Saturday 13 January 2018

Wicked Love 2

Sudah seminggu aku di sini, namun belum pernah sekalipun aku melihat kelibat Ice di akademi.

Malah sewaktu sesi perkenalan tempoh hari, kami hanya bertemu dengan pembantunya, Damian dalam sebuah majlis alu-aluan.

Harapanku biarlah dia tidak muncul-muncul sepanjang aku di sini. Titik!

Proffesor Langford yang sedang mengajar di hadapan bagaikan berbicara seorang diri.

Entahkan dia perasan atau tidak pelajarnya lebih ramai yang tidur dan bermain daripada memberikan perhatian.

"Ann, aku bagi kau protection spell nak?" Cadang Mirna secara tiba-tiba.

Buku teks Magical Creatures ditegakkan di atas meja bagi menyembunyikan wajah. Di dalam kelas ini, hanya ada aku, Angel Mirna dan Priya manakala yang selebihnya adalah pelajar Iceland academy.

Menjadi kaum minoriti menyebabkan kami agak kekok. Apatah lagi dasar pintu terbuka yang baru dijalankan masih sukar diterima oleh sebilangan besar pelajar di sini.

Hanya ada beberapa orang pelajar yang sudi berbicara dengan kami. Itupun disebabkan mereka adalah dari golongan bawahan di akademi ini.

"Apasal?" Angel memandang pelik ke arah Mirna.

Priya duduk bersandar di kerusi sambil bersiul kecil. Aku yang sedang melakar doodle di dalam buku nota sekadar menadah telinga tanpa mengalihkan perhatian dari kerjaku.

"Untuk keselamatanlah. Takkan kau tak perasan ada orang dah target kau" Bisik Mirna.

"Target apa?" Tanya Angel tidak mengerti.

Mirna menarik nafas dalam-dalam. "Ann, si Damian tu ramai peminat tau kat akademi ni. Termasuklah dalam kelas ni juga. So, mereka anggap kau macam pesainglah"

"What?!" Pekik Angel.

Lakaranku terhenti, turut terkejut dengan kata-kata Mirna. Hanya Priya yang masih dengan lagak selambanya. Pasti dia juga sebenarnya sudah lama sedar tentang perkara ini.

"Yes, pelajar dari Whisper Hollow. Ada apa masalah?" Suara Proffesor Langford kedengaran lantang.

Kami berempat memandang ke arahnya lantas menggelengkan kepala. Proffesor Langford menderam marah.

"Please pay attention," Tegas Proffesor Langford sebelum kembali mengajar.

Kami berpandangan sesama sendiri. Excuse me? Pelajar yang terbongkang tidur di meja paling hadapan tidak pula dia menegur.

"Cool girls. Kita minoriti kat sini." Pesan Priya.

"Shhhh, janganlah jerit." Bisik Mirna.

"Apa kena-mengena dengan aku pula?" Soal Angel dengan nada sangat tidak puas hati.
Buku teksnya ditegakkan di atas meja seperti Mirna.

Takut jika Proffesor Langford ternampak mereka berbual. Tapi pelajar Iceland boleh pula tidur?

"Yalah, si Damian tu nampak sangat tergila-gilakan kau sejak hari pertama kita datang sini. For your information, Clara and the geng sekarang tengah target kau tau. "

Clara, antara pelajar kaya di dalam kelas kami memang sangat dikenali. Aku mencuri pandang ke arah Clara dan rakan-rakannya yang berada di meja hadapan.

Jelingan maut Clara menjadi habuanku. Okay, memang benar seperti yang dikatakan oleh Mirna.

"Ingat aku takut!" Suara Angel kedengaran agak tinggi.

"You, back there. Stand up now!" Jerit Proffesor Langford.

Kami berempat, malah semua pelajar di dalam kelas terpinga-pinga memandang ke arah Proffesor Langford.

Bulat mataku memandang jari telunjuknya yang ditujukan kepada aku.

"Me, sir?" Tanyaku meminta kepastian.

"Yes you!" Marah Proffesor Langford.

Mirna menggigit bibir manakala Angel menggigit jari. Priya masih kekal bersiul kecil.

"Yes, sir?" Kataku sambil bangun dari kerusi.

Tak pasal-pasal aku pula yang kena. Rasanya semalam aku tidak terserempak dengan mana-mana kucing hitam.

"Explain this. Kalau saya terdampar di tengah padang pasir, apa yang perlu saya lakukan untuk keluar dari tempat tu." Proffesor Langford menyilangkan tangan ke dada.

Berpuluh pasang mata merenung ke arah aku.

"Ouh, Guna transport spell. Tapi, tak semua witch boleh guna magic tu, therefore cara yang lain ialah menggunakan controlling spell untuk memanipulasi haiwan liar seperti singa gurun sebagai tunggangan." Aku tersengih selepas selesai memberi jawapan.

"Nonsense. Untuk guna controlling spell memerlukan bahan potion yang penting iaitu triple eye toad. Mana nak cari katak dalam gurun?" Suara Clara kedengaran nyaring diikuti dengan ketawa yang dibuat-buat oleh rakan-rakannya.

Pandangan sinis dilemparkan ke arah aku. Angel mengepal penumbuk, geram. Priya masih tetap bersiul manakala Mirna duduk tegak dengan wajah ditundukkan ke bawah.

Aku mengekalkan senyuman. " Sebenarnya ada dalam buku teks muka surat 253 di bawah tajuk habitat Magical Creatures. Since triple eye toad ialah amphibian jadi mereka perlu mengekalkan kelembapan suhu badan dengan cara bersembunyi di dalam tanah. Kalau nak cari triple eye toad, kita cuma perlu turunkan hujan. Lagipun dengan element air yang dimiliki oleh warga Iceland, perkara tu rasanya tak menjadi satu masalah. Unless, kalau seseorang tu tak mahir dalam spell menurunkan hujan, mati kataklah dia kat gurun tu"

                            

Wajah Clara berubah terus apabila aku selesai memberi penjelasan. Tubuh Mirna bergerak-gerak menahan tawa dari sebalik buku.

Angel tersengih penuh makna kepada Clara manakala siulan Priya dengan sengaja dikuatkan olehnya.

Proffesor Langford membuka buku teks yang berada di atas mejanya.

"Hurm, impressive."

"Thank you Proffesor. Boleh saya duduk?"

Proffesor Langford berdehem sebelum mengangguk.

"Nampaknya kau pun kena target lepas ni,"  Kata Angel.

Aku mengangkat bahu. Whatever!

"Snow, kau nak aku bagi protection spell?" Tanya Mirna.

Cepat-cepat aku menggelengkan kepala tanda tidak mahu.

"Maksud kau protection dengan guna kawan-kawan spirit kau tu? I will pass"

"Hey, tak semua spirit jahatlah," Mirna mencuka.

"Still no,"

Aku mencapai pensel, menyambung aktiviti membuat doodle yang terbengkalai seketika tadi.

***

"Hey, Aku tak puas hati betul!" Marah benar nampaknya Eva hari ini.

Dari bawah kakinya mulai keluar asap nipis. Harapnya jangan sampai dia membakar tempat latihan kami sudahlah.

Jeeva berdiri mencekak pinggang di sebelahnya. "Korang tahu yang budak-budak perempuan Iceland cakap kita ni nak rampas budak-budak lelaki mereka."

Hampir tersembur air green tea suam yang baru kuhirup. Aku ingatkan aku dengan Angel sahaja yang kena target.

Sejak kejadian di dalam kelas hari itu, semakin ketara pula rasa tidak senang yang ditonjolkan oleh pelajar wanita Iceland.

Namun pelajar lelaki pula semakin cuba berinteraksi dengan kami. Apatah lagi di dalam kelas Magical Creatures, peratusan pelajar lelakinya lebih ramai.

Tapi, apa salah kami?

Luna menanggalkan headphone di kepala. Selain aku, rasanya Luna juga mengambil prinsip jangan peduli.

"Aku tak faham kenapa mereka nak cari pasal dengan kita. I mean, mereka lagi cantik kut. Lagipun tak ada pula aku tengok budak-budak kita berkepit dengan budak-budak lelaki Iceland" Kata Luna.

"This is not about mereka lagi cantik. Masalahnya sekarang ni kita dijadikan kambing hitam. Budak-budak lelaki mereka yang gatal. Ewwwww, geramnya!" Angel membalas kata-kata Luna.

"Habis tu kita nak diamkan je ke?" Mirna menoleh ke arah Priya yang tenang duduk diam di sebelahku.

Priya bangun dari tempat duduk. Selaku Kapten pasukan, kata-katanya menjadi penentu bagi kami.

"Guys, aku faham perasaan korang sekarang ni. Sakit hati, geram, rasa nak belasah mereka sampai lumat. Tapi, cuba fikirkan balik. Berbaloi ke kita balas perbuatan mereka?"

Mereka semua terdiam. Priya menyambung selepas tiada sesiapa yang membalas.

"Mereka nak bercakap? Biarkan. Mereka nak tuduh? Biarkan. Nak tahu rahsia buatkan enemy kita jadi gila? Keep smiling"

Aku tersenyum mendengarkan kata-kata penuh hikmat Priya. Memang ada gaya pelajar Magical Law.

"What do you think, Snow?" Priya menoleh ke arah aku.

Aku cuma nak kekalkan status low profile sampai tamat tempoh enam bulan di sini. Dan yang paling penting jangan sampai Ice nampak aku.

Alangkah seronoknya kalau aku boleh menyuarakan seperti itu kepada mereka.

"Aku setuju dengan Priya. Come on guys, kita bukan calang-calang orang. Kita Whisperian, pelajar-pelajar cemerlang dari Whisper Hollow Academy. Were are better than this, than them. Let's play it cool."

Semua mereka merenung sesama sendiri sebelum mengangguk perlahan dan aku menarik nafas lega.

"Tapi, Ann kau tetap kena buat sesuatu tentang budak Dominic tu."

Semua mata memandang ke arah Priya.

"Dominic mana ni?" Tanya Angel pelik.

"Alah, budak lelaki tu, Yang pembantu si Ice tu."

"Damian!" Kata kami beramai-ramai sambil ketawa terbahak-bahak.

"Dominic tu ex-boy kau," Seloroh Mirna. Priya menggaru kepala, malu.

"Yeah, tentang tu kau jangan risau. Nanti kalau aku jumpa dia lagi, tahulah apa aku nak buat." Kata Angel penuh keyakinan.

"Tapi apapun kita kena backup each other. Dan yang lebih penting berhati-hati. Orang yang dikuasai sifat cemburu ni lain sikit." Pesan Priya.

Kami mengangguk faham. Menyimpan kemas pesanan Priya ke dalam ingatan.

"So, patut ke aku bagi protection spell Kat korang?" Mirna tiba-tiba menyoal.

"No!!!!!" Jerit kami beramai-ramai.

***

Madam Eloisa menutup fail terakhir yang baru selesai disemak. Fail itu diletakkan ke tepi bersama timbunan fail-fail yang lain di sudut meja.

Sambil mengurut leher yang terasa lenguh, matanya merenung bola kristal yang berada di atas meja.

"Kenapa kau biarkan?" Ujar satu suara garau.

Madam Eloisa tersenyum. Dia tidak hairan dengan kehadiran lelaki itu di pejabatnya ketika dia berseorangan di bangunan pentadbiran ini.

Bagi Madam Eloisa bersendirian di dalam pejabat sehingga lewat malam bukanlah satu perkara baru.

Malah kehadiran lelaki ini yang datang tanpa diundang, pergi tanpa dipinta juga sudah menjadi kebiasaan.

"Aku nak tengok sejauh mana kemampuan budak-budak yang dilatih oleh King Henry ni. Salahkah?" Kata Madam Eloisa tanpa melarikan pandangan matanya dari bola kristal.

Dia memusingkan tangan di atas bebola Kristal. Asap merah muncul di dalam bola tersebut sebelum memancarkan pemandangan di sektor rahsia akademi Whisper Hollow.

Kelihatan dua orang berpakaian serba hitam sedang cuba memecah masuk ke dalam bilik kebal.

"Aku bukan maksudkan agen-agen risikan King Henry yang dihantar ke sini. Aku yakin budak-budak hingusan tu takkan mampu untuk mencalarkan sedikitpun pintu masuk ke dalam. Tapi, aku maksudkan anak kau, Snow. Kau tak takut hantar dia ke sana?"

Madam Eloisa bersandar di kerusi, merenung ke arah suara yang bersembunyi di sebalik bayang-bayang.

"As a mother, tak pernah sekali pun aku tak fikir pasal dia. Kau ingat aku kejam sangat nak hantar dia ke tempat musuh tanpa pengawasan?"

"But why?"

Madam Eloisa menarik nafas dalam-dalam. "To fulfill her destiny. Dia mungkin jumpa sesuatu di sana."

Suasana sunyi sepi untuk seketika.
Madam Eloisa kembali mengarahkan pandangan ke dalam isi bola Kristal.

Nampaknya ejen-ejen King Henry masih belum berputus asa.

"Kau dah beritahu Snow?" Tanya suara itu sekali lagi.

Madam Eloisa terdiam. "Aku menunggu waktu yang sesuai."

Suara ketawa melatari suasana.

"Atau kau takut nak beritahu dia? Tentang siapa sebenarnya diri dia?"

"Anak aku perlukan masa, Shadow Knight. Ada tanggungjawab besar yang perlu dia pikul selepas ni."

"Malangnya masa adalah musuh terbesar kau sekarang ni."

"Apa maksud kau?"

Shadow knight menonjolkan dirinya yang berpakaian serba hitam seperti ninja.



"Dunia magic bakal diuji dengan kehadiran musuh lama." Kata Shadow Knight perlahan namun masih mampu didengari oleh Madam Eloisa.

"Kau tahu sesuatu yang aku tak tahu?"

Shadow Knight menggaru dahi dengan ibu jari. Sebelah tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar.

"Kau patut luangkan masa dengan kawan-kawan seperti dulu Eloisa. Kalau tak banyak maklumat yang akan kau tertinggal"

"Why should I? Lagipun apa gunanya kau jadi informan tak bergaji aku. Anyways, apa beritahu terbaru yang kau dapat?"

"Hurm, Sacred Temple dipecah masuk beberapa tahun lepas. Tapi kejadian ini baru sekarang diketahui sebab dirahsiakan oleh pihak-pihak berkepentingan."

Madam Eloisa tersentak. Secara tiba-tiba hatinya berdebar hebat.

Jangan kata Sacred Temple tu. Tolong jangan, Desis hati Madam Eloisa.

"Sacred Temple yang mana?"

Shadow mengangkat wajah, terpancar sedikit keresahan di situ. Bibir kiri Shadow Knight terjungkit sedikit ke atas.

"The Sacred Temple. Kubur Luther Fang"

No comments:

Post a Comment

Mirna 9

"Here is the plan. Untuk mengaburkan mata orang ramai di sini, saya akan jadi ayah awak berdua. Kita datang ke sini untuk bercuti selep...