Tuesday 3 April 2018

Prisoner Of My Heart 1



            Taeyeon SNSD as Rhea 😇


Kapal jenis sloop yang dinamakan 'RHEA' sempena nama gadis kesayangannya itu terbang laju membelah awan.

Akira yang berada di belakang tayar pengemudi kapal menjilat jari telunjuk sebelum menunjuk ke atas. Perbuatannya digelar mengukur arah angin dengan jari telunjuk.

Cara ini hanya boleh digunakan oleh insan-insan berpengalaman ataupun sekadar menunjuk kepandaian.

"Naikkan layar!" Jerit Akira memberi arahan dengan suara serak-serak basahnya.

Krew kapalnya menjerit-jerit, Berusaha keras menarik riggs untuk menaikkan layar kapal seperti yang diarahkan oleh kapten kapal mereka, Kapten Akira.

Kain layar berbentuk segi empat tepat yang digantung secara simetri di batang tiang membengkok ke depan akibat tiupan angin.

Kain layar jenis ini biasanya disokong oleh spars mendatar dan menangkap lebih banyak angin seterusnya membantu dalam kelajuan kapal.

Lebih besar saiz layar, Lebih laju sesebuah kapal itu akan bergerak. Malah layar jenis ini boleh digantung dalam kuantiti yang bukan sedikit.

"Abang" Rhea tersengih girang sambil berlari anak menaiki tangga untuk mendapatkan Akira.

Gaun satin ketat bewarna kuning yang dipakai Rhea beralun lembut mengikut gerakan angin. Rhea menghampiri Akira sebelum meletakkan tangannya ke dada bidang Akira. Bahana latihan ketenteraan semasa di pusat tahanan.

Dengan tangan kanan mengemudi kapal, Akira memegang pinggang Rhea dengan tangan kiri.

"Jangan risau, Rhea. Kita akan sampai ke rumah tidak lama lagi" Janji Akira.

Rhea tersenyum bahagia dengan janji manis Akira. Tidak sia-sia dia menunggu Akira selama ini.

"Oh, Abang" Kata Rhea dengan penuh drama.

Akira merenung Rhea dengan penuh kasih. Bibir merah Rhea menarik perhatian Akira. A bit of kiss would not be a crime, Isn't it?

Akira memejamkan mata dan menundukkan wajah, Mahu mendekatkan bibirnya dengan Rhea.

"Kapten" Panggil seorang krew kapal, Mengganggu saat romantis Akira dan Rhea.

"Jangan kacau!"Marah Akira.

Lengannya yang dipegang oleh krewnya itu ditepis-tepis. Namun krewnya ini tidak faham bahasa. Kali ini bahu Akira pula digerak dengan kasar.

" Kapten, Bukalah matamu. Ini aku, Squid!"

Akira segera membuka mata. Rasa terkejutnya bukan terpalang apabila bukan Rhea yang berada dalam pelukannya sekarang tetapi Squid. Lelaki yang merupakan teman sebiliknya itu tersengih ke arah Akira.

Cis, Dia bermimpi rupanya.

"Arghhhh!" Jerit Akira lantas menolak Squid menjauhi dirinya.

Buk!

Akira terjatuh dari katil dua tingkat. Nasib baik dia sempat menahan muka dengan tangan. Jika tidak, Percuma sahaja hari ini dia mencium lantai.

Squid ketawa melihatkan keadaan Akira yang tertiarap. Namun dia tetap juga menghulurkan tangan, Membantu Akira untuk berdiri.

"Kapten, Kau mimpi basah ke? Hampir-hampir je bibir suci aku nak jadi mangsa"Squid menjuih bibir, Menunjukkan bibirnya dengan jari telunjuk kepada Akira.

Akira menggaru belakang kepala. Dia bermimpi sahaja rupanya. Tapi, Alangkah indahnya mimpi dia tadi.

" Hisy, Kau nak apa? Kacau aku nak tidur" Marah Akira.

Squid membuntangkan matanya yang sepet. Tidur?

Siapa yang tidur semasa hari menziarah yang mana insan tahanan seperti mereka diberi peluang bertemu dengan pelawat?

Oh, Ada. Orang itu ialah kapten Akira. Lelaki ini memang tak boleh dimaafkan.

"Kapten, Hari ni hari ziarah-menziarahi. Kapten tak ingat? Kan semalam aku dah ingatkan"

Akira terpempan. Dia kembali memanjat katil sebelum merebahkan badan ke situ.  Squid tidak puas hati dengan perangai Akira yang endah tak endah.

"Kapten, Janganlah macam ni. Cubalah jumpa dia sekali." Pujuk Squid. Punggung Akira yang membelakanginya dicuit dengan jari telunjuk.

"Suruh dia balik. Macam biasa. Pesan sekali lain kali jangan datang" Akira memejamkan mata, Malas mahu melayan Squid.

"Tapi, Captain. Aku dah naik kasihan dengan dia. Setiap kali dia datang mesti captain berkeras tak nak jumpa." Squid masih tidak putus asa.

Akira mengeraskan diri. Tidak membalas kata-kata Squid apatah lagi termakan dengan pujuk rayu lelaki itu.

Squid mengeluh sebelum menepuk dada kiri dengan tangan kanan.

"Ai, Captain"Dengan lemah Squid melangkah keluar dari bilik yang dikongsi dengan Akira itu.

Dalam setiap langkahnya dia berdoa diberi kekuatan untuk menghadapi kekecewaan yang bakal terukir di wajah tetamu Akira.

Selepas pasti yang Squid sudah tiada, Akira membuka mata. Hari ini Rhea datang lagi untuk melawatnya di pusat tahanan ini.

Tapi seperti biasa, Akira akan meminta sesiapa sahaja untuk menghalau Rhea balik. Dia tidak ingin bertemu dengan Rhea.

Tidak kini atau di masa hadapan.

Rhea pula tidak pelik melihat Squid kembali dengan tangan kosong. Sedikit kecewa, Ya. Seperti selalunya Akira akan menghantar Squid atau rakan-rakannya yang lain untuk bertemu dengannya jika dia datang menziarah.

Sepanjang tiga tahun di sini, Dia tidak pernah lagi bersua muka dengan lelaki itu. Tapi, Rhea tidak putus asa. Dia akan kembali lagi ke sini sehingga Akira mahu bertentang mata dengannya.

Squid duduk di hadapan Rhea yang tersenyum manis. Squid hairan, Kenapalah kaptennya sanggup melukakan hati gadis setabah Rhea?

" Maaf, Rhea. Captain tak sihat."Beritahu Squid.

"Tak sihat? Akira sakit apa?" Rhea risau.

Squid terharu. Nampak benar Rhea mengambil berat akan kapten. Untunglah kapten ada gadis cantik risaukan dia.

Pendek akal betul kapten tu, Desis hati Squid.

"Oh, Beberapa hari lepas kapten salah makan. Jadi dia baru lepas kena diarrhea. Tu baru dah okay sikit."

Squid tidak berbohong. Memang Akira kena cirit-birit sejak beberapa hari yang lepas. Disuruh makan ubat tak mahu. Lagi senang suruh kucing makan sayur daripada menyuruh Akira telan ubat.

Dasar kapten. Keras kepala.

Lagipun adalah menyalahi prinsip macho Squid untuk menipu kepada gadis cantik. Apatah lagi gadis secantik Rhea.

"Dia mesti tak nak makan ubat, Kan?" Teka Rhea.

Dia kenal Akira sejak mereka tujuh tahun. Akira memang gangster tapi takut menelan ubat.

Squid angguk, Mengakui tekaan Rhea.
Nampaknya Rhea bukan sahaja cantik tapi pandai meramal. Squid baru tahu itu.

"Kapten cakap tak macho makan ubat. Dia cerita yang dia pernah bergaduh dengan sekumpulan vampire. Dan bisa taring mereka termasuk dalam badan kapten. Tapi, Dia hidup je. Setakat cirit-birit tu apalah sangat"

Rhea ketawa kecil. Dia masih ingat akan kisah itu. Akira bertarung dengan sekumpulan vampire yang cuba mengganggunya. Akira memenangi pertarungan tersebut walaupun kumpulan vampire itu lebih tua beratus tahun daripada Akira.

Senyuman Rhea kemudiannya perlahan-lahan hilang. Dia mengeluh.

Kenapalah dia buta kerana tidak faham tentang perasaan Akira waktu itu?

"Tak apalah. Tapi, Bolehkan Squid hantarkan barang-barang ni pada Akira?" Tanya Rhea meskipun sememangnya kerja Squid untuk menghantar barang yang dibawanya kepada Akira setiap kali dia datang ke situ.

Squid angguk laju dengan penuh semangat.

"Boleh"

Rhea menghulurkan sebuah beg sederhana besar kepada Squid sebelum meminta diri. Squid menghantar Rhea ke muka pintu sambil meminta maaf kepada Rhea atas kedegilan Kapten Akira.

Rhea pula berpesan agar Squid memberitahunya jika Akira masih terkena cirit-birit. Dia akan menghantar potion untuk Akira jika kesakitan lelaki itu kembali semula.

Squid melambai ke arah Rhea sebelum dia menapak kembali ke bilik. Squid benar-benar kesal dengan perangai Akira.

Oh, Kapten Akira. You are guilty as charged.

Setibanya di bilik, Dilihatnya Akira sedang membuat push-up tanpa memakai baju, Menampakkan six pack yang dimiliki Akira.

Squid meletakkan beg pemberian Rhea di atas meja. Dan dia tahu beg itu akan kekal di situ tanpa disentuh oleh Akira sama seperti sebelum ini.

"Kapten, Kalau kau tak nak baca surat yang Rhea bagi ni aku tak kisah. Tapi, Makanan yang dia hantar ni jangan biar sampai berkulat pula." Pesan Squid.

Akira buat tak dengar. Squid menggaru lubang telinga dengan jari kelingking sebelum menyambung,

"Lagi satu Rhea pesan, Kalau sakit makanlah ubat. Dah besar panjang pun takut lagi ke?"

Okay, Pesanan itu sebenarnya tidak disebut oleh Rhea. Dia yang cipta sendiri.

Aktiviti membuat push-up Akira terhenti. Dia menoleh ke arah Squid.

"Kau beritahu dia aku sakit?" Tanya Akira.

"Yalah. Aku beritahu kapten cirit-birit sebelum ni" Squid menghembus tahi telinga bewarna oren yang melekat di jari kelingkingnya.

Dan Akira terus tertiarap di atas lantai. Squid oh squid. Hilanglah macho aku kau beritahu macam tu pada Rhea. Cakaplah aku sakit perut.

Alahai...

No comments:

Post a Comment

Mirna 9

"Here is the plan. Untuk mengaburkan mata orang ramai di sini, saya akan jadi ayah awak berdua. Kita datang ke sini untuk bercuti selep...