Monday 2 April 2018

Angel 17

Vampire kacak dengan gaya rambut Undercut iaitu rambut sisi dan belakangnya dipotong pendek bercangkung di sebelah Ayumi yang terbaring di atas rumput.

 
                       ( gaya undercut )

Puk!

Kepalanya diketuk oleh abangnya.

"Amende kau ni Fumiya? Aku suruh kau hipnosis dia. Bukan suruh dia tidur!"Marah Fumito,  abang Fumiya yang tua dua puluh minit dari Fumiya.

Walaupun mereka kembar seiras, Namun mereka dapat dibezakan dari segi gaya rambut. Abangnya mempunyai gaya quiff dengan rambut hadapan dibiarkan berselerak.



                    ( gaya Quiff )

Namun tidak dapat dinafikan kedua-dua mereka mempunyai wajah yang bisa mencairkan hati wanita.

Fumiya menggosok kepala yang sakit sambil tertunduk meminta maaf.

" Fumiya tak mahir lagi kawal kuasa aku, Bang. Lagipun, Gadis ni wangi sangat. Really good and nice scent. Susah nak fokus"

"Kau tidur ke dalam kelas?" Tuduh Fumito.

"Eh, Mana ada. Fumiya terlelap sekejap je, Bang" Jujur Fumiya memberitahu abangnya.

"Ah, Banyaklah alasan kau."

"Tapi, bang. Apasal abang tunjuk taring kat dia? Mesti dia lemah semangat sebab tu dia terlajak tidur"Tuduh Fumiya balik.

" Hah, Melawan cakap. Kau jangan derhaka dengan aku. Sekarang macam mana kita nak bawa gadis ni keluar tanpa diketahui?" Tanya Fumito lebih kepada dirinya sendiri.

Kalau hendak diharapkan Fumiya mencari idea, Memang tidaklah. Adiknya ini meski memiliki kelebihan, Tetapi lambat sedikit dalam soal kemahiran berfikir.

"Fumiya boleh dukung, Bang. Aku jamin not a single scratch on this girl"Tawar Fumiya.

Abangnya mencekak pinggang dengan tangan kiri. Tangan kanan pula mengurut dahi.

"Abang tahulah kau boleh angkat. Masalahnya nak ikut jalan mana? Kau nak redah tetamu yang datang ke majlis tu?"

Mata Fumiya bersinar. "Boleh juga, Bang. Fumiya boleh buat mereka semua tertidur"

"Boleh ke?" Tanya Fumito.

Fumiya menggaru kepala yang tiba-tiba gatal. "Susahlah bang."

"Kalau bukan sebab muka kita sama, Mesti aku dah meragui kau ni adik aku" Geleng Fumito. "Dah, Kau angkat dulu gadis tu. Jangan kau hisap darah dia pula."

"Rasa sikit tak boleh ke bang?"

Fumito menjegilkan biji mata. Fumiya tersengih sebelum tangannya diletakkan di bawah tubuh dan peha Ayumi, Mahu merangkul gadis itu.

Zapp!

Satu aliran panas meletup kecil di atas rumput sebelah Ayumi. Fumiya yang terkejut terduduk ke atas rumput sebelum segera bangun berdiri. Dia tidak jadi mengangkat Ayumi.

Fumiya dan Fumito melompat ke hadapan Ayumi. Gigi taring mereka ditunjukkan ke arah Angel yang kini sudah menukar uniform.

"Berani korang sentuh anak aku!"Marah ibu Ayumi.

Futomi dan Fumiya menunjukkan taring mereka ke arah ibu Ayumi seakan mencabar wanita itu.

Pada masa yang sama satu bulatan putih muncul tidak jauh dari ibu Ayumi. Muncul Angel dari bulatan tersebut dalam uniform rasminya. Dengan menggunakan deria pandangannya dia dapat melihat Ayumi di sini.

" Nice to have you here, Angel"
Tegur ibu Ayumi.

Angel yang terkejut melihat Ayumi terbaring kaku di atas rumput bertambah terkejut apabila ditegur oleh ibu Ayumi.

"Puan boleh nampak saya?" Sempat Angel menyuarakan soalan.

"Kill first, Talk later"Ibu Ayumi menghalakan tapak tangannya ke arah Fumiya dan Fumito.

Kedua-dua lelaki tersebut menyeringai, Menampakkan gigi taring mereka yang putih berkilau.

Great, Sekarang vampire pula?

" Ayumi!" Angel melebarkan sayap, Cuba mendapatkan Ayumi namun Fumito terlebih dahulu mendapatkan Ayumi.

Sepantas kilat tubuh Ayumi dikendung oleh Fumito. Dia mendirikan tubuh Ayumi, Menjadikan gadis itu sebagai pelindung.

"Ayumi!" Ibu Ayumi dan Angel bersuara serentak.

Angel mendirikan busurnya. Tiga pasang anak panah tersedia pada string, Menanti masa untuk dilepaskan.

Fumiya memegang tangan Ayumi. Serentak itu, Dua pasang tubuh Ayumi menjelma. Satu berada dalam dukungan Fumiya dan satu lagi didukung oleh Fumito.

Angel dan Ibu Ayumi kaget.

"Ha...Yang mana satu betul?" Usik Fumito sambil ketawa kecil dengan Fumiya.

Dalam keadaan keliru itu Fumiya berlari laju ke tepi, Merentasi barisan pokok bunga Calla Lilies dan Carnation.

Zas!

Anak panah pertama memecahkan sebuah pot bunga carnation.
Anak panah kedua melekat pada perdu pokok, Menghasilkan api kecil manakala anak panah terakhir melekat pada sebuah tugu patung berbentuk wanita.

"Tak kena!" Suara ketawa Fumiya kedengaran riang membangkitkan rasa geram Angel.

Pada waktu yang sama Fumito lari ke arah bertentangan. Ibu Ayumi mengeluarkan satu aliran cahaya namun Fumito lebih cepat mengelak dengan melompat ke dalam barisan deretan bunga yang diletak bertingkat-tingkat.

"Angel, Berpecah." Arah Ibu Ayumi.

Angel melebarkan sayap, Mengejar Fumiya manakala Ibu Ayumi mengejar Fumito.

Suara ketawa Fumito semakin tenggelam. Namun ibu Ayumi lebih daripada sekadar tahu untuk tidak mempercayai bahawa vampire tersebut sudah hilang.

Wush!

Satu desiran angin menerbangkan dedaunan kering di belakangnya.

Wush!

"Carilah....!" Suara ejek Fumito kedengaran sayup-sayup.

Zapp!

Arus cahaya panas dari tapak tangan ibu Ayumi hampir mengenai sasaran.

Fumito yang muncul di atas dahan pokok melompat sebelum kembali menghilang.

Wush!

Bahagian hadapannya pula berbunyi ketika dia berpaling ke belakang. Suara ketawa Fumito kembali berkumandang. Ibu Ayumi menarik nafas dalam. Tangan kanannya digenggam.

Matanya dipejam.

Fokus.

Zapp!

Tangannya dihalakan ke satu arah, Beserta dengan suara erangan Fumito.

"Adoi....mak cik. Sakitlah!!!" Fumito jatuh terbaring di atas rumput.

Dia berguling-guling, Memegang punggungnya yang terkena aliran tenaga dari pancaran kuasa Ibu Ayumi.

Tanpa mempedulikan erangan Fumito, Ibu Ayumi segera mendapatkan tubuh Ayumi yang terdampar agak jauh dari Fumito.

"Ayumi!" Tubuh Ayumi yang tertiarap dibetulkan oleh ibu Ayumi. Namun dia hampir menjerit ketika mendapati tubuh itu bukan Ayumi tetapi sebuah patung.

"Aduilah....padan muka, Salah!" Ejek Fumito dalam erangan.

Ibu Ayumi mengecilkan mata.

Zapp!

Pancaran seterusnya daripada tangan ibu Ayumi menyebabkan Fumito pengsan serta-merta.

"Ayumi..." Ibu Ayumi berdoa agar Angel dapat meyelamatkan anaknya. Sekarang nasib Ayumi terletak di tangan Angel.

Fumiya yang dikejar Angel membawa gadis itu sehingga ke sebuah pagar yang dibina daripada rumput hijau.

Angel mendengus marah dan melayangkan sayapnya. Dia melihat ke semua arah pagar ini namun kelibat Fumiya tidak kelihatan.

Angel kaget. Dia sepatutnya menjaga Ayumi, Tetapi gadis itu kini sudah hilang diculik oleh Vampire.

"Gosh, Ayumi. I'm sorry." Angel meluncur turun ke bawah semula.

"Angel?"

Damian tiba-tiba muncul dari lorong pagar bahagian kanan dan berhenti di hadapan Angel. Dia memandang Angel dengan pelik.

"Awak okay? Saya dengar bunyi bising"

Suara Damian membuatkan Angel terasa lega. Dia terlupa terus tentang pertemuan mereka sebelum ini.

"Damian,"Angel melangkah setapak ke arah Damian tetapi kemudian berhenti tatkala seorang lagi Damian muncul dari arah kiri.

Kedua-dua Damian memandang sesama sendiri. Angel pantas menegakkan semula busur dan anak panahnya.

" Siapa kau?!" Kedua-dua orang Damian menjerit serentak.

Damian yang berada di sebelah kanan menggenggam tangan, Mengeluarkan pedang biru.

Damian yang berada di sebelah kiri juga menggenggam tangan, Mengeluarkan pedang biru yang sama.

"Angel, Get out of here!" Jerit Damian yang berada di sebelah kiri.

"Shoot him, Angel!"Jerit Damian sebelah kanan.

Angel terpinga-pinga melihat Damian di sebelah kiri dan sebelah kanan. Yang mana satu Damian sebenar?

"Angel!" Kedua-dua orang Damian menjerit nama Angel.

"Shoot him!" Jerit kedua-dua Damian.

"Quiet!" Arah Angel.

Tangannya menggeletar memegang busur. Anak panahnya diarahkan ke Damian kiri dan Damian kanan berulang kali.

"Angel, Awak tahu saya takkan cederakan awak. You know I love you" Damian sebelah kanan meletakkan pedang ke bawah rumput. Kedua tangannya diangkat ke atas.

"Angel, This is me. Please, Trust me"Rayu Damian sebelah kiri.

Angel menarik nafas sebelum menghembusnya melalui mulut.

" Alright, Let's do this. Siapa yang boleh jawab soalan saya, Bermakna dia Damian yang sebenar. Deal?"

Kedua-dua orang Damian memandang sesama sendiri sebelum mengangguk.

"Apa posisi saya dalam netball?" Tanya Angel dengan laju.

"That is easy. Its...."

Zapp!

Anak panah Angel mengenai tubuh Damian kanan yang cuba menjawab soalan.

Teriakan kesakitan kedengaran dari tubuhnya yang terkena renjatan elektrik, Menjelmakan tubuh Fumiya yang berlakon menjadi Damian.

Dengan menggunakan tangan, Damian menghalang sedikit pandangan mata yang silau akibat cahaya yang dihasilkan oleh anak panah Angel.

Jeritan Fumiya hilang selepas beberapa saat. Tubuhnya yang keras jatuh merebah ke bumi ibarat pokok kayu balak yang baru dipotong menggunakan chainsaw.

Pedang Damian mengeluarkan cahaya putih sebelum hilang dari pandangan. Angel menarik nafas lega sebelum mengeluarkan handcuffs bercahaya putih.

Dia mendekati Fumiya, Mengikat lelaki itu supaya tidak terlepas nanti walaupun dia pasti lelaki itu tidak akan bangun untuk beberapa jam lagi.

Sebaik dia menggari Fumiya, Kedengaran petir dari dada langit. Selepas beberapa ketika, Muncul satu cahaya putih berbentuk bulat berhampiran Angel dan Damian.

Onew dan anak buahnya keluar dari bulatan tersebut. Pada waktu yang sama ibu Ayumi muncul.

"We will take it from here" Kata Onew kepada Angel.

Angel yang hairan dengan kedatangan Onew hanya mengangguk sebelum mengikut langkah ibu Ayumi.

Mereka menjumpai Ayumi yang disembunyikan di antara deretan pohon willow. Gadis itu masih pengsan tanpa sebarang kecederaan serius. Damian bergegas mendukung gadis itu selepas diminta oleh ibu Ayumi.

Angel kesal. Dia tahu statusnya sebagai Guardian akan dipersoal selepas ini kerana gagal menjaga anak guardiannya dengan baik.

Cupid yang melihat peristiwa itu menutup mata. Dia cuba memanggil seseorang melalui telepati.

"Yes, Cupid?" Kata orang yang dihubungi Cupid.

Cupid berdehem." Kita ada masalah"

***

Mirna membuka mata. Dia memetik suis lampu di atas meja. Beberapa kali mencuba, Lampu sisi tersebut tidak juga hidup. 

Mirna memetik jari sebelum membuka tangan. Cahaya kecil muncul dari telapak tangannya. Mirna menolak cahaya itu ke atas syiling.

"Hah..." Selimutnya ditarik sehingga ke dada.

Dari cahaya bulan yang masuk melalui tingkap bilik, Dia dapat melihat sebuah figura yang sedang berdiri merenungnya.

"Mirna..."

Mirna menggeleng. "Tak, Aku cuma mimpi je"

"Mirna...tolong..."

"I'm sorry. Snow."



No comments:

Post a Comment

Mirna 9

"Here is the plan. Untuk mengaburkan mata orang ramai di sini, saya akan jadi ayah awak berdua. Kita datang ke sini untuk bercuti selep...