Tuesday 13 March 2018

Wicked Love 25

Albeit semakin menggila. Kesemua jarinya yang berkuku besi itu mencakar-cakar ke arah Shadow Knight. Shadow Knight menahan serangan Albeit dengan Shield miliknya. Setiap cakaran kuku besi Albeit mencalarkan shield Shadow Knight. Dia sedar pertahanannya itu akan pecah bila-bila masa sahaja.

"Come on, Albeit. Lets talk!"

Rundingan Shadow Knight dibalas dengan hentakan kaki besar Albeit. kemarahannya begitu membara apabila ekornya dipotong oleh bekas rakan seperjuangannya itu.

"Alright," Shadow membuka tapak tangan kanan. "Take this. Five star shuriken!"

Shuriken berbentuk bintang empat itu dipacakkan ke kaki Albeit menyebabkan Albeit terlompat kesakitan. Belum sempat dia mengimbangkan diri, Shadow Knight menghadiahkan libasan bertubi-tubi menggunakan kuna yang dipegang di kedua-dua belah tangannya.

Sasaran Shadow Knight adalah setiap otot bewarna hijau dan biru yang ada di badan Albeit. Setiap luka yang dilakukannya mengeluarkan darah yang banyak. Sepantas kilat Shadow Knight menyimpan kuna dan mengeluarkan katana yang panjang.

Shuk!

Katana tersebut melekat dari bawah dagu sehingga terkeluar ke bahagian atas kepala Albeit. Tubuh Albeit menjadi kaku. kesemua tikus belaan Albeit juga ikut kaku seperti tuan mereka. Tubuh gergasi Albeit kendur perlahan-lahan kepada saiz asal sebelum lelaki itu rebah menghadap Shadow Knight.
Angel menarik nafas lega. Dia menyimpan busur panah miliknya sebelum kembali menghadap Mirna. Priya juga bergegas mendapatkan Mirna yang masih belum sedarkan diri. Shadow Kight pula melutut di hadapan mayat Albeit.

"Farewell, Kawan" Mata Albeit yang terbeliak ditutup oleh Shadow Knight.

          Luther Fang melakukan serangan yang pertama. Dia melompat ke udara dan menyerang Ice. Fikirannya tertumpu kepada satu perkara sahaja di kala ini. Menghapuskan Ice yang mengingatkannya kepada Prince Rider.

Ice menggenggam tangan, menghasilkan pedangnya untuk menahan serangan yang dilakukan oleh Luther Fang.

Pang!

Pedang hitam milik Luther Fang bersatu dengan pedang Ice. Luther Fang tidak membiarkan waktu berlalu dengan sia-sia. Dia meneruskan serangan secara bertubi-tubi. Percikan api kecil bewarna merah kelihatan setiap kali pedang mereka bertembung.

“ Kau fikir kau boleh kalahkan aku?!” Luther Fang menyeringai.

Ice yang sedang menahan serangan Luther Fang terdorong ke belakang beberapa tapak. Kekuatan Luther Fang bukan gurauan semata-mata. Dia dapat merasakannya melalui serangan yang dihasilkan oleh Luther Fang.

“Kalau tujuh magician dahulu boleh hapuskan kau, maka kami pun pasti boleh melakukannya juga” Ice mengangkat pedangnya ke udara. Satu garisan lurus berwarna biru muncul, sebelum mengeluarkan ribuan peluru bersalji.

Peluru ais tersebut melayang ke arah Luther Fang. Dengan mudah Luther Fang melibas kesemua peluru yang dihantar oleh Ice. Letupan kecil berlaku menghasilkan cahaya kuning berapi setiap kali peluru tersebut ditepis oleh Luther Fang. Martin yang menyaksikan keadaan itu mengambil kesempatan dengan menggunakan teknik bayangan.

Satu bayangan hitam muncul di bawah kaki Martin lantas menenggelamkan lelaki itu sebelum muncul di belakang Luther Fang. Sementara itu,  Luther Fang yang sedang melibas panahan salji Ice tidak menyedari kehadiran Martin di belakangnya.

“Kunci tujuh bayangan” Martin merapatkan kedua tapak tangan.

Tangan kirinya dihalakan ke belakang badan Luther Fang. Cahaya hitam muncul dengan laju dari telapak tangannya dan mengenai tubuh Luther Fang menyebabkan lelaki itu kaku untuk sesaat. Namun begitu, Martin panik apabila dia turut tidak dapat bergerak seolahnya pergerakan dirinya terkunci dengan Luther Fang.

Luther Fang menjerit marah.“Kau fikir teknik tu mampu kalahkan aku? Aku pun Dark Magic, Bodoh!”

Bulatan hitam muncul dari bawah kaki Luther Fang. Dia tenggelam ke dalam bulatan itu sebelum muncul semula di belakang Martin.

“Biar aku ajar kau sesuatu, junior” Luther Fang memanjangkan pedangnya dan melibas belakang badan Martin.

Tubuh Martin terpelanting ke hadapan dan mengenai  Ice yang cuba membantunya. keduanya tercampak sebelum terhempas ke lantai. 

“Martin!” Samila yang bertempur dengan seekor Manticore yang masih hidup menjerit memanggil Martin.

Namun perhatiannya terganggu apabila Manticore yang sedang dilawannya melakukan serangan. Dia terkejut apabila ekor Manticore yang berbentuk kala jengking itu melayang ke arahnya.

“Razor beams!” Troy melompat ke udara lantas memutuskan ekor Manticore tersebut dengan menggunakan pedangnya.

Jeritan Manticore berkumandang membingitkan telinga. Manticore tersebut berguling di lantai menahan kesakitan apabila ekornya diputuskan. Troy menghampiri Samila yang masih terpinga-pinga.

“Fokus!” Jerit Troy.

Mata Samila bertakung. Hampir-hampir sahaja dia ditimpa maut kalau bukan kerana Troy. Matanya dihalakan ke arah Martin yang dipangku oleh Ice.

‘Be strong, Martin’, desis hati Samila.

Ice meletakkan kepala Martin ke lantai. “Apa kau buat? Kau tahukan setiap serangan yang dilakukan kepada Luther Fang akan turut terkena kepada kita?!”

“ Aku tahu. Tapi, bukankah itu adalah risiko yang kita dah setuju untuk hadapi sebelum datang ke sini?”

Ice memandang wajah Luther Fang yang menyeringai kemenangan. Darah mudanya kembali membara.

“Go, Prince. Saya perlukan masa untuk buka kembali kunci tujuh bayangan ni.”Ujar Martin.

Ice menepuk bahu Martin. “Anyway, good try”

"Ah, Kau tahu. Aku terbayangkan peristiwa masa silam. Yup, macam tulah Prince Rider tengok aku."Luther Fang menuding ke arah Ice.Pedang hitamnya dipusing-pusing.

Ice menggerakkan otot lengan dan bahu. “White Fire!” Ice memusingkan pedangnya. Satu kepulan awan putih muncul sehingga mengaburkan suasana.

“Nightmare cloud!”Luther Fang turut memusingkan pedangnya seperti Ice. Satu kepulan awan hitam muncul dan bergabung dengan kepulan awan putih.

Kepulan yang bergabung tersebut menimbulkan kilat yang memancar. Bunyi guruh yang sabung menyabung bisa menggentarkan hati manusia biasa yang menndengar. Ice dan Luther Fang menarik nafas yang semput akibat pertarungan.

“Korang semua tak boleh hapuskan aku. Kalau aku ditidurkan sekalipun, Pengikut aku akan cari aku dan bangunkan aku kembali” Luther Fang meludah ke tanah.

“It is better than have to live under your grasp” Balas Ice.

Luther Fang ketawa.  Jari telunjuknya ditegakkan ke arah Ice.

“Kalau macam tu, Kau boleh pergi mati. Storm Spiral!!” Luther Fang mengangkat tangan kanan ke udara.

Kilat hitam muncul secara bertubi-tubi, menyerang Ice dan magician yang lain. Pancaran kilat yang mengenai dinding menghasilkan letupan batu. Kesemua mereka menghasilkan gelombang untuk menyelamatkan diri daripada ditimpa runtuhan batu.

Samila berlari laju menuju ke arah Martin. Dia menghasilkan gelombang udara bagi menghalang dirinya dan Martin daripada ditimpa pancaran kilat Luther Fang. Shadow Knight pula melompat dan berselindung di sebalik tiang.

Ice membuat Ice shield dengan matanya tetap difokuskan kepada Luther Fang. Dalam kekalutan matanya menangkap kelibat Snow yang berjalan ke arah Luther Fang dengan tenang.

“Hey!” Panggil Snow.

Luther Fang beralih ke belakang. “My Love?”

Snow yang berdiri di belakang Luther Fang menghampiri lelaki itu. Dia mengukir senyuman sambil mengorak langkah mendekati Luther Fang.

“Let us seal our fate” Kata Snow sebaik dia berhadapan dengan Luther Fang.

“Snow!!!” Jerit Ice.

Snow merenung Ice yang berusaha menahan shield miliknya daripada panahan kilat Luther Fang yang semakin menggila. Bibir Snow bergerak, menyebut perkataan selamat tinggal tanpa suara.
Luther Fang memegang pipi Snow sebelum menundukkan wajah. Bibir merah Snow menjadi sasarannya. Dia ingin menamatkan majlis perkahwinan mereka berdua dengan sebuah kucupan yang menandakan penyatuan dua jiwa.

Sapp!!!

Snow terkedu. Luther Fang pula menatap ke dalam anak mata Snow dengan perasaan terkejut. Panahan kilat yang menggila tadi hilang serta-merta menyebabkan suasana menjadi sepi. Luther Fang melihat tangan Snow yang berada di dadanya.

Sebilah pisau biru melekat kemas di jantung Luther Fang. Tangan kanan Snow pula memegang erat bilah pisau tersebut.

“You…”Luther Fang menolak Snow.

Dia mencabut pisau yang melekat di jantungnya, menyebabkan darah hitam semakin banyak  mengalir daripada luka tikaman tersebut.  Snow turut memegang jantungnya yang perit. Kesakitan yang dialami oleh Luther Fang turut dirasai olehnya.

“Luther Fang, aku cintakan Ice” Bisik Snow yang hanya boleh didengari oleh Luther Fang.

“No!!!!” Jerit Luther Fang.

Tubuh Luther Fang mengeluarkan cahaya hitam dan merah. Kepulan asap turut keluar dari setiap inci tubuh Luther Fang. Lelaki itu mengoyakkan baju yang dipakai. Tertera sebuah tatu dengan wajah tengkorak di dadanya.  Luther Fang menjerit kesakitan sebelum tubuhnya meletup menjadi cebisan kecil.

Snow menatap Ice yang meluru ke arahnya. Belum sempat tubuhnya dipaut oleh Ice, Snow jatuh melutut sebelum rebah ke lantai.

“Snow!” Pekik Ice. Dia memangku tubuh Snow dan membawanya ke dalam pelukan.” Snow, please.”

Ice memanggil nama Snow berulang kali. Tubuh kaku Snow digerakkan oleh Ice namun tiada tindak balas yang berlaku. Mata Snow tetap tertutup rapat.

“Snow, Please wake up.” Titis air mata Ice mengenai pipi Snow.
Segalanya kaku. Snow langsung tidak bergerak atau menyahut panggilan Ice. 

“Ice,” Rain meletakkan sebelah lututnya ke lantai. Dengan perlahan tangannya menggapai bahu Ice. “ Ice, She is gone”

Samila yang memimpin Martin menekup mulutnya. Mereka mara ke dalam kubu Luther Fang untuk menyelamatkan Snow.  Namun yang berlaku adalah sebaliknya apabila Snow mengorbankan diri untuk menyelamatkan mereka.

“Tak. Snow, kenapa awak suka tinggalkan saya? Kenapa?!!!” Ice menggelengkan kepala lantas memeluk tubuh Snow dengan erat.


***


Dunia magis kini berada dalam keadaan yang tenang walaupun masih banyak perkara yang perlu dilakukan. Serangan yang dilakukan oleh Luther Fang telah mengakibatkan kemusnahan yang bukan sedikit di semua negara, Namun sekurangnya dunia magis kini telah selamat dari cengkaman magician gila itu.

Sama seperti guru Luther Fang yang mati akibat menikam lelaki itu, Snow juga telah terkorban kerana menikam jantung Luther Fang. Jika lima ratus tahun dahulu semua enam magician yang memerangi Luther Fang telah terkorban, tetapi untuk kali ini hanya seorang sahaja magician yang terlibat.

Punca Luther Fang dapat dihapuskan oleh seorang sahaja magician tersebut masih menjadi misteri sehingga ke hari ini. Malahan, identiti magician yang telah mengorbankan dirinya itu juga tidak didedahkan kepada media.

Hal ini kerana ada perkara yang lebih penting untuk dilakukan oleh penduduk dunia magis, iaitu meneruskan kehidupan . Sejarah berkaitan Luther Fang pula akan terus meniti di bibir penduduk magis yang masih hidup sebagai satu memori pahit untuk diingati.

Namun bagi enam magician yang pernah bersemuka dengan Snow, rahsia berkenaan identiti Snow adalah lebih kepada menghormati permintaan Ice. Dan mereka akan membawa rahsia berkenaan Snow sehingga ke akhir nyawa. Sekurangnya perkara itu yang dapat dilakukan bagi membalas budi  gadis itu yang telah menyelamatkan mereka.


***


Damian memasukkan barang terakhir miliknya ke dalam kotak. Hari ini merupakan hari terakhirnya sebagai pembantu Ice. Selepas ini dia ingin mencari jalan hidupnya sendiri.

“Kau masih akan pergi?”

Damian menoleh ke belakang. Dia memberikan senyuman kepada Whisper yang berdiri di muka pintu. Selepas kematian Luther Fang, Whisper sudah mendapatkan kembali tubuh asalnya. Dan Damian mengakui bahawa Whisper sangatlah comel orangnya.

Dengan wajah baby face yang dimiliki oleh Whisper, susah untuk Damian mengenal pasti usia sebenar gadis ini. Tetapi yang jelas, Whisper masih muda. Mungkin belasan tahun.

“Yeah. Aku dah cakap dengan Ice.” Damian menutup kotak berisi barang-barangnya dan berdiri tegak menghadap Whisper.

“Dan dia setuju untuk biarkan kau pergi?”

Damian mengangguk. “Dia cakap yang dia pun perlukan time and space.”

“Meaning?” Tanya Whisper lagi.

“Ice cakap dia nak kembali ke Goldcrest. Nak mencari memorinya yang hilang. Aku rasa dia cuba nak ingat kembali memori tentang dia dengan Snow yang dah dipadamkan dari ingatannya tu.”

Whisper mengangguk faham. Setelah kematian Snow, pastilah tiada sesiapa lagi yang boleh menceritakan kepada Ice tentang kisah yang pernah berlaku antara mereka. Damian merenung Whisper yang sedang tunduk merenung lantai.

“Whisper”

“Huh?” Terperanjat mendengar namanya dipanggil, Whisper mengangkat wajah ke arah Damian.

“Kenapa kau nampak semacam? Apa yang kau fikir?”

“Err, Nothing” Geleng Whisper.

Damian ketawa kecil. Bukannya sehari dua dia mengenali Whisper. Dia tahu ada sesuatu yang disembunyikan oleh Whisper. Tetapi dia tidak mahu menggesa gadis itu.

“Okay. Aku faham kalau kau tak nak kongsi. Tapi, anytime you need me, kau tahu mana nak cari aku,”Pesan Damian.

“Aku cuma terfikir tentang Ice. dengan segala yang dah terjadi, dan kau pun dah tak ada di sisi dia nanti. Kau rasa dia akan okay?” Tanya Whisper.

“Harapnya begitulah” Damian mengarahkan pandangan ke dinding kaca, melihat kepingan salji yang mulai turun perlahan-lahan.

Whisper mendiamkan diri dan turut sama menghalakan pandangan ke luar seperti Damian. Selepas segala yang berlaku, mereka hanya mampu berharap agar Ice tabah menghadapi dugaan.

“Kau tak nak cari Angel girl?” Soal Whisper.

Damian menggeleng perlahan selepas beberapa saat berlalu.

“May I know why?” Tanya Whisper lagi.

“She deserve better. Macam kau cakap, Angel didn’t live in hell”

“Tapi kau memang dah berubah. “

“Thanks. Tapi perubahan sahaja tak cukup. Aku sedar sekarang. Angel, dia terlalu baik untuk lelaki macam aku. “

Whisper tidak tahu mahu berkata apa lagi. Dia akur dengan pilihan yang telah dibuat oleh Damian dan juga Ice. sungguh dia mengharapkan agar dapat bersama dengan mereka berdua untuk jangka masa yang lebih lama.

Namun di setiap pertemuan pastinya akan wujud perpisahan.

“I wish you the best, Damian. Dan aku harap kau tak hilangkan diri terus”Pesan Whisper.

Damian ketawa sebelum mengangkat kotak miliknya. “ I will send postcard”


***


Ice merenung ke arah kuntuman bunga sakura yang ditiup angin. Beberapa kelopak bunga sakura yang bewarna merah jambu melayang-layang ke bawah sebelum jatuh ke dalam air tasik yang berdekatan. Begitu ralitnya Ice merenung kelopak bunga itu tanpa menyedari kedatangan seseorang. 

“Saya tak jangka awak akan datang” Madam Eloisa melangkah beberapa tapak ke hadapan dan berdiri di sebelah Ice.

“Saya rindukan dia” Kata Ice perlahan.

Madam Eloisa mengukir senyuman nipis. Kalau Ice merindukan Snow, bagaimanakah perasaannya sebagai seorang ibu?

“Saya faham. Tapi, awak perlu lebih berhati-hati. Sebagai pewaris takhta Iceland, bahaya untuk awak bersiar-siar di tempat awam begini. Don’t you think?”

“Jangan risau, Madam. Saya hanya pemuda biasa.”

Dahi Madam Eloisa berkerut seribu. “Maaf, saya tak faham maksud kata-kata awak.”

“Awak akan faham nanti, Madam. Awak cuma perlu menunggu pertabalan raja baru Iceland dua hari lagi.”

Madam Eloisa melirik Ice. Lelaki ini kelihatan lebih kurus dan cengkung berbanding pertemuan mereka pada kali terakhir. Nampaknya pemergian Snow benar-benar dirasai oleh Ice.

“Awak masih fikirkan tentang anak saya?” Tanya Madam Eloisa.

Dia tidak memerlukan jawapan apabila raut wajah Ice sudah cukup menggambarkan segalanya. Malahan kedatangan lelaki itu yang kerap ke Dry Land telah menjawab segala persoalan. Namun dia tetap mahu mendengar pengakuan daripada mulut Ice sendiri.

“Saya tak pernah berhenti mengingati dia, Madam. I really love your daughter” Ice membalas pandangan Madam Eloisa yang dihalang oleh kaca mata hitam wanita itu.

“Saya hargai perasaan awak, Ice. Tapi, awak perlu teruskan kehidupan tanpa dia. Awak masih muda. Jangan sia-siakan kehidupan awak.”

“Snow ialah hidup saya, Madam.”

Madam Eloisa mengeluh berat. Dia terharu apabila anak tunggalnya dicintai oleh seorang lelaki seperti Ice. Namun apakan daya, takdir telah memisahkan mereka berdua.

“Snow dah mati, Ice” Kata Madam Eloisa.

“ Is it?” Tanya Ice kembali.

Madam Eloisa menaikkan keningnya membuatkan Ice mengukir senyuman nipis.

“Apa maksud awak, Ice?”

Ice menjungkit bahu. Dia memakai kaca mata hitam yang berada di tangannya sebelum berpaling ke belakang. Kakinya mengorak langkah, meninggalkan Madam Eloisa dengan sebuah kata-kata.

“Saya tetap akan tunggu Snow, Madam. Tak kira walau berapa lama sekalipun. Please tell her that for me.”


***


'She walks into the war,
          for a pure heart can give lights,
                   she didn’t know how far,
                             but yes she will fights,'

Madam Eloisa mengangkat wajah dari Book of The Keeper dan merenung gelas kaca yang berada di hadapannya.  Tubuh kaku Snow yang terbaring di dalam gelas tersebut menampakkan seolah-olah Snow sedang tidur nyenyak.  Tangan Madam Eloisa mengusap dinding kaca tersebut.

“Snow, Mama akan bangkitkan Snow nanti. Mama akan cari jalan.” Madam Eloisa memejamkan mata, membiarkan air jernih mengalir ke pipi.

“Madam,”

Madam Eloisa menoleh ke belakang. Whisper yang berdiri tegak berhampiran dinding kelihatan serba-salah.

“Saya cuma tak nak risikokan keselamatan anak saya sekali lagi, Whisper. Sekurangnya sehingga saya dapat cari jalan untuk keluarkan Snow dari sumpahan ni.”Jelas Madam Eloisa bagaikan memahami perasaan Whisper.

“Saya faham. Tetapi mungkin kita perlu jelaskan hal yang sebenar kepada Ice. tentang Snow yang sebenarnya tidak mati tetapi terperangkap di dalam dimensi yang berbeza” Kata Whisper.

Selepas  Madam Eloisa memberitahu tentang kehadiran Ice, dia yakin bahawa lelaki itu mengetahui tentang rahsia yang selama ini mereka simpan rapi. Pada Whisper, mungkin kehadiran Ice akan membantu Snow melawan sumpahan ini.

Namun Madam Eloisa menggeleng, tidak bersetuju dengan pendapat Whisper.

“Cukuplah sekali hidupnya menjadi hura-hara kerana Snow.”

“Habis tu, kita nak biarkan sahaja begini? “ Soal Whisper.

Madam Eloisa menoleh kembali ke arah Snow yang terbaring di dalam dinding kaca. “Kalau Snow boleh bercakap, apa agaknya yang Snow akan cakap pada awak, Whisper?”

Whisper terdiam seketika. Madam Eloisa merenung Whisper, menantikan jawapan.

“Snow akan minta kita rahsiakan hal ini daripada Ice” Balas Whisper dengan nada kalah.

“Dan itulah yang sedang saya lakukan. Tentang Ice dan Snow, mereka pasti akan kembali bersatu andai takdir telah menentukannya”

Kata-kata Madam Eloisa diakui oleh Whisper. Buat masa sekarang, mereka perlu berusaha untuk mencari jalan bagi mengembalikan Snow ke dunia magis.

“Okay. Sementara awak cari jalan untuk bawa Snow kembali ke dunia nyata, I will keep my eyes on Ice.” Kata Whisper.

Madam Eloisa tidak membalas. Dia merenung wajah Snow yang terbaring dengan perasaan sayu.dia berjanji, tidak kira berapa lama pun masa yang diambil dia akan merungkaikan sumpahan yang menimpa Snow.

Madam Eloisa kembali memandang buku The Keeper.
“Book of the Keeper, By my power I command Thee, Show me exactly, To finish the mystery”

Buku The Keeper mengeluarkan cahaya kuning sebelum menyelak halaiannya dengan laju ke arah satu muka surat.

'For those who seek the unsolved mystery,
          know that it is not free,
                   but fear not as it can be,
                             that she soon will be set free'

Sekali lagi Buku The Keeper memberikan jawapan berbentuk ritma teka-teki. Madam Eloisa mengusap wajah.

““Book of the Keeper, By my power I command Thee, Show me exactly, To unsolved the mystery”

Buku The Keeper tidak bergerak. Bibir Madam Eloisa bergetar menahan kesedihan. Nampaknya tiada jalan lain yang boleh dilakukan olehnya. Dia perlu merungkaikan jawapan kepada ritma teka-teki yang diberikan oleh Book of The Keeper.


***


Dua tahun kemudian...

Mirna meletakkan gambar terakhir yang diambil bersama pasukan netball wanita Whisper Hollow Academy. Dua tahun telah berlalu sejak kali terakhir gambar itu diambil semasa mereka masih berada di Iceland. Selepas graduasi, mereka semua membawa haluan masing-masing. . Dia yang mempunyai kuasa paranormal memilih untuk menjadi wartawan selepas menamatkan pengajian.

Mirna mengusap wajah Snow yang tertera di dalam gambar. Sungguh kehilangan Snow masih terasa sehingga ke hari ini. Dan dia yakin, rakan-rakan yang lain turut merasakan perasaan yang sama meskipun mereka tidak pernah lagi mengungkit tentang pemergian Snow.

“I miss you, Snow”Keluh Mirna.

“Hey, Mirna. Tak nak balik ke?” Joana, rakan sepejabat Mirna menyoal. Beg sandangnya yang berwarna hitam sudah tergantung di bahu gadis itu.

“Nak baliklah ni.” Mirna mengemaskan mejanya yang berselerak.

“Okay. See you after two days,” Joana melambai ke arah Mirna sebelum berlalu.

Untuk beberapa minit Mirna khusyuk melayan perasaan sebelum bulu romanya berdiri tegak. Mirna menelan liur.  Dia sering merasakan perasaan seperti ini setiap kali dirinya mengesan kehadiran spirit. 

Mirna cuba menenangkan diri sebelum perlahan-lahan mengangkat punggung dari kerusi yang diduduki. Matanya meliar melihat ke sekeliling kawasan pejabat. Namun kawasan yang lengang menandakan tiada sesiapa di aras ini melainkan dia.

“Huh?” Mirna kembali duduk di kerusi. Tiada langsung Spirit yang kelihatan.

Pantas dia mencapai beg tangan. Kadang-kala dia masih trauma apabila teringat peristiwa berhadapan dengan Luther Fang dua tahun lepas. Manalah tahu mungkin spirit Luther Fang masih belum meninggalkan dunia magis. Namun begitu pergerakan Mirna terganggu sewaktu dia mahu menutup computer miliknya.

‘Hi, Mirna.  Long time no see. Lookin great’ 

Skrin yang terbuka memaparkan tulisan bewarna hitam di kaca computer Mirna.
Mirna menelan liur. Dadanya bedetak hebat.

“Ww..who are you?” Mirna membawa beg tangannya ke dada.

Rasa takut menguasai dirinya. Untuk seketika tiada jawapan yang diterima. Sesaat kemudian papan kekunci Mirna bergerak sendiri memaparkan satu ayat lain di kaca skrin dengan laju.

‘Ini aku. Snow’


***


Words from writer:

Yeah, So this is not the end. Writer tak sanggup nak lepaskan Snow dengan Ice. But they will be together, hakuna matata! ( Dont worry, be happy )

Snow dengan Ice ada dua buah buku lagi untuk dihasilkan. Satu dah buat draft dan satu lagi masih dalam proses perancangan.

Wish me luck to finish them all!!!

No comments:

Post a Comment

Mirna 9

"Here is the plan. Untuk mengaburkan mata orang ramai di sini, saya akan jadi ayah awak berdua. Kita datang ke sini untuk bercuti selep...