Wednesday 28 March 2018

Angel 11

Angel meluncur laju ke bawah. Busur pemberian Ery dan Gothart dikeluarkan olehnya. Kereta Damian berpusing beberapa kali sebelum tersadai di atas jalan.

Dalam keadaan mod halimunan, Angel merapati kereta Damian. Dari tingkap kaca dia dapat melihat Damian yang memegang erat stereng kereta. Ayumi pula memegang erat tali pinggang keledar sambil tercungap-cungap menarik nafas.

"Ayumi okay?" Tanya Damian.

Ayumi mengangguk laju. "Okay."

Damian meninjau keluar dari tingkap kereta. Dia tahu ada sesuatu yang menyebabkan keretanya hilang kawalan.

Apatah lagi kawasan sekitar jalan raya yang sunyi meyakinkan dia bahawa mereka berdua kini berada dalam dunia yang lain.

"Ayumi tunggu di dalam" Pesan Damian sambil membuka tali pinggang keledar.

Angel mengapungkan badan ke udara ketika Damian membuka pintu kereta.

"Abang, Hati-hati" Suara Ayumi kedengaran dari dalam.

Selepas menutup pintu, Damian meletakkan tapak tangannya di badan kereta. Satu cairan ais muncul dari tapak tangan Damian dan menutupi keempat-empat bahagian pintu keretanya.

Walau apapun gerangan yang cuba mengganggu, Sekurangnya Ayumi akan selamat di dalam kereta. Damian berjalan perlahan-lahan ke hadapan.

Angel meletakkan busur panahnya pada bumbung kereta Damian. Serbuk Fairy Dust yang melekat pada busur tersebut melekat pada kereta Damian seterusnya menghalang pandangan Ayumi dari perkara yang akan berlaku di luar.

Bukannya dia tidak percayakan Damian. Tapi Angel tidak mahu mengambil risiko sekiranya Ayumi terlihat sesuatu yang tidak sepatutnya diketahui oleh gadis itu.

Misalnya jika Ayumi tahu bahawa dia merupakan Guardian Angel, Maka sia-sia sahaja usaha kerasnya selama dua tahun ini.

"Yes"

Angel menoleh ke belakang. Busur panahnya diangkat, Bersedia untuk memanah musuh.

Namun tiada sesiapa di belakangnya. Angel mula gabra. Kali ini, Makhluk apa pula yang cuba mengganggu.

"Siapa kau?!"Marah Angel.

"Aku tahu benda yang tersembunyi dalam hati kau. Lelaki tu, Kau mahukan dia." Suara itu kedengaran jelas di telinga Angel.

Namun dia tidak dapat melihat kelibat musuhnya. Tubuh Angel menggeletar. Hanya ada satu sahaja makhkuk uang dia tidak dapat lihat.

Spirit!

"Kau, Siapa yang hantar kau?"

Damian yang berjalan beberapa tapak ke hadapan menghentikan langkah. Entah kenapa dia terasa tidak sedap hati.

Dia mendongak, Mencari sesuatu yang tidak dapat dipastikan. Tetapi hatinya melonjak-lonjak ingin memandang ke atas.

"Kalau berani, Keluarlah!"Jerit Angel.

Makhluk yang menganggunya hanya ketawa mengilai.

"Kau mahukan dia. So badly. Gadis tu, Dia tak layak untuk bersama dengan Damian. Kau tahu aku betul"

Angel menggeleng." Diamlah"

"Gadis tu takkan jadi penghalang kalau dia tak ada. Dalam dunia gelap ni, Hanya aku yang akan tahu..."

"Stop"

"Dia juga mahukan kau. Remember?" Suara itu terus-terusan menghasut.

Genggaman tangan Angel pada busurnya kian longgar. Angel menoleh ke arah Damian yang melihat ke arahnya.

Damian...

Angel meluncur perlahan-lahan ke bawah.

"Yes, Dia sedang tunggu kau. Gadis tu, Aku boleh uruskan dia."Suara itu memujuk Angel.

Kaki Angel menghampiri kereta Damian.

" Yes, Kau cuma perlu buka pintu tu. Aku akan uruskan dia. Dan Damian akan jadi milik kau. Tiada siapa akan tahu."

Angel mengangkat tangan, Mahu membuka pintu kereta Damian. Tetapi di waktu yang sama, Damian juga ingin membuka pintu menyebabkan tangan mereka bersentuhan secara tidak sengaja.

Angel terdorong ke belakang akibat terkejut. Kedua tangannya dilekapkan ke dada. Busur panah Angel terjatuh ke atas jalan.

Damian juga jelas terkejut. Dia merenung tangannya sebelum memandang ke hadapan dan bahagian tepi.

"Angel?" Bisik Damian.

Angel terkedu. Hatinya tiba-tiba menjadi sayu. Pantas Angel memejamkan mata, Menggunakan kuasa telepati untuk memanggil Warrior Angel.

Bunyi kilat yang sabung-menyabung mengejutkan Damian. Cahaya kilat di dada langit dan angin kencang memberikan petanda bahawa hujan lebat akan tiba.

"Abang,"Panggil Ayumi. Dia membuat isyarat agar Damian melangkah masuk ke dalam kereta.

Damian meletakkan tapak tangan, Mencairkan semula shield ais yang dibina sebelum membuka pintu kereta.

"Ada apa di luar?" Tanya Ayumi ingin tahu.

Damian menghidupkan enjin, Memasukkan gear sebelum menekan minyak.

"Nothing." Balas Damian sepatah.

Angel memerhatikan pemergian Damian sebelum mengambil semula busurnya yang terjatuh.

Sementara itu jeritan nyaring kedengaran setiap kali pancaran kilat berlaku. Angel melebarkan sayap, Dia mahu tahu makhluk apakah yang telah mengganggu emosinya tadi.

"Guardian Angel, Pergi dari sini!" Seorang Warrior Angel menghalang Angel dari menghampiri.

Angel memusingkan busurnya ke udara. Satu cahaya kuning terjadi dengan pantas sebelum busurnya bertukar kepada Shield dan Armour seperti yang dipakai oleh Warrior Angel.

"Saya akan selamat." Angel berdegil untuk kekal berada di situ.

Dia menyaksikan beberapa orang Warrior Angel dengan kuasa kilat masing-masing sedang menyerang makhluk bewarna merah tanpa kaki.

Pertarungan mereka berakhir apabila spirit tersebut diikat dalam rantai elektrik yang dipegang oleh tiga Warrior Angel.

Saiznya yang kecil menyebabkan dia tidak mampu melarikan diri daripada ditahan.

"Amanjaku,"

Angel menyebut nama spirit yang mengganggunya tadi.

***

Amanjaku, Spirit yang akan bokeh membaca keinginan seseorang yang paling dalam. Spirit ini akan memanipulasi mangsanya demi mencapai kemahuannya sendiri.

Di dalam kes ini, Angel hampir-hampir mendengar kata-kata Amanjaku untuk mendapatkan Damian.

Cupid duduk bersila di atas meja pejabatnya. Seperti biasa fail merahnya terapung di hadapan Cupid. Sehelai pen berbulu putih bergerak-gerak menulis sesuatu di dalam fail.

"Chillax Angel. Nanti mereka akan beritahu kau juga selepas mereka dapat maklumat daripada Amanjaku tu"

Angel masih tidak puas hati. Sudah dua hari berlaku sejak serangan Amanjaku tempoh hari. Tetapi sehingga kini Mr.Sincere tidak memaklumkan apa-apa kepadanya.

"Aku takkan puas hati selagi tak dapat tahu siapa yang cuba ganggu hidup aku."

Fail Cupid beralih ke tepi. Cupid menopang pipi dengan tangan kanan.

"Kau ada syak sesiapa?"

Angel terdiam. Lama kemudian dia menggelengkan kepala.

"Aku bukan jenis serkap jarang macam tu."

"Then, Tunggu sahajalah kalau-kalau Mr.Sincere ada maklumat berkaitan kes kau ni." Kata Cupid.

Angel menyandarkan kepala ke sofa manakala Cupid kembali menatap failnya.

"Hey, Cupid" Panggil Angel.

Cupid tidak bergerak tetapi menganggukkan kepala, Tanda mendengar panggilan Angel.

"Kalau kita dah berjaya satukan Damian dengan Ayumi nanti, Boleh ke kalau aku nak tukar anak guardian?"

"Terpulang pada kau. Tapi, Itupun kalau Mr.Sincere dapat cari Guardian Angel yang baru untuk dia."

Angel memeluk tubuh. Selepas kejadian diganggu Amanjaku tempoh hari, Dia sudah mula ragu-ragu untuk menjaga Ayumi.

Nasib baik Dia terkejut apabila tangannya bersentuhan dengan Damian. Kalau tak, Tentu dia sudah membuka pintu kereta Damian. Dan Amanjaku tempoh hari akan memakan Ayumi.

Angel mengangkat tangan, Merenung tangan kanannya yang bersentuhan dengan tangan Damian.

"Cupid"

"Yes?"

"Kau pernah bercinta tak?"

Pen berbulu putih Cupid terhenti menulis. Angel melihat Cupid yang sepertinya sedang termenung jauh.

"Cupid?"

Puff!

Fail Cupid hilang. Tubuh Cupid terapung dari meja sebelum dia berdiri di belakang meja. Kedua tangannya dimasukkan ke dalam saku seluar.

"Ayumi datang" Sebaik Cupid memaklumkam kedatangan Ayumi, Pintu biliknya diketuk dari luar.

"Masuk" Arah Cupid.

Ayumi membuka pintu pejabat Cupid. Wajahnya nampak keresahan. Ayumi menghampiri Cupid.

Lagaknya seperti tidak perasan Angel ada di situ. Cepat-cepat Angel menggunakan mod halimunan.

"Nick, Saya nak minta cuti emergency. Saya perlu ke hospital. Saya tak dapat cari Cik Angel dan saya perlu mengejar masa"

"Okay,"

Ayumi tersentak. "Err, Boleh?"

"Ya."

"Betul?" Tanya Ayumi lagi. Masih tidak percaya bahawa dia diberikan perlepasan dengan begitu mudah.

Penat sahaja kepalanya merangka idea untuk merayu kepada Nick agar diluluskan cuti.

Cupid membetulkan kaca matanya. "Tak apa awak tak perlu risau. Nanti saya maklumkan pada Cik Angel"

Ayumi terasa ingin menangis. "Terima kasih Nick"

"Sure" Balas Cupid.

Tanpa membuang masa terus sahaja Ayumi mengorak langkah keluar dari pejabat Cupid.

Angel tidak perlu menunggu arahan Cupid. Dia mengapungkan diri sebelum keluar melalui dinding untuk mengekori Ayumi.

Cupid memalingkan tubuhnya ke belakang dan bersandar di meja. Dia memejamkan mata, Menggunakan kuasa telepati untuk menghubungi seseorang.

'Misi saya hampir berjaya'

Seketika kemudian orang yang dihubungi Cupid membalas kata-katanya.

'Bagus'


        Ayumi duduk di kerusi yang disediakan oleh pihak hospital. Kedua tangannya menekup wajah.

"Ayumi!"

Angel yang sedang bersandar di dinding hadapan Ayumi merenung Damian yang berlari mendapatkan Ayumi.

"Abang!" Ayumi bingkas bangun dan berlari memeluk pinggang Damian, Menangis di dada lelaki itu.

Angel memeluk tubuh dan melarikan pandangannya.

Chillax. Chill out and relax, Angel.

"Shh, Abang terus datang lepas dengar voice mail Ayumi. Maaf, Sebab abang lambat" Damian mengusap rambut Ayumi.

"Nami...doktor cakap dia dah...doktor suruh bersedia. Ayumi...dah jaga dia dari dia kecil. Ayumi tak sanggup"
Ayumi tersedu di dada Damian.

"Kita tunggu sama-sama"
Kata Damian.

"Abang janji jangan tinggal Ayumi macam Nami."

Damian mengangguk."Okay"

Angel tidak betah untuk melihat penggambaran drama Ayumi dan Damian. Dia mengapungkan diri sebelum perlahan-lahan terbenam ke bilik Nami melalui dinding.

Nami terbaring kaku di atas katil pesakit. Lingkaran hitam terbentuk di bawah matanya dengan keadaan Nami yang kelihatan begitu lemah.

Dia membuka mata ketika tersedar kehadiran Angel. Demi terpandang sahaja tubuh Angel, Bibirnya yang pucat menguntum senyuman kecil.

"Kakak,"Nami bersuara perlahan.

" Hai." Angel memegang tangan Nami yang terasa sejuk.

Dia masih ingat kata-kata Cupid tempoh hari berkenaan dengan Nami. Masanya sudah tiba juga. Hari ini Nami akan pergi meninggalkan dunia mortal.

"Kakak datang teman Nami?"

Angel menahan rasa sedih. Dia duduk di sebelah Nami dan mengangguk. Nami semakin melebarkan senyuman meskipun sukar.

Ini adalah kali kedua mereka bertemu. Tetapi entah mengapa Nami begitu menyukai Angel.

"Kakak,"

"Ya?"

"Nami takut"

Angel tidak upaya menahan. Kolam air matanya pecah juga. Sudahlah dia memang rasa sedih melihat Ayumi memeluk Damian. Sekarang Nami pula membuat pengakuan begini.

Angel memanjat katil, Memeluk tubuh tulang Nami. Dahi Nami dikucup lama oleh Angel.

'Kakak pun takut Nami. Kakak takut nak hadapi hidup selepas Damian bersatu dengan Ayumi.'






No comments:

Post a Comment

Mirna 9

"Here is the plan. Untuk mengaburkan mata orang ramai di sini, saya akan jadi ayah awak berdua. Kita datang ke sini untuk bercuti selep...