Sunday 25 March 2018

Angel 6

Angel menemani Ayumi yang kini berada di sebuah hospital. Tadi, Sebaik tamat sahaja kelas gadis itu terus mengambil teksi untuk ke sini.

Wad kanak-kanak menjadi tempat pilihan Ayumi. Hari ini dia menjadi sukarelawan yang membantu para jururawat dan doktor menghiburkan hati kanak-kanak sempena Children's day.

Tetapi Angel langsung tidak menyangka bahawa Im Jaebum akan turut berada di sini. Rupanya Putera Sean dan Putera Dean turut menjadi sukarelawan di sini.

Ah, Asalkan Jaebum itu tidak mengganggunya sudah. Perkara yang lebih penting ialah memastikan keselamatan Ayumi. Dan Jaebum juga semestinya perlu menjaga Putera Sean.

Angel memerhatikan Ayumi yang leka melayan seorang kanak-kanak perempuan.  Walaupun tanpa sehelai rambut di kepalanya, Kanak-kanak perempuan itu masih kelihatan comel.
Apatah lagi saat dia tersenyum tatkala menerima pemberian hadiah daripada Ayumi.

"Dia dah telefon kau," Cupid memberitahu Angel.

Mereka berdua kini sedang duduk di atas sebuah katil kosong bersebelahan dengan tingkap. Angel duduk melunjur kaki ke bawah manakala Cupid pula sedang duduk bersila dalam keadaan selesa.

"Siapa?" Tanya Angel keliru.

"Duh, Damianlah."

"Oh." Angel tersentak. Tidak pula dia menyangka bahawa Damian benar-benar akan telefon.

Tapi, Sudah tentu nombor yang diberikan kepada Damian sebenarnya adalah nombor pejabat Cupid. Sebuah syarikat yang Angel sendiri tidak tahu bagaimana dan di mana lokasinya.

"Dia akan bawa Ayumi datang ke pejabat esok."

"Ah, Okay. Jadi, Aku tidak perlulah merapati Damian."Kata Angel.

Kalau Damian sudah menawarkan Ayumi untuk bekerja sebagai akauntan di syarikat tipu-tipu milik Cupid, Jadi dia tinggal untuk mendapatkan kepercayaan Ayumi sahaja.

"Belum lagi. Kita masih perlu gunakan plan B."Kata Cupid.

Angel menggenggam tilam dengan kedua belah tangan. Betapa dia mengharapkan agar Cupid memberikan jawapan yang berbeza.

" Apasal pula?"Angel tidak puas hati.

Tahukah Cupid betapa dia merana setiap kali Damian berbual dengan Ayumi di talian. Dan dia harus menahan perasaan cemburu sehingga kerap kali dia menitiskan air mata.

Nampaknya melupakan Damian bukan pekerjaan yang senang semudah mengira 1,2 dan 3. Malahan mahu menjaga Ayumi tanpa memikirkan tentang Damian lebih menyukarkan keadaan.

"Ish, Kau sudah lupa? Damian dingin dengan aku. Jadi, Lebih baik kalau kau yang merapati dia. Biar aku handle Ayumi" Arah Cupid.

Angel mengeluh sebelum menjawab, "Fine!"

"Good." Balas Cupid.

Sebuah fail merah dengan logo love bewarna emas muncul lagi di hadapan Cupid. Lelaki itu mengangguk sambil tersenyum puas.

Angel mengeluh berat sebelum kembali memandang ke hadapan. Dia terkejut tatkala matanya memandang seorang kanak-kanak perempuan yang sedang dilayan oleh Ayumi tersenyum simpul ke arahnya.

Rasa pelik Angel menjadi-jadi ketika Ayumi melangkah ke katil sebelah untuk melayan seorang kanak-kanak lelaki. Budak kecil yang tersenyum ke arah Angel menuruni katilnya sebelum berjalan ke arah Angel. Anak patung bear yang diberikan oleh Ayumi tadi disuakan kepada Angel.

"Err, Cupid?" Angel memanggil Cupid.

"Hurm?" Kata Cupid.

Fail merah yang berada dalam keadaan tegak menghalang pandangan Cupid. Jadi dia tidak sedar akan kehadiran gadis kecil yang berada di bahagian kaki Angel.

"Kakak nak bear?"Halus suara kanak-kanak petempuan itu mengutarakan soalan.

Fail Cupid yang terapung turun ke bawah beberapa inci. Gadis kecil itu menguntum senyum kepada Cupid sebelum kembali mengalihkan pandangan kepada Angel.

" Tak. Terima kasih" Balas Cupid.

Angel terkejut apabila Cupid membalas jawapan untuknya. Namun, Gadis kecil itu sekadar mengangguk sebelum memeluk semula Teddy Bear miliknya.

"Nami, Ke sini." Panggil Ayumi. Mungkin dia baru menyedari tentang kehilangan Nami.

Gadis kecil di hadapan Angel menoleh ke belakang, Melihat ke arah Ayumi yang memanggilnya. Apabila dia tidak bergerak, Ayumi lantas menghampiri Nami.

Badannya ditundukkan supaya selaras dengan ketinggian gadis kecil. Kedua tangannya diletakkan di bahu Nami yang hanya tinggal tulang.

"Nami, Jangan jalan sendiri. Mari, Duduk dengan kawan-kawan" Pujuk Ayumi.

"Boleh saya duduk dengan kakak?" Jari kecil Nami menunjuk ke arah Angel.

Ayumi melihat ke arah yang ditunjuk oleh Nami. Di mata kasarnya dia tidak nampak apa-apa. Hanya cahaya matahari yang menerobos masuk melalui tingkap.

Namun dari sudut mata kaca Nami, Angel jelas kelihatan terkejut. Manakala Cupid pula kekal tenang sambil menulis sesuatu di dalam fail.

"Kakak di sini. Sudah, Mari." Ayumi menarik tangan Nami.

Dengan perlahan Nami mengikut jejak langkahnya, Meninggalkan Angel dan Cupid.

"Dia, Nampak kita?" Bisik Angel.

Nafasnya menjadi semput dengan sapaan Nami tadi.

"Budak tu dah tak lama" Kata Cupid.

"Hah?" Angel menoleh ke arah Cupid.

Puff!

Fail merah Cupid hilang meninggalkan asap kecil. Cupid membetulkan kaca matanya dengan jari telunjuk.

"Kanak-kanak boleh lihat kita meskipun kita berada dalam mod halimunan. Tapi, Begitu juga dengan mereka yang hampir mati"

Angel terkejut besar. Pantas dia menoleh ke hadapan, Menyaksikan Nami yang kelihatan gembira menyaksikan pertunjukan magic oleh seorang badut berhidung merah.

Ayumi yang berada di belakangnya juga kelihatan seronok dengan pertunjukan yang disediakan.

"Maksud kau, Nami akan mati?"

Cupid mengangguk. "Bukan urusan kita."

Angel menelan liur yang kesat. Memanglah bukan urusan mereka. Tapi, Rasa kasihannya kepada gadis kecil itu tidak dapat dielak dari hati.

"Angel, Hentikannya. Jangan biar perasaan kau mengganggu kerja. Ingat, Kau itu Guardian Angel. Kau dah berusaha keras sehingga ke tahap ini." Pesan Cupid.

Angel menelan liur. Perkara itulah yang menyebabkan dia masih mampu bertahan untuk menjaga Ayumi. Masakan dia akan lupa tentang hakikat itu.

"Ya. Saya ingat"



Im jaebum melangkah masuk ke youth club, Sebuah kelab malam yang sering dikunjunginya bersama teman-teman yang lain. Hari ini baru dia berkesempatan untuk berkunjung semula ke tempat ini.

Titan, Lelaki berotot besar yang menjadi pengawal di pintu masuk mengangguk kepada Im Jaebum. Dengan selambanya Im Jaebum membuat fist bum dengan Titan. Beberapa pelanggan yang masih beratur di bahagian pintu hanya mampu memandang dengan layanan istimewa yang diberikan kepada Im Jaebum.

Nyata Im Jaebum bukan sebarangan pelanggan di tempat ini. Jika tidak, Takkanlah dia dengan senang sahaja memotong barisan yang masih panjang.

Selepas saling bertanya khabar, Jaebum menepuk bahu Titan sebelum melangkah masuk. Bunyi muzik rancak yang memang tidak dapat lari dari sebarang kelab malam menyapa gegendang telinga Im Jaebum. Beberapa orang anak muda sudah terkinja-kinja di lantai tarian. Im Jaebum sekadar tersengih dan menuju ke tempat VIP.
Dari jauh dia sudah nampak dua orang rakannya, Tae Min dan Akira.

Sewaktu menghampiri tangga, Dua orang gadis datang menghampiri. Im Jaebum sekadar tersenyum dan menolak pelawaan mereka. Dia tidak berminat untuk mencari peneman. Tidak untuk malam ini.

"Hoi, Tengoklah siapa yang datang ziarah kita. Akhirnya, Kalau bukan the Famous Im Jaebum"Ketawa Tae Min sebelum menyambut huluran tangan Jae bum.

Im Jaebum menyalam Akira sebelum duduk di sofa merah yang menghadap ke arah lantai tari. Dua orang gadis yang duduk di sebelah Akira dan Tae Min tidak memungkinkan Im Jaebum untuk duduk di sebelah mereka.

" Hey, Bro. Sorang je malam ni?"Tanya Akira.

Memang jarang sebelum ini bagi seorang Im Jaebum untuk bersendirian. Apatah lagi setelah lelaki itu menjadi orang kanan Putera Sean dari dunia kegelapan. Lebih ramai wanita mahu mendekati Im Jaebum dek kerana pangkatnya itu. Apatah lagi bayaran yang diterima okeh Im Jaebum sebagai orang kanan Putera Sean juga agak lumayan.

"Aku tak ada mood."Balas Im Jaebum.

Dari wajah Im Jaebum jelas kelihatan kebenaran kata-katanya. Dia nampak penat dan sedikit pelik. Akira dan Tae Min menoleh sesama sendiri.

" Kenapa? Penat menjaga Putera Sean?"Teka Akira.

"Speaking about him, Bukan kau kena jaga dia ke? Lainlah macam kitorang. Anak jagaan kitorang kat sini je" Tae Min menjuih bibir, Menunjuk ke arah pentas yang menjadi kawasan tarian.

"Ah, Bosanlah aku. Sean tu dah berubah selepas bergaul dengan Putera Dean dari dunia cahaya. Aku bisik suruh buat jahat pun dah tak berhasil. Dia makin suka pula nak buat kerja kebajikan." Adu Im Jaebum.

Akira dan Tae Min menarik muka jelik. Seolah-olahnya kerja kebajikan yang disebut oleh Im Jaebum adalah satu sumpahan yang membawa maut.

"Jadi, Kau tinggalkan dia?" Soal Akira.

Im Jaebum menyandarkan belakang badannya ke sofa.

"Dia yang cakap tak perlu temankan dia malam ni. Aku tak kisah, Sebagai orang kanan aku ikut je."

"Habis tu, Kau tinggalkan Sean kat mana?" Akira ingin tahu.

"Hospital. Bahagian wad kanak-kanak. Dia jadi sukarelawan untuk hiburkan budak-budak yang sakit di sana" Beritahu Im Jaebum.

Ketawa Akira dan Tae Min meletus keluar dari bibir mereka. Tidak pernah terjangkau di minda mereka seorang putera dari dunia kegelapan akan menjadi sukarelawan. Membantu kanak-kanak kecil pula tu.

"Gurauan apakah ini?" Geleng Akira selepas tawanya reda.

"Patutlah dah lama tak nampak batang hidung kau kat sini." Kata Tae Min.

"Entahlah. Aku pun tak faham apasal dia jadi macam tu. Kalau nak buat kerja kebajikan pun, Apasallah tak tolong perompak rompak bank ke, Tolong pembunuh bunuh orang ke, Excited sikit aku nak join." Im Jaebum membuat muka tak puas hati.

"Pelik betul Putera Sean tu. Sampai begitu sekali dia berubah. Habislah kau J, Lepas ni kau kena cari kerja barulah nampaknya." Usik Akira.

"Ah, Kawan kita ni pun sama juga. Tak begitu, J?"Tae Min mengangkat kening tinggi-tinggi.

Akira menoleh sekilas ke arah Tae Min sebelum menoleh ke arah Im Jaebum dengan senyuman penuh makna.

Im Jaebum memandang kedua orang temannya dengan pandangan pelik dan penuh pertanyaan di dalam kepala.

" Apa?"Tanya Im Jaebum.

"Kami jumpa Rhea beberapa hari lepas. Dia kata yang dia pun ada jumpa dengan Angel" Beritahu Tae Min.

Im Jaebum yang penat tiba-tiba terasa segar seperti baru sahaja mendapat gaji. Setahunya Rhea tidak sebulu dengan Angel. Jadi, Dia risau andai ada sesuatu berlaku pada Angel.

Walaupun dia tahu Angel sudah berubah, Bukan lagi gadis naif yang dibulinya dahulu namun entah mengapa jantungnya tetap berdegup kerisauan.

"Rhea buat apa?"Suara Im Jaebum kedengaran panik.

Tae Min dan Akita berpandangan sesma sendiri. Sah, Im Jaebum sendiri sudah mengalami perubahan dan dia tidak menyedarinya.

" Tak ada apa. Mereka cuma berbual. Dan dia beritahu memang betul seperti yang kau cakapkan dulu. Angel sekarang sudah tidak sama seperti dahulu."Kata Tae Min.

Im Jaebum terasa lega. Akhirnya Rhea sendiri sudah mengakui akan perubahan Angel.

"Sekarang aku sendiri tidak sabar mahu menemui Angel sendiri. Makkumlah, Wajah dia yang dahulu pun dah samar-samar dalam kepala otak aku ni"Tambah Akira.

Im Jaebum mendiamkan diri. Dia enggan memberitahu mereka bahawa dia baru sahaja menemui Angel petang tadi di hospital.

Malah kalau boleh dia tidak mahu Akira atau Tae Min bertemu dengan Angel.

Kenapa?

Entah. Dia pun tidak tahu.

"Alah, Macam aku tak tahu benda dalam kepala otak kau. Give up je, Kau fikir Angel nak ke dengan lelaki yang dah huru-harakan hidup dia dulu?" Kata-kata Tae Min menyentak fikiran Im Jaebum.

Biarpun sebenarnya ayat itu ditujukan kepada Akira, Im Jaebum pula yang merasakan panasnya.

"Lagipun, Angel dah ada orang yang dia suka"Tambah Tae Min lagi.

Im Jaebum mendaratkan pandangan tepat ke arah Tae Min.

" Apa maksud kau?" Tanya Im Jaebum.

Tae Min menoleh ke arah Im Jaebum sebelum menjawab soalan lelaki itu.

"Rhea kata dia pernah nampak Angel makan berdua dengan seorang lelaki di sebuah restoran. Lelaki mortal pula tu"

Dahi Im Jaebum berkerut. "Takkanlah"

Tae Min menjungkit bahu." Rhea yang cakap."

Im Jaebum terdiam memikirkan kata-kata Tae Min. Tanpa sedar reaksinya diperhatikan oleh Akira dan Tae Min membuatkan kedua orang rakannya sekali lagi menoleh sesama sendiri.

Bingung mereka dengan perangai Im Jaebum. Adakah perangainya berubah kerana Angel?



No comments:

Post a Comment

Mirna 9

"Here is the plan. Untuk mengaburkan mata orang ramai di sini, saya akan jadi ayah awak berdua. Kita datang ke sini untuk bercuti selep...