Friday 23 February 2018

Wicked Love 15

Dua hari sudah berlalu sejak aku menghuni bilik berpagar besi ini. Tiada sesiapa yang datang berkunjung walaupun mama.

Mungkinkah mama pun percaya yang aku cuba mencederakan Julie?

Cahaya matahari yang menerobos masuk melalui lubang kecil memberitahu aku bahawa hari sudah siang.
Aku tidak tahu berapa lama lagi aku akan dikurung di sini.

Bunyi pintu berat yang dibuka dan derapan kasut yang semakin menghampiri menandakan aku mempunyai tetamu.

Mungkinkah peguam? Atau mama?

Aku melompat turun dari katil batu yang menjadi tempat tidurku. Harapanku musnah apabila melihat gerangan orang yang datang.

Hatiku berdebar laju melihatkan Ice yang berdiri di antara dua orang pengawal istana.

"Leave!" Arah Ice.

Dua orang pegawai istana yang menemaninya menundukkan kepala lantas berlalu pergi.

Renungan Ice yang beku membuatkan aku seolah tidak berpijak di bumi nyata.

Sekarang aku tersedar, Bahawa Ice yang aku temui lima tahun dahulu sudah lama mati. Ice di hadapanku kini adalah wataknya yang sebenar.

Dia ialah Putera Iceland. Bukan pemuda gentle dan caring yang aku temui di Goldcrest.

Buat seketika kami berpandangan sebelum aku menunduk. Tidak sanggup melihat Ice dengan riak kebencian yang terpancar di wajahnya.

"Kau memang berani cuba membunuh ahli keluarga Royal Iceland"

Aku mengangkat wajah, Terhiris dengan tuduhan melulu Ice.

"Saya tak..."

"Jangan cuba membela diri, Girl. Ada saksi yang melihat kau cuba membunuh Julie. Apa sebenarnya motif kau?"

Rasa keliru bermain di fikiranku. Saksi?

Mana ada orang lain di malam itu. Hanya ada aku dan Julie.

"Ice,"

"Lima tahun dulu, Saya terlibat dalam kemalangan" Ice memotong percakapanku.

Aku menelan liur yang terasa kesat. Bibirku terasa bergetar menantikan ucapan Ice.

"Dan kemudian muncul seseorang memberitahu saya bahawa kemalangan itu sebenarnya telah dirancang. Saya diserang oleh pengikut Luther Fang. " Ice memegang jeriji besi.

"Please..."

"Adakah awak yang merancang serangan tu?"

Aku menggeleng laju. "Tak. Saya..."

"Awak tak berjaya bunuh saya, Jadi sebab tu awak cuba bunuh Julie?!"

"Tak."

"Jadi tolong jelaskan, Kenapa awak cuba bunuh Julie?!!!" Jerkah Ice.

Aku menggeleng sambil menekup telinga dengan kedua belah tapak tangan.

"Saya tak cuba bunuh dia. Tolonglah percayakan saya"

Ice merenung aku dengan jelik. Sepertinya aku merupakan makhluk paling terhina di dunia ini.

Please Ice, Tolong jangan bencikan saya.

"Lima tahun dahulu, Kita pernah bertemu. Betul tak?" Soalan Ice seolah-olah menjerut leherku.

Aku tergamam. Bibirku bergerak untuk menjawab soalan Ice tetapi jawapan apakah yang harus aku berikan kepadanya?

"Ice,"

"Betul atau tak?!!" Ice menepuk besi jeriji menyebabkan tubuhku terlompat ke belakang.

Aku menggigit bibir bawah sebelum mengangguk.

"Yes."

Ice mendengus sebelum bergerak beberapa langkah ke belakang. Mata Ice yang sedia biru menjadi semakin gelap. Ais bewarna biru muncul dari hujung kasutnya sebelum merebak sehingga ke seluruh bilik kecil ini.

Aku memeluk tubuh apabila terasa kedinginan menyucuk kulit. Baju T-shirt lengan pendek dan skirt separas lutut yang tidak bertukar sejak dua hari lepas juga tidak membantu menghangatkan tubuh.

 Riak Ice menunjukkan dia tidak peduli melihat aku yang mula terketar.

"Apa kaitan kau dengan aku?" Soal Ice.

"It's... a Wicked Love."

"What?!" Ice melirik aku ke atas dan ke bawah dengan kerutan di dahi.

"Kita pernah bercinta." Kataku perlahan.

"Kau nak aku percaya bulat-bulat? Look at you. Tak mungkin aku akan jatuh cinta pada gadis macam kau!"

Aku menundukkan wajah, Terluka dengan kata-kata Ice meskipun aku tahu hakikat kebenarannya.

"I know" Kataku.

"Jadi apa? kau decide nak bunuh aku untuk balas dendam. Macam tu?"

Aku memandang Ice dengan pandangan sayu. Begitu terukkah aku di mata Ice?

"Beritahu aku kenapa kau serang Julie. Adalah kau pengikut Luther Fang?"

"Aku tak serang Julie dan aku bukan pengikut Luther Fang"

Rasa dingin menyebabkan kakiku terasa kebas.

"Kau masih tak nak mengaku?"

"Ice, Please. Julie, Dia bukan macam apa yang awak sangka" Kataku sambil menahan rasa kesejukan yang semakin bertambah.

"Beritahu aku hal sebenarnya atau aku sumpah kau akan keluar dari sini dalam keadaan beku." Ugut Ice.

Air suam bertakung di tubir Mata. Tidak pernah Ku sangka bahawa Ice boleh bertindak kejam begini.

"Saya tak tipu tentang lima tahun lalu. Semua yang jadi antara kita bukan satu penipuan."

Ice menggeleng. "Kau tipu. Kenapa aku tak ingat apa-apa?!"

"Saya padamkan memori awak. Awak tak pernah beritahu yang awak berasal daripada keluarga Royal. Selepas awak diserang werewolf, Awak terus koma. Saat tu baru segalanya terbongkar. Dan saya, Terpaksa lepaskan awak supaya awak dapat kembali ke pangkuan keluarga."

"Kau tahu, Cerita kau ni dah macam fairytale" Geleng Ice.

"Saya tak paksa awak untuk percaya. Tapi saya tak tipu."

Ice diam namun renungannya masih tidak berubah.

"Jadi, Kau tak boleh terima yang aku dengan Julie sekarang? Dan kau nak balas dendam!"

"Saya tak serang dia."

"Mungkin berada dalam keadaan sejuk akan buat kau berfikir dengan lebih baik. Aku akan datang lagi nanti. Harapnya kau tak mati kesejukan" Ice mengukir senyuman mengejek sebelum membuka langkah.

"Ice!" Panggilku.

Ice berhenti namun masih membelakangi aku.

"Saya tak pernah berhenti melihat bintang di langit"

Ice berpaling dengan wajah tidak berminat.
"Aku tak faham apa yang kau cakap"

Serentak itu Ice terus berlalu pergi.
Aku mengesat air mata yang menitis.








Whisper  menunggu Damian sehingga lelaki itu melangkah keluar dari bilik yang menempatkan Julie.

Dia tidak mahu mengambil risiko dilihat oleh orang ramai. Cukuplah kekecohan yang telah terjadi.

Damian yang perasan akan kelibat Whisper mengekori kucing liar itu sehingga ke sebuah lorong.

"Macam mana?" Tanya Whisper.

"Semuanya kucar-kacir sekarang ni. Ice berkeras tak nak bagi sesiapa pun jumpa Snow."

"Kat mana dia?" 

"Siapa? Ice?"

"Yalah."

Damian menggaru kepala. "Tengah bergaduh dengan Madam Eloisa. "

Whisper melepaskan keluhan. Nampaknya usaha mereka untuk menyatukan Snow dan Ice tidak berhasil.

"Maaf Whisper. Ice tak nak dengar nasihat aku langsung. Dia berkeras juga menahan Snow"

"Sebab Julie beria cakap Snow serang dia, Kan?" Teka Whisper.

"Macam mana kau tahu?"

"That girl, Dia ada sesuatu yang disembunyikan."

Damian memandang Whisper dengan teruja.

"Kau tahu sesuatu?"

Whisper menggeleng. "Belum. Kuasa aku terbatas tapi naluri perempuan aku mengatakan she got something under her sleeve."

Eh, Pulak dah?

Damian menepuk dahi. Whisper buat tidak peduli. 

"Aku kena pergi menghadap yang mulia Putera Ice sekarang. Sibuk dia nak tahu kekasih dia tu okay ke tak."

"What about Snow? Kau tahu apa yang jadi dengan dia sekarang?"

"Macam aku cakap. Ice tak bagi seorang pun jumpa dia."

"Well," Whisper menggerakkan ekornya ke kiri dan kanan. "Bagaimana kalau seekor aku?"

"Apa kau nak buat?"

Whisper memejamkan mata sebentar sebelum membukanya semula.

"Can't you understand? Ada orang cuba musnahkan hubungan antara Snow dengan Ice."

"Luther Fang!"

"Exactly."

Damian menegakkan jari telunjuknya ke arah Whisper.

"Wait, Maksud kau Julie ada kaitan dengan Luther Fang? Mustahil!"

"Tak ada yang mustahil. Sekarang ni kita tak tahu siapa yang bersekutu dengan Luther Fang. Pengikut dia boleh jadi di mana-mana dan sesiapa sahaja. Faham!"

Damian mengangguk. "Right again."

Mereka berdua berpisah selepas seketika. Whisper mencari Snow manakala Damian mahu melaporkan diri kepada Ice.

Sewaktu menaiki tangga, Dilihatnya Ahli netball wanita Dry land Academy sedang menantinya di tingkat ini.

 "Mr.Damian!"

Suara Angel membuatkan Damian berdebar. Sejak majlis tempoh hari, Angel lengannya tidak lagi bertegur sapa.

Malah Damian juga tidak lagi bersikap seperti dahulu. Dia lebih banyak menyibukkan diri dengan tugas yang tidak pernah selesai.

Angel menuruni tangga untuk mendapatkan Damian. Dari atas, Semua ahli netball memerhatikan mereka berdua.

"Angel."


"Mr.Damian, Macam mana dengan Snow?"

Soalan yang sudah diduga muncul dari mulut Angel.

"Maaf, Saya tak boleh berikan sebatang ulasan. Tapi jangan risau, Dia selamat."

"Boleh kami tengok dia? It has been two days" Kata Angel dengan penuh kerisauan.

Damian juga patah hati melihat keadaan Angel sekarang. Ke mana hilangnya senyuman yang sering menghiasi wajah Angelnya ini?

"Presiden Ice dah arahkan tiada sesiapa pun boleh berjumpa dengan Snow. Lagipun kesalahan dia agak besar juga memandang kan dia cuba membunuh seorang ahli keluarga Royal."

"Snow takkan buat macam tu. Tak ada sebab dia nak serang Julie!" Angel sudah mula hendak menangis.

Damian terdiam. Sudah tentulah Angel tidak tahu sejarah yang berlaku antara Snow dengan Ice.

"Angel, Saya percaya Snow tak buat semua ni. Saya janji kita akan selamatkan Snow, Okay?" Pujuk Damian.

Angel mengukir senyum nipis. "Thank you Mr.Damian"

Spontan tangan Damian mengelus rambut Angel.

"Ehemmm!" Dehem ahli netball yang lain.

Pantas Damian melarikan tangannya. Dia menggaru belakang kepala. Angel terasa pipinya suam-suam kuku.

"Err, Jumpa lagi" Kata Damian.

***

Bunyi suara kucing menarik perhatianku. Terkejut aku melihat seekor kucing liar sedang duduk di hadapan pintu besi.

Aku tersenyum melihat kecomelannya.

"Hey, Kitty. Macam mana kau masuk sini?"

"Ikut pintu"

Aku tergamam. Tanganku menggosok mata yang terasa kebas. Bukan sahaja kelopak mata, Malah seluruh tubuhku terasa kebas.

"Aku dah mati ke?" Aku melihat ke syiling batu.

"Not yet. Tapi awak akan mati kalau terus berada di dalam tu."

Aku tidak tahu harus ketawa atau terkejut melihat kucing yang bercakap.

"Awak, Boleh bercakap?"

"What do you expect? Ini dunia Magis. Awak pernah tengok Centaur? Awak tak pelik tengok kambing bercakap?"

Aku berfikir seketika. "Tapi Centaur tak comel macam awak"

Kucing itu seperti tersentak sebelum tersengih.

"Well look at that. Awak bukan sahaja mewarisi kuasa magician ketujuh tetapi hatinya juga"

Magician ketujuh? Kenapa ayat itu sering kudengar sejak akhir-akhir ini.

"Apa maksud awak?"

"Madam Eloisa tak beritahu apapun pada awak, Betul tak?"

Kucing ni kenal mama?

"Beritahu apa?"

Kucing itu mengeluh. "Snow, Nama saya Whisper. Saya seorang herbalist yang disumpah menjadi kucing ini oleh seorang magician gila tak berperikemanusiaan yang bernama Luther Fang."

"Awak pernah jumpa Luther Fang? Jadi Betullah dia dah bebas semula?"

"Saya sumpah atas nama ayah saya bahawa saya tak tipu" Whisper mengangkat tangan kanan.

"Kenapa awak disumpah?"

"Sebab saya tak berikan apa yang dia mahu. And that is you."

Bintang mataku melihat Whisper. Aku? Luther Fang cari aku?

Me?!!!

No comments:

Post a Comment

Mirna 9

"Here is the plan. Untuk mengaburkan mata orang ramai di sini, saya akan jadi ayah awak berdua. Kita datang ke sini untuk bercuti selep...