Saturday 24 February 2018

Wicked Love 17


Encantado semakin tidak betah untuk tinggal di Iceland. Dia menyumpah Snow di dalam hati. Tidak pula dia menyangka bahawa Snow akan dapat melepaskan diri.

Sudahlah begitu, Sekarang ini dia terperangkap di dalam bilik ini tanpa sebarang peluang untuk keluar bersendirian.

"Cis, Kau ingat kau dah menang?" Bisik Encantado pada dirinya sendiri.

"Julie," Ice memanggil Encantado yang duduk diam di atas katil.

Makanan tengah harinya masih belum diusik oleh Julie.
Ice duduk di sebelah Julie.

"Awak tak makan lagi?"

Encantado melirik sayur-sayuran yang berada di dalam piring. Tidak pula dia tahu bahawa insan bernama Julie ini hanya memakan sayur-sayuran.

"Err, Saya tak lalu nak makan."

"Awak fikirkan Snow?"

"Siapa yang tak fikir pasal dia kalau mereka di tempat saya."

Ice memegang tangan Julie. Diusap tangan Julie perlahan-lahan sebelum membawanya ke dalam genggaman.

"Saya janji kami akan cari dia sampai jumpa. Sekarang inipun semua kawan-kawan dia sudah dikumpulkan dalam satu tempat. Dia takkan terlepas."

Encantado menjuih bibir, Tidak percaya dengan kata-kata Ice.

"Awak cakap begitu. Tapi, Tengok. Saya hampir-hampir dibunuh oleh dia. Saya dah cakap dia cemburu pada kita"
Hasut Encantado.

Dahi Ice berkerut seolah berfikir. Encantado mula cuak.

"Ice?"

"Hah?"

"Awak sayangkan saya tak?" Tanya Encantado.

"Of course."

Encantado tersengih senang. Kalau begitu, Awak akan ikut kemahuan saya, Kan?"

Ice mengangguk lagi. Encantado merapatkan wajahnya dengan Ice sebelum membuka mulut.

Asap hijau muncul dari mulutnya dan masuk ke dalam tubuh Ice. Mata biru Ice bertukar hijau untuk seketika sebelum kembali normal.

"Ikut saya balik ke Encante? Kita tinggalkan tempat ni." Ajak Encantado.

"Sure" Balas Ice.

***

"Hey, Sampai bila kami nak duduk sini?" Eva menyoal pegawai istana yang berdiri tegak tanpa perasaan.

Jeeva di sebelahnya melirik dua orang pegawai istana yang berjaga di pintu keluar.

"No use Eva. Diorang ni master dalam  subjek pekak dan bisu"
Kata Jeeva.

Priya, Mirna, Luna dan Angel sekadar duduk di meja yang diletakkan berdekatan dengan dinding kaca.

"Jangan lupa brainless." Laung Luna.

Mirna dan Angel ketawa sebelum mereka bertiga saling membuat high five.

"You're totally right. Mereka yang kurung Snow entah di mana lepas tu nak salahkan kita pula." Eva mencebik ke arah dua orang pengawal yang masih berjaga.

Meskipun dua orang pengawal ini berpura tidak peduli, Namun wajah mereka yang kemerahan menandakan mereka terasa dengan setiap cemuhan yang dilemparkan.

"Yeah, So rude. Korang yang jemput kami ke sini dan lepas tu layan kami macam sampah. You know what, You're so not going to get a positive feedback from us!" Teriak Mirna.

"Uh-huh. Aku akan ceritakan keburukan layanan Iceland bila dah balik Dry Land nanti. You just wait!" Tambah Luna.

"Mungkin kita patut lapor pada media massa?" Cadang Jeeva.

" Girl, That's so brilliant! "Sokong Eva.

Ketukan di pintu menghentikan perbualan mereka. Dua orang pegawai istana yang berkawal membukakan pintu.

Muncul Roy dengan beberapa orang maid di belakang. Kesemua maid tersebut membawa dulang berisi makanan untuk ahli netball Whisper Hollow yang ditahan.

" Hello girls!" Sapa Roy dengan ceria.

Sapaannya disambut dengan wajah mencuka mereka. Roy mengukir senyum namun senyumannya tidak lagi kelihatan menawan di mata mereka.

Angel, Priya, Mirna dan Luna mengangkat punggung dari kerusi dan ikut berdiri di hadapan Roy.

Rasa cuak menikam sanubari Roy demi melihatkan kesemua wanita di hadapannya ini.

"Err, Girls. Saya bawakan makanan"

"Kami tak nak makanan. Kami nak kebebasan. Awak tak berhak tahan kami macam kami ni penjenayah!" Laung Eva.

"Yeah!" Sahut Jeeva.

"Totally!" Sokong Angel.

"Screw you!" Balas Mirna.

Roy menelan liur. " Girl, Please. Saya pun tak nak tahan awak macam ni. Tapi saya kena ikut arahan orang atasan"

"Don't girl kami. We're not your girl. Kau sampaikan pesanan ni pada orang atasan kau. Kalau jadi apa-apa pada Snow, Tak payah tunggu Luther Fang. Kami sendiri akan hancurkan tempat ni. Till the last drop of our blood!" Marah Eva.

"Yeah!!!" Jerit mereka kecuali Priya yang hanya membisu.

"Okay. Tapi, Makanlah dulu. Hidangan ni adalah menu istimewa yang hanya disediakan untuk keluarga diraja" Roy masih cuba mengambil hati mereka.

"Tak nak. Entah-entah ada racun?" Teka Mirna.

"OMG! Jangan-jangan Snow sebenarnya dah mati. Sebab tu mereka reka cerita Snow hilang!" Sambung Jeeva.

"What?!" Sampuk Eva.

"No!!!" Jerit Luna.

Mereka semua beralih pada Roy yang terpinga-pinga.

"Hey, Girls. Jangan teka yang bukan-bukan. Look, I'm at your side, Okay. Begini, Saya janji akan beritahu kamu semua kalau kami jumpa dia." Janji Roy.

"Save it for yourself. Saya tak percaya janji lelaki!" Geleng Eva.

"Me too!" Jeeva memeluk tubuh.

Roy menarik nafas dalam. Pening dia melayan karenah mereka semua. Pun begitu tugasnya harus dilaksanakan.

"Girls, Janganlah macam ni." Pujuk Roy.

"We're officially over!" Luna melibas rambut sebelum berpaling.

"O-v-e-r!" Eja Mirna sebelum mengikut langkah Luna.

Eva membuat tanda potong leher sementara Jeeva membuat tanda watch your back.

Angel menunjukkan tanda loser kepada Roy. Hanya Priya yang mendiamkan diri sebelum berlalu ke tempat lain.

Roy memicit dahi dengan tangan.
Dia tidak kuat melayan karenah semua ahli netball yang ganas ini.

"Err, Roy," Panggil pengawal istana di belakangnya.

Roy berpaling. "Huh?"

"Boleh tak kami tukar syif awal?" Tanya pengawal yang berdiri di sebelah kiri.

"Apasal?"

"These girls, They're monster" Kata pengawal di sebelah kanan dengan mata berkaca.





***

Aku merenung Shadow Knight dengan perasaan tidak percaya.

"Betul ke dia abang Ice?" Tanyaku sekali lagi.

"Half-brother. King Henry kahwin dengan ibu dia sebelum kahwin dengan Queen Charlotte." Terang Damian.

"OMG"

"Awak mungkin terkejut. Ross, Dia tak berapa rapat dengan keluarga dia. Saya pun terkejut sebenarnya nampak dia ada dengan awak. Tak sangka juga dia kawan dengan Whisper"

"Tell me about it." Balasku sebelum kami sama-sama ketawa kecil.
"Tapi, Apa jadi dengan ibu dia?"

Di saat ini aku dan Damian bersembunyi di sebalik pokok manakala Whisper bersembunyi di atas dahan.

Shadow Knight pula sedang bersembunyi di sebalik tunggu kayu berhampiran tasik.

"Ibu dia bukan berasal dari Royal Blood. Jadi, Selepas melahirkan Ross, Ibu dia tidak dapat diselamatkan"

"Kesiannya"

"Yup. Entahlah, Keluarga Royal Iceland ni complicated sikit. Hurm, I wish I can go somewhere yang tenang. You know, Berhenti kerja ni dan cari kehidupan lain."

Aku berfikir sejenak. "Well, You can come to Dry Land. Jangan risau pasal tempat tinggal, Awak boleh stay di rumah saya." Pelawaku.

Damian ketawa kecil. "Err, I don't know. Ice mungkin akan bunuh saya."

Aku tersentak. Damian melirik aku dengan senyuman.

"Aw...awak tahu?"

"Saya bersama dengan Ice sejak dia bangun dari koma." Damian memandangku dengan pandangan serius.

"Ice, Dia ada ingat apa-apa?"

Damian mengangkat bahu. Aku menggigit bibir bawah dan menundukkan kepala. Terasa malu apabila Damian mengetahui tentang sejarah aku dan Ice.

Tapi, Sebanyak mana yang diketahuinya?

"Erm, Kenapa kau tolong aku?" Tanyaku kepada Damian.

"Saya percayakan Whisper dan juga sebab saya dah janji pada Madam Eloisa untuk tolong awak."

Hatiku pedih mendengarkan nama mama yang meniti di bibir Damian.

"Mam...Madam Eloisa percaya saya tak salah?"

Damian mengangguk namun sudah cukup melegakan hatiku. Sekurangnya aku tahu mama masih di sampingku.

Air suam kembali bertakung di tubir mata.

"Dan kawan-kawan awak juga." Tambah Damian .

"Thanks, Damian."

Damian mengukir senyum sambil menepuk bahuku.

"Right now, Kita selamatkan Ice dari makhluk tu. Okay?"

***

Encantado memegang lengan Ice menuju ke Black Water Lake. Dari sini dia akan membawa Ice menuju ke tempat tinggalnya yang bernama Encante.

Bunyi siulan menarik perhatian Encantado dan Ice. Segera Ice menggenggam tangan kanan, Memunculkan pedangnya.

Whisper melompat turun dari dahan ke dahan sebelum mendarat ke tanah.

"Going somewhere?"

"Demon Neko!" Marah Encantado. Riak Ice juga menunjukkan kemarahan terhadap Whisper.

"Gosh, Aku tahu kau hodoh. Tapi bodoh tu simpan dalam poket. Aku bukan Demon Neko. What's wrong with you?"

"Kau cakap aku hodoh? Look at you. Talking cat!"

"Oops, Sorry kalau kau terasa dengan kata-kata aku. Ingatkan kau dah tahu." Sengih Whisper.

Encantado memegang wajah Ice. Dia membuka mulut, Mahu menghembuskan nafas charmed kepada Ice. Namun gerakannya terganggu apabila sebatang dahan pokok Mspuri melilit pinggangnya sebelum tubuhnya dilempar menjauhi Ice.

Encantado mendarat dengan sebelah lutut. Kedua tangannya diletakkan di bawah, Menampung beban badan. Dia mendongak, Memandang Snow yang sedang memegang batang pokok yang telah menyerangnya tadi.

"Hah, Kau fikir kau boleh kalahkan aku? Ice, Bunuh perempuan tu!" Arah Encantado.

Ice berlari menuju ke arah Snow dengan pedang di tangan. Shadow Knight dan Damian muncul dari arah kiri dan kanan Ice, Menyebabkan perhatiannya terganggu.

Sementara itu, Encantado berubah kepada dirinya yang sebenar. Dia terasa lega apabila tidak lagi terpaksa menjelma kepada badan Julie, Wanita yang telah diculiknya dan kini berada di Encante.

Snow maju ke hadapan sambil membawa segenggam salji.

"Fool. Kau ingat kau dapat sedarkan dia? Sekali milik Encantado, Selamanya milik Encantado!"

Snow membaling genggaman salji ke udara. Serentak itu muncul ribut salji yang kecil sebelum ribut tersebut menjadi besar.

"Why him?!" Jerit Snow.

"Supaya kau rasa apa yang aku rasa! Dark Master sepatutnya jadi milik aku!!"

Encantado yang hampir terpelanting menghembuskan pancuran air deras dari mulutnya.

Snow menghalakan kedua tangannya ke hadapan. Kekuatan Encantado tidak bolwh dipandang rendah.

Namun mengalah bukan satu keputusan. Dia akan selamatkan Ice. Pasti!

Whisper menggunakan ekornya untuk memotong sebuah dahan tajam sebesar satu pemeluk. Dahan itu dibaling ke dalam ribut salji yang dilakukan oleh Snow.

Tidak menduga dengan kehadiran dahan tersebut menyebabkan Encantado terlambat mengelak. Dalam sekelip mata dahan itu melayang ke hadapan sebelum menusuk tepat ke dadanya.

"Kau...takkan...dapat...Dark Master"

Encantado mati serta-merta dengan mata yang terbeliak.

Ice memusingkan pedangnya. Puluhan kiub ais berbentuk panah melayang ke arah Shadow Knight dan Damian.

Damian menggunakan pedangnya untuk memotong kiub yang dihantar oleh Ice manakala Shadow Knight sempat melompat ke atas dahan.

"Arghh!" Damian memegang lengannya yang tercucuk panahan ais. Pedangnya pula terlepas dari tangan dan terpelanting jauh.

Ice menghalakan telapak tangannya ke arah Shadow Knight. Satu cahaya biru mengenai tubuh Shadow Knight menyebabkan seluruh tubuhnya terperangkap di dalam ais kristal.

Shadow Knight terlekat di atas dahan.
Damian cuba membantu Shadow knight namun secara tiba-tiba dia tidak dapat bergerak. Bulat matanya melihat ais beku yang memerangkap kedua kaki.

Ice mengambil peluang dengan berlari laju menghampiri Damian. Pedangnya dihayun tinggi untuk memenggal kepala Damian.

Damian memejamkan mata. Sekilas bayangan Angel yang sedang tersenyum dan ketawa gembira terlayar di fikiran Damian.

'Goodbye Angel, See you in heaven. I...I love you'


No comments:

Post a Comment

Mirna 9

"Here is the plan. Untuk mengaburkan mata orang ramai di sini, saya akan jadi ayah awak berdua. Kita datang ke sini untuk bercuti selep...