is our secret" Damian meminta Angel berjanji.

"Ouh, Macam rahsia yang saya ni Guardian Angel?"

"Yes," Damian menunjukkan wajah serius.

"Okay, I promise" Angel membuat peace dengan muka comel.

Damian mencubit pipi Angel dahulu sebelum memulakan cerita. Geram dengan tingkah Angel yang suka membuat muka minta kena cium.

"Snow dengan Ice, Mereka pernah bercinta"Kata Damian.

Dia memunggu reaksi gadis kesayangannya ini. Lima saat kemudian baru terdengar suara jeritan Angel.

"What? Really?!"

"Saya tak tipu."

"But, How?"

Damian memgukir senyuman nipis. Dia melihat jam yang sudah menginjak tengah malam.

"Tadi kata satu soalan sahaja, Kan? Dah saya nak balik. See you tomorrow" Kata Damian dan berura untuk pergi.

Angel menonongnya dari belakang, Masih berusaha untuk memgetahui dengan lebih lanjut.

Damian ketawa dengan rungutan Angel yang memintanya untuk meneruskan percintaan.

Kring!

Loceng rumah Angel berbunyi ketika tangan Damian memegang tombol pintu. Angel dan Damian berpandangan sesama sendiri.

"Awak ada tunggu orang ke?"

"Taklah." Geleng Angel.

Damian menarik tangan Angel, Meminta gadis itu bersembunyi di belakangnya.

Kring!

Sekali lagi loceng dibunyikan. Kali ini lebih panjang dan lebih kerap.

"I got it. Siapa tu?!" Jerit Angel.

Tidak tahan mendengar bunyi bingit loceng. Esok dia akan minta loceng rumahnya ditukarkan.

"Angel, Aku ni." Suara prang di luar kedengaran resah.

Angel membulatkan mata. "Priya?"



Mereka bertiga duduk di ruang tamu sambil mendengar kisah ringkas Priya. Kedatangannya yang tidak terduga dikejutkan lagi dengan berita yang disampaikan olehnya.

"Biar betul kau ni, Priya" Angel tidak percaya Mirna boleh menjadi begini.

"I swear. Aku tak tahu mana nak cari dia lagi dah. Dan aku rasa bersalah sangat. Aku tak patut biarkan dia sendiri" Priya meluahkan kekesalan.

"Dah berapa lama dia jadi begitu?" Sampuk Damian. Tidak mahu sekadar menjadi pendengar yang setia.

"Lepas Snow meninggal dulu, Dia dah pernah jadi sekali. Tapi kami rasa sebab dia masih trauma. Lepas tu dia dah okay sampai beberapa bulan yang lepas." Jelas Priya.

Angel mengangguk. Dia masih ingat saat mereka dalam tempoh berkabung atas kematian Snow.

"Aku ingat juga. Satu malam tu, Aku terbangun dari tidur. Dan lepas tu aku nampak Mirna cakap sorang-sorang tepi tingkap. Tapi, Aku takut nak dekat. Kau pun tahulah aku bukannya suka dengan Spirit" Angel memberitahu mereka.

"Then, What happen?" Tanya Damian.

Angel menarik nafas dan menghembus keluar sebuah keluhan berat.

"Saya panggil Eva untuk tengokkan Mirna. Masa Eva pergi, Mirna dah diam. Tapi, Mata dia tertutup. Kami rasa mungkin dia sleep walking." Kata Angel lambat-lambat. Seakan cuba mengingati peristiwa yang dah lama berlaku itu.

"Awak nampak sekali je ke Mirna jadi macam tu?" Tanya Damian.

Angel merenung Damian. Mata Angel membesar selepas beberapa ketika. Pantas kedua tangannya melekap ke mulut.

"Gosh, Tak. Banyak kali."

"Angel!" Marah Priya.

Dia sendiri tidak tahu akan hal ini kerana mereka tidak sebilik. Tapi, Dia tahu Mirna mengalami gangguan emosi yang lebih berbanding dengan dia dan Angel.

"Hey, Aku ingat dia sleep walking. Lagipun, Kita dah bawa dia jumpa healer, Kan? Dan healer kata Mirna depressed. Manalah aku tahu kalau dia nak jadi begini" Angel membela diri.

Sudahnya Priya dan Angel saling bermasam muka. Priya terasa hati kerana Angel merahsiakan perkara ini manakala Angel kecil hati kerana dipersalahkan.

Damian menarik nafas dalam-dalam. Minta nyawa apabila dia perlu berhadapan dengan dua orang wanita. Salah cakap nanti, Dia pula yang akan kena terjah.

"Girls, Kita nak tolong Mirna, Right? Bergaduh hanya akan mengeruhkan keadaan."

Priya dan Angel berpandangan sesama sendiri. "Sorry" Sahut mereka serentak.

Damian lega. "Okay, Angel. Ada apa-apa lagi tak yang awak nak share dengan kami?"

Angel memegang dagu, Memikirkan kembali memori-memori yang pernah berlaku semasa dia bersama Mirna.

"Maksud kau, After Snow meninggal?" Tanya Priya.

"Of course. Manalah tahu Mirna mungkin ada tinggalkan apa-apa petunjuk atau pesanan. Sebab kalau dia jadi begini, Pastinya disebabkan keadaan yang bermula pada masa lampau" Angguk Damian.

"Hah!" Jerit Angel.

"What is it?" Tanya Priya teruja.

"Its just, Selepas Snow meninggal bilik kami memang ada pelik sikit. Macam barang-barang dalam bilik kadang-kadang berubah tempat. Tapi, Kita dah nak graduate, Jadi aku fikir pastilah berselerak dengan barang-barang yang kami nak kemas"

"Maybe Spirit? Awak cakap Mirna berkawan dengan Spirit" Soal Damian.

"Correction. Dia mengawal mereka. Tapi, Spirit tu semua jenis tak kacau orang." Jelas Priya.

Anggel mengangguk setuju dengan kata-kata Priya. Disebabkan itulah dia boleh bertahan dengan Mirna. Sebab gadis itu memastikan tiada Spirit yang membuat kacau.

"Pernah satu malam, Aku rasa macam ada orang pegang tangan aku. Aku ingatkan Mirna atau Eva yang gerak bangun. Tapi bila buka mata, Mereka berdua tengah nyenyak tidur. Kalau difikirkan balik, Kenapa sentuhan tu rasa macam tangan Snow." Angel mengangkat kedua belah tangan.

"Mungkin sleep paralysis?" Tanya Priya.

"Atau Spirit Snow" Ujar Damian.

Priya dan Angel ternganga melihat Damian.

"Tapi, Spirit hanya akan tinggal kalau dia ada wish yang belum selesai"
Kata Angel.

"Berapa banyak awak tahu pasal Snow?" Tanya Damian.

"Sebelum serangan Luther Fang atau selepas serangan tu?" Soal Priya.

"Apa bezanya? Snow tetap misteri." Balas Angel.

"Itulah maksud saya. Kemungkinan ada lagi wish Snow yang belum selesai. Mungkin juga Wish dia ada kaitan dengan awak semua" Terang Damian.

"Kita kena cari Mirna."

Priya bangun dari sofa. Tindakan refleks kerana hatinya sudah tidak keruan mengenangkan Mirna.

"Tapi kita tak tahu ke mana dia pergi." Adu Angel.

Damian turut bangun dari sofa. Dia berjalan ke kabinet dapur sebelum kembali ke hadapan dengan membawa telefon bimbit.

"Kita perlukan bantuan" Ujar Damian.

Jari-Jemarinya ligat menekan skrin telefon bimbit.

"Sayang, Awak nak call siapa?" Angel pelik.

"Bantuanlah." Jawab Damian.

Telefon bimbit Damian mengeluarkan deringan untuk beberapa ketika. Angel dan Priya menanti dengan sabar. Damian meletakkan telefon bimbit di atas meja selepas membuka speaker. Dia kembali duduk di sebelah Angel.

Klik!

Panggilan Diterima.

"Yuhuu...Orang yang anda hubungi sedang dalam mood mengganas kerana tidurnya diganggu. You better have a good explanation for calling me, Damian" Desis suara di seberang.

Damian tersengih. Orang di seberang masih tidak berubah. Dan mungkin takkan berubah.

"Whisper, I need your help"

***

Yuna melihat pemandangan Ubban Falls yang jauh terbentang dari gunung Fiji. Desiran angin yang berlalu membuatkan rambutnya melayang-layang mengikut arah angin.

Yuna langsung tidak kisah jika rambutnya berselerak. Malah dia suka dengan tiupan angin yang menyejukkan tubuh.

Sekeping gambar dikeluarkan daripada begnya. Gambar yang sering menemaninya selepas individu di dalam gambar tersebut meninggalkannya.



"Hei, Nick. Saya berjaya tunaikan wish awak yang awak tak sempat buat tu. Baikkan saya?" Bisiknya sendiri.

"Yuna!" Panggil seorang rakannya dari jauh.

Rakannya membuat isyarat untuk turun. Mereka harus meneruskan perjalanan untuk turun ke stesen seterusnya sebelum malam. Atau mereka akan tersesat di gunug Fiji ini.

"Okay!" Jerit Yuna sambil menyimpan kembali gambar tadi ke dalam beg.

Ketika ingin melompat turun dari batu besar yang dipijaknya, Mata Yuna menangkap sehelai bulu putih bersih di atas tanah.

Dia membongkok, Mengambil bulu putih itu dengan tangan kanan. Sambil memegang bulu itu, Yuna menoleh ke satu arah. Bibirnya mengukir senyuman nipis.

Biarpun dia tidak nampak, Namun dia tahu lelaki itu sentiasa ada untuk melindungi dirinya.

Nick...





*Will be continued in Everlasting Love*


No comments:

Post a Comment

Mirna 9

"Here is the plan. Untuk mengaburkan mata orang ramai di sini, saya akan jadi ayah awak berdua. Kita datang ke sini untuk bercuti selep...