Sunday 14 January 2018

Wicked Love 4

Angel bersandar di dinding sambil melirik jam di tangan. Snow terlambat dari waktu yang dijanjikan. Mereka sepatutnya bertemu sepuluh minit yang lepas sebelum masuk ke kelas.

Dan kini hanya tinggal sepuluh minit sebelum kelas bermula. Angel semakin resah menunggu Snow.

Dalam diam Angel tidak sedar dia sedang diperhatikan. Damian tersengih melihat Angel.

Pun begitu hatinya senang. Sudah beberapa hari dia tidak dapat melihat Angel disebabkan kerjanya yang bertimbun.

Sekarang lidahnya semakin gatal-gatal mahu mengganggu ketenteraman si gadis.

"Hai Angel" Tegur Damian.

Angel menoleh ke arah Damian. Lelaki itu yang segak bersut hitam, berjalan menghampiri dengan senyuman lebar.

Oh great. Here come disaster, desis hati Angel.

"Apa kau nak?"

"Can I borrow your phone? I wanna call god and tell him I've found his missing Angel"
Damian menyandarkan bahu kirinya ke dinding.

"Apa kata aku hantar kau jumpa god terus?" Tanya Angel sarkastik.

Damian membulatkan mata, terkejut dengan ugutan Angel sebelum ketawa besar. Sepanjang hidup inilah pertama kalinya dia menerima ugutan maut daripada seorang gadis.

Cheeky, Tapi dia suka. Kenapalah dia lambat bertemu dengan Angel dulu?

Mengenangkan tentang itu membuatkan hati Damian bagai ditusuk sesuatu.

"Angel, saya cuma nak kenal awak. Don't have to be so hard on me."

"Yeah, well saya tak berminat" Angel mendengus.

"Kenapa?"

Angel memejamkan mata. Geram.
"Kau tak ada kerja lain ke nak buat?"

"Saya tengah kerjalah ni. I'm working myself on you" Bisik Damian.

Angel menjulingkan mata ke atas sebelum mengorak langkah ke perpustakaan. Dasar lelaki playboy. Damian mengikut langkah Angel.

"By the way, hari ni bos saya Presiden Ice akan kembali dari cuti." Beritahu Damian.

"So?"

"Jangan jatuh cinta pada dia, please"

Langkah Angel spontan terhenti. Dia mahu marah, tetapi entah mengapa dia tertawa lucu. Tidak menyangka ayat seperti itu akan keluar dari mulut Damian.

Damian kaku. Pertama kali dia melihat Angel ketawa kerana gurauannya.

"You are so unbelievable." Kata Angel setelah tawanya reda.

"Saya serius. Ramai perempuan di sini yang jatuh hati pada dia walaupun sebenarnya saya lelaki paling kacak di sini. I just dont get it."

"Oh god," Angel menggelengkan kepala, pening dengan perangai lelaki di hadapannya ini.

Dia melihat sekeliling. Beberapa orang pelajar yang lalu-lalang di situ sudah mula berbisik-bisik sambil menjeling ke arah mereka.

Angel menarik nafas dalam-dalam.
"Look here, Damian"

"Yes, my Angel" Damian mendekatkan jarak mereka, membuatkan Angel terkejut.

"Erm, please stop all this thing. Jangan ikut aku, jangan kacau aku. Just leave me alone!"

Damian tidak memberi reaksi. Hanya berdiri kaku merenung wajah Angel. Untuk beberapa minit mereka dalam keadaan begitu.

Angel terasa pipinya panas.

Kebas.

Dan tiba-tiba dia menjadi malu.

"No," Jawab Damian. Sebuah senyuman dihadiahkan kepada Angel.

Angel menuding jari telunjuknya ke arah Damian. Juling biji mata Damian melihat jari Angel.

"This is my last warning Damian. Jangan ganggu saya. Faham!" Angel mendengus geram sebelum berlari ke arah balkoni.

Dia memanjat tiang pagar sebelum melompat ke bawah membuatkan jantung Damian bagai ingin terkeluar dari soket. Dia dan beberapa orang pelajar yang ada di situ segera berlari ke balkoni.

Angel menampan kaki di dinding sebelum melonjakkan badan masuk ke balkoni di tingkat bawah.

Damian terkedu kagum, apatah lagi melihatkan syarat loser yang dilemparkan oleh Angel sebelum gadis itu menghilang.

Damian tersenyum lagi. Angel, what you have done to me?

***

Ice menutup pintu kereta sebelum berjalan ke arah pintu masuk bangunan pentadbiran. Semalam dia baru sampai ke apartmen dan hari ini dia sudah kembali ke akademi.

Dia tidak betah untuk tinggal di rumah. Sekurangnya dengan bekerja akan melarikan fikirannya daripada perasaan misteri yang membelenggu di hati.

Kawasan meletakkan kenderaan untuk VIP lengang tanpa seorang individu pun, termasuk di bahagian pintu masuk.

Berkerut dahi Ice. Di mana pengawal?

"Mereka sedang tidur," Kata satu suara di belakang Ice.

Ice berpaling ke belakang. Seorang wanita berpakaian gaun hitam ala-ala aristokrat sedang tersengih ke arahnya.

Wanita itu memegang seekor kucing hutan berbulu kuning kelabu.

                     

Ice menggenggam tangan kanan. Cahaya biru muncul dari genggamannya, menjelmakan sebilang pedang bewarna putih bersih di tangan.

"Kau siapa?"

Wanita itu masih tersengih, langsung tiada perasaan takut. Kucing hutan di dalam pegangannya melompat naik ke atas bumbung kereta milik Ice.

"Simpan tenaga awak, my prince. Tuanku akan lebih memerlukannya seketika nanti. By the way, nama saya Whisper" Kucing hutan itu berdiri di atas empat kakinya sambil merenung tajam ke arah Ice.

Mulut Ice terbuka, tidak percaya dengan perkara yang baru dilihatnya.

"Kau, boleh bercakap?"

"Yup, Dan saya datang untuk berikan amaran. Dalam beberapa minit lagi, tentera Luther Fang akan datang untuk menyerang Iceland academy"

Ice menghunuskan mata pedangnya kepada kucing hutan misteri yang muncul secara tiba-tiba.

"Macam mana kau tahu pasal Luther Fang?" Nada Ice berunsur amaran.

"Why shouldn't I? Lagipun sebab dia saya jadi begini." Whisper menderam marah, menampakkan gigi taringnya.

"Apa maksud kau?"

Whisper menggerakkan ekor, menunjuk ke arah wanita yang masih lagi tersengih seperti kerang busuk di hadapan Ice.

"That my prince, adalah pembantu saya. She's a simpleton. Dan saya terperangkap di dalam badan kucing hutan ni disebabkan oleh si busuk Luther Fang tu!" Marah Whisper.

"Aku tak tahu siapa kau dan bagaimana kau boleh tahu pasal Luther Fang. Tapi aku dapat rasa kau merupakan satu ancaman."

Ice memutarkan pedangnya ke kiri dan kanan sebelum membuka gerakan bersedia untuk menyerang. Pedang Ice mengeluarkan cahaya terang.

Whisper menyengetkan kepala ke tepi.
"Ouh, my prince. You are so tempting. Tapi saya bukan sahaja tahu pasal Luther Fang. Saya tahu tentang banyak perkara, termasuk tentang pristiwa sebenarnya yang berlaku pada tuanku lima tahun lepas."

Ice tergamam. "Apa maksud kau?"

"Tuanku tak ingat betul tak, hurm? my prince. Mereka beritahu tuanku kemalangan jalan raya, tapi jauh di sudut hati tuanku tahu bukan perkara itu sebenarnya yang berlaku. Tetapi ada rahsia besar yang di sembunyikan daripada tuanku. Oh, but I know everything"

Ice menelan liur manakala Whisper menyeringai suka.

"Apa yang kau tahu pasal kemalangan tu?"

"Maaf tuanku. No time to talk. Tetamu tuanku dah sampai dan saya nak bersembunyi dulu. See ya!" Whisper, Si kucing hutan melompat turun dari bumbung kereta sebelum melarikan diri.

Wanita yang bersamanya hanya tersengih sebelum turut membuka langkah seribu.

"Hei, wait!!!" Jerit Ice.

"Try not to die my prince and we shall meet again!" Suara Whisper berdengung di dalam kawasan yang lengang ini.

Belum pun habis rasa terkejut, deria pendengaran Ice menangkap bunyi dentingan loceng yang amat dikenali olehnya.

Dentingan amaran!


No comments:

Post a Comment

Mirna 9

"Here is the plan. Untuk mengaburkan mata orang ramai di sini, saya akan jadi ayah awak berdua. Kita datang ke sini untuk bercuti selep...