Sunday 8 April 2018

Prisoner of My Heart 2

Healing Camp yang menempatkan budak-budak bermasalah ini bukanlah seperti sebuah penjara. Tetapi lebih kepada sekolah pemulihan untuk membetulkan akhlak mereka yang terpesong jauh ke dalam gaung.

Hasil kobalirasi dari enam negara telah mewujudkan tempat ini. Sebab itu jangan hairan jika tempat ini tidak terhad kepada Angel yang bermasalah sahaja. Malah Demon, Magician, dan Anak raja pun ada ditahan di Healing Camp ini.

Para pegawai yang bertugas terdiri daripada barisan warrior. Misalnya Warrior Angel, Demon-Warrior, Enforcer dan beberapa lagi.

"Kapten, Tu budak baru masuk. Katanya kes bergaduh." Squid yang mencangkung sebelah Akira menyampaikan berita itu.

Akira memerhatikan budak baru masuk seperti yang dikatakan oleh Squid. Budak baru itu membuatkan Akira teringat pada dirinya semasa hari pertama berada di tempat ini.

Akira dapat melihat melalui topeng wajah yang dipakai oleh budak lelaki itu. Meskipun dia nampak berani tapi Akira pasti budak lelaki itu pastinya ketakutan kerana berseorangan.

"Berapa umur budak tu?" Soal Akira.

"15 kapten" Jukoth, Demon seperti Squid menjawab soalan Akira.

15? di usia semuda itu budak lelaki ini sudah ditempatkan di pusat tahanan ini. Akira tidak tahu mahu kagum atau sedih.

Sepatutnya di usia itu budak seusianya sedang berseronok bersama teman-teman. Atau mencari ilmu pengetahuan dan meningkatkan bakat yang ada pada diri.

Akira teringat pada Fumiya dan Fumito. Berbanding dirinya, Kedua kembar itu dibebaskan selepas setahun menjalani hukuman di sini.

Tapi kedua kembar itu masih datang melawatnya setiap kali ada masa. Akira tidak kisah, Malah dia bangga apabila mereka berdua sudah berubah ke arah yang lebih baik.

"Panggil dia. Aku nak jumpa" Suruh Akira.

Terasa berat tulang mahu mengangkat punggung yang sudah selesa duduk di bawah pepohonan daun maple kuning ini.

Squid dan Jukoth berebut-rebut mahu memanggil budak baru itu seperti yang disuruh oleh Akira. Sementara itu Akira menahan ketawa dalam hati. Salahnya juga tidak memberikan arahan secara teliti tentang siapa yang harus memanggil budak itu.

Dari tempatnya ini Akira dapat melihat budak itu yang seolah-olahnya bersedia untuk bertumbuk dengan Jukoth dan Squid.

Beberapa orang tahanan lain mendekati dan merenung budak lelaki itu, Mencabarnya untuk memulakan serangan.

Tetapi Squid dan Jukoth menghalang, Membuatkan tahanan lain yang ada di situ berpusing dan kembali ke posisi masing-masing.

Kelihatannya Jukoth dan Squid sedang memujuk sebelum budak lelaki itu berpaling pada Akira. Beberapa minit kemudian budak lelaki itu diiringi oleh Jukoth dan Squid untuk menghampiri Akira.

Tangan sasa Jukoth santai diletakkan di bahu budak muda itu. Nyata benar saiz Jukoth dan Squid jauh lebih besar menyebabkan budak lelaki itu bagaikan sepotong keju yang dihimpit dua potong roti burger.

"Kaeto, Ini kapten Akira. Panggil kapten je. Dia leader kat tempat ni." Squid memperkenalkan Akira dengan budak lelaki itu.

Akira yang melunjur melipat kaki dan duduk bersila.

"Duduklah" Pelawa Akira.

Budak lelaki itu seakan was-was namun tetap duduk apabila bahunya ditekan ke bawah oleh Jukoth. Dia menunduk, Tidak berani memandang ke arah Akira.

"Apasal kau masuk sini?" Tanya Akira.

"Bergaduh" Jawab Kaeto. Masih menunduk menekur rumput hijau.

"Kau lawan seorang?" Tanya Akira lagi.

Kaeto mengangguk, Mengiakan pertanyaan Akira. Dalam hati Akira memuji kehebatan Kaeto. Patut sahaja dia berani membela diri ketika Jukoth dan Squid menghampirinya tadi.

"Kau bergaduh dengan siapa?"

"Pembuli. Aku tak suka orang yang hanya tahu guna penumbuk untuk selesaikan masalah." Kaeto menggaru belakang kepala. Lengan baju panjangnya tersingkap sedikit.

Akira nampak ada kesan kelar di tangan Kaeto. Perkara itu memberitahunya bahawa Kaeto menyimpan lebih daripada sekadar membenci orang yang menggunakan penumbuk.

Rasanya Kaeto juga selalu menjadi mangsa pembuli. Lantas menyebabkan budak itu nekad untuk mempertahankan diri namun disalah erti sebagai bergaduh.

"Apa kuasa kau?"

"Seer" Jawab Kaeto sepatah.

"Maksudnya kau boleh ramal masa depan?" Sampuk Squid, Menyoal Kaeto.

"Err, Lebih kurang." Jawab Kaeto.

Akira mengangkat tangan, Menarik perhatian mereka bertiga. Jukoth yang mahu menyuarakan soalan kepada Kaeto terus mengunci mulut.

Memandangkan hari ini merupakan hari pertama Kaeto, Akira malas mahu menyoal banyak perkara. Mereka masih banyak masa untuk berbual nanti.

Akira menghulurkan tangan kepada Kaeto. Budak muda itu mengangkat wajah dengan spontan.

Akira tersenyum." Selamat datang ke Healing Camp."

"Err....terima kasih,"Kata Kaeto. Huluran tangan Akira disambut oleh Kaeto.

Jukoth dan Squid mengetuk-ngetuk bahu Kaeto sambil mengucapkan tahniah. Kaeto yang masih keliru menganggukkan kepala.

"Dah, Nanti Jukoth dan Squid bawa kau pergi jumpa kawan-kawan lain. Kau jangan risau, Di sini kita akan cuba mengelakkan kekasaran untuk menyelesaikan masalah. Kalau ada masalah, Kau cari aku" Pesan Akira.

Kaeto kemudiannya dibawa oleh Squid dan Jukoth untuk berkenalan dengan tahanan lain. Akira ketawa kecil melihat Kaeto yang beberapa kali dipeluk oleh tahanan-tahanan yang berwajah bengis.

Akira kembali melunjurkan kaki. Matanya dipejam rapat-rapat, Menikmati cahaya matahari yang hanya boleh dirasai semasa sesi riadah.

Selepas ini dia perlu kembali ke biliknya yang kecil dan dingin semula.

***

Rhea mengunci pintu kedai selepas meletakkan tanda Closed. Tangannya mengurut leher yang lenguh selepas seharian membuka kedai.

Suis lampu ditutup sebelum dia menapak ke tingkat atas yang diubah suai menjadi pejabat dan rumah kecil.

Rhea membuka kasut sebelum memijak lantai bilik. Badannya direbahkan di atas permaidani dengan cara meniarap.

Dua hari.

Dalam masa dua hari dia akan kembali melawat Akira. Biarpun Akira enggan menemuinya, Rhea akan tetap datang juga. Dia mahu Akira tahu yang dia tidak melupakan lelaki itu.

Rhea bingkas bangun, Merangkak ke arah meja rendah yang terletak di satu sudut. Lampu meja dipasang, Pen dan kertas putih dikeluarkan.

Dia berfikir sejenak, Merangka ayat sebelum mula menulis perkataan yang ingin diceritakan kepada Akira. Bagaikan bercerita dengan Akira, Rhea memberitahu Akira segalanya yang berlaku setelah kali terakhir dia melawat lelaki itu.

Sebaik tamat menulis, Bilik kecilnya tiba-tiba mengeluarkan cahaya putih terang beserta dengan tiupan angin.

Rhea pantas berdiri, Mengangkat tangan untuk melindungi matanya daripada bulatan cahaya yang muncul di dinding bersebelahan dengan dapur.

Riak wajah Rhea bertukar penat apabila muncul ayahnya daripada pintu portal. Dia memeluk tubuh.

"Baru habis kerja?" Mr. Sincere meletakkan kedua tangan ke belakang.

"Daddy nak apa pula kali ni?" Rhea malas mahu berdolak-dalik.

Dia kenal sangat dengan perangai ayahnya ini. Sejak dia berhenti jadi guardian, Rhea telah turun ke dunia mortal untuk membuka perniagaan sendiri.

Biarpun perniagaannya kecil sahaja, Namun Rhea puas hati. Dia lebih sesuai menjadi Natural Angel, Bukan sebagai guardian seperti yang diharapkan oleh ayahnya.

"Fine. Lusa ayah mahu kamu kembali ke rumah," Mr. Sincere menyuarakan tujuannya kepada Rhea.

"Why? Nak kenalkan pada bakal suami Rhea? Is that so?" Rhea seakan dapat mengangak rancangan ayahnya.

Sejak dua tahun lepas dia langsung tidak bertegur sapa dengan ayahnya. Dan kemudian dari awal tahun ini Mr. Sincere sibuk mahu mencarikan Rhea pasangan hidup.

"No. Daddy cuma mahu buat majlis sempena persaraan daddy sebagai Pengarah di Sky Realm."

Rhea menjungkit kening. Dia tidak tahu pun ayahnya sudah mahu bersara. Tapi, Apa kaitannya dengan dia pula?

"And why should I go? Supaya semua orang boleh tengok anak yang dah kecewakan harapan daddy?"

Mr. Sincere menarik nafas dalam. Bercakap dengan Rhea memang tidak sah andai tidak berakhir dengan pergaduhan.

"Daddy cuma nak anak daddy ada di majlis tu. Cuma majlis persaraan sahaja Rhea,"

"Yang mana semua eligible bachelor pun akan hadiri" Balas Rhea tidak percaya bahawa ayahnya mahu dia hadir ke majlis itu tanpa sebarang niat lain.

Mr. Sincere membuka tapak tangan. Sehelai skroll muncul di tangannya sebelum skroll itu melayang ke meja Rhea.

Mr. Sincere membuat bentuk bulatan dengan tangannya, Membuka pintu portal untuk kembali pulang ke dunia magis.

"Daddy harap sangat kamu datang ke majlis itu sebagai anak daddy. Itu sahaja" Kata Mr. Sincere perlahan sebelum menghilang ke dalam pintu portal.

Selepas pintu portal tertutup, Rhea membuka skroll bergulung yang terletak di atas meja. Baris perkataan yang tertulis di dalam skroll dibaca satu-persatu oleh Rhea.


Family?

Rhea menggulung semula skroll tersebut sebelum melemparnya ke dalam tong sampah yang berada di kaki meja.

Sudah begitu lama dia terasa seperti menjadi orang luar dalam keluarga sendiri. Dan dia tidak merasakan kehadirannya begitu penting dalam majlis itu nanti.

Rhea mencapai tuala mandi. Dia mahu membasuh badan dengan air sejuk bagi mendinginkan hati yang kepanasan.

No comments:

Post a Comment

Mirna 9

"Here is the plan. Untuk mengaburkan mata orang ramai di sini, saya akan jadi ayah awak berdua. Kita datang ke sini untuk bercuti selep...