Tuesday 27 February 2018

Wicked Love 21

Mama menyeluk tangannya ke dalam beg kulit berwarna merah yang sering dibawanya ke mana sahaja.

Beg merah itu kelihatan agak usang kerana sudah bertahun digunakan. Papa yang menghadiahkan beg ini kepada mama.
Sebab itu beg ini mempunyai sentimental Value.

Sebuah buku bewarna hitam dikeluarkan oleh mama. Di hadapan kulit buku itu terukir perkataan Magic bewarna keemasan.

Mama meletakkan buku tersebut ke atas meja. Aku hanya memerhatikan gerak-geri mama.

"Book of the keeper,
     I command thee,
        Show me, What I want to see"

Sebaik selesai ucapannya, Buku hitam di hadapan mama mengeluarkan cahaya kuning.

Buku The Keeper dengan laju menyelak helaian lamannya sendiri. Sementara itu, bulu romaku berdiri tegak apabila ucapan mama diulang berkali-kali oleh satu suara aneh. Seketika kemudian aku menyedari bahawa suara aneh itu datang daripada buku The Keeper.

'Beware those who seek the secrets that lies within'

Sayup suara wanita berkumandang di seluruh bilik. Aku menggosok lengan bagi mengusir rasa takut.

"Ini adalah salah satu harta peninggalan Magician Ketujuh. Snow boleh tanya apa sahaja yang Snow mahu. Buku ini akan tunjukkan segalanya." Mama mengangkat buku tersebut dan menghulurkan kepadaku.

Aku menyambut huluran mama dan meletakkan buku tersebut di hadapanku. Tidak tahu bagaimana harus aku menyatakan perasaan ini apabila melihat gambar mama dan papa ada tercatat di dalam buku ini.

Gambar gandingan mereka berdua semasa muda. Di bawahnya pula terdapat satu garis lurus yang memaparkan gambar aku.

"Ini apa mama?"

"Salasilah keluarga. Daripada Magician Ketujuh dan Prince Rider sehingga kepada Snow sebagai pewaris terkini" Kata mama.

"Jadi The Keeper ialah orang-orang yang menyimpan barang-barang magician ketujuh ke?"

"Kami menyimpan segalanya yang berkaitan dengan Magician Ketujuh. Selepas mama, Snow yang sepatutnya akan ambil alih tanggungjawab ketua The Keeper. Dan aliran itu akan terus berterusan kepada anak Snow nanti."

Aku terkebil-kebil mendengar penerangan mama. Hakikat sebagai pewaris Magician Ketujuh pun susah untuk aku hadam. Inikan pula mendengar perkataan anak.

"Err, Tapi kenapa mama simpan rahsia ni daripada Snow?" Tanyaku sambil melarikan pandangan mata ke arah buku tersebut.

Seram sejuk memikirkan bakal pewaris selepas aku.

"Sebab, Mama tak nak kehilangan anak mama."

Aku mendongak, Memandang wajah mama yang keruh.

"Maksud mama?"

"Mama tahu yang lambat-laun Luther Fang pasti akan kembali. Cuma mama tak sangka bahawa orang yang akan ditakdirkan berhadapan dengan Luther Fang ialah anak mama sendiri"

Aku kematian kata-kata. Melawan Luther Fang?

"Snow? Sebab Snow Animists?"

Mama mengangguk.

"But how?" Tanyaku lagi.

"Mama dah tahu dari usia Snow lima tahun. Snow, Selalu bermain dengan imaginary friend. Mama ingat benda tu perkara biasa bagi budak-budak. Sampailah suatu hari, Mama sedar yang Imaginary friend Snow benar-benar wujud."

Aku menelan liur. Tidak pula aku ingat yang aku pernah mempunyai Imaginary friend.

"Tapi Snow tak ingat pun?"

"Snow tak ingat. Tapi kawan-kawan Snow sentiasa ada. Now, Mama nak tanya macam mana Snow jumpa Water Nymph?" Soal mama.

"Snow jumpa secara kebetulan. Masa tu mereka dah ada dekat satu tempat ni." Aku menerangkan kepada mama.

"Think about it again. Snow jumpa secara kebetulan atau Snow yang menyeru mereka untuk muncul?"

Soalan mama membuatkan otakku lihat berfikir. Water Nymph, Bukankah selama ini aku yang menyeru kehadiran mereka?

Begitu juga sewaktu pertama kali kami bertemu ketika dahulu. Bukankah aku yang menyeru mereka?

"Well?" Tanya mama.

"Jadi, Snow boleh seru makhluk magical creature?"

Mama menyandarkan badan ke kerusi. "Macam Luther Fang. Cuma makhluk yang diseru adalah berbeza. Pertama kali mama sedar tentang kebolehan Snow ialah masa mama nampak Snow bermain dengan fairy."

Bulat mataku memandang mama. Fairy?

"I don't know mama. Snow macam susah nak percaya semua ni. Like, Betul ke Snow pewaris Magician ketujuh. Betul ke Magician ketujuh ada hubungan dengan Prince Rider?"

Mama merapatkan tubuh ke meja lantas menyeru,

"Book of The Keeper,
        I command thee,
               Show Snow, What she want to see"

Buku The Keeper sekali lagi menyelak sendiri helaian muka suratnya dengan laju sebelum berhenti di satu muka surat.

Aku memandang gambar yang tertera di helaian muka berkenaan. Terpampang gambar seorang lelaki dan wanita kelihatan gembira dan berdiri secara berhadapan. Gambar ini kelihatannya sudah usang berdasarkan warnanya yang pudar.

"Ini bukan Prince Rider ke?" Aku menuding jari ke arah gambar si lelaki.

"Ini gambar perkahwinan Prince Rider dengan Magician Ketujuh," Perlahan suara mama namun ibarat ngauman naga di telingaku.

"Ihhhh? Mereka kahwin?"

"Secara rahsia"

Aku menarik buku The Keeper untuk melihat gambar usang tersebut dengan lebih jelas.





"Wicked..." Bisikku.

Tidak sangka Prince Rider dan Magician ketujuh benar-benar berpasangan dan seterusnya melebarkan sayap perhubungan dengan sebuah perkahwinan.

Dan alangkah bertuahnya aku dapat melihat wajah Master, Pengasas Whisper Hollow Academy yang juga Magician Ketujuh.

Dia nampak begitu innocent. Patutlah Luther Fang pun boleh jatuh cinta.

"They love each other so much. Sesiapa pun boleh nampak daripada reaksi mereka berdua " Kata mama sambil turut merenung gambar Prince Rider dan Magician ketujuh.

"Tapi, Bukan ke Royal Family tak boleh berkahwin dengan orang kebanyakan?"

"Its love Snow. Sometime cinta buatkan kita bertindak di luar dugaan" Jelas mama.

"Walaupun ada risiko yang salah seorang antara mereka akan mati?" Tanyaku tidak puas hati.

"Mungkin mereka tak peduli asalkan dapat bersama-sama." Balas mama.

Aku teringatkan pada Ice dan perjumpaan antara kami pagi tadi. Ice juga mengatakan perkara yang sama.

"Ma, Bagaimana Magician ketujuh terselamat? Sedangkan magician lain termasuk Prince Rider terkorban?"

Mama mengangkat wajah dari buku The Keeper. Lama mama merenung aku dengan mata yang berkaca.

"Itulah persoalan yang mama cuba rungkaikan Snow. Tapi sampai sekarang mama tak tahu jawapannya"

"Apa maksud mama?" Tanyaku tidak mengerti.

Mama menghela nafas berat sebelum mengelap setitis air mata yang mengalir. Mama kembali menghadapkan pandangan kepada Buku The Keeper.

"Book Of The Keeper,
   By the power of me,
         Show us to see,
            What has been,
                The secret lies within"

Buku The Keeper sekali lagi mengeluarkan cahaya kuning keemasan. Helaian kertasnya terbuka dengan laju mengikut arah berlawanan sebelum tiba ke satu muka surat.

   

'For those who want the truth revealed,
   Shall we tell it is indeed,
      When the secret has been leaked,
         The strong power shall be revealed'

Suara aneh tadi kembali berkumandang. Aku merenung mama dengan kerutan di dahi.

"Rahsia apa?"

Mama menggeleng. "Mama tak pasti, Snow."

"Mungkin ianya bermaksud kuasa Snow tak?"

"Mungkin. Sebab tu mama pesan pada Snow jangan sampai ada yang tahu pasal kuasa Snow. Kita tak tahu siapa pengikut Luther Fang. Mereka boleh jadi musuh dalam selimut"

Aku kini mengerti akan tindakan mama. Dulu aku fikirkan yang mama kecewa kerana aku tidak memiliki unsur kuasa sepertinya.

Rupanya mama cuba menyelamatkan aku dari pengikut Luther Fang.

"Luther Fang cari Snow untuk apa? Sebab kuasa Snow ke?"

Mama mengangguk. "Dia boleh seru makhluk kegelapan. Tapi, Snow pun boleh lakukan yang sama dengan Magical Creature. Jadi, Dia perlu jadikan Snow sebahagian daripada dia untuk menguasai keduanya. Kalau dia dapat, Dunia Magis akan berada di bawah kekuasaannya"

***

Sebelah tangannya dilekapkan ke dinding kaca manakala sebelah lagi menyeluk poket seluar.

Ice merenung ke arah pelajar-pelajar Whisper Hollow Academy yang akan berangkat ke stesyen Sky Train.

Kepulangan mereka akan diiringi oleh sekumpulan pengawal diraja. Serangan Luther Fang sebelum ini menyebabkan mereka lebih berhati-hati.

Apatah lagi enam negara unsur magis yang lainnya sedang mempertahankan negara mereka dari serangan Luther Fang.

Dunia magis kini sedang berada dalam keadaan kacau-bilau.

"Awak nak biarkan sahaja ke dia pergi?"

Ice mendiamkan diri. Enggan menjawab pertanyaan Whisper. Apalah yang boleh dia lakukan lagi sekiranya Snow berkeras untuk mengakhiri hubungan mereka.

"My Prince, Are you sure about this?" Tekan Whisper. Dia tahu Ice sengaja buat tidak mendengar.

"Dia dah buat pilihan." Balas Ice akhirnya.

Whisper berjalan menghampiri Ice. Dia turut memandang ke arah rombongan pelajar-pelajar Whisper Hollow di bawah.

"Awak nak putus asa begitu sahaja?"

"Then awak nak saya buat apa? Dia yang tinggalkan saya. Dua kali"
Ice menggelengkan kepala dengan wajah jengkel.

Walaupun dia tidak ingat kisah antara dia dengan Snow, Tetapi dia dapat merasakan sesuatu pada pertemuan pertama mereka semasa kedatangan Madam Eloisa tempoh hari.

Ice sedar, Dia masih cintakan Snow. Dan Snow juga merasakan perasaan yang sama. Namun sayang, Snow tidak mahu menempuh risiko yang akan menimpa jika mereka masih bersama.

"Saya tak berniat nak masuk campur, My Prince. Tetapi saya cuma nak tahu, Adakah tuanku akan dapat menjalankan kerjasama dengan Snow bagi menentang Luther Fang?"

Ice menoleh ke arah Whisper. Segala yang berlaku antara dia dengan Snow adalah hal peribadi mereka.

Tentulah dia akan bersikap professional untuk menghadapi Luther Fang. Walaupun bermaksud bahawa dia harus bekerjaama dengan Snow.

"Kau akan dapat semula tubuh kau, Whisper. Aku akan cuba yang termampu"

Whisper mengangkat bahu. "Its not important. Masa depan dunia Magis yang saya risaukan sekarang ni."

Ice bersetuju dengan kata-kata Whisper.
Luther Fang harus dihentikan.

"Hey Whisper"

"Yes?"

Ice merendahkan lutut di hadapan Whisper.

"Aku terfikir pasal tujuh magician yang meletakkan Luther Fang dalam keadaan tidur dulu. Mereka terkorban isn't?"

Whisper mengangguk. "Yes."

Ice mengukir senyuman nipis.
"Tell me Whisper, Mereka terkorban atau mereka sebenarnya mengorbankan diri sendiri?"

Whisper melarikan pandangan mata. Jelas ada sesuatu yang cuba disembunyikannya daripada Ice.

"Aku tak faham apa yang kau cakap"

"Jadi betullah? Mereka semua mengorbankan kuasa masing-masing untuk mengikat Luther Fang. Begitulah mereka mati."

Whisper menggelengkan kepala. Ice membuat renungan bekunya membuatkan Whisper kaku.

Untuk pertama kalinya dia menjadi penakut di hadapan Ice. Akhirnya Whisper mengangguk perlahan-lahan.

"I'm sorry My Prince. Saya tak sanggup nak beritahu"

"Maksudnya aku akan mati." Perlahan Ice mengucapkan ayat itu.

"My Prince" Whisper menunduk. Kesedihan menguasai jiwanya di kala ini. "Mungkin ada cara lain untuk hapuskan Luther Fang. Saya akan cari..."

"Whisper" Ice memintas kata-kata Whisper. "Its okay."

"No its not and it never will. Saya dah penat dengan kehilangan. Mula-mula ayah, lepas tu ibu dan kemudian Stella. Sekarang ada lagi yang bakal terkorban semata-mata kerana Magician gila tu!" Tegas Whisper.

Dia sudah cukup merasakan kepedihan akibat kehilangan insan tersayang.

"Tak tahu pula aku di sebalik mulut kau yang laser tu tersimpan hati tisu" Usik Ice.

"Shut up. Tak kelakar My Prince" Whisper mengesat mata dengan kaki kanan.

Ice tersenyum lantas menggosok kepala Ice. Whisper hanya membiarkan namun dahinya sengaja dikerutkan, Konon-konkn tidak suka dibelai begitu.

"Hey Whisper" Panggil Ice.

Dia berdiri semula sambil melihat ke arah luar. Bas yang membawa pelajar Whisper Hollow Academy sudah bergerak perlahan-lahan meninggalkan perkarangan bangunan utama Iceland Academy.

Sekumpulan pelajar-pelajar Iceland menghantar pemergian Whisperian dengan lambaian tangan.

Nampaknya pertukaran pelajar ini bukanlah satu perkara sia-sia. Sekurangnya anak muda yang bakal menerajui dunia magis di masa hadapan sudah terbuka dalam menerima manusia dari negara luar.

Tapi, Masihkah mereka berpeluang menerajui dunia magis atau dunia ini akan berakhir dengan berada di dalam cengkaman Luther Fang?

"What?"

"Boleh tak aku nak minta tolong?" Tanya Ice.

"Kalau saya mampu. Apa permintaan My Prince?"

Ice menelan liur. Hatinya terasa sakit melihat bas yang semakin menjauh.

"Kalau aku ditakdirkan mati, Tolong tengok-tengokkan Snow."

Kelopak mata Whisper berkaca semula. Namun dia menganggukkan kepala tanda bersetuju dengan permintaan Ice.

"My Prince, Awak masih sayangkan Snow?"

"Dia padamkan memori saya, Whisper. Tapi dia tak padamkan perasaan saya kepada dia. Snow, She is a Wicked girl"

***

Suasana di dalam kabin begitu suram, Tidak sama seperti ketika kami mula-mula tiba ke Iceland ini.

Luna tidak lagi memakai headphone. Jeeva pula asyik menoleh ke liar tingkap Sky Train. Eva pula bermain dengan jari-jemarinya sendiri.

Aku, Angel, Mirna dan Priya yang berada di kabin sebelah juga diam membisu. Masing-masing melayan perasaan sendiri.

"Ah!" Mirna menepuk dahi.

Kami bertiga memandang ke arah Mirna yang tergesa-gesa membuka beg sandangnya.

"Kenapa Mirna?" Tanya Priya.

Mirna tidak menjawab sebaliknya menghulurkan sebuah kotak bewarna biru kepadaku.

"Sorry Snow. Aku lupa nak beri hadiah ni Kat kau"

Aku mengambil kotak sebesar tapak tangan itu daripada Mirna.

"Apa ni?" Tanyaku.

"A gift dari budak kelas kita di Iceland. Keychain 3D Iceland academy. Kalau kau tengok lama-lama kat keychain tu boleh nampak semua budak-budak kelas Magical Creatures." Angel menjawab pertanyaanku.

"Kami bertiga pun dapat. Semalam kami cari kau tapi tak jumpa. So, Mereka kirimkan ni pada kami untuk bagi pada kau" Tambah Priya.

Sambil tersengih aku membuka kotak biru tersebut. Keychain 3D Iceland academy kuambil sebelum menatapnya lama seperti yang diberitahu oleh Angel.

Dari keychain itu aku dapat melihat kelas Magical Creatures seakan-akan aku sedang berdiri di sana. Proffesor Langford sedang berdiri memeluk tubuh sambil tersengih di hadapan pelajar-pelajar Magical Creature.

Tidak pula aku tahu bahawa Proffesor Langford pandai tersengih kerana dia selalu serius di dalam kelas. Aku ingatkan dia tidak suka pada kami berempat.

Beberapa pelajar-pelajar Magical Creatures melambai-lambai ke arah kami. Malah ada pelajar-pelajar lelaki yang nakal menghembuskan flying kiss membuatkan bentuk heart bewarna merah melayang-layang ke udara.

Tanpa dapat ditahan aku melepaskan ketawa. Tak sangka mereka bukanlah selalu bersikap dingin seperti yang disangkakan.

"Aku ingatkan mereka tak suka kita?" Kataku selepas menghabiskan ketawa.

"Kaupun terhibur? Masa buka kotak tu aku dah bersedia. Manalah tahu mereka nak aniaya kita. Rupanya mereka betul-betul bagi hadiah kenangan." Priya tersenyum.

"Maybe mereka tak biasa. Yalah, Tiba-tiba ada orang dari negara lain masuk ke tempat mereka." Angel membuat tanggapan.

"Sekarang aku rasa rindu pula pada mereka. Weird kan?" Kata Mirna.

"Yalah, Kita baru nak rapat dengan mereka. Lepas tu dah kena balik pula" Akui Priya.

"Tapi, Pengembaraan singkat ni mengajar kita perkara-perkara baru. Aku akui banyak benda yang aku tak pernah sangka akan terjadi, Boleh berlaku pada aku." Kata Angel.

"Yeah" Angguk Priya lantas menoleh ke arah luar.

Kami semua terdiam seketika. Ice, Bagi aku dia adalah pengalaman terindah yang takkan mampu aku lupakan sampai hujung nyawa.

Bertemu dengannya semula di Iceland bukanlah pintaku. Dan meninggalkan dia sekali lagi bukanlah kerelaanku.

Aku menyimpan hadiah pemberian pelajar magical creatures Iceland ke dalam beg.

"Cheer up. Mungkin kita akan bertemu mereka semula" Kataku cuba menceriakan suasana.

"Like Tiffany?" Kata Angel sambil tersenyum ke arah Mirna.

"Siapa Tiffany?" Tanya Priya.

"Dia pelajar biology dekat Iceland. Aku dengan Angel jumpa dia dekat perpustakaan. Nampaknya selama ni dia nak berkawan dengan kita tapi takut." Jelas Mirna.

"Then dia cakap teringin nak tengok Dry Land. So, Aku dengan Mirna ajak dia datang." Angel menambah info.

Aku dan Priya mengangguk faham. Nampaknya tanggapan kami selama ini salah. Warga Iceland bukanlah semuanya bersikap dingin.

Mereka hanya memerlukan masa untuk menerima dan bersosial dengan orang Dari negara luar. Pastilah bukan mudah bagi Iceland kerana dasar pintu tertutup yang dilaksanakan oleh pemerintah mereka selama ini.

Lagipun, Ambil sahaja contoh Ice dan Shadow Knight. Mereka tidak pula bersikap dingin ketika pertama kali kami bertemu.

Bumm!!!

Bunyi kuat beserta dengan impak tenaga membuatkan aku serta Angel terdorong ke hadapan.

Suara jeritan yang membingitkan gegendang telinga berkumandang di dalam kabin. Aku terlanggar Priya manakala Angel terlanggar Mirna.

Belum sempat kami menenangkan diri yang terkejut, Bunyi siren kecemasan Sky Train melatari suasana.

"What's that?" Tanya Angel.

"Ouch!" Mirna menggosok kepalanya yang terhantuk tubuh Angel.

Priya membantu aku untuk bangun sebelum kami sama-sama berdiri di dalam kabin. Bunyi teriakan yang nyaring membuatkan kami kebingungan bercampur rasa takut.

Angel memegang lenganku dan Mirna. Priya melihat ke arah luar tingkap.

Whoosh!

Bunyi sayap melibas angin mengejutkan kami.Tanpa sengaja aku dan Angel berpandangan sesama sendiri.

"Priya, What's that?" Tanya Mirna.

Priya masih tidak berganjak dari tingkap. Dia bagaikan melekat di situ.

"Priya!" Suara Mirna nail satu oktaf.

Whoosh!!

Desiran angin kedengaran begitu hampir di atas kami. Suara jeritan semakin menjadi-jadi.

Barisan pengawal yang mengiringi kepulangan kami ke Iceland berlari laju ke arah kabin hadapan.

"Moth-man. Kita diserang Moth-man" Priya berdiri tegak memandang ke arah kami bertiga.




Serentak dengan itu satu bayangan yang sedang terbang menghala laju ke arah kami dari tingkap kabin.

"Err, Priya" Bulat mataku memandang ke belakang Priya.

"No way," Kata Mirna.

"Tunduk!!!"

Jeritan Angel adalah perkara terakhir yang aku dengar sebelum jeritan Moth-man meneggelamkan suara Angel.

No comments:

Post a Comment

Mirna 9

"Here is the plan. Untuk mengaburkan mata orang ramai di sini, saya akan jadi ayah awak berdua. Kita datang ke sini untuk bercuti selep...