Thursday 1 March 2018

Wicked Love 23

"Saya nak kawan saya, Faham tak? Cuma dia je yang boleh dandankan rambut saya."
Pintaku kepada tiga Gnome perempuan yang membantu aku menyarung gaun pengantin.

Mereka menoleh sesama sendiri seolah-olah tidak mengerti dengan kata-kataku.



"Jangan cuba tipu saya. Awak semua boleh faham bahasa saya. Don't deny it"

Mereka bertiga menundukkan wajah. Seorang daripada mereka menggenggam sikat di tangan.

Dia cuba mendandan rambut aku tetapi aku menghalang dan meminta mereka supaya memanggil Mirna.

Aku sekadar cuba mencari jalan untuk mengetahui keadaan Mirna selepas dia hampir-hampir dibaham Manticore.

 "Okay, Begini. Saya akan benarkan awak dandan rambut saya selepas saya jumpa rakan saya. Okay?" 

Seorang daripada mereka yang berpakaian gaun hijau berbisik kepada rakannya yang memakai gaun bewarna orange.

Rakannya menggeleng laju tanda tidak setuju. Gnome yang memegang sikat sekadar menoleh ke arah aku dan tunduk semula.

Aku meletakkan lutut ke lantai supaya dapat melihat wajah mereka dengan lebih jelas.

Ketiga-tiga mereka seakan terkejut dan cuba menjauhkan diri. Aku merapatkan kedua tapak tangan dan menggenggamnya di hadapan mereka.

"Teniir (please)" Aku mencuba bercakap dalam bahasa gnome.

Mereka terkejut dan menoleh antara satu sama lain. Gnome berbaju orange akhirnya mengangguk sebelum berjalan terkedek-kedek menuju ke arah pintu kayu.

Dia berlalu keluar, Meninggalkan aku dan dua orang gnome yang lain. Mereka terkulat-kulat malu.

Selepas seketika pintu kayu yang kelihatan berat itu terbuka dari luar. Gnome bewarna orange tadi terkedek-kedek melangkah masuk bersama seorang lelaki yang berwajah pelik.

"Cepatlah!" Lelaki itu menendang belakang gnome orange sehingga dia tersungkur jatuh.

"Hei!" Jeritku lantas berlari dan membantu gnome tersebut.

Kedua rakannya menjerit sebelum turut bergegas mendapatkan gnome orange. 

"Awak okay?" Tanyaku selepas membantu gnome kecil untuk bangun.

Mata gnome orange berkaca memandang ke arah aku. Keadaan kami yang hampir menyebabkan aku dapat melihat kesan lebam yang semakin pudar di bahagian pipinya.

Namun aku hanya dapat melihat untuk seketika sebelum dia berlalu bersama temannya ke satu sudut.

"Apahal kau ni?!"

Lelaki berwajah pelik menundukkan sedikit kepalanya. Tangan kanannya diletakkan di dada.

"My queen" Katanya sebelum kembali menghadapku.

"No, Please. Jangan panggil aku queen. Geli aku dengar ayat tu. Anyway, Minta maaf pada dia" Jari telunjukku tegak ke arah gnome orange.

Lelaki berwajah pelik itu memandang jengkel ke arah ketiga-tiga gnome tersebut.

"Why should I? Mereka cuma worthless servant di sini"

Darahku naik mendidih. Lelaki berwajah pelik itu memaparkan wajah selamba.

"If I'm your queen, You have to listen to me." 

Lelaki itu tersengih, Menampakkan dua batang gigi besar di bahagian hadapan.

"Saya cuma mendengar arahan Master." Katanya dengan nada berlagak.

"Then, Patut ke aku laporkan pada Master Kau?"

Sengihan yang terukir di wajah lelaki itu hilang serta-merta. Wajahnya memerah tanda geram.

Dia menoleh ke arah ketiga-tiga gnome dengan wajah mencuka.

"Sorry!" Katanya dengan dengusan.

Ketiga-tiga gnome hanya menunduk. Aku menarik nafas dalam-dalam. 

"Apa yang boleh saya bantu, My queen" Lelaki itu kembali menyoal dengan nada jengkel.

Aku memeluk tubuh. Alang-alang mereka menganggap aku permaisuri, Aku akan memberikan arahan selayaknya seorang permaisuri memerintah orang suruhan.

"Aku nak Mirna, Kawan aku untuk tolong dandankan rambut. As a girl, I want to look pretty for my wedding." Arahku dengan gaya berlagak.

Lelaki itu menoleh ke arah gnome dengan renungan marah.

"Why my queen? Adakah mereka tidak melakukan kerja dengan baik?" Tanya lelaki itu.

Ketiga-tiga gnome tersebut memeluk sesama mereka. Melihatkan mereka yang ketakutan membuatkan hatiku tersentuh.

Entah bagaimanalah keadaan hidup mereka di bawah cengkaman Luther Fang.

"Leave them alone! Aku cuma nak kawan aku di sini."

Lelaki itu berfikir sejenak. Mungkin menimbang tentang permintaanku.

"Hey, Kau nak tunggu aku beritahu Master kau ke?"

Mendengar perkataan Master membuatkan lelaki itu menjadi serba-salah. Dia mendengus marah.

"Fine." Katanya.

"Hey, Apa nama kau?" 

"Albeit" Balasnya tanpa memandangku.

"Orait Albeit. Jangan bagi aku tunggu lama."

Albeit mendengus marah sebelum berlalu keluar. Pintu kayu dihempas kuat olehnya. 

Aku menarik nafas lega. Kemudian perlahan-lahan aku mendapatkan ketiga-tiga gnome yang sedang berdiri merenung ke arahku.

Aku melutut di hadapan mereka. 

"Hei, Its okay. Saya takkan cederakan awak semua. I'm a friend. Come," Aku menghulurkan tangan kepada gnome orange.

Dia sekadar melihat tanganku. Rakan-rakannya memandang sesama sendiri. Aku faham mereka masih belum mempercayai aku.

"Hh...hiriil ( queen )" Kata gnome orange.

Aku ketawa sambil menggelengkan kepala.

"No, Saya Snow. Okay?" Aku menghulurkan kedua belah tangan.

Gnome orange menghulurkan jari-jemarinya ke dalam genggamanku. Dengan perlahan aku membawanya ke dalam pelukan.

"Tenii ( Thank you )" Kata gnome orange.

Tidak lama kemudian tangisannya kedengaran di bahuku. Aku mengusap belakang tubuhnya sebelum turut sama mengalirkan air mata.

Luther Fang, Kejamnya kau!


          Mirna merenung aku ke atas dan ke bawah. 

"Wow, You're beautiful" Katanya sambil tersenyum.

"Shut up Mirna."

"Serius. Aku selalu bayangkan macam mana kalau kawan-kawan aku pakai gaun pengantin. Tapi, Bukan kahwin dengan Luther Fang. Anyway, Aku ingat dia nak bagi kau pakai gaun hitam. You know, Ala-ala emo atau Gothic" Kata Mirna.


" Hitam ke, Pink ke, Aku rasa mesti dia curi gaun ni kat mana-mana. Dahlah, Kau okay? Biar aku tengok." Aku memegang Mirna dan mendudukkan dia ke sebuah kerusi.

Kasut but Mirna kubuka sebelum menanggalkan stokin yang dipakainya. Mirna mengaduh sewaktu aku memegang kakinya yang lebam dalam bentuk lingkaran.

Pasti kesan daripada serangan yang di lakukan oleh Luther Fang semalam.

"Sakit sangat ke?" Tanyaku.

Mirna mengangguk. " Aku tak tahu macam mana Priya boleh tahan. Aku kena sikit pun dah sakit." 

"Duduk diam" Kataku sambil memberikan isyarat kepada gnome untuk membawa cauldron berisi air.

"Apa maksud kau dengan Priya?"

"Semalam masa kau koma, Priya cabar Luther Fang. Aku dengan Angel pujuk dia supaya jangan buat lagi. Tapi, Kau fahamlah Priya." Terang Mirna.

Aku mengeluh. Patutlah semalam Priya kelihatan pelik. Tidak lama kemudian Gnome meletakkan sebuah cauldron besar di sebelahku.

"Oh, Hello" Mirna mengangkat tangan kepada ketiga-tiga gnome.

Aku tersenyum tatkala mereka berpandangan sesama sendiri. Namun kali ini mereka tidak lagi terlihat ketakutan.

"Jangan risau. Dia kawan kita, Okay?"

Ketiga-tiga gnome mengangguk dengan wajah kelegaan.

"Kenapa dengan mereka?" Tanya Mirna.

"Let's just say, Mereka tak bahagia duduk bawah cengkaman Luther Fang"

Mulut Mirna membulat membentuk huruf O.

Aku meletakkan tangan ke dalam cauldron. Selepas seketika aku dapat merasakan satu tenaga mengalir ke dalam tubuh.

"Water nymph, Answer my call"

Cahaya putih bersinar di bahagian tengah cauldron sebelum muncul Lilith. Gnome dan Mirna teruja melihat Lilith.

"Oh my, Apa tu?" Tanya Mirna.

"Mirna, Ini Lilith. Ratu water nymph."
Aku memperkenalkan Mirna dengan Lilith.

Lilith tersenyum dan mengangguk ke arah Mirna.

"Water Nymph?" Bisik Mirna tidak percaya.

"Yup," Balasku.

"Master, Apa yang terjadi? Kami dapat merasakan aura Luther Fang yang begitu kuat"

Aku menoleh ke arah Mirna sebelum menceritakan semuanya secara eingkas kepada Lilith. Bermula daripada mama memberitahu aku tentang identiti aku yang sebenar sehingga kepada peristiwa diculik oleh Luther Fang.

Tepat seperti sangkaanku, Lilith menolak keras ketika mendengar bahawa aku akan melangsungkan perkahwinan dengan Luther Fang.

"Tidak Master. Tolong jangan lakukannya. Kami tidak rela berada di bawah cengkaman Luther Fang"Kata Lilith.

Ketiga-tiga gnome yang mendengar turut mengangguk-angguk seperti burung belatuk.

" Rilekslah. Aku bukannya nak kahwin betul-betul. Aku cuma perlukan masa supaya Mirna dengan kawan-kawan yang lain dapat cari jalan untuk lepaskan diri."
Jelasku kepada mereka.

Mirna terlopong." Habis kau macam mana?"

"Mirna, Dah cukuplah kau dengan kawan-kawan lain lindungi aku dulu. Sekarang giliran aku untuk jaga korang. Faham?"

Mirna mengangguk faham. 

"Apa yang Master nak buat nanti?"

Pertanyaan Lilith membuatkan dadaku terasa sebak.

"Adalah. Now, Lilith. Saya nak minta tolong awak pulihkan kaki Mirna. Boleh?"
Kataku kepada Lilith sambil menuding ke arah kaki Mirna yang lebam dan membengkak.

Lilith mengangguk. Dia menyelam kembali ke dalam air sebelum muncul semula dalam bentuk cahaya putih. 

Aku kemudiannya membuat bebola air untuk membawa Water Nymph. Bebola itu kulepaskan ke kaki Mirna.

Aku merenung wajah teruja Mirna. Juga ketawanya yang keriangan kerana pertama kali diubati oleh Water Nymph.

"Hei, Awak. Sini" Kataku kepada gnome orange.

Dia menunjukkan kepada diri sendiri.

"Ya, Awak."

Gnome orange maju ke hadapan. Aku mendukungnya sebelum meletakkan dia ke atas meja bersebelahan dengan Mirna.

Mirna mengukir senyuman membuatkan gnome orange tersipu malu.
Perkara sama kulakukan kepada gnome orange dengan meletakkan buih air berisi water nymph.

Tubuhnya bertukar cahaya biru menandakan water nymph sedang cuba menyembuhkan badannya.

"Tenii ( Thank You )" Gnome hijau memegang tanganku.

Aku tersenyum memandangnya. "So, Awak ada nama?"

***

Ice dan Enam magician lain tersandar di perdu pokok. Setakat ini magician dari unsur tanah dan udara telah tercedera akibat melawan sylph.

Mereka berenam berjaya melepasi barisan pertahanan Luther Fang itu dengan bantuan angkatan tentera dari kesemua negara.

Namun kini mereka terperangkap di dalam sarang Arachne, Makhluk labah-labah separuh perempuan. Ice merenung Shadow Knight yang bersandar di atas dahan pohon yang besar.

Abang tirinya itu sedang menghela nafas sambil memusingkan pedang di tangan. Ternyata idea abangnya berhasil.

Ice mengingati semula idea yang disampaikan oleh abangnya sebelum mereka menyerang kubu Luther Fang...


"Luther Fang dah rasa selesa sebab tentera dia membuat kucar-kacir di semua negara. Tapi kenapa dia masih cari pewaris Magician Ketujuh?" Shadow Knight mengutarakan soalan.

"Sebab kuasa dia masih belum kuat sepenuhnya?" Teka King Henry.

"That's right. Malah tentera dia begitu senang untuk dihapuskan. Dia hanya menggunakan dark magical creature sekadar untuk menakutkan kita. Fear is the product of our thought." Kata Shadow Knight.

"Bermaksud dia sekadar membuatkan kita sibuk sementara dia melaksanakan strateginya yang sebenar." Sambung Madam Eloisa.

"That's how he got Snow."

Ice mengepal penumbuk. Dia tidak sepatutnya membiarkan Snow pulang ke Dry Land.

"Kami percaya tentera sebenar Luther Fang berada di kubunya." Sampuk Whisper.

"Jadi kita lakukan serangan ke atas Luther Fang. Dia tidak mungkin dapat mengendalikan dua operasi ketenteraan dalam waktu yang sama. " Cadang Shadow Knight.

Ice mengangguk. " If he is taking his ease, Give him no rest "


Bunyi jeritan wanita membawa Ice kembali ke dunia nyata. Suara Arachne kedengaran begitu dekat dengan tempat mereka kini sedang berada.

"So, Sesiapa ada idea cara nak lepasi labah-labah jadian ni?" Tanya Ice.

"Ahhhhh, Bug Spray?" Kata Damian Cuba bergurau untuk mengurangkan rasa takut.

Ice mengangguk. " Ingatkan aku untuk belasah kau lepas kita berjaya hapuskan Luther Fang"

Shadow Knight melompat ke bawah dan menghampiri Ice serta Damian.

"Bad Luck. Tak ada tempat untuk kita bersembunyi." Beritahu Shadow Knight.

Berita itu disambut dengan keluhan dan kata kesat. Bermakna mereka harus berhadapan dengan Arachne habis-habisan.

"Camouflage, Hydraulic power, Webs, Venom, Ada apa-apa lagi yang aku tertinggal?" Tanya Ice.

"Spiked." Jawab Damian.

"Disebabkan labah-labah ini wanita, Aku menjangkakan Flick hairs" Tambah Shadow Knight.

"Alright. Kita dah dapat cara-cara yang Arachne akan gunakan untuk menyerang. Disebabkan tiada tempat untuk kita berlindung, Keselamatan amatlah dijangkakan. Faham?!" Kuat suara Ice memberitahu mereka yang lain.

"Hey, Aku boleh gunakan Fire Blaze untuk halang Arachne" Kata Troy dari negara api.

"Negative. Arachne takkan tercedera dengan sekadar api. Dia ada Spiked" Damian mengingatkan Troy.

"Jadi kita kena lemahkan dia dulu sebelum Troy boleh membakar Arachne" Samila dari negara white magic atau Dry Land memberikan cadangan.

"Okay, Good Idea. And be safe"

Semua mereka mengangguk faham dengan kata-kata Ice.

Mereka berjalan dalam kumpulan. Kawasan hutan tebal ini menjadikan peluang mereka sebagai makanan Arachne jika mereka tersalah langkah.

Bunyi jeritan yang bergema dari serata arah mengelirukan mereka. Martin dari negara Dark Magic menjadi hilang sabar.

Kedua jari telunjuknya diletakkan di dahi.
" Element of darkness,
      I summon thee,
         Show me things I can't see"

Mata Martin bertukar menjadi hitam. Tatu merah berbentuk spiral yang melingkar di bahagian lehernya menyala terang.

Dia memandang sekeliling sebelum melihat ke atas.

"Pure Darkness," Martin menegakkan jari telunjuk dan jari hantu sebelah kanan.

Jeritan Arachne kedengaran sebelum muncul tubuhnya yang bersembunyi di sebalik dedaunan lebar bewarna hijau gelap.


Dengan menggunakan teknik camouflage, Arachne telah bersembunyi untuk menyerang mereka. Namun teknik tersebut dipatahkan oleh Martin

Cahaya gelap melingkari tubuh badan Arachne sebelum dia melompat ke arah mereka.

"Berpisah!" Jerit Shadow Knight.

Arachne yang telah berada di bawah meludahkan racunnya ke arah Ice dan Troy.

"Spectrum Armor" Ice membuat shield daripada ais berbentuk kristal.

Troy menyebut perkataan yang sama untuk membina shield. Tetapi shield milik Troy berbentuk api bewarna merah.

Shadow Knight yang melompat ke atas dahan menghantar serangan dari bahagian kanan.

"Winged blade!" Seratus bilah ninja stars melantun ke arah Arachne.

Makhluk itu terdorong ke belakang apabila Shadow Knight membuat serangan. Dia menggunakan kakinya untuk melindungi wajah dari ninja blade.

Arachne menjerit kuat apabila beberapa bahagian badannya tercedera sehingga memancut darah bewarna biru kehitaman.

Arachne menuju ke hadapan, Mahu membalas serangan Shadow Knight.

"Pure Light" Samila menuding jari hantu dan jari telunjuk ke arah Arachne.

Arachne menggosok mata apabila pandangannya diganggu cahaya terang.

"Kita kena terbalikan dia!" Jerit Ice.

Rain, Dari negara udara mengangguk faham. Dia perlu membuat putara angin untuk menterbalikkan Arachne.

Namun dengan kecederaan yang dihadapi beserta tubuh gergasi Arachne menyukarkan kerjanya.

"I need help!" Jerit Rain.

"Frost bound" Ice meletakkan tangannya ke atas tanah, Melicinkan tanah dengan menggunakan ais.

Arachne tergelincir jatuh berkali-kali apabila kakinya tidak dapat diseimbangkan. Jeritan marahnya membingitkan sanubari.

"My Turn!" Gray dari negara tanah meludah tangan sebelum menggosok kedua tangan.

Dia mengepal penumbuk sebelum menghempaskan tangan ke atas tanah. Serentak itu muncul klon dirinya dalam bentuk gergasi yang dicipta daripada b
Campuran batu dan tanah.

Gergasi ciptaan Gray berlari ke arah Arachne sebelum cuba mengangkat makhluk tersebut.

Rain yang membawa idea rakan-rakannya mengangguk faham.

"Destructive wind!" Rain memutarkan tangannya dalam bentuk circle.

Satu putaran tornado muncul menyebabkan Arachne hilang pertimbangan diri. Tubuhnya terangkat ke udara sebelum diterbalikkan oleh gergasi ciptaan Gray.

"Giant Gray, Kasi hentam sama dia. Crushing tides!"

Gergasi ciptaan Gray menghempaskan diri ke atas Arachne. Campuran tanah dan Batu tadi pecah menjadi timbunan seperti gunung.

"Chilling Blast!" Damian membantu dengan membekukan timbunan tanah dan batu yang menimpa Arachne.

Arachne menjerit nyaring apabila tubuhnya tidak dapat digerakkan.

Troy membuka kedua telapak tangan. Tiga bebola api muncul di udara. Dia memainkan bebola itu sebelum menghantarnya ke arah Arachne.

"Steam burst!" Bebola api tadi membesar setelah tiba kepada Arachne.

Api besar membakar tubuh Arachne yang menggelupur kesakitan.

***

"Apa idea kau?" Tanya Mirna.

Aku memegang kedua tangan Mirna. Dia dan gnome orange, Inali, Sudah sembuh dengan bantuan Water Nymph.

Tinggal beberapa jam sahaja lagi sebelum majlis  perkahwinan aku dengan Luther Fang akan dijalankan.

"Aku nak kau dengan kawan-kawan yang lain lari masa majlis aku tu nanti."

Mirna memandang ke arah aku dengan mulut terbuka.

"What? No!" Geleng Mirna.

"Mirna, Listen. Aku akan okay. Luther Fang takkan bunuh aku. Tapi aku tak pasti tentang korang. Please, Promise me yang kau akan bawa Angel dengan Priya keluar jauh dari sini."

"Snow, Jangan cakap kau nak hadapi Luther Fang seorang diri," Mirna mengerutkan dahi.

Aku cuba mengukir senyuman walaupun mataku sudah berkaca. Ternyata dia dapat membaca rancangan yang sudah aku atur di dalam kepala.

"Mirna, Sekurangnya aku tahu korang akan dapatkan bantuan. Kau dah rasakan kekuatan Luther Fang. Kita bukan lawan dia."

"Angel dengan Priya pun takkan setuju dengan cadangan ni. Positif" Kata Mirna.

"Mereka kena dengar juga. Janji atas nama persahabatan kita yang kau akan bawah mereka keluar. Promise!" Pintaku dengan bersungguh-sungguh kepada Mirna.

Mirna mengeluh berat. Gnome yang memerhatikan kami turut memaparkan reaksi sedih.

Aku merenung ketiga-tiga gnome yang berdiri di hadapanku. Galphina, Gnome yang memakai gaun hijau memegang tanganku, Bagaikan menyalur kekuatan.
Seorang lagi gnome yang masih memegang sikat ialah Ellin.

"Dan kamu bertiga pun kena ikut Mirna. Faham?"

Ketiga-tiga gnome melihat satu sama lain. Mereka menggeleng.

"Kenapa?" Tanyaku.

"Kami tak boleh ikut. Keluarga kami masih ada di sini." Beritahu Galphina.

Setakat ini hanya dia yang bersuara. Dua orang rakannya takut untuk membuka mulut akibat trauma berada di bawah cengkaman Luther Fang.

Mungkin juga disebabkan usia mereka yang masih muda ketika menjadi hamba Luther Fang menjadikan mereka sukar berkomunikasi.

Ternyata mereka tidak berada di sini atas kerelaan. Perkampungan mereka telah diceroboh oleh Luther Fang dan pengikutnya sebelum mereka dibawa ke sini.

"Pasti ada cara untuk kami bantu kau." Kata Mirna.

"Master, Magician ketujuh pasti ada meninggalkan petunjuk kepada Master sebagai panduan" Ujar Lilith yang enggan meninggalkan aku.

Aku mengingati semula ucapan yang diberitahu oleh Book of The Keeper.

"For those who want the truth revealed, Shall we tell it is indeed, When the secret has been leaked, The strong power shall be revealed"

"Strong power?" Tanya Mirna.

Aku mengangguk. "Ya. Aku rasa dia maksudkan kekuasaan aku untuk hapuskan Luther Fang"

"Tapi Magician ketujuh tidak mati." Kata Lilith.

Kepalaku dengan pantas berpaling ke arah Lilith.

" Apa maksud awak?"

"Master, Kalau betul Magician ketujuh maksudkan kuasanya, Pasti dia juga sudah terkorban selepas mengalahkan Luther Fang"

Kata-kata Lilith membuatkan otakku ligat berfikir.

"You're right. Jadi kuasa apa yang Magician ketujuh maksudkan tu?" Tanyaku.

"Mungkin itu jawapannya!" Jerit Mirna.

Semua mata memandang Mirna.

"What?" Tanyaku dengan wajah pelik.

"Well, Tina ada cakap sesuatu sebelum dia...gone. Dia cakap Prince Rider ada beritahu dia sesuatu. That is, Kuasa yang paling kuat di dunia ini ialah kasih sayang"

Aku terdiam, Cuba merungkaikan makna kata-kata Mirna.

"Still, Apa maksudnya?" Aku masih bingung.

Inali mampir ke hadapan. Tapak tangannya diletakkan ke dadaku.

"Elwen ( Heart )" Kata Inali.

"Huh?" Aku masih tidak faham.

"Master, Mungkin dia maksudkan tentang perkara yang tersirat di dalam hati Master. Siapa yang paling Master sayang?" Tanya Lilith.

Serta-merta aku terbayangkan Ice.

"Snow?" Panggil Mirna.

Aku memandang ke arah mereka. " Ok. Aku rasa aku dah tahu apa yang perlu aku lakukan"

"Really? Apa rancangan kau?" Tanya Mirna.

Aku menarik nafas. "Kahwin"


No comments:

Post a Comment

Mirna 9

"Here is the plan. Untuk mengaburkan mata orang ramai di sini, saya akan jadi ayah awak berdua. Kita datang ke sini untuk bercuti selep...