Wednesday 4 April 2018

Angel 20


"Angel, Puan Amelia cakap betul. The one destined for Damian bukan Ayumi. Tapi kau" Kata Cupid.

Angel memandang ke arah Cupid dan Mr. Sincere bersilih ganti.

"What? Tapi, Kau cakap Ayumi dengan Damian ditakdirkan untuk bersama." 

Cupid menjungkit kening. "Angel, Itu cuma strategi aku untuk satukan kau dengan Damian."

"Habis, Semalam kau cakap Ayumi mahu luahkan perasaan" Angel tidak puas hati.

"Ya. Ayumi luahkan perasaan supaya Damian akan memilih untuk bersama dengan kau."Jawab Cupid.

" Habis kenapa kau kata kita kena berlakon bercinta?" 

"Supaya Damian akan cemburu. Dan aku berjaya dalam hal itu,"Cupid menolak kaca matanya dengan jari telunjuk.

" Jadi, Semuanya sekadar lakonan? What about Yuna?"

"Saja, Nak buat kau rasa macam mana kalau kau kehilangan Damian"

Angel meletakkan tapak tangan kiri ke dada. Tangan kanannya memegang dahi yang berdenyut.

"Information overload" Ujar Angel.

Cupid memegang tangan Angel dan membawanya duduk ke kerusi. Cupid duduk di hadapan Angel manakala Mr. Sincere kembali ke tempat asalnya di belakang meja.

"Aku faham kalau kau marah, Tapi aku lakukan semua ni sebab ini tugas aku." Jelas Cupid.

Angel menoleh ke arah Mr. Sincere yang tenang. "But why?"

Mr. Sincere mengangkat tangan, Mengisyaratkan kepada Cupid dia akan menerangkan kepada Angel. Cupid mengangguk dan menyandarkan badan ke kerusi.

"Angel, Walaupun awak tidak mahu memikirkan soal percintaan, Tidak bermakna awak akan bebas daripada ketentuan takdir. Dan takdir menentukan Damian adalah untuk awak sepertimana awak untuk dia" 

Angel tersandar di kerusi. "Tapi, Saya Guardian Angel"

"Sebab itu saya berikan tugas ni kepada Cupid. Hanya dia sahaja yang ada idea gila untuk merancang strategi dan melaporkan tentang perkembangan antara awak dan Damian kepada saya" Kata Mr. Sincere.

Cupid kerut dahi memandang Mr. Sincere. Lelaki tua ni puji ke kutuk?

"Angel, Aku dah buat apa yang perlu. Sekarang kau kena buat pilihan. Sama ada untuk bersama Damian atau tidak." Sampuk Cupid. 

"Aku kena pilih?"

Cupid angguk.


"So, What is your answer?" Tanya Damian.

Angel mengangkat wajah memandang Damian.

"Awak tak kisah kalau saya bukan lagi Guardian Angel?" Soal Angel. Dia tidak mahu Damian atau dia menyesal di kemudian hari.

Damian melekapkan tangannya ke pipi Angel.

"Angel, Meeting you was fate, Becoming your friend was my choice, But falling in love with you is beyond my control"

Angel memejamkan mata ketika Damian menunduk, Mencium dahinya. Kucupan Damian terasa hangat sehangat air matanya yang mengalir keluar dari kelopak mata.

Damian mengelap air mata yang mengalir di pipi Angel.

"Sayang, Don't cry. Lagipun, Saya ada idea yang lagi baik. Awak, Boleh jadi personal Guardian Angel saya"

Angel tersenyum sebelum ketawa dalam tangisan. Idea Damian lebih berupa lamaran. Tapi, Dia tidak peduli.  Dia tidak mahu melepaskan Damian lagi.

"Okay. Saya setuju" Angguk Angel.

Damian mencapai kedua tangan Angel. "Centre"

"Huh?" Angel mengerutkan dahi.

"Posisi awak dalam netball adalah centre. Saya ingatlah sayang. Nasib baik awak tak panah saya semalam" Jawab Damian.

Amgel menggigit jari telunjuk. "Really?!"

Damian mengukir senyum sebelum ketawa besar melihat reaksi terkejut Angel.

Angel menjerit meminta maaf berulang kali namun akhirnya ikut ketawa bersama Damian.

Cupid yang menyaksikan perkara itu menolak kaca mata dengan jari telunjuk ke atas. Dia mengukir senyum. Nampaknya misi untuk menyatukan satu lagi pasangan yang saling mencintai menemui kejayaan.

Misi berkaitan Angel pula tu! Guardian Angel yang terlalu liat untuk mengaku dia juga cintakan Damian.

Angel oh Angel.

Puff!

Muncul fail merah miliknya di hadapan Cupid. Pada fail itu tertera gambar Angel dan Damian yang diletakkan secara bersebelahan.

Cupid melakar gambar busur dan anak panah cinta pada bahagian tengah gambar Angel dan Damian.

Lukisan pen hitam itu bercahaya keemasan sebelum kembali kepada warna asalnya.
                           

Puff!

Fail hitam Cupid hilang meninggalkan kesan asap kecil. Cupid memejamkan mata, Membuat panggilan telepati.

"Yes?" Suara Orang yang dihubungi Cupid kedengaran dalam kerangka kepala Cupid.

"Tuan, Misi berjaya. Saya baru sahaja hantar laporan kepada tuan" Cupid mengumumkan kejayaannya.

"Hurm, Tak sia-sia aku berikan tugas ini untuk kau. Pandai kau atur strategi"

Cupid ketawa menerima pujian Mr. Sincere. "Tuan, Ini Cupidlah. Di mana ada cinta, Di situ ada aku"

"Sekarang awak akan sambung untuk misi seterusnya?"Tanya Mr. Sincere.

Cupid tersengih lebar. " You can count on me, Sir"

"Good Luck, Cupid. Oh, Dan beritahu Angel, Dia tidak jadi diberhentikan. Kita tak cukup tenaga Guardian Angel selepas serangan dua tahun lepas. Lagipun, Sayang sekali melepaskan Guardian yang berkebolehan seperti dia" Mr. Sincere mematikan talian.

Cupid mengangguk. Dia akan menyampaikan berita itu, Tetapi bukan sekarang.

Dia tidak mahu mengacau Damian dan Angel yang sedang berbahagia. Mengganggu pasangan bercinta yang sedang bahagia adalah pantang larang bagi Cupid.

Puff!

Fail merah yang baru muncul di hadapan Cupid. Kali ini gambar Ayumi tertera di dalam fail Cupid. Namun gambar lelaki yang tertera di sebelah Ayumi tidak dikenali olehnya.

Fail Cupid memancarkan maklumat mengenai lelaki tersebut. Nampaknya Ayumi dijangka menemui lelaki yang ditakdirkan untuknya itu beberapa hari lagi.

"Oh, Well. Sekarang masa untuk menyiasat" Cupid melebarkan sayap.

Dia menoleh sekilas ke arah pasangan baru yang bakal meniti kebahagian itu sebelum terbang menuju ke arah cahaya matahari yang memancar.

Dan kelopak bunga sakura yang berguguran berterbangan ditiup angin, Seolah mengiringi pemergian Cupid dengan wangiannya yang harum.

Jika ada Nature Angel di situ pastinya dia dapat mendengar bisikan yang dilaungkan oleh kelopak bunga sakura tersebut. Kerana mereka melaungkan,

'Terima kasih, Cupid'

No comments:

Post a Comment

Mirna 9

"Here is the plan. Untuk mengaburkan mata orang ramai di sini, saya akan jadi ayah awak berdua. Kita datang ke sini untuk bercuti selep...