Wednesday 14 March 2018

True Love Synopsis







“Apa awak nak buat kalau saya memang seorang putera?” Tanya Ice.

Snow berpaling ke arah Ice yang sedang tersenyum.

“Saya akan kahwin dengan awak”



Kerana kecewa dengan sikap ibunya, Snow membawa diri jauh ke sebuah tempat bernama Goldcrest, A piece of land for peace.

Kehidupan Snow selama setahun di kampung Green Village semakin selesa dan seronok sehinggalah kemunculan seorang jiran baru di kabin yang dihuninya.

Hidup Snow menjadi kacau bilau. Sejak pertama kali mereka bertemu, Lelaki misteri ini seringkali membuatkan jantungnya berkocak.

" Ice, What have you done to me? "

_____

Dia suka melihat bintang di langit.

Dia sukakan kebebasan.

Dia sukakan hidupnya di Goldcrest.

Dia sukakan...Snow?

Kedatangan Ice ke Goldcrest adalah untuk memulakan hidup baru. Dia mahukan kebebasan yang tidak pernah dirasai sebelum ini. Namun siapa menyangka hatinya terpenjara pula oleh jiran pintu hadapan.

"Awak berbeza dengan wanita yang pernah saya kenal"



Ketika dua hati bersatu dan rahsia yang dipendam terbongkar, mampukah Snow dan Ice terus menyulam cinta?



No comments:

Post a Comment

Mirna 9

"Here is the plan. Untuk mengaburkan mata orang ramai di sini, saya akan jadi ayah awak berdua. Kita datang ke sini untuk bercuti selep...