Thursday 5 April 2018

Mirna 3


                 Seo Kang Joon as Peter

Mirna membaca tajuk besar yang tertulis di dada akhbar. Surat akhbar itu tidak dipegang atau dibaca oleh Mirna, Tetapi dipegang dan dibaca oleh lelaki tua gemuk yang duduk di hadapannya.

' Mayat Wanita Dijumpai Selepas 50 tahun '

Gambar rumah agam milik Mr. Henry juga terpampang pada surat akhbar itu. Mirna menarik nafas lega. Akhirnya Mr. Henry sudah pergi ke tempat yang sepatutnya.

Dan Jimmy Wheezy, Harapnya lelaki itu tersiksa di tempat yang sesuai untuk insan kejam sepertinya.

"Mana awak tahu mayat Mary ada dalam rumah tu?" Tanya Peter.

Mirna membuka buku Spanish Language yang berada di atas ribanya. Buku itu diangkat, Melindungi wajahnya untuk menjawab soalan Peter.

"First, Mr. Henry sendiri cakap yang dia dah balas dendam pada pembunuh dia. So, Kenapa dia still dia kat situ. Second, Dia beria-ria tak nak tinggalkan rumah tu. Why? Sebab Spirit selalu stay dengan benda yang begitu bermakna pada dia. Dia cakap rumah tu untuk Mary, Tapi kenapa nak duduk situ kalau Mary tiada?"

Peter mengukir senyum dan Mirna menutup semula bukunya. Tanpa Mirna sedari, Peter merenung Mirna dari hujung ekor mata.

Peter lega kerana Mirna semakin pintar dalam menyelesaikan masalah. Sekurangnya nanti kalau dia sudah tiada, Dia tahu bahawa Mirna boleh menjaga dirinya sendiri.

"Awak nak buat apa dengan duit yang Mr. Kim bagi pada kau tu? Please Mirna. Tolong jangan habiskan pada alat make up lagi." Pesan Peter.

Mr.Kim yang mengupah Mirna untuk membuat cleansing ritual di rumah agam Mr. Henry telah membayar upah Mirna seperti dijanjikan semalam.

Impian lelaki itu untuk membina rumah penginapan di tanah itu akhirnya menjadi kenyataan. Dan penduduk Clawfornia tidak perlu lagi takut akan spirit Mr. Henry yang berlegar di rumah itu.

"Habis tu?"

"Focus on your study."

Mirna menjuih bibir. Rasanya tak adalah dia menghabiskan banyak duit membeli make up. Barang yang dibeli pun hanya barang solekan asas.

"Study di sekolah atau study dengan awak?" Gurau Mirna.

Peter membuat muka serius. "Mirna, Ada banyak lagi yang awak belum tahu. Dan saya takut kita kekurangan masa."

"Kenapa pula?" Tanya Mirna.

Tiba-tiba dia jadi takut. Tidak, Sebenarnya dia memang takut andai suatu hari nanti Peter tiada lagi di dalam hidupnya.

Peter sudah berada dengannya sejak dia mengenali dunia. Dia tidak mahu kehilangan Peter.

"Ada benda yang perlu awak tahu." Nada Peter kedengaran sedih.

"Eh, Perkara apa?" Tanya Mirna.

"Sekarang bukan masa yang sesuai." Bals Peter membuatkan Mirna menarik muka.

"Nak cakap tapi rahsia." Gomel Mirna.

Peter mendiamkan diri. Kalau dia beeitahu sekarang, Kemungkinan Mirna tidak akan dapat menerimanya.

Bas yang dinaiki Mirna akhirnya berhenti di stesen perhentian. Mirna melangkah turun, Berjalan laju ke arah Fortuna High School.

Peter mengekori Mirna dari belakang lambat-lambat. Meskipun Mirna sudah menunjukkan pencapaian dalam pelajaran, Tetapi gadis itu masih malu untuk bersosial.

Dia nampak beberapa orang pelajar lelaki yang tersenyum melirik ke arah Mirna. Namun gadis itu hanya menunduk dan meneruskan perjalanan ke kelas.

Peter tidak menyalahkan Mirna. Gadis itu telah menjalani kehidupan yang sukar. Dia hanya mampu berdoa agar suatu hari nanti, Mirna akan dapat mencari tempat yang sesuai untuknya.


Kelas Gym, Antara kelas yang paling dibenci oleh Mirna. Sambil duduk di satu sudut secara berseorangan, Mirna memeluk lutut melihat rakan-rakan kelas yang lain.

Sekumpulan pelajar lelaki sedang bermain bola racun di gelanggang. Mirna mengenali mereka sebagai lelaki popular di kalangan wanita.

"Awak patut bersosial." Peter muncul di sebelah Mirna. Hanya separuh badannya yang kelihatan dari sebalik dinding.

"I am," Kata Mirna.

"Saya tak maksudkan kawan-kawan Spirit yang lain. Saya maksudkan manusia sebenar"

"Siapa nak kawan dengan freak macam saya?"Balas Mirna dingin.

Masakan lelaki itu tidak tahu segala yang telah ditempuhi olehnya sebelum ini.

"That was a long time ago"Kata Peter. Dia duduk bersila di sebelah Mirna.

"Saya lebih selesa macam ni. Saya tak kacau orang, Orang tak kacau Saya"

"Tapi awak tak boleh begini selamanya. Cubalah bergaul dengan gadis-gadis yang lain tu," Peter menjuih bibir ke arah sekumpulan gadis yang rancak berbual.

Mirna meleretkan mata ke tepi. Berkawan dengan geng wannabe seperti Dae Hee adalah tidak mungkin untuk dilakukan.

Dae Hee memang baik, Cantik dan popular. Tetapi gadis seperti itu tidak mungkin sedar Mirna wujud di dalam kelas.

"Saya lebih rela bertapa dekat kubur tengah malam"Balas Mirna jujur.

" Susahlah cakap dengan awak sekarang ni" Keluh Peter.

"Jadi jangan cakap"

Mereka berdua ibarat pasangan yang bergaduh. Mirna toleh ke depan dan Peter menoleh ke kiri.

Bunyi wisel menarik perhatian semua pelajar. Mirna bangun sebelum melangkah dengan perlahan menghampiri kerumunan pelajar yang mengelilingi Mr. Chulsoon.

"Hari ni kita panaskan badan dengan bola beracun. Buat dua kumpulan. Kedua-dua kumpulan kena ada bilangan lelaki dan perempuan yang sama. Kumpulan yang kalah kena bawa barang-barang di gelanggang ke dalam stor. Okay? Saya kira sampai tiga sahaja. Tiga!"

Suara ketawa dan jeritan melatari suasana sebelum semua rakan-rakan membuat kumpulan. Mirna sekadar berdiri memerhati ke kiri dan kanan. Dia tidak tahu kumpulan mana yang dia harus masuk.

Dia juga sebenarnya tidak pasti sama ada rakan-rakan sekelasnya sudi mengambil dia sebagai ahli kumpulan.

Sudahnya semua mata memandang ke arah Mirna. Dia masih begitu, Berdiri tegak dengan sebelah tangan diletakkan di belakang badan. Mr. Chulsoon mencekak pinggang. Dia melepaskan keluhan.

"Mirna, Awak masuk kumpulan saya" Tiba-tiba muncul seorang penyelamat ibarat seorang kesatria yang menyelamatkan puteri dari jajahan naga liar.

Mirna terkejut. Malahan satu kelas lagilah terkejut apabila Kim Woo Bin, Antara jejaka popular di sekolah itu mengajak Mirna

"Seriously?" Tanya Jang Mi, Rakan baik Dae Hee.

Reaksi Jang Mi sepertinya gadis itu tidak dapat menerima pelawaan Woo Bin yang mengajak Mirna.

Adakah Woo Bin baru mengalami kecelaruan emosi?

"Yeah, Ada problem?"Tanya Woo Bin semula tanpa riak bersalah.

"Dia..." Jang Mi tidak jadi menghabiskan kata apabila dihalang oleh Dae Hee.

Dae Hee mengerutkan dahi dan menggeleng. Mirna sedar Dae Hee sebenanrya mahu satu kumpulan dengan Woo Bin. Satu Fortuna High school tahu mereka berdua sekarang semakin rapat.

Tetapi Woo Bin dan Dae Hee belum membuat sebarang pengumuman tentang status hubungan mereka sebagai lebih daripada kawan.

"Orait, Let's go." Mr. Chulsoon menepuk tangan tiga kali, Mengisyaratkan agar permainan segera dimulakan.

Dae Hee dan Jang Mi masih berbisik. Jang Mi seakan tak puas hati. Namun ahli kumpulan Woo Bin tidak pula kisah dengan keputusan yang dibuat oleh Woo Bin.

Mirna lagi tak kisah. Bukannya dia yang minta pun untuk berada satu kumpulan dengan Woo Bin.

"Okay, Team A akan mula baling bola dulu. Masa yang diberikan adalah 10 minit. Take put as much enemy as you can" Mr. Chulsoon memberikan bola kepada team Dae Hee.

Setiap kumpulan memiliki sepuluh lelaki dan enam perempun. Bola yang diberikan pula adalah sebanyak tiga biji.

"Mereka akan aim kau dulu," Bisik Peter meskipun tiada sesiapa yang akan dengar suaranya kalau dia menjerit sekalipun.

Kecuali Mirna dan spirit yang mungkin kebetulan berada di sekitar gelanggang ini semestinya.

Peter tidak perlu memberitahu Mirna. Jang Mi sudah memberitahu akan hal itu dengan pandangan tajam yang diberikan gadis itu kepadanya. Bola di tangannya ditimbang-timbang oleh Jang Mi.

Lagipun Mirna yang paling kecil di dalm kumpulan itu. Pastinya dia yang menjadi sasaran dahulu.

Prett!

Wisel dibunyikan Mr. Chulsoon tanda permainan dimulakan. Semua ahli kumpulan Woo Bin berlari-lari menyelamatkan diri daripada terkena bola beracun.

Lima minit kemudian menyaksikan ahli kumpulan Woo Bin hanya tinggal tiga orang. Begitu cepatnya ahli kumpulan Woo Bin dikalahkan.

Tiga biji bola tadi kini dikurangkan kepada satu.

Buk!

Bola terkena ke pusat Junho, Menyebabkan lelaki itu terkeluar. Sekarang hanya tinggal Mirna dan Woo Bin. Jang Mi mengetap bibir, Geram kerana sasarannya, Mirna masih belum terkeluar.

Seorang pelajar lelaki membaling bola ke arah Mirna. Dengan mudah Mirna mengelak bola tersebut dengan berpusing ke tepi. Bola tersebut disambut oleh seorang pelajar wanita.

Dia juga mensasarkan Mirna. Tiada sesiapa yang sudi membaling bola beracun ke arah Woo Bin. Keadaan itu berlarutan sehingga Mr. Chulsoon membunyikan wisel.

"Awak okay?" Tanya Woo Bin ketika mereka berdiri di luar garisan untuk membaling bola beracun.

Mirna mengangguk. Di dalam hatinya menyumpah seranah rakan sekelas yang double standard. Takut sangat mereka mahu mencederakan putera Woo Bin mereka.

Mirna tersenyum di dalam hati. Bola di tangannya ditimbang-timbang. Dia merenung sasarannya iaitu Jang Mi.

 My attitude is based on how you treat me, Desis hati Mirna.

Prett!

Wisel dibunyikan. Mirna memanjangkan lengan ke belakang, Mengambil lajak dan...

Bam!

Bola terkena tepat ke wajah Jang Mi. Mirna menekup mulut dengan kedua tangan. Matanya bulat merenung Jang Mi yang dikerumuni rakan-rakan sekelas.

"Step aside, Please. Jang Mi, Awak okay ke?" Mr. Chulsoon memangku kepala Jang Mi.

Gadis itu menggumam sesuatu sebelum pengsan. Segaris darah merah keluar melalui lubang hidung Jang Mi. Akhirnya kelas gym dibatalkan dan Mr. Chulsoon membawa Jang Mi ke bilik rehat.

"That is wicked" Kata Peter.

Mirna tersenyum dan menoleh ke tepi untuk melihat Peter. Namun senyumannya dibalas dengan senyuman mania oleh Woo Bin.

Lelaki itu sedang berdiri tegak sambil memutarkan bola di jari telunjuknya. Mirna terasa seperti ada rama-rama yang berterbangan dalam perutnya. Pasti Woo Bin ingat Mirna sedang tersenyum kepadanya.

Mirna melarikan diri dari gelanggang. Dia malu.

***

"Kenapa awak sekarang ni macam nak rapat dengan Shadow Girl tu?" Dae Hee mencucuk-cucuk salad di dalam pinggannya.

Dia perasan mata Woo Bin yang kerap menjeling ke arah Mirna yang sedang makan bersendirian di satu sudut.

Mirna memang begitu. Dia seorang yang suka bersendirian dan tidak suka bergaul dengan orang. Kadang-kadang dia akan menghilang dan muncul semula di Fortuna Hgih School.

Para guru tidak pula mengambil kisah. Sebab Mirna tidak mengalami masalah disiplin dan pencapaian akademiknya bagus.

"Nama dia Mirna. Dan saya tak nampak masalahnya kalau saya kawan dengan dia" Woo Bin menyuap fries ke dalam mulut.

"Memang tak salah. Tapi pelik sebab sebelum ini awak tak ada pun cuba nak tegur dia" Dae Hee rasa nak cucuk mata Woo Bin dengan garfu di tangannya.

Ketika dia bercakap pun Woo Bin tak beri perhatian. Terdetik di dalam hati Dae Hee kalau-kalau Woo Bin juga tertarik dengan perubahan Mirna.

Dulu Mirna tidak pandai menghias diri seperti sekarang. Dan dia juga tidak menjadi perhatian pelajar lelaki. Dae Hee takut juga jika popularitinya merudum.

Namun sikap Mirna membuatkan semua pelajar lelaki sekadar memandang dari jauh.

For now.

"I think puberty hit her hard like a truck"

Dae Hee ternganga mendengar komen Woo Bin. Woo Bin ketawa sebelum mencapai dan meneguk air minuman.

"Whatever." Geleng Dae Hee.

"Hey, Kenapa orang panggil dia Shadow Girl?" Tanya Woo Bin. Dia tidak pernah tahu tentang perkara itu sejak dia tiba di Fortuna High School setahun lepas.

"Dia kind of freak. Awak tahu di mana dia tinggal?" Kening Dae Hee yang cantik terukir dijungkit ke atas.

"No. Kat mana?"

"Awak tahu istana lama yang ada atas puncak bukit tu? Yang penuh dengan tapak perkuburan di sekelilingnya tu?" Tanya Dae Hee.

"Yes"

"Situlah dia tinggal"

Tekak Woo Bin terasa pedih akibat air minumannya tersekat di kerongkong.

No comments:

Post a Comment

Mirna 9

"Here is the plan. Untuk mengaburkan mata orang ramai di sini, saya akan jadi ayah awak berdua. Kita datang ke sini untuk bercuti selep...