Sunday 1 April 2018

Angel 15

Nampaknya tahun ini Tuah tidak menyebelahi Angel. Hal ini kerana pertama, Dia perlu membantu Cupid menyatukan anak guardiannya dengan jodoh yang telah ditentukan.

Tetapi kemudian dia mendapat tahu lelaki yang ditakdirkan itu merupakan lelaki sama yang dicintai olehnya.

Perkara kedua, Dia masih tidak tahu gerangan insan yang cuba mengganggu tugasnya sebagai Guardian Angel.

Dan dia telah diserang sebanyak dua kali oleh musuh. Malah serangan kedua hampir-hampir membuatkan anak guardiannya dimakan oleh Amanjaku.

Perlukah dia membuat ritual penyucian diri? Note the sarcasm.

"Maaf Angel, Kami masih belum menemui orang yang cuba menyerang awak." Mr. Sincere memaklumkan perkara itu kepada Angel.

"Habis tu apa jadi dengan Amanjaku yang ditangkap hari tu?" Angel agak kecewa dengan maklumat yang disampaikan oleh Mr.Sincere.

"Spirit tu tidak tahu siapa yang menyeru dia untuk serang awak. Sesiapa pun yang melakukan perkara ini, Dia arif mengenai summoning magis." Mr.Sincere kelihatan tegang. 
"Kami syak kemungkinan serangan itu dilakukan oleh orang dalam"

"Tapi kenapa dia serang saya?"Angel nyata terkejut dengan penerangan Mr.Sincere.

Orang dalam?

Mr.Sincere duduk tegak di belakang meja kayu oak miliknya. Kedua tangannya dirapatkan. Meskipun Angel kelihatan tenang, Dia sudah cukup tua untuk membaca perasaan sebenar yang sedang bergelora di dalam diri gadis itu.

Baginya, Angel mempunyai potensi yang cukup besar. Komitmen gadis itu dalam kerjanya mengatasi Guardian Angel yang lebih senior. Sayang sekali jika Angel gagal melaksanakan kerjasama dengan Cupid disebabkan gangguan ini.

"Saya percaya sesiapa pun yang melakukan perkara ini cemburu dengan kejayaan awak. Angel, Awak ada syak sesiapa yang cuba halang kerja awak tak?"

Angel mengesat tapak tangannya yang berpeluh pada gaun putih yang dipakai, Uniform rasminya setiap kali bertukar kepada Guardian Angel. 



    
                  ( Contoh baju Angel )

Tipulah kalau dia kata tidak takut mendengar ada yang cemburu dengan kejayaannya. Kerana cemburu dan dendam merupakan kuasa pemusnah yng hebat. 

Tapi, Siapa?

"Maaf. Saya tak tahu."Kata Angel. Dia melepaskan keluhan kecil.

" Tak apalah. Meantime, Awak berhati-hati. Saya janji kita akan cari orang yang buat kerja ini sampai dapat"Pesan Mr.Sincere.

"Okay," Angel membalas dengan suara lemah. Dia semakin penat dengan semua masalah yang menimpa. 

"Angel"

"Huh?" Angel mengangkat pandangan mata tepat ke arah Mr.Sincere.

"Awak macam...dah berubah. Is there something wrong?"Tegur Mr.Sincere dengan suara prihatin.

Hati Angel menjerit keriangan. Mr.Sincere macam tahu-tahu sahaja dia mahu meminta perlepasan unruk menukar anak guardian.

" Ya." Kata Angel. "Tuan, Boleh tak kiranya saya tukar anak guardian selepas selesai bantu Cupid dalam misi kali ni?"

Mr.Sincere tidak menjawab soalan Angel dengan segera. Agaknya dia hairan dengan permintaan Angel yang tidak terduga.

Mr.Sincere menyandarkan belakang badan ke kerusi hitamnya yang tinggi, Melebihi kepala. Angel direnung olehnya dengan penuh persoalan.

Renungan Mr.Sincere membuatkan Angel berdebar. Bukannya debaran cinta tapi debar kerana takut permintaannya ditolak.

"Maaf, Angel. Tapi awak sendiri tahu selepas serangan Luther Fang dua tahun lepas, Kita kekurangan Angel dan Fairy untuk melakukan tugasan. Lagipun, Awak yang bersetuju untuk mengambil alih tugas Amy."

Angel sekali lagi dilanda kekecewaan. Ternyata tahun ini nasib baik benar-benar tidak menyebelahi dirinya. 
Mr. Sincere menyambung kata-kata selepas melihat perubahan wajah Angel.

"Beginilah, Melainkan awak beri sebab kukuh untuk menukar anak guardian, Awak kena kekal dengan anak guardian yang sekarang. Saya tak boleh biarkan awak tukar dengan sesuka hati tanpa sebab. Tidak adil untuk guardian yang lain. Saya harap awak faham"

Angel mengangguk faham, Tetapi riak wajahnya tetap muram. Beberapa minit kemudian sesi pertemuan Angel dengan Mr. Sincere berakhir.

Cupid mengambil giliran untuk bertemu dengan Mr.Sincere.  Sempat dia menegur Angel yang baru keluar dari pejabat Mr.Sincere.

"Macam mana?" Cupid tidak mahu terlepas info terkini berkaitan dengan serangan yang menimpa Angel.

"Mereka tak tahu lagi siapa yang bertanggungjawab dalam serangan tu. Tapi, Mereka syak orang dalam yang buat kerja ni." Angel jungkit bahu.

"Hurm, Boleh jadi juga. Tambahan pula makhkuk yang menyerang kau terdiri daripada Demon dan Spirit. Tapi, Kau okay tak ni?" Cupid risau melihat keadaan Angel.

Gadis itu nampak pucat dan hilang seri. Adakah Angel tertekan dengan peristiwa serangan Amanjaku dulu?

Cupid tahu benar bahawa Angel cukup benci dengan makhluk yang bernama Spirit. 

"Yeah, I guess"

"Kalau macam tu, Aku harap kau belum lupa tentang rancangan kita malam ni" Cupid mengingatkan Angel.

Melihatkan Angel yang sepertinya sedang berkhayal, Cupid terus masuk ke dalam pejabat Mr.Sincere. Angel mengeluh berat.

Dengan langkah malas lagi tidak bermaya Angel berjalan meninggalkan pejabat Mr.Sincere. Langkah Angel terhenti tatkala dia melihat ke arah luar tingkap kaca bangunan Sky Realm.

Awan putih yang menyelubungi bangunan Sky Realm kelihatan seperti timbunan salji di Iceland. Mengingatkan Angel kepada memorinya yang terakhir semasa di negara itu, Sehari sebelum dia berangkat pulang ke Dry Land.


Sambil memyedut Smoothie benana choclate yang baru dibeli di cafe Iceland Academy, Mata Angel meliar ke arah pemandangan bersalji Iceland Academy. 

"Angel"

Angel menoleh ke tepi. Terlihat olehnya Damian yang sedang memandangnya.

"Mr.Damian"

Sejak pertunangan Damian dengan Clara diketahui olehnya, Angel menukar nama panggilan Damian. 

Angel mahu menjarakkan hubungan mereka. Tindakannya berhasil apabila Damian tidak lagi mengganggu kehidupannya seperti dahulu. Namun Angel kadang-kala terasa rindu untuk  mendengar ungkapan manis Damian.

"Sorang je?" 

"Yup. Yang lain semua tengah sibuk dengan kerja masing-masing"

"Oh" Damian mengangguk faham. "Jadi, Awak dah sedia untuk balik ke Dry Land esok?"

"Ya." Jawab Angel sepatah. Rasa sedih tiba-tiba bertandang di dalam jiwa.

"Harapnya awak tak lupa pada Iceland"

"I won't. Of course walaupun sekejap sahaja saya berada di sini tapi ada memori yang takkan saya lupa" Kata Angel.

Dan Damian adalah memori terindah yang pernah hadir dalam hidupnya. Angel pasti dia akan mengingati lelaki ini sepanjang hidup selepas dia pergi dari sini nanti.

Dan untuk itu dia berterima kasih kepada takdir kerana menemukannya dengan Damian.

Angel yakin, Damian telah berubah. Lelaki ini tidak lagi kelihatan bersama gadis-gadis Iceland seperti dulu. Mungkin disebabkan Clara akan tamat pengajian tahun ini. Makanya perkahwinan mereka akan dilangsungkan sebaik Clara tamat graduasi.

 Jadi Damian lebih fokus pada kerjanya kerana dia akan mempunyai komitmen terhadap Clara selepas ini.

"Saya mungkin tak dapat lihat awak balik ke Dry Land esok. Saya ada kerja untuk dibuat" Kata Damian.

"Oh, Tak apa. Terima kasih Mr.Damian sebab dah jaga kami semua selama ini. Dan, Terima kasih sekali lagi sebab dah selamatkan Snow dulu"

"Its my duty"Balas Damian merendah diri.

"Still, Thank you Mr.Damian" Angel berkeras mahu mengucapkan penghargaan.

Kalau dia boleh memeluk Damian untuk menyatakan penghargaan, Pasti dia akan lakukan. 

Tapi cukuplah. Dia tidak mahu bergaduh dengan Clara. Perjalanan hidup mereka masih jauh untuk dihabiskan dengan bergaduh sebab lelaki.

"Sure. And Angel?"

"Yes?"

"Goodbye." Perlahan Damian mengucapkan ayat itu.

Angel mengukir senyuman, Menutup perasaan sedih yang hadir. 

"Goodbye" Balas Angel.

Angel memerhatikan tubuh Damian yang melangkah pergi selepas dia membalas ucapan selamat tinggal lelaki itu. Angel masih merenung Damian sehingga lelaki itu menghilang di sebalik tangga.

Dia berpaling ke hadapan, Menghirup kembali smoothie banana chocolate. Tetapi entah kenapa kemanisan minuman ini tidak lagi dirasakan oleh Angel. Gelas minuman ditolak Angel ke depan.

Sekarang ini dia hanya mahu kembali ke Dry Land dan pergi jauh daripada Iceland. Angel cuma mampu berdoa semoga dia akan berjaya melupakan Damian nanti. Kerana dia sedar, Dia sudah mula cintakan Damian.

Mata Angel bertakung dengan air jernih. Goodbye, Damian...


Angel melekapkan dahinya ke dinding kaca Sky Realm. Perasaan ketika di Iceland waktu itu kembali hadir di dalam diri. 

"Damian, I love you"Rintih Angel. Sungguh dia tidak kuat untuk menghadapi semua ini.

***

Angel sedar sejak akhir-akhir ini Damian semakin kerap meluangkan masa dengan Ayumi. Seperti kata Cupid, Mungkin Ayumi sedang mengisi kekecewaan yang dirasai oleh Damian. Namun, Angel tidak sekalipun menyalahkan Damian. 

Mungkin ini perkara yang terbaik. Tambahan pula dia sudah menolak cinta lelaki itu demi Ayumi.

Hari ini keluarga Ayumi mengadakan satu majlis makan malam. Oleh itu, Ayumi telah menjemput Angel dan Cupid untuk turut serta ke majlis ini. Dia mahu memperkenalkan Cupid dan Angel sebagai ketua di tempatnya bekerja sekarang.

Angel dan Cupid menunggu sehingga Damian tiba ke rumah Ayumi. Hati Angel ditusuk rasa pilu tatkala melihat kereta Damian tiba di perkarangan rumah mewah keluarga Ayumi.

Menurut Cupid, Malam ini adalah malam terakhir mereka bekerjasama kerana Ayumi akan meluahkan perasaannya kepada Damian malam ini.

" Look, Our hero dah sampai" Umum Cupid walaupun Angel sendiri sudah nampak kedatangan Damian.

Damian membetulkan pakaiannya selepas melangkah keluar dari perut kereta. Malam ini Damian kelihatan segak memakai tuxedo hitam. 

Ketibaan Damian disambut girang oleh Ayumi yang nampak lebih dewasa dengan one shoulder dress berwarna merah. 
Rambut perangnya diikat cara elegant messy high bun.

 
Cupid memerhatikan tingkah Angel dalam diam. Dia mengukir senyuman nipis sebelum menolak kaca matanya dengan jari telunjuk.

"Dah ready?" Tanya Cupid.

Dia memetik jari, Menukar mod halimunan kepada mod biasa. Baju formalnya yang merupakan sut putih bertukar kepada sut hitam.

Angel juga memetik jari. Satu cahaya spiral berpusing pada seluruh tubuh Angel. Gaun putih formalnya bertukar kepada gaun hitam mengikut bentuk badan dengan bentuk leher V yang dihiasi berlian putih sehingga ke bahagian belakang, Menyerlahkan rambut merahnya yang dilepas bebas.


"Kau cuba nak goda sesiapa kat majlis ni ke?" Usik Cupid.

Angel menjeling tajam ke arah Cupid. "Kau jangan nak mula. Dah cukup baik aku temankan kau datang sini."

Cupid memberikan lengannya kepada Angel. Selepas Angel memaut lengan kanan Cupid, Mereka berdua meluncur turun dari bumbung rumah Ayumi dari bahagian yang agak tersembunyi.

Kedua mereka melangkah masuk melalui pintu gerbang yang dipenuhi dengan barisan bunga ros merah dan putih. 

Sebaik melangkah masuk melalui pintu hadapan, Angel dan Cupid menyapa ibu dan ayah Angel.

Sekali lagi, Angel terasa pelik dengan ibu Ayumi. Wanita itu merenungnya dengan satu perasaan yang sukar dibaca oleh Angel. Malah ketika dia melagakan pipi dengan wanita itu, Ibu Ayumi membawanya dalam pelukan yang erat. 

"Thank you,"Bisik ibu Ayumi ke telinga Angel sebelum meleraikan pelukan.

" Erm...sure,"Balas Angel meskipun dia tidak mengerti tujuan kata penghargaan itu diucapkan oleh ibu Ayumi.

"Cik Angel, Nick" Sapa Ayumi yang tiba-tiba muncul. Di sebelahnya ialah Damian yang memimpin Ayumi.

Angel terasa kekok namun tetap menyapa Ayumi seperti biasa. Dengan sedaya upaya Angel cuba tidak mengendahkan Damian yang merenung ke arahnya. 

"Ayumi, Nice dress" Puji Nick. Pinggang Angel dikaut oleh tangannya.

Rahang Damian bergerak-gerak sambil matanya tertumpu kepada tangan Cupid yang melekap kemas di pinggang Angel.

"Thanks Nick. Damian suka merah, Jadi saya pilih untuk pakai gaun ni. " Bicara Ayumi yang jelas tidak mengerti situasi genting yang sedang berlaku antara Cupid, Angel dan Damian.

Angel menghela nafas perlahan-lahan. Hatinya cemburu dengan pengakuan Ayumi.

"Hurm, Saya prefer hitam"Balas Cupid sambil mengerling Angel.

Angel melirik ke arah Cupid. Kalau bukan disebabkan dia mengenali Cupid, Pastilah dia termakan dengan penipuan Cupid.

Hitam? Nonsense. Cupid hanya suka warna putih dan benci warna hitam. Sebab itulah Angel memilih gaun hitam malam ini sebagai tanda protes.

Jika diikutkan, Dia enggan ke majlis-majlis seperti ini. Lebih baik dia melepak di atas bangunan tinggi sambil mencari buruj Orion.

" Please, Enjoy yourself" Ayumi memberi ruang untuk Angel dan Cupid bergaul dengan para tetamu yang hadir. 

Ketika melintasi Damian, Lengan Angel secara tidak sengaja terlanggar sut Damian. Angel tiba-tiba terasa aliran seperti elektrik statik mengalir ke tubuh. Dia menunduk, Malu.

"Try to blend with others" Bisik Cupid ke telinga Angel. Tidak perasan wajah Angel yang memerah.

"Ah, Aku ingatkan kita sekadar minum cocktail dan berambus."

"No, You silly girl. Kita ada kerja, Remember?"

Angel memendam rasa. Kalau boleh dia tidak mahu melihat aksi Ayumi meluahkan perasaan kepada Damian. Dia tidak kuat.

Namun, Angel mengikut sahaja ke mana Cupid membawanya pergi. Cupid yang lebih berpengalaman nyata langsung tidak kekok berbual dengan tetamu lain yang hadir.

Angel pula hanya berdiri statik. Sesekali dia akan menyampuk apabila disoal oleh tetamu yang menyuarakan soalan kepadanya.

Sehabis mungkin Angel cuba berlagak normal. Medan penglihatan wanita yang jauh lebih luas menyebabkan dia sedar renungan tajam Damian yang terpaku ke arahnya.

"Excuse me," Suara Damian yang begitu dekat membuatkan Angel gabra.

Apatah lagi tangan Damian melekap pada belakang pinggangnya yang terdedah. Tapak tangan Damian yang bersatu dengan kulitnya membuatkan darah gemuruh Angel bergelora.

Cupid memandang ke arah Damian. Angel kaget, Risau Cupid perasan akan tangan Damian. Namun riak Cupid yang selamba membuatkan Angel lega.

"Ah, Encik Damian." Sapa Cupid.

Pasangan yang berbual dengan Cupid dan Angel turut menyapa Damian. 

"Angel, Boleh saya cakap dengan awak sebentar?" Pinta Damian.

Mulut Angel terbuka, Mahu menolak namun Cupid terlebih dahulu membalas kata-kata Damian.

"Sure, Go ahead."Cupid mengarahkan Angel. 

Bulat mata Angel dengan persetujuan Cupid. Dia ingin protes, Tetapi membatalkan niatnya apabila sedar dia sedang diperhatikan oleh pasangan suami isteri yang berada di hadapan.

" Okay. Excuse me," Sopan Angel meminta diri.

Cupid tersengih penuh makna. Kaca matanya ditolak dengan hujung jari. Damian memegang lengan Angel, Separuh mengheret Angel ke satu sudut yang agak jauh daripada ruangan yang disediakan. 

"Damian" Angel cuba menarik tangan Damian yang mencengkam.

Damian tidak menyahut sebaliknya semakin kuat mencengkam lengan Angel. Beberapa orang waiter yang membawa minuman memandang pelik ke arah Angel dan Damian. 

Namun senyuman penuh makna terukir di bibir mereka apabila perasan ke mana arah yang dituju oleh Damian dan Angel. Sesetengahnya pula mengambil sikap tidak peduli walau apapun yang ingin pasangan itu lakukan. 

Damian membuka sebuah pintu bewarna coklat kemerahan sebelum menolak Angel ke dalam. Dia turut masuk sebelum menutup pintu.

Klik!

Tombol pintu dikunci oleh Damian dari dalam. Angel pelik. Kenapa Damian membawanya masuk ke dalam tandas?

"Damian, Kenapa awak ni?"

Lelaki itu tidak menjawab tetapi renungan Damian ibarat seekor Sphynx yang ingin menerkam mangsa.

Damian berjalan selangkah ke hadapan.

Angel berundur setapak. "Damian"

Damian membuka butang tuxedo, Lantas menanggalkan kot hitam itu dari tubuhnya.

Mata Angel membulat. "Damian!"

Damian membaling kot tuxedo ke bawah sebelum menerkam ke arah Angel.

"Damian!!" Jerit Angel lantas mengeluarkan busurnya.

Angel menarik string dengan bucu anak panah yang tersasar tepat ke dada Damian. Untuk pertama kalinya, Tangan Angel menggeletar. 

Damian menjungkit bibir kanan ke atas. "I knew it"





No comments:

Post a Comment

Mirna 9

"Here is the plan. Untuk mengaburkan mata orang ramai di sini, saya akan jadi ayah awak berdua. Kita datang ke sini untuk bercuti selep...