Sunday 1 April 2018

Angel 16

Rhea menghempaskan gelas minumannya ke meja. Dia geram dengan tingkah Angel yang berlagak.

Tae Min dan Akira turut ada bersama dengannya di youth's club. Mereka juga tidak puas hati bukan sahaja dengan Angel tetapi juga Im Jaebum.

Perkara yang berlaku petang semalam tidak dapat diterima oleh bahagian otak Talamus mereka. Ternyata Im Jaebum itu sudah berubah. Dari dahulu tiada sesiapa pun yang berani melakukan perkara seperti yang dilakukan Angel itu kepada Im Jaebum.

"She is totally bitch!" Jerit Rhea.

Namun jeritannya tenggelam dek kerana muzik kuat yang dipasang oleh Dj kelab.

"Sudahlah," Akira mencapai gelas dari tangan Rhea namun ditepis oleh gadis itu.

"Jangan kacaulah!" Marah Rhea.

"Aku tahulah kau tengah geram. Tapi takkan sampai nak hancurkan diri sendiri!" Marah Akira.

"Kau kenapa? Nak masuk team perempuan tu juga?!"

Akira tidak menjawab tetapi merenung geram ke arah Rhea.

"Habis tu kau nak buat apa? J pun kata jangan ganggu Angel. He is crazy for her" Tae Min tak puas hati.

"Huh, Kau tak faham lagi ke? J tu memanglah pantang nampak perempuan." Rhea mengingatkan Tae Min.

"Tapi tak ada perempuan pernah bertindak macam Angel dan akan terlepas macam tu je tanpa dapat balasan." Balas Tae Min.

"My foot. Aku akan ajar budak biadap tu. Kau tengoklah" Janji Rhea.

"Kau nak buat apa?" Tanya Akira.

"Adalah. Buat apa aku nak beritahu kau, Sibuk!" Jeling Rhea.

"Tak boleh ke kita berhenti cakap pasal Angel?" Akira membuat muka malas.

Dari mereka kecil sehingga kini, Rhea dilihatnya begitu obses dengan Angel. Memanglah dia juga yidak menyukai gadis itu, Tetapi rasanya tidak perlulah Rhea membabitkan diri dengan Angel.

Kesudahannya Rhea yang sakit hati. Sedangkan pencapaian Angel semakin hari semakin meningkat naik.

"Kau ni apasal?!" Rhea memusingkan kedudukannya ke arah Akira yang duduk di sebelah.

"Aku cuma cakap tak guna kalau kau asyik nak sakit hati dengan dia." Kata Akira.

"Ahah, Look what we have here. Kau dah suka pada budak biadap tu, kan?"Rhea menunjal bahu Akira dengan jari telunjuk.

Akira panas hati." Kau nak marah-marah pun tak guna. Angel tu makin cantik, Makin berjaya. Kau tu tak habis-habis dengan dendam kau. Sedar diri sikit, J takkan pandang kau pun. Berhentilah terhegeh-hegeh"

Air minuman Tae Min bertakung di kerongkong. Dia yakin tidak salah mendengar walaupun bunyi muzik di dalam kelab itu boleh mengakibatkan penyakit tinnitus.

Rhea pula ternganga mendengar kata-kata hinaan Akira. Tapi hanya sesaat sebelum darah mudanya mendidih ibarat gunung berapi yang ingin memuntahkan laharnya.

"Kurang ajar kau. At least Jaebum tu ada status. Kau pun sama je macam aku. Pergi matilah kau!" Rhea membaling air minumannya ke muka Akira.

Tae Min ketawa terbahak-bahak menyaksikan pergaduhan Rhea dengan Akira. Padan muka Akira, Siapa suruh jolok sarang naga.

Tapi dia thums ub pada Akira. Berani pula lelaki itu menegur Rhea secara berhadapan begitu. Sangat straight to the point sampai menusuk jiwa.

Rhea mencapai air Tae Min pula namun dihalang lelaki itu.

"Hoi, Ini air aku"Tae Min melarikan gelas dari capaian Rhea.

Masalahnya sekarang ni hujung bulan. Jadi, Dia tidak cukup Ruby untuk membeli minuman secara boros apatah lagi untuk dibazirkan oleh Rhea dengan menyimbahnya ke muka Akira.

"Ish, Kedekutlah kau ni" Rhea tolak tubuh Tae Min sebelum berdiri. Dia mahu ke lantai tari.

"Hey, Watch it bitch" Marah seorang gadis apabila Rhea secara tidak aengaja terlanggar tubuhnya.

Akira yang sedang mengelap mukanya dengan lengan baju pantas memegang tubuh Rhea yang terhuyung-hayang. Walaupun Rhea menyebabkan wajahnya basah, Dia tidak ambil hati. Cuma terasa hati sahaja.

Gadis yang dilanggar Rhea menjeling tajam sebelum berjalan ke hadapan. Rambutnya yang baru dibuat rebonding diselak ke belakang penuh gaya anggun meskipun dia sebenarnya tidak sesuai dilabelkan sebagai anggun.

Rhea menolak pautan Akira di badannya sebelum tersengih sinis. Dia menegakkan jari telunjuk dan dihalakan ke arah gadis tadi.

Rambut merah gadis itu mengingatkannya kepada Angel. Malah sikap biadap wanita itu juga sama seperti Angel.

So annoying!

Rhea memusingkan jari telunjuknya ke bawah. Skirt pendek yang dipakai gadis itu terlucut ke bawah menampakkan seluar dalam warna hitam.

Gadis itu menjerit-jerit sambil cuba menaikkan semula skirtnya ke atas. Ketika dia menunduk, Rhea menggerakkan jarinya ke hadapan. Gadis tadi tertolak ke depan dan melanggar sebuah meja yang diduduki oleh beberapa orang pelanggan youth club.

Rhea ketawa mengekek dengan Tae Min yang perasan akan tindakan Rhea. Menggunakan kuasa untuk personal gain memang dilarang. Tetapi, Ada mereka kisah?

Akira merentap tangan Rhea.

"Enough"

"Shut up. You are not my boyfriend." Rhea segera berlalu ke lantai tari.

Dia akan membalas dendam kepada Angel nanti. Tetapi sekarang dia mahu berseronok dahulu.

Rhea tersenyum menggoda ketika seorang lelaki yang tidak dikenali merapatinya. Dia kemudian tenggelam dalam bersama tubuh manusia yang bergerak mengikut alunan muzik.

***

"Apa rahsia awak, Angel?" Paksa Damian, Cuba merungkai punca Angel menipu mengenai dirinya yang sudah berhenti daripada menjadi Guardian Angel.

Gadis itu masih mensasarkan dadanya dengan anak panah. Bimbang jika Damian tiba-tiba naik spirit seperti tadi.
Walaupun Damian nampaknya tidak takut langsung dengan hujung anak panah yang tajam lagi berkilau di dadanya yang berlapik kemeja putih itu.

"Stay back, Damian."Mata Angel berkaca. Dia sedaya upaya menahan diri daripada menangis di hadapan Damian.

Angel berdoa di dalam hati agar Damian mendengar katanya dan segera beredar. Tapak tangannya sudah berpeluh. Dia risau jika anak panah ini terlepas dari jarinya yang licin lantas menusuk ke dada Damian.

" No. Saya takkan beredar selagi tidak mendapat jawapan."Damian berdegil.

"Jawapan apa?"

"Kenapa awak tipu saya?"Desak Damian.

Dia yakin Angel ada bersamanya tempoh hari semasa dia hampir-hampir mengalami kemalangan jalan raya kerana lima fakta.

Pertama, Terdapat kesan cakar pada bahagian belakang keretanya seperti sesuatu atau seseorang cuba menolak kereta itu agar terhempas ke tepi. Cakaran yang bersaiz besar itu tidak mungkin milik mana-mana haiwan liar di dunia mortal.

Keduanya, Sewaktu dia keluar dari kereta untuk memeriksa keadaan. Damian sedar dia dan Ayumi terperangkap dalam lohong hitam. Dan lohong itu hilang selepas munculnya panahan petir yang datang tiba-tiba. Dia sudah periksa kajian cuaca, Tiada kilat, Guruh atau ribut petir dijangka berlaku pada hari itu.

Fakta ketiga adalah disebabkan kesan serbuk keemasan yang melekat pada keretanya. Cairan ais yang dilakukan Damian sewaktu mengunci pintu kereta memerangkap serbuk emas yang diletakkan oleh Angel.

Keempat, Kerana hatinya begitu pasti Angel sedang menipu. Tentang Nick, Tentang pemberhentiannya sebagai guardian, Termasuk tentang perasaan sebenar Angel.

Dan fakta yang paling penting, Angel is a terrible liar.

"Saya tak faham apa yang awak cakapkan." Dalih Angel.

Gosh! kenapalah Cupid membenarkan Damian membawanya?

Angel mulai risau. Sepatutnya malam ini Ayumi meluahkan perasaannya kepada Damian. Bercakap tentang Ayumi, Di mana gadis itu?

"You can't lie to me." Damian menjentik anak panah Angel.

Anak panah Angel bertukar menjadi ais dalam sekelip mata. Ternganga Angel melihat anak panahnya yang melekat pada string.

"Urm..." Angel menelan liur. Dia cuba menggerakkan anak panah yang melekat itu namun gagal.

Damian memasukkan kedua tangan ke dalam poket. Agak kelakar melihat Angel memeluk busurnya dengan tangan kiri sambil cuba menarik anak panah yang beku itu daripada string.

Biar Angel rasa. Kali ini dia akan mengajar Angel. Malah kalau perlu dia akan menjadi Damian yang dulu, Yang Playboy. Tetapi dah tentu hanya untuk Angel yang dicintainya.

"So, Beritahu saya. Siapa sebenarnya Nick dan apa kaitan dia dengan awak?" Damian malas mahu menunggu Angel selesai menarik anak panah yang melekat itu.

Sampai tahun hadapan pun belum tentu Angel berjaya. Dan ais itu tetap tidak akan mencair biarpun Angel menjemur busurnya itu di gurun sahara.

"Its not important"Jawab Angel, Masih cuba meleraikan anak panahnya daripada string.

"For you, Not me"

"Kenapa awak peduli sangat? Kan saya cakap tak penting" Angel naik darah.

Marah kerana Damian mengheretnya ke sini, Mendesaknya dengan soalan, Dan juga kerana merosakkan busurnya yang baru ini.

"But you are important to me, Angel." Damian mara setapak.

Angel terundur sehingga dia terperangkap ke dinding. Busurnya dipeluk ke dada. Tapi, Kalau dia bertukar dalam mod halimunan, Dia akan dapat melepaskan diri dengan mudah.

Bagaikan membaca fikiran Angel, Damian memegang kedua lengan Angel, Memaksanya gadis itu menatap matanya.

Angel menelan liur. Sympathetic nervous system Angel mengembangkan aliran darah di muka membuatkan wajahnya memerah.

Stupid blushing!

Damian sedar reaksi Angel. Dia yakin mereka berdua berkongsi perasaan yang sama. Sebab itu dia mahu tahu asalan yang menyebabkan dirinya ditolak.

"Please, Angel. Saya benar-benar maksudkannya. Saya tak tipu tentang perasaan saya" Rayu Damian.

Bibir merah Angel bergerak-gerak sebelum tangisannya pecah dengan perlahan.

"Stop it Damian."

"Sayang,"Panggil Damian.

" Kita tak boleh,"Angel menggeleng. Dada Damian ditolak oleh Angel namun lelaki itu melekat bagaikan magnet dalam jarak mereka yang begitu hampir.

Gosh, Kenapa Damian sangat degil? Dan kenapa dia masih cintakan lelaki kepala batu ini?

"Why? Sebab Nick?" Terselit nada benci tatkala Damian menyebut nama lelaki itu.

Tangan Angel semakin kuat menggenggam busurnya. Seolah meminjam kekuatan Gothart dan Ery untuk menjawab soalan Damian.

"Yes." Jawapan itu meluncur keluar dari mulut Angel.

Damian memaut dagu Angel, Memaksa gadis itu membalas pandangan matanya. Biji mata Damian merenung daam ke dasar kolam Angel, Terus menusuk ke jiwa gadis itu.

"Cakap sekali lagi. Awak cintakan Nick?"

Otak Angel ligat berfikir menentukan jawapan.

Yes or no?

"Kenapa awak buat begini?"Soalan Damian dibalas dengan soalan.

Damian tidak memerlukan jawapan daripada Angel lagi. Tapi, Kalau bukan Nick adakah disebabkan oleh tugasnya sebagai guardian?

"Saya sepatutnya berhadapan dengan awak dua tahun dahulu. But I am too coward. Saya yakinkan diri saya yang awak akan jumpa lelaki yang lebih baik. Tapi, sekarang saya tak boleh lihat awak bersama lelaki lain" Damian menggeleng.

"Its too late." Bisik Angel.

"Why? Sebab awak Guardian Angel maka kita tak boleh bersama?" Tekan Damian. Dia mahu Angel menjelaskan dengan sejujurnya tentang perkara yang menghalang mereka untuk bersama.

Angel mengerdipkan mata. Titisan air matanya jatuh ke lantai marmar tandas ini. Jujur dia juga mencintai Damian.

Tapi...

Sudah sekian lama sepanjang hidupnya angel mempelajari sesuatu. To keep your head up and your heart strong.

Angel mengesat tubir matanya dengan hujung jari. Dia mendongak, Memandang tepat ke arah Damian.

"That is right. Saya adalah Guardian Angel Ayumi. Dan saya mahu kekalkan posisi saya begitu. Selepas awak bersatu dengan dia, Saya tak perlu jaga Ayumi lagi. Dan kita takkan bertemu lagi. Awak dah tahu kan? So, Please"Angel menolak tubuh Damian semula.

Damian terlalu rapat dan dia bimbang benteng pertahanan perasaannya akan roboh. Dia perlu beredar sebelum mengganggu Ayumi untuk meluahkan perasaan kepada Damian.

"If this is about Ayumi, Awak perlu jelas yang tidak ada sekelumit pun perasaan saya pada dia."Marah Damian.

"But she love you. Dan dia yang lebih sesuai untuk bersama dengan awak. Kita tak mungkin bersatu. Accept it, Damian"Tinggi suara Angel menyedarkan Damian bahawa Angel tidak akan menerimanya.

" Jadi itu keputusan awak?"Tanya Damian.

Angel menarik nafas, Dan mengangguk tanpa memandang Damiam.

"Awak takkan beri saya peluang langsung?" Tanya Damian lagi.

Angel menggeleng perlahan.

"Even once?" Damian masih mencuba.

Angel menggeleng laju. Damian mengangguk mengerti sebelum memegang anak panah Angel, Mencairkan semula anak panah tersebut.

Dada Angel terasa pedih apabila Damian menjarakkan diri daripadanya.

Lelaki itu berundur beberapa tapak ke belakang. Kot tuxedo yang berada di atas lantai dicapai semula oleh Damian. Angel memerhatikan tubuh Damian yang membelakangi dirinya.

"Alright, If that is your choice. But Angel, Saya nak awak tahu yang saya tak menyesal menyabung nyawa untuk masuk ke kubu Luther Fang dulu" Damian memulas tombol pintu.

Angel tergamam. "What?"

"Saya cintakan awak Angel. Dan saya hanya fikir untuk selamatkan awak walaupun awak tak mahu membalas cinta saya. But you will always have my heart, Angel." Kata Damian yang masih berdiri di muka pintu.

Bergetar tangan Angel menekup mulut, Menahan sendu. Dia takut andai Damian mendengar tangisannya. Jujur, Dia tidak pernah terfikir Damian sanggup meredah ke kubu Luther Fang dahulu kerananya.

Lalu, Tidak cukupkah semua itu untuk Damian membuktikan cintanya.

Damian memegang daun pintu, Membiarkan Angel dengan kata-kata terakhirnya sebelum meninggalkan gadis itu.

"Saya akan terima Ayumi, Demi awak."


          Cupid menolak kaca matanya dengan jari telunjuk. Tubuh Damian yang melangkah longlai untuk kembali ke majlis diperhatikan olehnya. 

Pen putih berbulu Cupid berjalan laju menulis sesuatu di dalam fail merah miliknya. Cupid tersengih jahat.

So interesting.

Dia baru sahaja selesai menulis laporan mengenai Damian dan Angel di dalam failnya. Dia tidak mahu tahu reaksi Mr.Sincere apabila lelaki itu membaca laporannya nanti.

Pasti Havoc!

Puff!

Fail merah Cupid hilang meninggalkan asap putih. Cupid yang sedang duduk bersila di atas lampu chandeliar melebarkan sayap. 

Perlahan-lahan tubuhnya melayang ke bawah. Cupid mengintai Angel yang duduk menekup muka di lantai.

Nampak gayanya Angel benar-benar patah hati. Anehnya Cupid tersenyum girang melihat keadaan Angel. 

Sorry Angel. I need my mata bintang, You know.

***

Ayumi berlari anak ke kebun bunga milik ibunya. Dia tersenyum sambil memegang kertas kecil yang baru diterimanya tadi.

Kertas itu dibuka oleh Ayumi. Tulisan tangan yang tertulis pada nota itu dibaca semula olehnya.


Ayumi, Boleh kita jumpa di taman
-Damian


"Abang ni, Dari dulu tak suka majlis keramaian." Sindir Ayumi.

Ayumi menarik nafas dalam. Dia akan meluahkan perasaan kepada Damian malam ini. Dia sudah nekad.

Bunyi burung hantu yang dekat mengejutkan Ayumi. Dia hampir menjerit tatkala sepasang mata hijau milik seekor burung hantu merenung ke arahnya.

Agaknya burung itu juga terfikir bagaimana seorang gadis boleh berada sendirian di tempat yang agak malap ini.

Krak!

Bunyi kayu patah membuatkan Ayumi berpaling ke arah tersebut. Dia ternampak Damian yang sedang bersandar pada sebuah patung Cupid.

"Abang," Ayumi menghampiri Damian.
"Kenapa abang nak jumpa Ayumi?"

Seulas senyuman terukir di bibir Damian. Ayumi menggerakkan biji mata ke kanan apabila satu bayang muncul dari belakang Damian.

"Sebab abang cuma jalankan arahan," Sepasang gigi taring menyapa pandangan Ayumi.


No comments:

Post a Comment

Mirna 9

"Here is the plan. Untuk mengaburkan mata orang ramai di sini, saya akan jadi ayah awak berdua. Kita datang ke sini untuk bercuti selep...