Tuesday 6 February 2018

Wicked Love 10

Tergamam aku melihat lelaki yang berada di atas katil mama. Sepanjang hidup, Aku tidak pernah melihat lelaki seakan-akan ninja begini.

"Please, Snow. He's dying" Pinta mama.

Aku menelan liur. Urat biru menjalar di kawasan muka dan lengan lelaki itu. Anak matanya tidak lagi kelihatan.

"Tapi, Siapa dia?"

"Snow, Selamatkan dia sekarang!" Mama memegang kedua lenganku.

"Tapi, Mama larang Snow guna kuasa Snow. Mama cakap bahaya kalau orang tahu kuasa Snow," Aku menatap wajah mama yang benar-benar keresahan.

"Lupakan apa yang mama pernah cakap. Jangan beritahu mama yang Snow tak pernah guna kuasa Snow sebelum ni."

Kata-kata mama membuatkan aku terdiam. Agak terasa hati juga sebenarnya.

"Tapi, Snow tak tahu macam mana nak tolong dia. Snow bukan healer"

"Snow fikir mama tak tahu pasal tu? Dengar sini Snow, Healer terbaik di negara ni pun takkan mampu ubati lelaki ni. Cuma Snow je yang dapat bantu dia"

Aku menggigit bibir. Berfikir bagaimana untuk membantu lelaki ini.

"Okay, Tapi mama takkan suka" Balasku perlahan. "Snow perlukan air dalam bath tub"

Mama segera menarik tanganku ke dalam bilik air. Pili bath tub dipusing sepenuhnya oleh mama.

Sambil menunggu air penuh, Mama berulang kali ke hadapan untuk melihat lelaki misteri yang terdampar di katil.

Aku menutup pili air dan duduk di atas lantai bilik air.

"Snow, Macam mana?" Mama terjengul di muka pintu.

Aku memasukkan tanganku ke dalam tub mandi yang dipenuhi air. Sambil memejamkan mata, Aku memfokuskan diri untuk memanggil Lilith.

Satu cahaya putih muncul dari dasar air. Lilith timbul dengan perlahan-lahan dalam bentuk manusia.




"Awak panggil saya, Master?" Lilith merenung aku dan mama silih berganti.

Mama memegang dada. Sebelah tangannya berpaut pada tombol pintu.

"Mama, Kenalkan ini Lilith. Rasanya dia boleh bantu." Aku menjelaskan kepada mama.

"Madam," Lilith menundukkan kepala ke arah mama.

Mama menoleh ke arah aku sebelum mengangguk perlahan-lahan.

"Water Nymph?" Tanya mama, Terkejut melihat Lilith.

"Snow akan jelaskan nanti pada mama. Lilith, Saya perlukan bantuan awak."

"Anything for you, Master"

"Ada lelaki sedang terlantar sakit. Boleh awak bantu pulihkan dia?"

"Saya akan panggil orang-orang saya" Lilith kembali tenggelam di dalam air. Beberapa ketika kemudian timbul puluhan bola kecil bercahaya putih terang.

Aku membuat buih air, Membawa Lilith dan orang-orangnya ke katil mama. Buih tadi kuletakkan pada tubuh si lelaki misteri.

"Lilith dengan Water Nymph yang lain akan cuba ubati dia." Kataku kepada mama yang berdiri di kepala katil.

Tubuh lelaki misteri yang terlantar bertukar keputihan akibat cahaya yang dihasikan oleh Water Nymph.

"Mana Snow jumpa mereka? Snow tahukan mereka dah pupus?" Kata mama dengan nada perlahan.

Ligat otakku memikirkan jawapan. Tetapi menipu bukanlah pilihanku apabila bertentangan dengan mama.

"Mereka yang jumpa Snow lima tahun lepas. Sejak tu, Mereka minta Snow jaga mereka."

Mama menekup mulut dengan tangan kanan. "Snow jaga Water Nymph sahaja atau ada benda lain yang mama tak tahu?"

"Ada lagi. Tapi, Snow tak selalu guna kuasa Snow untuk panggil mereka." Beria-ria aku cuba meyakinkan mama.

Satu daripada bola cahaya tadi maju ke arahku. Aku membuka telapak tangan, Membiarkan bola itu duduk di atas telapak tangan.

"Yes, Lilith?"

"Master, Lelaki ini terkena racun daripada dark spell. Kami hanya mampu menghentikan racun tersebut dari terus merebak. Tetapi untuk meneutralkan racun tersebut, Kami memerlukan akar kelp."

"So, Mana nak cari?"

"Jauh ke dasar tasik."

Aku mengangguk faham. "Ada sebuah tasik di belakang akademi ni. Awak rasa ada ke akar kelp kat sana?"

"Kita kena cuba cari. Tapi kita kena cepat. Keadaannya semakin tenat"

"Saya akan pergi." Kataku kepada mama.

"No, Terlalu bahaya. Biar mama pergi" Larang mama.

"Ma, Snow kena bawa Water Nymph sekali untuk cari akar kelp tu. Mama percaya kan Snow ok?"

Mama kelihatan ragu-ragu untuk melepaskan aku. Aku menarik nafas dalam.

"Ma, Percayakan Snow. Lagipun mama cakap hanya Snow je yang boleh tolong lelaki ni." Aku meyakinkan mama.

"Snow, Berhati-hati. Promise?"

Aku mengangguk. "Okay."






          Paras air tasik  Black Water yang dikelilingi pokok Msprusi menjamah pandangan mata.

Aku mengeluarkan botol kaca sederhana besar dari jaket baju sejuk.

"Sedia Lilith?"

Lilith mengangguk. Aku merebahkan lutut kiri ke tanah dan meletakkan tangan kanan ke dalam air tasik.

"Water spirit do hear me,
      I charge your protection,
          In the deep sea."

Aku terasa aura sejuk menjalar dari tangan kananku sehingga ke seluruh tubuh.

"Alright, Lilith. Kita dah boleh masuk" Aku membuka botol kaca lantas membenarkan Water Nymph yang kubawa meluncur masuk ke dalam air tasik.

Cahaya putih berenang dengan laju membentuk bulatan. Aku tersenyum melihat gelagat Mereka yang gembira apabila dapat kembali ke tasik.

Aku membuat gelombang buih yang besar, Menutupi seluruh tubuh sebelum menyelam masuk ke dalam tasik.

Cahaya putih yang terang daripada Water Nymph menjadi lampu suluh untuk menerangi jalan.

"Master," Lilith menunjukkan ke satu arah.

Rumpai Kelp yang merimbun melambai-lambai mengikut arus air. Aku berenang ke arah rimbunan Kelp mengikut cahaya putih yang dihasilkan oleh Water Nymph.

Baru sahaja ingin memetik akar rumpai Kelp, Secara tiba-tiba tanganku dihalang oleh sesuatu yang melintas dengan laju.

Aku spontan bergerak ke belakang.

"Hati-hati, Master" Lilith serta orang-orangnya berkumpul mengelilingiku.

Bayang-bayang yang muncul dari atas membuatkan kepalaku terdongak.




Siren!

Bagus. Satu lagi makhluk yang sukar ditemui kini muncul di hadapanku. Aku menanam rasa kagum jauh di sudut hati.
Kalau terleka, Pasti aku akan diseret jauh ke dasar tasik ini.

Eh, Bukan ke siren hanya tarik lelaki?

Aku tidak sempat berfikir apabila beberapa ekor siren berenang laju ke arahku. Dalam cubaan untuk menepis, Lengan dan pinggang kiriku terasa kebas seperti dihentak benda keras dan panas.

Nampaknya kesemua siren ini bukan sahaja memiliki kelajuan tetapi sebatang busur yang boleh menghasilkan elektrik.

Gerakanku kini terbatas apabila jari-jemariku sukar untuk digerakkan. Sementara itu beberapa ekor siren kembali menyerang secara bertubi-tubi.

Beberapa percikan cahaya meletus apabila serangan siren bertemu dengan Water Nymph yang melindungiku.

Dalam kekalutan aku terasa kakiku diseret laju ke dasar. Aku bergelut, Cuba melepaskan diri namun kekuatan siren yang sedang menarikku nyata lebih kuat.

Semakin dalam tubuhku ditarik dadaku semakin panas terbakar, Menandakan gelombang udara yang kuhasilkan akan meletup bila-bila masa sahaja.

"Lepaslah!" Jeritku sambil meronta supaya dilepaskan.

Siren yang menarikku berbunyi nyaring. Kakiku dilepaskan menyebabkan aku terkontang-kanting cuba berenang ke atas.

"Master!" Lilith serta beberapa Water Nymph yang lain mengelilingiku semula.

Kawanan siren yang menyerang tadi melihat ke satu arah. Seekor makhluk berbentuk kuda menerpa ke arah siren-siren tersebut dengan dengusan kasar.

Kellie horse, Makhluk separuh kuda dan separuh ikan ini menghembuskan buih air yang laju, Menyebabkan kesemua siren tadi terpelanting jauh.




Aku terpaku kagum dengan kehebatan yang ditunjukkan oleh Kellie horse bewarna hitam ini.

Suasana mendebarkan tadi kini kembali tenang seperti tiada pertarungan yang berlaku sebentar tadi.

"Terima kasih," Kataku perlahan.

Kellie horse itu menundukkan kepala sambil berenang perlahan mendampingiku.
Aku mengangkat tangan kanan, Memegang hidung Kellie horse yang jinak ini.

"My saviour."

****

Damian merapatkan Jaket ke tubuh. Sudah setengah jam mereka bertiga menunggu di sebalik rimbunan pokok Mspuri ini.

Benar seperti yang dikatakan oleh Whisper, Gadis bernama Snow itu ternyata mempunyai kuasa magic.

Dengan mata dan kepalanya sendiri dia menyaksikan gadis itu melakukan spell perlindungan sebelum masuk ke dalam tasik dengan gelembung udara.

Perkara yang dilakukan gadis itu adalah sesuatu yang tidak mungkin dapat dilakukan oleh The Ancient one, Iaitu mereka yang memiliki kuasa Magis tertinggi.

"Beritahu aku perkara yang kau tahu pasal aku dengan gadis tu?" Ice menyoal Whisper yang berada di atas sebatang tunggul kayu.

"Saya cuma dapat katakan bahawa dia ada semasa tuanku dalam keadaan nazak selepas diserang oleh pengikut Luther Fang. Semasa tuanku dibawa pulang oleh Keluarga tuanku, Dia sudah pun menghilangkan diri." Whisper menceritakan semula peristiwa yang diketahuinya.

"Kenapa kau ada di sana?" Soal Damian.

"Untuk menghantar Glamour potion. Selalunya saya akan pos ikut alamat yang tuanku berikan. Tapi, Waktu itu juga saya dikejar oleh pengikut Luther Fang. Dan sejak itu, Saya terperangkap di dalam tubuh ini." Whisper menderam.

Sungguh selepas dia mendapatkan tubuhnya kembali, Dia akan membalas dendam terhadap Luther Fang.

"Kau rasa kemungkinan dia ada kaitan dengan Luther Fang?" Soal Damian lagi.

"Kau gilakah? Kenapa dia nak menangis di sisi Ice andai benar dia bersekongkol dengan Luther Fang?"

"Mungkin sebab dia rasa bersalah?" Teka Damian.

"You're so childish, Damian. Dan tak, Bukan sebab tu,"

"Habis tu, Apa pendapat kau?"

Whisper tersenyum mendengarkan soalan daripada Damian. Orang buta pun boleh tahu hubungan antara Ice dan Snow jika melihatkan keadaan Snow ketika itu.

"Saya percaya hubungan awak berdua lebih daripada seorang rakan baik, My Prince"

Whisper melihat ke arah Ice. Damian turut menoleh ke arah tuannya yang beku tanpa sebarang reaksi.

Perbualan mereka terhenti apabila air tasik yang tenang bergelora secara tiba-tiba. Snow muncul dengan gelombang udara yang sama seperti ketika dia masuk ke dalam tasik.

Tetapi kali ini dia tidak berseorangan. Sebaliknya dia menunggang seekor makhluk seakan kuda.

"Oh, Tengok. Kellie horse. Saya selalu berharap dapat menunggang belakang makhluk itu" Bisik Whisper.

Snow melompat turun daripada belakang Kellie Horse. Suaranya kedengaran tenggelam timbul sambil mengusap kepala Kellie Horse tersebut sebelum makhluk itu berpusing untuk kembali ke dalam tasik.

Snow menunggu sehingga Kelli horse tersebut hilang dari pandangan sebelum melangkah pergi dengan akar kelp di tangan.

"Patut ke kita kejar dia?" Tanya Damian dengan nada rendah.

Ice menggenggam penumbuk. Langkah Snow yang semakin jauh dipandang dengan renungan tajam.

"Tak."

Damian dan Whisper sama-sama berpaling ke arah Ice.

"Tuanku?" Whisper tidak faham. Sangkanya Ice akan terus bersemuka dengan Snow.

"Kau dah buktikan yang gadis tu bukan manusia biasa. Tapi aku perlukan bukti yang dia ada kaitan dengan hidup aku lima tahun lepas." Balas Ice.

"Kalau betul, Kau nak buat apa?" Damian mulai tidak sedap hati.

Ice menjungkit bibir. "Aku akan bermain permainan ni. Tetapi kali ni aku yang akan tamatkan permainan."

"Maksud tuanku?"

"Aku akan buat hidup dia merana."

Whisper terkedu. Bukan ini yang dia inginkan. Dia hanya mahu Ice ingat tentang kisah lima tahun lepas.

"Tapi tuanku..."

"Terima kasih Whisper untuk maklumat ni. Kau boleh beritahu Damian berapa banyak duit kau nak."

"Tuanku dah salah faham. Saya tak mahu..."

"Damian. Kau uruskan dia." Ice enggan mendengarkan kata-kata Whisper.

Kakinya diangkat meninggalkan Whisper dan Damian. Whisper menderam marah.

"Kau kena hentikan dia" Whisper menoleh ke arah Damian.

"Kau fikir aku apa? Tuan aku kalau dah buat keputusan susah dia nak ubah fikiran"
Geleng Damian.

"Tapi kita kena satukan mereka."

Damian duduk bertinggung di hadapan Whisper.

"Kenapa? Kau cakap Snow tinggalkan bos aku tu."

"Ya, Atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Bos kau dalam keadaan nazak selepas diserang pengikut Luther Fang. Dia tak ada pilihan selain melepaskan bos kau kembali ke pangkuan keluarganya."

Damian menggaru kepala. Bukan dia tidak mahu memujuk, Tetapi dia kenal benar dengan kepala batu Ice.

"Entahlah. Kalau aku jadi bos aku tu, Mestilah aku pun akan marah sebab di tinggalkan"

"Dia bukan marah, Tapi ego." Sindir Whisper.

Damian melepaskan keluhan. "Maaf kucing liar, Aku tak boleh tolong kau dalam hal ni. "

'Dengar sini budak, Kita kena bantu Ice dan Snow untuk bersatu semula."

Bulat mata Damian memandang Whisper.

"Kenapa?"

"Sebab kekuatan Ice dan Snow boleh menghapuskan Luther Fang"

No comments:

Post a Comment

Mirna 9

"Here is the plan. Untuk mengaburkan mata orang ramai di sini, saya akan jadi ayah awak berdua. Kita datang ke sini untuk bercuti selep...