Wednesday 28 February 2018

Wicked Love 22

"Sembunyi! Lari dari sini!"

Perkataan itu merupakan kata-kata terakhir daripada seorang pengawal istana yang cuba melindungiku sebelum dia ditangkap oleh Moth-man dari arah belakang.

Aku menutup mata dan menekup telingaku dengan kedua belah tangan apabila tubuh pengawal itu dirobek oleh Moth-man.

Serpihan badan pengawal itu dibaling ke bawah oleh Moth-man beserta suara jeritannya yang mengerikan.

"Hang on, Snow!" Jerit Priya yang berada tidak jauh dariku.

Priya yang mempunyai unsur angin membuat putaran angin bagi menghalau Moth-man yang cuba menghampiri.

Beberapa ekor Moth-man terpelanting ke belakang akibat putaran angin Priya. Namun bilangan mereka tidak berkurangan.

Angel menggunakan busur dan anak panah yang dibuat daripada fairy dust untuk membunuh Moth-man yang datang menyerang.

Ketika seekor Moth cuba menyerang dari belakang, Busur Angel bertukar menjadi pedang. Angel menikam perut Moth-man tersebut tanpa berpaling ke belakang.

Mirna pula menggunakan kuasa psikik untuk memastikan tiada Moth-man yang boleh menghampiri aku. Setiap Moth-man yang cuba menghampiri kelihatan keliru sebelum mereka menyerang rakan mereka sendiri.

Melihat rakan-rakanku yang lain bertungkus-lumus melawan Moth-man, Menyedarkan aku bahawa aku harus berhenti bersembunyi.

Demi rakan-rakanku dan dunia Magis aku harus berhadapan dengan makhluk tentera Luther Fang.

Tapi...

Aku merenung kedua tapak tanganku. Bagaimana jika mereka semua akhirnya mengetahui tentang identiti sebenarnya aku?

Adakah aku sanggup menghadapi Segala perkara yang bakal berlaku selepas ini?

Aku memejamkan mata rapat-rapat.
Mama, Maafkan Snow. Sekarang sudah tiba masa untuk aku berdiri bersama rakan-rakan yang lain di barisan hadapan.

This is my destiny.

Dengan perlahan aku meletakkan kedua tapak tangan di atas salji.

Fokus.

Beberapa ketika kemudian satu aliran tenaga dapat kurasakan mengalir ke dalam tubuh.

"I call upon thee,
    To be with me,
       Protect my friend,
                 against the enemy"

Gegaran salji tiba-tiba erlaku menyebabkan semua orang berada dalam keadaan terumbang-ambing.

Aku yang bersembunyi di bawah timbunan Sky Train, Melangkah keluar dari tempat persembunyian.

Jeritan Moth-man berkumandang membingitkan suasana. Aku memerhatikan Moth-man yang berpusing-pusing di udara. Mereka sedang bermain-main. Berpusing di udara sebelum sekali lagi melakukan serangan.

Angel yang sedang terbang di udara meluncur menghampiri aku.

"Snow, Apa kau buat ni?"

Angel menarik tanganku, Memaksa aku kembali ke bawah timbunan Sky Train yang sudah terkeluar dari landasan. ÛAku memegang tangan Angel.
Dia memandangku dengan penuh tanda tanya.

"Aku dah penat bersembunyi" Kataku kepada Angel.

"Kau gilakah? Moth-man akan tangkap kau nanti. Bertahanlah, Aku dengan kawan-kawan lain akan jaga kau"

Aku menggeleng. Tanpa mempedulikan Angel aku berjalan beberapa tapak ke hadapan sebelum berlari menjauhi Angel dan rakan-rakanku yang lain.

"Snow!" Suara Priya menjerit memanggilku.

Kawanan Moth-man yang berlegar di udara menjunam ke bawah setelah menyedari kehadiranku.

Aku meregangkan jari-jemari. Dari bawah kaki, Aku dapat merasakan timbunan salji berpusing dengan perlahan menantikan arahanku.

Ketika kawanan Moth-man hampir tiba ke bawah, Aku menggenggam kelima-lima jari.
Serentak dengan itu muncul desiran angin yang membawa kepingan salji ibarat kaca. Kepingan berbentuk tajam itu meluncur laju ke udara.

Kelajuan Moth-man yang menjunam ke bawah tidak memungkinkan mereka untuk mengelak atau melarikan diri. Kepingan salji yang tajam itu menikam tubuh Moth-man sehingga ada yang terhempas ke bawah.

Beberapa pancuran salji melayang ke udara, Menangkap beberapa ekor Moth-man yang cuba melarikan diri. Aku membekukan Moth-man yang telah ditangkap, Sebelum meletupkan mereka.

Letupan salji menjadi bentuk snowflake yang bewarna hitam akibat gabungan darah Moth-man.

Jeritan Moth-man yang bingit kini menjadi sunyi sepi. Hanya yang kedengaran ialah desiran ribut salji yang aku hasilkan.

Dengan perlahan-lahan ribut tersebut berhenti, Memaparkan tubuh Moth-man yang bersepah di atas tanah salji.

Aku menelan liur sebelum melihat ke arah rakan-rakanku yang tercengang. Reaksi para pengawal keselamatan yang masih hidup meyakinkan aku bahawa kisah ini akan sampai ke pengetahuan penghuni Iceland.

Secara tiba-tiba sepasang tangan muncul dari belakang.

"Found you, Love"

Suara seorang lelaki berbisik di telingaku sebelum pandanganku menjadi gelap.

***

Ice sedang bermesyuarat dengan lima magician dari unsur negara lain ketika dia mendapat berita mengenai pelajar Whisperian.

Kini dia sedang berhadapan dengan permaisuri Caroline yang enggan membenarkan dia membuat operasi menyelamatkan pelajar Whisperian yang diculik oleh Luther Fang.

Berdiri bersamanya ialah Damian dan Madam Eloisa. King Henry pula duduk di kerusi pejabatnya sambil bertafakur.

Sebagai seorang raja, Dia harus membuat keputusan yang bijak bagi menangani masalah ini.

"I need to save my children. Mereka paati ada di suatu tempat dengan Luther Fang" Madam Eloisa tidak berganjak dari keputusannya.

"Dan saya takkan biarkan anak saya masuk ke dalam sarang Luther Fang!" Teriak Permaisuri Caroline.

Dua orang wanita itu saling merenung satu sama lain. Jika bukan disebabkan oleh Ice dan Damian yang berdiri di tengah, Pasti mereka sudah saling bercakaran.

"Caroline, Madam Eloisa. Kalau awak berdua nak bertekak sila keluar." Kata King Henry.

Madam Eloisa menegakkan badan, Enggan mengalah. Permaisuri Caroline menjeling geram ke arah King Henry.

"Saya akan tetap selamatkan anak saya, With or without you" Kata Madam Eloisa.

"Madam, Please calm down. Kami semua sedang merencana strategi untuk menyelamatkan pelajar-pelajar awak." Pujuk King Henry.

"Mereka bukan pelajar, Mereka anak-anak saya. Dan awak, King Henry takkan duduk dengan tenang untuk merangka strategi kalau anak awak ni yang diculik Luther Fang, Isn't it? Jadi awak jangan nak arahkan saya untuk bertenang. You just don't" Suara Madam Eloisa berbaur amaran.

Permaisuri Caroline terdiam kerana kata-kata Madam Eloisa ada kebenarannya. Dia enggan membenarkan Ice ke tempat Luther Fang, Tetapi anak-anak Madam Eloisa entahkan hidup atau tidak sekarang ini.

Ice memahami perasaan Madam Eloisa. Dia juga ingin ke tempat Luther Fang secepat mungkin. Namun dia ingin bertemu dengan kedua-dua Ibu bapanya terlebih dahulu.

Kerana dia tahu, Hari ini mungkin adalah hari terakhir baginya.

"Ibu, Ayah" Tangan Permaisuri Caroline yang memegang lengannya dilepaskan oleh Ice.

"Ice?" Permaisuri Caroline merenung anak lelakinya.

"Ice datang sebab nak beritahu yang Ice dengan enam magician lain akan ke tempat Luther Fang."

"What? No! Ibu tak benarkan. Kita ada tentera yang ramai, Kenapa Ice nak pergi sana?!"

Madam Eloisa terasa lega. Namun kesedihan tetap terasa di dalam hati.

"Ice tahu mungkin Ice akan mati dalam peperangan ni. Tapi Ice yakin, Lima ratus tahun dahulu Prince Rider dan enam magician lain pun sedar akan hal ini. Mereka teruskan juga sebab mereka sedar masa depan dunia Magis akan bersinar tanpa Luther Fang. Walaupun bermakna mereka terpaksa mengorbankan nyawa sendiri"

Permaisuri Caroline memeluk tubuh dan berpaling daripada Ice. Sungguh dia tidak sanggup menerima hakikat kata-kata Ice.

King Henry tidak tahu ucapan yang harus diberikan kepada anaknya.

"Ibu, Ice sayangkan ibu. That I do. Tapi, Ice tak boleh biarkan Luther Fang dapat gadis yang Ice cinta"

Permaisuri Caroline menoleh semula ke arah Ice. King Henry mengangkat wajah, Merenung anaknya dengan pandangan terkejut.

Damian mengeluh lega, Akhirnya Ice akan berterus terang membuka pekung di dada.

"Apa maksud Ice?" Tanya King Henry.

Ice memalingkan wajahnya ke arah Madam Eloisa sebelum merenung ayahnya.

"Ice cintakan anak Madam Eloisa, Snow"

Madam Eloisa yang terkejut dengan pengakuan cinta Ice bertambah terkejut apabila mendengar anak gadisnya yang dimaksudkan oleh anak muda itu.

"Ice bergurau, Kan?" Tanya Permaisuri Caroline.

"Tak ibu. Ice tak bergurau. Ice benar-benar cintakan Snow dan Ice akan selamatkan dia dari cengkaman Luther Fang" Jawab Ice.

"Ice tahu tak apa yang bakal terjadi kalau Ice bersama dengan rakyat kebanyakan?" Permaisuri Caroline cuba mengingatkan Ice.

Namun dia pasti anaknya lebih daripada tahu tentang hal itu. Sebagai pewaris takhta Iceland, Ice sudah dilengkapi dengan ilmu pengetahuan.

"Prince Rider pun tahu tentang perkara yang akan berlaku. Tapi, Dia tetap mahu bersama dengan Magician ketujuh. Ice rasa, Ice pun sama dengan Prince Rider. Sebab tu, Ice ambil keputusan untuk tetapi bersama dengan Snow lima tahun dahulu"

Riak terkejut jelas kelihatan di wajah Permaisuri Caroline dan King Henry. Pastinya mereka tidak menyangka Ice akan mengungkit semula kisah lama.

Lagipun, Bukankah Ice langsung tidak ingat tentang perkara yang berlaku?

"Aa...apa Ice cakap ni?" Permaisuri Caroline tergagap-gagap.

"Caroline, Enough" Kata King Henry " Apa yang Ice maksudkan tentang lima tahun lalu? Ice ada teringat sesuatu ke?"

Ice mengangguk perlahan. Dia merenung wajah Ibunya. Sungguh dia sangat menyayangi wanita di hadapannya ini tetapi hatinya terluka dengan perbuatan Permaisuri Caroline yang merahsiakan perkara sebenar daripadanya.

"Ibu beritahu yang Ice kemalangan sedangkan hakikatnya Ice diserang werewolf. Mungkin Ice tidak ingat kenapa serangan itu dilakukan, Atau bagaimana werewolf boleh muncul di kawasan Aman damai seperti Goldcrest. Tapi Ice dapat agak yang kemalangan tu adalah berpunca daripada Luther Fang"

Ice menelan liur sebelum menyambung.

"Ice tak ingat perkara yang berlaku antara Ice dengan Snow dulu. Tapi Ice pasti yang Ice dengan Snow pernah ada hubungan sebagai sebuah pasangan. Sebenarnya dah lama Ice termimpi akan satu suara wanita. Ice tak pasti gerangan pemilik suara tu sampailah Ice bertemu semula dengan Snow. Ice pasti suara itu milik Snow"

Ice menoleh ke arah ibu dan ayahnya.

"Ibu, Ayah. Ice tak sangka Snow boleh buat Ice rasa begini. She's the only one for me. Masa tu Ice tak faham, Tapi Sekarang Ice sedar yang sampai bila-bila pun, Tak Kira walau terpisah beribu batu atau tidak bertemu untuk jangka masa yang lama. Ice hanya akan cintakan Snow."

Permaisuri Caroline menekup mulut. Dia tidak menyangka bahawa perkara seperti akan berlaku.

Luahan hati Ice meruntun jiwa keibuannya. Dia dapat melihat betapa sayangnya Ice kepada Snow.

"Gosh, Ice. Ibu dengan ayah cuma nak lindungi Ice. Kami cuma nak Ice lupakan kisah lama dan mulakan hidup baru."
Permaisuri Caroline meletakkan tangannya ke dada Ice.

"I know. Tapi Ice sayangkan Snow. I need to save her from Luther Fang. Dan Ice tetap akan pergi walaupun tanpa kerelaan ibu."

King Henry mengangkat punggung dan berjalan mendapatkan kesemua mereka yang sedang berdiri.

Dia menoleh ke arah Madam Eloisa.

"Madam, Awak ada sesuatu untuk beritahu?"

Madam Eloisa menjungkit kening kanan.
Renungan King Henry amat difahami oleh Madam Eloisa.

"Lima tahun dahulu Snow pernah lari daripada rumah. Its teenage tantrum. Dan suatu hari dia kembali ke rumah. Berpura-pura normal sedangkan saya tahu bahawa anak saya sudah mati. I mean jiwa dia. Untuk beberapa lamanya Snow seperti mayat hidup." Madam Eloisa menarik nafas dalam sebelum menyambung kata.

"Suatu malam, Dia demam panas. Saya yang berada di sisi Snow sehingga ke pagi. Namun satu perkataan yang dia tak lekang sebut pada malam itu ialah Ice. Saya tak faham kenapa dia menangis sambil meminta maaf kepada Ice. Saya cuma dapat mengagak yang dia putus cinta dengan seorang lelaki"

Madam Eloisa menoleh ke arah Ice." Saya cuba mencari maklumat tentang seorang lelaki bernama Ice. Tetapi setiap pencarian saya menemui jalan buntu. Sehinggalah awak, King Henry menghantar utusan untuk membuat kerjasama. Dan saya bersetuju selepas mengetahui bahawa awak mempunyai seorang putera bernama Ice"

King Henry meletakkan kedua tangannya ke belakang.

"Maaf kalau saya mengguris perasaan awak. Tapi, Ice boleh jadi sesiapa sahaja. Apa yang membuatkan awak yakin anak saya adalah orang yang dimaksudkan?"

Madam Eloisa mengukir senyuman sinis.
"Tuanku, Awak fikir awak seorang sahaja boleh menghantar pengintip untuk mencuri maklumat?"

King Henry tergamam. Permaisuri Caroline dan mereka yang lain merenung pelik ke arah King Henry.

"Apa maksud Madam Eloisa?" Tanya Ice.

"Its not important. Kita akan selesaikan masalah kita ini nanti. Tapi sekarang saya nak tahu adakah awak benar-benar mahu menyelamatkan Snow?" Madam Eloisa menyoal Ice.

"Saya dah cakap saya cintakan Snow. Saya sanggup mati untuk dia."

Madam Eloisa mengangguk sekali. "Fine."

King Henry mengusap wajah sementara Permaisuri Caroline sudah tersedu. Dia sedar sekali Ice sudah membuat keputusan, Anaknya itu tidak akan berganjak.

"Ayah akan maklumkan kepada negara lain. Kita akan bersama dengan mereka dalam memerangi Luther Fang" Beritahu King Henry.

"Yeah, About that. Maaf, Tuanku. Saya dengan Ice ada sedikit idea" Sampuk Damian yang mendiamkan diri dari tadi.

"Yes, Damian and Ice. Let's hear it"

Damian dengan Ice saling berpandangan. Damian menarik nafas dalam. Kedua tangannya digosok sebelum dia bergerak ke belakang secara mengundur.

"Saya rasa Tuanku perlu dengar sendiri daripada mulut tuan badan"

Damian meletakkan tangan kanan pada tombol pintu masuk sebelum memulasnya. Sebaik pintu dibuka, Shadow Knight sedang berdiri tegak dengan wajah bosan.

King Henry ternganga. " Ross!"

"And I am Whisper, Your Highness" Ujar Whisper yang berjalan ke hadapan dari belakang Shadow Knight.

"Talking cat!" Ujar Permaisuri Caroline dengan riak terkejut.

Whisper menjulingkan biji mata ke atas. "Now, Don't call me cute. I mean, Please. Tell me something I don't know"

***

Suara seseorang yang memanggilku membuatkan kepalaku terasa berdengung. Sekali lagi kedengaran suara seseorang sebelum segalanya jelas di pendengaranku.

"Snow," Suara Angel menyapa gegendang telinga.

Dengan perlahan aku membuka kelopak mata. Wajah Angel dengan mata bertakung menyapa wajahku. Kepalaku berada di atas ribaan Angel.

Aku cuba bangun dengan bantuan Angel. Seketika kemudian aku tersedar akan rantai besi yang melilit tangan dan kakiku. Angel juga dirantai dengan cara yang sama.

Priya pula sedang berdiri di hadapan tiang jeriji bewarna hitam sementara Mirna sedang duduk memeluk lutut di satu sudut.

Aku melihat sekeliling kawasan. Tiada lagi putih salji yang melatari suasana sebaliknya batu-batuan berlumut menggantikan persekitaran.

"Mana kita ni?" Kataku dengan menahan rasa perit di anak tekak.

"Kubu Luther Fang" Beritahu Priya.

Luther Fang?

"Snow, Kau ingat apa-apa tak?" Tanya Angel.

Mirna dan Priya merenung ke arah aku.

"Aku cuma ingat Moth-man. Dan lepas tu segalanya gelap" Aku menjawab soalan Angel.

"You should be happy. Luther Fang turun untuk dapatkan kau." Kata Priya.

Mirna berjalan dengan lutut untuk mendapatkan aku.

"Aish, Susahlah rantai besi ni" Gerutu Mirna. "Snow, Betul ke kau pewaris Magician Ketujuh?"

Aku ternganga memandang Priya dan Mirna. Aku menoleh Angel yang berada di sebelah. Dia juga memaparkan wajah selamba seolah-olah sudah tahu tentang rahsia yang selama ini menjadi rahsiaku.

"Macam mana korang tahu?"

Priya mengangkat bahu. "Luther Fang ada datang sementara kau tertidur. Kami berbual untuk mengisi masa lapang sementara tunggu kau bangun. Tapi datang lelaki tu tak ada manner. Bukannya nak hidang air ke biskut ke untuk tetamu dia ni"
Ujar Priya.

"Stop it, Priya. Berhenti bergurau macam tu. Its not funny. Dan tolonglah jangan cabar kesabaran Luther Fang lagi"
Marah Angel.

Aku menoleh antara Priya dengan Angel. Mirna tertunduk merenung lantai batu. Priya menjungkit bahu sebelum bergerak dan duduk bersandar di dinding.

"Apa yang dia buat?" Tanyaku.

"Selain dari rantai kita? Better kau tak tahu" Beritahu Mirna.

Aku dapat merasakan ada sesuatu yang telah berlaku semasa aku tidak sedarkan diri.

"Sorry," Kataku kepada mereka.

Semua mata menoleh ke arah aku.

"For what? Sebab rahsia kau ke? Keep it Snow. Kita ada masalah lagi besar sekarang ni yang perlu difikirkan." Kata Priya.

Angel dan Mirna mengangguk setuju.

"Thanks guys. You're the best" Balasku.

Pap! Pap! Pap!

Bunyi tepukan tapak tangan menarik perhatian kami. Seorang lelaki muncul dari cahaya kelam dengan senyuman di wajah.

Aku menelan liur. Mirna dan Angel yang berada di sebelahku mengecilkan diri.

"So, Love. Akhirnya kita bertemu lagi." Lelaki itu menyengetkan kepalanya ke kiri.

"Luther Fang," Kataku sepatah.

Tidak pula aku menyangka Luther Fang memiliki wajah yang kacak.

Luther Fang menjungkit bibir kiri ke atas.
"Yes, That's I am. Saya terkejut awak kenal saya"

Aku menggigit bibir bawah. Aku cuba bangun meskipun terasa agak sukar untuk berdiri.

"Reaksi kawan-kawan aku dah cukup untuk beritahu aku siapa kau sebenarnya"

Luther Fang ketawa kecil. " Ladies, Saya minta maaf kalau saya ada bersikap keterlanjuran"

Mirna dan Angel memegang lenganku. Priya bangun dan berdiri tidak jauh daripada kami.

"Aku takkan jadi pengikut kau kalau itu yang kau harapkan"

Luther Fang seperti sudah mengagak kata-kataku. Dia berdiri tegak sambil kedua tangannya digenggam di hadapan.

"Love, Saya tahu takkan mudah untuk memaksa awak. Sebab itu saya bawa mereka."

Tangan Angel dan Mirna yang menggenggam lenganku terasa sejuk.

"Kau nak buat apa dengan kami?!" Pelik Priya.

"Priya, " Panggil Mirna dengan suara perlahan seolah-olah berbisik.

Luther Fang tersengih. Dia mampir ke jeriji besi dan merenung Priya.

"Strong girl. Saya terfikir bagaimana nak lembutkan awak dan kemudian saya tersedar awak takkan pernah berlembut."

Deraman ibarat singa yang mengaum kedengaran dari arah belakang Luther Fang.

Dua ekor binatang muncul dan perlahan-lahan menghampiri jeriji besi.

Manticore!



Priya tersengih. " Kau fikir aku takut?"

"No, Of course you're not. But what about your friend?" Luther Fang menghalakan matanya ke arah Angel dan Mirna.

"Keep yourself away from them!" Aku menjerit ke arah Luther Fang.

Lelaki itu tersenyum lagi. "Love, Saya akan jamin keselamatan orang-orang yang awak sayangi. You just have to give me what I want"

Mirna dan Angel melihat ke arah aku. Jelas ketakutan terpancar di wajah mereka.

"Kalau aku tak nak?"

Manticore menerpa ke arah jeriji besi menyebabkan kami menjerit nyaring.

Priya menggunakan unsur angin untuk menyerang Manticore tetapi serangannya terpantul kembali ke arahnya.

Tubuh Priya melayang ke belakang sebelum terhantuk keras ke dinding.

"Priya!" Jerit kami serentak lantas bergegas menghampiri Priya.

Erangan kesakitan terpacul dari mulut Priya. Dia menggigit bibir, Menahan kesakitan.

"Priya..." Tubir mataku mula bertakung.

"Priya, Aku dah kata jangan lawan dia." Angel mengesat air mata yang mengalir.

"Ahhhhhh!!!" Suara Mirna yang lantang membuatkan kami berpaling.

Pintu jeriji yang terbuka kembali terkunci setelah sebuah asap hitam menarik Mirna keluar.

"Mirna!" Aku cuba membuka pintu jeriji. Kedua tanganku menggenggam tiang hitam ini.

"Love, Awak fikir semudah itu awak dapat melepaskan diri?" Suara Luther Fang kedengaran seperti mengejek.

Aku cuba membuka jeriji besi ini namun tiada apa-apa tenaga yang dapat aku rasakan.

Tak guna!

Mirna yang sedang terapung berusaha untuk melepaskan diri sementara Manticore yang berada di bawahnya melompat-lompat cuba mendapatkan Mirna.

"Lepaskan dia!" Jeritku.

"Give me what I want, Love. Saya dah tunggu selama lima ratus tahun. Jangan cuba nak cabar kesabaran saya"

"Snow, Jangan bagi dia," Priya yang dipangku oleh Angel bersuara.

"Snow! Angel! Priya!" Jerit Mirna sambil menangis dengan kuat.

Aku merenung Luther Fang dengan penuh riak kebencian.

"Well?" Soal Luther Fang.

"Apa kau nak aku buat?" Tanyaku.

Luther Fang tersengih lebar. "Senang sahaja, Love. Let's get married"

Sinopsis Angel






Menjadi Guardian Angel adalah impian Angel sejak dari kecil lagi. Pada pendapatnya Guardian Angel adalah satu tanggungjawab yang mulia iaitu menjaga anak guardian daripada sebarang bahaya yang mungkin menimpa.

Tiba-tiba sahaja muncul Nick, Si Cupid yang meminta kerjasama dari Angel. Sebabnya dia perlu menyatukan anak guardian Angel, Ayumi dengan lelaki yang telah ditakdirkan untuk gadis itu.

No problem, Kata Angel. Demi membantu seorang rakan baik, Dia rela menjayakan rancangan Cupid.

Namun apakah yang bakal berlaku apabila lelaki yang dimaksudkan oleh Cupid ialah Damian, Lelaki yang mengajar Angel erti cinta dan rindu.

Mampukah Angel memberi kerjasama kepada Cupid dan mengorbankan perasaannya? Atau adakah Angel akan memintas jalan Ayumi menggunakan sayapnya dan seterusnya mendapatkan Damian?

Hint: Yes

Tuesday 27 February 2018

Wicked Love 21

Mama menyeluk tangannya ke dalam beg kulit berwarna merah yang sering dibawanya ke mana sahaja.

Beg merah itu kelihatan agak usang kerana sudah bertahun digunakan. Papa yang menghadiahkan beg ini kepada mama.
Sebab itu beg ini mempunyai sentimental Value.

Sebuah buku bewarna hitam dikeluarkan oleh mama. Di hadapan kulit buku itu terukir perkataan Magic bewarna keemasan.

Mama meletakkan buku tersebut ke atas meja. Aku hanya memerhatikan gerak-geri mama.

"Book of the keeper,
     I command thee,
        Show me, What I want to see"

Sebaik selesai ucapannya, Buku hitam di hadapan mama mengeluarkan cahaya kuning.

Buku The Keeper dengan laju menyelak helaian lamannya sendiri. Sementara itu, bulu romaku berdiri tegak apabila ucapan mama diulang berkali-kali oleh satu suara aneh. Seketika kemudian aku menyedari bahawa suara aneh itu datang daripada buku The Keeper.

'Beware those who seek the secrets that lies within'

Sayup suara wanita berkumandang di seluruh bilik. Aku menggosok lengan bagi mengusir rasa takut.

"Ini adalah salah satu harta peninggalan Magician Ketujuh. Snow boleh tanya apa sahaja yang Snow mahu. Buku ini akan tunjukkan segalanya." Mama mengangkat buku tersebut dan menghulurkan kepadaku.

Aku menyambut huluran mama dan meletakkan buku tersebut di hadapanku. Tidak tahu bagaimana harus aku menyatakan perasaan ini apabila melihat gambar mama dan papa ada tercatat di dalam buku ini.

Gambar gandingan mereka berdua semasa muda. Di bawahnya pula terdapat satu garis lurus yang memaparkan gambar aku.

"Ini apa mama?"

"Salasilah keluarga. Daripada Magician Ketujuh dan Prince Rider sehingga kepada Snow sebagai pewaris terkini" Kata mama.

"Jadi The Keeper ialah orang-orang yang menyimpan barang-barang magician ketujuh ke?"

"Kami menyimpan segalanya yang berkaitan dengan Magician Ketujuh. Selepas mama, Snow yang sepatutnya akan ambil alih tanggungjawab ketua The Keeper. Dan aliran itu akan terus berterusan kepada anak Snow nanti."

Aku terkebil-kebil mendengar penerangan mama. Hakikat sebagai pewaris Magician Ketujuh pun susah untuk aku hadam. Inikan pula mendengar perkataan anak.

"Err, Tapi kenapa mama simpan rahsia ni daripada Snow?" Tanyaku sambil melarikan pandangan mata ke arah buku tersebut.

Seram sejuk memikirkan bakal pewaris selepas aku.

"Sebab, Mama tak nak kehilangan anak mama."

Aku mendongak, Memandang wajah mama yang keruh.

"Maksud mama?"

"Mama tahu yang lambat-laun Luther Fang pasti akan kembali. Cuma mama tak sangka bahawa orang yang akan ditakdirkan berhadapan dengan Luther Fang ialah anak mama sendiri"

Aku kematian kata-kata. Melawan Luther Fang?

"Snow? Sebab Snow Animists?"

Mama mengangguk.

"But how?" Tanyaku lagi.

"Mama dah tahu dari usia Snow lima tahun. Snow, Selalu bermain dengan imaginary friend. Mama ingat benda tu perkara biasa bagi budak-budak. Sampailah suatu hari, Mama sedar yang Imaginary friend Snow benar-benar wujud."

Aku menelan liur. Tidak pula aku ingat yang aku pernah mempunyai Imaginary friend.

"Tapi Snow tak ingat pun?"

"Snow tak ingat. Tapi kawan-kawan Snow sentiasa ada. Now, Mama nak tanya macam mana Snow jumpa Water Nymph?" Soal mama.

"Snow jumpa secara kebetulan. Masa tu mereka dah ada dekat satu tempat ni." Aku menerangkan kepada mama.

"Think about it again. Snow jumpa secara kebetulan atau Snow yang menyeru mereka untuk muncul?"

Soalan mama membuatkan otakku lihat berfikir. Water Nymph, Bukankah selama ini aku yang menyeru kehadiran mereka?

Begitu juga sewaktu pertama kali kami bertemu ketika dahulu. Bukankah aku yang menyeru mereka?

"Well?" Tanya mama.

"Jadi, Snow boleh seru makhluk magical creature?"

Mama menyandarkan badan ke kerusi. "Macam Luther Fang. Cuma makhluk yang diseru adalah berbeza. Pertama kali mama sedar tentang kebolehan Snow ialah masa mama nampak Snow bermain dengan fairy."

Bulat mataku memandang mama. Fairy?

"I don't know mama. Snow macam susah nak percaya semua ni. Like, Betul ke Snow pewaris Magician ketujuh. Betul ke Magician ketujuh ada hubungan dengan Prince Rider?"

Mama merapatkan tubuh ke meja lantas menyeru,

"Book of The Keeper,
        I command thee,
               Show Snow, What she want to see"

Buku The Keeper sekali lagi menyelak sendiri helaian muka suratnya dengan laju sebelum berhenti di satu muka surat.

Aku memandang gambar yang tertera di helaian muka berkenaan. Terpampang gambar seorang lelaki dan wanita kelihatan gembira dan berdiri secara berhadapan. Gambar ini kelihatannya sudah usang berdasarkan warnanya yang pudar.

"Ini bukan Prince Rider ke?" Aku menuding jari ke arah gambar si lelaki.

"Ini gambar perkahwinan Prince Rider dengan Magician Ketujuh," Perlahan suara mama namun ibarat ngauman naga di telingaku.

"Ihhhh? Mereka kahwin?"

"Secara rahsia"

Aku menarik buku The Keeper untuk melihat gambar usang tersebut dengan lebih jelas.





"Wicked..." Bisikku.

Tidak sangka Prince Rider dan Magician ketujuh benar-benar berpasangan dan seterusnya melebarkan sayap perhubungan dengan sebuah perkahwinan.

Dan alangkah bertuahnya aku dapat melihat wajah Master, Pengasas Whisper Hollow Academy yang juga Magician Ketujuh.

Dia nampak begitu innocent. Patutlah Luther Fang pun boleh jatuh cinta.

"They love each other so much. Sesiapa pun boleh nampak daripada reaksi mereka berdua " Kata mama sambil turut merenung gambar Prince Rider dan Magician ketujuh.

"Tapi, Bukan ke Royal Family tak boleh berkahwin dengan orang kebanyakan?"

"Its love Snow. Sometime cinta buatkan kita bertindak di luar dugaan" Jelas mama.

"Walaupun ada risiko yang salah seorang antara mereka akan mati?" Tanyaku tidak puas hati.

"Mungkin mereka tak peduli asalkan dapat bersama-sama." Balas mama.

Aku teringatkan pada Ice dan perjumpaan antara kami pagi tadi. Ice juga mengatakan perkara yang sama.

"Ma, Bagaimana Magician ketujuh terselamat? Sedangkan magician lain termasuk Prince Rider terkorban?"

Mama mengangkat wajah dari buku The Keeper. Lama mama merenung aku dengan mata yang berkaca.

"Itulah persoalan yang mama cuba rungkaikan Snow. Tapi sampai sekarang mama tak tahu jawapannya"

"Apa maksud mama?" Tanyaku tidak mengerti.

Mama menghela nafas berat sebelum mengelap setitis air mata yang mengalir. Mama kembali menghadapkan pandangan kepada Buku The Keeper.

"Book Of The Keeper,
   By the power of me,
         Show us to see,
            What has been,
                The secret lies within"

Buku The Keeper sekali lagi mengeluarkan cahaya kuning keemasan. Helaian kertasnya terbuka dengan laju mengikut arah berlawanan sebelum tiba ke satu muka surat.

   

'For those who want the truth revealed,
   Shall we tell it is indeed,
      When the secret has been leaked,
         The strong power shall be revealed'

Suara aneh tadi kembali berkumandang. Aku merenung mama dengan kerutan di dahi.

"Rahsia apa?"

Mama menggeleng. "Mama tak pasti, Snow."

"Mungkin ianya bermaksud kuasa Snow tak?"

"Mungkin. Sebab tu mama pesan pada Snow jangan sampai ada yang tahu pasal kuasa Snow. Kita tak tahu siapa pengikut Luther Fang. Mereka boleh jadi musuh dalam selimut"

Aku kini mengerti akan tindakan mama. Dulu aku fikirkan yang mama kecewa kerana aku tidak memiliki unsur kuasa sepertinya.

Rupanya mama cuba menyelamatkan aku dari pengikut Luther Fang.

"Luther Fang cari Snow untuk apa? Sebab kuasa Snow ke?"

Mama mengangguk. "Dia boleh seru makhluk kegelapan. Tapi, Snow pun boleh lakukan yang sama dengan Magical Creature. Jadi, Dia perlu jadikan Snow sebahagian daripada dia untuk menguasai keduanya. Kalau dia dapat, Dunia Magis akan berada di bawah kekuasaannya"

***

Sebelah tangannya dilekapkan ke dinding kaca manakala sebelah lagi menyeluk poket seluar.

Ice merenung ke arah pelajar-pelajar Whisper Hollow Academy yang akan berangkat ke stesyen Sky Train.

Kepulangan mereka akan diiringi oleh sekumpulan pengawal diraja. Serangan Luther Fang sebelum ini menyebabkan mereka lebih berhati-hati.

Apatah lagi enam negara unsur magis yang lainnya sedang mempertahankan negara mereka dari serangan Luther Fang.

Dunia magis kini sedang berada dalam keadaan kacau-bilau.

"Awak nak biarkan sahaja ke dia pergi?"

Ice mendiamkan diri. Enggan menjawab pertanyaan Whisper. Apalah yang boleh dia lakukan lagi sekiranya Snow berkeras untuk mengakhiri hubungan mereka.

"My Prince, Are you sure about this?" Tekan Whisper. Dia tahu Ice sengaja buat tidak mendengar.

"Dia dah buat pilihan." Balas Ice akhirnya.

Whisper berjalan menghampiri Ice. Dia turut memandang ke arah rombongan pelajar-pelajar Whisper Hollow di bawah.

"Awak nak putus asa begitu sahaja?"

"Then awak nak saya buat apa? Dia yang tinggalkan saya. Dua kali"
Ice menggelengkan kepala dengan wajah jengkel.

Walaupun dia tidak ingat kisah antara dia dengan Snow, Tetapi dia dapat merasakan sesuatu pada pertemuan pertama mereka semasa kedatangan Madam Eloisa tempoh hari.

Ice sedar, Dia masih cintakan Snow. Dan Snow juga merasakan perasaan yang sama. Namun sayang, Snow tidak mahu menempuh risiko yang akan menimpa jika mereka masih bersama.

"Saya tak berniat nak masuk campur, My Prince. Tetapi saya cuma nak tahu, Adakah tuanku akan dapat menjalankan kerjasama dengan Snow bagi menentang Luther Fang?"

Ice menoleh ke arah Whisper. Segala yang berlaku antara dia dengan Snow adalah hal peribadi mereka.

Tentulah dia akan bersikap professional untuk menghadapi Luther Fang. Walaupun bermaksud bahawa dia harus bekerjaama dengan Snow.

"Kau akan dapat semula tubuh kau, Whisper. Aku akan cuba yang termampu"

Whisper mengangkat bahu. "Its not important. Masa depan dunia Magis yang saya risaukan sekarang ni."

Ice bersetuju dengan kata-kata Whisper.
Luther Fang harus dihentikan.

"Hey Whisper"

"Yes?"

Ice merendahkan lutut di hadapan Whisper.

"Aku terfikir pasal tujuh magician yang meletakkan Luther Fang dalam keadaan tidur dulu. Mereka terkorban isn't?"

Whisper mengangguk. "Yes."

Ice mengukir senyuman nipis.
"Tell me Whisper, Mereka terkorban atau mereka sebenarnya mengorbankan diri sendiri?"

Whisper melarikan pandangan mata. Jelas ada sesuatu yang cuba disembunyikannya daripada Ice.

"Aku tak faham apa yang kau cakap"

"Jadi betullah? Mereka semua mengorbankan kuasa masing-masing untuk mengikat Luther Fang. Begitulah mereka mati."

Whisper menggelengkan kepala. Ice membuat renungan bekunya membuatkan Whisper kaku.

Untuk pertama kalinya dia menjadi penakut di hadapan Ice. Akhirnya Whisper mengangguk perlahan-lahan.

"I'm sorry My Prince. Saya tak sanggup nak beritahu"

"Maksudnya aku akan mati." Perlahan Ice mengucapkan ayat itu.

"My Prince" Whisper menunduk. Kesedihan menguasai jiwanya di kala ini. "Mungkin ada cara lain untuk hapuskan Luther Fang. Saya akan cari..."

"Whisper" Ice memintas kata-kata Whisper. "Its okay."

"No its not and it never will. Saya dah penat dengan kehilangan. Mula-mula ayah, lepas tu ibu dan kemudian Stella. Sekarang ada lagi yang bakal terkorban semata-mata kerana Magician gila tu!" Tegas Whisper.

Dia sudah cukup merasakan kepedihan akibat kehilangan insan tersayang.

"Tak tahu pula aku di sebalik mulut kau yang laser tu tersimpan hati tisu" Usik Ice.

"Shut up. Tak kelakar My Prince" Whisper mengesat mata dengan kaki kanan.

Ice tersenyum lantas menggosok kepala Ice. Whisper hanya membiarkan namun dahinya sengaja dikerutkan, Konon-konkn tidak suka dibelai begitu.

"Hey Whisper" Panggil Ice.

Dia berdiri semula sambil melihat ke arah luar. Bas yang membawa pelajar Whisper Hollow Academy sudah bergerak perlahan-lahan meninggalkan perkarangan bangunan utama Iceland Academy.

Sekumpulan pelajar-pelajar Iceland menghantar pemergian Whisperian dengan lambaian tangan.

Nampaknya pertukaran pelajar ini bukanlah satu perkara sia-sia. Sekurangnya anak muda yang bakal menerajui dunia magis di masa hadapan sudah terbuka dalam menerima manusia dari negara luar.

Tapi, Masihkah mereka berpeluang menerajui dunia magis atau dunia ini akan berakhir dengan berada di dalam cengkaman Luther Fang?

"What?"

"Boleh tak aku nak minta tolong?" Tanya Ice.

"Kalau saya mampu. Apa permintaan My Prince?"

Ice menelan liur. Hatinya terasa sakit melihat bas yang semakin menjauh.

"Kalau aku ditakdirkan mati, Tolong tengok-tengokkan Snow."

Kelopak mata Whisper berkaca semula. Namun dia menganggukkan kepala tanda bersetuju dengan permintaan Ice.

"My Prince, Awak masih sayangkan Snow?"

"Dia padamkan memori saya, Whisper. Tapi dia tak padamkan perasaan saya kepada dia. Snow, She is a Wicked girl"

***

Suasana di dalam kabin begitu suram, Tidak sama seperti ketika kami mula-mula tiba ke Iceland ini.

Luna tidak lagi memakai headphone. Jeeva pula asyik menoleh ke liar tingkap Sky Train. Eva pula bermain dengan jari-jemarinya sendiri.

Aku, Angel, Mirna dan Priya yang berada di kabin sebelah juga diam membisu. Masing-masing melayan perasaan sendiri.

"Ah!" Mirna menepuk dahi.

Kami bertiga memandang ke arah Mirna yang tergesa-gesa membuka beg sandangnya.

"Kenapa Mirna?" Tanya Priya.

Mirna tidak menjawab sebaliknya menghulurkan sebuah kotak bewarna biru kepadaku.

"Sorry Snow. Aku lupa nak beri hadiah ni Kat kau"

Aku mengambil kotak sebesar tapak tangan itu daripada Mirna.

"Apa ni?" Tanyaku.

"A gift dari budak kelas kita di Iceland. Keychain 3D Iceland academy. Kalau kau tengok lama-lama kat keychain tu boleh nampak semua budak-budak kelas Magical Creatures." Angel menjawab pertanyaanku.

"Kami bertiga pun dapat. Semalam kami cari kau tapi tak jumpa. So, Mereka kirimkan ni pada kami untuk bagi pada kau" Tambah Priya.

Sambil tersengih aku membuka kotak biru tersebut. Keychain 3D Iceland academy kuambil sebelum menatapnya lama seperti yang diberitahu oleh Angel.

Dari keychain itu aku dapat melihat kelas Magical Creatures seakan-akan aku sedang berdiri di sana. Proffesor Langford sedang berdiri memeluk tubuh sambil tersengih di hadapan pelajar-pelajar Magical Creature.

Tidak pula aku tahu bahawa Proffesor Langford pandai tersengih kerana dia selalu serius di dalam kelas. Aku ingatkan dia tidak suka pada kami berempat.

Beberapa pelajar-pelajar Magical Creatures melambai-lambai ke arah kami. Malah ada pelajar-pelajar lelaki yang nakal menghembuskan flying kiss membuatkan bentuk heart bewarna merah melayang-layang ke udara.

Tanpa dapat ditahan aku melepaskan ketawa. Tak sangka mereka bukanlah selalu bersikap dingin seperti yang disangkakan.

"Aku ingatkan mereka tak suka kita?" Kataku selepas menghabiskan ketawa.

"Kaupun terhibur? Masa buka kotak tu aku dah bersedia. Manalah tahu mereka nak aniaya kita. Rupanya mereka betul-betul bagi hadiah kenangan." Priya tersenyum.

"Maybe mereka tak biasa. Yalah, Tiba-tiba ada orang dari negara lain masuk ke tempat mereka." Angel membuat tanggapan.

"Sekarang aku rasa rindu pula pada mereka. Weird kan?" Kata Mirna.

"Yalah, Kita baru nak rapat dengan mereka. Lepas tu dah kena balik pula" Akui Priya.

"Tapi, Pengembaraan singkat ni mengajar kita perkara-perkara baru. Aku akui banyak benda yang aku tak pernah sangka akan terjadi, Boleh berlaku pada aku." Kata Angel.

"Yeah" Angguk Priya lantas menoleh ke arah luar.

Kami semua terdiam seketika. Ice, Bagi aku dia adalah pengalaman terindah yang takkan mampu aku lupakan sampai hujung nyawa.

Bertemu dengannya semula di Iceland bukanlah pintaku. Dan meninggalkan dia sekali lagi bukanlah kerelaanku.

Aku menyimpan hadiah pemberian pelajar magical creatures Iceland ke dalam beg.

"Cheer up. Mungkin kita akan bertemu mereka semula" Kataku cuba menceriakan suasana.

"Like Tiffany?" Kata Angel sambil tersenyum ke arah Mirna.

"Siapa Tiffany?" Tanya Priya.

"Dia pelajar biology dekat Iceland. Aku dengan Angel jumpa dia dekat perpustakaan. Nampaknya selama ni dia nak berkawan dengan kita tapi takut." Jelas Mirna.

"Then dia cakap teringin nak tengok Dry Land. So, Aku dengan Mirna ajak dia datang." Angel menambah info.

Aku dan Priya mengangguk faham. Nampaknya tanggapan kami selama ini salah. Warga Iceland bukanlah semuanya bersikap dingin.

Mereka hanya memerlukan masa untuk menerima dan bersosial dengan orang Dari negara luar. Pastilah bukan mudah bagi Iceland kerana dasar pintu tertutup yang dilaksanakan oleh pemerintah mereka selama ini.

Lagipun, Ambil sahaja contoh Ice dan Shadow Knight. Mereka tidak pula bersikap dingin ketika pertama kali kami bertemu.

Bumm!!!

Bunyi kuat beserta dengan impak tenaga membuatkan aku serta Angel terdorong ke hadapan.

Suara jeritan yang membingitkan gegendang telinga berkumandang di dalam kabin. Aku terlanggar Priya manakala Angel terlanggar Mirna.

Belum sempat kami menenangkan diri yang terkejut, Bunyi siren kecemasan Sky Train melatari suasana.

"What's that?" Tanya Angel.

"Ouch!" Mirna menggosok kepalanya yang terhantuk tubuh Angel.

Priya membantu aku untuk bangun sebelum kami sama-sama berdiri di dalam kabin. Bunyi teriakan yang nyaring membuatkan kami kebingungan bercampur rasa takut.

Angel memegang lenganku dan Mirna. Priya melihat ke arah luar tingkap.

Whoosh!

Bunyi sayap melibas angin mengejutkan kami.Tanpa sengaja aku dan Angel berpandangan sesama sendiri.

"Priya, What's that?" Tanya Mirna.

Priya masih tidak berganjak dari tingkap. Dia bagaikan melekat di situ.

"Priya!" Suara Mirna nail satu oktaf.

Whoosh!!

Desiran angin kedengaran begitu hampir di atas kami. Suara jeritan semakin menjadi-jadi.

Barisan pengawal yang mengiringi kepulangan kami ke Iceland berlari laju ke arah kabin hadapan.

"Moth-man. Kita diserang Moth-man" Priya berdiri tegak memandang ke arah kami bertiga.




Serentak dengan itu satu bayangan yang sedang terbang menghala laju ke arah kami dari tingkap kabin.

"Err, Priya" Bulat mataku memandang ke belakang Priya.

"No way," Kata Mirna.

"Tunduk!!!"

Jeritan Angel adalah perkara terakhir yang aku dengar sebelum jeritan Moth-man meneggelamkan suara Angel.

Monday 26 February 2018

Wicked Love Sinopsis




"If you miss me, Just look at the star. And I'll be there"

Dia tidak pernah lupa melihat bintang di langit malam meskipun sudah lima tahun peristiwa itu berlalu. Namun, Program pertukaran pelajar ke Iceland ditentang hebat oleh Snow.

Baginya ahli netball wanita Whisper Hollow Academy tidak perlu menjalani latihan sehingga ke negara itu.

Di sebalik keengganan Snow sebenarnya tersimpan sebuah rahsia besar. Namun sekeras manapun dia menolak, Akhirnya dia terpaksa akur demi rakan-rakannya untuk ke Iceland.

Sekarang Snow hanya mampu berharap agar dia dapat menghabiskan program ini dengan selamat.

Namun berjayakah Snow mengharunginya? Apakah rahsia yang disimpan oleh Snow? Dan bagaimana pula apabila rahsia yang disimpannya selama ini terbongkar jua?

Jom ikuti pengembaraan Snow dalam Wicked Love.

Wicked Love 20

Angel menyerahkan buku rujukan yang dipinjam kepada pengawas perpustakaan.

Memandangkan esok mereka akan berangkat pulang ke Dry Land, Segala urusan berkaitan dengan Iceland perlu diuruskan dengan kadar segera.

Mirna yang menemani Angel hanya mendiamkan diri. Menunggu giliran Angel untuk menghantar buku.

"Thanks" Kata Angel sepatah selepas pengawas perpustakaan memulangkan kad pelajar miliknya.

"Awak semua akan balik esok?" Tanya pengawas perpustakaan yang mengikat rambut tocang dua itu.

"Apparently yes."

"Oh, Sayangnya awak semua tak lama di sini." Kata pengawas perpustakaan dengan wajah sedih.

Angel dan Mirna menoleh sesama sendiri.

"Awak sedih?" Soal Mirna.

Pengawas perpustakaan itu mengangguk. "Yeah. Saya suka tengok awak semua. So cool. Saya harap saya dapat pergi melawat ke Dry Land untuk cuci mata. You know, Its suck cuma dapat lihat salji. Paling jauh nak tengok rumput hijau pun cuma dekat bandar. Itupun yang buatan magis. Tak real"

Angel dan Mirna sudah tersenyum-senyum mendengar gadis di hadapan mereka memuji Dry Land.

"Well, Keep in touch. Mana tahu ada peluang awak nak datang. Boleh beritahu kami." Ajak Mirna.

"Betul ke?" Pengawas perpustakaan kelihatan gembira.

Mungkin tidak menyangka Mirna akan mengajaknya ke Dry Land.

"Dengan tangan terbuka." Angguk Angel.

"Thank you! Thank you!" Jerit pengawas perpustakaan sebelum dia menutup mulut.

Angel dan Mirna menutup mulut, Menahan ketawa. Selepas mengucapkan selamat tinggal kepada kawan baru mereka, Angel dan Mirna meninggalkan perpustakaan.

"Aku nak jumpa Tina. Aku nak pujuk dia ikut aku ke Dry Land." Beritahu Mirna.

Tidak mungkin dia akan meninggalkan Tina sendirian di tempat ini. Cukuplah lima ratus tahun gadis itu bersendirian di Iceland ini.

Dia mahu membawa Tina bersama ke Dry Land. Setidaknya Tina akan mendapat ramai kawan spirit di sana.

"Okay." Setuju Angel.

Mereka berdua berpisah apabila tiba di bangunan utama. Mirna mencari semula Tina di tempat pertama dia menemui gadis kecil itu manakala Angel memanjangkan kaki menuju ke cafe.

Ketika dia sampai tidak ramai pelajar yang ada di sana. Terus sahaja Angel menuju ke kaunter dan membuat pesanan. Selepas membeli smoothie chocolate banana dia menaiki anak tangga untuk ke tingkat atas.

Angel mengambil tempat duduk yang menghadap ke arah dinding kaca. Dia mahu mengingati memori pemandangan Iceland buat kali terakhir.



"Angel"

Angel menoleh ke tepi. Terlihat olehnya Damian yang sedang memandangnya.

"Mr.Damian"

Damian sedar sejak pertunangannya dengan Clara diketahui oleh Angel, Nama panggilan Angel kepadanya sudah bertukar.

Tetapi dia faham bahawa itu adalah cara Angel menjarakkan hubungan mereka. Malah sebab itu juga dia tidak lagi mengganggu ketenteraman gadis itu walaupun dia rindu untuk mengulanginya.

"Sorang je?"

"Yup. Yang lain semua tengah sibuk dengan kerja masing-masing"

"Oh" Damian mengangguk faham. "Jadi, Awak dah sedia untuk balik ke Dry Land esok?"

"Ya." Jawab Angel sepatah.

"Harapnya awak tak lupa pada Iceland"

Dan saya, Desis hati Damian.

"I won't. Of course walaupun sekejap sahaja saya berada di sini tapi ada memori yang takkan saya lupa" Kata Angel.

Damian menyeluk poket seluar. Dia merenung Angel lama untuk menyematkan wajah ini ke dalam hatinya buat selamanya.

Siapa sangka kehadiran Angel mengajarnya perasaan yang tidak terduga akan wujud di dalam jiwa.

Dan untuk itu dia berterima kasih kepada takdir kerana menemukannya dengan Angel.

"Saya mungkin tak dapat lihat awak balik ke Dry Land esok. Saya ada kerja untuk dibuat" Tipu Damian.

Dia sebenarnya tidak sanggup untuk melihat pemergian Angel. Mengingati tentang pemergian Angel sahaja sudah cukup meremukkan jiwa apatah lagi mahu menghantar gadis kesayangannya itu ke stesyen Sky Train.

"Oh, Tak apa. Terima kasih Mr.Damian sebab dah jaga kami semua selama ini. Dan, Terima kasih sekali lagi sebab dah selamatkan Snow dulu"

Damian tersenyum. Dia tidak terkejut andai Angel tahu penglibatannya dalam menyelamatkan Snow. Pastilah Snow yang memberitahu hal itu kepada Angel.

"Its my duty"

"Still, Thank you Mr.Damian"

"Sure. And Angel?"

"Yes?"

"Goodbye." Perlahan Damian mengucapkan ayat itu.

Angel mengukir senyuman. Bagi Damian dia akan merindui senyuman ini sepanjang hidupnya nanti.

"Goodbye" Balas Angel.

Damian kemudiannya meminta diri sebelum melangkah meninggalkan Angel. Tidak betah dia mahu berlama-lama lagi kerana hatinya akan semakin terluka.

Angel memerhatikan tubuh Damian sehingga lelaki itu menghilang di sebalik tangga.

Dia berpaling ke hadapan, Menghirup kembali smoothie banana chocolate. Tetapi entah kenapa kemanisan minuman ini tidak lagi dirasakan oleh Angel.

***

"Where are we?"

Shadow Knight membawa aku ke jalan rahsia yang ada di Iceland Academy ini.
Dengan penuh arif Shadow Knight berjalan mengikut lorong-lorong yang ada.

"Relax. Aku dah mahir tempat-tempat rahsia ni." Jelas Shadow Knight.

"Macam mana kau boleh ingat jalan mana nak ikut?" Aku menggaru kepala.

Pelik dan hairan kerana Shadow Knight boleh menghafal jalan yang penuh dengan lorong rahsia ini.

Ketika kami tiba di tiga buah lorong yang bersebelahan, Shadow Knight membelok terus ke bahagian paling kiri.

Aku hanya mengikutnya tanpa kata. Harapnya dia tahu jalan untuk pulang nanti.

"Let's say aku ada banyak masa untuk mengembara. Tak ada orang yang nak disiplinkan aku untuk jadi putera raja harapan nusa dan bangsa" Shadow Knight ketawa selepas menghabiskan kata-kata.

Otakku ligat berfikir. Makna tersirat di dalam ucapan Shadow Knight amat aku fahami.

"Macam mana hidup Ice masa dia belum koma?" Tanyaku kepada Shadow Knight.
Sekadar ingin tahu mengenai Ice.

"Entah. Aku dengan dia tak rapat walaupun kami ni adik-beradik. Permaisuri Charlotte yang letakkan jurang tu sebab dia percaya ayah aku masih belum boleh lupakan mak aku. Jadi, Dia takut kalau takhta jatuh kepada aku nanti." Panjang lebar penjelasan oleh Shadow Knight.

Aku memerhatikan belakang tubuhnya yang berjalan di hadapan.

"Kau tak kisah kalau Ice yang ambil alih?" Tanyaku.

"I care about what Iceland people might say. Kalau rakyat Iceland boleh terima Ice dan dia boleh jadi raja yang baik, So why not"

"Tapi kaupun ada hak."

Shadow Knight menoleh untuk seketika, Sekadar mempamerkan senyuman nipis.

"Yeah, Tapi aku mix blood." Ujar Shadow Knight.

Aku memegang lengan Shadow Knight lantas berdiri di hadapannya.

"Never underestimate yourself. Mix blood or not, You're still worthy"

Shadow Knight menjungkit kedua belah kening.

"Wow, Sekarang aku rasa aku dah faham kenapa adik aku jatuh cinta dengan kau"

Pantas aku meleraikan pautan tanganku di lengan Shadow Knight. Mujur keadaan di dalam lorong ini agak gelap, Hanya diterangi oleh obor kayu yang menyala.

Sebab rasanya muka aku sudah bertukar ketam rebus. Hantu betul Shadow Knight ni.

"Jauh lagi ke nak jalan ni?" Aku mengalih topik.

Shadow Knight tersengih sebelum berjalan beberapa tapak ke hadapan. Telapak tangannya diletakkan pada dinding batu.

Beberapa saat kemudian terdengar bunyi batu-bata yang bergerak sebelum dinding di hadapan kami terbuka, Menjadikan pintu yang muat untuk dimasuki oleh kami berdua.

Aku melangkah ke dalam dengan Shadow Knight sebelum dinding tadi kembali tertutup.

Aku memerhatikan kawasan sekitar di dalam bilik ini. Terdapat banyak almari yang menyimpan barang-barang lama dan buku-buku tebal.

Di kawasan tengah pula terdapat sebuah meja bulat sederhana besar dengan gulungan kertas yang berselerakan.

Di bahagian atas terdapat sebuah balkoni kecil yang menempatkan katil single serta perabot asas seperti almari kecil dan sebuah kerusi.

Kesimpulannya tempat ini tidak kelihatan seperti sebuah tempat yang terbiar.

"Kau tinggal kat sini, Kan?"

"Ke manapun aku pergi aku tak pernah tinggalkan Iceland" Kata Shadow Knight tanpa mengangkat wajah.

Dia menghampiri sebuah pintu. Mengisyaratkan agar aku mengikutinya.

"Mama kat dalam?" Tanyaku.

Shadow Knight tidak menjawab. Tangannya terus sahaja memulas pintu luas-luas selepas mengetuknya sebanyak tiga kali.

Sebaik pintu dibuka, Pandanganku jatuh kepada mama serta beberapa orang lagi yang tidak aku kenali.
Mereka duduk di sebuah meja panjang sepertinya sedang bermesyuarat.

"Snow?!" Mama jelas terkejut.


          "Snow nak tahu kebenaran." Kataku kepada mama.

Rakan-rakan mama seramai enam orang yang tidak kukenali itu hanya memandang tanpa kata.

Mama menjeling ke arah Shadow Knight yang mempamerkan wajah tidak bersalah.

"Ini kerja kau ke?" Tanya mama kepada Shadow Knight.

"Nope, Its mine" Suara Whisper yang tiba-tiba muncul menyebabkan semua mata menoleh ke arahnya.

"Siapa kau?" Tanya mama.

"Hai Madam. Saya minta maaf sebab mengganggu. Tapi demi masa depan dunia magis saya terpaksa lakukan semua ini. Nama saya Whisper. Saya adalah botanist dan herbalogist sebelum disumpah oleh Luther Fang menjadi begini" Terang Whisper.

"Awak pernah jumpa Luther Fang?" Seorang rakan mama yang berjambang putih menyoal Whisper.

"Ya."

"Jadi awak bukan sekadar herbalist. Luther Fang tidak akan secara peribadi turun menemui seseorang yang tidak penting." Tambah lelaki berjambang putih lagi selepas mendengar jawapan Whisper.

Aku menoleh ke arah Whisper. Menantikan jawapan yang akan dikeluarkan oleh kucing liar ini.

"Okay, You got me. Luther Fang cari aku sebab dia nak tahu siapa pewaris Magician Ketujuh."

Mama tersentak lantas menghampiri Whisper yang sedang berdiri di sebuah almari.

"Macam mana kau tahu pasal pewaris tu?" Suara mama kedengaran begitu risau.

"Relax, I'm not stupid macam budak-budak muda yang lain. Di saat mereka seronok dengan dunia sosial, Saya mencari duit dengan menjual bermacam-macam jenis potion. Dunia boleh tipu tapi saya sedar Luther Fang belum mati dan dunia magis masih berada dalam cengkamannya. Saya mengkaji, Membaca tentang peristiwa lima ratus tahun lalu. Lagipun, Bila awak terlibat dalam dunia perniagaan, Awak akan bertemu dengan pelanggan dari pelbagai tempat. That's how I got my information"
Beritahu Whisper.

"Dan kau beritahu Luther Fang?" Tanya kawan mama yang berambut merah.

"Pfft, Kalau saya beritahu taklah saya kena sumpahan macam ni" Whisper membuat muka jengkel.

"How old are you?" Tanya lelaki berjambang putih.

"Lot younger than you" Balas Whisper.

Shadow Knight menggaru batang hidung dengan jari tetapi aku perasan dia cuba menyembunyikan ketawa.

"Okay, Stop. Mama, Please. Saya percayakan Whisper macam mama percayakan Shadow Knight. Lagipun Whisper yang bantu saya melepaskan diri dari penjara" Aku memaklumkan kepada mama.

"That I am" Akui Whisper.

Mama mendiamkan diri. Masih enggan memberikan kerjasama. Aku menoleh seketika ke arah Shadow Knight yang bersandar di dinding.

Dia memberi isyarat, Memintaku memujuk mama. Aku menarik nafas dalam sebelum menghampiri mama.

Aku berdiri di hadapan mama dan mengambil tangannya ke dalam genggaman.

"Ma, Whisper dengan Shadow Knight dah beritahu asal-usul Snow dan siapa diri Snow yang sebenarnya. Tapi Snow cuma nak kepastian daripada mama. Please,"

Mata mama berkaca merenungku.

"Gosh, Snow. Mama cuma nak selamatkan anak mama. I'm trying so hard. All this years, Snow tak tahu macam mana susahnya hati mama." Bicara mama dengan suara yang terketar.

"Ma, Snow perlu tahu semuanya yang mama rahsiakan. Please, Ma. No more secrets" Pintaku.

Mama menarik nafas dalam. "Okay."

"Kami tunggu di luar. You might need some space" Rakan mama yang berjambang mengundurkan diri dari bilik kecil ini.

Seorang demi seorang kawan mama melangkah keluar termasuk Shadow Knight.

"Whisper...!" Panggil Shadow Knight.

Whisper terkebil-kebil memandang Shadow Knight.

"Awwww, Boleh tak aku tunggu sini?" Tanya Whisper.

"No, You'll spoil the mood again. Keluar" Tegas Shadow Knight.

Sambil menggumam akan rasa tidak puas hati Whisper melompat ke bawah dan melangkah keluar.

Shadow knight menutup pintu, Memberi Privasi kepada aku dan mama.

"So, Where should I start?" Tanya mama.

"Beritahu Snow apa itu The keeper?"


***

"Perlu ke awak ambil dia?" Mirna mengalirkan air mata.

Ketika dia menjumpai Tina, Dia tidak berharap akan menemui The Reaper bersama spirit kecil ini. The Reaper sudah bersedia untuk membawa Tina pergi.

Namun Mirna tidak sanggup membiarkan perkara itu berlaku.
Tina kelihatan tenang. Langsung tidak takut walaupun The Reaper muncul dalam jubah hitam dan berwajah tengkorak.

Tina mendekati Mirna yang sedang menangis. Tangan kecilnya menggapai tangan Mirna.

"Tak apa. Tina tak takut. Akhirnya Tina akan jumpa ibu dan ayah. I'll be happy. You should too"

Esakan Mirna semakin menjadi. Namun dia faham masanya sudah tiba untuk Tina kembali ke tempat yang sepatutnya.

"Please don't cry."

"But I'll miss you." Kata Mirna.

Menjadi paranormal kadang-kadang sangat menyeksa jiwanya. Dia tidak kuat setiap kali melihat perkara seperti ini terjadi.

"Thank you Mirna sebab jadi kawan saya. Selepas begitu lama akhirnya ada juga orang yang nampak saya. Sekarang saya akan lihat awak dari atas"

Mirna tersenyum nipis sambil menahan esakan.

"You're a good girl Tina."

"Oh ya, Tina ada benda nak beritahu. Sesuatu yang Prince Rider pernah cakap sebelum dia meninggal. I guess now I can say it to you." Kata Tina.

Mirna semakin sebak. "What is it?"

"Well, Dia kata antara kuasa yang paling hebat di dunia ini adalah kasih sayang. Tina tak faham sampai sekarang apa maknanya. Mungkin Mirna boleh cari makna kata-kata tu" Kata Tina dengan wajah polos.

"Okay, I will find the answer." Janji Mirna.

"Can I go?" Tanya Tina kepada Mirna.

Mirna menoleh ke arah The Reaper yang sedia menunggu sebelum mengangguk.

Tina memusingkan tubuh menghampiri The Reaper yang kemudiannya merendahkan diri selaras dengan Tina.

Tina memegang dada dengan kedua belah tangan. Sesuatu yang bewarna putih dibawa keluar dari dadanya dan ditunjukkan kepada The Reaper.

"Here mister. Please take me to see my mum and dad"

The Reaper mengangkat tulang jarinya untuk mengambil cahaya yang berada di tangan Tina.

Mirna menutup mata apabila cahaya putih Tina menjadi semakin besar dan terang sehingga menyilaukan penglihatan.

"Goodbye Mirna" Sayup suara Tina kedengaran di cuping telinga Mirna.

Selepas seketika, Mirna membuka mata hanya untuk menyaksikan kerlipan cahaya putih yang berderai.







Sunday 25 February 2018

Wicked Love 19

Ice memakai topi bewarna hitam sebelum melangkah keluar dari kereta. Kawasan padang yang menghijau ini sudah sesak dengan kelompok manusia yang mahu beriadah melihat bintang di langit.

Sekumpulan gadis yang melirik menggoda ke arahya tidak dihiraukan oleh Ice. Dia hanya datang ke sini untuk mententeramkan perasaan. Bukannya mencari pasangan.

Kumpulan gadis tadi memandang hampa apabila Ice melintasi tempat mereka tanpa perasaan.

Setelah beberapa minit berjalan, Akhirnya Ice menemui tempat yang tidak ramai pengunjung. Hanya ada sebuah Keluarga dan sepasang pasangan tidak jauh dari tempat dia sedang berdiri.

Ice melabuhkan punggung sebelum membaringkan tubuh ke atas rumput hijau. Segaris senyuman terukir di bibir Ice.

Ini kalau mama nampak pasti dia kena bebel. Mana boleh Royal Prince berbaring begini di hadapan orang awam.

Tapi, Bukannya orang awam tahu pun Ice ada di sini. Dalam beberapa minit sahaja Ice sudah ralit melayan perasaan.

Pertemuan dengan Whisper dan Damian tempoh hari membuatkan hidupnya jadi tidak tenang. Pun begitu mereka berdua berpegang pada janji.

Tidak sekali pun Damian mengungkit kisah antara dia dengan Snow. Malah rakannya itu semakin fokus menjalankan kerja.

Whisper pula sudah hilang entah ke mana. Tetapi dia tahu kucing liar itu masih belum meninggalkan Iceland.

Melihat kerlipan bintang di dada langit membuatkan dia teringat tentang kata-kata Snow.

'Saya tak pernah lupa melihat bintang di langit'

Apakah maksud Snow?


          Aku membuka pintu yang menuju ke bumbung bangunan penginapan. Nafasku terasa sesak hanya duduk di dalam bilik.

Lagipun, Aku teringatkan tentang Ice. Oleh itu, Aku melakukan perkara yang biasa kulakukan setiap kali teringat padanya.

Melihat bintang di langit malam.

Sebaik tiba di bumbung, Mataku menangkap sekujur tubuh yang sedang duduk di atas pagar sambil melihat ke arahku.

"Hei, Snow. Marilah"

"Hei Luna. Tak sangka kau pun ada kat sini. Sorry ganggu." Kataku lantas berpaling untuk pergi.

"Snowy, Sinilah. Kau tak ganggu pun. Bagus juga ada peneman." Ajak Luna.

Setelah didesak aku akhirnya akur dan mendekati Luna. Sambil berdiri, Aku meletakkan lengan di atas pagar.

Angin malam menampar lembut pipiku. Aku hanya membiarkan rambutku terawang-awang ditiup angin.

"Snow, Lepas habis belajar kau nak pergi mana?" Luna tiba-tiba menyoal tentang perancanganku.

Aku berfikir seketika. Sebenarnya ada beberapa perancangan yang telah aku lakukan tetapi semuanya masih di dalam proses rangka.

"Aku nak jadi pensyarah. Tapi malaslah nak sambung belajar lagi. Cari kerja kut dalam bahagian berkaitan Magical Creature. Kau?"

Luna merenung ke arah bandar Iceland yang berkilau dengan cahaya lampu.

"Aku rasa aku kena balik ke dunia manusia. Faham jelah mak aku tu siapa lagi nak jaga. Lagipun aku seorang je anak perempuan dia." Beritahu Luna.

Luna mewarisi kuasa air daripada ayahnya sementara ibunya pula seorang pemuzik dari dunia manusia.

Walaupun mahir dalam kuasanya, Luna nampaknya lebih berminat di dalam industri muzik.

Suaranya juga merdu apabila dia menyanyi. Tetapi menurut Luna dia lebih suka bermain muzik.

"Walau apapun pilihan kita, Di akhirnya kita semua akan tetap terpisah" Kataku.

"Biar jauh di mata, Di hati jangan"

Aku tersenyum. Ya, Walaupun Ice dan aku terpisah beribu batu namun hatiku akan kekal bersama dengannya.

"Tapi, Kalau kau ada masa datanglah ke dunia manusia. Kau pernah turun ke dunia manusia tak?"

Aku menggeleng. Sekilas aku teringat bahawa Ice pernah berjanji untuk membawa aku ke dunia manusia.

Namun sayang sekali janji itu tidak dapat ditunaikan oleh Ice apabila dia diserang werewolf yang menyebabkan dia koma.

"Tak pernah. Maybe one day aku akan pergi."

Luna mengangguk. "Beritahulah kalau kau nak datang. Tempat tinggal aku sediakan. Lagipun mama aku tu teringin nak jumpa kawan-kawan aku kat sini. Setakat ni dia cuma jumpa Priya, Mirna dengan Eva."

Aku menopang dagu dengan kedua belah tangan.

"Dunia manusia tu, Best ke?"

"Kau kena datang dan nilai sendiri. Anyway, Nah" Luna menghulurkan headphone yang tergantung di lehernya.

Aku memandang headphone yang dihulurkan oleh Luna.

"Apa ni?" Tanyaku sambil mengambil headphone Luna.

"Dengarlah. Dalam ni ada lagu-lagu yang aku rakam dari dunia manusia. Aku nak pergi beli air panas. Makin sejuk pula cuaca malam ni. Aku belikan green tea untuk kau sekali, Okay? Be right back" Luna memusingkan badan sebelum melompat turun dari pagar.

Sebaik tubuhnya hilang ke bawah, Aku memasang headphone Luna dan menekan butang play.

Tahu-tahu sahaja telingaku menangkap satu melodi yang pernah kudengar bersama Ice suatu ketika dahulu.

Ice yang memperkenalkan melodi kegemarannya ini kepada aku. Kata Ice, Lagu ini berasal dari dunia manusia.

Sudah lama aku tidak mendengar melodi ini. Mendengarnya semula di saat ini membuatkan bayangan bersama Ice kembali bermain di fikiranku.





' I have kept it for so long
If I told you would you listen?
Will I confess this secret I'm keeping?
You're love is the only thing I wish for
It is like a test
you cannot make erasures
One seat apart
No copying
Think carefully, because it is only one question

Are you game? What now?
Are you sure? Come on.
The only thing I don't want is to feel out of place
Are you game? what now?
Are you sure? Yes.
You can't take it back even if you die. Period. No erase.
No no no no no oh oh
No no no no no oh oh 

I planted then and said, "I don't know"
And now that love has blossomed, I will just wait
Before, in the dark you brought light
Now I have noticed that you're light is different
It is like a test
that is right minus wrong
If you don't know, don't guess
Think carefully, because it is only one question

Are you game? What now?
Are you sure? Come on.
The only thing I don't want is to feel out of place
Are you game? what now?
Are you sure? Yes.
You can't take it back even if you die. Period. No erase.
No no no no no oh oh
No no no no no oh oh 

It is like a test
Complete the blank and cannot leave it to chance
Think about it carefully because it is only one question.

Are you game? What now?
Are you sure? Come on.
The only thing I don't want is to feel out of place
Are you game? what now?
Are you sure? Yes.
You can't take it back even if you die. Period. No erase.
No no no no no oh oh
No no no no no oh oh


Aku mendongak, Melihat kerlipan bintang di langit malam. Tanpa dipaksa air jernih yang bertakung kembali menitis membasahi pipi.

"Ice, Adakah awak masih lagi melihat bintang di langit?"

***

"Pssst!!!"

Damian yang sedang berjalan sambil membawa fail terkejut apabila mendengar bisikan dari arah tepi.

Whisper tersengih berdiri di atas pagar batu koridor.

"Aduh kau ni. Aku ingat ular manalah tadi." Damian menghampiri Whisper.

"Khusyuknya dia. Banyak ke kerja?" Whisper duduk di atas pagar. Langsung tidak takut andai dia terjatuh ke bawah dari tingkat 16 ini.

"Aku habiskan kerja yang ada sementara pembantu baru Ice lapor diri" Damian menggaru belakang kepala.

Whisper merenung Damian dengan rasa terkejut. Tidak pula dia menyangka jawapan ini yang akan diterima olehnya.

Damian mengukir senyuman nipis. Dia tahu Whisper pastinya terkejut.

"Let me guess. Ice tak tahu pasal ni."

"Aku akan beritahu nanti. Kau jangan pecah rahsia pulak" Pesan Damian.

"Boleh aku tahu kenapa? "

Damian menarik nafas dalam. Selama ini dia hanya mengikut pandangan orang dan tidak pernah memikirkan tentang perkara yang ingin dia lakukan.

Tetapi rasanya sudah tiba masa untuk dia memikirkan diri sendiri.

"Aku nak kehidupan aku sendiri. Lagipun, Ice dah okay. Maksud aku, Misteri hidup dia dah terlerai. Jadi, Dia dah boleh jaga diri sendiri"

"Hurm, Something smell fishy"

"Kau breakfast ikan kut pagi tadi"

"Ha-ha-ha. Funny."

Damian ketawa kecil melihat wajah cemberut Whisper.

"Anyway, How's your friend?"

"Ice tak cakap apa-apa. By the way, Kau okay ke kalau Snow dengan Ice tak kembali bersatu?" Tanya Damian.

Whisper membelai misainya. " Sama ada mereka bersatu atau tidak bukan perkara utama. Yang penting adalah kerjasama antara mereka dalam menghadapi Luther Fang."

Damian menghela nafas berat. Dia dan Whisper sudah melakukan yang termampu untuk membantu pasangan tersebut.

"Aku tak faham dengan Ice. Is it okay bagi dia melepaskan Snow."

"What about you?" Tanya Whisper.

"Huh?"

"Please Damian, Saya nampak cara awak memerhatikan Angel girl. Saya mungkin tidak berpengalaman dalam cinta tetapi saya harap dapat lelaki yang akan cintakan saya macam awak cintakan Angel girl"

Damian terdiam. Tidak menyangka Whisper tahu akan perasaannya.

"Obvious sangat ke?"

"Uh-huh. Anyway, Boleh aku bagi nasihat?"

"Kalau aku cakap tak boleh pun kau akan bagi nasihat juga, Kan? Cakaplah"

"If you want an Angel you must first create a heaven. Angel didn't live in the hell"

Kata-kata penuh makna mendalam oleh Whisper itu dihadam oleh Damian. Dia faham Whisper tidak berniat untuk mengata.

Setelah lama berkawan dengan Whisper dia sudah faham perbezaan antara nasihat dan ayat sarkastik daripada Whisper.

"Thanks Whisper. Dan jangan risau. Aku dah resign daripada jadi playboy"

***

Seperti yang dikatakan oleh Priya, Hari ini kami menerima pengumuman tentang kepulangan kami ke Dry Land dalam masa dua hari.

Coach Ellen sempat meminta maaf kerana kami tidak dapat menghabiskan tempoh enam bulan seperti yang dijangkakan.

Tiada yang perlu dimaafkan apabila semua ini bukanlah kesalahan Coach Ellen. Tetapi yang harus dipersalahkan ialah Luther Fang.

Aku teringat pula pada cerita Whisper. Aku mahu mendapatkan kebenaran daripada mama namun masalahnya mama semakin sukar untuk aku temui. Entah apalah yang sedang disibukkan olehnya.

"Snow" Panggil seseorang.

Semua rakan-rakanku melirik ke arah aku dengan wajah teruja. Shadow Knight berdiri tidak jauh daripada kami.

"Sekejap eh" Kataku kepada kawan-kawan yang lain.

Mereka tidak memberikan reaksi dan aku tidak punya masa untuk mengambil peduli.
Namun yang pasti selepas ini akan timbul khabar angin mengenai aku dan Shadow Knight nanti.

"Hey, Kau buat apa sini? Bukan kau tak nak keluarga kau tahu ke yang kau dah balik?"

Shadow Knight menghadiahkan senyuman kepadaku.

"Semua ahli keluarga Royal Iceland dipanggil balik, Snow. Keadaan semakin genting, Remember? Sebab tu korang semua pun akan dihantar pulang"

Ah, Betul juga. Bala tentera Luther Fang sudah diserap ke semua negara yang ada menyebabkan kekecohan.

Di saat semua perhatian tertumpu kepada Iceland, Luther Fang menyerang negara-negara lain.

"So, What are you doing here?"

"I think you can't wait anymore. Madam, Dia takkan cerita apa-apa pada kau. So, Kau yang kena desak dia." Shadow Knight melihat aku dengan pandangan yang sukar untuk aku tafsirkan.

"Kau tahu mana aku boleh cari mama? Dia tak ada dalam bilik. Dah berapa hari dah aku tunggu"

Shadow Knight mengangguk. "Kita jumpa petang nanti. Aku akan bawa kau jumpa madam."

Selepas mengucapkan selamat tinggal, Aku kembali semua kepada rakan-rakanku yang lain.

"Snow, Siapa tu?" Tanya Angel dengan nada prihatin.

"Yes, Snow. Siapa tu?" Tanya Mirna sambil tersengih.

Priya juga menunjukkan reaksi ingin tahu walaupun dia tidak menyatakannya.

"Korang tak tahu dia?" Soalku dengan nada teruja.

Terasa bangga pula apabila Priya dan Mirna yang selalunya mengetahui tentang banyak perkara tidak mengenali Shadow Knight.

"Well, Who is he?" Soal Priya.

"Dia abang president Ice. Nama dia Ross." Kataku.

"Serious?!" Tanya Jeeva.

"Macam mana kau kenal dia?" Sampuk Luna.

"Madam minta dia sampaikan pesanlah. Madam nak jumpa aku nanti."
Balasku sambil ketawa.

Namun mereka semua memandangku dengan pelbagai reaksi. Suara Coach Ellen mematikan perbualan kami.

Selepas tamat perjumpaan, Aku melangkah ke bilik mama sambil menyanyi dengan suara perlahan.

Aku mahu menemui Shady Knight seperti yang telah dijanjikan.

Ketika melalui lorong yang menempatkan bilik penginapan VIP, Secara tiba-tiba sahaja ada satu tangan menekup mulutku dari bahagian belakang. Pinggangku juga dipeluk erat menyebabkan aku meronta untuk dilepaskan.

"Quiet" Suara itu membuatkan aku kaku.

Aku berhenti meronta. Tubuhku dipusingkan ke belakang secara kasar. Nafasku bagaikan terhenti melihat renungan mata Ice yang menikam jantung.

"Ice" Aku menelan liur.

Ice memegang tanganku sebelum memaksa aku untuk masuk ke dalam sebuah bilik VIP.

Aku yang terkejut hanya mampu melihat tanganku yang berada di dalam genggamannya.

Adakah semua ini satu mimpi?

Ice menutup pintu sebelum menguncinya dari dalam. Tanganku ditarik sehingga ke ruang tamu sebelum dia menolak aku ke sofa.

Aku kebingungan merenung tubuh tegap Ice yang berdiri di hadapanku.

"Ice," Panggilku lagi.

Ice duduk di meja ruang tamu. Matanya masih dihalakan ke arah aku.

"Is it true. Everything yang kau cakap pada malam Encantado cuba culik aku tu?"

Typical Ice, Terus sahaja dia mengutarakan soalan. Ice memang tidak suka berbolak-balik kalau dia mahukan sesuatu.

"Awak ingat?" Pipiku terasa kebas dan aku terasa sesak dada.

Damian kata Ice tidak ingat apa-apa. Whisper juga mengatakan perkara yang sama.

"Kau tak jawab soalan"

"Urm...Saya..."

"Yes or no?!" Tegas Ice.

Nadanya tidak terlalu tinggi dan tidak juga terlalu rendah. Tetapi perasaan Aku di kala ini mengingatkan aku kepada situasi yang pernah aku alami lima tahun lalu.

Perlahan aku mengangguk. "Yes"

Ice mengusap wajah. Kedua tangannya disatukan sebelum diletakkan di atas pehanya.

"Macam mana kau buat?"

"Huh?"

"Memori aku. Macam mana kau hapuskan memori aku?"

Aku melarikan pandangan. Tidak mungkin aku akan menceritakan segalanya kepada Ice.

"Saya..."

"Kalau aku tahu kau menipu, Aku akan kiss kau kat sini"

Bulat mata aku mendengarkan ayat Ice. Darah gemuruh mengalir kencang di dalam badan.

Aku memegang hujung baju sambil tertunduk malu. Gosh, Ice tak memaksudkannya bukan?

"Erm, Saya" Aku mendongak tetapi panahan mata Ice membuatkan aku tertunduk kembali.

"Yeah?" Ice masih meunggu dengan sabar.

"Saya minta bantuan." Aku membiarkan ayat itu tergantung.

Ice meraup wajah dengan tangan kanan. Pun begitu seulas senyuman terukir di wajahnya.

Aku terpegun. Betapa aku merindui untuk melihat senyuman Ice seperti dahulu.

"Finish your sentence, Snowflake." Ujar Ice.

"Snowflake. Awak ingat nama tu?" Bibirku berbicara sebelum sempat aku menahan.

Aku menggigit bibir atas keterlanjuranku.
Ice mengerutkan dahi.

"Kenapa? Aku selalu panggil kau macam tu ke lima tahun dulu?" Tanya Ice semula.

Aku mengangguk. "Yup"

Ice melepaskan keluhan. Dia nampak tenang dan tidak dingin seperti yang pernah aku lihat selama di Iceland ini.

"Betul cakap Whisper" Kata Ice.

"Huh?"

"You make me feel peace. Aku rasa tenang duduk dengan kau begini. Dan berbual begini pun aku rasa alive walaupun sedikit marah sebab kau padamkan memori aku. Tapi aku tahu kau terpaksa dan, Urghhh, Apasal aku tak boleh berhenti cakap ni?"

Aku ketawa dan Ice juga ikut ketawa sambil menggelengkan kepalanya.

"I'm sorry" Kataku selepas seketika.

Ice memandang aku dan mengangkat bahu.

"I'm sorry too. Sebab rahsiakan tentang identiti aku yang sebenarnya."

"No, Saya pun tak jujur dengan awak." Aku mengaku.

"Really?" Ice seolahnya tidak percaya tatkala aku berkata begitu.

Aku mengangguk lagi. Walaupun perit aku harus meluahkan segalanya hari ini kepada Ice.

Tiada gunanya lagi menyimpan semua rahsia ini daripada Ice.

"Saya tak beritahu yang saya ada kuasa animists. Dan, Awak ingat saya anak yatim. Hakikatnya saya lari dari rumah sebab marahkan mama saya."
Aku menunduk. Malu apabila Ice akhirnya tahu akan hal ini.

"Madam Eloisa tu ibu yang kau maksudkan."

Aku mendongak." Awak tahu?"

"Whisper dah ceritakan segalanya. In fact kalau bukan sebab dia, Aku takkan berhadapan dengan kau begini"

Ah, Whisper. Si kucing liar yang penuh dengan misteri di sebalik perangai gila-gilanya itu.

"Jadi, Awak tanya ni sebab Whisper suruh?"

"Jealous?" Soal Ice balik.

OMG! Aku benar-benar berhadapan dengan Ice yang lima tahun dahulu.

"Why should I?" Kataku separuh jujur.

"You shouldn't. Whisper is a cat" Balas Ice.

Serta-merta hatiku terasa lega mendengarnya. Ada rasa hangat juga yang membalut hati.

"So, What now?" Tanyaku.

Ice mengukir senyum nipis. "I'm gonna have to sue you."

"Huh?"

"Sebab buatkan aku rasa miserable. Pernah kau fikir macam mana rasanya bangun dari koma dan tak ingat tentang apa-apa yang berlaku?"

Aku terdiam. Rasa bersalah kembali bertaut di dada.

"Saya dah beritahu yang kita takkan boleh bersama. Lagipun awak hampir mati. Apa pilihan yang saya ada selain menghubungi keluarga awak"

"Dan kau buat keputusan tanpa fikirkan tentang perasaan aku?" Tekan Ice.

"Awak fikir saya happy ke selama ni?"

Kali ini giliran Ice pula terdiam. Tidak dapat dipastikan sama ada dia terdiam sebab sedang berfikir atau kerana air mataku yang sudah kembali bertakung.

"What have we involved in?" Geleng Ice.

"Told you it is a wicked love."

Ice mengangkat punggung dan berjalan menuju ke dinding kaca. Di luar kepingan salji semakin lebat membanjiri tanah Iceland.

Kesepian melanda kami. Tiada sepatah kata yang keluar dari mulut Ice dan aku. Selepas seketika aku memberanikan diri untuk mendekati Ice.

"Kita jadi seperti biasa, Okay." Pintaku.

"Maksud kau berlagak macam kita tak pernah kenal satu sama lain?" Tanya Ice tanpa berpaling.

Aku menahan kesedihan di dalam hati. Andainya ini jalan yang terbaik, Biarlah kami membawa haluan masing-masing.

"Its better that way. Lagipun kita takkan dapat bersama. Awak Royal Prince dan saya cuma gadis biasa. Kita tak mungkin bersatu tanpa salah seorang dari kita akan kehilangan nyawa."

"Kau ingat aku tak fikir pasal tu sebelum membuat keputusan untuk bersama kau ke?" Ice berpaling, menghadapkan tubuhnya kepadaku.

"I don't know. Maybe"

"Aku mungkin tak ingat. Tapi aku boleh jamin tak ada sesiapa yang boleh paksa aku untuk lakukan sesuatu yang aku tak mahu. Gosh, Aku harap aku boleh ingat tentang kisah kita lima tahun dahulu" Nada Ice berbunyi kecewa.

"I'm sorry Ice. I really do. Tapi untuk kebaikan kita bersama, Let's end this."

Ice merenung ke arah aku. Rahangnya bergerak-gerak menahan geram. Dan mungkin juga kemarahan.

"Again, Kau buat keputusan sendiri." Geleng Ice.

"Habis tu apa yang awak harapkan lagi?"

"You." Jawab Ice.

Aku tersentak. Ice, Tolonglah jangan degil. Jangan dikusutkan lagi keadaan antara kita.

"Ice, Awak akan mati kalau terus bersama saya"

"Aku tahu risikonya dan aku tak pedulikannya lima tahun dahulu. Kenapa aku nak peduli sekarang?"

Aku melepaskan keluhan berat. Gosh, Ice dan kepala batunya. Walaupun bertahun tidak bertemu, Dia masih tidak berubah.

"Saya peduli. Saya tak sanggup awak tinggalkan saya"

"But you leave me. And you will do it again. Kau nak balik ke Dry Land esok. Isn't it?" Tanya Ice.

Aku menarik nafas dalam. Ice takkan berganjak dari keputusannya dan aku juga tetap dengan keputusanku.

"Saya harap awak akan berjaya jalankan kerjasama dengan magician lain untuk menghapuskan Luther Fang" Aku berpaling dan mengorak langkah untuk keluar dari bilik ini.

"Apa maksudnya?" Laung Ice.

Aku memusingkan badan ke arah Ice yang masih berdiri di tempat tadi.

"Maksud apa?"

"Kau cakap yang kau tak pernah berhenti melihat bintang di langit malam. Apa maksudnya?"

Aku mengetap bibir. Tentulah Ice tak ingat akan kata-kata yang pernah diucapkannya pada aku.

"Its nothing important. Awak patut fokus pada Luther Fang dan lupakan kisah lama. I wish you the best, President Ice"

Ice tidak membalas kata-kataku sehingga aku melangkah keluar. Hayunan kakiku yang laju terasa semakin berat tatkala meninggalkan bilik tadi.

Aku bersandar di dinding, Menyokong lutut yang terasa lemah untuk berdiri.
Gosh, Why is it hurt so much?




Wicked Love 18

Mata pedang Ice berhenti beberapa inci sahaja dari leher Damian. Kalau aku terlewat sesaat tadi pasti Damian sudah terpisah kepala dan badan.

Sunyi sepi menyelubungi kami. Whisper membantu Damian, Menekan lengannya yang cedera agar darah berhenti mengalir.

"Ice," Aku cuba menahan tangisan namun sia-sia kerana esakanku masih juga kedengaran.
"Stop. Awak lebih kuat daripada ni. Awak lebih kuat daripada makhluk tu."

Ice tidak bergerak. Tubuhnya kaku dan keras seperti iceberg .

"Please, Stop" Pintaku lagi.

Perlahan-lahan pedangnya diturunkan ke tanah sebelum menghilang, Meninggalkan serbuk cahaya berwarna putih.

Aku mengemaskan pelukan di tubuh Ice. Betapa aku merindui saat-saat bersama dengannya seperti ini.

"Awak berjaya bangun daripada koma. Awak pasti boleh bangun daripada charmed Encantado." Kataku dengan tangisan yang tidak mampu kubendung lagi.

Biarlah. Hari ini akan aku rungkaikan rahsia yang selama ini tersemat kemas di dalam diari hidupku.

"Siapa kau?" Suara Ice kedengaran begitu perlahan.

Ice memegang tanganku yang memeluk tubuhnya. Sentuhan Ice masih tidak berubah seperti dahulu. Aku meleraikan pautan tangan. Ice memusingkan badan, Merenung aku dengan kerutan.

Jelas dia dalam keadaan keliru. Biji matanya yang hijau menandakan dia masih belum terlepas dari charmed Encantado. Tetapi fikirannya masih cuba melawan kuasa makhluk terkutuk itu.

Aku memberanikan diri, Memegang pipi Ice dengan kedua belah tangan.

"Please Ice, Come back. Tolonglah, Saya merayu pada awak."

"Aku tak faham"

"Awak mungkin tak ingat, Tapi saya tak pernah lupa semua kenangan kita bersama dulu. Saya tahu awak marah dan saya minta maaf sebab tak dapat pertahankan hubungan kita."

Redup pandangan Ice memberitahu aku bahawa dia sedang mendengar. Aku menyambung kata.

"Saya cuma harap awak tahu yang saya tak pernah lupakan awak, Ice. Dan kalau bukan kerana terpaksa, Saya takkan lepaskan awak untuk kembali ke Iceland. Its really hurt to let you go"

Aku menarik nafas, Mencari kekuatan untuk membawa Ice keluar dari cengkaman charmed Encantado yang masih berkuasa.

"Kenapa?" Kerut Ice.

"Kalau bukan disebabkan serangan werewolf tu, Saya takkan tahu yang awak sebenarnya Royal Prince dari Iceland sebab awak tak pernah beritahu saya identiti awak yang sebenar. Kenapa awak begitu bodoh Ice? Kita tak mungkin boleh bersama sebab saya hanya gadis kebanyakan. Apa yang awak fikir Ice? Kenapa awak nak bersama saya?"

Aku menggeleng hiba. Terasa perit untuk mengingatkan semula semua peristiwa sedih ini.

"Tapi saya tak menyesal bertemu dengan awak, Ice. Saya tak boleh bencikan awak walaupun separuh nyawa saya cuba. Royal Prince ataupun tak, Selamanya hati saya adalah milik awak. Dan, Saya nak awak tahu yang saya tak pernah berhenti melihat bintang di langit malam." Aku sudah tersedu di hadapan Ice.

Ice mengerdipkan mata beberapa kali. Dengan begitu perlahan tangannya mengelap air mata yang berjuraian di pipiku.

Mata Ice berkaca sebelum asap hijau mengalir keluar dari tubuhnya dan menghilang di udara.

"Snowflake?"

Aku mengetap bibir apabila Ice memanggil aku dengan nama pangilan itu sebelum dia akhirnya rebah ke pangkuanku.

"Ice!" Aku menampung kepala Ice daripada rebah ke tanah.




"Snow," Whisper memanggil namaku.

Shadow Knight sudah bebas daripada ais kristal. Dia melutut di sebelah Damian. Tangannya diletakkan di lengan Damian yang cedera.

Cahaya biru muncul dari tangan Shadow Knight.

"Aku dah tutup tempat luka. Tapi untuk keluarkan panah ais ni kau kena dapatkan bantuan healer. Jangan risau, Kau akan ok." Beritahu Shadow Knight sebelum menoleh ke arah aku yang sedang memangku Ice.

"Ice, Dia akan okay ke?" Tanyaku kepada Whisper.

Whisper mengangguk. "Tugas kita masih belum selesai. Kita kena ke Encante untuk mencari Julie."

"Saya tahu. Tapi Ice..."

"Dia akan selamat. Kita kena pergi sekarang" Whisper mengisyaratkan agar aku menoleh ke satu arah.

Cahaya lampu dan suara bising yang menghala ke sini menandakan kehadiran pengawal istana.

Pengawal istana yang semakin hampir menandakan aku harus segera beredar. Pastilah bunyi serangan kami tadi menarik perhatian mereka.

"Tolong, Jagakan Ice" Pintaku kepada Damian.

Damian mengangguk. Aku meletakkan kepala Ice ke atas tanah dengan penuh cermat.

Berat rasanya hati ini untuk melepaskan Ice. Tetapi apakan daya, Kehadiranku di sini hanya akan menimbulkan lebih masalah. Apatah lagi aku kini adalah pelarian.

Lagipun seperti yang dikatakan oleh Whisper, Tugasku masih belum selesai. Aku perlu percayakan Damian untuk menjaga Ice.

'Maaf Ice. Saya terpaksa tinggalkan awak sekali lagi. Be safe'

Aku menuruti langkah Whisper dan Shadow Knight ke Blackwater Lake. Di dalam tasik, Savior sudah menunggu untuk membawa kami ke Encante, Tempat tinggal Encantado.

"Kellie horse. Thanks Snow. Akhirnya tercapai hasrat saya untuk tunggang belakang kuda ni. Kalau mati sekarang pun saya tak kisah" Beritahu Whisper.

"Kau ni spoil mood betul. Orang tengah sedih" Marah Shadow Knight.

Dari belakang Savior, Aku menoleh ke arah Ice yang semakin tidak kelihatan.

***

"Master" Albeit berdiri di sebelah Luther Fang yang merenung ke kejauhan.

"Yes?"

"Encantado"

"Tidak perlu bersedih. Dia sendiri yang cari pasal. Biarkan dia menanggung balasan. Jadi, Bagaimana dengan arahan yang aku berikan?"

Albeit menyampaikan laporan kepada Luther Fang.

"Buat masa sekarang orang-orang kita sudah bersedia dalam posisi masing-masing. Mereka hanya menunggu arahan daripada Master"

Luther Fang berfikir dalam-dalam.
"Baik, Kita akan mulakan serangan."

"Tapi Master, Bagaimana dengan Queen?"

Luther Fang tersenyum. "Jangan risau. Terima kasih kepada Encantado, Aku dah tahu identiti Pewaris Magician Ketujuh."

Albeit menyeringai. Dia tahu Dark Master sudah merancanakan sesuatu untuk mendapatkan permaisuri mereka.


***

Dengan kembalinya Julie ke Iceland, Segala tuduhan terhadap aku digugurkan tanpa sebarang perbicaraan.

Case closed.

Julie menjadi saksi bahawa dirinya diculik sewaktu perjalanan ke Iceland. Encantado yang merupakan shapeshifter telah mengubah dirinya menjadi Julie untuk mendekati Ice.

Begitu juga dengan saksi misteri yang dikatakan melihat aku melakukan serangan kepada Julie sebenarnya telah terkena Charmed Encantado.

Malah makhluk itu juga telah menggunakan charmed untuk memanipulasikan Ice demi kepentingannya yang tersendiri.

Bercakap tentang Ice, Tiada apa-apa yang berbeza. Dia sudah kembali kepada keadaan dirinya yang lama. Dingin dan workaholic.

Menurut Damian, Ice tidak ingat langsung tentang peristiwa yang berlaku selama ini. Termasuklah perangai pelik yang dilakukannya sepanjang Encantado berada di sini.

Aku pula seringkali melarikan diri daripada Damian dan Shadow Knight. Terasa malu pula kerana mereka sudah tahu rahsia antara aku dan Ice walaupun mereka berjanji tidak akan membocorkan rahsia itu kepada sesiapa.

Dan mama, Nampaknya dia masih marah kerana aku ditahan tanpa sebarang peluang pembelaan. Apatah lagi rakan-rakanku turut menjadi mangsa walaupun King Henry sendiri sudah meminta maaf kepada aku dan ahli-ahli netball yang lain.

"So, What now?" Tanya Mirna.

Semua ahli netball menoleh ke arah Mirna. Kami semua kini sedang berkumpul di atas bumbung bangunan penginapan selepas habis kelas.

"Kemas barang sebab rasanya kita akan balik awal ke Dry Land" Beritahu Priya.

Semua mata menyoroti Priya yang bersandar di pagar. Kami semua agak terkejut mendengar berita ini.

"Macam mana dengan program ni?" Soal Jeeva.

"Haven't you heard? Negara lain pun tengah sibuk menjaga tempat masing-masing. Dark Master, Dia serang semua negara secara rawak. Nampaknya dia dah belajar dari kesilapan masa lalu. Sekarang agak sukar untuk menjalankan kerjasama." Terang Priya.

"Jadi program ni dibatalkan?" Teka Luna.

Priya mengangguk. "Demi keselamatan kita juga sebenarnya. Lepas ni, Kita semua akan kembali ke rumah untuk bersama keluarga masing-masing. War is about to begin"

Kata-kata Priya membuatkan kami semua kecut perut. Bagaimanakah masa depan dunia magis selepas ini?

"Aku bukan tak happy nak balik. Tapi, Entah kenapa aku rasa macam sedih pula nak tinggalkan tempat ni." Akui Luna.

Eva menumbuk perlahan bahu Luna. Tapi riak wajahnya juga mengatakan perasaan yang sama.

Aku tiba-tiba menjadi teringat kepada Ice. Mampukah aku meninggalkan dia sekali lagi?

"Tapi aku rasa kita memang dah dapat banyak pengalaman baru sepanjang berada di sini. Macam aku, Dapat lawan dengan The Undead." Kata Jeeva.

Angel, Luna dan Mirna mengangguk setuju. Senyuman lebar terukir di wajah mereka.
Pastilah pengalaman itu akan menjadi kenangan yang manis untuk mereka.

"Dan aku takkan lupa pengalaman kena tahan macam penjenayah." Eva membuat muka cemberut.

Kami semua ketawa. Aku tahu cerita mengenai mereka melepaskan geram kepada pengawal Istana Iceland. Begitu ganasnya mereka sehingga setiap pengawal yang bertugas menjadi serik.

"Korang berdua ada tak pengalaman yang tak boleh dilupa?"

Aku dan Priya menoleh sesama sendiri. Priya mengangkat kening, Mengisyaratkan agar aku memulakan dahulu.

Pengalaman yang takkan aku lupa adalah Ice. Dulu, Kini mahupun selamanya.

"Aku rasa aku takkan lupa masa kena tahan dalam kurungan." Beritahuku ringkas.

Mereka semua mengukir senyuman nipis. Simpati pada nasib aku.

"What about you?" Tanya Mirna kepada Priya.

Soalan Mirna membuatkan Priya tersipu-sipu. Kami semua melihat Priya, Masih menanti jawapan darinya.

"Erm, Aku rasa pengalaman yang aku takkan lupa ialah aku akhirnya dah crush on somebody"

"What?!" Jerit kami semua.

Tidak terduga ayat itu akan keluar dari mulut Priya.

Priya jatuh cinta? Not a chance!

Priya ketawa mengekek. "Gurau je. Takde"

Bising mulut kami memarahi Priya. Boleh pula dia main-main dalam soal yang sangat sulit seperti ini.

"Hey, Kita ambil gambar together nak? Buat kenangan. Dah alang-alang kita ada di Iceland ni. Manalah tahu, Suatu hari nanti kita akan berkumpul lagi macam ni dan mengenang semula saat-saat kita bersama" Cadang Mirna.

Kami semua mengangguk setuju. Mirna pantas mengeluarkan kamera daripada beg sandangnya sebelum kami mengambil posisi.

Dengan menggunakan magic, Mirna mengapungkan kameranya bagi mengambil gambar kami.

Tidaklah dapat dipastikan Spirit mana yang menjadi mangsa bulinya untuk mengambil gambar kami.

Mungkin juga Casper. Kalau tidak masakan kameranya boleh terapung begitu.

"Kau guna spirit ke?" Tanya Angel.

"Haah" Mirna mengaku tanpa rasa bersalah.

"Keep it away from me" Pesan Angel.

"Hisy, Lawan The Undead hari tu tak takut pula" Rungut Mirna.

"Girls" Kata Priya sepatah.

Tetapi sudah cukup membuatkan Mirna dan Angel mematikan percikan api pergaduhan antara mereka.

Aku menunjukkan tanda good kepada Priya. Memang sesuai dia jadi kapten pasukan.

"Ready?" Tanya Mirna.

Kami semua mengangguk.

"1,2,3"

Klik! Klik!







***

Ice yang sedang berjalan menuju ke keretanya terkejut apabila melihat Damian yang sedang elok bersandar di dinding kereta.

Whisper pula sedang bertenggek di atas bumbung kereta seolah-olah kereta itu miliknya.

Gerak hati Ice dapat merasakan ada sesuatu yang ingin mereka bincangkan. Sambil tersenyum Damian membuka tempat penumpang. Whisper melompat ke bawah sebelum masuk ke dalam kereta.

Damian pula meloloskan diri di tempat duduk sebelah pemandu.

Suka hati diorang je, Desis hati Ice.

Namun begitu kakinya melangkah juga ke kereta. Pintu tempat pemandu dibuka sebelum dia melabuhkan punggung ke kerusi.

"Hah, Nak apa?" Soal Ice sebaik menutup semula pintu kereta.

"Nak pecahkan ego dalam kepala tuanku. Dahlah nama ais, Kepala batu pun macam Iceberg" Selamba Whisper mengutuk.

Meletus ketawa dari mulut Damian namun cepat-cepat dia melindunginya dengan berpura-pura terbatuk.

"You know, Whisper. Sometime kau terlupa aku ni Royal Prince" Ice melihat Whisper melalui cermin pandang belakang.

"Uhhh, Sorry your highness Prince Ice. Ego tuanku tinggi sangat. Gayat patik" Kata Whisper dengan nada mengejek.

"Ice, Look. Kami datang sebab nak bincang dengan kau. Kami janji, Kau dengar cakap kami sekali ni je. Dan lepas tu apa sahaja keputusan kau kami akan terima. Betul Whisper?" Damian meminta kepastian daripada Whisper.

"Pfft, Fine!" Jawab Whisper.

Damian menarik nafas sebelum menoleh ke arah tuannya yang memandang lurus ke hadapan.

"Apa kau nak cakap? Cepatlah," Gesa Ice.

"Erm, Sebelum tu aku ada soalan nak tanya. Jujur tau," Pinta Damian.

"What?"

"Kau betul ke dah lepas dari charmed Encantado?" Damian ketawa selepas menghabiskan kata-kata.

Ketawanya bergabung dengan Whisper yang berada di tempat duduk belakang. Damian menepuk-nepuk pahanya. Whisper pula menyepak-nyepak kakinya ke udara sambil ketawa mengekek.

Berkerut dahi Ice memandang Damian. Agaknya ketika dia bersama Encantado dulu, Damian lebih banyak mengisi masa dengan Whisper.

Makanya sebab itu Damian kini pun sudah terikut kepala gila Whisper.

"Aku balik ni," Ugut Ice sambil mengacah mahu menghidupkan enjin kereta.

"Eh, Sorry." Halang Damian.

Dia mengangkat tangan ke udara sambil tersengih. Whisper berdehem sebelum kembali duduk dengan penuh adab sopan.

Ice mengerling geram ke arah Damian. Dia yang kepenatan hanya terbayangkan katil miliknya yang berada di apartment

"Ice, Rasanya aku tak perlu beritahu pasal situasi pelajar Dry Land, Kan?" Damian memulakan perbincangan.

"So?"

"Ice, Kau tahukan aku selalu sokong kau. Tapi, Kali ni aku cakap ikhlas sebagai seorang teman. Aku nak kau kecapi semula kebahagiaan yang kau pernah rasa dulu"

"Kau cakap apa ni?" Ice berpura tidak faham.

Berdasarkan kepada pendahuluan yang diutarakan Damian, Dia sudah nampak topik yang ingin diperkatakan oleh mereka berdua.

"Stop it My Prince. Snow dah jelaskan sebab-sebab awak berdua terpaksa berpisah. And half of it is your fault I might say. Awak tak berterus-terang dengan dia tentang identiti awak yang sebenar. Saya tak sangka awak gunakan glamour potion saya untuk lukakan hati gadis yang baik seperti Snow. I'm so disappointed with you" Whisper berpura membuat muka sedih.

Ice buat tak layan. Pun begitu dia terasa pedih juga. Benarkah dia menggunakan glamour potion untuk mendekati Snow semata-mata?

"Tak payah nak berlakon. Lagipun Snow yang tinggalkan aku. Bukan sebaliknya." Ice membela diri.

"Its because of the accident. Snow ingat kemalangan tu berlaku sebab dia. Kau pun tahu yang Royal family mama boleh bersatu dengan rakyat kebanyakan. Sama ada kau atau Snow yang akan mati" Jelas Damian.

"Only that Snow tak tahu yang dia sebenarnya dari keturunan Royal family juga. Dan kemalangan tu berpunca dari Luther Fang" Tambah Whisper.

Tiada perkataan yang keluar dari mulut Ice. Dia sudah tahu tentang status Snow dari Whisper.

Namun dia juga masih ragu-ragu tentang hal itu. Hendak bertanya pada Madam Eloisa adalah mustahil. Wanita itu masih belum boleh memaafkan dia kerana menahan Snow.

"Ice, Please. Aku dah rasa jahat benar aku ni sebab tipu Snow yang kau tak ingat apa-apa pada malam kita hapuskan Encantado tu. Sedangkan kau ingat akan semua yang Snow cakap" Bicara Damian sambil mengerutkan dahi.

Damian terasa sedikit marah dengan sikap Ice. Whisper mengangguk, Menyokong Damian.

"Sampai bila awak nak larikan diri, My Prince. As long as I can see, Both of you still love each other" Tanya Whisper.

Ice memegang stereng kereta. Dia sudah penat mahu memikirkan tentang Snow. Namun jauh di sudut hati, Dia mahu agar Snow menceritakan semula segala kenangan yang pernah mereka lalui bersama.

"Aku dah penat. Nak balik. So, Kalau korang dah tak ada apa-apa nak cakap. Please" Kata Ice sambil menghidupkan enjin kereta.

Damian dan Whisper mengeluh serentak. Ternyata begitu sukar memecahkan benteng kedegilan Ice.

Keras mengalahkan Iceberg, Desis hati Whisper.

Ice menahan rasa di dalam dada. Bukankah Snow mengatakan bahawa perpisahan antara mereka adalah jalan yang terbaik?

Makanya dia akan menghormati keputusn gadis itu.

"Come on Whisper. Kita dah buat yang termampu" Damian putus asa untuk memujuk Ice.

"I hope you didn't blow your chance, My Prince. Pasti ada sebab mengapa takdir memisahkan dan menemukan kembali awake berdua" Nasihat Whisper.

Damian membuka pintu dan meloloskan diri keluar dari kereta Ice. Sebaik menutup pintu, Dia membantu Whisper untuk membuka pintu tempat duduk belakang, Gaya gentleman.

Walaupun Whisper sudah bertukar menjadi kucing, Dia masih lagi seorang wanita.

"Hey, Damian" Panggil Ice ketika Damian menutup pintu.

"Hurm?"

Ice menjegulkan kepala dari tingkap kereta.

"Jangan rapat sangat dengan Whisper. Kepala kau pun dah ikut gila macam dia. Aku tak nak hilang kawan aku"

Damian ketawa lantas menoleh ke arah Whisper yang melihat ke arah Ice dengan wajah selamba.

"Oh, Goodnight to you too, My Prince. Semoga malam ni awak dapat nightmare"
Balas Whisper sarkastik.

Mirna 9

"Here is the plan. Untuk mengaburkan mata orang ramai di sini, saya akan jadi ayah awak berdua. Kita datang ke sini untuk bercuti selep...