Saturday 7 April 2018

Mirna 4



Peter risau dan sedih. Dia tahu masa untuknya sudah semakin hampir. Kelak dia perlu meninggalkan Mirna dan kembali ke Spirit Realm.

Dia hanya mampu berdoa agar gadis itu akan mampu berdikari untuk menjaga diri sendiri apabila tiba masanya nanti.

Tapi sikap Mirna yang semakin suka bersolek membuatkan Peter risau andai Mirna akan menjadi seperti ibunya.

Peter menggeleng. Tidak, Kalau dia menganggap begitu bererti dia mendoakan Mirna menjadi sama seperti ibunya. Tapi, Mirna bukan begitu.

Peter berdiri di sebuah tingkap bahagian selatan Whitehaven castle. Dari tingkap kaca ini dia dapat melihat Mirna yang sedang berlatih kuasanya di tanah perkuburan berhampiran.

Whitehaven castle ini dahulunya dibina oleh King Kurf, Pemerintah negara Fanglish. Selepas kejatuhan pemerintahan sistem beraja, Istana ini terbiar di atas puncak bukit ini.

Peredaran zaman membuatkan tiada yang peduli untuk menjaga nilai estetika dan saki-baki barangan berharga yang masih ada di dalam istana ini.

Dan di sinilah tempat Mirna menumpang teduh sehingga ke suatu masa yang tidak pasti.

Bam!

Satu cahaya pendek dan laju berbentuk kelabu kelihatan di mata Peter. Tidak lama kemudian dia nampak kelibat Mirna yang berlari laju dengan beberapa spirit mengekori dari belakang.

"Gosh, Mirna. Apa lagi yang kau kacau spirit-spirit tu" Keluh Peter.

Mirna memang selalu mengusik spirit-spirit yang masih berkeliaran di istana ini. Dia suka berkawan dan bergurau. Tetapi sayangnya ketika berhadapan dengan manusia Mirna jadi seperti batu tidak berperasaan.

Peter bergerak menjauhi tingkap kaca apabila sinaran cahaya kilat memancar di dada langit. Nampaknya malam ini tanah Fanglish akan dilanda hujan lebat.


          Mirna meletakkan lilin terakhir yang dinyalakannya. Istana yang ditinggalkan seperti ini tidak mungkin mempunyai bekalan kuasa elektrik untuk menerangi suasana.

Maka dia bergantung pada cahaya lilin dan cahaya daripada kayu yang dibakar dari tempat pendiangan api.

Mirna berlari sebelum melompat dari belakang sebuah sofa dan mendarat ke lantai. Sehelai selimut merah dicapai sebelum dia membalut tubuh.

Selimut ini sebenarnya merupakan cape yang dipakai oleh seseorang raja. Tetapi sekarang digunakan oleh Mirna sebagai selimut. Atau tempat melapik tempat tidur, karpet terbang yang diletakkan di belakang Casper, Khemah, Langsir dan banyak lagi mengikut kreativiti otaknya.

"To make this demon come undone..."

Suara Mirna yang mengulang baca meditasinya menyapa telinga Peter. Meditasi merupakan perkara utama bagi seorang necromancer kerana bermeditasi akan menguatkan emosi mereka untuk mengawal makhluk yang dipanggil.

Semakin tinggi kemahiran seorang Necromancer, Semakin kuat dan banyak bilangan makhluk yang boleh dikawal oleh seseorang Necromancer. Sebab itu dia mengajar Mirna untuk tinggal di kawasan berdekatan perkuburan atau hutan belantara. Perkara itu juga akan memguatkan emosi dan mental seseorang Necromancer.

"Oh, Mirna...."Sayup kedengaran satu suara lelaki ibarat panggilan hantu.

Dinding berdekatan dengan tempat pendiangan api ditembusi oleh satu spirit yang berterbangan tidak mencecah lantai.

Serentak itu juga sebuah gaun ungu melayang masuk melalui pintu yang terbuka. Lilin yang dinyalakan oleh Mirna bergerak-gerak, Hampir terpadam akibat libasan angin yang dihasilkan gaun tadi.

" Apa tu?" Tanya Mirna, Pelik apabila sebuah gaun secara tiba-tiba dibawa oleh King Kurf.

Gaun itu diletakkan di atas sofa berhampiran Mirna. Tanpa meminta izin tangan Mirna gatal memegang fabrik gaun tersebut.

Gaun itu terasa lembut di tangan Mirna. Pastinya fabrik bermutu tinggi telah digunakan untuk menghasilkan pakaian ini. Mungkin juga gaun ini pernah dipakai oleh salah seorang isteri King Kurf yang seramai 15 orang itu.

Ya, Mungkin.



Lelaki gemuk dengan misai halus melintang di hujung itu meletakkan tangan kiri ke perut lalu menundukkan sedikit tubuhnya ke hadapan. Gayanya seperti seorang putera yang ingin mempelawa si gadis untuk menari.

"May I present to you, Your Royal ball's gown"

Mirna mengetap bibir, Menahan senyum. Gaun ungu gelap dengan ikatan bentuk zig zag pada lengan dan bahagian pinggang ini menyerupai gaun zaman King Kurf.

Memang cantik dengan bahagian lengannya yang panjang ke tanah dan lebar di bahagian hujung. Gaya seorang witch pula rasanya meskipun Mirna tidak pernah melihat seorang pun witch seumur hidupnya.

Mirna terlupa seketika bahawa dia juga bukannya manusia normal.

"Wow. Okay" Begitu sahaja reaksi Mirna.

"Eh, Kenapa? Awak tak suka?"Kening King Kurf yang tebal bersambung.

Dia ingatkan Mirna akan melompat kesukaan. Bukankah gadis itu kini sudah berada dalam fasa pembesaran untuk menjadi seorang gadis dewasa. Dan tidak lupa juga fasa untuk rebel.

" Tak, Bukan sebab tu. It is just...Saya mungkin tak pergi" Mirna jungkit bahu.

King Kurf menekup mulut dengan tangan kanan. Jari kelingkingnya melentik ke atas. Kenapa dia baru tahu tentang hal ini?

"Tapi kenapa? Royal's Ball sepatutnya menjadi impian setiap gadis. Oh, Aku tahu, Ini mesti sebab Peter tak bagi pergi" Tuduh King Kurf tanpa menghadapkan sebarang bukti yang nyata.

Peter yang sedang membaca di atas kerusi mengangkat wajah, Memberi pandangan maut kepada King Kurf. Lelaki lembut ini sering sahaja mencari pasal dengannya sejak dia dengan Mirna menumpang teduh di istana ini.

Dia mampu bersabar dengan King Kurf pun disebabkan kesudian lelaki itu menerima kedatangan mereka ke sini dengan tangan terbuka.

"Saya tak biasa pergi majlis-majlis macam tu. Lagipun, Bukannya ada orang nak ajak saya pun" Mirna berpura tidak kisah.

Royal Ball yang selalu dilangsungkan untuk pelajar tahun kedua dan terakhir di Fortuna High School itu memang tidak pernah menjadi impian Mirna.

Mungkin gadis lain mengimpikan untuk menerima lamaran daripada pelajar lelaki ke Royal Ball bersama. Tetapi tidak bagi Mirna. Dia tidak menetapkan harapan ataupun mimpi untuk dilamar seperti itu kerana dia sedar pandangan orang terhadapnya.

Siapa yang mahu keluar dengan Shadow Girl, Gadis misteri yang tinggal di kawasan perkuburan dan istana terbiar sepertinya.

"Nonsense. Awak cantik. Tentunya akan ada seseorang yang akan meminta awak menjadi temannya ke Royal Ball." King Kurf cuba menyedapkan hati Mirna.

Mirna jadi teringat pada Woo Bin. Sekali lagi dia merasakan seperti ada rama-rama yang berterbangan di dalam perut.

Rasanya lelaki itu cuma simpati dengan nasib dirinya. Bukankah dia rapat dengan gadis cantik seperti Dae Hee?

"Aku bukan nak menyibuk, Tapi rasanya lebih baik Mirna tidak ke majlis tu" Peter tiba-tiba muncul di sebelah King Kurf.

Mirna menunduk apabila memdengar kata-kata Peter. King Kurf mencekak pinggang.

"Kenapa pula? Macamlah kau tak pernah ke Royal Ball,"Marah King Kurf.

"Bukan itu masalahnya.Mirna memang tidak pernah ke majlis seperti itu. Lagipun, Bagaimana kalau terjadi apa-apa pada dia?" Balas Peter.

"Biar Mirna sendiri yang buat keputusan sama ada dia mahu pergi atau tidak. Lagipun dia sudah cukup kuat untuk menjaga diri sendiri" King Kurf tidak mahu kalah.

Kepala Mirna terteleng ke kiri dan kanan antara King Kurf dan Peter.

"Hah, Kata raja yang gagal mempertahankan pemerintahannya sendiri" Sindir Peter.

King Kurf melompat ke belakang sambil menghunuskan pedang yang tersisip di pinggangnya.

"Aku akan pancung kepala kau" Marah King Kurf.

"Dude, Aku dah matilah."

"Okay, Stop. Geez, Korang berdua ni dah macam mak dengan ayah yang bergaduh pula. Aku nak masuk tidur."

Mirna melipat selimutnya dengan gaun yang diberikan King Kurf secara ala kadar. Kedua kain tersebut dibawanya ke dalam dakapan.

"Anyway, Thanks for the gown. Aku ambil dulu gaun ni. Manalah tahu kalau-kalau aku ubah fikiran. Good night" Mirna mengambil sebuah piring yang berisi lilin sebelum berjalan keluar dari bilik itu.

Dia mahu ke biliknya yang terletak di kamar permaisuri. Dia suka bilik yang menghadap ke arah taman bunga itu sejak kali pertama datang ke istana ini.

Apabila hari siang pula, Cahaya matahari akan menerobos masuk melalui tingkap utama yang mempunyai balkoni.

King Kurf merapatkan kedua tangannya dan diletakkan ke dada. Sehelai tisu dikeluarkan lalu dilap di kedua-dua mata.

"Oh, Tak sabar tengok awak pakai gaun ni. Gosh, Anak saya dah besar." Kata King Kurf.

Peter mengerutkan dahi." Dia bukan anak kau"

King Kurf merapatkan bibir. Misai lentiknya ditarik dengan ibu jari dan jari telunjuk.

"Oh, Berlagak. Macamlah awak berani nak beritahu Mirna yang sebenarnya awak ayah dia"Ejek King Kurf sebelum memusingkan tubuh dan menghilang ke bawah lantai.

Peter tersentap. Itu sahaja yang sering dikatakan oleh King Kurf, Lelaki gemuk ini untuk menyakiti hatinya. Peter yang berseorangan kembali duduk di kerusi. Dia menyusun kembali beberapa buah buku yang berterabur di atas meja.

'Macamlah awak berani nak beritahu Mirna awak ayah dia'

Peter meraup rambut. Ejekan King Kurf itu bagaikan sebuah rakaman yang berputar di telinga Peter.

Sementara itu bunyi kilat yang sabung-menyabung di luar menyebabkan Mirna tidak dapat tidur. Puas sudah dia memejam celik matanya berulang kali. Namun kelopak matanya masih degil.

Mata Mirna melihat ke arah gaun yang digantung di tepi almari.

Royal ball?

Mirna teringat suatu peristiwa yang berlaku semasa usianya enam tahun. Waktu itu dia berada jauh dari tanah Fanglish ini.

        Tangisan kuat kedengaran daripada bahagian meja belakang yang menempatkan enam orang pelajar.

" Teacher!" Panggil tiga kanak-kanak perempuan manakala pelajar lelaki yang selebihnya memegang permainan masing-masing.

Teacher Rosie yang sedang membantu seorang kanak-kanak membuat lukisan menoleh ke meja belakang.

Tanpa menunggu lama dia mendapatkan anak kecil yang menangis tadi. Kanak-kanak perempuan itu dibawanya ke dalam pelukan beserta dengan kata-kata pujukan.

"Teacher, Mirna buat!" Seorang kanak-kanak perempuan yang memakai gaun kuning menuding jari ke arah Mirna.

Mirna sedang berdiri di berhampiran dinding. Kedua tangannya disembunyikan ke belakang.

"Hei, Kenapa ni? Berebut mainan ke? Kan banyak lagi lego kat sini" Pujuk Cikgu Rosie.

"Bukan teacher. Luciana nak patung tu, Tapi Mirna tak kasi" Kanak-kanak perempuan bergaun kuning tadi menjelaskan keadaan sebenar.

"Mirna, Kan teacher dah pesan. Kena main sekali. Mari sini teacher nak patung tu" 

Mirna menggeleng. Dia menjeling marah ke arah rakannya yang memecahkan rahsia kepada teacher.

Tiba-tiba sahaja kanak-kanak yang memakai gaun kuning itu terus menjerit lantas menangis kuat. Kakinya dihentak-hentak ke lantai sambil menggosok mata.

Teacher Rosie terus menjadi kelam-kabut.

"Teacher Ana. Boleh tolong saya!"

Seorang lagi guru tadika menghampiri untuk membantu. Teacher Rosie mendapatkan Mirna yang melekat di dinding.

"Mirna sayang, Anak yang baik suka berkongsi mainan. Mari, Bagi teacher patung tu. Kita main sekali dengan kawan-kawan" Pujuk Teacher Rosie.

Mirna mengecilkan mata sebelum mengeluarkan patungnya yang disorokkan kepada Teacher Rosie.

Mata Teacher Rosie terbeliak melihat patung pada tangan Mirna.

"Apa ni?" Tanya Teacher Rosie.

"Vodoo"



Mirna ketawa mengekek. Selepas peristiwa itu kedua ibu dan ayah angkatnya menghantar Mirna pulang ke rumah anak yatim.

Sepanjang hidup Mirna, Hampir 25 kali dia bertukar keluarga angkat. Semuanya tidak berkekalan. Hanya Peter sahaja yang setia bersamanya sehingga kini.

Jadi, Siapa yang mahu membawanya ke Royal's Ball? Mungkin lelaki gila agaknya yang sudi.

Tiba-tiba sahaja ketawa Mirna terhenti secara mendadak. Pantas dia bangun dari pembaringan dan menoleh ke pintu.

"Mirna!" Peter muncul secara tiba-tiba di hadapannya.

Mirna menyelak cape merah milik King Kurf ke tepi. "Saya tahu. Ada penceroboh"

Laci meja sisi dibuka lantas Mirna mengeluarkan sebatang kapur putih. Dia melukis bulatan di atas lantai dan melukis sigil untuk membuat summon spell.

Mirna meletakkan tangan di dalam bulatan selepas selesai melukis sigil. Satu cahaya putih yang menyilaukan mata muncul sebaik Mirma membuat summon spell.

Seorang Demon-warrior yang berbentuk seperti kambing perlahan-lahan muncul dari bulatan yang dilakukan oleh Mirna. Dua buah tanduk yang berukir di atas kepalanya dilengkapi dengan tiga pasang cincin emas. Manakala sepasang sayap kelawar milik Demon-warrior itu dikembangkan selebarnya.

Demon-warrior itu mengeluarkan asap melalui hidungnya yang juga ditindik dengan cincin emas. Demon-Warrior memeluk tubuh, Menampakkan otot sasa pada lengannya yang bersaiz lebih besar daripada kepala Mirna.

"Apa kau nak, Budak kecik?"


No comments:

Post a Comment

Mirna 9

"Here is the plan. Untuk mengaburkan mata orang ramai di sini, saya akan jadi ayah awak berdua. Kita datang ke sini untuk bercuti selep...