Tuesday 16 January 2018

Wicked Love 7

Shadow Knight menghabiskan air tin yang tinggal separuh. Mulutnya dikesat dengan belakang tapak tangan sebelum tin yang sudah kosong itu diletakkan ke atas lantai. Kakinya digoyang perlahan-lahan.

"Albert, Where are you friend?" Shadow Knight menguap besar. Sudah lama dia menantikan insan yang sedang diburu olehnya.

Kes wabak yang melanda di kawasan bandar kecil ini meyakinkan dia bahawa orang yang dicarinya berada di sekitar kawasan ini.

Tidak lama kemudian deria pandangan Shadow Knight menangkap sesuatu yang bergerak di kawasan timbunan sampah.

Dalam keadaan cahaya yang samar, Dia dapat mengagak gerangan makhluk yang sedang menyelongkar sisa bahan buangan di situ.

"Oh, Itupun kau"

Pantas Shadow Knight melompat turun tanpa bunyi dari satu bumbung ke satu bumbung yang lain. Kawasan setinggan yang dibina secara bertingkat-tingkat ini memudahkan Shadow Knight untuk mendapatkan Albeit.

"Aku ingat kucing liar yang buat sepah, Rupanya tikus gergasi." Shadow Knight berjalan perlahan menghampiri Albeit.

Albeit yang sedang tunduk, Perlahan-lahan berpaling ke belakang. Tulang ayam yang digonggong di dalam mulutnya terjatuh ke atas tanah.

Bulat matanya memandang Shadow Knight yang sedang berdiri tegak.

"Shadow Knight, My friend!" Albeit mengangkat tangan, Mahu memeluk Shadow Knight.

Tetapi langkahnya terhenti ketika Shadow Knight menghunuskan pedang.

"Friend my foot. Kenapa kau buat begitu?"

Albeit menggaru-garu pipi dengan kukunya yang tajam.

"Apa? Aku tak faham."

Shadow Knight mendengus. Dia sedar bukan mudah untuk pengikut Luther Fang mengkhianati lelaki itu.

"Di mana Luther Fang bersembunyi?" Tanya Shadow Knight, Enggan membuang masa melayan Albeit.

"Luther Fang? Lut....ah, yes. Dark Master" Albeit ketawa namun suaranya kedengaran seperti coyote.

"Your master, Not mine." Tegas Shadow Knight.

"Yea he will. Dia akan jadi master untuk semua magician tak lama lagi. No! Raja di dunia magic ni," Albeit ketawa mengekek.

"Kenapa kau pilih jalan ni, Albeit?"

"Shhhhh, Diam! Kau tak faham Shadow Knight. Kau tahu kenapa Dark Master tak boleh dibunuh? Sebab Dark Master, Dia kebal dan dia boleh berikan kita kehidupan yang abadi."
Albeit menyeringai suka.

"Jadi sebab tu kau sanggup bunuh ramai orang? Semata-mata untuk dapatkan kehidupan yang abadi?"

"Puff, Orang-orang yang mati tu cuma menyemak je. Mereka manusia-manusia normal yang sekadar merempat di dunia magic ni. Lagipun, No sacrifice no victory" Albeit ketawa lagi.

Shadow Knight menahan amarah dan kesedihan yang mula bercampur aduk.

"Aku tak faham Albeit, Apa sebenarnya yang dah jadi pada kau."

"Join me Shadow Knight. Kau akan faham selepas melihat kuasa Dark Master. Dia boleh berikan kau kuasa yang jauh lebih hebat daripada sekarang ni"

"Macam kau? Bila kali terakhir kau tengok diri sendiri di dalam cermin Albeit? Inilah yang kau maksudkan dengan kehidupan abadi? Kau sedar tak dia dah tukar kau jadi tikus gergasi?!"

Albeit menderam. Dia semakin laju menggaru-garu badannya.

"Kuasa Dark Master masih belum pulih sepenuhnya. Dia perlukan lebih banyak nyawa, Lebih banyak perngorbanan!"

Shadow Knight mengangkat pedang ke muka Albeit.

"Dan aku akan halang dia walaupun aku perlu membunuh atau terbunuh."

Albeit mendesis, Marah. Biji matanya yang hitam bertukar menjadi merah.

"Baiklah, Kawan!"

Berpuluh ekor tikus mondok sebesar saiz kucing melompat keluar dari timbunan sampah.

Shadow Knight menghayunkan pedangnya, Membunuh gerombolan tikus yang cuba mencakar dan menggigit. Serangan yang bertalu-talu membuatkan dia terdorong ke belakang.

Shadow melompat naik ke atas sebuah bumbung yang berdekatan. Tikus-tikus mondok yang berkeliaran di bawah melompat-lompat, Cuba mendapatkannya.

Dalam kekalutan, Albeit telah menghilang kan diri. Shadow Knight mengeluh geram.

Aku akan dapatkan kau nanti Albeit, Janji Shadow Knight kepada dirinya sendiri.

"Hey, Siapa di sana?"

Suara orang awam yang menghuni penempatan ini mengejutkan Shadow Knight. Pastinya bunyi bising yang dihasilkan oleh Tikus belaan Albeit ini menarik perhatian mereka.

Shadow Knight membuka tapak tangan. Tiga gelombang bewarna biru muncul di udara sebelum dia membalingnya ke bawah.

Cahaya biru menerangi suasana untuk sesaat sebelum segalanya menjadi sepi. Tikus belaan Albeit mencair, Meninggalkan tompokan darah di serata tempat.
Shadow Knight melompat ke atas, Menyembunyikan diri daripada dilihat orang ramai.

"Arrhhh!" Dia memegang lengannya yang terasa kebas.

Kesan cakar berbentuk tiga garisan lurus menyedarkan Shadow Knight bahawa dia telah digigit dalam serangan tadi.

Pandangannya mula terasa kabur sebelum segalanya menjadi kelam.

***

Siapa tahu teleportation spell?

Invisible spell?

Sebab aku betul-betul ingin menghilang kan diri di saat ini.

Renungan Ice yang terarah kepadaku membuatkan aku seolah-olah tidak berpijak di lantai.
Dahi Ice berkerut melihatku membuatkan aku semakin gabra.

Tapi, Dia tidak mungkin akan ingat tentang aku kan?

"Ice, Ini baki ahli kumpulan netball akademi saya. Priya, Angel, Mirna Dan Snow" Mama memperkenalkan kami seorang demi seorang.

Ice sekadar menganggukkan kepala kepada kami sebagai tanda hormat.

"Hello. Maaf sebab saya lambat bertemu dengan awak semua." Suara Ice masih kedengaran sama seperti dahulu.

Hanya yang berbeza ialah parut kekal yang kini terukir di dahinya itu.

"Its fine" Priya membuat tanda okay.

"I remember both of you. Awak berdua ada bersama-sama saya semasa serangan hari tu." Ice menunjuk ke arah Angel dan Mirna.

Mereka tersipu-sipu malu mendengarkan kata-kata yang keluar daripada mulut Ice.

"Are you a fairy, Miss?" Ice menyoal Angel.

"Angel actually. Guardian Angel selepas saya habis belajar nanti." Terang Angel.

"Ada Angel di Whisper Hollow? Pasti besar tanggungjawab awak untuk menjaga mereka semua, Madam" Kata Ice membuatkan Angel ketawa kecil.

"You have no idea, Ice. Anyway awak boleh lihat sendiri even manusia normal boleh berjaya di akademi saya. LContohnya seperti Snow" Mama memberitahu Ice.

Aku menelan liur apabila Ice melihat aku dengan pandangan tajam.

"Snow, Sedap nama tu." Puji Ice.

Yeah, Awak dah cakap benda tu lima tahun lepas, Ice. Tapi, Mana mungkin awak akan ingat.

Aku menahan rasa sebak yang mula hadir di dada.

"Kita pernah jumpa ke sebelum ni, Miss?"

Soalan Ice membuatkan jantungku semakin berdebar.

"Tak" Kataku dengan pantas.

Ice tidak memberi reaksi. Hanya merenung ke arah aku.

"Madam dah jumpa kawan-kawan kami yang lain?" Tanya Mirna.

Aku menarik nafas lega dengan pertanyaan Priya. Sekurangnya kini perhatian Ice beralih daripada berterusan merenungku.

"Yes dan awak berempat adalah pelajar terakhir yang saya belum jumpa. Anyway,
Apa awak semua buat?" Suara Mama kurasa bagaikan angin lalu.

"Assignment Proffesor Alexander. Dia cuti sebulan." Terang Priya.

"Ouh, That's good. Saya gembira awak semua komited dalam pelajaran."
Mama mengalihkan pandangan ke arah aku.
"Snow, Awak okay?"

"Huh? Okay ma....madam," Aku mengangguk laju.

"Madam datang tiba-tiba, Buat kami terkejut." Kata Angel bagaikan memahami perasaan aku sekarang ini.

Mama tersenyum mendengarkan kata-kata Angel.

"Well, forgive me about that. Anyway, Saya akan berada di sini untuk beberapa hari lagi." Beritahu mama.

"What for?" Soalan itu meluncur laju sebelum sempat aku menapis mulut.

Semua orang menjatuhkan pandangan ke arah aku. Aku terdiam, mengutuk diri sendiri di dalam hati.

"Alright Ladies, Continue with your work."
Mama memberi isyarat untuk berlalu.

"Ladies," Ice dan Damian mengangguk kepada kami sebelum berlalu pergi bersama mama.

Priya, Mirna dan Angel menjerit kecil.

"What is that?" Tanya Mirna dengan wajah tidak percaya.

"Dia ingat kita" Angel memegang pipinya dengan wajah teruja.

"Untunglah" Kata Priya.

Aku menarik nafas dalam-dalam. Rasanya aku harus ke bilik Rehat dan Rawat.

No comments:

Post a Comment

Mirna 9

"Here is the plan. Untuk mengaburkan mata orang ramai di sini, saya akan jadi ayah awak berdua. Kita datang ke sini untuk bercuti selep...