Monday 15 January 2018

Wicked Love 5

Kalau betul aku sedang berada di dalam mimpi ngeri, tolong sedarkan aku sekarang. Just please!

"Hey you, Whisperian. Balik ke bilik sekarang!" Seorang pengawal Iceland Academy yang beruniform biru menjerit ke sambil berlari ke arah aku.

Aku yang berdiri di tepi tangga terpinga-pinga memandangnya.

"Apa yang berlaku?" Tanyaku bingung.

Suasana ketawa riang dan hingar-bingar perbualan kini digantikan dengan jeritan dan pekikan nyaring sehingga membingitkan telinga.

Tadi aku mendengar bunyi loceng yang kuat. Dan kemudian tiba-tiba sahaja semua orang di sini berlari ketakutan.m

"Akademi ni diserang sekarang. Awak dikehendaki bersembunyi dalam bilik. Now!"

"Awak serius?"

Pengawal itu mencerlung ke arah aku.

"Oh tak, saya saja buat cerita. Dan awak nampak budak-budak yang menjerit tu? Mereka tengah berlatih opera. Sekarang awak nak balik ke bilik atau nak saya hantar?!" Dia menegakkan pedang di tangannya.

Kulit wajahnya yang putih bertukar merah. Silau biji mataku melihat pedangnya yang diangkat.

"No, I'll walk" Kataku lantas berlari anak menuju ke tingkat penginapan.

Pengawal itu mengeluarkan kata kesat sebelum berlalu untuk memberi amaran kepada pelajar-pelajar yang lain. Dalam beberapa saat tingkat ini dipenuhi dengan pengawal beruniform biru.

Aku cuba mencari rakan-rakan yang lain di dalam kerumunan orang ramai namun seorang pun tidak kutemui. Rasa ingin tahu yang membuak-buak mula menguasai diri.

Dalam kekecohan yang berlaku aku meloloskan diri ke tingkat bawah, meredah lautan manusia yang melarikan diri.

Bunyi kekecohan serta beberapa siri letupan semakin kuat kedengaran di bahagian pintu masuk utama akademi.

Aku menyembunyikan diri di bahagian menara. Kawasan yang tinggi dan keadaan yang gelap meyakinkan aku untuk menonton dari sini.

Perkara pertama yang menjadi tatapanku adalah lebih buruk daripada sebarang mimpi buruk yang pernah aku alami.

Di bahagian bawah, ratusan pengawal Iceland sedang bertempur dengan makhluk-makhluk yang menyerang. Aku menekup mulut.

The Undead!

The Undead adalah makhluk dark creatures yang hanya kutemui dalam buku teks. Tidak pernah aku menyangka akan dapat melihat mereka hari ini.

    toxic

Tompok hijau mencemari putih salji di bahagian bawah. Ludah Toxic yang dilemparkan oleh makhluk The Undead ini akan menghancurkan tubuh jika tidak dirawat dengan segera.

 spades

Dengan tubuh yang kecil, Spades menggunakan arrow sebagai senjata tambahan. Walaupun kecil, mereka mampu menyerang musuh dengan gerakan yang laju.

Four Arm memiliki saiz badan yang tinggi dan boleh mencapai saiz bangunan dua tingkat.

Dengan memiliki empat tangan, The Undead versi ini akan menghancurkan setiap musuh yang berada di dalam genggamannya dengan mudah.


 Four arm


Rasa gerun mula menjalar dalam diri apatah lagi mendengarkan teriakan The Undead. Aku mengintai ke bawah. Kulihat para pengawal Iceland semakin berundur ke belakang.

"Retreat!!!"

Perkataan itu bergema di dalam kekecohan. Dalam pada masa yang sama, semakin ramai bilangan The Undead yang muncul.

Aku menggelengkan kepala. Unsur air yang dimiliki oleh mereka dengan mudah akan dapat diatasi oleh The Undead. Tulang The Undead jauh lebih keras daripada keluli.

"Pergi jauh-jauhlah busuk!" Suara Jeeva sayup-sayup kedengaran.

Jeeva serta beberapa orang pelajar lelaki Whisperian masih bertahan di bawah.
Mereka menyerang dengan gelombang api.

Benar, hanya api yang boleh menghancurkan The Undead. Tapi jumlah mereka terlalu sedikit. Mereka akan kehabisan tenaga sebelum sempat menghapuskan The Undead yang muncul tanpa henti.

"Retreat!!!" Jeritan dari pengawal kedengaran sekali lagi.

Semakin ramai yang berlari masuk ke dalam pintu pagar. Aku merenung tanganku yang menggigil.

Aku tahu rakan-rakanku pasti sedang berjuang di bawah. Mereka takkan mendengarkan arahan untuk bersembunyi.

"Come on, keep calm. You can do this." Aku meletakkan tapak tanganku ke atas lapisan salji yang ada di tepi tingkap menara. 

No, no, no. Aku menarik semula tangan dan bersandar di dinding. Tak guna. Kolam mataku berkaca melihat tanganku yang masih menggigil.

"Protect the prince!"

Laungan seterusnya berkumandang.

"What?!" Aku menggosok mata, menghilangkan kabur sebelum bergegas mengintai semula ke bawah.

Walaupun jauh, Aku masih dapat melihat sekujur tubuh itu yang bergerak menuju ke arah musuh bagaikan seekor naga lapar.

"Ice?!" Aku memegang dada yang berdebar laju.

Ice yang berpakaian kasual sangat senang untuk dikesan di dalam lautan uniform merah.

Teriakan The Undead semakin kedengaran hebat. Kali ini fokus mereka terarah kepada Ice.

Masa kurasakan bagai terhenti. Entah bagaimana aku terasa seperti kembali ke peristiwa lima tahun lepas.

Peristiwa yang meragut Ice terus daripada hidupku.

Ice membekukan The Undead sebelum memenggal kepala mereka dengan pedangnya.  Gerakannya begitu pantas, sepantas detak jantungku kini.

"No, Ice. Jangan! Pergi dari sana!" Teriakanku ditenggelami oleh bunyi letupan dan pedang yang menyerang musuh.

Aku menggeleng. Tak, aku tak sanggup melihat Ice cedera sekali lagi. Tolong, selamatkan dia.

Tapak tanganku sekali lagi kuletakkan di atas lapisan salji. Aku cuba menenangkan diri.

Fokus.

Seketika kemudian aku dapat merasakan tenagaku bersatu dengan lapisan salji tersebut.

"Tolong, hapuskan The Undead. Protect the prince"

Sebaik sahaja aku menghabiskan kata-kata, lapisan salji bergegar kuat. Aku memegang batu-batuan tingkap menara dengan sebelah tangan.

Lapisan salji bergerak bagaikan ombak, menyelimuti tubuh The Undead lantas membekukan tubuh mereka dengan ais.

Dalam masa kurang beberapa saat, Ratusan The Undead yang ada kaku tidak bergerak sebelum berlakunya satu letupan yang menghancurkan tubuh The Undead menjadi serpihan kecil seperti kepingan salji.

"Horay!!!!"

Laungan kejayaan para pengawal menjadi tanda penamat pertempuran ini.

"Thank you," Perlahan-lahan aku mengangkat tangan daripada lapisan salji.

***

Kekecohan masih tetap berlaku namun situasinya berbeza. Walaupun tidak menerima penjelasan, namun kami tahu ada bencana bakal berlaku dalam dunia magic.

Aku, Angel dan Priya melepak di anak tangga. Sudah dua hari berlalu dan sesi pembelajaran ditangguhkan untuk sementara waktu.

Nampaknya akademi ini sedang kecoh dengan serangan mengejut oleh The Undead.

Aku merenung sekumpulan pengawal istana beruniform merah yang berkawal di tingkat lima bangunan pendidikan ini.

Dengarnya mereka didatangkan khas dari istana untuk melindungi putera mereka daripada ancaman musuh.

Sedang kepala aku terteleng ke kiri dan ke kanan begitu, aku terlihat kelibat Mirna yang berjalan laju menghampiri tempat kami.

"Guys, Aku rasa aku tahu gerangan orang yang hantar The Undead tempoh hari" Bisik Mirna dengan wajah teruja bercampur takut.

"Please, no speculation Mirna." Priya mengangkat tangan, menghalang Mirna daripada meneruskan ayatnya.

"Taklah. Korang berdua ingat lagi tak Tina? Spirit budak yang aku jumpa dekat akademi ni?"

"Ada spirit sini?" Angel membuka mata luas-luas.

Mirna mengangguk." Aku dah tahu punca dia dengan spirit yang lain ketakutan. Rupanya mereka dapat rasa yang Dark Master dah kembali"

"Siapa Dark Master?" Tanya Priya.

Mirna membuat isyarat agar kami semua merapatkan jarak. Kami semua mengikut arahannya.

"Ahli sihir Luther Fang" Bisik Mirna.

Kami merenung satu sama lain.
Berita yang disampaikan oleh Mirna benar-benar tidak terjangka.

"Seriuslah, Mirna. Tak kelakar kut. " Kataku.

"Betullah aku tak tipu. Tina cakap dia pernah nampak The Undead sekali dulu, well at least sebelum dia mati. Aku rasa The Undead punca dia mati sebab dia ada lubang besar dekat perut..."

"Stop. Tak payah explain fizikal dia" Potong Angel.

"Berapa usia Tina tu?" Tanyaku.

"Dia cakap dia cuma kenal Prince Rider je. Pewaris yang sepatutnya pegang takhta negara ni. Tapi dia meninggal dunia masa usia muda." Terang Mirna

"Maksudnya usia dia dalam 500 tahun?"
Teka Priya.

"Uish, seram sejuk aku dengar cerita kau ni, Mirna. Tapi, betul juga. Dalam kelas Magical History tahun lepas kan kita ada belajar pasal kisah seven Master tu. Dan Luther Fang satu-satunya magician yang boleh mengawal Dark Creature." Angel mengeluarkan pendapatnya.

"Uh-huh. But guys, kalau betul Dark Master dah kembali, what will happen to us?"

Soalan Mirna tergantung sepi. 

No comments:

Post a Comment

Mirna 9

"Here is the plan. Untuk mengaburkan mata orang ramai di sini, saya akan jadi ayah awak berdua. Kita datang ke sini untuk bercuti selep...