Tuesday 27 March 2018

Angel 8

Damian membawa Ayumi makan tengah hari di sebuah restoran. Sebenarnya Ayumi yang datang ke pejabatnya sebelum waktu tengah hari tadi untuk keluar makan bersama.

Ayumi petah bercerita mengenai tugasnya di syarikat Lidia milik Encik Nick dan Cik Angel. Tentang Nick yang peramah juga rakan-rakan yang baik hati. Damian yang mendengar sekadar mengangguk.

Namun perhatiannya tertarik pada cerita Ayumi mengenai ketidakhadiran Angel walaupun sudah masuk tujuh hari dia bekerja sambilan di situ.

"Nick kata Cik Angel ada urusan. Tak pasti bila dia akan kembali." Ayumi memasukkan ais krim strawberry coklat ke dalam mulut.

"Jadi Angel...Cik Angel memang tiada di sanalah?" Tanya Damian sekali lagi untuk kepastian.

Ayumi mengangguk."Yup. Tapi Nick kata nanti kalau Cik Angel dah balik dia akan kenalkan Ayumi dengan Cik Angel. Ayumi takutlah abang. Macam mana kalau Cik Angel tu garang?"

Damian ketawa. Dia teringat kisah dimarahi Angel sewaktu di Iceland dahulu.

Tapi entah kenapa semakin dimarah semakin dia teringin untuk melihat Angel. Rupanya tanpa disedari hatinya sudah tertarik kepada gadis itu.

Walaupun garang, Baginya Angel tetap kelihatan cantik. Dan sekarang Angel semakin menawan dengan rambutnya yang sudah diwarnakan merah.

"Taklah. Dia baik" Ujar Damian sambil tersenyum.

"Abang dah kenal Cik Angel?" Tanya Ayumi.

Damian mengacau straw minuman yang berada di dalam gelas.

"Pernah jumpa. Masa...masa belajar dulu" Dalih Damian.

Ayumi tidak pernah tahu bahawa dia dan keluarganya berasal daripada dunia magic. Ayumi hanya mengenalinya sebagai seorang jiran yang pernah tinggal di sebelah rumahnya dahulu. Tetapi rahsia mengenai alam magic masih kekal misteri bagi Ayumi.

"Oh, Jadi abang rapat ke dengan Cik Angel?" Ayumi memandang Damian. Lelaki itu melarikan pandangan.

"Tak. Kenal macam tu je"Damian menghirup minuman.

Ayumi menunduk, Menyuap manisan ke dalam mulut. Dia mula susah hati. Dulu, Dia begitu kecewa apabila mendapat tahu bahawa Damian sudah bertunang dengan Clara, Wanita yang tidak pernah diketahui olehnya wujud di dunia ini.

Tetapi selepas Damian memberitahu bahawa  pertunangannya dengan wanita itu putus, Ayumi mula menaruh harapan baru.

Sekarang, Adakah dia akan kecewa sekali lagi?

Damian turut membisu. Kepalanya berputar dengan persoalan mengenai Angel. Jika Angel tiada di sini, Ke manakah sebenarnya gadis itu pergi?

" Abang,"Panggil Ayumi.

"Ya?"

"Bokeh kita pergi sekarang? Ayumi ada hal"Kata Ayumi.

" Oh, Okay. Nanti abang pergi bayar di kaunter" Damian terus bangun dan berlalu ke arah kaunter.

Ayumi menahan perasaan geram di dalam hati. Damian tidak faham, Dia sekadar mahu menguji. Masa rehat masih lagi panjang, Jadi tidak bolehkah Damian meluangkan masa dengannya lebih lama lagi?

Atau sekurang-kurangnya menyoal ke mana Ayumi mahu pergi selepas ini?

"Sudah, Jom" Ajak Damian.

Tanpa suara Ayumi mengakat punggung dan berjalan laju meninggalkan Damian. Tapak kakinya dihentak kasar.

"Ayumi okay?" Tanya Damian. Langkahnya dilajukan supaya sama dengan Ayumi.

"Okay" Kata Ayumi dengan nada tinggi.

"Nak abang hantar Ayumi?" Tanya Damian ketika mereka tiba di luar restoran.

Ayumi menjawab soalan Damian dengan menggelengkan kepala.

"Betul ni tak nak abang hantar?"

Ayumi mengangguk. Wajahnya dipalingkan daripada pandangan Damian.

"Baiklah. Jumpa lagi" Damian terus mengorak langkah.

Dia tidak faham mengapa perangai wanita boleh berubah dalam sekelip mata. Bukankah tadi Ayumi begitu ceria bercerita?

Tahu-tahu sahaja sekarang Ayumi berada dalam mood PMS.

Ayumi mengelap air mata yang mula menitis sebelum mengambil arah berlawanan dengan Damian.

Kenapa abang tak pernah faham Ayumi? Desis hati Ayumi.

***

Angel menyandarkan badan ke bantal. Dia benar-benar bosan apabila terkurung di dalam hospital yang dikhaskan untuk fairy dan Angel yang tercedera.

Seorang Healer Angel baru sahaja selesai memeriksa Angel dan kini sedang menulis sesuatu di dalam rekod.

"Saya dah boleh balik?" Angel menyoal Healer Angel yang berdiri di hadapannya.

"Tunggu sehari lagi."

Angel mengeluh. " Saya dah sihatlah."

Healer Angel memberikan senyuman manis. Dia sudah masak dengan karenah pesakit yang dihantar ke sini.

"Hurm, Semua pesakit pun akan cakap benda yang sama. Tapi, Buat apa kita nak ambik risiko, kan?"

Angel mendengus perlahan. Dia memejamkan mata sehingga Healer Angel beredar dari biliknya.

Sunyi sepi menyelubungi Angel yang kini bersendirian. Dia teringat kisah beberapa malam yang lepas sewaktu diserang Incubus.

Emosinya tercalar. Tidak dia menyangka Incubus akan menggunakan silver untuk melemahkan dirinya. Nampaknya selepas ini dia perlu membeli armour yang boleh menghalang Silver.

"Knock! knock!"

Angle berpaling ke arah pintu. Hatinya melompat girang apabila terpandangkan Cupid.

"Hey, Masuklah" Angel mengangkat tubuh dari katil dan duduk bersila.

Cupid mendekati Angel lantas memberikan jambangan bunga yang dibawanya kepada Angel.

"From Gothart, With lot of love." Beritahu Cupid.

"Wah, Thank you. Kau dari mana ni?"

Cupid mengambil kerusi sebelum duduk di sebelah Angel sebelum menjawab soalan gadis itu.

"Dari pejabatlah. Dan untuk makluman kau aku dengan Ayumi sudah semakin mesra. Sekarang tinggal kau dengan Damian sahaja"

Angel membuat muka. " Kau ni, Aku tengah sakit pun boleh lagi nak bincang pasal kerja?"

"Eh, Bukan tadi kau kata dah sihat?" Cupid menolak cermin matanya dengan jari telunjuk.

"Kau keluar sekarang" Angel menunjuk ke arah pintu.

Cupid ketawa seronok. Walaupun hampir maut, Angel masih belum hilang sifat sarkastiknya.

"Aku baru lepas jumpa dengan Onew."

Angel tertarik apabila mendengar nama Onew, Warrior Angel yang telah menyelamatkan dia daripada Incubus tempoh hari.

Dengan satu panahan kilat, Terus sahaja tubuh Incubus tersebut menjadi hangus dan mati serta-merta. Angel mengingatkan diri sendiri untuk mengucapkan terima kasih kepada Onew.

"Incubus tu, Mereka dah tahu bagaimana dia boleh melepasi circle aku? " Angle pasti dia sudah meletakkan circle, Satu garisan keselamatan yang digunakan bagi melindungi Ayumi daripada bahaya Demon seperti Incubus.

Cupid mengangguk. "Disebabkan Onew dah hancurkan Incubus tu, Kita tak dapat ambil maklumat tentang orang yang bertanggungjawab menyerunya."

"Habis tu?" Angel tidak puas hati.

Cupid menggerakkan tubuh ke hadapan. Menggunakan siku sebagai topang untuk menahan berat tubuh.

"Satu pasukan Warrior Angel dah ditugaskan untuk siasat kes ni. Nampaknya Incubus tu datang dari dalam circle keselamatan yang kau buat."

Angel terkejut mendengar cerita Cupid. Bermakna ada di kalangan mereka yang membawa masuk Incubus tersebut.

"Kau pasti?" Tanya Angel dengan nada khuatir.

"Positif. Dan Angel, Kau kena hati-hati. Kemungkinan ada musuh yang tidak suka dengan kejayaan kau selama ini"
Pesan Cupid.

"Hah, Aku tak takut." Geleng Angel.

Cupid mengeluh. Angel dengan kedegilannya memang susah untuk dipisahkan.

"Lagi satu, Mr.Sincere nak jumpa kau lepas kau dah keluar dari sini. Dia tak puas hati kenapa kau tak maklumkan kepada Warrior Angel tentang kemunculan Incubus tu"

"Aku boleh atasinya sendiri. Ayumi anak guardian aku." Kata Angel perlahan.

"Ya, Aku nampak betapa 'berjayanya' kau hapuskan Incubus tu" Balas Cupid sarkastik.

Angel terdiam. Dia tahu dia salah kerana cuba menghadapi Incubus seorang diri.

"Tapi manalah aku tahu dia ada senjata seperti peluru Silver" Angel membela diri.

"Yang hampir membunuh kau kalau bukan sebab Onew kebetulan lalu di kawasan berhampiran. This is serious Angel. Janji yang kau takkan ulang lagi kesalahan yang sama"Pinta Cupid.

Angel mengangguk perlahan dengan acuh tak acuh. Berita yang baru diterimanya membuatkan Angel terfikir. Siapa pula yang cuba menjatuhkan dia?

Selama berada di Sky Realm dia hanya mahu menjadi Guardian Angel yang terbaik. Sebab itu adalah cita-citanya sejak dahulu.

Dan juga kerana dia mahu membuktikan sesuatu kepada diri sendiri dan orang lain. Sesuatu yang telah berlaku pada dua tahun lalu.

"Aku tak faham apa yang kau fikir. Guardian Angel lawan Demon?" Geleng Cupid.

Angel tidak membalas. Dia menarik keluar bunga Daisy biru daripada kuntuman bunga yang diberikan oleh Gothart.

Daisy biru, Bunga kegemaran Snow. Hati Angel tiba-tiba sebak. Cupid bukannya tahu sebab musabab dia mahu menonjolkan diri dengan berusaha sedaya mungkin.

Cupid bukannya ada semasa dia bertarung dengan tentera Luther Fang dahulu. Malah lelaki itu juga tidak tahu erti kehilangan kawan baik.

"Jangan risau. Selepas ni aku akan berhati-hati" Angel mengawal suara. Bunga Daisy biru di tangannya digenggam erat.

"You better be. Anyway, Onew pun macam risau sangat dengan kau." Usik Cupid.

"Diamlah" Balas Angel.

Dia tidak mahu tahu mengenai lelaki. Sekalipun lelaki itu merupakan warrior Angel seperti Onew.

Sekarang ini dia sudah mempunyai misi terbaru. Mencari gerangan orang yang cemburu dengan kejayaannya.

***

Seorang gadis terbangun daripada lena. Dia melihat sekeliling, Dan menarik nafas lega selepas melihat dirinya masih berada di dalam komuter.

Dua puluh minit kemudian dia tiba di stesen yang menjadi destinasi. Beg galasnya yang bewarna ungu malap digantung ke bahu sebelum dia melangkah turun dari komuter.

Kakinya laju menongkah arus orang ramai ke arah sebuah gedung beli-belah. Dia memasuki sebuah kedai pakaian wanita yang bertulis Victorian sepertinya sudah biasa dengan selok-belok di dalam kedai ini.

Sebuah bilik persalinan yang tertulis 'no entry' dihampiri olehnya. Dia melihat sekeliling, Memastikan tiada sesiapa yang sedang memandang. 

Telapak tangannya diletakkan pada permukaan pintu. Dia merasakan aura dingin sebelum pintu tersebut terbuka dari dalam, Memberinya ruang untuk masuk.

Sebaik melangkah masuk, Pintu bilik persalinan tersebut tertutup sendiri. Gadis itu menarik nafas dalam-dalam.
Kedua tangannya menggenggam tali beg sandang. 

Dia sudah berjalan jauh sehingga ke sini. Dia tidak boleh berpatah balik.

"Magical room, Dry Land"

Cermin panjang yang berada di dalam bilik itu memancarkan pemandangan Dry Land.

Gadis itu mengangguk, Membina keyakinan sebelum perlahan-lahan melangkah masuk ke dalam cermin.

Cermin panjang itu kembali normal selepas gadis itu menghilang.


No comments:

Post a Comment

Mirna 9

"Here is the plan. Untuk mengaburkan mata orang ramai di sini, saya akan jadi ayah awak berdua. Kita datang ke sini untuk bercuti selep...