Friday 30 March 2018

Angel 13


Angel tergamam. "Apa maksud kau?"

Dengan wajah yang sedikit menunduk, Cupid mengangkat biji mata merenung Angel.



"Gurau je!!!" Cupid membuat bentuk love dengan tangan ke arah Angel.

"What?!" Angel membuat muka marah. "Tak kelakarlah Cupid"

Cupid terdiam melihat wajah bengang Angel. Gadis itu benar-benar dalam keadaan marah. Cupid cuma mahu menutup malu apabila rahsianya diketahui.

"Maaflah!"

Angel merenung Cupid. Dia mahu melepaskan lagi perasaan marah yang terbuku di hati. Tapi akhirnya dia memejamkan mata, Menenangkan diri.

"Fine." Kata Angel selepas membuka mata.

Cupid kembali melihat ke hadapan. Wanita yang diintainya masih berada di balkoni, Mengadap komputer riba yang berada di atas meja.

Cupid duduk di hujung bumbung, Menjuntaikan kaki ke bawah. Angel merapati Cupid sebelum duduk di sisi lelaki itu.

"Siapa wanita tu?" Tanya Angel selepas duduk di sebelah Cupid.

"Yuna" Nama itu menimbulkan rasa perit di hati Cupid.

"Siapa Yuna pada kau?"

Helaan nafas kedengaran. Agaknya Cupid berat hati mahu berkongsi rahsia. Tapi, Apalah gunanya lagi menyimpan rahsia ini andai Angel sudah nampak dia memerhatikan Yuna.

"Kau ingat lagi masa Damian tanya macam mana kita kenal?"

Cupid oh Cupid. Kenapalah kau perlu bangkitkan nama lelaki itu?

Angel angguk sahaja. Lagipun, Bukannnya Cupid tahu bahawa dia tengah susah hati pasal Damian dan peristiwa yang berlaku antara mereka petang tadi.

Sehingga kini Angel masih terdengar tangisan mendayu Ayumi. Kasihan Ayumi, Dia benar-benar sayangkan Damian.

Tapi, Ayumi tidak perlu risau. Dia pernah melepaskan Damian untuk Clara. Dia paati boleh melakukannya untuk Ayumi. Lagipun, Antara Ayumi dengan Clara, Angel pilih team Ayumi.

"Kisah tu sebenarnya memori aku dengan Yuna."

Angel terkedu. Sisi wajah Cupid dipandang oleh Angel dengan mata bulat. Wajah Cupid kekal tanpa riak sehinggakan Angel tak pasti sama ada Cupid berkata benar atau sekadar bergurau.

"Aku tak tipu. Terpulang kalau kau tak percaya" Kata Cupid bagaikan dapat membaca isi hati Angel.

"Macam mana kau boleh jadi Cupid?" Tanya Angel dengan berhati-hati.

 Takut kalau-kalau dia mengguris hati Cupid biarpun Cupid sebenarnya sudah terluka kerana mengenangkan memori yang berlaku sebelum dia menjadi Cupid.

Cupid menegakkan jari telunjuk. Satu cahaya biru malap muncul. Cupid menghalakan cahaya itu ke arah dahi Angel yang terletak antara dua buah mata.

"Tengoklah sendiri" Cahaya biru itu tenggelam ke dalam bahagian otak hippocampus Angel.


Telinga Angel menangkap suara esakan wanita yang begitu perlahan.  Dia melihat keadaan sekeliling yang bewarna putih.

Hospital lagi!

Dia memandang ke arah dua pasang tubuh yang sedang berdiri. Mereka sedang merenung seorang lelaki yang terbaring di katil. Angel memberanikan diri untuk menghampiri. 

Cupid?

Lelaki itu terlantar lemah tidak bermaya. Dia tidak memakai kaca mata, Membuatkan Cupid nampak lebih muda. Angel teringatkan tentang Nami yang juga terlantar seperti ini. Tapi, Sekurangnya Cupid tidak botak.

"Mama..." Mata Cupid yang terpejam dibuka sedikit.

"Ya, Sayang?" Wanita separuh usia yang berdiri di sebelah Cupid memegang tangan Cupid.

"Boleh sampaikan pada Yuna."

"Nick, Sabar ya. Yuna pasti datang"

Cupid menggeleng lemah. "Nick dah tak boleh. Tolong ma. Beritahu Yuna. Nick cintakan dia"

Wanita itu menekup mukut dengan sebelah tangan. Suaminya yang berdiri di belakang mengusap bahu isterinya dengan penuh hiba. 

"Janji ma."Pinta Nick. 

Ibunya mengangguk. Nick tersenyum.

"Nick!" Teriak ibunya ketika Cupid memejamkan mata. Teriakan ibunya semakin kuat tatkala mesin nyawa di sebelah Cupid menunjukkan tanda garisan panjang. 

Beberapa staf perubatan bergegas mendapatkan Nick sebelum menarik langsir biru, Menghalang pandangan Angel.


Air mata Angel menitis ke pipi saat dia kembali ke alam realiti. Wajah Cupid yang mengukir senyum ke arahnya menjadi tatapan mata Angel.

Dia mungkin tidak berada di sana. Namun perasaan sedih itu dapat dirasai oleh Angel.

"Dah tahu?"

Angel mengesat air mata yang mengalir. Tidak pernah dia tahu Cupid pernah bercinta.

"Jadi, Kau dengan Yuna?"

"Aku tak sempat jumpa Yuna. Dia terperangkap dalam kesesakan jalan raya" Balas Cupid.

"Sebab tu kau jadi Cupid?" Angel membuat kesimpulan sendiri.

"Don't you get it? Kami yang menjadi Cupid semuanya terdiri daripada lelaki yang tidak sempat menemui cinta sejati. Macam aku, Aku terlambat untuk beritahu Yuna dari mulut aku sendiri. So, Dengan menjadi Cupid, Sekurangnya aku dapat bantu insan lain mendapatkan cinta sejati"

Angel mulai faham. Sesungguhnya sebelum ini dia langsung tidak kisah. Dia terlalu sibuk mengumpul mata bintang. Mahu menjadi Guardian Angel yang terbaik di Sky Realm.

"Tapi, Bukan ke kalau kau jatuh cinta, Kau akan jadi buih?"

Cupid memasamkan mukanya yang comel.

"Kau fikir aku ni sabun? Mahu jadi buih"

Angel ketawa. "Manalah tahu"

Cupid menggeleng. Jari telunjuknya menolak bingkai kaca mata yang tersemat kemas.

"Malah puteri duyung pun tidak jadi buih selepas dia melompat ke dalam lautan" Kata Cupid dengan perasaan terluka.

"Eh, Yakah?" Angel baru tahu. "Kau tipulah"

"Aku serius. Sama serius dengan perasaan aku pada Yuna." Cupid menegakkan kelima-lima jari tangan kanan.

Angel memandang ke hadapan. Bukan ke arah Yuna tetapi ke arah Ubban Bridge yang merentasi lautan Firefox. Jambatan ini menghubungkan bahagian utara dan selatan Ubban Falls.

Angel terfikir akan sesuatu. Dia menoleh ke arah Cupid sebelum menyuarakan soalan.

"Hei, Cupid. Macam mana kalau kau kena satukan Yuna dengan orang lain? Kau masih akan lakukan tak?"

"Well..." Cupid menggaru kepala yang tidak gatal.  "At least Yuna dah tahu perasaan aku pada dia. Kalau Yuna tak cintakan aku dan anggap aku tak lebih dari seorang rakan pun aku tak menyesal."

Angel teringat pada Damian. Agaknya kerana itulah Damian meluahkan perasaan petang tadi. Jadi, Walaupun dia menolak cinta Damian sekurangnya lelaki itu sudah lega kerana berjaya merungkapkan rasa hati.

Damian, Maafkan aku. Kalaulah kau bukan ditakdirkan untuk Ayumi, Pasti aku akan menerima cinta kau. Desis hati Angel.

"Kau dah rasa puas dengan menatap Yuna dari jauh?"Angel kembali memandang ke hadapan.

" Yang benar? Dah tentulah tidak. That is why, Kau kalau ada peluang jangan lepaskan cinta tu. Status bukan segalanya Angel. Untuk apa kau menjadi Guardian Angel terbaik kalau di akhirnya kau akan kesunyian"
Pesanan Cupid menyentap tangkai hati Angel.

"Tapi aku tak boleh jadi Guardian Angel lagi kalau aku buat begitu." Angel menunduk.

"Itu kalau kau pilih untuk bersama dengan yang bukan bangsa kita" Kata Cupid.

"Jadi, Kau ada suka pada orang yang bukan daripada bangsa kita?" Serkap Cupid.

Angel buat tidak dengar. Dia tidak tahu ucapan yang baik untuk melibas kata-kata Cupid. Makanya berdiam diri adalah perkara yang terbaik.

Mustahil dia mahu beritahu bahawa dia cintakan Damian. Dia tidak tahu perkara yang akan berlaku andai Cupid tahu tentang rahsia itu. Walaupun Cupid sudah memberitahu rahsia terbesar tentang dirinya.

"Oh, Sebelum aku terlupa, Aku nak berterima kasih pada kau." Cupid bangun dengan bantuan sayapnya.

Yuna sudah masuk ke dalam rumah, Menutup pintu balkoni dan membiarkan lampu di hadapan ruang tamu terpasang.

Cupid juga mahu beredar. Dia tidak boleh berlama-lama menatap Yuna. Dia ada tugas untuk dilakukan.

"Terima kasih, Untuk apa?" Angel turut bangun.

"Kerana Damian dan Ayumi. Nampaknya mereka akan bersatu tidak lama lagi. Bersedialah untuk dapat mata bintang" Cupid mengenyitkan mata kepada Angel.

"Mm...macam mana kau pasti?" Angel gelabah.

"Laporan aku menunjukkan Damian dalam keadaan kecewa. Tidak tahu dari mana puncanya. Kalau Ayumi isi kekecewaan tu, Aku pasti mereka akan bersama Lagi satu. Kalau kau pecahkan rahsia tentang Yuna, Aku akan betul-betul bunuh kau" Cupid mengibaskan sayapnya dan melayang ke udara.

Angel tidak mendengar pesanan Cupid yang terakhir. Dia sedang tercengang dengan berita mengenai Damian dan Ayumi yang akan bersatu.

Hati Angel terasa pedih terbakar. Dan dia terus berdiri di situ walaupun Cupid sudah menghilang.

Angel melontarkan pandangan ke jambatan Ubbin Falls. Melihatkan jambatan itu membuahkan satu persoalan di dalam diri. Mungkinkah akan wujud jambatan untuk menyatukan cintanya dengan Damian?

***

Gadis itu memeluk tubuh, Meliarkan matanya ke kiri dan ke kanan sebelum masuk ke dalam sebuah kedai runcit. 

Dia mencapai beberapa paket makanan dan memasukkannya ke dalam bakul. Ketika mahu mencapai botol minuman, Bahunya ditepuk oleh seseorang.

"Mirna?" Tegur yang empunya tangan.

Mirna pantas berpaling. Air liurnya ditelan.

"Hei, Mirna. Ini aku, Tiffany. Kau ingat aku lagi tak? Kita jumpa masa di Iceland. Gish, Dah dua tahun kita tak jumpa. Kau buat apa dah sekarang?"

"Err..."

Belum sempat Mirna mahu menjawab, Nama Tiffany dilaung oleh seseorang.

"Kau tunggu sekejap. Aku nak kenalkan kau dengan teman lelaki aku." Tiffany terus berlalu mendapatkan seorang lelaki yang sedang keliru memilih barangan harian.

Mirna meletakkan bakul yang dipegangnya ke lantai. Tanpa membuang masa dia terus memecut lari.

Tanpa memandang ke kiri dan kanan, Dia meredah laluan pejalan kaki, Bimbang jika Tiffany mengekori. 

Tubuh kecil Mirna akhirnya tenggelam dalam lautan orang ramai.




Thursday 29 March 2018

Mirna 1

Lelaki bersut hitam itu melangkah masuk ke dalam kedai minuman John's Tavern. Dia berdiri di muka pintu sambil melihat sekeliling kedai. Beberapa orang pelanggan yang ada di dalam kedai itu memandangnya dengan seribu persoalan.

"Evening boys"Sapanya.

Semua orang yang memandang terus mengalihkan pandangan. Tidak peduli untuk membalas sapaannya.

Dengungan orang berbual kembali melatari suasana, Menyambung kembali aktiviti mereka yang terganggu sebentar tadi.

Beberapa orang lelaki separuh abad sedang bermain snoker di sudut yang disediakan. Kepulan asap yang terapung di udara tidak sedikitpun mengganggu permainan mereka.

Lelaki itu tidak terasa hati apabila sapaannya tidak dijawab. Dia berjalan ke bahagian kaunter minuman. Punggungnya dilabuhkan ke sebuah stoll tinggi bewarna hitam.

" Ay, Mate. Nak apa?" Seorang lelaki bertatu di lengan menegurnya.

Lelaki bersut hitam menyebut pesanan minumannya sebelum mengerling jam emas di tangan. Masih ada lima minit sebelum orang yang ditunggunya tiba.

"Kau lelaki dari kota tu, Kan?" Tanya Lelaki bertatu sambil meletakkan gelas berisi air pesanannya.

"Macam mana kau tahu?" Tanyanya kembali.

"Berita tersebar lebih laju daripada internet di Clawfornia ni. Lagipun, Penduduk di sini tak mungkin mampu memakai sut mahal macam kau. Heck, Simpanan seumur hidup aku pun belum tentu mampu beli jam tangan kau tu" Geleng lelaki bertatu.

Lelaki bersut hitam ketawa. Air minumannya disisip perlahan.

"Nampaknya penyamaran aku tak menjadi."

"Yeah, Penduduk di sini tak kisah apa kau nak buat. Asalkan kau tak membawa gangguan." Pesan lelaki bertatu.

"Aku janji. Tak ada apa yang perlu dirisaukan tentang aku." Lelaki bersut hitam mengangkat tangan, Seolah mengangkat sumpah.

"Tapi, Aku tabik dengan kau. Semua orang pun tak berani dekat dengan rumah agam di pingir bandar tu.Ini pula kau nak bina hotel," Sambung Lelaki bertatu.

"Mereka tak perlu takut lagi selepas ni"Kata Lelaki bersut hitam dengan penuh keyakinan.

Lelaki bertatu menggeleng tidak percaya. "Aku tak pasti tentang tu. Rumah tu dah bertahun ditinggalkan. Selepas keluarga Henry, Tiada satu keluarga pun yang sanggup tinggal di situ lebih daripada sebulan. Tapi, Sekarang kau nak bina hotel?"

Dia pelik. Tanah di pingir pekan itu memang sudah lama ditinggalkan orang. Seingatnya cuma beberapa kali sahaja penghuni baru muncul untuk tinggal di rumah agam yang terletak di dalam hutan itu.

Kononnya ada usaha membaik pulih cuba dijalankan. Tetapi semua kerja pembinaan tidak dapat dijalankan. Semuanya akan berhenti selepas sebulan. Atau lebih kurang dari jangka waktu itu.

Kemudian sejak seminggu lepas, Muncul khabar mengatakan bahawa rumah agam tersebut akan dirobohkan untuk kerja pembinaan.

Sekali lagi.

"Kau akan berterima kasih selepas pekan Clawfornia ni dibanjiri pengunjung nanti. Dan selepas beberapa tahun, Mungkin kau mampu beli jam macam aku ni. Atau mungkin lebih"

"Ay. Semoga berjaya membina hotel kau di atas tanah tu. Tapi, Macam aku cakap, Tiada siapa yang mahu ke tempat itu selepas Keluarga Henry"Lelaki bertatu menunjukkan tanda kelar di lehernya dengan ibu jari.

Lelaki bersut hitam tersenyum. Dia sedar tentang perkara itu. Namun dia mempunyai sesuatu yang penduduk di Clawfornia ini tiada.

Destiny.

Dia melihat jam di tangan sekali lagi. Lelaki bertatu yang perasan gelagatnya menyuarakan soalan.

"Tunggu seseorang?"

Serentak dengan itu pintu kedai John's Club dibuka dari luar. Seperti tadi, Semua pengunjung menoleh ke arah pintu.

Kali ini bukan lagi seorang lelaki, Tetapi seorang gadis yang memakai baju luar berwarna hijau dengan gaun putih. Kasut but yang dipakainya kelihatan kusam seperti sudah lama digunakan. Sebahagian rambut hitamnya di bahagian kanan diikat dandan manakala yang lainnya pula dibiarkan lepas bebas tidak terikat.

Mata gadis itu meliar ke sekeliling sebelum berhenti pada lelaki bersut hitam yang sedang tersengih.

"Ay," Kata lelaki bersut hitam.

Gadis itu menghala ke arah lelaki bersut hitam. Tidak sukar baginya untuk meneka orang yang meminta bantuannya. Lelaki bersut hitam itu ibarat tikus di dalam sarang ular dengan gaya pakaiannya yang nampak mewah untuk pekan kecil seperti ini.

Setiap langkahnya menonjolkan keyakinan diri membuatkan lelaki bersut hitam menjungkit bibir. Harapnya gadis ini lebih bagus daripada langkah kakinya.

Gadis itu mengambil tempat di sebelah lelaki bersut hitam. Lelaki bertatu melirik gadis itu yang jelas kelihatan masih di bawah umur.

"Kid, Awak tak sepatutnya ada di sini." Lelaki bertatu bersuara.

"Jangan risau. Dia dengan saya" Balas lelaki bersut.

Lelaki bertatu menjungkit kening. Jari telunjuknya ditujukan ke arah si gadis.

"Anak kau?"

"Nope. Cuma seseorang yang akan bantu aku bina hotel tu."Jawab lelaki bersut hitam.

" Okay. Tapi dia takkan dapat minuman di sini"Beritahu lelaki bertatu.

"Tak perlu risau. Saya tak datang untuk minum." Suara gadis itu berkumandang perlahan seakan berbisik.

Lelaki bertatu kelihatan terkejut. Entah mengapa bulu romanya naik di seluruh badan apabila gadis itu mengeluarkan kata-kata.

Bagaikan mengetahui perkara yanh sedang berlaku, Lelaki bersut hitam menjungkit kening.

"Alrite," Balas lelaki bertatu sebelum berlalu untuk berbual dengan pelanggan lain.

Tetapi matanya sesekali dilirikkan kepada gadis yang menunduk ke bawah itu. Gadis misteri yang tidak diketahui dari mana kemunculannya. Hanya yang diketahui ialah namanya Destiny.

"Awak dah sedia?" Tanya lelaki bersut hitam.

"What is the story?"Tanya Destiny.

"Sejak 50 tahun lepas, Rumah tu tidak berpenghuni. Keluarga terakhir yang tinggal di sana, Mati dibunuh akibat kebakaran. Sepasang suami isteri dan tiga kanak-kanak. Laporan mengatakan mereka semua dibunuh sebelum rumah itu dibakar untuk menutup jejak rompakan"Lelaki bersut hitam memulakan penceritaan.

Destiny mengangguk. Tapi dia masih memerlukan maklumat tambahan.
"What about their family?"

"Datang dan ambil barang berharga yang masih terselamat. Ada pihak cuba baiki rumah tu balik, But then strange things happen"

"How strange?"

Lelaki bersut hitam menghabiskan minuman dengan sekali teguk.

"Itu yang kau kena siasat."


   Image result for abandoned houses in the woods

Rumah agam itu dibina 50 tahun lalu oleh Tuan Henry, Seorang saudagar kaya. Dia digelar Henry dermawan yang tidak lokek dengan bantuan kewangan kepada mereka yang memerlukan.

Namun pada suatu malam, Semua ahli keluarga Tuan Henry terbunuh dalam satu kebakaran. Dan sejak itu ada ura-ura mengatakan pekan ini berhantu. Semua penduduk yang melalui kawasan rumah Tuan Henry sudah faham agar tidak menoleh ke arah rumah ini.

Jika tidak, Hantu Tuan Henry akan mengikut anda ke rumah dan membuat kacau sehingga permintaannya dikabulkan. 

Penduduk terakhir yang ingkar dengan larangan tersebut mati membunuh diri akibat tidak tahan diganggu. Ada juga yang mengatakan bahawa Tuan Henry yang membunuh lelaki tersebut kerana permintaannya tidak dipenuhi.

Apapun yang berlaku, Di malam ini seorang gadis akan cuba merungkai misteri yang diperkatakan. Dan mungkin, Membantu hantu Tuan Henry untuk kembali ke tempat yang sepatutnya.

Sebuah kereta Ford Ranger hitam berhenti tidak jauh dari rumah agam tersebut.

"Awak perlu apa-apa?"Lelaki bersut hitam menyoal.

Destiny menoleh ke arahnya dengan pandangan kosong. Lelaki bersut hitam menoleh ke arah dua orang bodyguardnya yang turut berada di dalam kereta. 

"Just asking"Kata lelaki bersut hitam.

Gadis itu membuka pintu kereta, Melangkah keluar dari perut kereta.

"Kau kena pergi dari sini"Katanya lantas menutup pintu.

"Kau pasti?"

Soalannya tidak dijawab. Destiny memusingkan badan sebelum melangkah ke hadapan, Menuju ke rumah agam yang dipenuhi dengan hutan.

Kedua orang bodyguardnya ketawa selepas gadis itu menghilang dari sebalik kabus.

"Bos, Mana bos jumpa dia?" Tanya bodyguardnya yang duduk di sebelah pemandu.

"Dia yang jumpa aku." Lelaki bersut tersenyum.

"Cute tapi kind of crazy" Balas bodyguardnya. "So, Kita nak tunggu atau berambus?"

Lelaki bersut hitam berfikir sejenak sebelum mengarahkan untuk berlalu pergi.

"Aku tak mahu Tuan Henry cari aku pula nanti. Kau mahu?"


         Sambil berjalan mata Mirna melihat-lihat bahagian hadapan rumah agam yang mempunyai dekorasi seperti sebuah istana.

Di sebalik kesan kebakaran, Mirna pasti rumah ini dahulunya merupakan sebuah rumah yang melambangkan status kekayaan pemiliknya.

Bunyi burung hantu yang bertenggek di sebuah pohon pokok tidak sedikitpun menggentarkan hatinya. Kata orang, Jika burung hantu berbunyi menandakan seorang ahli sihir berada berdekatan.

Mirna menoleh ke kanan. Sebuah taman permainan menjadi tatapan matanya. Mirna memejamkan mata.Dia boleh mendengar suara riang kanak-kanak yang bermain di situ.

Tiga orang budak.

Seorang lelaki dan dua perempuan.

Mereka kelihatan gembira sebelum pemandangan itu digantikan dengan api yang marak.



Pantas kelopak matanya dibuka semula. Mirna menarik nafas sebelum meneruskan perjalanan. Dia tidak mahu berterusan memerhatikan kenangan yang pernah berlaku di sini.

Langkah Mirna terhenti seketika di hadapan pintu rumah agam itu yang sudah terkopak. Hanya menanti masa untuk rebah jatuh ke lantai.

Mirna menundukkan badan sebelum masuk melalui lubang yang muat-muat untuk dirinya. Dengan penuh berhati-hati dia melangkah, Mengelak daripada menyentuh mana-mana bahagian dalam rumah ini.

Dan kemudian dia merasakannya. Satu aliran sejuk yang mengalir dari kaki dan menjalar sehingga ke lengan. Sementara itu suhu di sekelilingnya bertambah sejuk, Menandakan kehadiran makhluk yang menjadi sebahagian dariada hidupnya.

Spirit.



Mirna Prolog



Pimchanok as Mirna 😍


Madam Eloisa berjalan laju sehingga tapak kasut tinggi yang dipakainya kedengaran jelas di telinga para pelajar. amereka yang  khusyuk memberi perhatian di dalam kelas menjadi terganggu.

Terjengul-jengul kepala para pelajar melihat tubuh Madam Eloisa. Menanti kalau-kalau wanita itu akan masuk ke dalam kelas mereka. Namun mereka melepaskan helaan lega sebaik pengetua Whisper Hollow Academy itu melintasi kelas mereka tanpa berpaling.

Madam Eloisa membuka pintu kelas Mrs. Jua yang mengajar astronomi. Selain mengajar, Mrs. Jua juga merupakan seorang oracle.

"Mrs. Jua. Awak ada berita untuk saya?"

Mrs. Jua yang sedang berdiri dengan Prof. Basil yang mengajar potion and herbology mengangguk.

"Saya dah nampak, Tapi, Saya tak pasti kalau dia adalah orang yang kita cari."
Beritahu Mrs. Jua.

"Kita perlu mencuba" Kata Madam Eloisa.

Mrs. Jua berjalan ke arah mejanya. Sebuah bola emas kecil diambil sebelum dibawanya ke hadapan Madam Eloisa dan Prof. Basil.

Mrs. Jua memetik jari. Serentak itu kelasnya yang terang benderang menjadi gelap. Mrs. Jua membaling bola emas tersebut ke hadapan.

Bola itu terapung sebelum mengeluarkan cahaya terang. Kelas Mrs. Jua kini berganti dengan panorama alam semesta. Cahaya bintang dan planet-planet yang berlegar dalam garisan mereka diperhatikan oleh Madam Eloisa dan Prof. Basil.

Mrs.Jua mendekatkan pemandangan ke arah bintang-bintang yang bertaburan. Setelah mendapat bintang yang diingini, Mrs. Jua menghentikan pemandangan di situ.

"Itu, Orang yang kita cari." Mrs. Jua menunjuk ke satu arah yang kelihatan seperti jajaran bintang yang berselerakan.

"Maaf, Mrs. Jua. Boleh awak jelaskan lebih terperinci" Tanya Prof. Basil.

"Ini adalah sebuah peta. Menunjukkan di mana anak Peter berada. " Kata Mrs. Jua.

"Anak? Bagaimana dengan Peter?" Tanya Madam Eloisa.

Mrs. Jua meredupkan pandangan sebagai jawapan. Madam Eloisa menoleh ke arah Prof. Basil. Lelaki itu mengangguk kecil, Turut mengerti maksud Mrs. Jua.

"Saya tumpang simpati Prof. Basil" Kata Madam Eloisa.

Prof. Basil menggeleng. "Tak apa. Sekurangnya kita masih ada anak dia. Anak saudara saya yang tak pernah saya tahu."

"Mrs. Jua. Boleh awak cari di mana sebenarnya anak perempuan Peter berada?"

Mrs. Jua tersengih, Menampakkan lesung pipit di kedua belah pipinya.

"Dan tentu. Malah saya nampak wajah dia dalam mimpi semalam. Dan ya, Saya akan berikan potret beliau kepada awak Prof. Basil"

Prof. Basil kelihatan gembira mendengar khabar yang disampaikan oleh Mrs. Jua.

"Good. Sekarang kita kena cari orang untuk bawa anak gadis Peter kembali ke sini." Kata Madam Eloisa.

"Dengan hormatnya, Madam. Izinkan saya untuk menemui dan membawa pulang anak saudara saya." Pinta Prof. Basil.

Dia ingin memikul tanggungjawab ini. Lagipun, Sudah begitu lama adiknya menghilang ke dunia manusia sehingga mereka tidak sempat untuk bertemu untuk kali terakhir.

Sebagai pak cik, Rasanya dia yang lebih berhak untuk membawa pulang anak saudaranya ke dunia magis.

"Awak pasti Prof. Basil? Bagaimana dengan pelajar awak?" Tanya Madam Eloisa.

Prof. Basil terdiam. Dia sangat teruja untuk menemui anak saudaranya sehingga terlupa tentang perkara lain.

"Mungkin Prof. Basil boleh menghantar sesiapa untuk menjaga gadis tu sehingga pelajar tahun akhir selesai peperiksaan?" Cadang Mrs. Jua.

"Mrs. Jua, Itu rancangan yang bagus. Baiklah, Kita akan hantar seseorang ke dunia manusia sementara Prof. Basil menghabiskan kerja di sini. Awak setuju, Prof. Basil?" Madam Eloisa menyoal.

"Asalkan anak saudara saya dapat kembali ke sini." Angguk Prof. Basil.

"Kita akan dapatkan dia kembali, Prof. Basil. Dan kita akan jaga dia sama-sama." Janji Madam Eloisa.

"Tapi kita kena cepat." Mrs. Jua memegang kedua belah tangannya.

"Ada apa Mrs. Jua?" Tanya Madam Eloisa. Hatinya mula tidak enak melihatkan wajah panik Mrs. Jua.

"Bintang yang mewakili anak gadis Peter mempunyai asap hitam di sekelilingnya." Kata Mrs. Jua.

"Apa maksudnya?" Tanya Prof. Basil.

Madam Eloisa menahan nafas, Dia tahu makna asap yang mengelilingi bintang anak gadis Peter.

"Bermaksud bukan kita seorang yang sedang mencari anak saudara awak, Prof. Basil." Madam Eloisa menjawab soalan Prof. Basil.

Prof. Basil seperti keliru sebelum dia mula menyumpah dalam bisikan.

"Pasti mereka. Dulu mereka sudah ambil Peter. Saya takkan biarkan seorang lagi ahli keluarga saya dirampas oleh mereka!" Marah Prof. Basil.

"Jadi kita kena segera bertindak. Sebelum mereka mendapatkan anak gadis Peter" Kata Madam Eloisa.

Mereka bertiga merenung bintang yang mewakili anak saudara Prof. Basil. Madam Eloisa hanya mampu berharap, Agar bintang itu terus berkelip sehingga mereka dapat mencarinya.

Dan jika perlu, Dia sendiri yang akan mendapatkan anak gadis Peter ke sini.

Pasti!


Wednesday 28 March 2018

Angel 12

 

     'Love is holding on to memories,
              That only a heart can see'

                       Nami Amiura

Angel membaca epitaph yang tertulis pada batu yang menjadi penanda pusara Nami. Disebabkan Nami merupakan anak yatim, Maka tiada ahli keluarga yang datang untuk memberi penghormatan terakhir kepada gadis kecil ini.

Tetapi sekurang-kurangnya Ayumi dan rakan-rakannya ada untuk menghantar pemergian Nami. Seorang demi seorang melangkah pergi, Meninggalkan Angel seorang yang masih berdiri di hadapan pusara Nami.

Ayumi yang diiringi oleh ibu bapanya menoleh ke arah Angel. Dia membisikkan sesuatu kepada ibunya sebelum menghampiri Angel. Melihatkan Ayumi yang menghampiri, Angel mengalihkan tubuh menghadap gadis itu.

"Cik Angel, Terima kasih sebab datang"
Kata Ayumi.

Mata Ayumi berbekas merah tanda menangis. Dia mengelap air mata yang masih bersisa di pipi sebelum memberikan teddy bear milik Nami kepada Angel.

"Apa ni?" Tanya Angel pelik.

"Nami, Beberapa kali sebelum dia meninggal. Dia minta saya berikan kepada Cik Angel. Katanya berikan teddy ni kepada kakak Angel yang berambut panjang warna merah"

Angel terkejut.

"Nami cakap macam tu?"

Ayumi angguk. "Saya pun tak tahu macam mana Nami boleh kenal Cik Angel. It is a mystery. Tapi, Ibu saya pun beritahu yang Cik Angel memang pemiliknya."

Angel mengalihkan pandangan ke arah ibu Ayumi. Wanita itu tersenyum manis sambil mengangguk.

"Macam mana ibu awak tahu yang Nami maksudkan saya?"

Ayumi jungkit bahu. Teddy bear Nami masih dihulurkan kepada Angel. Dengan teragak-agak Angel mengambil teddy bear tersebut dari tangan Ayumi.

Ayumi mendapatkan ibu dan ayahnya sebelum mereka bertiga melangkah pergi. Angel terkedu ketika ibu Ayumi berpaling ke belakang dan mengukir senyum kepadanya sekali lagi.

"Okay, Weird" Geleng Angel, Membuang prasangka buruk yang bertandang di dalam diri.

Sambil memeluk teddy bear milik Nami, Angel berjalan perlahan-lahan, Menyusuri kawasan perkuburan yang sama tetapi ke arah yang berlainan.

Setelah beberapa lama berjalan, Kakinya berhenti di sebuah pusara yang terletak secara bersebelahan.

Angel menarik nafas dalam. "Ibu, Ayah"


         Angel duduk di kerusi berhadapan dengan bilik rawatan ibu. Walaupun tiada sesiapa yang memberitahu, Dia yakin masa untuk ibunya sudah suntuk.

Dia bukannya budak kecil. Dia faham.

"Angel"

Angel mengangkat wajah, Memandang seorang Healer Guardian lelaki yang memakai kot putih.

"Ibu awak nak jumpa"

Angel bangun dari kerusi, Melepasi bahagian pintu yang terbuka sebelum berjalan menuju ke arah ibunya yang berada di atas katil.

"Saya tinggalkan awak berdua" Beritahu Healer Guardian tadi.

Ibu tersenyum sebelum mengangguk. Rambut Angel diusap oleh ibu dengan penuh kasih sayang. Usapan terakhir yang tidak diketahui oleh Angel.

"Angel, My Angel. Jangan sedih. Angel kena kuat macam Warrior Angel, Macam ayah"

Angel angguk. Tidak setitis pun air matanya yang keluar. Dia kuat.

"Ibu akan beritahu ayah. Anak dia ni sangat kuat dan bijak sama sepertinya."

Angel memanjat katil, Membaringkan kepala ke dada ibunya.

"Ibu bangga dengan Angel"

Sedetik.

Dua detik.

Angel mengalirkan air mata apabila degupan jantung ibunya tidak lagi kedengaran.

"Ibu"


Angel menyedut udara puas-puas. Bau bunga sakura yang dibawa angin mententeramkan hatinya yang sebak. Kenangan bersama ibu kerap kali bertandang setiap kali dia menyaksikan kematian.

Bunyi tapak kaki yang menghampiri membuatkan Angel menoleh. Terkejut dia melihat Damian yang sedang berjalan memghampiri.

"Damian" Angel tidak menyangka Damian masih ada di sini. Sangkanya Damian sudah pergi bersama Ayumi.

"Maaf. Saya nampak awak datang sini selepas hantar Ayumi ke kereta." Terang Damian.

Dia menunduk, Melihat dua buah batu kelabu yang tertulis perkataan ibu dan ayah.

"Your parents?" Tanya Damian.

Angel mengangguk. Damian turut mengangguk faham sebelum menundukkan kepala ke dua buah batu tersebut. Gaya sapaan yang biasa dilakukan oleh penduduk negara Ubban Falls ini.

"Encik, Puan, Nama saya Damian. Nice to meet you,"

Angel yang pelik mula faham tindakan Damian. Bibirnya bergerak-gerak menahan ketawa.

"Saya kawan Angel, At least I hope. Anak encik dan puan begitu cantik dari kali terakhir saya lihat dia. Walaupun, Semua tu tak merubah perasaan saya pada dia."

Angel pantas merenung Damian. Dadanya berdebar dengan ucapan Damian tadi.

"Tapi, Saya faham dia dah bertunang. Guess, Saya dah tak ada chance" Damian menjungkit bahu.

"Damian,"

Damian menoleh ke arah Angel. "Dan saya tak tipu pasal perasaan saya."

***

Angel meletakkan lengan ke atas dahi. Dia sedang berbaring di atas karpet bilik Ayumi dengan gadis itu termenung di birai katil.

Di dalam bilik ini suasana begitu sunyi sepi. Angel dan Ayumi masing-masing melayan perasaan sendiri. Ayumi juga langsung tidak bergerak sejak habis sesi makan malam tadi. Entah apalah yang difikirkan olehnya.

Angel buntu. Dia teringat kisah petang tadi bersama Damian.

"Apa awak cakap ni?" Nada Angel naik satu oktaf.

"Saya cintakan awak, Angel." Damian tenang.

Angel terkedu. Pipinya terasa panas. Tapi...tak mungkin. Damian bukan untuknya. Damian telah ditakdirkan untuk Ayumi. 

"Saya ingatkan awak dah berubah. Rupanya awak masih sama macam dulu"

"What?"Damian tidak faham.

Angel menggeleng. "Lepas awak selamatkan Snow dulu, Saya sedar awak bukannya jahat sangat. Tapi, Sekarang saya dah tak pasti tentang tu"

"Angel, Saya tak faham kenapa awak nak marah sangat."Damian merapatkan jurang antara mereka.

Angel menelan liur. Dia boleh menghidu haruman yang dipakai oleh Damiam kerana jarak mereka yang dekat.

"Bukankah awak dengan Ayumi?" Kata Angel.

Rahang Damian bergerak-gerak. "Awak fikir begitu? Kakau saya baik dengan nenek usia 80 tahun pun awak akan anggap dia teman wanita saya ke?"

Angel terdiam dan Damian menyambung kata.

"Saya cuma pernah cintakan seorang wanita sahaja. Dan wanita itu adalah awak, Angel. Saya tak cintakan Ayumi, Atau Carla atau gadis lain. Sama macam awak tak cintakan Nick"

Mata Angel berair semula. Kenapa? Kenapa Damian suka membuatkan dia menangis?

"Awak tak tahu apa-apa tentang saya dengan Nick"

"Jadi awak tahu semua tentang saya? Tentang Ayumi?"

Angel menggigit bibir. Dia berpaling, Mahu melangkah pergi. Namun tubuhnya kembali terdorong ke hadapan akibat lengannya yang direntap oleh Damian.

"Dami..." Angel kematian kata-kata.

Kehangatan tubuh Damian yang memeluknya membuatkan Angel kaku. Pelukan Damian sangat erat, Bagaikan enggan melepaskan dia pergi. Angel menggenggam tangan. Dia keliru dengan perasaannya ketika ini.

"I wish I had never let you go. Masa di Iceland, Saya patut beritahu awak pasal perasaan saya." Damian memegang belakang kepala Angel. 

Angel mengetap bibir. Segalanya sudah terlambat, Damian. Awak bukan untuk saya. 

Angel menolak tubuh Damian. Lelaki itu yang berdegil akhirnya akur apabila Angel meronta untuk dilepaskan.

"Maaf. Saya tak boleh terima cinta awak. Mungkin awak patut beri peluang pada Ayumi"

Angel terus mengorak langkah, Meninggalkan Damian. Teddy bear pemberian Nami dipeluk erat olehnya.

So stupid, Bisik hati Angel.

Memori Angel berterabur selepas Ayumi bangun dari katil. Sambil mengesat air mata yang bergenang, Angel mengikut Ayumi sehingga gadis itu melangkah ke dalam almari bajunya yang memiliki saiz sebuah bilik besar.

Ayumi membuka sebuah laci sebelum mengeluarkan sepasang kasut luncur ais. Kasut itu diusap oleh Ayumi. Bersama kasut itu juga Ayumi mengeluarkan sebuah frame gambar.

Foto Ayumi yang masih muda sedang tersenyum gembira dengan pakaian untuk meluncur. Di sebelahnya berdiri Damian yang masih di awal remaja.

Seperti Angel, Ayumi juga nampaknya sedang dilanda kesedihan. Angel mengerti, Kasut luncur itu dan Damian membawa erti yang sangat mendalam kepada Ayumi.

Angel duduk di sebelah Ayumi yang sudah teresak menangis. Perlahan-lahan dia menggapai bahu gadis itu.

"Its okay to cry" Bisik Angel membuatkan Ayumi semakin kuat menangis.

Di malam itu, Dua orang gadis menangis kelukaan disebabkan lelaki yang sama.


Selepas melakukan circle keselamatan, Angel melebarkan sayap, Meninggalkan Ayumi yang sudah tertidur sambil memeluk gambar Damian.

Angel terbang tanpa arah, Menyusuri kota Ubban Falls yang bermandi cahaya. Sambil meluncur di udara fikiran Angel berpusing-pusing memikirkan antara tugas, Ayumi, Damian dan perasaannya sendiri.

Angel meluncur rendah, Menyusuri bangunan tinggi yang megah berdiri secara bertentangan. Refleksi dirinya terpancul pada tingkap kaca bangunan akibat nyalaan lampu-lampu neon yang terpasang.

Dalam kekeliruan itu, Mata Angel menangkap kelibat seseorang yang bewarna putih sedang berdiri di atas bumbung sebuah apartment.

Deria matanya ditajamkan oleh Angel. Ternyata dia tidak salah melihat. Memang Cupid sedang berdiri di situ sambil merenung ke arah bangunan apartment di bahagian bertentangan.

Angel meluncur ke bawah dan mendarat agak jauh dari Cupid. Dia turut memandang ke arah yang dilihat oleh lelaki itu.

Nampak seperti Cupid sedang memerhatikan seorang wanita yang sedang menulis di balkoni. Angel fikir mungkin gadis itu merupakan mangsa Cupid yang seterusnya.

Tapi...

Kenapa mata Cupid menyatakan yang sebaliknya?

Tidak betah menunggu, Angel berjalan laju mendapatkan Cupid. Jelas Cupid nampak terkejut melihat Angel di situ.

"Angel"

"Cupid. Kenapa kau kat sini? Siapa gadis tu?"

Cupid membuat muka serius. Dia merenung tajam ke arah Angel.

"Cupid?" Angel gabra.

Cupid menolak bingkai kaca matanya dengan jari telunjuk.

"Nampaknya kau dah tahu rahsia aku. Kau tak sepatutnya tahu pasal semua ni. Maaf Angel. Aku tiada pilihan selain bunuh kau"

Angel 11

Angel meluncur laju ke bawah. Busur pemberian Ery dan Gothart dikeluarkan olehnya. Kereta Damian berpusing beberapa kali sebelum tersadai di atas jalan.

Dalam keadaan mod halimunan, Angel merapati kereta Damian. Dari tingkap kaca dia dapat melihat Damian yang memegang erat stereng kereta. Ayumi pula memegang erat tali pinggang keledar sambil tercungap-cungap menarik nafas.

"Ayumi okay?" Tanya Damian.

Ayumi mengangguk laju. "Okay."

Damian meninjau keluar dari tingkap kereta. Dia tahu ada sesuatu yang menyebabkan keretanya hilang kawalan.

Apatah lagi kawasan sekitar jalan raya yang sunyi meyakinkan dia bahawa mereka berdua kini berada dalam dunia yang lain.

"Ayumi tunggu di dalam" Pesan Damian sambil membuka tali pinggang keledar.

Angel mengapungkan badan ke udara ketika Damian membuka pintu kereta.

"Abang, Hati-hati" Suara Ayumi kedengaran dari dalam.

Selepas menutup pintu, Damian meletakkan tapak tangannya di badan kereta. Satu cairan ais muncul dari tapak tangan Damian dan menutupi keempat-empat bahagian pintu keretanya.

Walau apapun gerangan yang cuba mengganggu, Sekurangnya Ayumi akan selamat di dalam kereta. Damian berjalan perlahan-lahan ke hadapan.

Angel meletakkan busur panahnya pada bumbung kereta Damian. Serbuk Fairy Dust yang melekat pada busur tersebut melekat pada kereta Damian seterusnya menghalang pandangan Ayumi dari perkara yang akan berlaku di luar.

Bukannya dia tidak percayakan Damian. Tapi Angel tidak mahu mengambil risiko sekiranya Ayumi terlihat sesuatu yang tidak sepatutnya diketahui oleh gadis itu.

Misalnya jika Ayumi tahu bahawa dia merupakan Guardian Angel, Maka sia-sia sahaja usaha kerasnya selama dua tahun ini.

"Yes"

Angel menoleh ke belakang. Busur panahnya diangkat, Bersedia untuk memanah musuh.

Namun tiada sesiapa di belakangnya. Angel mula gabra. Kali ini, Makhluk apa pula yang cuba mengganggu.

"Siapa kau?!"Marah Angel.

"Aku tahu benda yang tersembunyi dalam hati kau. Lelaki tu, Kau mahukan dia." Suara itu kedengaran jelas di telinga Angel.

Namun dia tidak dapat melihat kelibat musuhnya. Tubuh Angel menggeletar. Hanya ada satu sahaja makhkuk uang dia tidak dapat lihat.

Spirit!

"Kau, Siapa yang hantar kau?"

Damian yang berjalan beberapa tapak ke hadapan menghentikan langkah. Entah kenapa dia terasa tidak sedap hati.

Dia mendongak, Mencari sesuatu yang tidak dapat dipastikan. Tetapi hatinya melonjak-lonjak ingin memandang ke atas.

"Kalau berani, Keluarlah!"Jerit Angel.

Makhluk yang menganggunya hanya ketawa mengilai.

"Kau mahukan dia. So badly. Gadis tu, Dia tak layak untuk bersama dengan Damian. Kau tahu aku betul"

Angel menggeleng." Diamlah"

"Gadis tu takkan jadi penghalang kalau dia tak ada. Dalam dunia gelap ni, Hanya aku yang akan tahu..."

"Stop"

"Dia juga mahukan kau. Remember?" Suara itu terus-terusan menghasut.

Genggaman tangan Angel pada busurnya kian longgar. Angel menoleh ke arah Damian yang melihat ke arahnya.

Damian...

Angel meluncur perlahan-lahan ke bawah.

"Yes, Dia sedang tunggu kau. Gadis tu, Aku boleh uruskan dia."Suara itu memujuk Angel.

Kaki Angel menghampiri kereta Damian.

" Yes, Kau cuma perlu buka pintu tu. Aku akan uruskan dia. Dan Damian akan jadi milik kau. Tiada siapa akan tahu."

Angel mengangkat tangan, Mahu membuka pintu kereta Damian. Tetapi di waktu yang sama, Damian juga ingin membuka pintu menyebabkan tangan mereka bersentuhan secara tidak sengaja.

Angel terdorong ke belakang akibat terkejut. Kedua tangannya dilekapkan ke dada. Busur panah Angel terjatuh ke atas jalan.

Damian juga jelas terkejut. Dia merenung tangannya sebelum memandang ke hadapan dan bahagian tepi.

"Angel?" Bisik Damian.

Angel terkedu. Hatinya tiba-tiba menjadi sayu. Pantas Angel memejamkan mata, Menggunakan kuasa telepati untuk memanggil Warrior Angel.

Bunyi kilat yang sabung-menyabung mengejutkan Damian. Cahaya kilat di dada langit dan angin kencang memberikan petanda bahawa hujan lebat akan tiba.

"Abang,"Panggil Ayumi. Dia membuat isyarat agar Damian melangkah masuk ke dalam kereta.

Damian meletakkan tapak tangan, Mencairkan semula shield ais yang dibina sebelum membuka pintu kereta.

"Ada apa di luar?" Tanya Ayumi ingin tahu.

Damian menghidupkan enjin, Memasukkan gear sebelum menekan minyak.

"Nothing." Balas Damian sepatah.

Angel memerhatikan pemergian Damian sebelum mengambil semula busurnya yang terjatuh.

Sementara itu jeritan nyaring kedengaran setiap kali pancaran kilat berlaku. Angel melebarkan sayap, Dia mahu tahu makhluk apakah yang telah mengganggu emosinya tadi.

"Guardian Angel, Pergi dari sini!" Seorang Warrior Angel menghalang Angel dari menghampiri.

Angel memusingkan busurnya ke udara. Satu cahaya kuning terjadi dengan pantas sebelum busurnya bertukar kepada Shield dan Armour seperti yang dipakai oleh Warrior Angel.

"Saya akan selamat." Angel berdegil untuk kekal berada di situ.

Dia menyaksikan beberapa orang Warrior Angel dengan kuasa kilat masing-masing sedang menyerang makhluk bewarna merah tanpa kaki.

Pertarungan mereka berakhir apabila spirit tersebut diikat dalam rantai elektrik yang dipegang oleh tiga Warrior Angel.

Saiznya yang kecil menyebabkan dia tidak mampu melarikan diri daripada ditahan.

"Amanjaku,"

Angel menyebut nama spirit yang mengganggunya tadi.

***

Amanjaku, Spirit yang akan bokeh membaca keinginan seseorang yang paling dalam. Spirit ini akan memanipulasi mangsanya demi mencapai kemahuannya sendiri.

Di dalam kes ini, Angel hampir-hampir mendengar kata-kata Amanjaku untuk mendapatkan Damian.

Cupid duduk bersila di atas meja pejabatnya. Seperti biasa fail merahnya terapung di hadapan Cupid. Sehelai pen berbulu putih bergerak-gerak menulis sesuatu di dalam fail.

"Chillax Angel. Nanti mereka akan beritahu kau juga selepas mereka dapat maklumat daripada Amanjaku tu"

Angel masih tidak puas hati. Sudah dua hari berlaku sejak serangan Amanjaku tempoh hari. Tetapi sehingga kini Mr.Sincere tidak memaklumkan apa-apa kepadanya.

"Aku takkan puas hati selagi tak dapat tahu siapa yang cuba ganggu hidup aku."

Fail Cupid beralih ke tepi. Cupid menopang pipi dengan tangan kanan.

"Kau ada syak sesiapa?"

Angel terdiam. Lama kemudian dia menggelengkan kepala.

"Aku bukan jenis serkap jarang macam tu."

"Then, Tunggu sahajalah kalau-kalau Mr.Sincere ada maklumat berkaitan kes kau ni." Kata Cupid.

Angel menyandarkan kepala ke sofa manakala Cupid kembali menatap failnya.

"Hey, Cupid" Panggil Angel.

Cupid tidak bergerak tetapi menganggukkan kepala, Tanda mendengar panggilan Angel.

"Kalau kita dah berjaya satukan Damian dengan Ayumi nanti, Boleh ke kalau aku nak tukar anak guardian?"

"Terpulang pada kau. Tapi, Itupun kalau Mr.Sincere dapat cari Guardian Angel yang baru untuk dia."

Angel memeluk tubuh. Selepas kejadian diganggu Amanjaku tempoh hari, Dia sudah mula ragu-ragu untuk menjaga Ayumi.

Nasib baik Dia terkejut apabila tangannya bersentuhan dengan Damian. Kalau tak, Tentu dia sudah membuka pintu kereta Damian. Dan Amanjaku tempoh hari akan memakan Ayumi.

Angel mengangkat tangan, Merenung tangan kanannya yang bersentuhan dengan tangan Damian.

"Cupid"

"Yes?"

"Kau pernah bercinta tak?"

Pen berbulu putih Cupid terhenti menulis. Angel melihat Cupid yang sepertinya sedang termenung jauh.

"Cupid?"

Puff!

Fail Cupid hilang. Tubuh Cupid terapung dari meja sebelum dia berdiri di belakang meja. Kedua tangannya dimasukkan ke dalam saku seluar.

"Ayumi datang" Sebaik Cupid memaklumkam kedatangan Ayumi, Pintu biliknya diketuk dari luar.

"Masuk" Arah Cupid.

Ayumi membuka pintu pejabat Cupid. Wajahnya nampak keresahan. Ayumi menghampiri Cupid.

Lagaknya seperti tidak perasan Angel ada di situ. Cepat-cepat Angel menggunakan mod halimunan.

"Nick, Saya nak minta cuti emergency. Saya perlu ke hospital. Saya tak dapat cari Cik Angel dan saya perlu mengejar masa"

"Okay,"

Ayumi tersentak. "Err, Boleh?"

"Ya."

"Betul?" Tanya Ayumi lagi. Masih tidak percaya bahawa dia diberikan perlepasan dengan begitu mudah.

Penat sahaja kepalanya merangka idea untuk merayu kepada Nick agar diluluskan cuti.

Cupid membetulkan kaca matanya. "Tak apa awak tak perlu risau. Nanti saya maklumkan pada Cik Angel"

Ayumi terasa ingin menangis. "Terima kasih Nick"

"Sure" Balas Cupid.

Tanpa membuang masa terus sahaja Ayumi mengorak langkah keluar dari pejabat Cupid.

Angel tidak perlu menunggu arahan Cupid. Dia mengapungkan diri sebelum keluar melalui dinding untuk mengekori Ayumi.

Cupid memalingkan tubuhnya ke belakang dan bersandar di meja. Dia memejamkan mata, Menggunakan kuasa telepati untuk menghubungi seseorang.

'Misi saya hampir berjaya'

Seketika kemudian orang yang dihubungi Cupid membalas kata-katanya.

'Bagus'


        Ayumi duduk di kerusi yang disediakan oleh pihak hospital. Kedua tangannya menekup wajah.

"Ayumi!"

Angel yang sedang bersandar di dinding hadapan Ayumi merenung Damian yang berlari mendapatkan Ayumi.

"Abang!" Ayumi bingkas bangun dan berlari memeluk pinggang Damian, Menangis di dada lelaki itu.

Angel memeluk tubuh dan melarikan pandangannya.

Chillax. Chill out and relax, Angel.

"Shh, Abang terus datang lepas dengar voice mail Ayumi. Maaf, Sebab abang lambat" Damian mengusap rambut Ayumi.

"Nami...doktor cakap dia dah...doktor suruh bersedia. Ayumi...dah jaga dia dari dia kecil. Ayumi tak sanggup"
Ayumi tersedu di dada Damian.

"Kita tunggu sama-sama"
Kata Damian.

"Abang janji jangan tinggal Ayumi macam Nami."

Damian mengangguk."Okay"

Angel tidak betah untuk melihat penggambaran drama Ayumi dan Damian. Dia mengapungkan diri sebelum perlahan-lahan terbenam ke bilik Nami melalui dinding.

Nami terbaring kaku di atas katil pesakit. Lingkaran hitam terbentuk di bawah matanya dengan keadaan Nami yang kelihatan begitu lemah.

Dia membuka mata ketika tersedar kehadiran Angel. Demi terpandang sahaja tubuh Angel, Bibirnya yang pucat menguntum senyuman kecil.

"Kakak,"Nami bersuara perlahan.

" Hai." Angel memegang tangan Nami yang terasa sejuk.

Dia masih ingat kata-kata Cupid tempoh hari berkenaan dengan Nami. Masanya sudah tiba juga. Hari ini Nami akan pergi meninggalkan dunia mortal.

"Kakak datang teman Nami?"

Angel menahan rasa sedih. Dia duduk di sebelah Nami dan mengangguk. Nami semakin melebarkan senyuman meskipun sukar.

Ini adalah kali kedua mereka bertemu. Tetapi entah mengapa Nami begitu menyukai Angel.

"Kakak,"

"Ya?"

"Nami takut"

Angel tidak upaya menahan. Kolam air matanya pecah juga. Sudahlah dia memang rasa sedih melihat Ayumi memeluk Damian. Sekarang Nami pula membuat pengakuan begini.

Angel memanjat katil, Memeluk tubuh tulang Nami. Dahi Nami dikucup lama oleh Angel.

'Kakak pun takut Nami. Kakak takut nak hadapi hidup selepas Damian bersatu dengan Ayumi.'






Angel 10

Sky train berbunyi nyaring, Menandakan perjalanan akan dimulakan tidak lama lagi. Pengawal Sky Train yang bertugas menjerit-jerit, Memanggil penumpang yang kemungkinan tidak mendengar bunyi loceng Sky Train dan hanya bergantung pada suara pengawal yang tidak berapa merdu itu.

Gadis itu menutup pintu kabin. Dia membeli semua tempat duduk untuk sebuah kabin kerana mahu berseorangan. Langsir kabin yang berada di bahagian belakang pintu dan tepi tingkap ditarik menyebabkan keadaan di dalam kabin menjadi kelam.

Jaket berhud warna hitam yang dipakai ditanggalkan olehnya sebelum dilemparkan ke atas sofa kabin yang bewarna merah. Beg galasnya yang bewarna ungu malap tersadai di hadapan pintu.

Dia membuka lipatan kertas yang dilipat kecil-kecil di dalam saku seluar jeans. Kertas putih itu dibuka dan diletakkan di atas lantai.

Dia mengeluh berat selepas beberapa ketika. Destinasi yang ingin ditujunya begitu jauh. Dia harus memikirkan cara untuk ke tempat itu pula.

Getaran telefon bimbit yang disimpan di dalam saku belakang mengganggu konsentrasinya. Dia mencapai telefon bimbit sebelum menekan punat kekunci.

Satu mesej diterima. Dalam keadaan teragak-agak dia membuka mesej tersebut.

'Kau kat mana? Janganlah buat aku risau. Please, Call aku balik. Aku minta maaf, Okay?'

Gadis itu menekan kekunci skrin, Menutup kembali telefon bimbitnya. Sambil mengesat air mata yang mengalir, Dia melipat kembali kertas yang baru dibacanya tadi dan disimpan di dalam saku seluar.

Beg galasnya dicapai. Dia mengeluarkan sebuah uncang yang diikat dengan tali hitam. Tali tersebut dibuka sebelum dia mengeluarkan serbuk putih ke atas telapak tangan.

Serbuk itu diletakkan perlahan-lahan mengikut bentuk bulatan di tengah kabin. Setelah siap, Dia membacakan sepotong protection spell.

Serbuk putih yang berbentuk bulatan itu mengeluarkan cahaya putih. Gadis itu mengangkat tubuh dari lantai. Kepalanya yang agak pening membuatkan dia terasa terhuyung-hayang.

Buzz!

Bunyi mesej masuk menyapa telinga. Tetapi dia sudah tiada tenaga untuk bergerak. Sambil merebahkan kepala ke sofa, Dunianya menjadi kelam dan sunyi.

***

Restoran Rooftop menjadi pilihan mereka untuk makan malam. Angel lebih banyak mendiamkan diri dan membiarkan Damian serta Cupid rancak berbual.

Lagipun Angel tidak tahu apa-apa berkaitan teknologi. Semua itu merupakan bidang Cupid dan Damian.

Tapi, Anehnya perbualan mereka lebih kepada mahu membuktikan pengetahuan siapa yang paling tinggi dalam bidang tersebut.

Pelik sungguh insan yang bernama lelaki ini.

"Cik Angel nak ambil buah tak?" Tanya Ayumi.

Disebabkan mereka menempah bahagian buffet, Makanya mereka perlu mengambil makanan sendiri.

Mungkin disebabkan bosan lantas Ayumi mengajak Angel. Namun belum sempat dia mahu menjawab, Cupid terlebih dahulu memintas.

"Ah, Love. Biar saya pergi ambilkan. "

Ayumi memandang Angel dan Cupid. Memandangkan Angel hanya diam dan Cupid sudah pun berdiri, Membuatkan dia tiada pilihan selain mengikut Cupid ke bahagian makanan.

Damian dan Angel yang ditinggalkan menjadi kekok. Masing-masing tidak mahu membuka isu. Malahan Damian yang tadinya lantang bertukar-tukar pendapat dengan Cupid kini diam membisu.

Angel terasa pipinya panas. Sudahlah dia duduk bertentangan dengan Damian. Jadi macam mereka berdating pula gayanya.

"So" Damian dan Angel bersuara dengan serentak.

Mereka berdua berpandangan sesama sendiri sebelum Angel melarikan pandangan ke arah Cupid dan Ayumi.

Pandai betul strategi Cupid. Sekarang dia dengan Ayumi sedang berdiri di hadapan sebuah lukisan yang tergantung di sebuah restoran ini.

Jadi, Cupid bukan sahaja pakar teknologi tetapi juga pakar analisis lukisan?

Hurm, What a surprise.

"Ladies first" Kata Damian mengisyaratkan agar Angel memulakan kata-kata.

Angel membuat muka dan pantas memandang ke hadapan. Melihat senyuman Damian dia menjadi malu.

Damian ketawa. Angel masih sama seperti dahulu. Masih garang, Tetapi semakin cantik. Damian menelan liur apabila tidak mampu mengawal matanya daripada meliar ke segenap inci wajah Angel.

Ah, My Angel. Desis hati Damian.

"Nice hair." Puji Damian.

"Huh?" Angel bingung.

"Rambut awak. Last time yang saya ingat rambut awak masih hitam."

Angel memegang rambutnya dengan tangan kanan. "Oh, That...Saja. Rasa macam nak tukar"

"Nice. Cantik...I mean, Red really suit you. Dan saya gembira awak pilih warna ni"

Angel tidak terasa seperti ingin melayang apabila Damian memujinya. Tetapi dia ingin meletup-letup kegembiraan.

Tapi...

Angel menggenggam napkin yang berada di atas riba. Damian bukan untuknya. Lelaki ini ditakdirkan untuk bersama dengan Ayumi.

Ironinya dulu dia menolak Damian. Dan sekarang di saat dia mula menyayangi Damian, Dia perlu membantu Cupid melaksanakan rancangan untuk menyatukan Damian dengan Ayumi.

"What is going on?" Tanya Damian. Belakang badannya yang bersandar di kerusi didekatkan ke meja makan.

"Sorry?"

"Kalau berkahwin bermakna awak tidak boleh lagi menjadi Guardian Angel. Awak dah berhenti jadi Guardian Angel ke?" Soal Damian.

"Err, Ya." Angel menunduk sebelum terkebil-kebil. Damian masih ingat rupanya dia mahu menjadi Guardian Angel.

"Banyak benar perubahan yang dah berlaku. Termasuk awak pura-pura tak kenal saya" Damian merenung gelas minuman yang berada di atas meja.

Angel juga tidak berani mengangkat wajah. Dia kembali memandang Cupid dan Ayumi yang sedang ketawa di meja bufet. Kali ini Cupid seperti sedang termenung, Tidak tahu memilih makanan.

Tetapi dia sedang mendengarkan Ayumi yang sibuk memberitahu sesuatu. Tangan Ayumi yang bergerak-gerak ke arah makanan membuatkan Angel membuat satu kesimpulan.

Agaknya Cupid tengah tanya Ayumi makanan yang mana perlu diambil olehnya.

Kalau diikutkan boleh sahaja dia menggunakan derianya untuk mendengar perbualan Ayumi dan Cupid. Tetapi dia tidak mahu tahu. Sama seperti dia tidak mahu mendengar perbualan antara Ayumi dengan Damian setiap kali mereka berhubung di talian.

"Maaf. It just, Kadang-kadang saya takut."

Dahi Damian berkerut sedikit. "Takut?"

"Ya. Lepas kejadian jadi tahanan Luther Fang, Madam Eloisa pesan supaya jangan dedahkan pada orang tentang hal tu. Dan juga selepas kematian... Selepas Snow meninggal. Its just too much"

Damian mengangguk mengerti. Angel mahu mengekalkan keadaan low profile seperti dulu. Kalau kesan peperangan pun ambil masa bertahun untuk dibaiki, Inikan pula membaiki emosi.

"What about your friends?" Pertanyan Damian membuatkan Angel tergamam.

"Mereka, I mean kami...tak bercakap pasal hal ni. Saya, Mirna dengan Priya lagilah. Sebab, Kami ada sekali dengan Snow waktu tu."

Angel tersenyum kecil. Dia menggosok leher sambil cuba menahan air mata yang bertakung.

Damian pula cuba menahan diri daripada menghampiri Angel. Ingin sahaja dia memberikan bahunya kepada Angel supaya gadis itu dapat meluahkan perasaan yang terbuku di hati.

Angel, I am here for you, Desis hati Damian.

"Well, Kalau awak perlukan teman hubungilah saya." Beritahu Damian.

Mata Angel terbuntang luas. "Huh?"

"Maksud saya, Yalah saya pun ada semasa serangan di kubu Luther Fang. Jadi saya faham perasaan awak."

Angel tersenyum lebar membuatkan Damian tergamam. Senyuman itu, Sudah berapa lama dia tidak dapat menyaksikannya?

"Okay." Angguk Angel.

"Okay" Sahut Damian.

Serentak itu lagu sentimental yang berkumandang di dalam restoran itu memainkan lagu First Love dari Utada Hikaru.

Untuk seketika Angel dan Damian saling merenung antara satu sama lain. Menghayati lirik yang dinyanyikan oleh Utada Hikaru.

'Once in a while, 
you are in my mind,
I think about the days that we had,
And I dream that it will all come back to me,'

Mereka berdua tenggelam dalam memori yang pernah dilalui semasa di Iceland dahulu.

'you will always gonna be the one,
And you should know,
How I wish I have never let you go
come into my life again 
Oh dont say no'

Damian teringat saat Angel meninggalkan Iceland dahulu. Kalaulah saat itu dia memberitahu Angel tentang cintanya, Adakah Angel akan terima?

'So true,
I believe I could never find,
Somebody like you,
My first love'

Angel sedar, Dia mula menyayangi Damian selepas meninggalkan tanah Iceland dahulu. Namun perasaan itu dikunci rapat-rapat kerana Damian sudah bertunang dengan Clara. Dan sekarang dia harus melepaskan Damian sekali lagi untuk Ayumi.

Cupid dan Ayumi tiba sebaik lagu Utada Hikaru tamat. Di tangan masing-masing tersedia sebuah pinggan yang berisi manisan dan pencuci mulut. Damian dan Angel meleraikan renungan mereka.

"Nah, Untuk abang."Ayumi meletakkan sepinggan buah-buahan dan manisan di hadapan Damian.

Damian mengangguk. Dia membetulkan duduk, Seolah tidak senang dengan tindakan Ayumi.

Cupid juga melakukan perkara yang sama kepada Angel dengan meletakkan pinggan berisi potongan buah-buahan di hadapan Angel.

" So, What are you guys talking about?" Tanya Cupid.

Kalau Angel ada medal, Dia akan memberikannya kepada Cupid. Cekap betul dia melaksanakan kerja.
Sekurangnya biarlah Angel mententeramkan degupan jantungnya dahulu.

"Just stuff" Balas Angel.

"Like?" Soal Cupid.

Angel membalas renungan Cupid. Leaki itu membuat muka serius seolah-olah sedang cemburu. Mahu sahaja Angel ketawa di situ jika bukan disebabkan Damian dan Ayumi yang sedang memerhati.

"Kami cuma berbual hal lama. No need to feel jealous, Encik Nick" Damian membantu Angel.

Cupid menghalakan pandangan ke arah Damian. "Sorry. Its just tunang saya ni ramai peminat."

Angel yang sedang mengunyah buah epal hampir tersedak. Sah, Dia pastilah akan smack down kepala Cupid lepas ni.

Damian tidak menjawab namun rahangnya bergerak-gerak. Dalam hati dia mengakui kata-kata Cupid.

"Hai, Ayumi. What a surprise kau pun ada kat sini?"

Dalam keadaan genting begitu, Tiba-tiba sahaja muncul seseorang yang menyapa.

Ayumi jelas nampak tidak selesa melihatkan gadis yang sedang berdiri di tepi meja. Angel juga merasakan perasaan yang sama tatkala melihatkan Rhea yang terapung di sebelah anak guardiannya.

Walaupun dalam mod halimunan, Angel masih mampu melihat Rhea yang sedang menggoyangkan bahunya ke kiri dan kanan tanda mengejek.

Angel menggenggam penumbuk. Pasti Rhea yang menyuruh anak guardiannya agar datang menegur Ayumi

"Chizuru," Tegur Ayumi.

"Hai, Saya Chizuru. Kawan sekelas Ayumi." Chizuru memperkenalkan diri sendiri tanpa dipinta. Kelima-lima jarinya dilambaikan ke arah Angel, Cupid dan Damian.

Tetapi matanya terhenti ke arah Damian dengan senyuman menggoda.

"Awak buat apa kat sini?" Tanya Ayumi dengan pantas.

Angel perasan bibir Rhea yang menjuih ke arah Ayumi. Namun dia tersentak ketika Cupid memegang tangannya yang berada di atas meja.

Rupanya Angel tanpa sedar sudah memegang pisau pemotong daging. Perlahan-lahan Cupid membawa tangan kanan Angel ke bawah meja.

Seperti Angel dia juga nampak kelibat Rhea. Tapi, Bukan sekarang masanya untuk berbalah.

Damian yang perasan tangan Angel dipegang oleh Cupid menggapai air minuman di atas meja. Dengan sekali teguk dia menghabiskan minuman tersebut. Dia mahu menyejukkan hati yang panas.

Namun kesudahannya ulu hati Damian terasa pedih akibat menelan air dengan rakus.

"Saya keluar dengan kawan-kawan. Lepas tu nampak awak kat sini and saja nak say hi."

"Ouh," Hanya itu yang diucapkan oleh Ayumi.

Rhea membisikkan sesuatu ke telinga Chizuru, Membuatkan gadis itu tersenyum kecil.

"So, Ayumi. Tak kenalkan ke dengan kawan-kawan awak?" Chizuru sengaja mahu menyuarakan soalan itu meskipun sedar kehadirannya tidak disenangi.

"Saya Angel, Ketua tempat Ayumi bekerja" Angel memperkenalkan diri sendiri.

Riak wajah Chizuru berubah. Dia tidak sangka Angel merupakan ketua Ayumi.

"Oh, Really? Saya ingatkan awak...I mean cik ni kawan Ayumi. You look so young"

Rhea memasamkan muka tatkala mendengar ayat Chizuru. Angel tersenyum bangga manakala Ayumi dalam diam berterima kasih kepada Angel kerana menyelamatkannya.

Damian menggaru pelipis. Habislah kau Chizuru.

"You can consider that as true. Saya suka dengan kerja Ayumi sepanjang dia bekerja untuk saya. She is so talented. Tapi, Awak rakan sekelas Ayumi. Jadi tak perlu saya terangkan dengan lebih lanjut. Saya pasti awak faham tentang maksud saya" Tambah Angel.

Rhea memandang Angel dengan geram manakala Chizuru kelihatan serba-salah.

"Erm, Nice to see you. Ayumi, Saya pergi dulu. Jumpa lagi" Chizuru terus pergi dengan tergesa-gesa.

Ayumi menarik nafas lega. Tapi, Tiba-tiba dia menjadi segan dengan Angel dan Cupid.

"Maaf Cik Angel, Nick. Chizuru tu..."

"Saya kenal pembuli dengan sekali tengok. Awak tak perlu terangkan" Pintas Angel.

Ayumi terdiam sebelum mengangguk faham. Damian merenung Angel yang beriak keruh. Manakala Cupid beralih pandang antara Damian dan Angel.

Cupid menolak kaca matanya dengan jari telunjuk kanan.

Interesting, Desis hati Cupid


          Angel melayang di udara, Mengikut kereta Damian yang menghala ke rumah Ayumi. Kalau diikutkan boleh sahaja dia duduk sekali dengan Damian dan Ayumi di dalam kereta.

Tapi, Dia tidak mahu melakukan perkara seperti itu. Biarlah Damian dan Ayumi mempunyai privasi.

Angel memerhatikan kereta Damian yang laju membelah jalan. Secara tiba-tiba Angel merasakan sesuatu yang pelik. Kenapa cuma ada kereta Damian di atas jalan ini?

Srettt!

Bunyi tayar menarik perhatian Angel. Kereta Damian secara tiba-tiba hilang kawalan dan berpusing di atas jalan.

"Damian!" Jerit Angel




Tuesday 27 March 2018


Buku ketiga dan terakhir untuk siri Snow dan Ice. Semoga Writer dapat menghabiskannya.

Siri Buku ni ada tiga:

1. Wicked Love
2. Truly Love
3. Everlasting Love

Dengan habisnya siri buku ni nanti baru writer fikir nak buat cerita lain pulak.

Bukan tak ada idea, Malas je. 😂

Angel 9


     Shinee Onew as Warrior Angel 😚

Onew berdiri tegak, Memerhatikan Angel yang sedang menikus di hadapan Mr.Sincere.

Sudah hampir sejam dia berdiri di hadapan Mr.Sincere. Ceramah lelaki tua ini sama sahaja ayatnya daripada mula tadi sehingga kini.

"Saya kesal dengan tindakan awak. Kalau bukan disebabkan Onew, Dah tentu awak tak berdiri di hadapan saya sekarang. Sebaliknya kami pula yang terpaksa berdiri di hadapan pusara awak!" Marah Mr.Sincere.

Angel mengerling Onew yang berdiri tegak dengan kedua tangannya dikilas ke belakang.

Baju armour yang dipakai Onew menarik minat Angel. Agaknya di mana dia boleh mendapatkan baju armour seperti itu.

Angel kembali fokus kepada wajah Mr.Sincere selepas lelaki tua itu berdehem.

"Maafkan saya, Tuan." Angel bersuara perlahan.

Apalah nasibnya. Baru sahaja keluar dari wad sudah dimaki hamun oleh Mr.Sincere pula.

"Awak perlu faham, Angel. Awak ada potensi yang besar sepanjang 50 tahun saya berkecimpung dalam dunia ini. Saya tak mahu awak gagal dan memusnahkan diri sendiri"

Angel mengangguk."Saya faham, Tuan"

Mr.Sincere menarik nafas dalam. Siapa kata menjaga para Angel dan fairy adalah kerja mudah?

"Saya tak nak perkara begini berulang lagi. Dismiss" Mr.Sincere mengarahkan mereka berdua untuk pergi.

Angel dan Onew mengangguk sebelum mereka berdua menurut perintah Mr.Sincere.

Sebaik pintu kayu tinggi yang menjadi pintu pejabat Mr.Sincere ditutup, Angel menggaru cuping telinga.

Manalah tahu kalau-kalau ada tahi telinga yang sudah cair dan melekat di situ.

Hish, Mr.Sincere ni. Apabila dia dah marah, Berleter mengalahkan mak cik bawang.

"Angel, Awak okay?" Tegur Onew.

Suaranya begitu merdu sampai Angel terasa ingin tidur. Macam mana lelaki bersuara merdu seperti Onew bokeh menjadi Warrior Angel?

"Ah, Okay" Angguk Angel. "Oh, Dan terima kasih sebab selamatkan saya"

Onew mengangguk. "Its stupid you know, Berhadapan dengan Demon tu sendiri. Stupid tapi berani" Kata Onew.

Angel tersenyum. Onew tak tahu dia pernah melawan tentera Luther Fang. Setakat Demon busuk tu apalah sangat.

Tapi dia akui bahawa dia tersilap langkah kerana memandang rendah kepada Incubus tempoh hari.

Tetapi dia juga mendapat pengajaran daripada peristiwa itu. Iaitu membeli armour anti Silver.

"Tadi awak beritahu Mr.Sincere yang circle keselamatan saya diceroboh dari dalam. Awak tahu siapa yang cuba sabotaj saya?" Tanya Angel.

"Maaf, Kalau saya tahu pun maklumat itu perlu dirahsiakan."

Angel menjuih bibir. Dia sudah mengagak perkara itu.

"Okay, Fine. Lambat-laun saya akan tahu juga, Kan? I mean, Saya cuma nak tahu siapa dan apa motif dia buat semua tu. "

"Yes, Dah tentu. Tapi, Sementara tu awak kena berhati-hati." Pesan Onew.

"Of course. Seseorang cuba bunuh saya dengan menghantar Demon. Siapapun orang tu, It mean business"

Onew mengangguk setuju. Mujur sahaja tempoh hari derianya menangkap kehadiran Incubus.

Dia terkejut juga bagaimana Demon seperti itu boleh menghampiri kawasan yang tidak sepatutnya dilewati oleh makhluk itu.

Tetapi sebarang maklumat yang diperolehinya tidak boleh dibocorkan kepada Angel.

"Oh, Onew. Baju armour awak tu Silver proof ke?" Tanya Angel lagi.

Onew melihat baju armour yang dipakai olehnya. Baju armour bewarna putih yang mempunyai ukiran emas itu menyerupai armour yang dipakai oleh tentera zaman medieval.

"Yes, Of course." Onew mengiakan.

"Ada chance tak saya nak satu?" Angel membuat muka comel.

Onew tergamam. Dia menunduk, Kemudian angkat wajah dan kemudian tunduk semula.

"Errr...armour ni...Sky Realm yang sediakan" Kata Onew tergagap.

"Oh, Saya ingatkan boleh beli kat mana-mana." Angel memuncungkan mulut.

Onew tidak menjawab sebaliknya menunduk dan mendiamkan diri.
Mereka berdua berpisah selepas itu. Onew meneruskan perjalanan ke tingkat untuk Warrior Angel dan Angel ke tingkat Guardian Angel.

Angel perlu kembali ke dunia mortal tetapi sebelum itu dia mahu menemui Gothart terlebih dahulu.

Seperti biasa Gothart sedang berteleku di meja kristalnya, Meneliti fail laporan sebelum mengagihkannya ke tempat yang sepatutnya dihantar.

Ery, Fairy kecil yang membantu Gothart menyapa Angel.

"Angel, Ini bungkusan untuk awak" Ery menghulurkan sebuah kotak bewarna putih yang dihiasi reben merah kepada Angel.

Kotak panjang sederhana besar itu diletakkan di atas meja Gothart. Angel terperanjat.

"Eh, Apa ni?"

"Bukalah"Suruh Gothart.

Angel tidak perlu disuruh untuk kali kedua. Pantas sahaja dia menarik reben merah yang mengikat kotak tersebut. Reben itu diletakkan ke tepi sebelum penutup kotak dibuka.

Angel tergamam melihat isi kandungan di dalam kotak.

" No way!"Kata Angel teruja.

Cepat-cepat dia meletakkan penutup kotak ke bawah sebelum mencapai busur dengan design terbaru yang berada di dalam kotak hadiah.

"Pemberian untuk awak daripada saya dengan Ery. Kami dapat tahu busur awak dah musnah tempoh hari"Beritahu Gothart.

"Busur ni ada 'toys' yang lebih banyak berbanding dahulu. Malah awak boleh tiru design senjata, I mean 'toys' yang awak nak. Dan setiap kali awak seru mana-mana toys yang awak nak, Toys tu akan muncul"Terang Ery.

Angel mengetap bibir. Terharu dengan pemberian Ery dan Gothart.

" Thank you Gothart dan Ery. Saya akan gunakan toys ni dengan baik" Angel memberikan Gothart pelukan kasih sayang.

Ery yang tidak mahu ketinggalan memeluk jari telunjuk Angel. Buat seketika, Angel terasa lega. Walaupun jalan hidupnya penuh berliku, Sekurangnya masih ada insan yang sudi menyayanginya.

***

Cupid memang brilliant.

Bukan sahaja dari segi ideanya untuk menggabungkan insan yang dijodohkan, Tetapi juga dari segi perlaksanaannya.

Angel merenung Cupid yang sedang berbual dengan Ayumi. Nampaknya Ayumi semakin menyenangi Cupid. Dan sekarang Angel pula. Dia perlu mendapatkan kepercayaan Damian.

Ah, Bukannya perkara susah pun. Bukankah dia dan Damian sudah saling kenal?

You mean masa dia menggatal dulu, Dan kau selalu marah dia. Dan kau dapat tahu dia dah bertunang dengan Clara? Its gonna be ackward. Desis hati Angel.

Angel menggelengkan kepala. Menghapuskan tanggapan negatif yang muncul di dalam hati. Tapi, Betullah tu.

"Isy, Geramnya. Macam mana ni?"Angel menggaru rambut.

" Baguskan Cupid"



             Shinee Jonghyun in memory

Angel hampir menjerit. Dia menoleh ke arah Jonghyun, Seorang lagi Cupid yang juga merupakan rakan Nick a.k.a Cupid Nick.

Angel tidak pelik Cupid boleh membina syarikat sendiri apabila hampir semua staff yang ada di dalam pejabat ini terdiri daripada rakan-rakannya.

"Totally"

Jonghyun ketawa. "Maaf kalau saya takutkan awak. Minum?" Jonghyun menunjukkan mesin minuman di hadapannya.

Angel menggeleng tanda tidak mahu. Jonghyun memasukkan duit ke dalam mesin sebelum menekan button milktea.

"Dia sangat bagus sampai saya risau tak sempat nak ikut rancangan dia."

Jonghyun yang membongkok untuk mengambil air berdiri tegak di sebelah Angel sambil membuka tin minuman.

"Takkanlah. Saya dengar awak top ten Guardian Angel di Sky Realm. Satu pencapaian terbaik bagi Guardian Angel yang masih dikira junior" Puji Jonghyun. Air milktea yang baru dibelinya diteguk dua kali.

"Yeah,"

Masalahnya sekarang Angel menjadi tidak pasti bagaimana dia harus menjalankan misi kali ini.

"Awak mesti dah banyak kali satukan pasangan yang ditakdirkan bersama"Teka Angel.

" You could say so. Sekurangnya dengan melihat kegembiraan mereka, Dapat mengisi rasa lonely yang hadir di dalam jiwa saya" Jonghyun menyandarkan bahu kanannya ke mesin minuman.

"Di mana ada cinta, Di situ ada Cupid" Angel menyebut ayat yang sering diungkapkan oleh Cupid.

"Itu tagline kami. Anyway, Nick ada beritahu yang misi kali ini merupakan pengalaman baru bagi awak. Masa mula-mula memang susah. Tapi, Awak akan faham apabila awak berjaya satukan dua jiwa yang ditakdirkan untuk bersama. It felt incredible"Beritahu Jonghyun.

Angel tidak pasti tentang hal itu. Adakah dia akan gembira sedangkan hatinya menangis pilu?

" Well, I can't wait"Kata Angel sarkastik. Hanya dia yang faham dengan makna kata-katanya itu.

Serentak dengan itu Cupid dan Ayumi berjalan ke arah mereka berdua. Jonghyun lekas-lekas meminta diri sambil menyanyi dengan nada perlahan.

Angel cuba mengukir senyuman tatkala Cupid dan Ayumi menghampiri. Selepas beberapa hari, Ayumi masih malu-malu untuk bertegur sapa dengannya.

"Hai, Love" Cupid merapatkan diri dengan Angel. "Jom, Saya ajak Ayumi dinner sekali. Damian pun akan turut serta"

Senyuman Angel menjadi kaku. Kenapa dia tak tahu pun pasal ni?

"Eh, Malam ni?"

"Yes, Love. Saya akan jemput awak." Cupid merenung Angel penuh makna.

Angel merenung antara Cupid dan Ayumi berulang kali. Dia mahu menolak namun sedar bahawa dia tidak boleh melarikan diri.

Cupid sudah melaksanakan bahagiannya. Dan sekarang dia perlu merapatkan diri dengan Damian.

"Sure. Why not?" Jawab Angel dengan penuh rasa tidak rela.

Ayumi mengukir senyum kepada Cupid sebelum meminta diri. Angel memerhatikan langkah Ayumi sehingga gadis itu menghilang di sebalik dinding.

"Dinner?" Tanya Angel.

"Jangan cakap banyak. At least aku ada rancangan. Kalau nak harapkan kau cari idea rapatkan diri dengan Damian memang sampai ke sudah tak siap kerja aku." Perli Cupid.

Angel menjeling Cupid. Geram.

"See you tonight, Love"Cupid berlalu meninggalkan Angel yang merenungnya dengan perasaan tidak puas hati.

Dengan perlahan Angel memegang dadanya. Dia akan memulakan langkah pertama malam ini untuk merapati Damian.

" I am gonna be okay"

***

Angel melihat Ayumi yang sedang bersiap. Dah tentulah dia perlu melindungi Ayumi sehingga gadis itu selamat tiba di restoran.

Sudah sejam Ayumi mencuba koleksi gaun dinner yang ada di dalam wardrobe miliknya. Angel rasa kalau dia masuk di dalam wardrobe Ayumi, Pasti dia akan sesat tidak jumpa jalan keluar. Begitu banyaknya baju-baju di dalam almari itu.

"Ah, Tak ada baju nak pakai" Rungut Ayumi.

Angel menguap. Entah bilalah Ayumi nak siap. Sambil duduk melunjur di tingkap, Angel membiarkan rambut panjangnya terurai ditiup angin malam.

Pintu bilik Ayumi yang separuh terbuka diketuk dari luar. Terjengul wajah ibunya yang berkerut melihat keadaan Ayumi.

"Ayumi, Tak siap lagi?" Tanya wanita itu.

"Ayumi tak ada baju cantik nak pakai"
Balas Ayumi.

Ibu Ayumi menghampiri anaknya yang sudah duduk di birai katil. Rambut hitam Ayumi dibelai penuh kasih.

"Sayang, Baju tak penting. Anak mama dah cukup cantik."

Ayumi mengetap bibir. Matanya sudah bertakung dengan air suam.

"It is important. Ayumi nak abang nampak Ayumi."

Angel menelan liur. Rasa cemburunya bertandang lagi. Ibu Ayumi mengangguk faham. Dia tahu perasaan anaknya kepada Damian.

"Kenapa Ayumi cakap macam tu? Bukan selama ni Damian selalu bagi perhatian pada Ayumi?"

Ayumi terdiam. Dia mahu memberitahu ibunya mengenai Angel. Tetapi entah mengapa nalurinya terasa berat.

"Dah. Mari ibu tolong Ayumi cari baju."

Angel melebarkan sayap. Dia meluncur keluar dari bilik Ayumi dan kembali bertenggek di bahagian bumbung rumah besar milik keluarga Ayumi.

"Girl, Kenapa nak menangis? Damian memang milik kau pun" Angel merapatkan lutut ke dada.

Sekurangnya Ayumi masih ada ibu untuk memujuknya. Tapi dia?
Dia sebatang kara tanpa ibu atau ayah.

Dan dia akan kekal berseorangan apabila Damian menjadi milik Ayumi nanti.

Angel 8

Damian membawa Ayumi makan tengah hari di sebuah restoran. Sebenarnya Ayumi yang datang ke pejabatnya sebelum waktu tengah hari tadi untuk keluar makan bersama.

Ayumi petah bercerita mengenai tugasnya di syarikat Lidia milik Encik Nick dan Cik Angel. Tentang Nick yang peramah juga rakan-rakan yang baik hati. Damian yang mendengar sekadar mengangguk.

Namun perhatiannya tertarik pada cerita Ayumi mengenai ketidakhadiran Angel walaupun sudah masuk tujuh hari dia bekerja sambilan di situ.

"Nick kata Cik Angel ada urusan. Tak pasti bila dia akan kembali." Ayumi memasukkan ais krim strawberry coklat ke dalam mulut.

"Jadi Angel...Cik Angel memang tiada di sanalah?" Tanya Damian sekali lagi untuk kepastian.

Ayumi mengangguk."Yup. Tapi Nick kata nanti kalau Cik Angel dah balik dia akan kenalkan Ayumi dengan Cik Angel. Ayumi takutlah abang. Macam mana kalau Cik Angel tu garang?"

Damian ketawa. Dia teringat kisah dimarahi Angel sewaktu di Iceland dahulu.

Tapi entah kenapa semakin dimarah semakin dia teringin untuk melihat Angel. Rupanya tanpa disedari hatinya sudah tertarik kepada gadis itu.

Walaupun garang, Baginya Angel tetap kelihatan cantik. Dan sekarang Angel semakin menawan dengan rambutnya yang sudah diwarnakan merah.

"Taklah. Dia baik" Ujar Damian sambil tersenyum.

"Abang dah kenal Cik Angel?" Tanya Ayumi.

Damian mengacau straw minuman yang berada di dalam gelas.

"Pernah jumpa. Masa...masa belajar dulu" Dalih Damian.

Ayumi tidak pernah tahu bahawa dia dan keluarganya berasal daripada dunia magic. Ayumi hanya mengenalinya sebagai seorang jiran yang pernah tinggal di sebelah rumahnya dahulu. Tetapi rahsia mengenai alam magic masih kekal misteri bagi Ayumi.

"Oh, Jadi abang rapat ke dengan Cik Angel?" Ayumi memandang Damian. Lelaki itu melarikan pandangan.

"Tak. Kenal macam tu je"Damian menghirup minuman.

Ayumi menunduk, Menyuap manisan ke dalam mulut. Dia mula susah hati. Dulu, Dia begitu kecewa apabila mendapat tahu bahawa Damian sudah bertunang dengan Clara, Wanita yang tidak pernah diketahui olehnya wujud di dunia ini.

Tetapi selepas Damian memberitahu bahawa  pertunangannya dengan wanita itu putus, Ayumi mula menaruh harapan baru.

Sekarang, Adakah dia akan kecewa sekali lagi?

Damian turut membisu. Kepalanya berputar dengan persoalan mengenai Angel. Jika Angel tiada di sini, Ke manakah sebenarnya gadis itu pergi?

" Abang,"Panggil Ayumi.

"Ya?"

"Bokeh kita pergi sekarang? Ayumi ada hal"Kata Ayumi.

" Oh, Okay. Nanti abang pergi bayar di kaunter" Damian terus bangun dan berlalu ke arah kaunter.

Ayumi menahan perasaan geram di dalam hati. Damian tidak faham, Dia sekadar mahu menguji. Masa rehat masih lagi panjang, Jadi tidak bolehkah Damian meluangkan masa dengannya lebih lama lagi?

Atau sekurang-kurangnya menyoal ke mana Ayumi mahu pergi selepas ini?

"Sudah, Jom" Ajak Damian.

Tanpa suara Ayumi mengakat punggung dan berjalan laju meninggalkan Damian. Tapak kakinya dihentak kasar.

"Ayumi okay?" Tanya Damian. Langkahnya dilajukan supaya sama dengan Ayumi.

"Okay" Kata Ayumi dengan nada tinggi.

"Nak abang hantar Ayumi?" Tanya Damian ketika mereka tiba di luar restoran.

Ayumi menjawab soalan Damian dengan menggelengkan kepala.

"Betul ni tak nak abang hantar?"

Ayumi mengangguk. Wajahnya dipalingkan daripada pandangan Damian.

"Baiklah. Jumpa lagi" Damian terus mengorak langkah.

Dia tidak faham mengapa perangai wanita boleh berubah dalam sekelip mata. Bukankah tadi Ayumi begitu ceria bercerita?

Tahu-tahu sahaja sekarang Ayumi berada dalam mood PMS.

Ayumi mengelap air mata yang mula menitis sebelum mengambil arah berlawanan dengan Damian.

Kenapa abang tak pernah faham Ayumi? Desis hati Ayumi.

***

Angel menyandarkan badan ke bantal. Dia benar-benar bosan apabila terkurung di dalam hospital yang dikhaskan untuk fairy dan Angel yang tercedera.

Seorang Healer Angel baru sahaja selesai memeriksa Angel dan kini sedang menulis sesuatu di dalam rekod.

"Saya dah boleh balik?" Angel menyoal Healer Angel yang berdiri di hadapannya.

"Tunggu sehari lagi."

Angel mengeluh. " Saya dah sihatlah."

Healer Angel memberikan senyuman manis. Dia sudah masak dengan karenah pesakit yang dihantar ke sini.

"Hurm, Semua pesakit pun akan cakap benda yang sama. Tapi, Buat apa kita nak ambik risiko, kan?"

Angel mendengus perlahan. Dia memejamkan mata sehingga Healer Angel beredar dari biliknya.

Sunyi sepi menyelubungi Angel yang kini bersendirian. Dia teringat kisah beberapa malam yang lepas sewaktu diserang Incubus.

Emosinya tercalar. Tidak dia menyangka Incubus akan menggunakan silver untuk melemahkan dirinya. Nampaknya selepas ini dia perlu membeli armour yang boleh menghalang Silver.

"Knock! knock!"

Angle berpaling ke arah pintu. Hatinya melompat girang apabila terpandangkan Cupid.

"Hey, Masuklah" Angel mengangkat tubuh dari katil dan duduk bersila.

Cupid mendekati Angel lantas memberikan jambangan bunga yang dibawanya kepada Angel.

"From Gothart, With lot of love." Beritahu Cupid.

"Wah, Thank you. Kau dari mana ni?"

Cupid mengambil kerusi sebelum duduk di sebelah Angel sebelum menjawab soalan gadis itu.

"Dari pejabatlah. Dan untuk makluman kau aku dengan Ayumi sudah semakin mesra. Sekarang tinggal kau dengan Damian sahaja"

Angel membuat muka. " Kau ni, Aku tengah sakit pun boleh lagi nak bincang pasal kerja?"

"Eh, Bukan tadi kau kata dah sihat?" Cupid menolak cermin matanya dengan jari telunjuk.

"Kau keluar sekarang" Angel menunjuk ke arah pintu.

Cupid ketawa seronok. Walaupun hampir maut, Angel masih belum hilang sifat sarkastiknya.

"Aku baru lepas jumpa dengan Onew."

Angel tertarik apabila mendengar nama Onew, Warrior Angel yang telah menyelamatkan dia daripada Incubus tempoh hari.

Dengan satu panahan kilat, Terus sahaja tubuh Incubus tersebut menjadi hangus dan mati serta-merta. Angel mengingatkan diri sendiri untuk mengucapkan terima kasih kepada Onew.

"Incubus tu, Mereka dah tahu bagaimana dia boleh melepasi circle aku? " Angle pasti dia sudah meletakkan circle, Satu garisan keselamatan yang digunakan bagi melindungi Ayumi daripada bahaya Demon seperti Incubus.

Cupid mengangguk. "Disebabkan Onew dah hancurkan Incubus tu, Kita tak dapat ambil maklumat tentang orang yang bertanggungjawab menyerunya."

"Habis tu?" Angel tidak puas hati.

Cupid menggerakkan tubuh ke hadapan. Menggunakan siku sebagai topang untuk menahan berat tubuh.

"Satu pasukan Warrior Angel dah ditugaskan untuk siasat kes ni. Nampaknya Incubus tu datang dari dalam circle keselamatan yang kau buat."

Angel terkejut mendengar cerita Cupid. Bermakna ada di kalangan mereka yang membawa masuk Incubus tersebut.

"Kau pasti?" Tanya Angel dengan nada khuatir.

"Positif. Dan Angel, Kau kena hati-hati. Kemungkinan ada musuh yang tidak suka dengan kejayaan kau selama ini"
Pesan Cupid.

"Hah, Aku tak takut." Geleng Angel.

Cupid mengeluh. Angel dengan kedegilannya memang susah untuk dipisahkan.

"Lagi satu, Mr.Sincere nak jumpa kau lepas kau dah keluar dari sini. Dia tak puas hati kenapa kau tak maklumkan kepada Warrior Angel tentang kemunculan Incubus tu"

"Aku boleh atasinya sendiri. Ayumi anak guardian aku." Kata Angel perlahan.

"Ya, Aku nampak betapa 'berjayanya' kau hapuskan Incubus tu" Balas Cupid sarkastik.

Angel terdiam. Dia tahu dia salah kerana cuba menghadapi Incubus seorang diri.

"Tapi manalah aku tahu dia ada senjata seperti peluru Silver" Angel membela diri.

"Yang hampir membunuh kau kalau bukan sebab Onew kebetulan lalu di kawasan berhampiran. This is serious Angel. Janji yang kau takkan ulang lagi kesalahan yang sama"Pinta Cupid.

Angel mengangguk perlahan dengan acuh tak acuh. Berita yang baru diterimanya membuatkan Angel terfikir. Siapa pula yang cuba menjatuhkan dia?

Selama berada di Sky Realm dia hanya mahu menjadi Guardian Angel yang terbaik. Sebab itu adalah cita-citanya sejak dahulu.

Dan juga kerana dia mahu membuktikan sesuatu kepada diri sendiri dan orang lain. Sesuatu yang telah berlaku pada dua tahun lalu.

"Aku tak faham apa yang kau fikir. Guardian Angel lawan Demon?" Geleng Cupid.

Angel tidak membalas. Dia menarik keluar bunga Daisy biru daripada kuntuman bunga yang diberikan oleh Gothart.

Daisy biru, Bunga kegemaran Snow. Hati Angel tiba-tiba sebak. Cupid bukannya tahu sebab musabab dia mahu menonjolkan diri dengan berusaha sedaya mungkin.

Cupid bukannya ada semasa dia bertarung dengan tentera Luther Fang dahulu. Malah lelaki itu juga tidak tahu erti kehilangan kawan baik.

"Jangan risau. Selepas ni aku akan berhati-hati" Angel mengawal suara. Bunga Daisy biru di tangannya digenggam erat.

"You better be. Anyway, Onew pun macam risau sangat dengan kau." Usik Cupid.

"Diamlah" Balas Angel.

Dia tidak mahu tahu mengenai lelaki. Sekalipun lelaki itu merupakan warrior Angel seperti Onew.

Sekarang ini dia sudah mempunyai misi terbaru. Mencari gerangan orang yang cemburu dengan kejayaannya.

***

Seorang gadis terbangun daripada lena. Dia melihat sekeliling, Dan menarik nafas lega selepas melihat dirinya masih berada di dalam komuter.

Dua puluh minit kemudian dia tiba di stesen yang menjadi destinasi. Beg galasnya yang bewarna ungu malap digantung ke bahu sebelum dia melangkah turun dari komuter.

Kakinya laju menongkah arus orang ramai ke arah sebuah gedung beli-belah. Dia memasuki sebuah kedai pakaian wanita yang bertulis Victorian sepertinya sudah biasa dengan selok-belok di dalam kedai ini.

Sebuah bilik persalinan yang tertulis 'no entry' dihampiri olehnya. Dia melihat sekeliling, Memastikan tiada sesiapa yang sedang memandang. 

Telapak tangannya diletakkan pada permukaan pintu. Dia merasakan aura dingin sebelum pintu tersebut terbuka dari dalam, Memberinya ruang untuk masuk.

Sebaik melangkah masuk, Pintu bilik persalinan tersebut tertutup sendiri. Gadis itu menarik nafas dalam-dalam.
Kedua tangannya menggenggam tali beg sandang. 

Dia sudah berjalan jauh sehingga ke sini. Dia tidak boleh berpatah balik.

"Magical room, Dry Land"

Cermin panjang yang berada di dalam bilik itu memancarkan pemandangan Dry Land.

Gadis itu mengangguk, Membina keyakinan sebelum perlahan-lahan melangkah masuk ke dalam cermin.

Cermin panjang itu kembali normal selepas gadis itu menghilang.


Monday 26 March 2018

Angel 7

Bunyi salakan anjing menemani Angel yang sedang duduk di atas bumbung rumah Ayumi. Rumah orang berada yang terletak di kawasan berbukit ini mengingatkan Angel sewaktu dia menjadi tahanan Luther Fang.

Peristiwa pahit itu bukan mudah untuk dihilangkan dari ingatan. Dia akui masih trauma berhadapan dengan magician gila seperti Luther Fang.

Angel mengetap bibir. Dia masih ingat tubuh kaku Snow yang berada di dalam pangkuan Presiden Ice. Lubang hitam yang muncul di dada Snow menandakan rakannya itu sudah berjaya menghapuskan Luther Fang.
Tetapi akibatnya Snow juga menemui maut.

Sudahlah begitu, Kubur Snow pun dia tidak tahu di mana letaknya. Mereka hanya diberitahu bahawa keluarga Snow sudah mengambil mayatnya untuk dikebumikan.

Tapi, Snow adalah pewaris magician ketujuh. Tentunya maklumat mengenai keluarga Snow juga adalah rahsia.

"Snow," Angel mengangkat wajah, Merenung bintang di langit malam seperti yang selalu dilakukan oleh Snow dahulu.

"Snow, I miss you. Terima kasih sebab jadi kawan baik aku dulu"Angel berbisik dalam kepekatan malam.

Sedang dia cuba meredakan perasaan sedih, Deria Angel menangkap sesuatu yang pelik. Sebagai seorang Guardian Angel, Derianya berfungsi lebih tinggi daripada manusia biasa mahupun sebarang magician.

Perkara ini sangat membantu dalam mengenal pasti kehadiran musuh. Dan musuh bagi Angel serta fairy adalah Demon.

"Ayumi!"

Angel pantas melebarkan sayap sebelum menjunam ke bawah. Dia melompat masuk ke dalam bilik Ayumi melalui tingkap yang tertutup rapat.

Kaki Angel mendarat dengan kemas ke lantai marmar bilik Ayumi. Busur miliknya yang bewarna keemasan tersemat kemas di tangan kanan.

Angel menajamkan pandangan ke arah penceroboh yang kini sedang berdiri di kaki katil Ayumi, Merenung gadis itu yang sedang tidur seperti puteri di alam fantasi.

Penceroboh yang membelakangkan Angel itu mengangkat wajah dari Ayumi. Sayapnya yang bewarna hitam dan berbentuk kelawar itu dilebarkan sebelum memusingkan badan ke arah Angel.

"Ah, Guardian Angel. What a surprise" Kata penceroboh itu dengan senyuman.

Angel membuat muka bengis. Dia akan memikirkan cara bagaimana Demon ini boleh terlepas dari rantaian keselamatan yang telah dia lakukan untuk melindungi Ayumi.

Tetapi buat masa sekarang, Dia perlu fokus dalam menghapuskan penceroboh yang berada di hadapannya ini.

"Incubus" Busur panah Angel bercahaya terang.

***

Damian sabar menanti panggilan telefonnya disambut. Sudah empat kali dia cuba memanggil, Namun orang di talian sebelah masih belum dapat dicapai olehnya.

Damian menggenggam mug berisi air kopi yang masih mengeluarkan wap. Di saat ini dia memerlukan sesuatu yang boleh menghangatkan tubuh.

Penantian Damian tidak lama apabila   panggilannya diangkat.

"Yo, Bro" Suara Ice kedengaran di corong pembesar suara.

"Ye, Akulah"

Ice ketawa. Namun jelas nada keletihan dari sebalik tawanya itu.

"Maaflah. Hari ni ramai gila pelanggan datang. Maklumlah sekarang musim cuti." Ice menjelaskan punca kelewatannya mengangkat panggilan Damian.

"Tak apa. Aku kacau kau ke ni? Aku call lain kalilah kalau kau busy"

"Eh, Kau pun priority aku. Busy macam mana pun aku tetap akan luangkan masa untuk kau"

"Bro, Kalau aku awek dah lama aku cair dengar ayat kau."Damian menyisip minumannya.

Ice ketawa lagi mendengarkan ayat Damian.

"Maksud aku tak terbalas jasa yang kau dah curahkan untuk aku. Kakau bukan sebab kau, Aku pastilah tak dapat merasakan kebebasan macam ni."

Damian mengukir senyuman kecil. sebetulnya dia hanya menjalankan tugas sebagai pembantu Ice kerana diarahkan oleh ayah Clara.

Tetapi setelah beberapa lama, Dia mulai sedar bahawa dia dan Ice mempunyai persamaan. Mereka berdua ibarat patung yang digerakkan oleh insan-insan tertentu untuk mencapai matlamat masing-masing.

"Jadi, Ada apa kau call aku ni?" Tanya Ice lagi.

Damian menggenggam erat mug di tangan. Dia terasa serba-salah untuk memberitahu Ice akan perkara ini. Tapi, Ice juga adalah tempat terbaik untuk dia meluahkan perasaan yang terpendam.

"Ice, Aku ada benda nak beritahu kau. Aku harap kau tenang dulu. Nanti tak pasal-pasal kau bekukan cafe kau pula"
Damian cuba berseloroh.

"Eh, Kau ni. Apahal?" Ice cuak.

Damian memberanikan diri untuk memberitahu Ice.

"Sebenarnya beberapa minggu lepas, Aku ada jumpa dengan Angel. Dia ada di dunia mortal ni"

Buat seketika suara Ice langsung tidak kedengaran. Hanya helaan nafasnya sahaja yang berbunyi melalui corong pembesar suara.

"Bro, Sorry. Aku tak berniat nak ingatkan kau tentang Snow"Kata Damian panik. Risau dia jika Ice marah kerana menyebut nama Snow.

"Hey, Chill out. Aku tak kisahlah. Malah tak pernah sehari pun aku tak teringat pasal Snow. So, Kau dengan Angel dah bersamalah ni. Congrats"

Damian terasa lega apabila Ice tidak marah. Manalah tahu rakannya itu masih punya sikap kepala angin.

"Bukanlah" Suara Damian mendatar.

Alangkah gembiranya kalau kata-kata Ice menjadi satu kenyataan.

"Habis tu? Aku ingatkan kau nak dapatkan restu aku."

"Angel, dia dah berpunya" Kata Damian dengan nada kecewa.

Ice terdiam seketika. Mungkin maaih merungkai kata-kata Damian atau tidak tahu ayat yang harus diucapkan kepada Damian.

"And?"

"Tunang dia klien aku. Dia minta untuk buatkan program keselamatan untuk syarikat Angel."

Damian terbayangkan wajah Nick. Lelaki itu meskipun memakai kaca mata, Masih terserlah karisma dan kekacakannya.

Buat pertama kali Damian rasa tewas. Kenapa Angel pilih Nick? Adakah Nick mempunyai ciri-ciri lelaki yang Angel suka?

Kerana geram, Damian tidak sedar dia sudah membekukan mug berisi air kopinya itu.

"Jadi, Kau tolong mereka?" Tanya Ice.

"Bro, Aku proffesional" Jawab Damian.

"Proffesional sampai call aku?"Tanya Ice lagi.

Damian terdiam. Dia mengusap wajah dengan kedua telapak tangan sebelum meraup rambut.

Ice benar. Kalau betul dia sudah melepaskan Angel, Tidak perlulah dia risau mengenai hubungan Angel dengan Nick.

" Entahlah bro. Aku keliru. Aku memang dah lepaskan Angel untuk lelaki yang lebih baik. Tapi, Sekarang ni aku rasa sakit" Luah Damian.

"Damian, Aku tak pandai nak nasihatkan kau pasal hal percintaan ni. Tapi, Aku cuma bokeh beritahu kau satu benda ni je" Kata Ice.

Damian mengangkat wajah, Merenung telefon bimbitnya.

"Apa?"

"Sebelum tu aku nak tanya. Kau masih ingat dua tahun lepas saat Whisperian pulang ke tempat asal mereka dari Iceland?"

Damian mengangguk. Tetapi kemudian dia tersedar bahawa Ice tidak mampu melihat wajahnya.

"Yes."

"Then aku nak beritahu kau yang sampai sekarang aku kesal sebab membiarkan Snow pergi. She belongs with me. Dan kalau ditakdirkan dia masih hidup, Tak kira di manapun dia berada aku akan dapatkan dia semula. Sebab aku cintakan dia. Dan hanya aku yang boleh bahagiakan dia"

Damian tersentuh dengan ucapan Ice. Dan dia faham maksud kata-kata rakannya itu. Ice mungkin tidak berpeluang lagi untuk bersama Snow. Tetapi Angel maaih hidup dan dia tidak buta.

Dia tahu Angel tidak mesra dengan Nick. Mereka mungkin kawan lama tetapi hanya dia yang boleh membahagiakan Angel.

"Kau rasa patut ke aku cuba?" Damian masih ragu-ragu.

"Kalau Angel memang ditakdirkan untuk kau, Korang berdua pasti akan bersatu." Ujar Ice.

Damian tersenyum nipis. "Thanks bro."

"Ah, Tak ada apalah. Sekurangnya seorang dari kita kenalah berakhir dengan happy ending"

***

Incubus Mengerling sayapnya yang mempunyai kesan koyak. Asap nipis masih kelihatan pada koyakan tersebut.

"Not bad"

Angel memutarkan busur panah di tangan. Busur panahnya bertukar menjadi sebuah tukul besar.

"Aku bagi kau peluang. Berambus dari sini atau aku akan pecahkan kepala kau." Angel memberi amaran.

Incubus ketawa. Langsung tidak takut dengan gertakan Angel walaupun sayapnya sudah cedera akibat pergelutan dengan Angel tadi.

"Sorry Angie. Tapi, Misi aku masih belum selesai. Gadis tu terlalu cantik untuk disia-siakan begitu sahaja."

Tekak Angel terasa loya mendengar ayat Incubus. Demon jenis ini selalu muncul pada waktu malam untuk melakukan hubungan intim dengan gadis.

Kerana itu tugasnya sebagai guardian adalah memastikan anak jagaannya tidak diganggu oleh Incubus.

"Okay, Your wish." Angel mengangkat tukulnya ke hadapan.

Sayap putihnya dikembangkan, Membawa tubuhnya meluncur ke hadapan. Incubus mengelak serangan Angel dengan mudah seolah-olah dapat membaca gerakan serangan Angel.

Angel melayangkan penukul ke kepala Incubus, Namun lelaki itu menunduk sebelum menangkap pinggang Angel.

Sayap hitamnya dikembangkan sebelum dia meluncur dan menolak tubuh Angel.

Daya tujahan Incubus menyebabkan Angel terdorong ke belakang dan menghempap dinding sebuah rumah.

Angel mengaduh kesakitan. Incubus ketawa sebelum muncul dalam keadaan terapung di hadapan Angel.

Penukul Angel dilayangkan ke arah Angel. Dengan menggunakan tangan kanan, Angel menggapai penukulnya yang dilontar oleh Incubus.

"Another round?" Ejek Incubus.

Angel menarik nafas dalam. Dia akan melindungi Ayumi sekalipun dia perlu mati.

Tukulnya diputar oleh Angel, Menukarkan senjatanya kepada sebuah pedang. Incubus membuat muka kagum dengan gaya mengejek.

"Aku akan buang muka berlagak kau tu. I swear" Bisik Angel.

Dia memulakan serangan sekali lagi kepada Incubus yang sudah bersedia. Angel melakukan tusukan demi tusukan. Namun, Incubus masih tidak dapat dicederakan.

Pap!

Incubus menangkap pergelangan tangan Angel. Dalam sekelip mata satu tumbukan dihadiahkan tepat ke tulang rusuk Angel.

Pang!

Pedang Angel melayang jatuh ke tanah bersama dengannya. Angel mengerang sambil memegang bahagian bawah dada. Nafasnya terasa semput akibat menahan kesakitan.

"Tak guna..." Angel mengetap gigi.

"Angie, Kau mungkin dah berjaya cipta rekod baru di sky realm. Taiz Kau masih mentah dalam unsur perlawanan"Incubus berjalan perlahan menghampiri Angel.

Dia menyatukan telapak tangan, Mengeluarkan sebatang tongkat tajam bewarna hitam. Angel mengesot ke belakang.

"Kalau kau bunuh aku, Kawan-kawan aku yang lain tetap takkan biarkan kau ganggu gadis tu"

Incubus menjungkit bibir. "Bunuh? Siapa kata aku nak bunuh kau?"

Angel melirik pedangnya yang berada tidak jauh daripada Incubus. Dia membuka telapak tangan, Memberi isyarat kepada pedangnya itu agar terapung.

Pedang Angel yang berada di atas jalan mengikut kehendak Angel. Dengan perlahan-lahan pedangnya itu terapung ke udara, Sesikit demi sedikit.

"Wah, Lega aku mendengarnya" Angel menjulingkan mata ke atas.

"Yeah. Kau memang sama macam yang dia cakap"

Angel tersentak. " Apa maksud kau dia?"

Incubus berpaling ke belakang. Tongkatnya dilontarkan ke arah pedang Angel.

Shak!

Tongkat hitam milik Incubus membelah pedang Angel. Cahaya yang keluar dari pedang Angel menjadi malam sebelum terpadam dan terjatuh kembali ke bawah.

Angel mengembangkan sayap, Melayangkan tubuh. Namun Incubus lebih cepat bertindak dengan mengeluarkan sebuah senjata seperti sepucuk pistol.

Bang!

Satu butir peluru dilepaskan, Mengenai pinggang Angel yang cuba mengelak. Angek menjerit kesakitan sebelum jatuh terhempas ke tanah.

Seluruh tubuhnya terasa ditarik seperti terkena renjatan elektrik.

"Silver. Kelemahan semua fairy dan Angel" Incubus meniup senjata yang baru digunakan sebelum kembali menyimpannya.

"Apa...kau...nak"

"Aku nak kau tengok apa yang akan aku lakukan pada anak jagaan kau. Surely prestasi kau akan tercalar"

Angel merengus marah. Dia perlu menyelamatkan Ayumi, Tapi peluru silver yang melekap di tubuhnya bagaikan menarik semua tenaga yang ada.

"Leave....her....alone"

"Kalau aku tak nak, Kau nak buat apa?" Incubus memegang kolar baju Angel.

Serentak itu terdengar satu dentuman kilat yang begitu hampir dengan Angel dan Incubus.

Mirna 9

"Here is the plan. Untuk mengaburkan mata orang ramai di sini, saya akan jadi ayah awak berdua. Kita datang ke sini untuk bercuti selep...