Monday 9 April 2018

Mirna 5




       Kim Woo Bin as Kim Woo Bin 😍


"Diamlah. Ada penceroboh masuk ke dalam istana ni. Aku nak kau tolong aku cari siapa dan apa motif mereka."

Demon-warrior yang dipanggil Mirna menggaru pipi seolah tidak berminat.

"Tsk, Fine"Demon-warrior tersebut hilang dalam satu cahaya kilat, Meninggalkan kepulan asap tebal hitam.

Mirna melibas asap tebal tersebut sambil merengus geram.

"Not a word" Kata Mirna kepada Peter yang menggeleng.

Dia dah tahu perkataan yang akan dimuntahkan oleh lelaki itu dan sekarang bukan masa yang sesuai untuk mendengar ceramah yang tajuknya, ' Punca Demon tidak menghormati anda ' daripada pensyarah Mr.Peter.

Note the sarcasm.

Mirna berlari laju meninggalkan kamar permaisuri. Dia menggunakan Peter sebagai panduan untuk mengetahui kawasan mana di dalam istana itu yang telah diceroboh.

Peter yang terapung di udara membawa Mirna sehingga ke sebuah perkarangan luas di istana ini. Tempat ini seperti sebuah gelanggang yang digunakan oleh pahlawan zaman dahulu untuk berlatih.

Dari jauh lagi kelihatan cahaya biru ibarat elektrik yang memancar-mancar dari atas langit. Dada Mirna berdebar kencang. Bagaimana jika Demon-warrior yang dipanggil olehnya tidak berjaya menumpaskan musuh yang menceroboh?

Mirna bersembunyi di sebalik tiang lebar yang roboh, Mengintai menerusi lubang dinding yang terkopek. Biji mata Mirna membesar tatkala terpandang seekor demon berbentuk seperti serigala. Cuma saiznya lebih besar daripada serigala biasa.

"Apa tu? Demon serigala?" Bisik Mirna.

"No, Lycan." Peter turut melihat ke arah Warrior-Demom yang sedang berlawan dengan Lycan di ruang tengah.

"Lycan as if adik-beradik werewolf?"Mirna meminta kepastian. Dia tidak pernah melihat Lycan atau werewolf sebelum ini.

Selama ini Mirna hanya belajar secara teori sahaja dengan Peter. Maka pengetahuannya tentang makhluk magical masih kurang dari segi praktikal.

Dia dah selalu nampak Spirit dan The undead. Cuma, Dua makhluk itu sahaja dan Mirna sesungguhnya teringin ingin bertemu Necromancer lain sepertinya.

" Cari sesuatu daripada Silver. Itu sahaja caranya membunuh Lycan." Peter tidak mendengar soalan Mirna, Sebaliknya memberi arahan lain.

Belum sempat Mirna mahu bergerak, Jeritan Demon-Warrior yang semakin mendekat membuatkan Mirna tergamam.

Bam!

Tiang yang menjadi tempat persembunyian Mirna pecah apabila tubuh Demon-Warrior tadi dilempar oleh Lycan. Tubuh Demon-Warrior yang berotot itu terhempas sebanyak lima kali, Meninggalkan kesan retak dan lubang pada lantai.

Mirna terpelanting ke dinding belakang, Hampir-hampir meretakkan tulang yang melindungi otak andai kepalanya tidak dipegang oleh Peter.

Demon-Warrior yang diseru Mirna meludah darah hitam ke lantai. Tangan kanannya mencengkam lantai sambil berusaha untuk bangun. Kesan cakaran di dadanya mengalirkan darah hitam yang menitik ke lantai.

Mirna terbatuk-batuk bahana debu yang berterbangan di udara. Dia menutup hidung, Menghalang debu untuk masuk ke dalam rongga badan.

Lycan yang menceroboh tadi menyengetkan kepala ke tepi. Tumpuannya jatuh kepada Mirna yang terkial-kial cuba bangun.

Set gigi taringnya berkilau apabila dia menyeringai ke arah Mirna. Set jari-jemarinya direnggangkan seolah-olah bersedia mencabut kepala gadis itu.

"Not good. Lari Mirna!" Jerir Peter.

Dia tidak perlu mengulang untuk kali kedua apabila Lycan tersebut berlari laju mendapatkan Mirna.

Demon-Warrior yang diseru Mirna menundukkan kepala. Bagaikan seekor kerbau yang disua bendera merah, Demon-Warrior tersebut meluru ke arah Lycan.

Pang!

Dengan sekali hayunan tangan oleh Lycan, Demon-Warrior terhempas 20 kaki ke tepi dan memecahkan lima lapisan dinding dalam saiz sebuah lori kontena.

"Mirna, Cari silver!" Pekik Peter.

Sebuah serpihan dinding yang runtuh akibat rempuhan Demon-Warrior melayang ke arah Lycan membuatkan makhluk itu menjerit marah.

Dia mengelak balingan serpihan tersebut dengan kukunya namun masih tidak dapat melihat gerangan yang menyerang.

Mirna menggunakan kesempatan yang ada untuk melarikan diri, Membiarkan Peter meneruskan serangan ke arah Lycan.

Dia pasti Peter tidak akan apa-apa. Bukannya Lycan tu boleh nampak Peter. Dan dia perlu mencari Silver, Atau sesuatu yang diperbuat daripada Silver untuk membunuh Lycan yang sedang menyerang.

 Dia tidak tahu apa yang sudah terjadi dengan Demon-Warrior tadi. Tapi harapnya Demon-Warrior itu tidak akan apa-apa.

Dia ada perkara yang lebih penting sekarang ini memandangkan Demon-Warrior yang dipanggil Mirna tidak mampu mengatasi kekuatan Lycan.

Dalam kegelapan Mirna seboleh mungkin cuba mencari jalan untuk ke bilik yang menempatkan peralatan perang.

"Mirna,"

"Arhhh!!!"Mirna menjerit nyaring apabila King Kurf muncul secara terbalik daripada syiling.

Spirit King Kurf turut menjerit sedangkan dia yang menegur. Mirna mengurut dada.

"Sorry, Saya takut" Kata King Kurf.

"Awak rasa? Awak dah matilah. Binatang tu bukannya nampak awak pun!" Mirna menggeleng dan meneruskan perjalanan ke bilik senjata.

Gosh, Kenapa istana ni besar sangat?

"Apa boleh saya bantu? Except bantu Peter melawan makhluk di luar tu. I am not so good in war anyway"

Mirna menarik nafas dalam-dalam. "Tolong tunjukkan jalan nak ke bilik senjata. Saya nak cari Silver. Pedang, Tembok, Bullet, Anything yang silver"

King Kurf menutup mulut dan melayang laju. Mirna menyumph di dalam hati. Alangkah bagus jika dia mempunyai magis untuk terbang juga.

"Faster, Kita kena turun" Kata King Kurf, Menuruni anak tangga dengan laju.

Mirna berusaha sehabis mungkin untuk mengikut langkah King Kurf. Ketika berada di separuh anak tangga, Dia berhenti seketika, Menggenggam pemegang tangga untuk melepaskan lelah.

Dadanya rasa seperti terbakar akibat berlari. Dia tercungap-cungap kepenatan.

Kemudian satu ngauman serigala membuatkan matanya terbeliak. Mirna terkaku apabila melihat Lycan tadi sedang bergayut di syiling dengan kuku tangan dan kakinya mencengkam syiling.

Bagaimana dia boleh ada di sini dengan begitu cepat?

"Arhhhh!" Jeritan King Kurf kedengaran kuat mengalahkan Mirna.

Lycan tersebut melompat ke arah Mirna. Gadis itu mengangkat tangan dalam usaha untuk mempertahankan diri.

Bam!

Mirna merasakan satu aliran tenaga muncul di hujung jari. Serentak itu juga tubuhnya melayang jatuh ke bawah akibat hentaman Lycan yang mematahkan pemegang tangga. Mirna menjerit panjang diiringi dengan suara Peter dan King Kurf.

Mirna terasa tubuhnya bagaikan melayang sebelum dia membuka mata. Tepat seperti sangkaan, Pinggangnya kini dipeluk erat oleh Peter.

Mirna tidak tahu kenapa tetapi dia terasa selamat berada dalam dakapan Peter begini.

"Do it again" Kata Peter, Menunjukkan ke arah tangan Mirna.

Mirna melihat jari kanannya. Sebuah cincin besar yang merupakan cahaya keemasan muncul di tangannya.

Lycan yang mendarat dengan baik di bawah mendongak ke arah Mirna. Dia bagaikan bingung melihat Mirna yang terapung tinggi di udara.

"Mirna, Atas!" Pekik King Kurf yang sedang memeluk patung hiasan berupa kepala seekor beruang di dinding syiling.

Mata Mirna melihat ke atas seperti diberitahu oleh King Kurf. Apabila terlihat chandeliar bersawang yang tergantung, Mirna segera mengerti maksud King Kurf.

Chandeliar yang digantung itu diperbuat daripada silver. Jika dia boleh menjatuhkannya ke atas Lucan tersebut, Mungkin mereka berpeluang untuk menyelamatkan diri.

Lycan yang berada di bawah memanjat kembali dinding di bahagian tangga untuk mendapatkan Mirna.

Mirna menghalakan tangannya ke arah Lycan tersebut.

Bam!

Satu panahan laser mengenai bahagian belakang Lycan tersebut menyebabkan dia jatuh terhempas ke bawah. Mirna jadi serba-salah.

Separuh hatinya jadi kasihan melihat tubuh Lycan itu yang menggeliat kesakitan.

"Jangan simpati. Lakukannya lagi!" Marah Peter.

"Tapi..."

"Again!" Pekik Peter di telinga Mirna.

Mirna memejamkan mata. Beberapa kali das laser ditembak olehnya ke arah Lycan tadi. Seboleh mungkin Mirna cuba memekakkan telinga daripada jeritan Lycan.

Syiling bergegar dan debu mula jatuh ke bawah apabila Demon-warrior tadi muncul semula. Dia melompat ke bawah sehingga menyebabkan lantai bergegar dengan kekuatan lompatannya.

Dengan laju dia menghampiri Lycan yang hampir mati itu. Kedua tangannya memegang kepala Lycan. Dengan satu jeritan kemenangan, Demon-Warrior memulas kepala Lycan 360 darjah dengan sepenuh tenaga.

Mirna melepaskan tembakan ke arah tali yang menggantung Chandeliar tadi. Dengan bantuan Peter, Chandeliar itu dihempaskan ke atas tubuh Lycan yang kaku.

"Mirna, Awak tahu apa nak buat"Peter masih tidak meletakkan Mirna ke bawah.

Dia tidak akan melepaskan Mirna sehingga dia benar-benar pasti Lycan itu sudah mati.

Mulut Mirna bergerak-gerak membaca spell. Bahagian bawah tubuh Lycan mengeluarkan cahaya bulatan bewarna biru sebelum api marak bewarna biru kehitaman mula membakar tubuhnya.

***

Prettt!

Wisel dibunyikan oleh Coach yang melatih pasukan bola sepak Fortuna High School. Tangannya menggapai ke arah Woo Bin supaya datang mendekati.

" Woo Bin, Awak kenapa?" Coach mencekak pinggang, Kecewa dengan prestasi Woo Bin yang nampak terganggu hari ini.

Woo Bin garu belakang kepala. Takkan dia nak beritahu yang dia kecewa Mirna tidak datang ke sekolah hari ini.

"Saya nak rehat sekejap Coach." Pinta Woo Bin.

Coach menggeleng sebelum akhirnya mengangguk bersetuju. Woo Bin mengucapkan terima kasih sebelum berlalu ke arah tempat penonton.

Dae Hee dan rakan-rakannya yang tidak pernah terlepas menemaninya berlatih juga tertanya-tanya dengan sikap Woo Bin hari ini.

Dae Hee menghulurkan botol air kepada lelaki itu. Woo Bin duduk di kerusi sambil menghirup air. Selepas seteguk botol air itu ditutup semula.

"Awak okay?" Dae Hee bersuara dengan penuh prihatin.

"Erm," Angguk Woo Bin.

"Really? Awak nampak distract je tadi. Beritahulah saya, Awak ada masalah ke? Manalah tahu saya boleh tolong" Paksa Dae Hee.

Dia mahu Woo Bin tahu yang dia sentiasa berada di sisi lelaki itu. Dan dia akan meluangkan masa bila-bila masa sahaja Woo Bin mahu.

Selain itu Dae Hee tidak mahu ada gadis lain yang memotong jalannya untuk mendapatkan Woo Bin. Lagipun, Mereka berdua sepadan bersama. Satu Fortuna High pun tahu tentang perkara itu.

"Saya tak rasa awak boleh tolong" Geleng Woo Bin.

"Try me. Come one, Besar sangat ke masalah awak tu?" Desak Dae Hee.

Woo Bin menoleh ke arah Dae Hee. Dia menjilat bibir bawah sebelum menyuarakan soalan.

"Actually, Maybe awak boleh tolong saya."

Mata Dae Hee bersinar-sinar. "I'm all ears"

"Awak tahu tak kenapa Mirna dah tiga hari tak datang?"

Dae Hee terkebil-kebil. Tetapi senyuman yang terukir di bibir merah Woo Bin meyakinkan dia yang Woo Bin serius.

"Excuse me? Awak tanya tentang Shadow Girl tu?" Soal Dae Hee.

"Nama dia Mirna" Woo Bin kalih pandang ke hadapan. Masih dengan gaya kasual sedangkan soket mata Dae Hee bagaikan ingin terkeluar merenung ke arahnya.

"Or freak. Seriously, Apasal awak tiba-tiba nak tahu pasal dia?" Suara Dae Hee naik satu oktaf sehinggakan pelajar yang berhampiran menoleh ke arah mereka berdua.

Woo Bin pasti selepas ini Fortuna High School akan dapat gosip baru mengenai dia dengan Dae Hee. Tajuknya 'Dae Hee dan Woo Bin sudah putus.'

Bukannya dia tidak tahu gosip mengenai dia dengan Dae Hee tentang konon-knonnya mereka adalah pasangan bercinta. Tetapi Woo Bin malas mahu menerangkan keadaan.

Bikin penat sahaja sebab mulut orang bukan boleh ditutup. Selebihnya cukuplah Dae Hee dan dia pasti bahawa mereka sekadar teman.

Nothing more, Nothing less. And absolutely nothing will happen.

Woo Bin menggaru pipi dengan jari telunjuk. " I don't know. Dia nampak comel pula sejak akhir-akhir ni"

"Awak ni dah kena sihir ke apa dengan budak tu?" Dae Hee masih marah.

Woo Bin ketawa.

Sihir?

"Awak ni, Jangan cakap yang awak percaya benda-benda mengarut begitu." Woo Bin menghabiskan sisa ketawa.

Dae Hee mencerlung ke arah Woo Bin. Perkara yang ditakuti olehnya telah pun berlaku. Ternyata Woo Bin juga sedar dengan perubahan Shadow Girl.

Hati Dae Hee dipagut cemburu. Woo Bin tidak pernah pun memuji dia cantik dengan rela hati. Selalunya dia perlu tanya soalan itu kepada Woo Bin dan barulah lelaki itu akan mengiakan.

Itupun nampak macam terpaksa dan tidak ikhlas. Si Shadow Girl senang-senang sahaja mendapat pujian daripada Woo Bin.

Bikin panas.

"Maybe awak patut berhenti tagih harapan. Dia tak suka bergaul dengan orang. Dahlah pelik, Hidup sorang diri dekat kawasan perkuburan." Ejek Dae Hee yang sebenarnya mahu membaauh kepala Woo Bin.

Manalah tahu kalau-kalau ada karat yang melekat di dalam otak lelaki itu.

"Saya tak harapkan apa-apa pun. Saya cuma nak berkawan dengan dia. Lagipun, Dia anak yatim, Kan? Mungkin dia tak ada tempat tinggal sebab tu dia duduk di sana."

Sekali lagi Dae Hee ternganga. Banyak pula maklumat yang diketahui oleh Woo Bin tentang Shadow Girl.

"Saya tak faham dengan awak sekarang ni," Rungut Dae Hee.

"Apasal pula?"

"Yalah. Biarlah budak tu datang ke, Mati ke. Cikgu pun tak kisah kalau budak tu tak datang" Kata Dae Hee dengan nada menyampah.

Woo Bin tidak membalas. Sibuk melihat rakan-rakan pasukannya berlatih bola.
Apabila Woo Bin tidak membalas, Dae Hee semakin sakit hati.

Dae Hee segera bangun, Meninggalkan padang. Dia sudah tiada mood mahu memberi semangat kepada Woo Bin. Sia-sia sahaja dia datang ke sini. Baik juga dia melepak di mall bersama teman-temannya tadi.

Woo Bin membiarkan Dae Hee. Pandailah dia nanti mencairkan hati gadis itu. Lagipun, Apa hak Dae Hee unruk menghalang dia daripada memikirkan tentang Mirna.

Mirna.

Nama itu meniti di bibir Woo Bin. Sebenarnya sejak hari pertama lagi dia sudah tertarik pada gadis itu. Waktu itu Mirna masih suci daripada sebarang make up.

Mirna nampak agak comot semasa Woo Bin bertemu Mirna untuk kali pertama. tapi, Comot versi comel di mata Woo Bin. Masa itu Mirna sedang makan sandwich di tepi padang.

Woo Bin yang pertama kali tiba di Fortuna Highschool dibawa berjalan-jalan oleh rakan barunya ketika itu iaitu Tae Sung.

Tiba-tiba terlintas satu idea di dalam kepala Woo Bin. Kalau Mirna tak datang, Dia yang akan mencari Mirna. Dae Hee pernah beritahu Mirna tinggal seorang diri di istana puncak bukit.

Awesome.

Woo Bin mengangkat penumbuk ke udara. Dan tiba-tiba sahaja dia jadi 200 peratus bersemangat untuk kembali membuat latihan.

"Coach, Saya nak masuk balik!" Umum Woo Bin dan berlari anak untuk menyertai rakan-rakannya.

1 comment:

  1. Hai pandangan yang anda tahu ada mantra untuk memenangi cinta kembali dari bekas. Saya sudah melakukannya. Saya suka membaca tentang hubungan dan cara membuatnya berfungsi, bagaimana untuk memperbaiki hubungan, dan bagaimana untuk menjaga kehidupan percikan api, walaupun cara bercakap dengan mereka cara tertentu untuk membuat mereka berfikir cara yang berbeza tentang keadaan dan anda. Jika anda memerlukan nasihat atau mahu memenangi semula bekas anda, cubalah ini: augusmimi789@gmail.com salinan dan mesej yang berikut (augusmimi789@gmail.com) Ia akan mengubah mentaliti anda dan mendapatkan apa yang anda mahu.

    ReplyDelete

Mirna 9

"Here is the plan. Untuk mengaburkan mata orang ramai di sini, saya akan jadi ayah awak berdua. Kita datang ke sini untuk bercuti selep...