Sunday 8 April 2018

Synopsis Dragon's Language




Ini bukan sebarangan Cinderella,
Datangnya jauh dari Dragonland,
Ini bukan sebarang cerita,
Lepas baca mohonlah komen.

Bertempat di sebuah tanah naga,
Hidup seorang anak gadis,
Yatim piatu ayahnya tiada,
Apalah nasib diri sungguh sadis.

Mujur ibu tiri penyayang orangnya,
Pengubat rindu penjaga amanah,
Kawan Cinderella Dae Sung namanya,
Walaupun gila agak peramah.

Hobi Cinderella masuk ke hutan,
Buat mencari bekalan warna,
Tanpa disangka terjumpa seekor setan,
Bikin hidupnya jadi merana.

Si setan rupanya seorang budiman,
Tapi asal-usulnya menjadi rahsia,
Kerjanya berdagang ubat-ubatan,
Tapi Cinderella tidak percaya.

Hari berlalu mereka semakin rapat,
Sayangnya si setan berlagak putera,
Jadi nafas Cinderella rasa tersekat,
Tahu berlagak sahaja.

Naga sakti lebar sayapnya,
Rehat sebentar di atas dahan,
Putera Charming pelik tingkahnya,
Buat Cinderella macam nak pengsan.

Raja dan menteri pun jadi pening,
Apabila musuh mengganggu keamanan,
Sedang kepala berpusing-pusing,
Nujum memberi satu rancangan.

Putera yang hilang dapat dijejaki,
Rupanya bersembunyi di sebuah pekan,
Apabila putera menyerah diri,
Rupanya putera adalah si setan.

Rahsia tersimpan akhirnya pecah,
Membuat hati terguris luka,
Setelah semua impiannya musnah,
Mampukah Cinderella mencapai bahgia?

No comments:

Post a Comment

Mirna 9

"Here is the plan. Untuk mengaburkan mata orang ramai di sini, saya akan jadi ayah awak berdua. Kita datang ke sini untuk bercuti selep...