Friday 19 January 2018

Wicked Love 9

"Lima tahun dahulu ada seorang lelaki datang menemui saya, Meminta Glamour Spell supaya dia dapat mengubah penampilan. Tapi sebagai magician yang berwibawa dah tentulah saya tak benar kan," Whisper memulakan cerita.

"Ya ke? Apasal aku rasa macam tipu je?" Pantas Damian mengutarakan soalan.

Whisper merenung tajam ke arah Damian. " Saya tak benarkan, Sampailah saya lihat gerangan orang yang meminta spell tersebut. Lelaki itu sangkakan yang saya tak tahu identiti dia yang sebenar. Tapi saya tahu orang itu adalah awak, My prince"

Ice mengerutkan dahi. Sungguh, Dia tidak ingat langsung tentang perkara ini.

"It is okay kalau awak tak ingat, My Prince. " Kata Whisper lagi.

"Kenapa aku minta spell tu?" Tanya Ice.

"Sebab awak nak lari. Menjadi putera raja dan bakal pemerintah sebuah negara bukankah keinginan awak, My Prince. Jauh di sudut hati awak mahukan kebebasan untuk hidup normal seperti orang lain"

"Dan kau bagi Glamour spell tu begitu je?" Damian menyoal.

"Tentulah tak. Aku lebih rela mati daripada memberikan orang lain spell tu. Tapi, aku terfikir apa salahnya sekali-sekala melihat keluarga royal berantakan. Macam best pula. Jadi, Saya berikan spell tu dan puff, Prince terus menghilang." Whisper ketawa mengekek.

"Kau tahu aku pernah lari dari istana?" Ice menyoal Damian.

Damian ternganga. "Mestilah tak. Aku cuma diberitahu yang kau baru tersedar dari koma masa pertama kali ditugaskan untuk jadi pembantu kau. I swear." Bersungguh-sungguh Damian meyakinkan Ice.

Ice mendengus manakala Damian resah.

"Cuma orang terdekat yang tahu pasal kehilangan awak, My Prince. Kalau orang ramai tahu yang putera raja Iceland dah hilang, Tentulah reputasi Keluarga royal akan tercalar. Walaupun saya harus akui yang melihat keluarga royal kucar-kacir adalah satu pemandangan yang sangat menyeronokkan."

"Then what?" Soal Ice.

"The ultimate measure of a man is not where he stands in moments of comfort and convenience, But where he stands in times of challenge and controversy"

"Maksudnya?" Tanya Damian.

Whisper mengeluh. "Awak mahukan cabaran, My Prince. Dan ke sanalah tempat yang awak tuju. Bandar kecil Goldcrest. Jauh ke pedalaman daripada orang-orang yang mungkin mengenali tuanku."

Glodcrest, Bandar kecil yang terletak jauh di kawasan pedalaman, Atau lebih tepat lagi jauh ke atas puncak gunung. Jarang ada orang yang sanggup tinggal di tempat primitif seperti itu. Letaknya jauh bersempadan antara negara Angin dan Api.

"Well, Aku memang pernah terfikir untuk lari." Akui Ice.

"Awak memang dah lari, My Prince." Beritahu Whisper.

"Tunggu, Jadi di sanalah Ice mengalami kemalangan tu?" Soal Damian.

"Pft, Kemalangan? Awak diserang Ice oleh pengikut Luther Fang."

"No way" Damian menggeleng tidak percaya.

"Salah, Mama kata aku kemalangan jalan raya...unless mama dan semua orang tipu aku," Kata Ice tidak pasti.

Dia dan Damian berpandangan sesama sendiri.

"Of course they did lie to you. Awak ditemui terjatuh ke dalam gaung selepas diserang serigala jadian. Saya berani kerat leher untuk mengatakan pengikut Luther Fang yang hantar makhluk berbulu tu. My Prince, Apa yang awak ingat pasal kemalangan tu?"

Ice memegang parut kekal di dahinya." Aku tak ingat apa-apa. "

"Nothing at all?" Tekan Whisper.

"Tak ada okay. Sebab tu aku buat operasi rahsia dengan Damian. Aku minta dia, Rayu pada dia supaya cari kebenaran tentang perkara yang sebenarnya berlaku pada aku lima tahun dulu. Kau tahu tak macam mana rasanya hilang ingatan?!" Ice meninggikan suara, Melepaskan tekanan yang dirasai.

"Ice, Calm down."

Damian mulai risau. Dulu, Ice pernah membekukan seluruh bilik sewaktu baru tersedar dari koma.

Kejadian itu berlaku beberapa kali sehingga menyebabkan tiga orang doktor putus asa untuk terus merawat Ice.

Malah Ice mengambil masa juga untuk membuka hati, Menerimanya bukan sahaja sebagai pembantu tetapi seorang rakan.

"Macam mana awak nak ingat tentang kemalangan yang sememangnya tak pernah berlaku. Awak bukan kemalangan jalan raya" Kata Whisper.

Ice tidak terkejut langsung. Dia sudah lama mengagak akan perkara itu.

"Bagaimana dengan mimpi yang awak nampak?" Tanya Whisper lagi. Langsung tidak takut melihat wajah bengis Ice.

"Itu cuma mimpi bodoh je," Geleng Ice.

"Atau memori"

Ice mengangkat wajah, Merenung Whisper. Riak wajah Whisper menandakan bahawa dia tidak bergurau.

"Apa kau tahu pasal mimpi tu?" Damian memperlahankan suara, Seolah takut ada yang mendengarkan perbualan mereka.

"Tak payah nak bisik sangat. Pembantu saya dah uruskan pengawal awak yang di luar tu. Actually, Saya yang hantar memori tu kepada awak, My Prince."

Ice tergamam. "You what?"

"Saya tak cipta memori tu kalau itu yang awak sangkakan, My Prince. That girl and that voice yang awak dengar tu adalah benar-benar berlaku."

Ice bangun dari sofa, Dia meraup wajah berulang kali.

"No way." Damian tersandar ke sofa.

"Tapi dalam mimpi tu dia menangis. Aku nak tahu kenapa?" Soal Ice.

"Cuba fikir balik apa yang gadis tu cakap?"
Soal Whisper kembali.

Ice menarik nafas panjang. Dia memejamkan mata, Cuba mengingati semula suara yang bermain di dalam mimpinya itu.

'Terima kasih sebab ajar saya tentang perasaan ini. Dan saya janji akan terus cari awak pada bintang di langit malam. Saya sayangkan awak Ice, Sangat-sangat"

Ice membuka mata. "Siapa gadis tu?"

Whisper tersengih. "Gadis itu adalah daripada keturunan Magician ketujuh dan Prince Rider"

Ice dan Damian merenung Whisper dengan wajah terkejut.

"No, Tak ada fakta pun tentang kisah mereka berdua. Semua orang tahu yang Prince Rider dan Magician ketujuh rapat semasa mereka masih menjadi apprentice. Tapi, Lebih dari itu adalah mustahil."
Jelas Ice

"Awak betul, My Prince. Mereka cuma dua orang apprentice yang tidak sepatutnya jatuh cinta, But they did. And it cost them a high price to pay. Prince Rider meninggal kerana melawan sumpahan bahawa Keluarga Royal tidak boleh bersama dengan rakyat biasa. Dan Magician ketujuh menghilangkan diri" Whisper mengukir senyuman kecil.

"Kalau cerita kau ni betul, Macam mana kau tahu pasal semua ni?" Soal Damian.

"Fakta Damian. Sejarah Magician ketujuh di simpan kemas oleh keturunannya turun-temurun. Dan sekarang pewaris terakhirnya memiliki kuasa yang sama untuk menghapuskan Luther Fang, An Animists. Kalau awak nak tahu lebih lanjut awak perlu tanya The Keeper."

"The Keeper?" Tanya Ice.

"Itulah yang mereka namakan diri sendiri. Descendants of the seventh magician. Come along, I'll show you"

"Apa maksud kau?" Damian turut bangun.

Whisper melompat ke bawah. "Saya akan tunjukkan siapa gadis yang awak ingat dalam memori tu."

"Gadis tu ada di sini?" Kata Ice dengan kerutan di dahi.

"Nope. Sebenarnya tuanku dah pun berjumpa dengan dia." Whisper terus melangkah ke pintu.

Ice segera membuntuti langkah Whisper yang semakin ke hadapan.

"Hey, Wait. Macam.mana dengan keadaan semak dalam ni? " Kata Damian.

Jeritan Whisper tadi menyebabkan perabot-perabot di dalam pejabat Ice tunggang langgang.

Ini semua salah Whisper dan dia tidak akan mengemaskannya semula.

Whisper menggoyangkan ekornya sekali. Dalam sekelip mata perabot-perabot di pejabat Ice terus bergerak ke tempat masing-masing.

"Your welcome." Whisper berlalu pergi, Meninggalkan Damian yang terpaku.

***

Madam Eloisa merenung ke segenap kabin miliknya. Dia kini bersendirian di dalam bilik selepas mendengarkan keputusan daripada enam pemerintah tertinggi.

Perlahan dia bangun, Menuju ke meja kerja. Beg tangan bewarna coklat yang diletakkan di atas meja dibuka sebelum mengeluarkan sebuah foto keluarga.

Gambar dia bersama suaminya dan Snow ditatap dengan perasaan hiba.

"Kai, Saya dah cuba lindungi anak kita. Tapi saya tak boleh melawan takdir. Saya tak tahu apa nak buat."

Madam Eloisa membawa foto tersebut ke dada. Dia sudah kehilangan suaminya bertahun dahulu. Dan kini dia harus menghadapi risiko kehilangan anak tunggalnya, Snow.

Ketukan di pintu balkoni mengejutkan Madam Eloisa. Segera dia bangun dari kerusi dan melangkah ke arah bunyi berkenaan.

"Shadow, Apa dah jadi?" Madam Eloisa membuka pintu balkoni.

Shadow Knight melangkah masuk ke dalam sambil dipimpin oleh Madam Eloisa. Belum pun beberapa langkah, Dia rebah ke lantai.

"Shadow!" Jerit Madam Eloisa.

"Albeit..." Shadow Knight menunjukkan kesan gigitan di lengan yang dibalutnya dengan kain hitam.

"Oh no, Shadow. Kau dah terkena jangkitan wabak tu." Madam Eloisa gelisah.

"Snow..." Shadow Knight menggetap Gigi, Menahan kesakitan yang semakin menjalar.

Madam Eloisa memegang dahi. Kepalanya digelengkan perlahan.

"No Shadow, Anak aku Snow. Dia tak tahu apa-apa pasal semua ni."

Shadow Knight mengerang kesakitan. "Eloise...Snow...sekarang..."

Madam Eloisa menekup mulut. Buat pertama kali sepanjang bergelar wanita besi, Dia tidak tahu keputusan yang perlu diambil.


Tuesday 16 January 2018

Wicked Love 8

Sambil duduk di atas lantai bilik air, Aku melarikan mata pensel di atas kertas lukisan. Sesekali aku melihat ke hadapan sebelum kembali melukis.

Lilith, Permaisuri Water Nymph sedang duduk di dalam tub mandi sambil melihat aku melukis.

"Ada sesuatu yang mengganggu fikiran, Master?" Lilith mengutarakan soalan.

"Nope." Kataku dengan gelengan kepala.

"Saya boleh rasakannya, Master. Tolong, Beritahu saya."

Mata pensel automatik terhenti. Aku berfikir untuk seketika sebelum meletakkan buku lukisan beserta pensel warna di atas lantai.

"Awak ingat lagi tak masa pertama kali kita berjumpa lima tahun dulu?"

"Yes Master"

"It just, Awak pasti ke yang awak dah padamkan memori Ice tentang saya?" Aku menunggu jawapan Lilith.

"Yes Master." Agak lama Lilith memberikan jawapan.

"Betul?"

"Adakah Master meragui kami?" Tanya Lilith kembali.

Aku mengeluh berat. "Saya cuma takut. Sebab lepas lima tahun kami bertemu kembali. Saya masih rasa bersalah. Kalaulah saya tak tipu dia, Kalaulah saya tahu yang dia tu sebenarnya seorang putera,"

"Master, Berhenti menyalahkan diri sendiri."

Kolam mataku terasa panas. Wajah Ice yang berparut masih terbayang di dalam kepala.

Kalau bukan kerana aku, Pasti dia tidak akan mendapat parut seperti itu.

"He's almost die, Lilith. Dan kalau saya tak jumpa awak semua dulu, Mesti dia dah..."
Aku memejamkan mata.

Kurasa bagaikan semalam aku melihat tubuh Ice yang terbaring kaku di atas katil, Bertarung antara hidup dan mati.

Malah masih terngiang-ngiang di telingaku suara rintihan Permaisuri Caroline tatkala melihat Ice dahulu.

"One of the hardest thing in life is to grieve the loss of a person who is still alive" Bicaraku sendiri.

"Master masih sayangkan dia?" Tanya Lilith. Terkebil-kebil dia memandang aku.

Aku ketawa kecil. "Saya akan balik ke Dry Land beberapa bulan lagi, Lilith. Lebih baik saya fokus pada perkara yang lebih penting."

Kertas lukisan dan pensil kucapai semula, Mahu meneruskan lakaran Water Nymph yang hampir siap.

"Perkara penting seperti Dark Master?"

Soalan Lilith membantutkan niatku untuk meneruskan lakaran. Kebelakangan ini nama itu sering menjadi topik perbualan.

"Apa awak tahu pasal Dark Master?"

Lilith menunduk sebelum bersuara dengan perlahan.

"Kami dapat rasakan kehadirannya semula. Orang-orang saya, Mereka takut."

Aku teringat tentang Spirit yang diberitahu oleh Mirna. Mereka juga takut dengan kehadiran Dark Master.

"The Undead tempoh hari, Awak rasa betul ke Luther Fang yang hantar?"

"Master, Hanya Luther Fang yang berkuasa membangunkan dan mengawal makhluk seperti The Undead dan makhluk Dark Creature yang lain."

Penjelasan Lilith membuatkan aku tergamam. Bulu romaku naik tiba-tiba.

"Apa lagi yang awak tahu pasal Luther Fang?"

Lilith mengerdipkan matanya beberapa kali.

"Master akan tahu nanti."

"What?"

"Bukan saya orangnya yang boleh menjelaskan kepada Master tentang hal ini."

Aku menarik nafas panjang. Rasa kecewa bertemu di hati dengan keengganan Lilith untuk memberi maklumat

"Right, Awak dan rahsia awak."

Lilith terus diam selepas itu, Membiarkan aku menghabiskan lukisan dirinya.

***


Ice berdiri di luar jendela, Melihat kepingan salji yang jatuh perlahan-lahan menyembah bumi.

Kepalanya kusut dengan berita yang baru diterima. Esok, Semua pemerintah dari enam buah negara akan mengesahkan spekulasi mengenai Luther Fang.

Semua magician yang berkelayakan akan diperintah untuk memberi kerjasama dalam menghadapi Luther Fang.

"Dia semakin kuat"

Ice berpaling ke belakang. Sukar untuk dipercayai apabila matanya menangkap Whisper yang berjalan perlahan sebelum melompat dan duduk di atas sofa.

Ice meraup anak rambut. Ketika dia sedang kusut memikirkan hari esok, Whisper pula tiba-tiba datang untuk menambah kekusutan.

"I can't believe this" Ice mengurut dahi dengan tangan kanan.

"Ramainya pengawal di akademi. Ada majlis keramaian ke apa?" Kata Whisper tanpa perasaan.

"Ke mana kau sembunyi sebelum ni?" Ice menghampiri Whisper.

"Kenapa? Tuanku rindukan saya ke?" Whisper tersengih menampakkan taring.

Ice melabuhkan punggung di sofa berhadapan dengan Whisper.

"Siapa kau sebenarnya?"

Whisper menggerakkan ekornya ke kiri dan ke kanan. "Saya dah cakap nama saya Whisper. Tuanku tak ingat?"

"Aku tak ada masa untuk bermain Whisper. Beritahu aku semuanya yang kau tahu."

Whisper menderam perlahan. "Tentang Luther Fang atau tentang kisah lima tahun lalu?"

Ice menelan air liur yang terasa kesat. Pertanyaan Whisper yang tidak terduga membuatkan dia semakin geram.

Whisper ketawa. Tubuhnya bergerak-gerak kesukaan.

"Alright, Saya akan ceritakan semuanya. Oh, My prince you are no fun."

Belum sempat Whisper memulakan cerita, Pintu pejabat Ice dibuka dari luar. Damian yang melangkah masuk, Terkejut melihat Ice sedang duduk bersama seekor kucing hutan.

"Oh, Hello there," Sapa Whisper. Dia berdiri di atas empat kaki sambil menyeringai ke arah Damian.
"Can we trust him?" Tanya Whisper kepada Ice.

"Dia orang kepercayaan saya," Balas Ice dengan muka geram.

Sebenarnya orang yang tidak boleh dipercayai di sini ialah Whisper. Entah dari mana datangnya kucing hutan ini. Dan yang lagi penting, Siapakah sebenarnya dia?

"Alright, Saja tanya. " Whisper kembali duduk di sofa dalam keadaan senang hati.

"Ice, Is that..."

Ice menoleh ke arah rakannya.
"Damian, Kenalkan ini Whisper. Dia baru je muncul tiba-tiba tadi."

"Wow, Ini dia kucing comel yang bercakap. " Kata Damian dengan nada teruja.

Whisper membuat muka menyampah.
" Okay, Pertama sekali tubuh kucing ni bukan tubuh sebenar aku. Si tak guna Luther Fang tu yang buatkan aku jadi begini. Dan keduanya, Kau pernah jumpa Centaur? Kau tak pelik tengok kambing bercakap?"

"Aku pernah jumpa mermaid. But at least mereka cantik dan tak creepy," Balas Damian.

Ice melirik geram ke arah Damian.

Damian mengangkat bahu tidak bersalah.

"Ahah, Kau kata mermaid tu cantik? Dude, Lepas aku dapatkan tubuh asal aku balik baru kau akan tahu apa makna kecantikan yang sebenar!"

"Jadi baik kau mula bercakap sekarang kalau nak tubuh asal kau balik. Damian, Kau nak join sekali?" Ice mematikan pergaduhan Damian dan Whisper.

"Macam mana kita nak pasti kan dia bercakap benar?" Tanya Damian.

"Oi, Aku cakap benar pasal kedatangan The Undead kan?" Whisper meninggikan suara.

"Boleh jadi kau pengikut Luther Fang. Kalau..."

"Aku bukan pengikut Luther Fang!" Jerit Whisper.

Serentak itu kesemua perabot yang ada di dalam pejabat Ice bergegar.
Ice dan Damian spontan berdiri. Pedang putih tersedia di dalam genggaman mereka.

"Apa tu?" Tanya Damian. Bulat matanya melihat Whisper.

"Itu jadinya kalau kau sakitkan hati aku. Masih rasa aku comel?" Tanya Whisper sarkastik.

Ice mengangkat tangan tanda mengalah.

"Okay, Kami tak ada pilihan selain dengar cerita kau. Lagipun kita tak boleh bazirkan masa. Esok semua dunia magic akan dikejutkan dengan berita kedatangan Luther Fang. Dan aku masih tak tahu apa nak buat."

 Ice kembali duduk. Genggaman tangannya dibuka, Menyimpan kembali pedangnya yang dikeluarkan secara spontan tadi.

"Aku tahu apa nak buat untuk hentikan Luther Fang. Tapi, Entah lah. Aku dah hilang mood nak cerita." Kata Whisper seolah-olah merajuk.

"Whisper, Tolong beritahu kami segala yang awak tahu. Dn kami janji akan bantu dapatkan tubuh asal awak. Deal?" Pujuk Ice.

Whisper menggerakkan ekornya. Berfikir untuk seketika.

"See, That's why you are a prince. Awak patut belajar dengan tuan awak, Damian. Alright, aku cerita." Whisper bersetuju namun masih sempat menyelitkan kata sindiran untuk Damian.

Damian mencerlung ke arah Whisper. Geram apabila disindir oleh seekor kucing.

"Damian, Are you in?" Ice menoleh ke arah Damian yang masih berdiri.

"Of course" Damian mengambil tempat di sebelah Ice.

Tidak mungkin dia akan membuatkan puteranya ini bersama makhluk yang tidak dikenali.

Whisper menderam sebelum memulakan penceritaan.

"Kita akan mulakan dengan kisah yang berlaku lima tahun lepas."

"Kenapa lima tahun lepas?" Soal Damian.

"Awak fikir Luther Fang baru muncul sekarang ke? Oh no mister. Kubur Luther Fang dah pun diceroboh lama sebelum tu. Tapi kenapa sekarang baru dia muncul? Sebab dia sedang menunggu kehadiran seseorang yang sangat penting. Nak tahu siapa? Orang sama yang muncul di dalam mimpi tuanku, My Prince"

Ice merenung Whisper dengan riak tidak percaya.

Wicked Love 7

Shadow Knight menghabiskan air tin yang tinggal separuh. Mulutnya dikesat dengan belakang tapak tangan sebelum tin yang sudah kosong itu diletakkan ke atas lantai. Kakinya digoyang perlahan-lahan.

"Albert, Where are you friend?" Shadow Knight menguap besar. Sudah lama dia menantikan insan yang sedang diburu olehnya.

Kes wabak yang melanda di kawasan bandar kecil ini meyakinkan dia bahawa orang yang dicarinya berada di sekitar kawasan ini.

Tidak lama kemudian deria pandangan Shadow Knight menangkap sesuatu yang bergerak di kawasan timbunan sampah.

Dalam keadaan cahaya yang samar, Dia dapat mengagak gerangan makhluk yang sedang menyelongkar sisa bahan buangan di situ.

"Oh, Itupun kau"

Pantas Shadow Knight melompat turun tanpa bunyi dari satu bumbung ke satu bumbung yang lain. Kawasan setinggan yang dibina secara bertingkat-tingkat ini memudahkan Shadow Knight untuk mendapatkan Albeit.

"Aku ingat kucing liar yang buat sepah, Rupanya tikus gergasi." Shadow Knight berjalan perlahan menghampiri Albeit.

Albeit yang sedang tunduk, Perlahan-lahan berpaling ke belakang. Tulang ayam yang digonggong di dalam mulutnya terjatuh ke atas tanah.

Bulat matanya memandang Shadow Knight yang sedang berdiri tegak.

"Shadow Knight, My friend!" Albeit mengangkat tangan, Mahu memeluk Shadow Knight.

Tetapi langkahnya terhenti ketika Shadow Knight menghunuskan pedang.

"Friend my foot. Kenapa kau buat begitu?"

Albeit menggaru-garu pipi dengan kukunya yang tajam.

"Apa? Aku tak faham."

Shadow Knight mendengus. Dia sedar bukan mudah untuk pengikut Luther Fang mengkhianati lelaki itu.

"Di mana Luther Fang bersembunyi?" Tanya Shadow Knight, Enggan membuang masa melayan Albeit.

"Luther Fang? Lut....ah, yes. Dark Master" Albeit ketawa namun suaranya kedengaran seperti coyote.

"Your master, Not mine." Tegas Shadow Knight.

"Yea he will. Dia akan jadi master untuk semua magician tak lama lagi. No! Raja di dunia magic ni," Albeit ketawa mengekek.

"Kenapa kau pilih jalan ni, Albeit?"

"Shhhhh, Diam! Kau tak faham Shadow Knight. Kau tahu kenapa Dark Master tak boleh dibunuh? Sebab Dark Master, Dia kebal dan dia boleh berikan kita kehidupan yang abadi."
Albeit menyeringai suka.

"Jadi sebab tu kau sanggup bunuh ramai orang? Semata-mata untuk dapatkan kehidupan yang abadi?"

"Puff, Orang-orang yang mati tu cuma menyemak je. Mereka manusia-manusia normal yang sekadar merempat di dunia magic ni. Lagipun, No sacrifice no victory" Albeit ketawa lagi.

Shadow Knight menahan amarah dan kesedihan yang mula bercampur aduk.

"Aku tak faham Albeit, Apa sebenarnya yang dah jadi pada kau."

"Join me Shadow Knight. Kau akan faham selepas melihat kuasa Dark Master. Dia boleh berikan kau kuasa yang jauh lebih hebat daripada sekarang ni"

"Macam kau? Bila kali terakhir kau tengok diri sendiri di dalam cermin Albeit? Inilah yang kau maksudkan dengan kehidupan abadi? Kau sedar tak dia dah tukar kau jadi tikus gergasi?!"

Albeit menderam. Dia semakin laju menggaru-garu badannya.

"Kuasa Dark Master masih belum pulih sepenuhnya. Dia perlukan lebih banyak nyawa, Lebih banyak perngorbanan!"

Shadow Knight mengangkat pedang ke muka Albeit.

"Dan aku akan halang dia walaupun aku perlu membunuh atau terbunuh."

Albeit mendesis, Marah. Biji matanya yang hitam bertukar menjadi merah.

"Baiklah, Kawan!"

Berpuluh ekor tikus mondok sebesar saiz kucing melompat keluar dari timbunan sampah.

Shadow Knight menghayunkan pedangnya, Membunuh gerombolan tikus yang cuba mencakar dan menggigit. Serangan yang bertalu-talu membuatkan dia terdorong ke belakang.

Shadow melompat naik ke atas sebuah bumbung yang berdekatan. Tikus-tikus mondok yang berkeliaran di bawah melompat-lompat, Cuba mendapatkannya.

Dalam kekalutan, Albeit telah menghilang kan diri. Shadow Knight mengeluh geram.

Aku akan dapatkan kau nanti Albeit, Janji Shadow Knight kepada dirinya sendiri.

"Hey, Siapa di sana?"

Suara orang awam yang menghuni penempatan ini mengejutkan Shadow Knight. Pastinya bunyi bising yang dihasilkan oleh Tikus belaan Albeit ini menarik perhatian mereka.

Shadow Knight membuka tapak tangan. Tiga gelombang bewarna biru muncul di udara sebelum dia membalingnya ke bawah.

Cahaya biru menerangi suasana untuk sesaat sebelum segalanya menjadi sepi. Tikus belaan Albeit mencair, Meninggalkan tompokan darah di serata tempat.
Shadow Knight melompat ke atas, Menyembunyikan diri daripada dilihat orang ramai.

"Arrhhh!" Dia memegang lengannya yang terasa kebas.

Kesan cakar berbentuk tiga garisan lurus menyedarkan Shadow Knight bahawa dia telah digigit dalam serangan tadi.

Pandangannya mula terasa kabur sebelum segalanya menjadi kelam.

***

Siapa tahu teleportation spell?

Invisible spell?

Sebab aku betul-betul ingin menghilang kan diri di saat ini.

Renungan Ice yang terarah kepadaku membuatkan aku seolah-olah tidak berpijak di lantai.
Dahi Ice berkerut melihatku membuatkan aku semakin gabra.

Tapi, Dia tidak mungkin akan ingat tentang aku kan?

"Ice, Ini baki ahli kumpulan netball akademi saya. Priya, Angel, Mirna Dan Snow" Mama memperkenalkan kami seorang demi seorang.

Ice sekadar menganggukkan kepala kepada kami sebagai tanda hormat.

"Hello. Maaf sebab saya lambat bertemu dengan awak semua." Suara Ice masih kedengaran sama seperti dahulu.

Hanya yang berbeza ialah parut kekal yang kini terukir di dahinya itu.

"Its fine" Priya membuat tanda okay.

"I remember both of you. Awak berdua ada bersama-sama saya semasa serangan hari tu." Ice menunjuk ke arah Angel dan Mirna.

Mereka tersipu-sipu malu mendengarkan kata-kata yang keluar daripada mulut Ice.

"Are you a fairy, Miss?" Ice menyoal Angel.

"Angel actually. Guardian Angel selepas saya habis belajar nanti." Terang Angel.

"Ada Angel di Whisper Hollow? Pasti besar tanggungjawab awak untuk menjaga mereka semua, Madam" Kata Ice membuatkan Angel ketawa kecil.

"You have no idea, Ice. Anyway awak boleh lihat sendiri even manusia normal boleh berjaya di akademi saya. LContohnya seperti Snow" Mama memberitahu Ice.

Aku menelan liur apabila Ice melihat aku dengan pandangan tajam.

"Snow, Sedap nama tu." Puji Ice.

Yeah, Awak dah cakap benda tu lima tahun lepas, Ice. Tapi, Mana mungkin awak akan ingat.

Aku menahan rasa sebak yang mula hadir di dada.

"Kita pernah jumpa ke sebelum ni, Miss?"

Soalan Ice membuatkan jantungku semakin berdebar.

"Tak" Kataku dengan pantas.

Ice tidak memberi reaksi. Hanya merenung ke arah aku.

"Madam dah jumpa kawan-kawan kami yang lain?" Tanya Mirna.

Aku menarik nafas lega dengan pertanyaan Priya. Sekurangnya kini perhatian Ice beralih daripada berterusan merenungku.

"Yes dan awak berempat adalah pelajar terakhir yang saya belum jumpa. Anyway,
Apa awak semua buat?" Suara Mama kurasa bagaikan angin lalu.

"Assignment Proffesor Alexander. Dia cuti sebulan." Terang Priya.

"Ouh, That's good. Saya gembira awak semua komited dalam pelajaran."
Mama mengalihkan pandangan ke arah aku.
"Snow, Awak okay?"

"Huh? Okay ma....madam," Aku mengangguk laju.

"Madam datang tiba-tiba, Buat kami terkejut." Kata Angel bagaikan memahami perasaan aku sekarang ini.

Mama tersenyum mendengarkan kata-kata Angel.

"Well, forgive me about that. Anyway, Saya akan berada di sini untuk beberapa hari lagi." Beritahu mama.

"What for?" Soalan itu meluncur laju sebelum sempat aku menapis mulut.

Semua orang menjatuhkan pandangan ke arah aku. Aku terdiam, mengutuk diri sendiri di dalam hati.

"Alright Ladies, Continue with your work."
Mama memberi isyarat untuk berlalu.

"Ladies," Ice dan Damian mengangguk kepada kami sebelum berlalu pergi bersama mama.

Priya, Mirna dan Angel menjerit kecil.

"What is that?" Tanya Mirna dengan wajah tidak percaya.

"Dia ingat kita" Angel memegang pipinya dengan wajah teruja.

"Untunglah" Kata Priya.

Aku menarik nafas dalam-dalam. Rasanya aku harus ke bilik Rehat dan Rawat.

Monday 15 January 2018

Wicked Love 6

Ice semakin bengang dengan keadaan sekeliling. Pertambahan ahli pengawal di Iceland academy yang diarahkan oleh ayahnya itu benar-benar tidak dapat diterima.

"Calm down, Ice" Pujuk Damian.

"I am calm down. " Ice mundar-mandir di hadapan Damian.

"Yeah, right"

Damian melirik kedua tangan Ice yang dikepal-kepal oleh rakannya itu. Percikan ais kelihatan berkelip-kelip setiap kali Ice membuka dan menggenggam jari-jemarinya.

"Kau beritahu aku, Kenapa ayah aku tak faham yang aku tak perlukan babysitter?"

Tanya Ice melabelkan pengawal-pengawal istana sebagai babysitter. Dia menggamit rambut dengan kedua belah tangan, geram.

"Mereka cuma nak kau selamat, Ice. Lagipun Dark Master dah tunjuk yang dia benar-benar makudkan perang dengan menghantar The Undead terus ke akademi ni. Nasib baik tak ada pelajar-pelajar Whisperian yang tercedera. Kalau tak entah macam mana nak terangkan pada Madam Eloisa." Damian melepaskan keluhan lega.

"Tapi kawalan ketat bermakna kita kena semakin berhati-hati. Jangan sampai ada orang tahu pasal operasi rahsia kita." Pesan Ice.

Damian mengangguk faham. Ice yang penat berdiri akhirnya melabuhkan punggung di kerusi tetamu bersebelahan dengan Damian.

"Bercakap pasal operasi kita, kau ada ingat apa-apa lagi tak?"

Ice mengurut dahi sambil menggeleng perlahan.

"Tak. Aku tak ingat apa-apa, selain daripada memori yang aku ceritakan tu je. Tak guna, Kat mana aku nak cari kucing hutan tu!" Ice menumbuk pemegang kerusi yang didudukinya.

"Whisper? Hati-hati Ice. Kita tak tahu identiti sebenar dia atau niat dia yang sebenarnya. Boleh jadi dia sekutu dengan Dark Master"

"I don't know, Damian. Tapi dia bercakap benar pasal serangan The Undead tempoh hari. Kita kena cari dia Damian. Dia tahu pasal perkara sebenarnya yang berlaku pada aku lima tahun lepas." Kata Ice.

"Kau rasa Whisper ke yang tolong hapuskan semua The Undead hari tu? I'm telling you siapapun yang hapuskan The Undead hari tu memiliki unsur kuasa yang hebat. Jadi, mungkin juga dia"

"I have no idea. Yang aku tahu lepas bagi amaran dia terus menghilang sampai sekarang"

Di mindanya terbayang Whisper, si kucing hutan yang pandai berkata-kata.

"Okay, let's say yang dia tahu pasal kau. Tapi kenapa sekarang? Kenapa dia tak cari kau dari dulu?"

"Well, nampaknya kita kena cari dia untuk dapatkan jawapan."

"Orait. Aku akan cuba cari maklumat daripada kawan-kawan aku. Mungkin mereka tahu sesuatu pasal kucing kau ni. So, kau dah ready? Kita ada perjumpaan dengan pengetua Whisper Hollow Academy, Madam Eloisa lepas ni." Beritahu Damian.

Ice mengeluh berat. Agak berdebar juga untuk bertemu dengan wanita besi yang sering kali didengari olehnya itu.

Madam Eloisa, wanita pertama yang berjaya memegang tampuk jawatan sebagai pengetua akademi.

Dia juga telah mencetuskan kontroversi dengan memberi peluang kepada manusia biasa untuk mencari ilmu di Whisper Hollow Academy.

"Oh, Satu lagi aku nak pesan. Dia ni macam bom jangka sikit. So, just try not to touch her dark side." Pesan Damian.

Ice mengerutkan dahi. "Laser sangat ke mulut dia?"

"Kau rasa kenapa King Henry lebih rela nak hadapi temu ramah media massa daripada menghadap Madam Eloisa?" Tanya Damian.

"Kau cakap macam dah kenal sangat je dengan Madam Eloisa tu. Kau dah pernah cakap dengan dia ke apa?" Soal Ice dengan nada jengkel.

Dia tidak percaya begitu sukar untuk berhadapan dengan Madam Eloisa seperti yang sering didengari olehnya.

"Erm, tak. Tapi aku dapat rasa melalui pelajar-pelajar dia."

Damian teringat akan Angel dan perbualan terakhir antara mereka yang menikam hati. Tanpa mampu ditahan dia ketawa seorang diri, membuatkan Ice terpinga-pinga.

"Hari tu The Undead ada ketuk kepala kau ke apa? Sebab aku rasa kau ni dah gila gelak seorang diri."

Ice bangun dari kerusi, Mahu segera bersiap untuk menemui Madam Eloisa.

Damian tersenyum. Ya, Rasanya dia sudah gila disebabkan Angel.




          "Madam Eloisa, Saya dan pihak Iceland berbesar hati menerima kunjungan Madam ke sini." Kata Ice sebaik dia diperkenalkan kepada wanita itu.

"Terima kasih, Prince. Maafkan saya kalau kedatangan saya mengganggu urusan Iceland Academy. Saya cuma ingin bertemu dengan para pelajar saya dan memastikan mereka selamat selepas peristiwa serangan tu."

"Please, just Ice. Dah tentu boleh. Saya dan pembantu saya akan mengiringi Madam untuk bertemu dengan mereka." Kata Ice lantas memberi laluan kepada Madam Eloisa.

Mereka sama-sama melangkah keluar daripada pejabat Ice untuk melawat Whisperian di bangunan pendidikan.

"Ice, Saya harap pihak awak tidak beritahu kedatangan saya ke sini pada para pelajar saya." Madam Eloisa menyoal Ice.

Ice menoleh ke arah Damian.

"Ya, Madam. Segalanya dirahsiakan mengikut permintaan Madam." Balas Damian.

"Good and thank you atas kerjasama daripada pihak anda" Madam Eloisa tersenyum senang.

"Kalau tak keberatan, Boleh saya tahu kenapa Madam mahu merahsiakan kedatangan ke sini?" Tanya Ice.

"Ouh, Saja nak bagi kejutan. Lagipun, Saya nak tengok dengan mata kepala saya sendiri bagaimana kelakuan para pelajar saya di sini."

Dalam diam Ice berasa kagum dengan pendirian Madam Eloisa. Dia menoleh sekilas ke arah Damian.

Damian membuat isyarat aku-dah-kata kepada Ice.

"Setakat ini, Saya belum menerima laporan negatif mengenai Whisperian. Malah saya kagum dengan semangat yang ditonjolkan oleh mereka, Terutamanya semasa serangan yang berlaku tempoh hari. Saya dan warga Iceland terhutang budi dengan para pelajar Madam"

Madam Eloisa ketawa kecil. "Ya, Saya ada dengar tentang beberapa orang pelajar saya yang melanggar arahan pengawal untuk bersembunyi."

"Tapi tanpa bantuan mereka, The Undead mungkin akan berjaya memecahkan pintu masuk utama ke Iceland Academy. Madam pastinya berbangga dengan pencapaian pelajar-pelajar Whisper Hollow." Puji Ice.

"I'm always proud with my Whisperian, Ice. Sama ada mereka magician atau manusia normal, Fairy atau Spirit, Angel atau Devil. Pada saya, Semua mereka berhak mencari ilmu" Kata Madam Eloisa. Riak bangga terpancar di wajahnya.

"You have a big heart, Madam"

"Those with big heart suffer the most"

Langkah kaki Ice terhenti secara spontan. Madam Eloisa dan Damian berpaling ke arah Ice.

Deja Vu.

Ice pernah mendengar ayat yang sama seperti yang disebut oleh Madam Eloisa. Dia pasti tentang itu kerana dia kerap kali mendengar ayat itu di dalam mimpi.

"Presiden Ice, Awak tak apa-apa?" Damian memandang Ice dengan riak risau.

Ice merenung Madam Eloisa dengan wajah serius.

"Maaf. Saya cuma teringat sesuatu."

"Ouh, Shall we continue?" Tanya Madam Eloisa.

Ice menelan liur yang tersekat di kerongkong sebelum mengangguk. Pandangan penuh soalan Damian tidak dilayan oleh Ice.

"By the way, Ice. Saya cuma bertanya sebab risau akan keselamatan pelajar saya. Tapi bagaimana dengan kes penyiasatan The Undead tu?" Madam Eloisa memperlahankan suara apabila beberapa orang pengawal istana melintasi mereka.

Semua pengawal yang bertembung dengan mereka berdiri tegak, memberi hormat kepada Ice.

"Perkara ni akan dibincangkan di dalam mesyuarat bersama pihak pemerintah di keenam-enam buah negara. Tapi Madam tak perlu risau akan keselamatan Whisperian. Mereka mendapat perlindungan sepenuhnya di sini." Jawab Ice ringkas tanpa memberi jawapan yang lebih lanjut.

"Hurm, Saya yakin dengan perlindungan yang disediakan daripada Iceland Academy. Apatah lagi mendengarkan ceeita tentang bagaimana awak menghapuskan The Undead dalam sekelip mata." Kata Madam Eloisa sambil memetik jari.

Damian dan Ice memandang sesama sendiri.

"Terima kasih Madam atas keyakinan Madam terhadap kami. Tapi, Bukan saya yang menghapuskan The Undead." Beritahu Ice.

Madam Eloisa mengerutkan dahi. "Maaf, Saya tak faham maksud awak, Ice"

Ice menarik nafas panjang. "Sebenarnya kami masih menyiasat tentang orang yang bertanggungjawab menghapuskan The Undead tempoh hari. "

Madam Eloisa kelihatan terkejut. "Tapi, Saya ingatkan awak yang membekukan semua The Undead tu?"

Ice menggeleng. "Kami tiada kuasa seperti itu. Unsur kuasa yang digunakan sangat berbeza. Ada orang lain yang melakukannya dan kami masih mencari tentang orang yang bertanggungjawab."

"Okay, Ini berita terbaru bagi saya." Kata Madam Eloisa.

"Begitu juga kami, Madam. Tapi kami akan berusaha untuk membongkar misteri di sebalik semua ini."

"Saya harap awak akan menemui orangnya, Ice" Kata Madam Eloisa.

"Yes, Saya pun"

***


Proffesor Alexander memberikan kami assignment untuk disiapkan sementara dia mengambil cuti untuk beberapa hari.

Makanya kami berempat melepak di perpustakaan bagi menyiapkan tugasan yang diberikan.

"Kau buat kajian tentang apa?" Priya menyoal Mirna.

"Bake-Kujira"

"Apa jira?" Priya mengerutkan dahi.

"Bake-Kujjra, Spirit ikan paus yang berbentuk tulang, membalas dendam kepada orang-orang telah meragut nyawanya. Dia selalu muncul waktu malam apabila hujan turun. Lagenda mengatakan sesiapa yang terserempak dengan dia akan ditimpa bencana dan kesengsaraan."

"Kau suka sangat dengan spirit kan?" Tanya Priya.

"Hey, Aku tak pilih nak jadi paranormal macam ni. Besides, Spirit tu semua yang suka kat aku. Lagipun, Jangan lupa yang kita kena buat lukisan tentang makhluk yang kita kaji. Nanti aku lukis tulang ikan je." Terang Mirna.

"Ann, Kau buat kajian tentang apa?" Priya mengalihkan soalan kepada Angel.

Angel yang sedang tekun membaca buku, Mengangkat wajah untuk sesaat sebelum kembali menunduk.

"Well, Since aku ni Angel, Aku nak buat kajian tentang musuh terbesar aku, Demon" Kata Angel tanpa mengangkat wajah dari muka buku.

"Bukan Spirit musuh kau ke?" Tanya Priya.

"Demon musuh paling utama. Tapi, Yeah. Spirit pun aku tak tahan" Beritahu Angel.

"Ouch, words hurt Angel. Kawan-kawan aku terasa dengan kata-kata kau. Tapi disebabkan kau kata Demon lagi teruk, You are forgiven" Mirna meletakkan tangannya di dada.

Angel menjulingkan mata ke atas. Priya ketawa manakala aku tersengih. Pelik, Dua orang yang mempunyai kuasa bertentangan tetapi masih mampu duduk semeja.

"Tapi macam mana kau nak temu ramah Demon?" Soalku.

"Its secret. Kau fikir aku nak jumpa dengan mereka face to face? Mereka tu lagi stink daripada stokin busuk and no manners. Tapi aku ada cara sendiri macam mana nak dapatkan makkumat. Dan lepas tu aku buatlah muka sedih kat Proffesor Alexander, Prof tak kesian ke kat saya yang kena hadap musuh saya ni. Jadi bagilah saya markah tinggi atas pengorbanan saya ni" Sengih Angel.

"Hey, That's cool" Sokong Mirna.

"Tak guna. Aku langsung tak ada idea untuk buat kajian" Priya menyandarkan badan ke kerusi.

"You better hurry Priya. Sebelum orang lain ambik dulu tajuk kajian yang gempak-gempak. " Kataku kepada Priya.

"What about you?" Priya menoleh ke arah aku.

"Aku nak buat kajian tentang water nymph"

Mereka semua menjatuhkan pandangan kepada aku.

"Water Nymph?" Soal Priya.

"Bukan ke mereka dah pupus? No one ever saw them anymore" Tambah Mirna.

"Yup. That's why aku nak buat kajian tentang mereka. Kan Proffesor Alexander cakap, Kalau nak markah tinggi cari tajuk kajian yang lain daripada yang lain. Aku rasa tajuk Magical Creature yang dah pupus ni akan bagi aku high mark"

"Damn it. Kenapa aku tak terfikir pasal tu?" Priya mengetuk dahi.

"Tapi, Macam mana kau nak cari maklumat pasal mereka? Let alone nak buat lukisan Water Nymph?" Tanya Angel sambil meletakkan bukunya ke tepi.

"Its secret," Kataku sambil menjungkit kening.

"Cis, Terkena aku." Angel menepuk dahi.

"Ladies," Suara yang sangat kukenali berkumandang dari bahagian belakang.

"Madam Eloisa!" Priya bangun diikuti oleh Mirna dan Angel.

Aku yang terkedu bingkas bangun sebelum berpaling. Dan untuk kesekian kalinya aku merasakan seperti jantungku berhenti berdetak.


Wicked Love 5

Kalau betul aku sedang berada di dalam mimpi ngeri, tolong sedarkan aku sekarang. Just please!

"Hey you, Whisperian. Balik ke bilik sekarang!" Seorang pengawal Iceland Academy yang beruniform biru menjerit ke sambil berlari ke arah aku.

Aku yang berdiri di tepi tangga terpinga-pinga memandangnya.

"Apa yang berlaku?" Tanyaku bingung.

Suasana ketawa riang dan hingar-bingar perbualan kini digantikan dengan jeritan dan pekikan nyaring sehingga membingitkan telinga.

Tadi aku mendengar bunyi loceng yang kuat. Dan kemudian tiba-tiba sahaja semua orang di sini berlari ketakutan.m

"Akademi ni diserang sekarang. Awak dikehendaki bersembunyi dalam bilik. Now!"

"Awak serius?"

Pengawal itu mencerlung ke arah aku.

"Oh tak, saya saja buat cerita. Dan awak nampak budak-budak yang menjerit tu? Mereka tengah berlatih opera. Sekarang awak nak balik ke bilik atau nak saya hantar?!" Dia menegakkan pedang di tangannya.

Kulit wajahnya yang putih bertukar merah. Silau biji mataku melihat pedangnya yang diangkat.

"No, I'll walk" Kataku lantas berlari anak menuju ke tingkat penginapan.

Pengawal itu mengeluarkan kata kesat sebelum berlalu untuk memberi amaran kepada pelajar-pelajar yang lain. Dalam beberapa saat tingkat ini dipenuhi dengan pengawal beruniform biru.

Aku cuba mencari rakan-rakan yang lain di dalam kerumunan orang ramai namun seorang pun tidak kutemui. Rasa ingin tahu yang membuak-buak mula menguasai diri.

Dalam kekecohan yang berlaku aku meloloskan diri ke tingkat bawah, meredah lautan manusia yang melarikan diri.

Bunyi kekecohan serta beberapa siri letupan semakin kuat kedengaran di bahagian pintu masuk utama akademi.

Aku menyembunyikan diri di bahagian menara. Kawasan yang tinggi dan keadaan yang gelap meyakinkan aku untuk menonton dari sini.

Perkara pertama yang menjadi tatapanku adalah lebih buruk daripada sebarang mimpi buruk yang pernah aku alami.

Di bahagian bawah, ratusan pengawal Iceland sedang bertempur dengan makhluk-makhluk yang menyerang. Aku menekup mulut.

The Undead!

The Undead adalah makhluk dark creatures yang hanya kutemui dalam buku teks. Tidak pernah aku menyangka akan dapat melihat mereka hari ini.

    toxic

Tompok hijau mencemari putih salji di bahagian bawah. Ludah Toxic yang dilemparkan oleh makhluk The Undead ini akan menghancurkan tubuh jika tidak dirawat dengan segera.

 spades

Dengan tubuh yang kecil, Spades menggunakan arrow sebagai senjata tambahan. Walaupun kecil, mereka mampu menyerang musuh dengan gerakan yang laju.

Four Arm memiliki saiz badan yang tinggi dan boleh mencapai saiz bangunan dua tingkat.

Dengan memiliki empat tangan, The Undead versi ini akan menghancurkan setiap musuh yang berada di dalam genggamannya dengan mudah.


 Four arm


Rasa gerun mula menjalar dalam diri apatah lagi mendengarkan teriakan The Undead. Aku mengintai ke bawah. Kulihat para pengawal Iceland semakin berundur ke belakang.

"Retreat!!!"

Perkataan itu bergema di dalam kekecohan. Dalam pada masa yang sama, semakin ramai bilangan The Undead yang muncul.

Aku menggelengkan kepala. Unsur air yang dimiliki oleh mereka dengan mudah akan dapat diatasi oleh The Undead. Tulang The Undead jauh lebih keras daripada keluli.

"Pergi jauh-jauhlah busuk!" Suara Jeeva sayup-sayup kedengaran.

Jeeva serta beberapa orang pelajar lelaki Whisperian masih bertahan di bawah.
Mereka menyerang dengan gelombang api.

Benar, hanya api yang boleh menghancurkan The Undead. Tapi jumlah mereka terlalu sedikit. Mereka akan kehabisan tenaga sebelum sempat menghapuskan The Undead yang muncul tanpa henti.

"Retreat!!!" Jeritan dari pengawal kedengaran sekali lagi.

Semakin ramai yang berlari masuk ke dalam pintu pagar. Aku merenung tanganku yang menggigil.

Aku tahu rakan-rakanku pasti sedang berjuang di bawah. Mereka takkan mendengarkan arahan untuk bersembunyi.

"Come on, keep calm. You can do this." Aku meletakkan tapak tanganku ke atas lapisan salji yang ada di tepi tingkap menara. 

No, no, no. Aku menarik semula tangan dan bersandar di dinding. Tak guna. Kolam mataku berkaca melihat tanganku yang masih menggigil.

"Protect the prince!"

Laungan seterusnya berkumandang.

"What?!" Aku menggosok mata, menghilangkan kabur sebelum bergegas mengintai semula ke bawah.

Walaupun jauh, Aku masih dapat melihat sekujur tubuh itu yang bergerak menuju ke arah musuh bagaikan seekor naga lapar.

"Ice?!" Aku memegang dada yang berdebar laju.

Ice yang berpakaian kasual sangat senang untuk dikesan di dalam lautan uniform merah.

Teriakan The Undead semakin kedengaran hebat. Kali ini fokus mereka terarah kepada Ice.

Masa kurasakan bagai terhenti. Entah bagaimana aku terasa seperti kembali ke peristiwa lima tahun lepas.

Peristiwa yang meragut Ice terus daripada hidupku.

Ice membekukan The Undead sebelum memenggal kepala mereka dengan pedangnya.  Gerakannya begitu pantas, sepantas detak jantungku kini.

"No, Ice. Jangan! Pergi dari sana!" Teriakanku ditenggelami oleh bunyi letupan dan pedang yang menyerang musuh.

Aku menggeleng. Tak, aku tak sanggup melihat Ice cedera sekali lagi. Tolong, selamatkan dia.

Tapak tanganku sekali lagi kuletakkan di atas lapisan salji. Aku cuba menenangkan diri.

Fokus.

Seketika kemudian aku dapat merasakan tenagaku bersatu dengan lapisan salji tersebut.

"Tolong, hapuskan The Undead. Protect the prince"

Sebaik sahaja aku menghabiskan kata-kata, lapisan salji bergegar kuat. Aku memegang batu-batuan tingkap menara dengan sebelah tangan.

Lapisan salji bergerak bagaikan ombak, menyelimuti tubuh The Undead lantas membekukan tubuh mereka dengan ais.

Dalam masa kurang beberapa saat, Ratusan The Undead yang ada kaku tidak bergerak sebelum berlakunya satu letupan yang menghancurkan tubuh The Undead menjadi serpihan kecil seperti kepingan salji.

"Horay!!!!"

Laungan kejayaan para pengawal menjadi tanda penamat pertempuran ini.

"Thank you," Perlahan-lahan aku mengangkat tangan daripada lapisan salji.

***

Kekecohan masih tetap berlaku namun situasinya berbeza. Walaupun tidak menerima penjelasan, namun kami tahu ada bencana bakal berlaku dalam dunia magic.

Aku, Angel dan Priya melepak di anak tangga. Sudah dua hari berlalu dan sesi pembelajaran ditangguhkan untuk sementara waktu.

Nampaknya akademi ini sedang kecoh dengan serangan mengejut oleh The Undead.

Aku merenung sekumpulan pengawal istana beruniform merah yang berkawal di tingkat lima bangunan pendidikan ini.

Dengarnya mereka didatangkan khas dari istana untuk melindungi putera mereka daripada ancaman musuh.

Sedang kepala aku terteleng ke kiri dan ke kanan begitu, aku terlihat kelibat Mirna yang berjalan laju menghampiri tempat kami.

"Guys, Aku rasa aku tahu gerangan orang yang hantar The Undead tempoh hari" Bisik Mirna dengan wajah teruja bercampur takut.

"Please, no speculation Mirna." Priya mengangkat tangan, menghalang Mirna daripada meneruskan ayatnya.

"Taklah. Korang berdua ingat lagi tak Tina? Spirit budak yang aku jumpa dekat akademi ni?"

"Ada spirit sini?" Angel membuka mata luas-luas.

Mirna mengangguk." Aku dah tahu punca dia dengan spirit yang lain ketakutan. Rupanya mereka dapat rasa yang Dark Master dah kembali"

"Siapa Dark Master?" Tanya Priya.

Mirna membuat isyarat agar kami semua merapatkan jarak. Kami semua mengikut arahannya.

"Ahli sihir Luther Fang" Bisik Mirna.

Kami merenung satu sama lain.
Berita yang disampaikan oleh Mirna benar-benar tidak terjangka.

"Seriuslah, Mirna. Tak kelakar kut. " Kataku.

"Betullah aku tak tipu. Tina cakap dia pernah nampak The Undead sekali dulu, well at least sebelum dia mati. Aku rasa The Undead punca dia mati sebab dia ada lubang besar dekat perut..."

"Stop. Tak payah explain fizikal dia" Potong Angel.

"Berapa usia Tina tu?" Tanyaku.

"Dia cakap dia cuma kenal Prince Rider je. Pewaris yang sepatutnya pegang takhta negara ni. Tapi dia meninggal dunia masa usia muda." Terang Mirna

"Maksudnya usia dia dalam 500 tahun?"
Teka Priya.

"Uish, seram sejuk aku dengar cerita kau ni, Mirna. Tapi, betul juga. Dalam kelas Magical History tahun lepas kan kita ada belajar pasal kisah seven Master tu. Dan Luther Fang satu-satunya magician yang boleh mengawal Dark Creature." Angel mengeluarkan pendapatnya.

"Uh-huh. But guys, kalau betul Dark Master dah kembali, what will happen to us?"

Soalan Mirna tergantung sepi. 

Sunday 14 January 2018

Wicked Love 4

Angel bersandar di dinding sambil melirik jam di tangan. Snow terlambat dari waktu yang dijanjikan. Mereka sepatutnya bertemu sepuluh minit yang lepas sebelum masuk ke kelas.

Dan kini hanya tinggal sepuluh minit sebelum kelas bermula. Angel semakin resah menunggu Snow.

Dalam diam Angel tidak sedar dia sedang diperhatikan. Damian tersengih melihat Angel.

Pun begitu hatinya senang. Sudah beberapa hari dia tidak dapat melihat Angel disebabkan kerjanya yang bertimbun.

Sekarang lidahnya semakin gatal-gatal mahu mengganggu ketenteraman si gadis.

"Hai Angel" Tegur Damian.

Angel menoleh ke arah Damian. Lelaki itu yang segak bersut hitam, berjalan menghampiri dengan senyuman lebar.

Oh great. Here come disaster, desis hati Angel.

"Apa kau nak?"

"Can I borrow your phone? I wanna call god and tell him I've found his missing Angel"
Damian menyandarkan bahu kirinya ke dinding.

"Apa kata aku hantar kau jumpa god terus?" Tanya Angel sarkastik.

Damian membulatkan mata, terkejut dengan ugutan Angel sebelum ketawa besar. Sepanjang hidup inilah pertama kalinya dia menerima ugutan maut daripada seorang gadis.

Cheeky, Tapi dia suka. Kenapalah dia lambat bertemu dengan Angel dulu?

Mengenangkan tentang itu membuatkan hati Damian bagai ditusuk sesuatu.

"Angel, saya cuma nak kenal awak. Don't have to be so hard on me."

"Yeah, well saya tak berminat" Angel mendengus.

"Kenapa?"

Angel memejamkan mata. Geram.
"Kau tak ada kerja lain ke nak buat?"

"Saya tengah kerjalah ni. I'm working myself on you" Bisik Damian.

Angel menjulingkan mata ke atas sebelum mengorak langkah ke perpustakaan. Dasar lelaki playboy. Damian mengikut langkah Angel.

"By the way, hari ni bos saya Presiden Ice akan kembali dari cuti." Beritahu Damian.

"So?"

"Jangan jatuh cinta pada dia, please"

Langkah Angel spontan terhenti. Dia mahu marah, tetapi entah mengapa dia tertawa lucu. Tidak menyangka ayat seperti itu akan keluar dari mulut Damian.

Damian kaku. Pertama kali dia melihat Angel ketawa kerana gurauannya.

"You are so unbelievable." Kata Angel setelah tawanya reda.

"Saya serius. Ramai perempuan di sini yang jatuh hati pada dia walaupun sebenarnya saya lelaki paling kacak di sini. I just dont get it."

"Oh god," Angel menggelengkan kepala, pening dengan perangai lelaki di hadapannya ini.

Dia melihat sekeliling. Beberapa orang pelajar yang lalu-lalang di situ sudah mula berbisik-bisik sambil menjeling ke arah mereka.

Angel menarik nafas dalam-dalam.
"Look here, Damian"

"Yes, my Angel" Damian mendekatkan jarak mereka, membuatkan Angel terkejut.

"Erm, please stop all this thing. Jangan ikut aku, jangan kacau aku. Just leave me alone!"

Damian tidak memberi reaksi. Hanya berdiri kaku merenung wajah Angel. Untuk beberapa minit mereka dalam keadaan begitu.

Angel terasa pipinya panas.

Kebas.

Dan tiba-tiba dia menjadi malu.

"No," Jawab Damian. Sebuah senyuman dihadiahkan kepada Angel.

Angel menuding jari telunjuknya ke arah Damian. Juling biji mata Damian melihat jari Angel.

"This is my last warning Damian. Jangan ganggu saya. Faham!" Angel mendengus geram sebelum berlari ke arah balkoni.

Dia memanjat tiang pagar sebelum melompat ke bawah membuatkan jantung Damian bagai ingin terkeluar dari soket. Dia dan beberapa orang pelajar yang ada di situ segera berlari ke balkoni.

Angel menampan kaki di dinding sebelum melonjakkan badan masuk ke balkoni di tingkat bawah.

Damian terkedu kagum, apatah lagi melihatkan syarat loser yang dilemparkan oleh Angel sebelum gadis itu menghilang.

Damian tersenyum lagi. Angel, what you have done to me?

***

Ice menutup pintu kereta sebelum berjalan ke arah pintu masuk bangunan pentadbiran. Semalam dia baru sampai ke apartmen dan hari ini dia sudah kembali ke akademi.

Dia tidak betah untuk tinggal di rumah. Sekurangnya dengan bekerja akan melarikan fikirannya daripada perasaan misteri yang membelenggu di hati.

Kawasan meletakkan kenderaan untuk VIP lengang tanpa seorang individu pun, termasuk di bahagian pintu masuk.

Berkerut dahi Ice. Di mana pengawal?

"Mereka sedang tidur," Kata satu suara di belakang Ice.

Ice berpaling ke belakang. Seorang wanita berpakaian gaun hitam ala-ala aristokrat sedang tersengih ke arahnya.

Wanita itu memegang seekor kucing hutan berbulu kuning kelabu.

                     

Ice menggenggam tangan kanan. Cahaya biru muncul dari genggamannya, menjelmakan sebilang pedang bewarna putih bersih di tangan.

"Kau siapa?"

Wanita itu masih tersengih, langsung tiada perasaan takut. Kucing hutan di dalam pegangannya melompat naik ke atas bumbung kereta milik Ice.

"Simpan tenaga awak, my prince. Tuanku akan lebih memerlukannya seketika nanti. By the way, nama saya Whisper" Kucing hutan itu berdiri di atas empat kakinya sambil merenung tajam ke arah Ice.

Mulut Ice terbuka, tidak percaya dengan perkara yang baru dilihatnya.

"Kau, boleh bercakap?"

"Yup, Dan saya datang untuk berikan amaran. Dalam beberapa minit lagi, tentera Luther Fang akan datang untuk menyerang Iceland academy"

Ice menghunuskan mata pedangnya kepada kucing hutan misteri yang muncul secara tiba-tiba.

"Macam mana kau tahu pasal Luther Fang?" Nada Ice berunsur amaran.

"Why shouldn't I? Lagipun sebab dia saya jadi begini." Whisper menderam marah, menampakkan gigi taringnya.

"Apa maksud kau?"

Whisper menggerakkan ekor, menunjuk ke arah wanita yang masih lagi tersengih seperti kerang busuk di hadapan Ice.

"That my prince, adalah pembantu saya. She's a simpleton. Dan saya terperangkap di dalam badan kucing hutan ni disebabkan oleh si busuk Luther Fang tu!" Marah Whisper.

"Aku tak tahu siapa kau dan bagaimana kau boleh tahu pasal Luther Fang. Tapi aku dapat rasa kau merupakan satu ancaman."

Ice memutarkan pedangnya ke kiri dan kanan sebelum membuka gerakan bersedia untuk menyerang. Pedang Ice mengeluarkan cahaya terang.

Whisper menyengetkan kepala ke tepi.
"Ouh, my prince. You are so tempting. Tapi saya bukan sahaja tahu pasal Luther Fang. Saya tahu tentang banyak perkara, termasuk tentang pristiwa sebenarnya yang berlaku pada tuanku lima tahun lepas."

Ice tergamam. "Apa maksud kau?"

"Tuanku tak ingat betul tak, hurm? my prince. Mereka beritahu tuanku kemalangan jalan raya, tapi jauh di sudut hati tuanku tahu bukan perkara itu sebenarnya yang berlaku. Tetapi ada rahsia besar yang di sembunyikan daripada tuanku. Oh, but I know everything"

Ice menelan liur manakala Whisper menyeringai suka.

"Apa yang kau tahu pasal kemalangan tu?"

"Maaf tuanku. No time to talk. Tetamu tuanku dah sampai dan saya nak bersembunyi dulu. See ya!" Whisper, Si kucing hutan melompat turun dari bumbung kereta sebelum melarikan diri.

Wanita yang bersamanya hanya tersengih sebelum turut membuka langkah seribu.

"Hei, wait!!!" Jerit Ice.

"Try not to die my prince and we shall meet again!" Suara Whisper berdengung di dalam kawasan yang lengang ini.

Belum pun habis rasa terkejut, deria pendengaran Ice menangkap bunyi dentingan loceng yang amat dikenali olehnya.

Dentingan amaran!


Wicked Love 3

Berita yang diterimanya benar-benar memeranjatkan Ice. Tidak disangka ahli sihir agung yang berusia ratusan tahun dahulu mampu dihidupkan kembali.

Luther Fang bukanlah satu nama yang asing dalam dunia magic. Tetapi namanya dianggap tabu oleh sebilangan masyarakat.
Sesetengahnya percaya bahawa hanya dengan menyebut nama Luther Fang akan menyebabkan seseorang itu ditimpa kecelakaan yang begitu ngeri.

"So sebab tu ayah panggil Ice balik ke sini?"

King Henry berdehem. Dia merenung ke segenap inci wajah anaknya.

"Ya. Mama Ice larang ayah supaya jangan beritahu. Tapi ayah rasa better Ice tahu dari mulut ayah sendiri." Terang King Henry.

"Ayah yakin ke berita ni tak salah?" Tanya Ice.

"Ya. Luther Fang mungkin telah lama dihidupkan semula sebelum beritahu tentang pencerobihandi Sacred Temple ini diketahui. Kemungkinan sekarang dia sedang merencana untuk melakukan serangan."

"Tapi bagaimana? Bukankah dia sudah mati?"

King Henry menggenggam kedua belah tangan yang diletakkan di atas meja.

"Ada perkara yang perlu Ice tahu. Dan perkara ini adalah top secret. Ice perlu bersumpah untuk menyimpan rahsia ini sehingga ke mati."

Ice memandang ayahnya tanpa perasaan sebelum mengangguk. King Henry menelan liur sebelum meneruskan cerita.

" Sebenarnya Luther Fang tidak mati, tetapi selama bertahun-tahun ini beliau ditidurkan di dalam Sacred Temple tersebut." King Henry memulakan penceritaan. Riak wajah King Henry yang serius menyatakan bahawa perkara ini bukanlah gurauan.

Untuk beberapa saat Ice kehilangan kata-kata. Otaknya keliru mentafsirkan rahsia yang baru disampaikan oleh King Henry.

"Tapi bagaimana?"

"Dengan gabungan tujuh kuasa utama. Air, api, tanah, udara, dark magic dan white magic." Jelas King Henry sebelum sempat Ice bertanya.

"Tapi semua unsur tu enam. Ayah kata tujuh?"

King Henry menghela nafas berat. "Lebih kurang lima ratus tahun dahulu, terdapat enam orang magician terhebat yang mewakili enam unsur utama yang ayah sebutkan tadi. Dan moyang Ice adalah salah seorang magician tersebut yang berasal dari negara ini. Ice tahu siapa?"

Ice mengangguk. "Putera Rider. Dia yang sepatutnya mengambil alih takhta. Tapi dia meninggal tanpa sebab yang dapat dikenal pasti. Dan akhirnya takhta negara jatuh kepada adik dia, Putera Shawn."

"Salasilah tu berterusan sehingga kepada ayah dan pewaris seterusnya adalah Ice." Kata King Henry.

Ice tidak menjawab. Sejak kecil dia sudah dimomokkan dengan perkara itu. Malahan sepanjang hidupnya, dia dilatih dan dibentuk agar menjadi seorang raja yang berkaliber.

"Ya. Tapi apa kaitannya dengan Ice?"

"Ice perlu tahu yang Luther Fang dan Putera Rider bukanlah kawan baik. Sejak dari menjadi apprentice, mereka saling bersaing antara satu sama lain. Dan perkara tu bertambah buruk dengan kedatangan apprentice ke tujuh."

Ice menyandarkan badannya ke kerusi.

"Let me guess. A girl?"

King Henry mengangguk lemah. "Tapi sejarah magician ketujuh ni tidak banyak direkodkan. Dan sehingga kini tiada sesiapa yang tahu unsur kuasa yang dimiliki, dari mana asalnya, nama sebenarnya, wajah, apa-apa sahaja yang boleh dijadikan petunjuk. Cuma yang pasti, Luther Fang tidak suka kepada kekalahan. Jadi apabila Putera Rider rapat dengan Magician ketujuh ni, api cemburunya mula menyala."

"Maksud ayah, Putera Rider yang dapat tawan hati magician misteri tu?".

"Mungkin ya dan mungkin juga tidak. Macam yang ayah cakap, tiada sebarang rekod dapat dijadikan petunjuk. Kita tak tahu perkembangan seterusnya antara mereka berdua. Tetapi yang jelas kuasa kegelapan dan api cemburu telah mengambil alih fikiran waras Luther Fang. Dengan kuasa Dark Magic yang dimiliki, dia mula bercita-cita untuk menguasai dunia Magic. "King Henry menggelengkan kepala.

"Apa yang berlaku?" Tanya Ice.

"Pada masa tu, pemerintah dari keenam-enam buah negara sepakat untuk melancarkan perang ke atas Luther Fang. Peperangan yang dahsyat telah berlaku kerana Luther Fang telah menubuhkan pasukan tenteranya sendiri yang terdiri daripada makhluk Dark Creature. Perang Black Death"

Meskipun tidak pernah bersua muka, Ice dapat mengagak akan kekuatan yang dimiliki oleh Luther Fang.

Tentera daripada Dark Creature? Memang gila.

"Jadi bagaimana Luther Fang dihentikan?"

"Tempat Luther Fang digantikan oleh gurunya sendiri. Bersama enam orang apprentice yang lain dia mencabar Luther Fang untuk bertarung. Tetapi orang pertama yang terkorban adalah guru Luther Fang yang dibunuh dengan tangannya sendiri. Dia sudah tidak peduli akan sesiapa pun melainkan cita-citanya. Sesiapa yang cuba melawan pasti akan menemui maut."

King Henry mengangkat punggung dari kerusi. Kakinya di bawa melangkah ke arah tingkap kaca berbentuk panjang yang ada di dalam bilik bacaan. Kedua tangannya dikilas ke belakang sebelum menyambung kata-kata.

"Guru Luther Fang menikam tubuhnya dengan menggunakan pedang tiga mata. Tapi, Luther Fang tidak mati. Sebaliknya kecederaan tu ditanggung oleh gurunya sendiri. Tiada sesiapa yang dapat menjelaskan bagaimana Luther Fang menjadi kebal sehinggakan dia tidak boleh dibunuh."

Ice menelan liur yang terasa kesat. King Henry berpaling menghadap ke arah anaknya.

"Ice, sebab itulah keenam apprentice yang lain sepakat untuk menyalurkan kuasa mereka bagi mengikat Luther Fang di dalam lena yang panjang. Namun, perbuatan itu telah meragut nyawa mereka semua termasuk Prince Rider. Tetapi sekarang dia telah dibangunkan semula oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab."

"Sekarang Luther Fang akan sambung cita-citanya yang terbantut." Sambung Ice.

King Henry menarik nafas dalam sebelum mengangguk.

"Ya. Menguasai dunia magic dan juga membalas dendam terhadap semua ahli keluarga Putera Rider. Hal ini bermakna Ice, Kita semua adalah sasaran Luther Fang."


          Ice memasukkan bajunya yang terakhir ke dalam beg sandang. Dia mahu segera kembali ke akademi setelah mengambil cuti untuk beberapa minggu.

Setelah memastikan tiada barang yang tertinggal, dia berpaling ke arah ibunya, Permaisuri Caroline yang sedang duduk di sofa kulit.

"Ice pasti tak nak duduk sini? Mama tak sedap hati nak biarkan Ice balik ke akademi." Pujuk Permaisuri Caroline.

Ice berdiri tegak. Kedua tangannya dimasukkan ke dalam poker seluar.

"Saya ada tanggungjawab mama. Pelajar-pelajar dan pekerja-pekerja di akademi adalah di bawah tanggungjawab saya." 

"Damian ada untuk bantu Ice kan?"

"Dia pembantu saya, ma. Bukan hamba abdi" Tegas Ice.

"Ice sedar tak Ice dalam bahaya sekarang ni? Macam mana kalau Luther Fang muncul di akademi?" Permaisuri Caroline menggenggam tangan, geram dengan sikap anaknya ini yang suka melawan.

"Kita belum pasti sama ada dia dah kembali atau tidak mama. Lagipun mama tak perlu risau kalau Luther Fang muncul. Saya pun belum nak mati lagi,"

"Ice, berapa kali mama nak cakap. Jangan main-main soal mati. Please!" Marah Permaisuri Caroline.

"Kenapa? Normallah yang hidup akan mati,"

Permaisuri Caroline bingkas bangun dari sofa. Bibirnya bergetar dan air mata mula bertakung di tubir mata.

"Mama tak sanggup Ice. Mama rasa nyawa mama separuh melayang masa dapat berita  tentang Ice kemalangan dulu. Ice tahu tak betapa terseksanya hati mama tengok Ice terbaring kaku, koma tak sedarkan diri hampir setahun lamanya? Ice tahu tak?!"

Ice memegang parut panjang yang terukir di dahi sebelah kiri. Parut kekal yang menjadi bukti kemalangan ngeri yang pernah menimpanya lima tahun dahulu.

Sejujurnya dia langsung tidak ingat tentang kemalangan tersebut, ataupun sebarang peristiwa yang telah berlaku lima tahun lepas.

"Ice tak tahu bila Ice akan balik semula ke sini. In case kalau ada apa-apa mama boleh hubungi Damian." Kata Ice, tidak peduli dengan kesedihan yang dialami oleh ibunya.

Tali beg sandangnya digenggam sebelum disangkut ke bahu kanan. Rahang Ice bergerak-gerak bagaikan menahan geram.

Permaisuri Caroline mengelap air mata dengan hujung jari. Dia berjalan laju mendapatkan Ice sebelum memeluk erat tubuh anaknya.

"Mama minta maaf, Ice. Just know that I love you so much." Pesan Permaisuri Caroline.

"Sure" Angguk Ice.

"Ice ada potion yang Healer Griffin bagi tu?" Tanya Permaisuri Caroline. Wajah Ice ditenung penuh kasih.

"Ada" Memori Ice kembali kepada peristiwa beberapa minit lepas. Potion pemberian Healer Griffin sebenarnya sudah selamat dituang ke dalam lubang tandas.

Sebenarnya dia sudah lama berhenti daripada mengambil potion yang diberikan oleh Healer Griffin. Dia enggan menelan potion yang akan menyebabkan dia berasa mengantuk itu.

"Okay, ingat jangan lupa makan potion tu. Dan kalau ada apa-apa terus beritahu mama atau ayah. Janji,"

"Alright." Balas Ice sepatah.


***

Aku dan Priya dalam perjalanan untuk ke perpustakaan apabila kami mendengar suara hilai tawa sekumpulan pelajar wanita Iceland.

Sebenarnya bukanlah perkara pelik jika mereka mahu ketawa akan tetapi ayat mereka yang menarik perhatian kami.

"Kan aku cakap budak-budak Whisper Hollow tu gila. Entah dari ceruk kampung mana datangnya." Ginny, Gadis berambut perang kerinting itu menunjukkan aksi menyampah.

"Tengok tu, cakap sorang-sorang. Mental betul" Kata kawannya yang kukenali sebagai Libby sambil ketawa mengejek.

Mereka yang masih tidak menyedari kehadiran kami berterusan mengeluarkan kata-kata hinaan membuatkan aku dan Priya melangkah laju menghampiri mereka.

Mendengarkan derap kaki yang kuat membuatkan mereka berdua berpaling.
Sengihan mereka bertukar jelingan tatkala mereka melihat ke arah kami berdua.

"Apa korang cakap?" Tanyaku dengan nada tenang sebaik tiba di hadapan mereka.

"Cakap apa?" Tanya Ginny. Matanya dikerling ke arah Libby

"Saya dengar apa yang korang berdua cakap tadi,"

"So?" Soal Ginny.

"Its rude to say such things to other people."

Libby dan Ginny membuat muka. Ginny menyelak rambutnya yang bewarna perang ke belakang sebelum mencekak pinggang.

"And what are you gonna do about it, huh? Nak lawan aku? Sebelum nak tegur orang kau tengok diri sendiri dulu. Kau tu manusia biasa je, takde kuasa apa-apa."
Ejek Ginny.

"Sekurangnya saya ada manners" Balasku.

Ginny mengetap bibir geram. "Kau..."

"Stay back, Ginny. " Priya yang sekadar menjadi pemerhati mampir ke sebelahku.

"Kau apa masalah, huh? Nak cari gaduh?" Provok Ginny.

"Not actually. Cuma nak ingatkan awak yang manusia biasa macam kawan saya ni dilindungi di bawah Akta perlindungan Magical Law akta 707. Awak pasti tak nak masuk penjara kerana mencederakan manusia biasa dengan sengaja."
Terang Priya.

Ginny merenung aku dan Priya dengan panahan maut. Priya tersenyum sambil memeluk tubuh.

Aku melihat ke arah sudut yang diperhatikan oleh mereka tadi. Rupa-rupanya sejak tadi mereka sedang memerhatikan Mirna.

Rakan aku yang seorang ini sedang duduk mencangkung sambil memeluk lutut. Bibirnya bergerak-gerak, berbual dengan dinding yang berada di hadapannya.

"Untuk pegetahuan awak, kawan saya tu dia boleh nampak spirit atau ghost. Malah spirit tu dah jadi macam kawan-kawan dia. So you guys better be careful kalau nak kutuk bestfriend spirit-spirit tu" Aku memeluk tubuh.

Wajah Libby terus berubah apabila mendengarkan kata-kataku. Dia menarik-narik lengan Ginny agar mereka segera beredar.

"You, watch your back" Kata Ginny sebelum berlalu. Derap kasutnya kedengaran kuat dihentak ke lantai.

Aku dan Priya berpandangan sesama sendiri sebelum menggelengkan kepala.

"That was awesome," Kataku.

"Totally," Balas Priya.

Aku kembali menoleh ke arah Mirna yang masih kekal dalam kedudukan seperti tadi.

"Mirna?" Panggilku dari jauh.

Tidak berani aku mahu berhadapan dengan Spirit yang entah bagaimanalah rupanya itu. Priya pula memilih untuk berdiri di belakang aku.

Mirna menoleh ke arah kami untuk seketika sebelum kembali bercakap kepada dinding di hadapannya.

"Tak apa, itu kawan saya. " Suara Mirna kedengaran.

Aku memasang telinga, melihat tingkah Mirna yang seolah-olah cuba memujuk.

"Hei, tunggu." Mirna merenung ke atas.
Seketika kemudian dia kembali menundukkan kepala sambil mengeluh.

"Dia...dah takde ke?" Tanya Priya.

Mirna mengerutkan dahi. "Ya, dia dah lari. Dia cakap dia takut."

"Ouh, new spirit?"

Mirna mengangguk. Dia menapak ke hadapan, mendekatkan jarak kami.

"Nama dia Tina. Meninggal dunia masa berumur lapan tahun. Dia cakap dia tak pasti macam mana dia meninggal. Aku jumpa dia masa dia tengah berkeliaran dekat taman botani sana"

Seperti biasa Mirna berkongsi akan berkongsi cerita mengenai spirit yang dijumpainya.

"Okay. Tapi kenapa kau nampak kusut?" Tanyaku.

"Sebab dia nampak takut. Aku nak bantu dia, tapi dia cakap aku takkan mampu lawan Dark Master"

Aku mengerutkan dahi. "Siapa Dark Master?"

"Honestly aku tak tahu. Actually, sejak akhir-akhir ni kawan-kawan spirit aku semuanya berperangai pelik. Macam diorang semua tengah bersembunyi daripada sesuatu." Kata Mirna dengan nada sedih.

"Hurm, kami nak pergi perpustakaan. Kau nak ikut?" Ajak Priya.

Mirna menggeleng. "No, sorry guys. korang pergilah. Aku tak ada mood."

Aku dan Priya berpandangan sesama sendiri namun tiada kata yang keluar dari mulut kami.


Saturday 13 January 2018

Wicked Love 2

Sudah seminggu aku di sini, namun belum pernah sekalipun aku melihat kelibat Ice di akademi.

Malah sewaktu sesi perkenalan tempoh hari, kami hanya bertemu dengan pembantunya, Damian dalam sebuah majlis alu-aluan.

Harapanku biarlah dia tidak muncul-muncul sepanjang aku di sini. Titik!

Proffesor Langford yang sedang mengajar di hadapan bagaikan berbicara seorang diri.

Entahkan dia perasan atau tidak pelajarnya lebih ramai yang tidur dan bermain daripada memberikan perhatian.

"Ann, aku bagi kau protection spell nak?" Cadang Mirna secara tiba-tiba.

Buku teks Magical Creatures ditegakkan di atas meja bagi menyembunyikan wajah. Di dalam kelas ini, hanya ada aku, Angel Mirna dan Priya manakala yang selebihnya adalah pelajar Iceland academy.

Menjadi kaum minoriti menyebabkan kami agak kekok. Apatah lagi dasar pintu terbuka yang baru dijalankan masih sukar diterima oleh sebilangan besar pelajar di sini.

Hanya ada beberapa orang pelajar yang sudi berbicara dengan kami. Itupun disebabkan mereka adalah dari golongan bawahan di akademi ini.

"Apasal?" Angel memandang pelik ke arah Mirna.

Priya duduk bersandar di kerusi sambil bersiul kecil. Aku yang sedang melakar doodle di dalam buku nota sekadar menadah telinga tanpa mengalihkan perhatian dari kerjaku.

"Untuk keselamatanlah. Takkan kau tak perasan ada orang dah target kau" Bisik Mirna.

"Target apa?" Tanya Angel tidak mengerti.

Mirna menarik nafas dalam-dalam. "Ann, si Damian tu ramai peminat tau kat akademi ni. Termasuklah dalam kelas ni juga. So, mereka anggap kau macam pesainglah"

"What?!" Pekik Angel.

Lakaranku terhenti, turut terkejut dengan kata-kata Mirna. Hanya Priya yang masih dengan lagak selambanya. Pasti dia juga sebenarnya sudah lama sedar tentang perkara ini.

"Yes, pelajar dari Whisper Hollow. Ada apa masalah?" Suara Proffesor Langford kedengaran lantang.

Kami berempat memandang ke arahnya lantas menggelengkan kepala. Proffesor Langford menderam marah.

"Please pay attention," Tegas Proffesor Langford sebelum kembali mengajar.

Kami berpandangan sesama sendiri. Excuse me? Pelajar yang terbongkang tidur di meja paling hadapan tidak pula dia menegur.

"Cool girls. Kita minoriti kat sini." Pesan Priya.

"Shhhh, janganlah jerit." Bisik Mirna.

"Apa kena-mengena dengan aku pula?" Soal Angel dengan nada sangat tidak puas hati.
Buku teksnya ditegakkan di atas meja seperti Mirna.

Takut jika Proffesor Langford ternampak mereka berbual. Tapi pelajar Iceland boleh pula tidur?

"Yalah, si Damian tu nampak sangat tergila-gilakan kau sejak hari pertama kita datang sini. For your information, Clara and the geng sekarang tengah target kau tau. "

Clara, antara pelajar kaya di dalam kelas kami memang sangat dikenali. Aku mencuri pandang ke arah Clara dan rakan-rakannya yang berada di meja hadapan.

Jelingan maut Clara menjadi habuanku. Okay, memang benar seperti yang dikatakan oleh Mirna.

"Ingat aku takut!" Suara Angel kedengaran agak tinggi.

"You, back there. Stand up now!" Jerit Proffesor Langford.

Kami berempat, malah semua pelajar di dalam kelas terpinga-pinga memandang ke arah Proffesor Langford.

Bulat mataku memandang jari telunjuknya yang ditujukan kepada aku.

"Me, sir?" Tanyaku meminta kepastian.

"Yes you!" Marah Proffesor Langford.

Mirna menggigit bibir manakala Angel menggigit jari. Priya masih kekal bersiul kecil.

"Yes, sir?" Kataku sambil bangun dari kerusi.

Tak pasal-pasal aku pula yang kena. Rasanya semalam aku tidak terserempak dengan mana-mana kucing hitam.

"Explain this. Kalau saya terdampar di tengah padang pasir, apa yang perlu saya lakukan untuk keluar dari tempat tu." Proffesor Langford menyilangkan tangan ke dada.

Berpuluh pasang mata merenung ke arah aku.

"Ouh, Guna transport spell. Tapi, tak semua witch boleh guna magic tu, therefore cara yang lain ialah menggunakan controlling spell untuk memanipulasi haiwan liar seperti singa gurun sebagai tunggangan." Aku tersengih selepas selesai memberi jawapan.

"Nonsense. Untuk guna controlling spell memerlukan bahan potion yang penting iaitu triple eye toad. Mana nak cari katak dalam gurun?" Suara Clara kedengaran nyaring diikuti dengan ketawa yang dibuat-buat oleh rakan-rakannya.

Pandangan sinis dilemparkan ke arah aku. Angel mengepal penumbuk, geram. Priya masih tetap bersiul manakala Mirna duduk tegak dengan wajah ditundukkan ke bawah.

Aku mengekalkan senyuman. " Sebenarnya ada dalam buku teks muka surat 253 di bawah tajuk habitat Magical Creatures. Since triple eye toad ialah amphibian jadi mereka perlu mengekalkan kelembapan suhu badan dengan cara bersembunyi di dalam tanah. Kalau nak cari triple eye toad, kita cuma perlu turunkan hujan. Lagipun dengan element air yang dimiliki oleh warga Iceland, perkara tu rasanya tak menjadi satu masalah. Unless, kalau seseorang tu tak mahir dalam spell menurunkan hujan, mati kataklah dia kat gurun tu"

                            

Wajah Clara berubah terus apabila aku selesai memberi penjelasan. Tubuh Mirna bergerak-gerak menahan tawa dari sebalik buku.

Angel tersengih penuh makna kepada Clara manakala siulan Priya dengan sengaja dikuatkan olehnya.

Proffesor Langford membuka buku teks yang berada di atas mejanya.

"Hurm, impressive."

"Thank you Proffesor. Boleh saya duduk?"

Proffesor Langford berdehem sebelum mengangguk.

"Nampaknya kau pun kena target lepas ni,"  Kata Angel.

Aku mengangkat bahu. Whatever!

"Snow, kau nak aku bagi protection spell?" Tanya Mirna.

Cepat-cepat aku menggelengkan kepala tanda tidak mahu.

"Maksud kau protection dengan guna kawan-kawan spirit kau tu? I will pass"

"Hey, tak semua spirit jahatlah," Mirna mencuka.

"Still no,"

Aku mencapai pensel, menyambung aktiviti membuat doodle yang terbengkalai seketika tadi.

***

"Hey, Aku tak puas hati betul!" Marah benar nampaknya Eva hari ini.

Dari bawah kakinya mulai keluar asap nipis. Harapnya jangan sampai dia membakar tempat latihan kami sudahlah.

Jeeva berdiri mencekak pinggang di sebelahnya. "Korang tahu yang budak-budak perempuan Iceland cakap kita ni nak rampas budak-budak lelaki mereka."

Hampir tersembur air green tea suam yang baru kuhirup. Aku ingatkan aku dengan Angel sahaja yang kena target.

Sejak kejadian di dalam kelas hari itu, semakin ketara pula rasa tidak senang yang ditonjolkan oleh pelajar wanita Iceland.

Namun pelajar lelaki pula semakin cuba berinteraksi dengan kami. Apatah lagi di dalam kelas Magical Creatures, peratusan pelajar lelakinya lebih ramai.

Tapi, apa salah kami?

Luna menanggalkan headphone di kepala. Selain aku, rasanya Luna juga mengambil prinsip jangan peduli.

"Aku tak faham kenapa mereka nak cari pasal dengan kita. I mean, mereka lagi cantik kut. Lagipun tak ada pula aku tengok budak-budak kita berkepit dengan budak-budak lelaki Iceland" Kata Luna.

"This is not about mereka lagi cantik. Masalahnya sekarang ni kita dijadikan kambing hitam. Budak-budak lelaki mereka yang gatal. Ewwwww, geramnya!" Angel membalas kata-kata Luna.

"Habis tu kita nak diamkan je ke?" Mirna menoleh ke arah Priya yang tenang duduk diam di sebelahku.

Priya bangun dari tempat duduk. Selaku Kapten pasukan, kata-katanya menjadi penentu bagi kami.

"Guys, aku faham perasaan korang sekarang ni. Sakit hati, geram, rasa nak belasah mereka sampai lumat. Tapi, cuba fikirkan balik. Berbaloi ke kita balas perbuatan mereka?"

Mereka semua terdiam. Priya menyambung selepas tiada sesiapa yang membalas.

"Mereka nak bercakap? Biarkan. Mereka nak tuduh? Biarkan. Nak tahu rahsia buatkan enemy kita jadi gila? Keep smiling"

Aku tersenyum mendengarkan kata-kata penuh hikmat Priya. Memang ada gaya pelajar Magical Law.

"What do you think, Snow?" Priya menoleh ke arah aku.

Aku cuma nak kekalkan status low profile sampai tamat tempoh enam bulan di sini. Dan yang paling penting jangan sampai Ice nampak aku.

Alangkah seronoknya kalau aku boleh menyuarakan seperti itu kepada mereka.

"Aku setuju dengan Priya. Come on guys, kita bukan calang-calang orang. Kita Whisperian, pelajar-pelajar cemerlang dari Whisper Hollow Academy. Were are better than this, than them. Let's play it cool."

Semua mereka merenung sesama sendiri sebelum mengangguk perlahan dan aku menarik nafas lega.

"Tapi, Ann kau tetap kena buat sesuatu tentang budak Dominic tu."

Semua mata memandang ke arah Priya.

"Dominic mana ni?" Tanya Angel pelik.

"Alah, budak lelaki tu, Yang pembantu si Ice tu."

"Damian!" Kata kami beramai-ramai sambil ketawa terbahak-bahak.

"Dominic tu ex-boy kau," Seloroh Mirna. Priya menggaru kepala, malu.

"Yeah, tentang tu kau jangan risau. Nanti kalau aku jumpa dia lagi, tahulah apa aku nak buat." Kata Angel penuh keyakinan.

"Tapi apapun kita kena backup each other. Dan yang lebih penting berhati-hati. Orang yang dikuasai sifat cemburu ni lain sikit." Pesan Priya.

Kami mengangguk faham. Menyimpan kemas pesanan Priya ke dalam ingatan.

"So, patut ke aku bagi protection spell Kat korang?" Mirna tiba-tiba menyoal.

"No!!!!!" Jerit kami beramai-ramai.

***

Madam Eloisa menutup fail terakhir yang baru selesai disemak. Fail itu diletakkan ke tepi bersama timbunan fail-fail yang lain di sudut meja.

Sambil mengurut leher yang terasa lenguh, matanya merenung bola kristal yang berada di atas meja.

"Kenapa kau biarkan?" Ujar satu suara garau.

Madam Eloisa tersenyum. Dia tidak hairan dengan kehadiran lelaki itu di pejabatnya ketika dia berseorangan di bangunan pentadbiran ini.

Bagi Madam Eloisa bersendirian di dalam pejabat sehingga lewat malam bukanlah satu perkara baru.

Malah kehadiran lelaki ini yang datang tanpa diundang, pergi tanpa dipinta juga sudah menjadi kebiasaan.

"Aku nak tengok sejauh mana kemampuan budak-budak yang dilatih oleh King Henry ni. Salahkah?" Kata Madam Eloisa tanpa melarikan pandangan matanya dari bola kristal.

Dia memusingkan tangan di atas bebola Kristal. Asap merah muncul di dalam bola tersebut sebelum memancarkan pemandangan di sektor rahsia akademi Whisper Hollow.

Kelihatan dua orang berpakaian serba hitam sedang cuba memecah masuk ke dalam bilik kebal.

"Aku bukan maksudkan agen-agen risikan King Henry yang dihantar ke sini. Aku yakin budak-budak hingusan tu takkan mampu untuk mencalarkan sedikitpun pintu masuk ke dalam. Tapi, aku maksudkan anak kau, Snow. Kau tak takut hantar dia ke sana?"

Madam Eloisa bersandar di kerusi, merenung ke arah suara yang bersembunyi di sebalik bayang-bayang.

"As a mother, tak pernah sekali pun aku tak fikir pasal dia. Kau ingat aku kejam sangat nak hantar dia ke tempat musuh tanpa pengawasan?"

"But why?"

Madam Eloisa menarik nafas dalam-dalam. "To fulfill her destiny. Dia mungkin jumpa sesuatu di sana."

Suasana sunyi sepi untuk seketika.
Madam Eloisa kembali mengarahkan pandangan ke dalam isi bola Kristal.

Nampaknya ejen-ejen King Henry masih belum berputus asa.

"Kau dah beritahu Snow?" Tanya suara itu sekali lagi.

Madam Eloisa terdiam. "Aku menunggu waktu yang sesuai."

Suara ketawa melatari suasana.

"Atau kau takut nak beritahu dia? Tentang siapa sebenarnya diri dia?"

"Anak aku perlukan masa, Shadow Knight. Ada tanggungjawab besar yang perlu dia pikul selepas ni."

"Malangnya masa adalah musuh terbesar kau sekarang ni."

"Apa maksud kau?"

Shadow knight menonjolkan dirinya yang berpakaian serba hitam seperti ninja.



"Dunia magic bakal diuji dengan kehadiran musuh lama." Kata Shadow Knight perlahan namun masih mampu didengari oleh Madam Eloisa.

"Kau tahu sesuatu yang aku tak tahu?"

Shadow Knight menggaru dahi dengan ibu jari. Sebelah tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar.

"Kau patut luangkan masa dengan kawan-kawan seperti dulu Eloisa. Kalau tak banyak maklumat yang akan kau tertinggal"

"Why should I? Lagipun apa gunanya kau jadi informan tak bergaji aku. Anyways, apa beritahu terbaru yang kau dapat?"

"Hurm, Sacred Temple dipecah masuk beberapa tahun lepas. Tapi kejadian ini baru sekarang diketahui sebab dirahsiakan oleh pihak-pihak berkepentingan."

Madam Eloisa tersentak. Secara tiba-tiba hatinya berdebar hebat.

Jangan kata Sacred Temple tu. Tolong jangan, Desis hati Madam Eloisa.

"Sacred Temple yang mana?"

Shadow mengangkat wajah, terpancar sedikit keresahan di situ. Bibir kiri Shadow Knight terjungkit sedikit ke atas.

"The Sacred Temple. Kubur Luther Fang"

Wicked Love 1



"If you miss me, just look at the stars and I'll be there"

Aku mengeluh berat apabila teringatkan peristiwa petang tadi. Sungguh bukan niatku untuk berkasar dengan Coach Ellen. Tetapi perasaan terkejut membuatkan aku hilang pertimbangan.

"Snowy." Suara Angel membuatkan aku menoleh ke belakang.

Angel memandangku sambil tersengih. Sejak petang tadi dia membiarkan aku bersendirian. Mungkin faham bahawa aku memerlukan masa untuk menenangkan giliran yang sedang berserabut.

Tanpa disuruh Angel mendekat. Dia menggeliat sebelum membaringkan badan di atas lantai bumbung yang menjadi tempat kami melepak.

"Sis, kau okay?" Tanya Angel sebaik dia merebahkan badan.

"Coach suruh kau pujuk aku ke?" Tanyaku dengan nada perlahan.

"Haah. Sis, kau sure ke tak nak pergi program pertukaran pelajar tu?"

"Positif"

"Boleh aku tanya sebabnya?" Tanya Angel dengan wajah mengharap.

Sejenak wajah seseorang muncul di dalam fikiranku. Aku mengeluh berat. Selepas lima tahun berlalu, bagaimanakah nantinya andai kami bertemu kembali?

"Aku cuma rasa yang kita tak perlu pun nak pergi jauh-jauh untuk buat latihan. Kat sini pun dah cukup"

"Tapi Coach cakap yang program ni penting. Besides, dalam banyak-banyak akademi di Dry Land ni akademi kita yang terpilih untuk menjalinkan kerjasama dengan pihak negara Iceland. Kita patut rasa bangga"

Ya, aku memang akan berasa bangga kalau bukan kerana seseorang tu. Tapi untuk menerangkan kepada Angel adalah mustahil.

Tiada sesiapa pun yang tahu kisah yang terjadi antara aku dengan si dia yang kini sedang berada di Iceland.

"Sis, Kau tak faham."

"Snow, sepanjang perkenalan kita aku tak pernah kisah dengan sikap kau yang penuh misteri tu. Its your privacy and I get it. Mungkin kau ada sebab tersendiri yang membuatkan kau berat hati untuk ke Iceland. Tapi, please Snow. Fikirkan tentang harapan Coach Ellen dan kawan-kawan yang lain."Panjang lebar Angel memberi nasihat membuatkan aku terdiam.

Aku benar-benar berada di dalam persimpangan. Tapi, apakah yang aku takutkan lagi?

Bukankah segalanya telah lama berlalu. Malah tiada sesiapa pun yang tahu tentang peristiwa tu.

" Tapi kenapa Iceland?"Soalku.

"Sebab takdir." Jawab Angel.

Takdir?

"I don't know."

"Sis, kita ada seminggu lagi sebelum pergi Iceland. Take your time dan fikir masak-masak. Okay?"Pujuk Angel.

Aku mendongak, melihat bintang- bintang yang bertaburan di dada langit. Kenapalah takdir hidupku harus jadi begini?

"Sis!" Sergahan Angel membuatkan aku terkejut.

"Kau ni!" Marahku.

Angel ketawa sebelum mula melompat dari bumbung asrama akademi Whisper Hollow Academy.

"Lambatnya kau sis!" Jerit Angel. Sesekali dia membuat tarian mengejek, mencabarku untuk mengejar.

Aku mengejarnya sehingga ke dalam kawasan akademi.

"Angel, sembunyi!" Kataku lantas melompat turun tanah.

Angel yang mendengarkan arahanku turut melompat ke tanah. Kami sama-sama bersembunyi di sebalik tugu Master, pengasas akademi ini.

"Apasal?" Tanya Angel.

"Kau ni nak lari pun janganlah masuk kawasan bangunan pentadbiran. Nampak tu?" Aku menunjuk ke arah pejabat Madam Eloisa, pengetua kami.

Dari tingkap kaca kelihatan Madam Eloisa masih tekun meneliti kertas dan fail yang bertaburan di atas meja kerjanya.

"Opss, nasib baik kau nampak." Angel menggigit jari telunjuknya.

"Yalah kalau tak percuma je kena gantung asrama. Dah, jom balik" Ajakku lantas bangun dari tempat kami bersembunyi.

Dengan riang Angel mengaut lenganku sebelum kami sama-sama berjalan ke bilik.
Aku menoleh untuk kali terakhir ke arah pejabat Madam Eloisa.

"Goodnight, mama"

***

Dua buah beg besar bewarna putih dengan ukiran salji yang kuukir sendiri sudah tersedia di tepi almari.

Sementara waktu, aku duduk berteleku di birai katil, menimbang kembali akan keputusan yang telah aku lakukan.

Tanpa dipinta wajah si dia muncul kembali dalam ingatanku.

"Macam mana keadaan awak, Ice?" Kolam mataku tiba-tiba terasa hangat.

Selepas pertemuan kami yang terakhir lima tahun dahulu, aku langsung tidak mendengarkan khabar tentangnya.

Aku menarik nafas dalam-dalam. Tak, aku harus kuat. Aku pasti boleh mengatasi semua ini demi rakan-rakan yang lain.

Ketukan di pintu memberi petanda aku harus bergerak sekarang. Pasti Angel sudah datang untuk menjemputku seperti yang dijanjikannya.

Sangkaanku tepat sekali kerana Angel menyapaku dengan riang sebaik aku membuka pintu.

Dia nampak begitu comel dengan berpakaian baju sejuk dan beanie hitam dengan gambar bunga matahari.

"Dah ready?" Tanya Angel.

Never, desis hatiku.

"Yup." Aku melangkah keluar dari bilik. Kedua-dua beg tadi berjalan sendiri mengikut langkahku.

"Don't worry, Sis. Aku pasti pengembaraan kita ke Iceland akan menjadi kenangan untuk kita sampai ke akhir hayat" Kata Angel dengan penuh dramatis.

Kami sama-sama berjalan ke tempat berkumpul sebelum bertolak ke Iceland.
Coach Ellen, jurulatih pasukan netball wanita nampak lega ketika aku dan Angel tiba.

Mungkin dia takut andai aku mengubah fikiran di saat akhir. Bukan Coach Ellen seorang, malahan rakan-rakan yang lain juga nampak gembira dengan kehadiranku.

"Thanks for coming," Kata Coach Ellen.

"Yup. Coach, saya nak minta maaf sebab berkasar dengan coach hari tu."

"Hurm? Bila? Saya tak ingat."Coach Ellen menjungkit kening.

Aku mengukir senyum nipis. " You are the best coach."

"Perkara yang lepas jangan dikenang." Pesan Coach Ellen.


         Sky Train yang akan membaca kami ke Iceland meluncur laju membelah awan. Tiada pemandangan indah yang dapat dilihat di luar tingkap melainkan warna biru putih yang melatari suasana.

Pasukan Netball wanita diletakkan di bahagian kabin belakang. Coach Ellen pula sudah menghilang ke kabin jurulatih. Ada mesyuarat mini antara jurulatih katanya.

"Mirna, apa yang kau tahu tentang Iceland?"

Suara Priya yang berada di sebelah menyedarkan aku dari lamunan panjang. Mirna menampakkan wajahnya dari kerusi hadapan.

Priya adalah Goal Keeper manakala Mirna pula merupakan Goal Defense.

"Eh, kaukan gosip queen. Takkan tak tahu pasal akademi tu?"

"Ala, Saja je nak uji pengetahuan kau. Sebagai master aku kenalah uji apprentice aku."

Mirna mengerutkan hiding. "Not much. Apparently Iceland academy ni adalah sebuah akademi yang berprestij di negara tu. Hampir semua pelajarnya adalah dari golongan atasan dan kerabat diraja"

Perkataan kerabat diraja membuatkan aku semakin kecut perut. Aku membuat peringatan kepada diri sendiri agar mengelakkan diri daripada golongan tersebut.

Once is enough, desis hatiku.

"Wah, ada anak raja tak sana?" Eva, Wing Defense pasukan kami tersengih.

"Ada. In fact, presiden akademi tu merupakan salah seorang pewaris takhta.
His name, Ice"

Aku memejamkan mata. Great, just great.

"Hensem tak?" Tanya Angel. Di dalam pasukan, dia menjadi Centre kerana tubuhnya yang kecil dan kepantasan yang dimiliki.

Aku pula merupakan Wing Attack. Jeeva yang sedang lena tidur di bahagian kabin sebelah merupakan Goal Attack. Luna yang sedang mendengarkan lagu melalui earphone miliknya itu adalah Goal Shooter.

Di dalam pasukan kami, Luna dan Jeeva memang tidak berapa minat dengan gosip.
Kepala Luna bergerak mengikut alunan muzik yang didengarinya.

"Don't know. Seriously aku cuba cari lebih lanjut tapi tak ada banyak maklumat dan gambar dia pun tak ada. Nada. Tapi yang pasti he's not friendly." Terang Mirna.

"Kenapa?" Tanya Eva.

"Sebab Keluarga diraja Iceland memang begitu. Mereka tak berapa bergaul dengan orang luar." Priya menjawab soalan Eva.

"Habis tu kenapa sekarang mereka buat kerjasama dengan kita?" Tanya Angel pula.

"Penting ke kita nak tahu pasal kerabat diraja?" Soalku sebelum sempat Priya membuka mulut.

Tidak betah lagi mendengarkan perbincangan tentang isu yang semakin menambahkan keresahan di dalam hati.

Pertanyaanku membuatkan mereka semua terdiam.

"Tapi kau tak curious ke? Kenapa sekarang negara Iceland nak buat kerjasama. Dengan akademi kita pulak tu. Kenapa bukan Fairy Academy atau Blackstone Academy? Dan yang lebih penting, kenapa sekarang? Bukan ke selama ni mereka tak bergaul dengan dunia luar?" Priya merenungku, meminta penjelasan.

"Maksud kau, ada siren di sebalik batulah ni?" Teka Eva.

"Really? Hisy, kau ni Priya jangan takutkan aku," Angel memeluk tubuh dengan wajah masam.

"Aku tak tahu pasal korang. Tapi aku sure sangat yang Iceland ada rahsia tersembunyi. I'm not stupid. Dan aku akan cari sampai ke lubang Kraken tentang rahsia mereka. Ha-ha-ha" Kata Priya dengan yakin.

"Macam Proffesor Augusto cakap, Don't fear the enemy that attack you, but the fake friend that hug you." Kata Mirna.

"Bravo, my apprentice" Sambut Priya sambil membuat high five dengan Mirna.

Aku menoleh ke luar tingkap, memikirkan kata-kata Priya dan Mirna yang ada kebenarannya.

Kig Henry, apakah sebenarnya niat yang tersembunyi di sebalik jalinan persahabatan ini?

Dan yang lebih penting, adakah mama sedar tentang perkara ini?

"Kita dah sampai" Umumku.

Kepingan salji yang turun menyambut kedatangan kami ke Iceland. Pokok-pokok tanpa daun berdiri tegak di sepanjang laluan keretapi.

Sky Train memperlahankan kelajuan menandakan kami harus bersedia untuk turun ke perhentian.

"Get your coat!"

"Jangan tinggal barang!"

"Jeeva, bangun!"

"Hei, kau terpijak kaki aku!"

Aku menggelengkan kepala dengan kekecohan di dalam kabin kami. No wonder kami ditempatkan di bahagian paling belakang.






Ketibaan kami disambut oleh rasa sejuk yang menikam dan wakil Iceland Academy, Roy. Dia memperkenalkan kami kepada krewnya yang seramai sepuluh orang.

Mereka semua memakai uniform hitam biru, menyerlahkan kulit mereka yang putih melepak.

Menurut Roy kami akan menemuh jalan raya bersalji untuk tempoh 30 minit sebelum tiba ke Iceland Academy.

Dalam beberapa saat sahaja, kukira Roy sudah berjaya mencari hati beberapa orang pelajar wanita dari Whisper Hollow, termasuk Mirna.

"Hey, he's the enemy, remember?" Aku mengusik Mirna.

Priya menggosok-gosok kepala Mirna. "Beware, my apprentice. Looks can be deceiving"

"Alright guys, ready?" Coach Ellen berdiri di hadapan kelompok kami sambil menaikkan ibu jari.

"Ready!" Jerit kami.

Aku menarik nafas dalam sebelum melepaskannya perlahan-lahan.

"We will meet again, Ice"

Mirna 9

"Here is the plan. Untuk mengaburkan mata orang ramai di sini, saya akan jadi ayah awak berdua. Kita datang ke sini untuk bercuti selep...