Sunday 24 June 2018

Wicked Love 27

Snow dan Ice berdiri di tepi sebuah bangunan dua tingkat. Beberapa orang yang mengenali mereka berdua menyapa dengan ala kadar sebelum meneruskan hal yang sedang dilakukan.

Kawasan pasar yang menjadi pusat utama pekan ini menjadi destinasi pertama mereka sebelum ke ladang Encik Henderson. Hal itupun diketahui oleh Ice selepas dia menyoal gadis itu.

Dan seperti biasa. Snow kembali sepi.  Menoleh ke arahnya juga tidak sudi dilakukan oleh gadis itu.  Ice hairan,  Kenapa Snow seakan melarikan diri darinya?

Sedang Ice termangu begitu,  Sebuah cart berhenti di hadapannya. Ice mendongak sedikit,  membalas senyuman seorang lelki tua yang duduk di bahagian hadapan cart tersebut.  Di bahagian tengah cart pula diletakkan jerami padi berwarna kekuningan.

" Selamat petang Snow, Mahu ke mana? " Soal lelaki tua itu.

" Saya nak ke ladang Encik Henderson." Beritahu Snow dengan senyuman lebar.

Ice mengerutkan dahi.  Sah,  Snow memang tidak suka padanya.  Gadis itu tidak pernah memberikan senyuman seperti itu kepadanya. Dan dia akan mengorek puncanya daripada Snow.

Lelaki tua itu membetulkan topi koboi yang dipakai di atas kepala.

" Jadi,  Awak berdua dah ada transport? " Tanya lelaki tua itu lagi.

Snow menggeleng. " Belum pak cik. "

" Kalau macam tu naiklah.  Pak Cik boleh tumpangkan. "

Tanpa banyak soal Snow bersetuju sebelum mengajak Ice duduk bersamanya di bahagian belakang cart.  Lelaki tua itu menepuk belakang badan kudanya,  mengisyaratkan agar binatang itu menarik cart ke hadapan.

Ice sedikit kekok.  Ini adalah pengalaman pertamanya menaiki cart sambil bersandar pada jerami padi.

Sambil ditemani seorang gadis.

Snow yang rancak berbual dengan pak cik tua itu dikerling dengan ekor mata Ice.  Dia tidak mahu mengganggu perbualan mereka. Akhirnya dia ralit memerhatikan kawasan pasar yang semakin jauh ditinggalkan.

Jika difikirkan,  hari ini juga merupakan pengalaman pertamanya masuk ke kawasan pedalaman Greenland. Oleh itu,  rasa takut dan gembira bersatu di dalam hati Ice.


          Perjalanan mereka dilatari dengan kawasan hutan yang mendamaikan. Cahaya matahari  mencuri masuk antara deretan pokok Mjosi yang berdiri rapat-rapat.  Ice menarik nafas dalam-dalam.  Menghirup udara bersih yang tidak mungkin dapat dirasai di Iceland.

"Snowdrop! " Tetiba sahaja Snow menjerit kecil.

Ice melihat arah yang dilihat oleh Snow.  Nun di bawah jajaran pokok Mjusi itu terdapatnya kelompok bunga berwarna putih. Jika dilihat dari jauh kelihatan seperti permaidani putih.



Snowdrop dan Snow.  Macam tak jauh beza,  fikir Ice.

" I see.  Dari situ ke kau dapat nama kau? " Soal Ice.

Snow menoleh ke arah Ice. Terlupa pula di dengan kehadiran lelaki itu di sebelah.  Selalunya di akan mengembara seorang diri ke ladang Encik Henderson yang sejauh dua jam perjalanan itu.

" Urm, ya. My mum yang kasi. "

" Cool. Jarang dah sekarang ada nama anak gadis sempena nama bunga."

Snow merenung tangannya yang diletakkan di atas peha. Ice yang separa berbaring membetulkan kedudukan.  Dia duduk tegak dengan melunjurkan kaki ke bawah seperti Snow.

Dia perasan Snow menjadi kaku.  Adakah dia sangat menakutkan bagi Snow?

" Kenapa mama kau pilih untuk beri nama kau Snowdrop? kenapa bukan bunga lain? "
Ice tiba-tiba menjadi busybody.

Dia tidak akan membiarkan peluang berduaan dengan Snow pergi dengan sia-sia.  Dia mahu berkawan dengan Snow.  Dia mahu Snow selesa dengannya seperti rakan sekerja yang lain.

Lagipun,  bukankah mereka berjiran?  Sudah tiga bulan dia di sini tapi boleh dikira berapa kali Snow berbual dengannya.

" Urm.. Snowdrop adalah bunga pertama yang akan mekar selepas musim salji.  Saiznya kecil sahaja,  tapi bunga ni akan berusaha untuk keluar dari timbunan salji dan tumbuh mekar di atasnya. Macam saya" Kata Snow dengan suara perlahan.

" Wow, " Ice mengangguk.  Jelas rasa kagum di wajahnya.

Tapi,  Snow memang kecil dan pendek.
Dia agak Snow lahir sejurus selepas musim sejuk berakhir. Sebab itu tak cukup zat.

" Awak tahu tak Snowdrop means luck? " Snow bersemangat menceritakan perihal bunga Snowdrop kepada Ice.

"Luck? "

" Ada mitos mengatakan bunga Snowdrop boleh menghalang kuasa Dark Magic"

" Aku tak perlukan mitos. I am Lucky  Charm" Ice mengenyit mata kepada Snow.

Snow cepat-cepat berpaling ke arah Snowdrop yang melatari lorong jalan di bahagian kanan. Pipinya terasa panas.

" Kau blushing ke? " Tanya Ice.  Ada nada ketawa di dalam suaranya.

" Did not! " Marah Snow.

Ice ketawa dengan gelagat Snow.  Dia memerhatikan Snow yang masih membelakanginya,  menyembunyikan wajah.

Ice kembali merebahkan badan di atas jerami padi tanpa mengalihkan mata daripada Snow.

Macam seronok pula dia mengusik gadis ni.  Patutkah dia melakukannya selalu?

" Aku dapat nama sempena winter." Beritahu Ice.

Perlahan-lahan Snow memusingkan kepala ke belakang. Rambut hitamnya yang lurus bergerak-gerak mengikut angin.

" Kau lahir masa winter? "

" Taklah.  My mum conceive me during winter " Ice ketawa lagi.

Snow membuat muka dan menggelengkan kepala.  Dia dah tahu Ice ini sama sahaja seperti pemuda yang lain.  Suka main-main ketika bercakap.

" Hey,  kau asal mana?  family kau tak kisah ke kau duduk jauh ni? " Ice mengetuk bahu Snow dengan menggunakan sehelai jerami padi.

" Aku anak yatim" Dingin Snow menjawab.

Ice terdiam.  Dia tidak menyangka pula akan jawapan Snow.

" Kita sama, " Jawab Ice pula.

" What?  really?" Snow tidak percaya.

" Yup. Sebab tu aku datang sini.  Cari kehidupan baru. "

" Kau tak ada saudara lain? " Snow ingin tahu.

" Nope. Kau? "

" None"

Snow dan Ice sama-sama ketawa.  Rupanya terdapat banyak persamaan antara mereka.

Perbualan mereka berpanjangan sehingga ke ladang Encik  Henderson. Tiada sesiapa dapat menyangka pengembaraan pendek yang tidak dirancang ini membuahkan satu pertalian yang terjalin antara mereka berdua.

***

" Mrs. Mona" Kepala Maria terjenguk di sebalik pintu.

Seperti Maria,  Mrs. Mona juga sedang bersiap-siap untuk pulang.  Di luar,  hujan lebat sedang melanda pekan mereka. Awan juga hitam pekat,  menandakan hujan tidak akan berhenti sehingga esok.

" Yes? " Mrs. Mona mengangkat wajah.

" Snow dengan Ice, kesian mereka berdua terperangkap di sana.  Rasanya mereka tak boleh balik. "

Mrs. Mona ketawa sambil menyarung jaket luarnya yang bewarna hitam dan labuh sehingga ke lutut.

" Don't worry child.  Mereka dah besar"

Maria memeluk tubuh. Merenung Mrs. Maria dengan pandangan ingin tahu.

" Tell me Mrs. Mona.  Ma'am rancang semua ni,  kan? "Teka Maria.

" Huh,  Kenapa awak cakap begitu? "

" Sebab ma'am dah prepare jaket dengan payung awal-awal. Jadi ma'am dah tahu yang petang ni akan hujan.  Tapi,  kenapa ma'am hantar juga Ice dan Snow ke sana? " Maria meminta penjelasan.

Mrs. Mona tersenyum. " Don't blame me.  Ice sendiri yang minta nak ikut Snow ke ladang Encik Henderson."

Mulut Maria terbuka luas.  " Serius? "

Mrs. Mona mengangguk. " Dia minta tangguh ke ladang tu sampai giliran Snow untuk periksa bekalan. Dia nak pergi sana dengan Snow"

" Eh,  kenapa? " Soal Maria.

Mrs. Mona mengambil frame gambar arwah suaminya yang diletakkan di atas meja. Sekilas rasa pedih menahan rindu terdetik di dalm hati.

Arwah suaminya telah meninggal lebih sepuluh tahun dahulu.  Namun rasa kasih dan cinta terhadap lelaki itu tidak pernah pudar.

" Bila awak dah sampai usia saya,  awak akan faham Maria. " Kata Mrs. Mona.

" Maksud ma'am? " Maria tidak mengerti.

Mrs. Mona meletakkan semula frame gambar arwah suaminya ke atas meja.
" Ice, too stubborn untuk sedar tentang dirinya sendiri. Snow pula pemalu sangat dan penuh misteri. Tapi siapalah yang boleh menidakkan takdir. Let's just hope all the best untuk mereka berdua " Akhiri Mrs. Mona.

Wicked Love 26




                           Marit as Snow

Dengan malas Ice berjalan ke arah pintu bilik kabin sewanya. Dia mengintai dari lubang kaca sebelum membuka pintu. Tergaris senyuman di bibir Ice sewaktu melihat tetamu yang ditunggunya sejak tadi sudah memunculkan diri.

"Gosh, tak boleh ke kau buka pintu cepat sikit,"Gerutu Whisper.

Tanpa dipelawa dia menjemput dirinya sendiri untuk masuk ke dalam kabin Ice.
Kakinya melangkah laju ke sofa berbentuk L sebelum merebahkan tubuh di situ.

Ice menjenguk ke luar, memastikan tiada sesiapa yang mengekori Whisper sebelum menutup pintu. Sekadar berhati-hati bimbang jika ada mata-mata yang mengekori kedatangan Whisper ke sini. Meskipun dia pasti bahawa tidak semudah itu Whisper akan membenarkan dirinya diekori.

"Kau bawa barang aku?"Tanya Ice mengambil tempat di sofa berhadapan dengan Whisper.

Gadis berkelubung hitam itu menyeluk beg tangan kecil berbentuk bulat. Sebuah gumpalan kain yang saiznya lebih besar daripada beg kecil tadi dikeluarkan.

"Stok untuk setengah tahun terus. Aku tak nak ambik risiko selalu datang ke sini" Whisper menghulurkan gumpalan kain tadi kepada Ice.

Dengan cermat Ice menggapai gumpalan kain yang dihulur oleh Whisper. Saat gumpalan tersebut dibuka, berpuluh botol glamour potion terpancar di mata Ice. Sambil tersenyum dia meletakkan gumpalan kain tersebut di atas meja ruang tamu.

"Kau nak minum?" Pelawa Ice sambil melangkah ke bahagian dapur.

Dia perlu meneguk glamour potion yang dibawa oleh Whisper. Tetapi sebelum itu dia mahu mendapatkan minuman ringan terlebih dahulu.

"No thanks. Hey, Sepanjang kau duduk sini,  Ada tak kau rasa apa-apa yang pelik? " Whisper memusingkan badan, Melontarkan pandangan pada Ice yang ingin membuka pintu peti beku.

"Such as? "Ice menoleh sekilas ke arah Whisper sebelum mengambil sebuah tin minuman ringan.

Dia menutup pintu peti sebelum membuka penutup air tin. Whisper mengetuk-ngetuk jari di atas sofa.

"Aku rasa sesuatu setiap kali datang ke sini. Feeling magical"

Ice meneguk minuman sebelum menjawab soalan Whisper. Kakinya dibawa melangkah kembali ke sofa berhadapan dengan Whisper.

"I don't think so.  Aku pasti akan rasa kalau ada witch lain di sini." Jawab Ice.

Yeah, sama macam mereka takkan dapat agak ada putera raja yang tinggal di tempat macam ni, desis Whisper.

Dia tahu identiti sebenar Ice sejak pertama kali lelaki itu menemuinya di kedai P'tion tempoh hari.

Tetapi dia mahu merahsiakan perkara ini.  Lagipun,  dia bukannya peminat kepada keluarga diraja Iceland. Sekali-sekala melihat reputasi mereka tercalar agak seronok juga.

Ice kembali ke tempat duduknya tadi dengan sebuah tin minuman. Whisper menarik kelubung kepalanya yang menutupi separuh wajah ke belakang.
Kakinya yang terjulur di atas sofa digerakkan ke kiri dan kanan.

"Apa maksud kau tadi tak boleh datang sini selalu? " Ice menyoal soalan yang ingin ditanya olehnya sejak tadi.

"Kau tak dengar apa-apa? "Tanya Whisper kembali.

"Dengar apa? "

Reaksi Ice menunjukkan dia benar-benar tidak tahu.  Atau tidak ambil peduli. 

"Well,  cuma ada beberapa orang witch yang dipanggil oleh penguasa undang-undang.  Especially,  mereka yang mempunyai rekod dalam amalan dark magic. Dan aku kena keep myself as low profile. Manalah tahu ada penguasa undang-undang yang ikut gerak-geri aku. Habislah aku kalau mereka tahu aku buat glamour potion untuk kau "

Whisper memerhatikan gerak-geri Ice.  Lelaki itu yang sedang meneguk air tin kaku seketika. Kemudian kelihatan tekak Ice bergerak,  Menolak air yang tersekat di kerongkong.

" Kenapa? " Ice tidak senang hati mendengar berit yang disampaikan oleh Whisper.

" Just chatting. " Whisper menjulingkan mata ke atas.  " Takkan kau tak faham.  Mesti ada sesuatu yang besar sedang berlaku. Sesuatu yang tak mungkin akan diberitahu kepada rakyat biasa seperti kita"

" Apa maklumat yang kau dapat? " Bagaikan mengerti Ice menyoal Whisper.

Whisper tersengih.  " Daripada maklumat yang aku terima,  Putera Mahkota Iceland hilang dari istana. "

Dup!

Jantung Ice berdegup laju.  Nmun Ice masih bersikap tenang seolah berita itu tidak memberi kesan di dalam hidupnya. Tetapi dia masih tidak mengerti kaitan kehilangan putera tersebut,  yakni dirinya dengan ahli sihir yang mengamalkan dark magic.

Dan dia juga tidak pernah terfikir perkara seperti ini akan berlaku. 

" Kenapa mereka disoal? " Ice menyoal Whisper.

" Siapalah yang tahu punca kehilangan putera tersebut.  Mungkin juga dia diculik dari istana.  And you know about Iceland people. Terutamanya keluarga diraja mereka. Mereka syak golongan tu dah culik putera raja untuk mulakan pemberontakan. So snob! "

Ice tersentak dengan ayat Whisper.  Telinganya panas juga mendengar kata-kata hinaan Whisper.

Tapi betullah seperti yang dikatakan oleh gadis itu.  Rakyat Iceland memang tidak mesra dengan orang dari negara luar.  Apatah lagi keluarga diraja.

" Nonsense. Kenapa pula perlu kaitkan dengan golongan tersebut. Perkara ini boleh timbulkan rasa tidak puas hati dari pengamal Dark Magic" Ice menggelengkan kepala.

Dia mula terasa serba-salah. Tapi sebelum meninggalkan istana dia sudah menjelaskan di dalam sepucuk surat yang ditinggalkan untuk ibunya,  Permaisuri Caroline. Bahawasanya dia sendiri yang ingin meninggalkan istana dan mengembara.

Dia tidak mahu memimpin sebuah kerajaan.  Dia mahukan kehidupan yang normal seperti rakyat kebanyakan.

" Kau tak tahu apa-apa pasal kisah silam antara golongan Dark Magic dengan kerabat diraja Iceland,  Don't you? " Teka Whisper.

" Sejarah? sejarah apa? " Soal Ice kembali.

Whisper mengunci mulut. Pertanyaan Ice tidak akan dijawab olehnya. Jika Ice ingin tahu, Dia bukanlah orang yang tepat untuk menceritakannya kepada Ice.

" Soon you will know. " Whisper memasang kembali kelubung kepala.

" Hei, Ceritalah,"Gesa Ice.

" Nope. Sekarang kita dah adil. Kau pun bukannya nak beritahu aku tentang macam mana kau boleh tahu identiti aku, kan? " Whisper melungsur turun dari sofa.

Ice yang mengerti isyarat Whisper turut bangun dari tempat duduk.  Dia mahu menghantar pemergian Whisper.

Whisper memang tidak akan berlama-lama setiap kali beliau datang ke sini.

"Thanks for the potion." Ice membukakan pintu untuk Whisper.

" Jangan lupa minum potion tu.  Dan jangan bazirkan. Setiap titik potion tu adalah usaha titik peluh aku" Whisper memberi pesanan.

Baru setapak melangkah keluar,  Whisper tercegat melihat sepasang tubuh yang sedang berdiri di pintu kabin bertentangan dengan kabin Ice.

Seorang gadis belasan tahun sedang membuka pintu kabin tersebut. Dia kelihatan terkejut melihat kehadiran Whisper di situ.

Ice yang berdiri di belakang Whisper turut merenung ke arah gadis yang sama.  Mata gadis itu terkebil-kebil, sebelum kedua pipinya merona merah.

Dengan kelam-kabut dia melebarkan daun pintu, dan melangkah masuk ke dalam kabinnya.

Tum!

Kuat kedengaran pintu dihentak olehnya. Gaya gadis itu seperti dia dikejar hantu.

"Weird" Whisper mengangkat kaki selepas mengucapkan kata-kata itu.

Tanpa pamitan untuk Ice,  Dia berlenggang pergi meninggalkan kabin Ice. Sementara itu,  Ice masih berdiri di muka pintu. 

Matanya tajam memerhatikan kabin hadapannya.  Dia pasti jirannya itu sudah salah faham dengan kedatangan Whisper.  Terutamanya pada waktu lewat malam begini.

Dan tidak tahulah kenapa,  Tapi hati Ice menjadi tidak tenang memikirkan tentang hal itu.

***

" Can I take your order? "

Hari ini sama sahaja seperti hari-hari biasa di Cafe House.  Ramai pelanggan yang terdiri daripada anak gadis muda akan datang untuk melihat Ice daripada menempah minuman.

Note the sarcasm.

" Wait, Kenapa Ice tak ambil pesanan? " Tanya gafis muda yang sedang dilayan oleh Snow.

Uniform yang dipakai olehnya serta tiga orang rakannya menandakan mereka adalah pelajar sekolah tinggi.

"Dia kena syif di belakang, " Jawab Snow dengan malas namun masih mempamerkan senyuman.

Ya,  Haruslah dia memberikan senyuman atau di akan hilang pekerjaan.  Dan selepas itu ke mana harus dia pergi?

Pulang ke rumah? 

" Tapi kami nak dia ambilkan pesanan, " Jawab gadis tersebut dan dipersetujui oleh rakan-rakannya.

Snow menggenggam pen di tangan.  Kalau diikutkan hatinya mahu sahaja dia mencucukkan pen tersebut ke kepala gadis muda di hadapannya ini.

" Kalau macam tu, Kena tunggulah sampai giliran dia ambil pesanan" Beritahu Snow.

Gadis muda tersebut mempamerkan senyuman ceria manakala rakan-rakannya menjerit kesukaan.

" Kalau macam tu,  Bila giliran Ice ambil pesanan? " Tanya mereka.

When hell freeze. Snow ketawa dalam hati.

" I'm not sure.  So,  order? "

Kesudahannya mereka tidak membuat apa-apa pesanan membuatkan Snow dengan pasrah melangkah kembali ke arah meja kaunter. 

Maria,  Rakan sekerjanya mengulas senyuman untuk Snow. Dari tingkap restoran pun mereka dapat melihat beberapa orang gadis muda terjenguk-jenguk menunggu kelibat Ice.

Tetapi kemunculan mereka selalunya tidak lama pada waktu tengah hari Kerana mereka hanya ke sini pada waktu rehat.  Dan kemudiannya kembali semula ke sini pada waktu petang selepas tamat kelas.

" What is so special about him? " Sambil memangku dagu dengan tangan kanan,  Snow mengerling gadis -gadis muda di luar.

" Diakan lucky charm ibarat kata Puan Mona.  Sejak dia datang kerja sini,  cafe ni dah jadi meriah" Jawab Maria.

Snow menjelir lidah. Geli usus mendengar perkataan lucky charm.

" Sejak bila kau jadi team Ice ni? "

" Sejak cafe ni untung berganda-ganda sampai aku pun dapat bonus"

Snow mendengus menyampah. Namun,  Di mengerti betapa bonus yang diterima Maria amat bermakna bagi gadis itu.  Maria berasal daripada keluarga miskin. Beliau terpaksa melupakan persekolahan untuk
bekerja dan membantu keluarga.

Sementara dia pula,  memerlukan wang untuk menampung hidup selepas lari dari rumah.  Tetapi sudah tentu perkara ini dirahsiakan oleh Snow. Walaupun daripada Maria.

" Lucky untuk Puan Mona,  Tapi belum tentu untuk mereka" Kata Snow.

" Kenapa kau cakap macam tu? " Maria mengerutkan dahi.

" Semalam aku nampak ada perempuan keluar dari kabin dia"

Pak!

Lengan Snow ditampar perlahan oleh Maria. Snow mengecilkan mata,  Geram apabila ditampar oleh Maria.

" Mulut tu,  Jangan buat cerita. " Marah Maria.

" Apa pulak?  Betullah aku cakap.  Semalam aku nampak dengan mata kepala aku sendiri" Beria Snow bercerita.

" Mungkin kenalan dia. Aku tak percayalah di macam tu" Maria menggeleng.

Snow menarik muncung.  Sejak mendapat bonus ni,  Makin kuat pula sokongan Maria pada Ice.

" Yalah,  Ice tu pekerja terbaik,  rajin,  hensem, lucky charm.  Aku ni siapa je" Ujar Snow seakan merajuk.

" Ala... comelnya" Maria menarik pipi Snow.

Dia tidak faham dengan sikap Snow.  Sejak Ice bekerja di Cafe House,  Ada sahaja yang dia tidak puas hati dengan Ice.  Malah,  Snow juga kerap melarikan diri daripada berbual-bual dengan lelaki itu.

Maria sedar Snow sukar menerima orang baru,  Tapi dia tidak nampak kesalahan Ice.  Kecuali wajahnya yang agak kacak sehingga menarik perhatian para gadis.

Kalau bukan kerana dia sudah mempunyai teman lelaki,  pasti dia akan cuba untuk mencuri hati lelaki tu. Namun apakan daya,  hatinya sendiri sudah dicuri.

" Snow, " Puan Mona,  Pemilik Cafe House yang berbadan gempal itu berjalan ke arah Maria dan Snow.

Maria melepaskan pipi Snow dan ketawa apabila pipi rakannya itu memerah.

" Yes ma'am?" Tanya Snow sambil menggosok pipi.

"Saya perlukan bantuan awak untuk jumpa Encik Handerson. You know,  as usual. Periksa bekalan kita sebelum dia hantar ke sini" Puan Mona menghulurkan sehelai kertas kepada Snow.

" Okay,  Will do ma'am" Angguk Snow.

Sepanjang bekerja di cafe house,  Dia tidak pernah menolak apa-apa arahan Puan Mona.  Lagipun,  Puan Mona adalah bos yang paling best pernah dia ada.

" Saya minta Ice ikut sekali dengan Snow. Nanti Snow ajar dia macam mana nak tengok bekalan. Okay?  " Kata Puan Mona sambil memegang bahu Snow.

Come again.  Pergi dengan Ice?

For real?

" Berdua je? " Snow menegakkan dua jari.

" Ya.  Buat apa ramai-ramai." Jawab Puan Mona.

Snow ternganga.

Oh no...

Mirna 9

"Here is the plan. Untuk mengaburkan mata orang ramai di sini, saya akan jadi ayah awak berdua. Kita datang ke sini untuk bercuti selep...