Monday 9 April 2018

Prolog Dragon's Language

Siapa kata ibu tiri jahat?

Ibu tiri Suzy tidak begitu. Sikapnya masih sama seperti dahulu. Penyayang dan menjaga Suzy bagaikan anaknya sendiri meskipun kini kehidupan mereka agak sukar selepas kematian ayah.

Apatah lagi kakak tiri Suzy yang berdua itu langsung tidak tahu membuat sebarang pekerjaan. Puas sudah mama menasihati anak-anaknya itu, Tetapi mereka berdua terlalu liat kerana sudah terbiasa dimanjakan oleh ayah.

Rebung sudah menjadi buluh. Susahlah hendak dilenturkan lagi.

Sekarang tanggungjawab mencari nafkah diambil alih oleh Suzy dan mama. Suzy bekerja di sebuah ladang naga sementara mama pula membuat kerja sambilan di sebuah pasar.

"Mama, Saya dah gerak Alma dan Alba." Beritahu Suzy sebaik menjejak kaki ke dapur.

Mama yang sudah selesai menyiapkan sarapan meletakkan pinggan di atas pantry sebelum memadamkan api dapur.

"Hah, Tengah hari nanti pun belum tentu mereka akan bangun"Rungut mama.

Faham benar dengan perangai dua orang anak kandungnya. Selagi matahari tidak menegak di atas kepala, Mereka berdua takkan bangun dari tidur.

Suzy membantu mama menyediakan sarapan. Dua biji telur ayam, Sebiji sosej dan sedikit salad menjadi santapan mereka.

" Suzy, Selepas ini jangan masuk ke dalam hutan lagi ya, Nak?"

Suzy yang sedang menyusun pinggan mengangkat wajah, Merenung mama yang duduk di kerusi hadapannya.

"Eh, Kenapa pula mama?"

"Mama terdengar cerita semasa di pasar tadi. Kata mereka semakin menjadi-jadi pula kes kehilangan gadis sunti di kampung sebelah. Mama risau dengan keselamatan kamu."

Suzy menarik kerusi selepas meletakkan pinggan dan sudu serta garfu di hadapan mama. Punggungnya dilabuhkan ke kerusi kayu.

"Mama ni, Mungkin khabar angin sahaja. Lagipun Suzy sudah biasa dengan keadaan dalam hutan tu macam belakang tapak tangan Suzy ni. Tak ada apalah" Balas Suzy.

"Tapi lebih baik menghindar dahulu sebelum menyesal kemudian. Malang tidak berbau Suzy."

Suzy mengangguk. Malas mahu berbalah dengan mama.

"Yalah, Mama doakan sahaja agar Suzy selamat dan terhindar daripada bahaya."

Mama memegang garfu dan mencucuk telur goreng di dalam pinggan. Kepingan telur itu dipotong kecil sebelum menyumbatnya ke dalam mulut.

"Mama sentiasa doa untuk anak-anak mama. Terutamanya supaya Suzy cepat bertemu jodoh." Mama tersengih sambil mengunyah telur di dalam mulut.

"Hisy, Mama ni." Kerut dahi Suzy.

"Lambat-laun kamu kena kahwin juga. Takkan kamu nak membujang seumur hidup" Mama kian risau dengan keadaan Suzy.

Anak gadis tirinya ini adalah amanat arwah suaminya. Dia mahukan kebahagiaan buat Suzy sama seperti kedua orang anak kandungnya itu.

"Siapalah yang suka Suzy." Suzy menggeleng.

"Ada. Suatu hari pasti ada seorang wira akan datang di hadapan rumah kita untuk melamat Suzy menjadi teman hidupnya. Dan dia akan mencintai Suzy sepenuh hatinya. Hanya Suzy"

Suzy jadi gerun. Cara mama bercakap seolah-olah perkara itu akan benar-benar terjadi.

Selesai menjamah sarapan, Suzy membantu mama membasuh pinggan. Dia menyarung kasut but miliknya, Bersedia untuk ke tempat kerja. Kabus pagi masih kelihatan ketika Suzy membuka pintu dapur, Sebelum berjalan perlahan-lahan ke arah pintu pagar dan meneruskan perjalanan ke tempat kerjanya.

Beberapa orang penduduk di Pekan Mellow menyapa Suzy. Gadis itu membalas seadanya dengan ramah. Didikan ayah masih tersemat di dada Suzy supaya tidak menyombong diri.

Untuk ke tempat kerja, Suzy perlu merentasi tebing yang menghalang air laut dan daratan. Sempat Suzy melihat beberapa kapal besar terumbang-ambing di atas laut mengikut gerakan ombak yang memukul.

Suzy sering berfikir, Apa lagi yang ada di sebalik pekan Mellow ini?

Dia dilahirkan dan membesar di pekan ini, Tidak pernah berpeluang melihat dunia luar. Harapan Suzy ialah suatu hari nanti dia mahu mengembara dan melihat dunia lain yang tidak pernah diketahui olehnya.

Jadi, Berkahwin?

Not a chance!

***

Suzy mengangkat baldi merah yang berisi anggur dengan kedua belah tangan. Tubuhnya yang kurus terhuyung-hayang ibarat berjalan di atas kapal yang dilanda ombak besar dek kerana berat baldi yang perlu ditanggung.

Pintu stor ditolak dengan kaki kanan sebelum dia berjalan menuju ke tapak kurungan Fae Dragon. Anak Fae Dragon yang setinggi lututnya itu berlari-lari mendapatkan Suzy apabila melihat kedatangan Suzy dari kaca dinding.

"Hello my children. Lapar ke?" Suzy meletakkan baldi ke bawah sebelum dia melompat turun ke dalam tempat kurungan.

Dinding kurungan ini memang dibina lebih tinggi daripada pintu masuk. Puncanya ialah kerana fizikal Fae Dragon yang mempunyai sayap yang besar dan membolehkan anak-anak Fae Dragon terbang keluar dari tempat kurungan.

Suzy mengangkat dan menjunjung baldi itu di atas kepalanya. Seperti dijangka anak-anak Fae Dragon melompat-lompat untuk mendapatkan makanan.

"Sekejap, Biar saya letak dulu baldi ni" Suzy melangkah dengan berhati-hati, Bimbang jika kakinya terpijak anak-anak Fae Dragon.

Mulut mereka ternganga sambil mengeluarkan bunyi teriakan, Tanda kelaparan.

"Okay, Breakfast time. Kesian anak mama" Suzy mengambil segenggam anggur dengan tangan kanan.

Anggur itu dibaling sebiji-sebiji ke arah Fae Dragon sambil sesekali dia menyuap anggur tersebut ke dalam mulut. Mata Suzy terpejam, Menikmati kemanisan buah anggur yang berada di dalam mulut.

"Su-ji!"

Suzy pantas membuka mata dan berpaling ke arah orang yang memanggil.

Dae Sung, Rakan baiknya sedang melambai tangan sambil menolak troli. suzy mengangkat baldi dan menyelerakkan buah anggur ke atas lantai kurungan dalam bentuk memanjang.

"Dah, Makan sendiri tau anak-anak" Pesan Suzy seolah-olah Fae Dragon yang khusyuk mematuk makanan itu boleh memahami kata-katanya.

Dengan menggoyangkan baldi di tangan, Suzy menghampiri Dae Sung yang mencangkung di tepi pintu. Lelaki itu mengambil baldi di tangan Suzy sebelum membantu Suzy memanjat dinding untuk keluar dari tapak kurungan.

"Hari ni giliran kau pula, Eh?" Tanya Suzy sambil menutup semula pintu kurungan. Baldi di tangan Dae Sung diambil semula olehnya.

Dae Sung mengangguk."Yup. Nak tolong?"

"Boleh je." Setuju Suzy.

Bukannya selalu pun dia dapat memberi makan Amphiptere Dragon, Naga yang berbentuk seakan ular tanpa kaki dan mempunyai sayap.

Alang-alang orang mengajak takkan dia mahu menolak. Dapatlah juga dia melihat lagi naga yang jauh lebih kuat, Gagah dan mengingatkannya kepada seorang wira perkasa.

Tapi jangan salah anggap. Menjaga Fae Dragon dan naga-naga seirasnya seronok juga. Cuma Suzy sekadar mahu mencuci mata melihat naga lain.

"Su-Ji. Lepas ni kau jangan masuk hutan dah tau," Pesanan Dae Sung sama seperti Mak Cik Annabella.

"Yah, Dae Sung. Jangan cakap kau pun sama juga macam orang lain"
Muncung Suzy.

Baru sahaja dia terfikir untuk mengajak Dae Sung masuk ke hutan petang nanti.
Suzy membantu Dae Sung menolak troli berisi makanan untuk Amphiptere Dragon.

"Tak bolehlah Su-Ji. Bahaya. Tambahan kau tu perempuan. Kau tak dengar pasal kehilangan gadis sunti dari kampung sebelah?"

"Ala, Mungkin berita palsu sahaja tu. Jomlah Dae Sung ke hutan hari ni. Aku mahu cari bahan untuk lukisan aku." Ajak Suzy.

Simpanan warna untuk lukisannya sudah habis. Oleh itu dia perlu mendapatkan tumbuh-tumbuhan di dalam hutan untuk membuat bekalan warna yang baru.

Bukannya dia tidak boleh pergi sendiri tanpa Dae Sung. Peta kawasan hutan di Wonderland ini sudah dicetak di dalam otaknya. Kalau berjalan dengan mata terpejam pun dijamin dia tidak akan tersesat.

"Maaf Su-Ji. Aku betul-betul tak boleh. Lagipun, Ibu aku pun risau juga. Rata-rata orang dah bercakap pasal kes kehilangan ni. Mereka kata Tanzania Witch dah kembali." Dae Sung memperlahankan suara.

"Siapa?"

"Hish, Takkan kau tak tahu. Tanzania Witch tu suka culik gadis remaja. Dia akan ikat kaki dengan tangan kau atas syiling dengan kepala ke bawah.
      Lepas tu dia akan kelar salur darah kau dan kumpulkan dalam satu bekas. Bila bekas tu dah penuh dengan darah kau, Tanzania Witch akan minum darah kau untuk membuatkan dia kekal awet muda.
      Kemudian mayat kau dia akan bagi makan pada anjing hitam peliharaan dia" Dae Sung menggeliat ketakutan selepas menghabiskan cerita.

"Alah, Cakap sahajalah kau tak sudi nak temankan aku. Macam nilah kawan," Rajuk Suzy.

"Aku serius. Dan sebab aku sayangkan kau sebagai temanlah yang menjadi punca aku tak mahu kau masuk ke dalam hutan. Sekurangnya sehingga semua gadis yang hilang itu ditemui semula." Dae Sung menoktahkan perbincangan mereka.

Suzy juga berhenti mendesak Dae Sung apabila mereka sudah tiba di hadapan sebuah pintu logam yang tinggi. Suzy menolak pintu, Memberi ruang kepada Dae Sung untuk menolak troli ke dalam.

Kurungan naga Amphiptere dragon ini merupakan sebuah hutan tebal yang dikawal selia oleh Earth Witch. Berbanding dengan saudaranya yang lain, Habitat Draco Americano Mex adalah di kawasan hutan belantara.

Sarang mereka dibina di kawasan berhampiran air yang menyerupai bentuk sebuah coracles. Roda troli ditolak melalui sebuah jambatan gantung yang dibina oleh Earth Witch.

Lebih mudah menggunakan kemudahan ini berbanding dengan berjalan merentasi hutan di bawah. Lagipun, Kalau tersalah langkah mereka berdua pula yang bakal menjadi santapan.

Swosh!

Bunyi kepak yang meluncur di udara menyebabkan Suzy terlompat. Sekilas dia melihat bahagian belakang Draco Americano Mex yang biru kehijauan seperti sebuah laut.

"Dia tahu kita datang" Dae Sung memberitahu Suzy.

"Yang mana satu tahu kita datang?" Tanya Suzy semula. Setahu Suzy di dalam kurungan ini terdapat lebih kurang lima ekor Draco Americano Mex.

"Diego" Balas Dae Sung dengan penuh keyakinan ala-ala seorang menteri yang sedang memberikan ucapan.

Suzy memang kagum dengan Dae Sung. Dia kenal setiap naga yang diberi nama olehnya dengan tepat. Di mata Suzy semua naga itu nampak sama sahaja.

Badan ular, Berbulu, Dan ada sayap.

Bunyi teriakan naga di dalam hutan ini pasti akan membuatkan seseorang terkucil di dalam seluar andai tidak biasa. Bagi Suzy dan Dae Sung yang bekerja sebagai orang bawahan di tempat ini, Jeritan naga sudah menjadi asam garam kehidupan.

Dae Sung menghentikan troli di hadapan seekor Draco Americano Mex yang sedang duduk ibarat seekor burung Nuri bersebelahan dengan sarangnya yang dibina di tebing sebatang sungai. Tiga biji telur yang bewarna campuran coklat dan oren terapung di dalam sarang.

Naga itu memanjangkan lehernya apabila menyedari kehadiran Suzy dan Dae Sung. Badannya yang setinggi 30 Kaki itu hampir-hampir mengenai jambatan gantung di mana Suzy dan Dae Sung sedang berdiri.

"Hello, Lolita. Breakfast time" Ujar Dae Sung lantas membuka salah satu bekas yang disusun di atas troli.

Naga yang dinamakan Lolita oleh Dae Sung itu mendekatkan sebelah matanya melalui lubang yang berada pada jambatan.

Mungkin mencari makanannya dibaling oleh Dae Sung atau sekadar mahu mengetahui gerangan orang yang memberinya makanan untuk hari ini.

Ah, Jangan dia anggap aku makanan sudahlah, Getus hati Suzy.

Dae Sung dengan senang hati melontarkan daging Illama ke bawah. Daging itu disambut oleh Lolita sebelum sempat jatuh ke bawah.

Pokok di belakang Lolita bergerak-gerak sebelum muncul seekor lagi naga sepertinya, Tetapi lebih besar dan tinggi.

"Matias," Kata Dae Sung yang gembira dengan kedatangan naga jantan itu.

"Mana kau tahu itu Matias?" Suzy merendahkan lutut, Merenung telur yang berada dalam sarang.

"Aku tahulah sebab Matias partner dengan Lolita. Santiago dengan Garcia" Dae Sung membuka satu lagi bekas di dalam troli.

Seperti tadi dia melontarkan daging Illama ke bawah dan disambut oleh Matias.

"Kenapa Diego tak ada partner?" Suzy mengorek maklumat daripada Dae Sung.

Sudah lama dia tidak datang ke sini makanya dia tidak tahu perkembangan seterusnya naga-naga kesayangan Dae Sung ini.

"Dia yang tidak mahu. Agaknya dia risau nanti kalau dah ada partner dia akan terikat. Pasti susah mahu terbang sesuka hati macam tadi."

Suzy menjuihkan bibir mendengar kesimpulan yang tidak boleh dipercayai oleh Dae Sung.

Mata Suzy secara tidak sengaja bertemu dengan mata hitam gergasi milik Lolita. Suzy terkejut besar dan rasa kecut mula hadir di dalam diri.

Tetapi perasaan itu perlahan-lahan hilang, Diganti dengan satu perasaan halus yang tidak difahami oleh Suzy.

Mungkin dia sudah gila, Atau tersalah pandang. Tapi, Rasanya tadi Lolita seakan tersenyum ke arahnya. Bagaikan dipukau Suzy seperti mendengar suara ibarat nyanyian yang keluar dari mulut Lolita.

"Su-Ji, Kau buat apa tu? Jomlah, Kita kena cari Santiago dengan Garcia ni. Diego pun belum makan lagi" Rungut Dae Sung yang sudah berada di hadapan.

Tersedar dari lamunan, Suzy menegakkan badan dan berdiri tegak. Bunyi nyanyian tadi hilang serta-merta. Dia mengerdipkan mata, Melihat Lolita dan Matias yang duduk di sebelah tiga biji telur yang bakal menetas dan menjadi anak-anak mereka.

"Su-ji, Kau nak tinggal di sini ke?!" Laung Dae Sung dari jauh apabila Suzy masih belum bergerak dari tempat tadi.

"Coming!" Jerit Suzy lantas berlari mendapatkan rakannya itu.

Suzy yakin peristiwa tadi hanyalah perasaannya sahaja. Tidak mungkin seekor naga akan berkata-kata dengannya.

Betul tak?


No comments:

Post a Comment

Mirna 9

"Here is the plan. Untuk mengaburkan mata orang ramai di sini, saya akan jadi ayah awak berdua. Kita datang ke sini untuk bercuti selep...