Wednesday 29 August 2018

King of The Coven Prolog






Introvert.

Mama selalu membebel.  Katanya aku terlalu anti-sosial.  Pada usia mencecah 27 tahun ini,  aku sepatutnya sudah mempunyai sekurang-kurangnya seorang teman lelaki.

"Tengok kakak sepupu kamu tu.  Dah nak kahwin pun dengan Chansung. Yang kamu ni tak habis-habis tatap skrin laptop tu. Cubalah keluar dengan kawan-kawan ke. Ini terperuk je dalam rumah.  Macam manalah ada lelaki nak kenal" Bebel mama sambil tangannya sibuk melipat baju yang sudah kering.

Sigh.

Tapi,  kerjaya sebagai seorang penulis online membuatkan kadang-kadang aku perlu mengasingkan diri daripada orang ramai. Aku perlukan ketenangan untuk mencari idea terutamanya ketika mengalami writers block.

Walaupun blog aku, SecretWish.blogspot, sebenarnya dah berkampung dengan sawang disebabkan aku tiada idea untuk mengarang cerita baru

Jadual sebagai seorang pekerja di sebuah kedai veterinar juga banyak mencuri masaku.  Atau mungkin aku yang sengaja menyibukkan diri?

"Macam mana lelaki nak rapat dengan dia,  ma. Dia macam kura-kura. Lelaki baru nak dekat dia terus lari menyorok dalam cengkerang" Adik lelaki bongsu aku,  Tiberius yang menonton perlawanan bola sepak mengekek ketawa di sofa ruang tamu.

Tidak bolehkah dia menonton televisyen diam-diam?

kerana itu aku memberi dia nickname TB.  Sebab perangai Tiberius memang sama seperti penyakit berjangkit itu.  Sungguh membahayakan jika kita membiarkan kata-katanya yang membawa virus itu masuk ke dalam tubuh badan.

"You know,  if you ran like your mouth you'd be in good shape. Dan aku ada kawanlah,"

Sun Mi dan Soo Hee, dua orang rakan baik aku dari tadika sudah mencukupi sebagai teman. Mereka baik,  manis,  pandai,  sedikit gila, dan yang lebih penting setia kawan.

"Soldier down!  soldier down!" TB memegang dada,  membuat aksi seperti dia ditembak dan kemudian menggelupur sebelum berpura mati.

Tuhan,  kenapa kau berikan aku adik lelaki yang berperangai 4 tahun sedangkan usianya sudah mencecah 18 tahun?

"Dari dulu dua orang tu sajalah kawan kamu, " Kata mama dengan nada menyindir.

"Burn! "TB bangkit semula dari 'kematiannya' dan kembali gelakkan aku.

" Ma,  kuantiti tak penting. Kualiti yang perlu diutamakan."

Mama langsung tak bersetuju dengan pendapat aku. Katanya kalau aku terus bersikap begini, aku pasti akan menjadi andartu.

Sigh again.

"Bila kamu nak bertemu dengan seorang lelaki yang kamu minat, Kayla?" Pertanyaan mama yang bertahun-tahun kudengar sejak berusia 16 tahun terngiang kembali di gegendang telinga.

Aku merenung kaca TV,  melihat aksi Lionel Messi yang kuketahui berdasarkan nama yang tertera pada jersinya menjaringkan gol.

TB menjerit nyaring, seolah-olah dialah yang telah menjaringkan gol tersebut dan mendapat bayaran untuk kejayaan beliau.  Tetapi,  suara jeritan TB perlahan-lahan hilang seperti bunyi volume yang dikurangkan.

Pandanganku pula melayangkan wajah si dia yang telah lama tidak kutemui bersama satu perasaan yang menghimpit dada.

Ah,  kenapalah susah benar otakku ini mahu melupakan tentang si dia yang hadir untuk seketika cuma. Aku pasti dia sedang berbahagia sekarang ini di samping gadis yang dicintai. Dan aku seharusnya sudah berhasil melupakan dia.  Kerana aku bukan permaisuri yang dicari.

Juga kerana dia ialah Stephan,  King of The Coven.

***

Siapa Stephan?

Baiklah.  Akan aku ceritakan watak Stephan sekarang.  Supaya kamu semua akan lebih mengerti tentang cerita ini.

Suatu hari yang berlaku pada tiga tahun lepas,  hujan turun dengan begitu lebatnya. Ditemani pula oleh ribut angin yang menggila, menerbangkan segala barang dan binatang yang tidak berdaya menahan tiupannya.

Aku sumpah aku ternampak seekor kucing terbang beserta dengan ngiauannya yang kuat seketika tadi.

Poor cat.

Ribut hari ini sama gila keadaannya seperti yang sering berlaku kepada jiran sebelah rumahku,  Mrs. Potter. Kerana beliau akan membaling segala barang di dalam rumah apabila bergaduh dengan suaminya.

Ranting pokok mangga yang tidak pernah berbuah di hadapan rumah mengetuk-ngetuk tingkap bilik. Seperti memohon agar dibukakan tingkap dan membenarkan rantingnya masuk ke dalam rumah bagi melindungi diri daripada cuaca yang menggila. Aku berjanji bahawa esok akan kupotong dahan yang telah mengganggu ketenangan aku di malam ini.

"Kamu jaga rumah elok-elok.  Esok mama minta Mrs. Potter tengok-tengokkan kamu."
Kata mama sambil mengusung bagasinya yang setinggi pinggang menuruni anak tangga.

Mama,  papa dan TB akan berangkat ke daerah yang mengambil masa lima jam untuk bertemu dengan Aunt Sarah. Mak cik aku itu yang sarat mengandung sedang dalam kesakitan sejak 16 jam yang lepas untuk melahirkan anak.  Dalam keadaan angin ribut ini,  anak Aunt Sarah nekad untuk mengeluarkan diri dan melihat dunia.

Tapi,  masalahnya ialah suaminya tiada kerana outstation dan Aunt Sarah takut bersendirian di katil hospital. Makanya,  mama dan papa secara sukarela menawarkan diri untuk menemani Aunt Sarah sehingga suaminya pulang.

"And no boys" Pesan papa. Jari telunjuknya ditegakkan ke arah aku.

Aku mengerutkan dahi.  Lelaki gila mana yang mahu meredah ke rumah ini untuk bertemu aku.  Dengan keadaan cuaca yang begini teruk lagi tu. Lagipun...

"Ada ke lelaki nak datang? " Bagai dapat membaca fikiranku, Tiberius muncul dari tingkat atas dengan menggalas beg sandang.

Tak adil betul.  Dia boleh mengikut papa dan mama disebabkan dia sedang cuti sekolah. Dan aku tidak dibenarkan untuk ponteng kuliah atas alasan perlu bertanggungjawab dengan amanah sebagai seorang pelajar.

Double standard!

"Berhenti kacau kakak awak,  Tiberius. Dan tolong mama angkat bagasi ni, "

Tiberius terbeliak melihat bagasi mama yang besar umpama mahu bercuti mengelilingi dunia.  Aku ketawa mengejek ke arah TB. Dengan badannya yang kurus keding itu,  pastilah perkara itu sukar dilaksanakan.

Tapi,  bagus juga mama meminta TB mengangkat bagasinya yang berat itu.  Boleh menjadi penampan untuk TB daripada melayang ditiup angin kencang.

Kepala otakku sudah membayangkan aksi TB ditiup angin seperti Dorothy dalam The Wizard of Oz.

"Jom,  lekas. Sandra,  pakai kot hujan awak." Papa membantu mama memakai kot hujan. Mama membelakangkan papa,  menyarung kot dengan memasukkan tangannya terlebih dahulu.  Papa membetulkan kot mama dan selepas mama selesai,  barulah papa menyarung kotnya pula.

Hatiku sayu dengan layanan papa terhadap mama. Mereka sepatutnya mendapat anugerah pasangan 'stay with me forever'. Papa juga adalah punca aku meminta kepada tuhan setiap malam.  Agar aku dianugerahi seorang teman hidup seperti papa di setiap doaku sebelum tidur.

Aksi romantis mama dan papa terganggu oleh TB yang menolak bagasi mama sehingga ke muka pintu.

"Laju lagi kura-kura. Nanti kau tertinggal kereta," Aku ketawa mengilai.

"Diamlah.  Kau cubalah angkat, "

"Booooo,  mama elok je usung dari tingkat atas ke bawah," Aku tidak akan termakan dengan perangkap dia. Kalau aku angkat nanti,  pasti dia akan lari ke kereta.

Dengan muka menyampah kerana disuruh mengangkat beg yang berat,  TB menarik kasar bagasi mama.  Baru sedar agaknya akan hukum fizik bahawa menarik lebih mudah daripada menolak.

Papa membuka pintu rumah, menyebabkan tempias air hujan masuk dan mengenai lantai di dalam.  Aku mengeluh penat.  Nanti akulah tu yang terpaksa mengemop lantai semula.

Dengan memimpin tangan mama, papa menggunakan tubuhnya sebagai penghalang angin kencang. Papa dan mama berjalan terhuyung-hayang menuju ke kereta. Mereka seperti sedang berjalan di atas kapal yang dilambung ombak besar.

Aku menoleh ke arah TB yang masih terhegeh-hegeh cuba mengangkat bagasi mama. Papa dan mama sudah menanti di dalam kereta selepas berjaya mengharungi angin kencang.

TB?  aku lebih suka kalau dia betul-betul melayang dan jatuh ke tempat yang jauh dari daerah ini.  Menyemak sahaja dalam kehidupan aku.

TB membuka pintu dengan lebih luas untuk menolak bagasi sehingga ke beranda. Aku memeluk tubuh apabila terasa angin yang bertiup mencengkam kulit.

TB memegang daun pintu dan melihat ke arah aku. Sengihan jahat seperti Witch of the West muncul di bibirnya.

"Hey,  sebelum terlupa aku nak ingatkan sesuatu. Kau tu hati-hati duduk rumah seorang diri. Aku baru main spirit coin dengan geng aku kat dalam bilik semalam. Kalau kau sunyi ambillah board di dalam bilik aku tu dan main dengan hantu" TB ketawa terbahak-bahak dan menutup pintu, meninggalkan aku berdiri kaku di lorong menuju ke ruang tamu ini.

Urghhhh!  that imbecile frog.

Disebabkan TB,  aku terpaksa tidur di ruang tamu rumah. Tidak berani untuk tidur di dalam bilik kerana bilikku bertentangan dengan bilik TB.  Aku cuba melayari internet. Tidak mahu berterusan memikirkan tentang diriku yang berseorangan di rumah,  tetapi nampaknya ribut kencang telah menyebabkan gangguan talian.

Sekarang aku seperti tentera yang dikepung dari segenap sudut oleh pihak musuh.

No call.

No internet.

No line.

Aku meletakkan handphone ke atas meja kopi.  Dengan memejamkan mata, aku cuba untuk tidur walaupun tidak terasa mengantuk.  Namun sudahnya aku tidak dapat tidur akibat diganggu oleh tarian ranting pohon mangga yang mengetuk-ngetuk tingkap bilikku.

Bunyinya begitu kuat sehingga boleh didengari dari tingkat bawah ini.

Tuk!  tuk!

Aku buka semula kelopak mata.  Bunyi yang aneh itu tidak dihasilkan oleh ranting pohon mangga.

Tuk!  tuk!

Aku menarik selimut sehingga ke dada. Kata-kata TB tentang spirit coin kembali terngiang seperti radio rosak di dalam kepala. Adakah patut dia suruh aku main spirit coin dengan hantu?  patut ke?!

Bodohlah TB ni!

Tuk!  tuk!

Aku terlompat sedikit. Tidak betah berbaring aku pantas bangun dan bersila di atas sofa.  Bunyi itu kian kuat kedengaran, seperti ada sesuatu yang sedang menghampiri. Aku memusingkan kepala, melihat ke kanan. Hanya ada jam tinggi pemberian arwah atuk. Aku tengok kiri,  hanya ada kabinet buku dan kemudian ke atas, hanya ada lampu chandeliar.

Lega.  Tiada kelibat hantu yang dikesan.

Bam!

Aku menjerit dengan sekuat hati apabila satu letupan api bewarna hijau muncul melalui pendiangan api di hadapanku. Adakah ini spirit of the coin yang dimainkan oleh TB?

Adakah aku akan mati malam ini tanpa sempat merasai cinta, menghadiri graduasi dan berkahwin?

Belum lagi reda jeritanku,  api hijau tadi hilang menjadi asap yang berkepul dan memunculkan sekujur tubuh yang serba hitam. Tubuh itu sedang berdiri tegak sambil memandang ke arah aku.

"Arhhhhhhh! tolong!!!!  orang minyak!!!!! "

Punggungku yang bagaikan digam di sofa pantas menolak selimut. Aku berdiri untuk menyelamatkan diri daripada orang minyak yang jatuh dari cerobong asap.

Di dalam kepalaku terbayang strategi untuk menyelamatkan diri.  Aku perlu menuju ke pintu hadapan,  membuka tiga pasang kunci yang ada dengan sepantas yang boleh dan kemudian meredah angin ribut serta hujan lebat yang masih menggila untuk ke rumah Mrs. gila... maksud aku Mrs. Potter.

Tetapi kita hanya merancang,  tuhanlah yang menentukan. Kakiku tanpa sengaja tersadung selimut yang berlipat. Dalam keadaan slow motion, aku merasakan tubuhku jatuh secara terlentang ke belakang.

Dan kemudian segalanya menjadi kelam.

So all,  begitulah caranya aku menemukan Stephan. Beliau bukan sahaja datang tanpa diundang,  tetapi turut menjerumuskan aku ke dalam masalahnya yang juga tidak diundang.


Monday 27 August 2018

Wicked Love 31


"Ini pertama kali saya buat persiapan untuk seseorang. Sorry kalau awak tak suka. " Ice melihat Snow dari ekor mata. Dia segan dengan usahanya yang tidak seberapa.

Snow menekup mulut dengan kedua belah tangan. Rasanya dia sudah jatuh cinta sekali lagi terhadap Ice.  

"Saya suka,  really." Snow memegang lengan Ice yang berlapik kemeja lengan panjang bewarna putih.  

Ice mengukir senyuman kecil.  "Betul ke ni?"

"Mestilah saya suka sebab awak dah berusaha untuk siapkan semua ni.  Lagipun,  ini kali pertama seseorang berusaha sediakan sesuatu seperti ini  untuk saya," Snow bersuara,  meyakinkan Ice bahawa dia benar-benar menghargai usaha yang telah dilakukan oleh lelaki itu. 




"Awak tak kisah saya bawa awak picnic untuk date pertama? "Ice masih risau dengan penerimaan Snow.  

"I won't have it any other way. " Kata Snow dengan bersungguh-sungguh. 

"Okay. I'm glad you like it.  Shall we? " Ice menghulurkan tangannya kepada Snow.

Dengan malu-malu Snow mencapai tangan Ice. Lelaki itu memimpin Snow ke meja yang terletak di bawah sepohon pokok apple. Dua buah pinggan sudah tersedia di atas meja beserta sebuah bakul rotan. 

Mereka tidak pergi jauh untuk janji temu yang pertama.  Hanya berkelah di belakang kabin sewa mereka.  Sebab itu Ice risau jika Snow tidak suka. 

Berdasarkan pengalamannya dengan wanita-wanita di Iceland, berkelah begini pastilah tidak pernah terlintas di fikiran. 

Mereka sangat sofistikated, high taste, high demand.  Dan dia risau jika Snow juga begitu.

Ice menampar kepala sendiri secara mental.  Dia harus berhenti membandingkan Snow dengan mana-mana wanita yang pernah dikenali olehnya.

Snow seorang yang istimewa. Dan dia bertuah kerana berjaya mendapatkan Snow.

Ice mengeluarkan makanan yang disediakan olehnya daripada bakul.  Pasta Salad,  Sandwich dan chocolate strawberry.

"I love it, " Snow hampir-hampir tertelan strawberry yang disuap oleh Ice ke dalam mulut.

Dia mahu makan sendiri,  tetapi Ice beria mahu menyuap strawberry itu.

"I love you more, " Ice menghulurkan air kepada Snow.  Dia tahu Snow hampir tercekik dengan aksinya tadi.

Snow mengambil minuman yang dihulurkan Ice. Tekaknya terasa lega sedikit setelah meneguk air.

Snow meletakkan gelas ke bawah.  Dia teringat tentang sesuatu.

"Ice,  boleh saya tanya soalan?"

Ice menganggukkan kepala sebagai jawapan.

"Sebelum saya,  awak pernah ada teman wanita tak? " Snow ingin tahu.

Ice terkejut dengan pertanyaan yang keluar dari mulut Snow.

"Kenapa awak tanya macam tu? "

"Its just,  tak banyak yang kita tahu tentang each other." Jelas Snow membuatkan Ice tersedar bahawa Snow ingin mengetahui lebih lanjut tentang dirinya.

Ice tahu lambat-laun Snow pasti akan menyoalnya tentang perkara ini.  Dia juga sebenarnya ingin tahu dengan lebih lanjut mengenai Snow.

"You are right. But Snow,  saya tak pernh ada teman wanita sebelum ini.  Dan saya tak perlukan gadis lain melainkan awak. "

Melting.

Snow cair dengan pengakuan Ice. Perasaan suam membanjiri hati Snow sehingga merebak ke muka.

Ice ketawa.  Dia suka apabila Snow merona merah seperti ketam rebus begini.  Dan dia bangga kerana dia berjaya membuat Snow menjadi begini.

"Oh,  saya pun tak pernah ada sesiapa sebelum awak. Dan saya harap awak akan jadi yang terakhir buat saya. " Kata Snow dengan nada mengharap.

Ice terdiam mendengarkan harapan Snow. Adakah Snow akan berharap begitu setelah mengetahui tentang statusnya yang sebenar nanti?

Snow,  gadis ini begitu naif.  Ice tidak mahu melukakan Snow.  Dia benar-benar ikhlas dengan perasaannya. Dia cintakan Snow.

Tapi,  dia berasal dari Iceland.  Mereka di negara itu tidak melakukan perkahwinan campur dengan orang dari negara luar.  Perkara itu dianggap taboo.

Jadi,  bagaimana dia sebagai pewaris takhta negara itu boleh bersama dengan Snow?

"Ice,  awak fikir apa? " Snow pegang tangan Ice.

"Oh,  maaf.  Saya teringatkan kawan saya. "

Dia teringat kepada Whisper dan pertemuan terakhir mereka.  Sejak dari hari itu,  Whisper langsung tidak menjengah untuk bertanya khabar.

Ice menjadi risau.  Apatah lagi stok Glamour Potion semakin berkurangan. Dia memerlukan stok baru tapi untuk mendapatkan Glamour Potion bererti dia perlu meninggalkan kampung ini dan mencari Whisper.

Ice menggenggam tangan Snow. Dia berjanji walau apapun yang berlaku, tangan ini akan sentiada digenggam oleh Ice.  Dia tidak akan melepaskan Snow biarpun bermakna dia harus melepaskan haknya sebagai pewaris takhta negara Iceland.

Bersama dengan Snow membuatkan Ice mengerti tentang kehidupan. Dia bahagia setiap kali bersama dengan Snow. Berbanding dengan kemewahan di istana, dia lebih rela hidup dalam  kedaifan dengan Snow.

"Ice,  kenapa awak pilih saya sebagai teman?  saya tak cantik macam Maria,  atau ada apa-apa kuasa magis. Saya cuma anak yatim yang miskin. Malah,  saya juga tak berpelajaran..."

Kelopak mata Snow terbuka luas. Ice mematikan soalannya tadi dengan sebuah ciuman di bibir. Snow terkedu.

My first kiss!

Snow berdebar-debar.  Dia tidak bersedia untuk perkara ini,  namun tidak juga dia terasa marah atau mahu melepaskan diri daripada Ice.

Anehnya Snow dapat merasakan seperti sesuatu yang berterbangan di dalam perutnya.  Bibir Ice terasa suam dan lembut.

Ice menjarakkan diri dengan perlahan-lahan, meletakkan dahinya ke dahi Snow.

Snow menutup mata,  malu mahu memandang Ice.  Dia menggigit bibir bawah.  Masih terasa di bibir Snow strawberry coklat daripada mulut Ice.

"Please Snow. Jangan ragu dengan perasaan saya. Hanya awak yang saya mahukan.  I love you not for what you are,  but for who I am,  When I am with you. "

"Ice, " Mata Snow bergenang dengan air mata.

Dia membuka mata,  merenung segenap wajah Ice.  Snow tidak sanggup kehilangan Ice.  Dia terlalu menyayangi lelaki ini.

Mungkin, dia tidak perlu memberitahu Ice tentang perkara sebenar berkenaan dirinya.  Dia dan Ice saling mencintai satu sama lain. Mereka saling melengkapi kehidupan masing-masing.

Snow nekad.  Dia tidak akan memberitahu Ice tentang mama atau Dry Land buat sementara waktu. Dia hanya mahu bersama dengan Ice.

Ice mendekatkan semula bibir mereka.  Tapi,  kali ini Snow sudah bersedia untuk sebuah lagi ciuman.

Dan sekali lagi.

Sekali lagi.

Dan lagi....

***

Permaisuri Caroline separuh berlari menuju ke arah bilik yang menempatkan suaminya,  King Henry.

Gaun sutera kembang bewarna biru yang tersarung di badan Permaisuri Caroline membuatkan langkahnya menjadi pendek-pendek seperti gadis jepun yang memakai kimono.

"Kanda! "Permaisuri Caroline terus menerpa suaminya yang sedang duduk berteleku di belakang sebuah meja.

"Leave, " Titah King Henry.

Empat orang pengawal lelaki dan dua orang maid yang mengiringi Permaisuri Caroline menundukkan sedikit badan mereka sebagai tanda hormat. Titah King Henry dilaksanakan oleh mereka selepas itu,  meninggalkan pasangan suami isteri itu bersendirian seperti yang dipinta.

"Kanda,  apa benar berita yang adinda terima? " Permaisuri Caroline panik.

Dia berdoa setiap hari agar anak lelakinya pulang kembali ke istana dalam keadaan selamat.

Ice,  anaknya itu tidak pernah meninggalkan istana secara berseorangan. Entah bagaimana untung nasib anaknya itupun tiada siapa yang tahu.

Permaisuri Caroline berjanji,  selepas Ice pulang nanti dia akan meminta pengawasan 24 jam untuk Ice.

"Benar Caroline. Kubu Luther Fang telah dipecah masuk. Semua Guru dan pengawal yang menjaga kubu tersebut telah mati dibunuh. Melihatkan keadaannya,  mereka semua diserang hendap oleh pengikut Luther Fang, "

Permaisuri Caroline yang hampir terjatuh memegang bucu meja sebagai penampan.  King Henry bergegas bergerak ke arah Permaisuri Caroline dan mendudukkan isterinya ke kerusi.

"Kanda,  bagaimana dengan Ice?  kita harus cari dia.  Luther Fang,  pasti dia akan mencari Ice!" Teriak Permaisuri Caroline.

"Dinda,  bertenanglah.  Kanda sedang cuba segalanya untuk mencari anak kita. "

Permaisuri Caroline menggogoi sedih di dalam pelukan King Henry.  "Kanda, apa yang kita harus lakukan sekarang? "

King Henry menatap isterinya yang lemah.  Permaisuri Caroline sejak kehilangan Ice menjadi seperti patung bernyawa. Setiap hari Permaisuri Caroline hanya menantikan laporan daripada para pengawal tentang keberadaan Ice.

"Kanda sedang cuba sedaya upaya. Tetapi,  anak kita Ice menyembunyikan jejaknya dengan begitu baik.  Malah,  Ross pun belum berjaya menemui Ice, "

Permaisuri Caroline menolak tubuh King Henry yang memeluknya. Berdesing telinganya mendengar nama Ross.

"Ross?  kanda minta bntuan Ross?! "

King Henry mengeluh berat.  Isterinya ini lebih rumit daripada berhadapan dengan hal ehwal negara.

"Caroline, Ice adik Ross walaupun mereka berdua datang dari rahim yang berbeza"

"No!  budak tu tak ada kaitan dengan Ice. Kenapa kanda suka nak sakitkan hati Adinda? " Permaisuri Caroline tidak percaya King Henry akan menggunakan khidmat bantuan anak tirinya itu untuk mencari Ice.

Permaisuri Caroline tidak mempercayai Ross.  Padanya Ross mempunyai niat buruk untuk mendapatkan haknya sebagai pewaris takhta Iceland.

Tetapi,  Permaisuri Caroline akan memastikan bahawa anaknya Ice yang menjadi pemerintah selepas King Henry.

"Kanda tidak cuba sakiti hati adinda.  Tapi,  adinda yang telah banyak menyakiti hati Ross. Untuk pengetahuan adinda,  Ross sendiri yang menawarkan bantuan untuk mencari Ice." King Henry geram dengan sikap Permaisuri Caroline yang masih tidak dapat menerima Ross.

Ross,  anak lelaki dengan isteri pertamanya itu mempunyai hati yang sama seperti ibunya, Vivian. Walaupun Permaisuri Caroline sering menunjukkan rasa tidak selesa terhadap Ross,  anaknya tidak pernah mengeluh.

"Kanda boleh cakap apa sahaja yang kanda mahu.  Dinda takkan pernah percayakan Ross.  Dinda yakin dia mahu merampas takhta Iceland daripada Ice.  Sama seperti ibu dia merampas kanda dari dinda. "

"Enough,  Caroline! kanda tak boleh fokus dalam pencarian Ice dengan masalah terbaru berkaitan Luther Fang. Kalau bukan disebabkan Ross,  kanda tak tahu bagaimana mahu menghadapi semua ni. Dan jangan cakap buruk tentang Vivian. Don't ever!  " King Henry melenting. Wajahnya memerah menahan amarah.

Permaisuri Caroline tersedu.  Dia cemburu dengan Vivian, isteri pertama King Henry. Wanita itu masih memiliki hati King Henry meskipun dia sudah tiada lagi di muka bumi ini.

"Its will always be her,  right? "

"Caroline..."

Permaisuri Caroline mengangkat tangan,  meminta King Henry menghentikan ayat yang ingin diungkapkan oleh raja itu.

"Dinda faham kanda tak pernah cintakan dinda.  Dan perkahwinan kita bukan atas kehendak kanda. Tapi,  dind nak ingatkan kanda yang dinda akan pastikan Ice menjadi raja.  Ross,  dia bukan pure blood seperti Ice.  So please,  Just find my son."

Permaisuri Caroline bangun dari kerusi, meninggalkan King Henry bersendirian. King Henry mengurut dahi. Sekarang,  dia benar-benar merindukan arwah isterinya itu.

Vivian.  I wish you were here with me.


Whisper Prolog

Witch market ialah sebuah pasar raya di mana semua witch berkumpul untuk berdagang.  Semua makhluk supernatural akan bertandang ke pasar ini untuk mendapatkan apa jua bahan atau maklumat yang diperlukan daripada komuniti ini.

Pasar ini akan dibuka bermula dari pukul 12 tengah malam sehingga 5 pagi. Whisper juga mempunyai tapaknya di pasar raya ini,  tetapi Charlotte yang akan menjaga kedai mereka dan berniaga. Sebab itu tiada sesiapa yang mengetahui bahawa Whisper merupakan pemilik sebenar kedai P'tion.

Di pasar raya ini Whisper selalunya akan berjalan-jalan.  Dia suka mencari gosip terbaru berkaitan dunia magis yang selalunya akan disebarkan daripada pelanggan yang datang ke pasar raya ini.

Whisper memakai gaun ungu berenda di bawah separas peha yang dipadankan dengan korset hitam. Topi mini bewarna ungu dipakai di atas kepala sebagai hiasan. Charlotte  juga memakai gaun yang sma tetpi bewarna orange.



"Saya pergi dulu. " Pesan Whisper pada Charlotte

Gadis itu sekadar mengangguk.  Tidak seperti Whisper, Charlotte lebih suka menunggu di kedai.  Selepas mengambil beg tangan, Whisper melangkah keluar dari gerai mereka yang berupakan sebuah khemah merah.

"Miss,  mahu dapatkan kekayaan dan tuah?  belilah fetus Illama ni, " Tegur seorang pedagang witch yang memakai gaun neon bewarna pelangi.

Wajahnya yang ditempek dengan make up diceriakan untuk menarik pelanggan.  Perkra yang menarik perhatian Whisper ialah lambang yang terpampang pada bahagian tengah dada pedagang berkenaan. Witch mempunyai lambang yang menunjukkan Coven masing-masing.

Lambang petir dalam bulatan, bermaksud gadis ini berasal dari Silver Flame Coven.

Whisper adalah Lone Witch. Bererti dia tidak tergolong dalam mana-mana kumpulan atau komuniti. Tetapi,  dia wajib,  jika diseru untuk menghadiri majlis pertemuan witch and wizard sedunia oleh wakil tertinggi.

Oleh itu Whisper tidak memiliki sebarang logo atau tatu pada badannya.



Whisper menggeleng kepala melihatkan fetus Illama yang telah dikeringkan itu.  Saiznya sebesar bayi baru lahir. Selain mahal,  dia tidak memerlukan tuah daripada bangkai Illama.

Mungkin disebabkan Whisper tidak mempunyai logo Coven yang menyebabkan peniaga ini tidak tahu bahawa Whisper juga seorang Witch.

"Ewww, no thanks. Tapi,  awak ada katak kering? " Tanya Whisper.

Pedagang itu meletakkan bakul berisi fetus Illama yang dipegang.  Dia menarik Whisper agar masuk ke dalam kedainya.

"Tentulah ada. Kami menjual pelbagai barangan kering.  Dihasilkan segar dari ladang. Lihat katak kering ini, matanya masih bercahaya dan kulitnya masih lembut. "

Whisper memegang katak kering yang dikumpulkan di dalam bakul. Dia memeriksa keadaan fizikal katak kering yang ditunjukkan oleh gadis itu.  Selepas puas hati dengan kualiti katak kering yang didagangkan,  Whisper membelinya sebanyak 10 bungkus.


"Banyaknya awak beli. Miss,  tak mahu beli apa-apa lagi?  kami ada akar kayu juga,  atau bulu manticore, tanah kubur?  " Pedagang itu tersenyum sambil menyerahkan bungkusan katak yang dibeli oleh Whisper.

"Tuan saya nak buat majlis makan malam untuk keluarga dia. And no,  tuan saya cuma minta belikan katak" Whisper tersengih.

Selalunya dia akan menggunakan nama Charlotte untuk menyembunyikan status diri.

"Baiklah. Tapi nanti kalau awak mahukan bekalan,  sila datang lagi. "

"Sure,  saya akan beritahu tuan saya tentang layanan baik awak. "

Pedagang wanita itu tersenyum mendengarkan pujian Whisper. Semua beliannya tadi dimasukkan oleh Whisper ke dalam pouch kecil yang dirantai pada pinggang.

Pedagang tadi sibuk melayan seorang pelanggan yang masuk ke dalam gerainya.  Whisper meneruskan perjalanan ke hadapan.

"Hello there,  berminat untuk palm reading? " Seorang Witch wanita berpakaian serba hitam menghadang perjalanan Whisper.


Gaun belah tepi yang dipakai menampakkan kakinya yang mulus panjang. Lambang yang tertera pada pehanya sengaja ditayangkan kepada Whisper.

"Sisters of Midnight? " Sebut Whisper.

Sisters of Midnight berasal dari coven yang tertutup untuk lelaki.  Semua ahlinya terdiri daripada gadis-gadis yang bersumpah tidak akan berkahwin untuk. menjaga kesucian diri.

" Clever girl. Saya tahu awak bukan sebarangan gadis. Buatkan saya rasa teruja untuk membaca rahsia takdir awak. Berminat? " Wanita itu menghulurkan tangannya yang bersalut sarung tangan hitam.

"Saya tak berminat , maaf" Tolak Whisper.

"Awak tak perlu bayar untuk kali pertama," Wanita itu tidak mahu melepaskan Whisper.

"Free? "

"Untuk awak. "

"Fine, " Whisper terus bersetuju. Asalkan sahaja dia tidak perlu membayar.

"Fantastic. Nama saya Pine. "

Wanita itu membawa Whisper ke dalam khemahnya yang berwarna putih. Puluhan lilin yang tergantung tanpa tali tersusun kemas di bahagian pintu masuk sehingga ke dalam khemah.

Di dalam khemah Pine juga, segalanya serba putih. Di bahagian ruang tengah disusun beberapa biji bantal dalam pelbagai saiz. Lilin putih tersusun secara menaik sehingga ke bumbung.

Dengan separuh paksa wanita itu menekan bahu Whisper untuk duduk di sebuah bantal baldu.  Dia kemudiannya duduk bersimpuh di hadapan Whisper.

"Hulurkan tangan. "Pinta Pine.

Lambat-lambat Whisper menghulurkan tangan kanan yng segera dipegang oleh Pine.

"Ah,  I see. " Pine membelek-belek tapak tangan Whisper.

"So? " Whisper memerhatikan gelagat Pine yang sekejap terkejut dan sekejap teruja.

"Amazing! saya tak sangka akan jumpa dengan seorang. Mungkin sebab itu aura awak lain daripada yang lain. "

"Sorry.  Saya tak faham. Apa yang lain? "

"Your destiny.  Saya nampak takdir awak bersilang dengan seorang dewi. Saya pernah dengar tentang ni tapi tak pernah melihatnya sendiri"

Whisper menarik tangannya daripada cengkaman Pine. " Maksudnya? "

"Awak sedang melarikan diri daripada takdir yang telah ditentukan oleh dewi bulan. Tapi,  awak tak boleh bersembunyi lagi. Takdir yang ditentukan untuk awak,  dia akan datang!" Jawab Pine dengan serius.

Jantung Whisper berdetak kencang.  Mendengar nama dewi bulan membuatkan dia menjadi panik.

Whisper terus bangun, memusingkan badan dan membuka langkah seribu meninggalkan khemah Pine.

Pine terkebil-kebil melihat Whisper melarikan diri seperti dikejar anjing gila. Tetapi kemudian dia ketawa kecil.

"Ah, kau boleh lari sekarang.  Tapi kita pasti akan bertemu semula nanti. "

Monday 20 August 2018

Prisoner of my heart 7

Angel mengambil keputusan untuk menemui rakan-rakan Akira di Healing Camp setelah gagal mendapatkan maklumat daripada Jaebum.

Menurut Mr. Sincere dan Rhea sendiri, Akira enggan menemuinya. Jadi,  siapakah yang ditemui oleh Rhea sepanjang dia ke sini?

"Macam mana awak dapatkan kebenaran untuk kita masuk ke dalam Healing Camp?  sedangkan sekarang bukan hari untuk melawat tahanan? " Angel menyoal Damian.

"Saya cakap dengan Ice,  dan Ice cakap dengan Ross. Tahu-tahu sahaja ketua pentadbiran Healing Camp hubungi saya dan maklumkan bahawa kita mendapat kebenaran untuk menemui rakan-rakan Akira di sini. " Damian tidak menyembunyikan rahsianya kepada Angel.

"Smooth. " Puji Angel.  Kadang-kadang dia bangga juga mengenali orang terkenal dan berkuasa seperti King Ross, Raja Iceland.

Mereka berdua dibawa oleh seorang pengawal ke sebuah bilik berkaca yang dilengkapi dengan set sofa kulit bewarna putih.

Bilik VVIP.

Beberapa buah majalah disusun di bawah meja kaca yang diletakkan di bahagian tengah.  Dari dinding kaca bilik keluarnya alunan muzik merdu yang menenangkan jiwa bagi mereka yang mendengar.

Tidak lama menunggu,  tiga individu memasuki bilik di mana Angel dan Damian berada. Spontan Damian berdiri di hadapan Angel. Dia tidak mempercayai tahanan yang merupakan rakan-rakan Akira ini.

Squid dan Jukoth terus duduk di sofa tanpa mengendahkan tentang Angel dan Damian. Selepas duduk di sofa, barulah mereka merenung Damian dan Angel dengan pandangan sinis.  Kaeto pula terkebil-kebil memandang Angel.

"Saya kenal awak. " Kaeto bersuara  sambil menunjuk ke arah Angel.

"What? " Angel terkejut.

"Awak kenal dia? " Tanya Damian.

"Kau kenal dia? " Jukoth dan Squid bersuara serentak.

Kaeto tidak menjawab soalan Squid dan Jukoth. Dia menghampiri mereka berdua terlebih dahulu. Jukoth mengesot ke tepi, memberi ruang kepada Kaeto untuk duduk.

Kaeto mengangkat tangan kepada Angel dan Damian. "Hai,  saya Kaeto.  Kalau saya boleh bersalam dengan awak,  saya dah lakukannya.  Tapi,  saya seorang seer.  Jadi untuk keselamatan anda, tolong maafkan saya kerana tidak dapat bersalam dan menyentuh anda. "

"Macam mana awak kenal saya?  kita pernah berjumpa ke? " Angel yakin dia tidak pernah bertemu dengan mana-mana Seer sebelum ini.

Namun kedua belah tangan Kaeto yang berbalut sarung tangan hitam menunjukkan lelaki itu mempunyai ciri-ciri seorang Seer.

Seer ialah individu yang boleh melihat visi mengenai kisah silam atau perkara yang akan berlaku dengan menyentuh seseorang.

Kaeto menggeleng. "Tidak.  Saya nampak awak masa tersentuh Rhea tempoh hari. "

Kaeto seterusnya menceritakan mengenai Rhea yang pengsan selepas menerima berita mengenai pemergian Akira. Rhea yang pengsan dirawat di klinik Healing Camp dan tersedar semula sejam kemudian.

"Nurse kata dia stress," Tambah Jukoth.

Selepas menyedari Angel merupakan kawan kepada Rhea dan Akira, Jukoth dan Squid tidak lagi memandang Angel dan Damian seperti ingin berperang.

"Sebab kapten seksa dia. " Balas Squid.

"Kapten? "Soal Damian.

"Akira.  Kami gelar dia kapten di sini. Hisy,  lepas kapten tak ada macam-macam hal terjadi di dalam Healing Camp ni. " Squid menjawab soalan Damian.

"Awak berdua datang sebab nak cari Rhea?  ayah dia pun ada datang tempoh hari.  Tapi,  kami cakap yang benar.  Kami tak tahu ke mana Rhea pergi.  Tentang kapten lagilah kami tak tahu. " Jukoth memberitahu Damian dan Angel.

Sama ada mereka mahu percaya atau tidak,  dia tidak peduli.  Paling penting dia mengatakan perkara yang sebenar.

"Duduklah.  Saya akan ceritakan pada awak berdua tentang visi yang saya nampak selepas tersentuh Rhea. " Pinta Kaeto kepada Angel dan Damian yang baru tersedar mereka sedang berdiri dari tadi.

Angel dan Damian segera mengambil tempat di hadapan mereka bertiga.

"Dengar ya? sebelum ini saya selalu tertanya tentang hubungan Akira dan Rhea. Kapten,  dia tak nak kami tanya yentang keengganan dia menemui Rhea setiap kali Rhea datang ke sini.  Dan, saya dah menemui jawapannya. Tapi saya juga menemui sesuatu yang lain. " Kaeto bersuara dengan nada misteri.

Jukoth dan Squid mengangguk dengan gaya yang membuatkan Angel dn Damian menjadi suspen. Angel dan Damian merasakan sepert mereka sedang mendengarkan cerita seram daripada Kaeto.

"Kuasa saya membenarkan saya melihat perkara yang berlaku beberapa jam sebelum seseorang itu disentuh oleh tangan saya.  Apabila saya tersentuh Rhea, saya nampak perkara yang berlaku sebelum Rhea datang ke sini"

"Apa yang jadi? "Angel tidak tahan menunggu penjelasan Kaeto yang lambat.  Sengaja betul lelaki ini membuat suspen sedangkan Angel tidak suka elemen surprise.

Mahu sahaja dia mencekik leher Kaeto agar lelaki itu memberitahunya dengan cepat.  Tidak perlu berucap seperti mereka sedang bercerita tentang spirit yang terawang-awang di dunia mencari mangsa untuk dibunuh.

Jukoth dan Squid menunjukkan wajah sedih.  Jukoth menekup muka dengan tangan kiri manakala Squid menyilangkan tangan ke dada dan menunduk.

"Rhea,  dia menangis dengan sangat teruk. Dia tahu kapten tidak akan menemuinya,  tapi dia masih berdoa agar kapten akan berubah hati. Walaupun untuk sekali ini sahaja. Rhea tidak datang kerana perasaan bersalah seperti yang kapten sangkakan. Rhea datang sebab dia benar-benar rindukan kapten. I wish I can tell him that" Kaeto menunjukkan wajah kesal.

"Hah,  you wish. Ke mana kapten pergi pun kita tak tahu." Squid menambah rasa kesal di hati Kaeto.

"Awak tahu kenapa Akira enggan jumpa Rhea? " Soal Angel.

"Duh, kami mana berani tanya kapten pasal hal dia dengan Rhea.  Keyword is,  kau boleh kutuk atau hina dia. Sikitpun dia tak kisah. Tapi kalau kau tanya pasal Rhea, better you dig your own grave, " Terang Jukoth.

"Dan kami belum kahwin untuk mati. " Squid ketawa dengan Jukoth sebelum mereka membuat high five.

Angel tabik kepada Akira.  Kenapalah dia tidak boleh mencari Kawan-kawan yang normal?


          Damian melirik Angel yang mendiamkan diri sejak mereka pulang dari Healing Camp dan pulang ke rumah. Dia tidak tahu perkara yang sedang difikirkan oleh Angel.

Esok mereka berdua akan ke rumah
Mr. Sincere untuk menziarahi isterinya yang jatuh sakit kerana memikirkan tentang kehilangan Rhea.

Angel melentokkan kepala ke bahu Damian. "Call me crazy. Tapi, saya rasa kesian dengan Rhea."

Damian mengambil tangan Angel dan membawanya ke dalam genggaman.
Dia tidak suka Angel melabelkan diri sebagai gila.

"You think so?  saya rasa awak punyai hati yang bersih dan suci sebab sudi tolong cari orang yang pernah buli awak dulu.  Now,  tell me this, kenapa awak kesian pada Rhea? "

Angel mengeluh. "Awak tahu bila saya sedar yang saya cintakan awak? "

Damian kaget.  Dia tidak pernah terfikir tentang hal itu.
"Err,  tak. "

"Well,  saya sedar yang saya cintakan awak masa kali terakhir kita bertemu di Iceland dulu.  Awak ingat?  saya tengah minum di cafe dan awak datang untuk ucap selamat tinggal"

Damian menguatkan lagi genggaman tangan mereka.  Masakan dia boleh lupa saat pahit itu. Sungguh dia terseksa mengenangkan Angel yang akan kembali ke Dry Land.

"Of course. Awak tak tahu saya separuh nyawa fikir sama ada kita akan bertemu lagi atau tidak selepas awak pergi" Luah Damian.

"Saya pun sama.  Dan untuk dua tahun selepas tu, saya masih tak dapat lupakan awak.  Saya berusaha sibukkan diri dan menganggap awak sudah pun bahagia dengan Clara. Tapi rupanya saya menipu diri sendiri. Awak bukannya seseorang yang sekadar melintas di hati saya.  Tapi awak datang dan telah tinggalkan satu kesan yang tidak dapat dihilangkan. Kalau difikirkan balik,  Rhea pun lakukan perkara yang sama macam saya."

"Maksud awak,  Rhea sibukkan diri dengan kedai dia.  Tapi, sebab Akira ada dekat dengan dia menyebabkan dia tidak dapat tinggalkan Akira. " Damian dapat menangkap maksud yang ingin disampaikan oleh Angel.

"Ya.  Dan sekarang Akira dah tak ada. Awak rasa macam mana Rhea nak hadapi semua ini? dia dahlah tak ada kawan." Angel risau.

Manalah tahu Rhea hilang pertimbangan dan mengambil keputusan untuk membunuh diri.

Lalu bagaimana agaknya Mr. Sincere dan Mrs. Sincere akan menerima perkara itu nanti ?

Damian mengucup rambut merah Angel sebelum berbisik di telinga gadisnya itu.
"We will find her. "


***

Rhea melangkah turun dari perut teksi selepas membayar tambang. Beg sederhana besar yang dibawanya separuh diheret oleh Rhea. Dia benar-benar letih kerana baru sahaja pulang dari Negara Tanah.

Dia telah ke sana untuk mendapatkan bekalan benih bunga yang baru untuk kedainya selain mengikuti kelas pendek berkenaan tumbuh-tumbuhan berbunga.

Suasana sunyi menyambut kepulangan Rhea ke rumah. Ruang sekangkang kera ini terlihat sejuk dan kosong bagi Rhea.

Sungguh sunyi dan sepi. Seperti hatinya.

Rhea meletakkan beg sederhana besar yang dibawanya ke Negara Tanah di atas lantai.  Suis lampu dibuka sebelum dia menyeret kaki ke katil single yang terletak berhampiran dengan bahagian dapur.

"I'm home. " Bisik Rhea.

Betapa dia mengharapkan agar ada suara yang membalas dengan ayat 'welcome back'.

Rhea memandang lesu ke arah kotak putih pemberian Akira di atas meja makan. Selepas dia pulang dari Healing Camp tempoh hari, dia bergegas menuju ke Negara Tanah bersama Nature Angel yang lain.

Ada hikmah juga dia menawarkan diri untuk mengikuti kursus pendek ke Negara Tanah itu beberapa minggu sebelum dia melawat Akira sebulan yang lepas.

Sekurangnya dapat juga dia melarikan perhatian daripada memikirkan tentang Akira secara berterusan.

Rhea bangun untuk mengambil kotak pemberian Akira. Kotak tersebut dipegang dengan menggunakan sebelah tangan. Rhea membuka pintu rumahnya, berjalan menuju ke arah tapak himpunan sampah-sarap.

Titisan air mata terjatuh ke atas kotak putih yang dipegang oleh Rhea. Rhea mengesat air matanya dengan belakang tangan. Kotak itu kemudiannya ditinggalkan oleh Rhea ke dalam tong sampah besar bewarna hijau dengan lambang kertas di bahagian tengah.

"Goodbye, " Bisik Rhea. Sambil memeluk tubuh,  beliau kembali berjalan ke belakang dan menuju ke rumah.

Sebaik tubuh Rhea menghilang, satu bayangan muncul di kawasan sampah-sarap.  Bayangan tersebut meluncur ke bawah dan mendekati kotak putih yang ditinggalkan oleh Rhea. Tanpa berfikir panjang,  tangannya mengambil kotak tersebut ke dalam pangkuan.

"Akira, " Nama itu terpacul di bibirnya selepas membaca nama Akira yang terpampang besar pada bahagian penutup kotak. "Interesting"

***

Tidur Akira terganggu. Entah mengapa dia terjaga dengan tiba-tiba. Dalam suasana kelam dia melihat Youngmin yang sedang nyenyak tidur. Youngmin tidur mengiring dengan kedua belah tangannya diketakkan di bawah pipi. Youngmin kelihatan seperti seorang puteri sedang beradu. Puteri beradu yang memakai topeng mata untuk tidur.

V pula tidur meniarap di bahagian tengah katil.  Sebelah kakinya yang panjang tergantung di atas penghadang katil.  Selimut nipisnya terdampar di atas lantai berserta sebiji bantal putih.

Akira menyelak selimutnya ke tepi.  Dia bangun dari katil selepas pasti rasa mengantuknya tidak akan kembali.

Sebaik kakinya mencecah lantai,  Akira mendengar satu bunyi dentingan di dalam fikiran.  Untuk seketika dia terasa ingin pengsan akibat kuatnya bunyi yang didengari.  Akira menyedari bahawa dentingan ini datang dari barrier yang menjaga sempadan kampus.

Dentingan ini membawa satu makna sahaja.  Ada sesuatu atau seseorang telah menceroboh kawasan sempadan kampus.

"V!  Youngmin!  we got company! " Jerit Akira.

Prisoner of My Heart 6

"Im Jaebum!"

Jaebum yang sedang meriba seorang gadis mengalihkan kepala ke arah suara yang memanggil.  Rasa terkejut jelas terpancar di wajah Jaebum.  Namun rasa terkejut itu hilang setelah dia melihat lelaki yang berdiri di sebelah gadis berambut merah itu.

Selepas tiga tahun, Angel masih tidak berubah pada pandangan Jaebum.  Masih sama seperti dia melihat Angel di Sky Realm untuk pertama kali sebagai Guardian Angel.

"Angel,  what a pleasant surprise. Let me guess, kau ikut anak jagaan kau ke sini? "

Im Jaebum sengaja menyakiti hati Angel.  Kalaupun betul Angel sedang bertugas,  dia tidak akan datang ke sini dengan seorang lelaki.

"Aku nak tanya kau sesuatu, "

"Aku sibuk.  Datang balik nanti"

Im Jaebum menjatuhkan mukanya ke leher gadis yang berada di ribaannya.  Angel mencekak pinggang, geram apabila tidak diendahkan oleh Jaebum.

Gedegang!

Meja kaca separas lutut di hadapan Jaebum ditendang oleh Angel. Gadis di dalam ribaan Jaebum menjerit nyaring. Jeritannya menyebabkan dua orang pengawal kelab malam menerpa ke arah Angel.

"Sayang,  step aside please. " Tanpa menunggu kedua-dua orang pengawal kelab malam tadi Damian terlebih dahulu memulakan serangan ke arah mereka.

Dalam masa sesaat,  Damian menyalurkan tenaga kuasanya ke hujung tangan.  Dia menggenggam tangan sebelum menghadiahkan penumbuk sulung ke dada pengawal lelaki yang mara ke arah Angel.

Penumbuk Damian yang bersalut ais menyebabkan pengawal tersebut terundur beberapa langkah ke belakang.  Jantungnya bagaikan berhenti mengepam darah secara tiba-tiba.

Sedang dia tercungap menarik nafas,  Damian menggunakan lutut untuk menghentam perut pengawal tersebut menyebabkan lelaki itu tersungkur ke belakang.

Pengawal kedua maju menerkam ke arah Damian. Tujahannya menyebabkan dia dan Damian sama-sama jatuh,  merempuh pelanggan kelab malam yang berdekatan.

Jeritan wanita yang takut dan suara lelaki yang memberi sokongan melatari suasana. Angel menjerit ketika pengawal tadi berjaya menumbuk pipi kiri Damian sebelum tangannya mencekik leher Damian.

Angel memetik jari,  mengeluarkan anak panah halimunan yang kecil.  Dia melastik anak panah tersebut ke arah pengawal kedua yang berada di atas badan Damian.

Suasana kelam membuatkan tiada sesiapa yang melihat anak panah di tangan Angel. Tahu-tahu sahaja pengawal yang menyerang Damian kaku sebelum terkulai layu.

Damian menolak badan pengawal tersebut dengan kasar.  Berdegang kepala pengawal yang ditolak mengenai lantai.  Damian pasti pengawal itu akan bangun dengan benjol di kepala.  Mungkin juga migrain untuk beberapa hari.

Keriuhan yang berlaku lerai selepas kedua orang pengawal tadi tidak bergerak.
Damian segera bangun dari lantai dan mendapatkan Angel.

 "Are you okay? "Tanya Damian sedangkan dia yang telah bertarung sebentar tadi.

Angel memegang pipi Damian. Hujung bibir lelaki itu yang luka menyebabkan darahnya mendidih. Angel berpaling ke arah Jaebum yang masih berada di tempatnya.

"What about now? " Kata Angel berbaur ancaman.

Jaebum menolak gadis yang berada di sebelahnya tadi. Dengan isyarat mata dia meminta agar Angel mengikutnya. Angel memegang tangan Damian dan menarik lelaki itu agar mengikut.

Jaebum membawa Angel dan Damian memanjat tangga untuk ke pejabatnya yang terletak di tingkat atas kelab malam terbabit.

Sebaik tiba di pintu, Jaebum menjeling ke arah Damian.

"Dia tak boleh masuk, "Halang Jaebum.

Damian pantas memeluk pinggang Angel. "The hell tak boleh"

"Why not? " Tanya Angel. Dia juga tidak setuju dengan permintaan Jaebum.

"Aku tak percayakan dia, "

Angel meletakkan tangannya ke dada Damian yang mahu menapak ke arah Jaebum.

"Then, kita boleh bercakap di sini. " Angel. membuat keputusan.

Jaebum geram. Dia membuka pintu pejabatnya luas-luas, membiarkan Angel dan Damian menjemput diri sendiri untuk masuk ke dalam. Kakinya memanjang ke belakang meja hitam berkilat sebelum duduk bersandar di sebuah kerusi kulit.

"Fine. Kau nak cakap tentang apa?"Tanya Jaebum tanpa mempelawa Angel dan Damian untuk duduk.

Seperti Damian, Angel juga tidak teringin untuk duduk di kerusi yang disediakan di hadapan meja. Mereka berdua berdiri tegak di hadapan meja Jaebum.

Angel membaca tag nama di atas meja.

'Im Jaebum,  manager'.

"Kau dah jadi pengurus?"Soal Angel.

Im Jaebum menggaru kasar belakang kepalanya dengan kedua belah tangan.  "Kau belasah dua orang pengawal aku sebab nak tanya soalan ni? "

"Aku akan belasah sedozen pengawal kau kalau perlu untuk dapatkan soalan. But no,  itu cuma side question," Balas Angel.

Jaebum mengerling menyampah. "Masa aku jadi pembantu putera Sean,  orang hormat aku.  Lepas jadi manager kelab ni,  orang puja aku. " Jaebum tersengih bangga.

Kini giliran Angel pula menjeling menyampah.

"Apa-apa sajalah.  Anyway,  aku nak tanya kalau kau tahu apa-apa pasal Rhea? " Angel tidak mahu membuang masa lagi melayan Jaebum.

Jaebum mengerutkan dahi. "Rhea? "

"Yup.  Dia hilang dah dekat dua minggu. "Angel memaklumkan Jaebum.

Jaebum menyandarkan kepala ke kerusi.  "Dah tu apasal kau cari dia kat sini? "

"Kau kawan dia,  remember? "

Im Jaebum pantas mengangkat kedua belah tangan. "Wait,  aku tak ada kaitan dengan dia. Rhea dengan aku dah lama tak berhubung. "

"Apa maksud kau?  bukan korang kawan ke? "

"Dulu,  sebelum Akira kena tangkap. Lepas kejadian tu, Rhea yang menyepikan diri.  Tak habis-habis salahkan diri dan cakap yang dia perlu bantu Akira.  Dan aku ingatkan dia sukakan aku, " Geleng Jaebum dengan sengihan gatal.

"Well,  nampaknya tak semua orang puja kau.  So sad, "

Sengihan Jaebum mati. Damian tidak segan silu untuk menyembunyikan ketawanya. Angel mengukir senyuman sinis.

"Aku tak tahu menahu langsung perkembangan tentang dia. I can't help you.  Tapi,  aku takkan terkejut kalau dia menghilang. She is one crazy bitch"

"Maksud? "

"Rhea,  lepas Akira kena tangkap dia dah tak sama macam dulu. Dia dah jadi seorang yang membosankan. So what kalau Akira ditangkap?  bukannya ada orang paksa dia untuk kacau tugasan kau. Dia marahkan aku dengan Tae Min lepas tu.  Salahkan kami sebab tak ambil berat pasal Akjra.  And after that,  she's gone. "

Angel mulai risau akan Rhea. Ke mana gadis itu pergi?

"Taoi,  kenapa kau sibuk nak cari dia? kau tak ingat apa yang dia dah buat pada kau? "Tanya Jaebum pelik.

Umtuk seseorang yang pernah menjadi mangsa buli,  agak pelik melihat Angel sanggup mencari Rhea sehingga ke kelab malamnya ini.

"Aku cari dia demi Mr. Sincere dan untuk bayar hutang lama pada seseorang.  And no,  aku belum lupa apa yang korang pernah buat pada aku. "

Angel menajamkan mata ke arah Im Jaebum. Lelaki itu menunjukkan wajah selamba. Pura-pura tidak mengerti bahawa dia adalah ketua dalam membuli Angel sewaktu mereka kecil dulu.

"Good luck. " Jawab Jaebum sepatah.
Dia jelas tidak mahu tahu tentang Rhea atau Angel.

"Kau tak kisah dia hilang? "

"Look, aku ada beberapa kelab malam untuk dijaga daripada risaukan tentang Rhea. Lagipun, buat apa aku nak hairan dengan dia sedangkan beratur gadis-gadis lain untuk menemani aku. " Kata Jaebum. Angel terasa menyesal kerana menanyakan soalan itu kepada Jaebum.

"Okay. Thanks anyway " Angel mengangguk kepada Damian sebagai isyarat.

Sedar bahawa Jaebum memang tidak tahu menahu tentang kehilangan Rhea,  Angel dan Damian tidak mahu berterusan menghadapi Jaebum dengan sikapnya yang bongkak.

Sambil berpegangan tangan,  mereka berdua mengangkat kaki dari pejabat Jaebum.

"Kenapa awak tak beritahu saya
awal-awal? " Tanya Damian tidak puas hati.

"Beritahu apa? "

"Yang dia pun buli awak juga macam
Rhea? " Balas Damian dengan muka masam.

Angel mengeluh. " Actually, dialah ketuanya yang membuli saya, "

Angel menjerit dan mengekek ketawa ketika Damian mahu masuk semula ke dalam kelab malam Im Jaebum.  Angel memeluk pinggang Damian erat-erat.

Bimbang jika dilepaskan, Jaebum akan bangun di hospital esok.

"Lepaskan saya,  sayang.  Biar saya bagi peringatan dekat dia. " Marah Damian.

Angel memegang bibir Damian yang mula bertukar warna biru.

"Awak nak saya ubatkan bibir awak tak? " Tanya Angel dengan nada manja menyebabkan kemarahan Damian mula surut sedikit.

"Nak. " Balas Damian suka.

"Then, jangan marah-marah," Jegil Angel.

***

Akira merebahkan badan ke bantal.  Melepaskan lelah selepas seharian berada di kampus.

Youngmin,  rakan sekuliahnya masih berada di meja belajar. Rakannya yang seorang ini masih belum berjaya menguasai alarm spell.

Sungguhpun begitu,  dia kagum dengan kesungguhan Youngmin yang tidak pernah kenal erti putus asa.

"Holla, you are my dirty man. " V atau nama sebenarnya Kim Tae Hyun menggosok kepala Youngmin  yang sedang khusyuk mempelajari alarm spell.







              Youngmin from Boyfriend


                             V from BTS

Tuala putih di atas kepalanya digunakan oleh V untuk menggosok rambutnya yang basah.

Akira mengekek ketawa apabila Youngmin membetulkan rambutnya yang audah kusut.  Nasiblah Youngmin  sebab selalu menjadi mangsa gurauan teman-teman yang lain.

V merupakan lelaki Shape-shifter dari bangsa Werewolf. Dia tidak mempunyai kuasa magis,  tetapi direkrut oleh agensi kerana faktor fizikal.

Sama seperti Akira,  mereka yang terpilih ke tempat ini dihantar untuk menjalani latihan sebagai Enforcer, iaitu seseorang atau satu kumpulan yang memaksa pematuhan undang-undang atau peraturan atau kewajipan.

Akira direkrut kerana kepintaran dan Youngmin ,  mungkin kerana kesungguhan beliau dalam pelajaran.

V tidak mempunyai kelas yang sama dengan Akira dan Youngmin.  Tetapi disebabkan mereka bertiga diletakkan dalam bilik yang sama membuatkan ketiga-tiga mereka rapat antara satu sama lain.

"Kira, Our turn tonight. Awwww!" V membuat laungan serigalanya. Dia tidak sabar mahu melepaskan serigalanya ke dalam hutan.

"Youngmin, mahu ikut? " Ajak Akira.

Malam ini giliran dia untuk membuat alarm spell di sempadan kawasan kampus dan memasang barrier.

"Come on bro.  Setakat bawa korang berdua aku no hal. " V menunjukkan lengannya yang lurus dan sekeping itu.

Youngmin  membetulkan kaca mata yang terletak kemas di batang hidung. "Malam ni? "

"Yes.  Kau kena belajar praktikal juga baru mahir. " Ujar Akira.  "Jomlah,  aku ajar kau"

Mata Youngmin bersinar-sinar.
"Okeh,  jom! "

Youngmin menutup buku teks spell yang dibacanya tadi.  Buku tebal volume 1 itu dimasukkan ke dalam beg galas bewarna hitam. 

V membuka seluar jeans yang dipakai menyebabkan Youngmin menjerit marah dan Akira ketawa lagi.

" Baju kau bukan dah intact dengan spell ke? " Youngmin mengerutkan dahi.

Seingatnya pakaian V sudah dikenakan spell supaya lelaki itu tidak perlu menanggalkan baju atau membeli baju baru setiap kali beliau berubah kepada bentuk serigala.

"Ala,  sorrylah. Terlupa yo,  terlupa"

V mengeluarkan serigalanya, Speed, setelah mereka berada di perkarangan kampus bahagian selatan. 

Youngmin  dan Akira memanjat belakang badan Speed.  Perjalanan mereka mengambil masa selama setengah jam untuk tiba ke kawasan sempadan, merentasi kawasan hutan belantara.

Setibanya di kawasan sempadan,  Akira dan Youngmin menuruni bahagian belakang Speed.  Serigala itu terus merebahkan badan ke atas rumput dengan malas. Tugasnya hanya membawa Akira dan Youngmin ke sempadan.

Akira segera melakukan tugasnya memasang alarm spell.  Pertama sekali, beliau memasang Barrier bagi mengelakkan kawasan kampus diceroboh oleh tetamu yang tidak diundang.

"Kau ingat lagi tentang barrier ni? " Tanya Akira walaupun dia tahu kekuatan Youngmin terletak pada ingatan.

Dari segi teori Youngmin memang tiada masalah.  Tetapi dari segi praktikal,  Youngmin memerlukan masa yang lebih lama untuk menguasai sesuatu spell.

Kerana itulah Youngmin masih mempelajari spell tahap pertama tetapi sudah tahu mengenai spell tahap keenam.

"Dinding barrier ke berapa? " Tanya Youngmin  terlebih dahulu.

Akira tersenyum. Dia sudah mengagak Youngmin akan mengutarakan soalan itu.

"Barrier ke berapa kalau untuk sempadan?"

"6" Jawab Youngmin dengan yakin.

"10 point for you gryffindor. Now explain"

Akira memulakan barrier ke-6. Kedua tangannya dihalakan ke hadapan sambil dia fokus membina barrier halimunan yang tidak kelihatan di mata kasar.

"Dinding barrier ke-6 mengandungi bilah tajam yang dibina daripada tenaga ajaib.  Ketebalannya boleh mencecah sehingga 5 kaki tebal dan mencapai sehingga 20 kaki. Barrier ini mempunyai tiga barisan dan mampu bertahan sehingga seminggu jika tidak dirosakkan oleh penceroboh,  bergantung pada tahap kerosakan yang dihadapi. "

Akira mengambil masa selama 10 minit untuk membina barrier ke-6. Selepas selesai,  beliau memusing-musingkan bahunya terlebih dahulu.  Melegakan ototnya yang kejang. Youngmin menyaksikan cara Akira membina barrier.

Menggunakan kuasa magis bukan sesuatu yang mudah.  Silap langkah,  kuasa magis boleh memakan diri sendiri.

"Sekarang terangkan pasal alarm spell"

Youngmin mengingati semula alarm spell yang baru dibacanya tadi. 

"Alarm spell sama seperti land mine. Musuh tidak akan nampak sehingga mereka sudah terpijak bom berkenaan. Alarm spell mempunyai dua cara. Pertama ialah secara mental.  Dan kedua secara bunyi.  Kalau secara mental alarm spell akan menghantar isyarat terus kepada si pemasang dalam masa sesaat manakala secara bunyo bermakna si lemasang akan mendengar bunyi berterusan sehingga 10 minit. " Panjang lebar Youngmin menerangkan pengetahuannya.

"Masa yang diperlukan?" Tanya Akira lagi.

"Seminit, "

"Right and aku dah selesai. " Beritahu Akira. 

Youngmin meletakkan tangan kanannya ke hadapan. Satu bayangan bewarna putih hitam bergoyang-goyang seperti sebuah asap,  menandakan wujudnya barrier spell di situ. 

Speed mengeluarkan bunyi serigalanya.  Dia sudah berdiri di atas empat kakinya dengan kaki belakang dibengkokkan ke dalam. Akira memanjat belakang Speed.

"Yalah, nak baliklah ni," Ujar Youngmin  yang mengerti Speed dan juga V mahu segera pulang ke bilik.

Youngmin memanjat belakang Speed. Belum sempat dia memegang bulu Speed yang coklat kemerahan,  Speed sudah memulakan larian untuk pulang.

"Speed,  perlahan sikit! aku benci kau V!" Jerit Youngmin.

Prisoner Of My Heart 5


Dia tahu ada sesuatu yang tidak kena apabila melihat Kaeto yang muncul. Rhea tetap mengukirkan senyuman manis.

Rhea cuba menenangkan dirinya sendiri. Bukanlah perkara biasa jika Akira menghantar rakan-rakannya setiap kali dia datang untuk menemui lelaki itu.

Kalau bukan Jukoth,  mesti Squid.  Dan sekarang Kaeto pula yang menjadi mangsa terbarunya. Rhea tidak tahu bilakah masanya dia akan dapat menemui Akira.

Begitu banyak yang hendak dia katakan kepada Akira sepanjang tiga tahun ini.  Tapi,  semua itu hanya dapat dilakukannya menerusi surat yang diutuskan untuk Akira.

"Hai Kaeto.  Ini saya bawakan bekal untuk awak. Jukoth dan Squid." Rhea meletakkan bekas bertingkat ke atas meja.

"Thanks Rhea. " Kaeto mengambil bekas yang diberikan Rhea kepada pengawal.

Setiap pemberian daripada tetamu yang datang menziarah di Healing Camp akan diperiksa terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang senjata yang membahayakan dibawa masuk ke kem tahanan.

"Mana Jukoth dengan Squid? "

Rhea tahu mereka berdua tidak mungkin bertemu dengan keluarga masing-masing. Dia sedia maklum tentang Jukoth dan Squid telah dibuang dari keluarga. 

Akira pula sudah kehilangan ibu dan bapanya di dalam pertarungan dengan makhluk dark creature bertahun dahulu.

"Ada di belakang." Kaeto bermain dengan ibu jari. Dia menjadi gabra pula hendak menyampaikan berita ini kepada Rhea.

"Oh,  and Akira?  dia sihat? "

Kaeto berhenti bermain dengan ibu jari. Gabra ataupun tidak, dia perlu menyampaikan amanat yang telah diberikan.

"Err, Rhea.  Saya ada benda nak sampaikan pada awak. Saya harap awak tabah mendengarnya. "Kaeto memandang tepat ke arah Rhea.

Rhea menelan liur.  Wajah serius Kaeto menyebabkan dia terasa takut.

"Ada apa-apa berlaku pada Akira ke? " Rhea mulai panik. Memang sejak beberapa hari ini dia menjadi susah hati.

Semua kerjanya terbengkalai. Dia tidak dapat fokus seperti ada petanda sesuatu yang buruk bakal berlaku.

Melihatkan kerisauan Rhea,  timbul rasa simpati di dalam diri Kaeto.  Nampak sangat Rhea betul-betul sayangkan kapten.  Tapi,  kapten boleh pula dengan keras hatinya mengecewakan Rhea.

"Tunggu sekejap ya? " Kaeto bangun,  menuju ke arah seorang pengawal yang sedang duduk di kaunter pemeriksaan. Pengawal yang memakai uniform hitam itu mengangguk sebelum berlalu ke almari yang terletak di bahagian belakang kaunter.

Sebuah kotak kosong bewarna putih diambil dari almari dan diberikan oleh pengawal tersebut kepada Kaeto.  Kepala Rhea bergolak dengan pelbagai persoalan apabila Kaeto membawa kotak tersebut kembali ke meja.

"Rhea,  ini kotak barangan peribadi kapten. Sebelum awak tanya apa-apa, tolong biarkan saya jelaskan semua perkara dulu."Kaeto meletakkan kotak tersebut di atas meja dan duduk semula di kerusinya.

Rhea tidak mampu bersuara.  Dia hanya memandang kaku ke arah Kaeto. Mengambil kira hal itu sebagai isyarat, Kaeto memulakan penceritaan.

"Kapten, dia dah tak ada di Healing Camp.  Bukannya bermaksud dia dah mati. Tapi dia dah keluar daripada Healing Camp dengan syarat di bawah pengawasan. "

Kaeto mematikan penceritaan. Dia merenung Rhea. Gadis itu masih seperti tadi.  Masih diam tanpa emosi. Selepas beberapa saat,  Kaeto kembali meneruskan berita yang perlu disampaikan.

"You see,  disebabkan kapten berkelakuan baik dan dia pelajar terbaik di sini,  ada satu agensi yang menawarkan dia biasiswa untuk meneruskan pelajaran. Kapten,  dia anggap benda ni sebagai satu peluang yang tidak patut disia-siakan. Jadi,  dia dah
pergi...minggu lepas. " Kaeto berhenti,  mencari reaksi Rhea.

Rhea menundukkan pandangan ke meja.  Tangannya menggenggam kuat hujung skirt yang dipakai.

Jadi, sebab itukah Squid dan Jukoth enggan menemuinya hari ini?

"Rhea, are you okay? " Soal Kaeto risau dengan tahap penerimaan Rhea terhadap pemergian Akira.

Rhea mengangguk. "Ke mana...dia pergi? "

"Kami pun tak tahu.  Agensi ni menggunakan khidmat orang tengah.  Tapi,  berdasarkan cerita kapten kami pasti agensi yang menawarkan biasiswa kepada dia bukan orang sebarangan. Memang sayang kalau kapten lepaskan peluang ni. "

Rhea mengangguk lagi. Dia faham segalanya. Dan dia bersetuju dengan kata-kata Kaeto. Akira berhak mendapatkan peluang itu.

Jika dia tahu mengenai berita ini dari awal,  dia juga akan menggalakkan Akira untuk pergi. Akira, walaupun nakal dan banyak menimbulkan masalah, dia merupakan 'brain' dalam kalangan kumpulan mereka dahulu.

"Akira suruh awak beritahu saya ke?  atau awak sendiri yang nak beritahu pasal hal ni sebab tak smpai hati nak biarkan saya dalam kegelapan?" Rhea dapat merasakn hatinya hancur seribu.

Sampai hati awak, Akira.

"Kapten yang suruh saya sampaikan. Dia tak sempat nak jumpa Rhea untuk beritahu sendiri. "

"Walaupun Sekejap? selama tiga tahun, saya tak pernah berhenti melawat dia.  Hanya satu hari,  dia tak boleh peruntukkan masa untuk saya? "

Kaeto terus terdiam, kembali bermain dengan ibu jari. Selalunya dia akan memakai sarung tangan tetapi hari ini sarung tangannya dibasuh setelah terkena hingus Jukoth.

Demon itu menangis tidak berhenti mengenangkan pemergian Akira. Squid yang bendul menghulurkan sarung tangan Kaeto kepada Jukoth setelah mereka kehabisan tisu.

"Kapten...entahlah.  Saya pun tak tahu jawapan untuk soalan tu." Jawab Kaeto.

"Boleh beritahu saya sesuatu tak? " Tanya Rhea.

Kaeto mengangguk. "Boleh,"

"Akira,  adakah dia bencikan saya? "

Kaeto ternganga.  Dia menggaru lagi pipinya dengan ibu jari.  Sebetulnya dia tidak tahu sangat mengenai Akira dan Rhea.

Cuma yang dia pasti Rhea adalah wanita yang menyebabkan Akira tercampak ke dalam Healing Camp ini.  Keengganan Akira untuk menemui Rhea setiap kali gafis itu datang melawat menguatkan lagi andaiannya.

"Jukoth dengan Squid pernah pesan,  jangan tanya kapten pasal awak.  Itupun kalau saya tak nak hilang kepala. " Beritahu Kaeto.

Kata-kata Kaeto membuatkan Rhea tersedar daripada mimpi. Akira,  lelaki itu sudah menunjukkan dengan jelas bahawa dia tidak mahu mempunyai kaitan dengannya lagi.

Tetapi dia yang masih berkeras.  Masih mengejar lelaki itu sehingga Akira akhirnya nekad untuk pergi menjauh.

So,  this is it. he's done with me,  huh?

"So,  urm...okay.  Thanks Kaeto sebab beritahu." Rhea mengambil tas tangan di atas meja. 

"Rhea," Panggil Kaeto ketika Rhea bangun dari kerusi. Dia menghulurkan kotak putih yang berisi barangan peribadi Akira kepada Rhea.
"Kapten,  dia minta supaya kotak ini diserahkan kepada awak. "

Rhea mengetap bibir. Matanya berkaca melihat kotak putih yang berada di tangan Kaeto. Tanpa mengambil kotak itu dia berpaling ke belakang.

Baru dua langkah berjalan,  Rhea merasakan pandangannya menjadi kelam.  Dadanya sesak dan sakit setiap kali dia cuba menarik nafas.

"Rhea! " Jeritan Kaeto dan sentuhan tangan lelaki itu merupakan perkara terakhir yang diingati oleh Rhea sebelum segalanya menjadi gelap dan sunyi.

***

"Sayang,  apa kata kita order take out? " Laung Damian dari dapur.

Angel yang sedang terlentang di hadapan kaca televisyen ketawa mendengarkan pertanyaan Damian.

"Tak nak.  Saya nak makan homecook meal"

"Fine,  how about spaghetti? " Suara Damian kedengaran mendekati ruang tamu sebelum dia terpacul dari sebalik dinding yang memisahkan bahagian dapur dan ruang hadapan.

"Hurm, okay.  Nak daging ya,  sayang" Setuju Angel. 

Damian mengenyitkan mata kanannya membuatkan Angel tersenyum. Tiga tahun bersama Damian dan semakin hari semakin bertambah rasa sayangnya kepada lelaki itu.

Yup, still in love and still counting.

Angel ketawa lagi.  Siapa sangka lelaki playboy terkenal di Iceland academy dahulu bakal menjadi miliknya?

"What? " Tanya Damian apabila Angel ketawa dengan tiba-tiba.

"I just remember something," Angel jungkit bahu.

"Ya,  apa? "

"That I love you, " Angel mengenyitkan matanya kembali ke arah Damian.

"Hurm, you know. Spaghetti tu mungkin kena tunggu lama sikit. "Damian berjalan perlahan-lahan ke arah Angel lagaknya seperti seekor harimau yang mengendap mangsa.

Angel menggigit bibir bawah. "Too bad, "

Serentak itu loceng rumah mereka berbunyi nyaring, mengganggu sesi pikat memikat antara mereka berdua.  Damian drastik menghentikan langkah. Dia mencekak pinggang manakala Angel ketawa kuat melihat wajah frust Damian.

"Laugh while you can.  Lepas makan siap awak. "

"Urghh,  pergilah buka pintu," Angel menjeling manja ke arah Damian.

Damian bergerak ke depan.  Angel memasang telinga, mencuri dengar suara yang tidak kedengaran jelas.  Damian munchl semula. dengan wajah serius.  Angel terus terbangun dari pembaringannya.

"Sayang,  nampaknya spaghetti tu benar-benar kena tunggu lama sikit. Mr.  Sincere ada kat sini.  Dia nak jumpa awak. "


          Angel dan Damian saling memandang antara satu sama lain.  Sejak tiba ke sini, lelaki itu bersikap agak pelik.

Dia menolak tawaran Angel untuk menyediakan air minuman,  meminta Damian supaya duduk sekali di ruang tamu ini ketika Damian meminta diri untuk ke dapur dan selepas itu diam seribu bahasa.

"Tuan, Oh Tuan Sincere. " Panggil Angel.

Mr. Sincere mengangkat wajah dari tangannya yang diletakkan di atas peha. 

"Ya? "

"Ada apa tuan datang ke mari? " Tanya Angel. 

"Oh,  tentang tu. " Dan Mr. Sincere kembali diam. 

Angel pandang Damian lagi.  Lelaki itu mengangkat bahu.  Manalah Damian tahu perkara yang berlaku kepada Mr. Sincere.

Angel menjegilkan mata.  Damian tidak takut,  malah dia suka betul apabila Angel membesarkan matanya begitu.

"Mr. Sincere,  ada apa-apa ke yang boleh kami tolong?" Damian mengalah.  Lagi lama Mr. Sincere di sini,  lagi lamalah mereka boleh makan spaghetti. Dan lagi lamalah dia dan Angel....

"Saya minta maaf kalau kedatangan saya menganggu awak berdua. Saya datang sekejap sahaja."

"Tuan, " Angel menghentikan bicara Mr. Sincere.

Yup,  Mr. Sincere memang pelik hari ini.

"Maaf.  Sebenarnya saya memang perlukan pertolongan." Akui Mr. Sincere.

"Kenapa tuan? " Tanya Angel tidak sabar.
         
"Tentang Rhea. "

Angel tersentak. Rhea? 

"Oh, kenapa dengan Rhea?"

Damian perasan perubahan dalam suara Angel. Nada Angel mengandungi sesuatu yang berat dan sejuk.  Dia merenung Mr. Sincere dan Angel bersilih ganti.

"Rhea dah lama tak balik rumah. Maksud saya,  rumah sewa dia. Kedai dia pun dah lama bertutup sejak dua minggu lepas. " Kata Mr. Sincere.

"Mungkin dia ada dengan Kawan-kawan dia" Angel cuba menyedapkan hati Mr. Sincere.

Lelaki tua itu memandang ke dalam anak mata Angel.  "Dia ada kawankah,  Angel? "

Soalan Mr. Sincere membuatkan Angel terasa ingin mengetuk dirinya sendiri.  Betul juga,  Rhea manalah ada rakan perempuan. Dan sejak tiga tahun lalu,  dia tahu Rhea tidak lagi berkawan dengan geng lamanya yakni Tae Min dan Im Jaebum.

Akira?!

"Mungkin Akira tahu? diakan selalu melawat Akira di sana"

Mr. Sincere menggelengkan kepala.  "Mustahil. Akira tiada di Healing Camp. Dan dari maklumat yang saya terima,  Akira tak pernah berjumpa dengan Rhea sejak tiga tahun lalu."

Angel tergamam. Dia teringat peristiwa semasa di majlis Mr. Sincere dahulu.  Dia ingatkan Rhea menipu berkenaan Akira yang tidak mahu bertemu dengannya.

Sejarah yang pernah terjadi antara dia dengan Rhea yang menyebabkan dia menjadi sngsi dengan gadis itu.  Manalah dia tahu rupanya Rhea tidak menipu.

"Tuan pasti? "

"Ya.  Saya dah ke Healing Camp petang tadi.  Pengawal di sana yang beritahu saya tentang hal ini. Saya risau kalau dia dah pergi cari Akira. " Mr. Sincere bersuara lemah.  Dia risaukan anaknya itu.

Walaupun dia dan Rhea tidak sebulu,  namun Rhea tetap anaknya yang sangat dia kasihi.  Permata berharga yang tidak ternilai.

Naluri bapanya hanya mahukan yang terbaik untuk Rhea. Tetapi anak gadisnya itu hanya tahu memberontak dan bergaul dengan lelaki-lelaki liar.

Sejak tiga tahun lepas,  Rhea terus menghilang dari rumah.  Dalam diam,  dia bangga sebenarnya apabila Rhea membuka kedai bunga sendiri. Sekurangnya Rhea berbakat menjadi Nature Angel dan bukan Guardian Angel seperti yang diharapkannya.

Tapi,  Rhea masih menemui Akira. Dia tidak sukakan lelaki itu.  Kenapa Rhea tidak nampak Akira hanya mendatangkan keburukan kepadanya?

"Akira ke mana? " Angel hairan. Setahunya Akira mempunyai baki dua tahun lagi di Healing Camp.

"Saya cuma tahu dia sudah menerima tawaran sambung belajar dari sebuah agensi.  Hanya itu. Ke mana dia pergi? agensi mana yang menawarkan biasiswa kepadanya? semua itu private. Tiada sesiapa yang tahu walaupun ketua pentadbiran di Healing Camp. " Getus Mr. Sincere geram.

Angel semakin bertambah rasa terkejut. Jika tiada sesiapa tahu ke mana Akira pergi,  adakah Rhea tahu di mana hendak mencari?

Tapi,  menurut Mr. Sincere Akira tidak pernah bertemu dengan Rhea.  Angel cuba mengingati perbualannya dengan Rhea pada malam majlis persaraan Mr. Sincere.

Reaksi Rhea yang sedih ketika berbicara tentang Akira.  Reaksi itu tidak dibuat-buat.  Gadis itu,  dia sedang jujur menunjukkan kesedihan yang bertamu di hati. 

" Maaf saya nak bertanya. Maksudnya,  tuan mahu minta bantuan kami untuk mencari Rhea? " Sampuk Damian.

Angel menoleh Damian sekilas sebelum mengalihkan pandangan ke arah Mr. Sincere yang duduk di sofa hadapan.

"Saya cuma ingin tahu kalau-kalau awak ada idea ke mana Rhea selalu pergi. " Tanya Mr. Sincere. Ada nada mengharap dalam suaranya itu.

Dua pasang mata memerhatikan Angel yang sedang berfikir. Dia bukannya rakan baik Rhea,  tapi semua orang pun tahu ke mana pelajar nakal seperti Rhea selalu melepak.

"Kalau dulu saya tahulah.  Tapi,  sekarang saya tak pasti kalau dia masih ke tempat lama. " Kata Angel.

"Saya akan ambil peluang tu. Saya perlu cari anak saya. Beritahulah Angel,  ke mana Rhea selalu pergi " Tanya Mr. Sincere. 

Angel berfikir seketika. Tempat yang dimaksudkan olehnya tidak sesuai untuk dimasuki oleh lelaki seperti Mr. Sincere.  Malah Angel yakin,  Mr. Sincere tak pernah menjejakkan kaki ke kelab malam.

Silap-silap nanti Mr. Sincere pula yang hilang. Manalah tahu.  Lebih baik dia mengambil jalan berhati-hati.

"Tak apa,  Mr. Sincere. Saya akan bantu tuan cari Rhea. " Jawab Angel.

Mr. Sincere merenung Angel tidak percaya. "Awak nak tolong? "

Angel mengangguk." Ya. Tuan baliklah berehat dahulu.  Saya akan beritahu kalau dah jumpa Rhea "

Mr.Sincere diam terharu. Angel, gadis yang selalu menjadi mangsa buli anaknya kini secara sukarela mahu membantu mencari Rhea.

Kenapalah Rhea tidak boleh menjadi seperti Angel?

"Awak memang anak Warrior Angel Killian. Angel,  terima kasih banyak. " Ucap Mr. Sincere.

Damian menghantar Mr. Sincere yang meminta diri untuk pulang. Tidak putus-putus Mr. Sincere mengucapkan terima kasih kepada Angel dan Damia.  Angel sedih melihatkan gerak-geri Mr. Sincere.

Hendak berjalan pun Mr. Sincere kelihatan letih dan tidak bermaya. Damian memimpin Mr. Sincere ke keretanya sebelum lelaki itu dipapah oleh pemandunya selepas menyedari kehadiran lelaki tua itu.

Angel geram dengan Rhea. Bilalah agaknya gadis itu mahu berhenti daripada menyusahkan ayah dan ibunya?

Damian menghampiri Angel selepas mengunci pintu. Dia membawa Angel ke dalam pelukan.

"Awak okay? " Tanya Damian.

"Yeah,  okay. "

"So,  ada apa sebenarnya awak dengan Rhea? " Damian meleraikan pelukan.

Angel menunduk ke lantai.  Damian selalu dapat meneka sesuatu yang berkaitan dengan dirinya.  Angel menarik nafas sebelum menghembusnya perlahan-lahan.

"Rhea,  dia pernah buli saya dulu. Lepas Mr. Sincere dapat tahu,   dia hantar saya pindah ke Whisper Hollow Academy." Ringkas cerita yang disampaikan oleh Angel.

Damian menekup pipi Angel, dan mendongakkan kepala gadis itu agar melihatnya.

"And you still want to help her? "

"I know. Saya cuma nak tolong sebab Mr. Sincere. Is it okay? " Angel jadi ragu-ragu dengan janjinya untuk membantu mencari Rhea.

"Lebih dari tu sayang. You are a strong woman.  Saya bangga dengan awak.  Dan saya lega tak jatuh cinta pada wanita yang salah. " Damian menghadiahkan sebuah kucupan ke dahi Angel.

Sungguhlah dia menipu jika Angel mengatakan bahawa dia tidak terharu.

"Hurm, dah.  Pergi masak cepat.  Saya lapar ni. " Kata Angel namun tidak pula dia menolak tubuh Damian atau bibir lelaki itu yang masih melekap di ubun-ubunnya.

Damian menjarakkan tubuhnya. Angel,  konon marah tapi tompok merah di pipi wanitanya itu menyatakan perkara yang sebaliknya.

"Sure,  tapi ingat ya janji kita lepas makan,"  Kata Damian sambil berlalu ke dapur.

"Ewwww, you are so pervert! " Jerit Angel yang disambut dengan deraian tawa Damian.

Hurm,  but still I love him with all my life.  Angel tersenyum sendiri.

Sunday 19 August 2018

Prisoner Of My Heart 4

Rhea memencilkan diri sepanjang majlis persaraan ayahnya berlangsung. Dia segan apabila ada rakan-rakan yang pernah dikenali turut hadir bagi meraikan Mr. Sincere.

Mata yang memerhati tidak menyembunyikan pandangan mereka terhadap Rhea. Mereka terkejut melihat gadis ala gothic yang kini sudah kembali ke pangkal jalan. Rhea mula terasa menyesal memakai gaun kembang warna mustard yang dibelinya ini.

Berasa ingin bersendirian,  Rhea membuka pintu yang menuju ke halaman belakang rumah. Dia sepatutnya sudah mengagak bahawa kehadirannya ke majlis ini membuahkan perhatian tetamu terhadapnya.

Rhea menuruni anak tangga, melangkah ke taman bunga mini yang diusahakan ibunya. Sudah lama dia tidak balik ke rumah. Nampaknya ibu sudah menambah koleksi bunga yang ditanam.

Rhea memerhatikan pertumbuhan bunga yang pelbagai jenis,  warna dan saiz yang ada di kebun ini.  Beberapa kuntum bunga bluebell yang separuh mekar menarik perhatian Rhea.

Kedua lututnya direbahkan ke bawah.  Dia pantas meletakkan tangan kanannya ke tanah berhampiran dengan kelompok bunga Bluebell. Matanya dipejam,  cuba meneliti keadaan yang menyebabkan bunga bluebell tersebut kurang mekar.

"Overfeeding" Sebagai Nature Angel,  Rhea mengenal pasti punca yang mengganggu tumbesaran bunga bluebell ini.

Dengan mata yang masih dipejamkan,  Rhea memanggil tenaga bumi. Tapak tangannya terasa suam dengan satu tarikan tenaga daripada bawah tanah.  Dengan perlahan-lahan Rhea melepaskan tenaga itu ke arah kelompok bunga bluebell yang kurang mekar.

Sebagai Nature Angel,  dia tersenyum mendengarkan teriakan gembira kuntuman bunga bluebell. Dia membuka mata ketika tapak tangannya yang suam beransur sejuk.

Rhea puas hati melihat kuntuman bunga bluebell yang kini berkembang mekar. Sempat dia mencium bunga tersebut, menghidu haruman yang dikeluarkan oleh bunga bluebell.

Rhea bangun,  melangkah ke gazebo yang terletak antara taman bunga dengan kolam renang berbentuk sayap sebelum melabuhkan punggung di situ.

Beberapa minit kemudian pintu halaman belakang dibuka dari dalam. Rhea yang terkejut berpaling ke arah pintu.

Sepasang wajah lembut yang menyapa matanya membuatkan hati Rhea diserbu rasa serba-salah. Pun begitu dia memasamkan muka, menyembunyikan rasa hati yang sebenar.

"Kau buat apa di sini? " Tanya Rhea kasar.

Dia berusaha melarikan diri ke halaman belakang untuk bersembunyi. Maka kedatangan gadis ini sangat tidak dialu-alukan oleh Rhea.

"Datang ke majlis atau ke halaman belakang ni? " Angel menapak ke hadapan, mahu merapatkan jurang yang terbina antara dia dengan Rhea.

"Both! " Marah Rhea.

Dia tidak pernah sukakan Angel sejak dahulu. Dan kini perasaan itu tidak berubah walaupun sudah tiga tahun mereka tidak bertemu muka.

Kali terakhir mereka bersua adalah di hari Akira mengakui kesalahannya mengganggu anak guardian Angel.

Di hari itu jugalah,  Akira menyampaikan isi hatinya yang sebenar kepada Rhea. Rahsia yang dipendam bertahun lamanya sehingga membuatkan dia memilih jalan mengganggu Angel bagi memuaskan hati Rhea.

"Find your own speciality and stop intimidating other. You are special Rhea, At least to me"

Pesanan Akira menjadi pegangan Rhea untuk berubah. Memang sukar, tetapi demi cinta Akira dia tabahkan juga hatinya.

"Mr. Sincere yang jemput.  And since dia dah diibaratkan macam ayah sendiri, aku datang juga walaupun aku tahu kau tak suka.  Tadi aku nampak kau ke sini,  jadi aku ikutlah, " Angel berdiri di sebelah Rhea.  "Boleh aku duduk? "

"No, " Tolak Rhea.  Dia tidak mahu Angel berada dekat dengannya.

"Please? aku cuma nak berbual dengan kau." Pinta Angel.

"Apasal? kita bukannya kawan pun, " Dingin suara Rhea menunjukkan rasa tidak senangnya terhadap Angel.

Rhea tidak faham. Bukankah sepatutnya Angel benci kepadanya?

"Aku tak benci kau Rhea kalau itu yang kau nak dengar, " Angel melangkah mendekati Rhea dan duduk di sebelah gadis itu. Tak kisahlah kalau Rhea marah. Bukan kali pertama dia menjadi mangsa kemarahan Rhea pun.

"Tapi aku bencikan kau, " Balas Rhea.

"Aku tahu. Sejak kecil lagi kau dengan Jaebum dah tunjukkan betapa korang bencikan aku."

Rhea memandang taman mini yang dihasilkan oleh ibunya,  tidak berani memandang ke arah Angel.

"Jadi,  apa?  sekarang kau nak balas dendam?  mesti kau seronok Akira dah masuk Healing Camp. Tapi, kau lagi puas kalau aku yang masuk sana, betul tak? "

"No, "

"No?!"

Rhea tidak percayakan Angel.  Mustahil Angel tidak puas hati dengan nasib yang menimpa Akira dan dia.

"Akira masuk ke Healing Camp disebabkan oleh aku juga, Rhea.  Bagaimana aku nak gembira sedangkan Akira dan kau merana." Angel menoleh ke arah Rhea. "Aku tahu kau selalu lawat Akira di Healing Camp sejak dia dimasukkan ke sana. "

"He's my friend. Dan kalau dia tak bodoh kacau kau mesti dia tak masuk ke sana. " Hati Rhea dicuit rasa sebu mengenangkan Akira.

"Please,  Rhea. Jangan nak friendzone Akira. Aku pun ada masa Akira luahkan perasaan pada kau,  remember? " Usik Angel membuatkan Rhea terdiam.

"Mana partner kau? " Rhea mengubah topik.

Dia nampak lelaki yang mengiringi Angel semasa datang ke majlis tadi. Lelaki yang sama dilihatnya tiga tahun dahulu ketika Angel bekerjasama dengan Nick dalam satu tugasan.

Waktu itu,  dia sering mengadu kepada Akira tentang rasa tidak puas hati terhadap Angel.  Dia benar-benar cemburu. Apatah lagi ayahnya,  Mr. Sincere membandingkan dirinya dengan Angel.

Kalau bukan disebabkan dia sering mengadu kepada Akira tentang kebenciannya kepada Angel,  mesti sekarang Akira dah bebas menjalani kehidupan di dunia luar.

"Ada di dalam.  Aku tinggalkan sekejap dengan Nick. So,  macam mana dengan Akira? "

Rhea kaku.  Dia tidak tahu jawapan yang harus diberikan kepada Angel.  Kalau Rhea yang dulu,  pasti akan menjawab dengan bongkak supaya Angel tidak masuk campur.

Tetapi dia bukannya Rhea yang dahulu. Tiada gunanya lagi mahu bergaduh.  Dia sudah kalah.

"Entah, " Jawab Rhea sepatah.

"Eh?" Angel pelik. Dia tidak menyangka jawapan itu yang akan diterima.

"Akira tak nak jumpa aku setiap kali aku ke Healing Camp. So,  sebenarnya dah tiga tahun aku tak jumpa dia, " Kata Rhea tanpa perasaan sedangkan dia terasa ingin menangis mengenangkan sikap Akira.

Tidak pernah sehari pun dia dapat melupakan lelaki itu yang nyata menjauhkan diri. Surat-surat yang dihantar kepada Akira juga tidak pernah berbalas.

Adakah semua surat yang diutuskan itu dibaca oleh Akira?

"Rhea,  sorry.  Aku tak tahu pasal hal ni. "
Angel meminta maaf.

"What are you sorry for? " Rhea bangun dari lantai gazebo dan berdiri tegak. "Kau tak buat apa-apa kesalahan pun.  Malah,  kau patut berbangga sebab dah berjaya capai Gold Star sebagai Guardian Angel, "

Rhea membuka langkah,   mahu kembali ke dalam rumah.  Tetapi laluannya dihalang oleh Angel yang mendepakan tangan.

Angel menjatuhkan lengannya selepas Rhea menajamkan pandangan sebagai tanda amaran. 

"Awak gadis yang baik, Rhea. Saya harap awak dan Akira akan bersatu. You deserve it. "

Rhea menayangkan wajah menyampah. Hanya kerana Angel sudah bergelar High Ranking Angel,  tidak bermakna dia memerlukan doa daripada wanita itu. 

Tanpa sebarang kata dia berlalu pergi, meninggalkan Angel dan majlis persaraan ayahnya yang sedang berlangsung.


***


Squid tidak bersetuju dengan rancangan Akira.  Dia memerhatikan lelaki itu yang duduk tegak memandang beberapa orang banduan lain yang sedang bermain bola keranjang.

Jukoth juga menunjukkan wajah hiba. Tetapi,  mereka tidak mungkin dapat menukar fikiran Akira.

"Kapten dah fikir dalam-dalam ke ni? " Squid menyoal untuk kesekian kalinya.

Surat putih di tangannya hampir-hampir direnyukkan oleh Squid. Dia tidak mampu menelan kenyataan ini. Jukoth sudah berkaca matanya dengan air suam.

Hanya Kaeto sahaja yang melihat ke arah mereka tanpa perasaan. Dia berpaling ke arah Jukoth apabila mendengar bunyi hingus ditarik.

Pantas dia mengangkat tangan, menepuk-nepuk bahu Jukoth. Cuba menenangkan emosi sedih demon itu.

Pelik juga rasanya melihat Demon dengan lengan berketul-ketul menangis.

"Tolonglah pertimbangkan balik keputusan awak, kapten." Pinta Jukoth sambil tersedu.

Dia adalah Demon yang dihantar ke Healing Camp kerana membakar dua buah pejabat kerajaan Negara Api. Malah ketika ditahan,  Jukoth menghadiahkan senyuman kepada pengawal berkuasa.

Dia juga sering ditahan dalam kes pergaduhan sehingga pihak berkuasa hendak termuntah melihat wajahnya di sel tahanan.

Tapi tidak sekalipun dia menangis. Dan sekarang,  dia menjatuhkan egonya demi Akira. 

Akira memandang wajah rakan-rakannya dengan tenang. Dadanya terasa seperti dihempap batu besar.  Dia juga tidak mahu untuk melakukan perkara ini,  namun dia harus melakukannya.

"Dah lama aku fikir tentang hal ini.  Aku rasa inilah jalan yang terbaik. Peluang sebegini takkan datang bergolek dengan tiba-tiba," Terang Akira.

"Habis tu,  macam mana dengan Rhea?  kalau kapten tak kisah saya bertanya," Kaeto menyoal Akira tanpa sebarang perasaan takut.

Jukoth dan Squid terkejut. Berani betul Kaeto menanyakan soalan itu kepada kapten.  Tapi jauh di sudut hati mereka mahu tahu juga tentang rancangan Akira mengenai Rhea. Hendak bertanya mereka takut. Tiada sesiapa yang mahu mengutarakan soalan itu kepada Akira. 

Mereka berdua memberi Fist Bum kepada Kaeto di dalam kepala.

Akira mendiamkan diri,  mendongakkan kepala melihat gumpalan awan putih yang kelihatan seperti kapas yang dicarik-carik. 

Rhea, gadis yang dicintainya itu tidak pernah dilupakan oleh Akira.  Sungguh dia juga terseksa kerana membiarkan Rhea selama tiga tahun ini.

Namun, dia sedar Rhea memerlukan seorang lelaki yang lebih baik yang boleh membimbing gadis itu ke arah kebaikan. Bukan seorang bekas banduan sepertinya.

Dia tidak mampu memberikan kehidupan yang cerah untuk Rhea.  Dia berdoa agar Rhea menemui seseorang yang boleh menilai diri gadis itu yang sebenar. Dan bukannya watak gothic yang dibawa oleh Rhea.

"Tentang dia,  aku perlukan bantuan Kaeto."

Kaeto tergamam apabila namanya disebut.

Jukoth dan Squid ternganga.

Kaeto yang tidak sampai sebulan di sini lebih dipercayai kapten?

"Saya kapten? " Kaeto menunjukkan diri sendiri dengan ibu jari.

"Ya. Sebab Jukoth dan Squid lebih rapat dengan Rhea. Mereka mesti tak sampai hati nak beritahu pada dia. "

Kaeto segera mengerti pilihan Akira yang melantiknya sebagai pembawa berita kepada Rhea. Dia bersetuju dengan pilihan Akira yang tepat. Jukoth dan Squid rasanya akan menghabiskan masa sejam sesi ziarah tahanan di Healing Camp nanti dengan tangisan mereka sahaja.

Jukoth dan Squid semakin hiba. Kapten,  ternyata adalah seorang leader. Tetap memikirkan tentang mereka dalam apa jua keadaan. Mereka mengukir janji,  akan tetap bersama Akira walaupun selepas mereka dibebaskan dari Healing Camp nanti.

"I'll do it. " Janji Kaeto.

Akira menepuk bahu Akira sebagai tanda terima kasih. Dia bersyukur mempunyai rakan-rakan yang jauh lebih baik di Healing Camp ini.




Mirna 9

"Here is the plan. Untuk mengaburkan mata orang ramai di sini, saya akan jadi ayah awak berdua. Kita datang ke sini untuk bercuti selep...