Wednesday 14 March 2018

Angel 1

"Perhatian kepada para penumpang. Ini adalah kapten anda, Dan saya ingin mengucapkan selamat datang ke penerbangan 747 ke Tokyo. Penerbangan kita untuk hari ini ialah selama 11 jam 14 minit dan kita akan terbang pada ketinggian 29,000 kaki. Waktu tempatan di Tokyo sekarang ini ialah 12:45 petang dan cuaca adalah panas tetapi dijangka akan gelap pada waktu malam. Bagi pihak krew saya ingin mengucapkan semoga anda semua berada dalam keadaan selesa sehingga kita tiba ke destinasi. Now, Please sit back and enjoy the flight" Suara kapten penerbangan memenuhi ruang tempat duduk penumpang.

Seorang budak lelaki dalam usia enam tahun mengerutkan dahi. Tahap mindanya yang masih mentah membuatkan dia tidak memahami ucapan yang dikeluarkan oleh kapten kapal tersebut. Dia menoleh ke tepi, Melihat ibunya yang sedang bersedia untuk tidur.

"Mommy," Panggil budak itu.

"Yes, Hun?"

"Apa kapten tu cakap?"

"Perjalanan kita masih jauh. Dan awak kena tidur. Alright Timmy?"Mamanya tersenyum sambil merendahkan kerusi yang didudukinya. 

Sedang ibunya sibuk membuka kain selimut, Timmy memandang ke arah luar tingkap kapal terbang. tidak semena-mena matanya menangkap kelibat warna merah yang sedang berterbangan di udara. Timmy bingkas bangun dan melekapkan wajahnya ke tingkap. Dia mahu melihat dengan jelas objek yang sedang terbang itu.

Bagaikan sedar diperhati, Objek itu melambai-lambai ke arah Timmy dengan senyuman manis. Timmy menggosok kedua-dua belah mata. Namun, Objek itu masih juga kelihatan membuatkan dia ternganga.

"Mummy, Tengok. Ada perempuan terbang di luar." Timmy berpaling dan menarik-narik lengan ibunya untuk melihat ke luar tingkap.

"Timmy, Stop. Time to sleep"Mamanya tidak mengendahkan kata-kata Timmy. 

"Tengoklah mummy. Tengoklah cepat"

Dengan keluhan mamanya mengikut juga karenah Timmy. Namun yang dilihat olehnya hanyalah awan putih yang bercampur warna oren, Petanda matahari sudah terbenam di ufuk barat. 

"Oh yeah, Mummy nampak. Tapi dia dah lari. Okay, Tidur"Kata mamanya sebelum membalut tubuh timmy dengan sehelai selimut warna hitam yang disediakan.

Timmy kembali melihat ke tingkap selepas mamanya membalut tubuh kecil beliau. Namun bjek merah yang dilihatnya tadi sudah tiada. kekecewaan membalut hati kecilnya.

"Siapa perempuan tu Mummy?"Tanya Timmy masih belum berpuas hati.

Mamanya tersenyum ke arah Timmy. "Maybe, Guardian Angel"


          Angel ketawa kecil sebelum dia melebarkan sayap, Membawa dirinya merentasi angin dengan lebih laju ke hadapan. Kasihan budak lelaki tadi. Pasti dia terkejut melihat Angel yang sedang terbang di sebelah tingkap tadi. Tapi, kebiasaannya kanak-kanak seperti Timmy sering dapat melihat spesis makhluk seperti Angel.

Kapal terbang yang membawa Timmy melencongkan laluan menuju ke barat manakala Angel meneruskan perjalanannya ke arah timur. Bangunan Sky Realm yang menjadi pusat pentadbiran Fairy dan Angel tersergam megah di hadapan mata. Bangunan serba putih ini bertukar keemasan apabila hari siang. tetapi pada waktu malam bangunan ini akan bertukar warna putih dan menjadikannya bercahaya.


Related image



Angel memperlahankan kelajuan sewaktu hampir tiba di pintu masuk yang dikhaskan untuk Guardian Angel. sayapnya yang putih hilang sewaktu kakinya mencecah ke lantai. Angel berjalan laju menghampiri sebuah meja kristal. 

"Hai Gothart" Sapa Angel dengan nada ceria.

Gotart atau nama sebenarnya Good Heart mengangkat wajah daripada timbunan fail hitam yang ada di atas meja. 

"Oh, Angel. Lega saya dapat tengok muka ceria awak." 

"Ya? Kenapa?"

Gothart menunjuk ke arah pintu pejabar pengarah Sky Realm. dari dinding kaca itu Angel dapat melihat dua orang budak remaja lelaki serta dua orang lelaki dewasa separuh abad sedang berdiri menghadap pengarah Sky Realm, Mr.Sincere.

"Ah, Budak berdua tu buat masalah lagi?" Teka Angel.

Sean dan Dean.

Siapa yang tidak kenal mereka berdua. Sean, Putera raja dari dunia kegelapan yang nakal. Dengar kata dia ditangkap ketika cuba mencuri epal di pasar. Dean pula merupakan putera dari dunia cahaya. Dia sendiri tidak tahu bagaimana caranya dia boleh ditangkap sekali dengan Sean. 

Sudahnya mereka dikenakan hukuman oleh Mr. Sincere untuk membuat kerja kebajikan sebanyak 500 kali di dunia manusia. 

"Hurm, Entahlah. Budak-budak muda sekarang. Bukan boleh ditegur. Susah mahu mendisiplinkan mereka." Geleng Gothart.

"Hei, Saya tak."Angel separuh memuji diri sendiri.

"Saya bercakap pasal anak muda, Angel"

"Hey, Saya muda lagilah" Angel membulatkan mata. Faham bahawa Gothart memaksudkan bahawa dia sudah tua. Gothart ketawa dengan gelagat Angel.

Wanita itu kemudiannya menutup fail yang baru diteliti olehnya. Fail itu kemudiannya diletakkan di satu sudut bersama fail hitam yang lain di satu sudut meja.

"Ery, Bawak ni ke stesen penilaian" Arah Gothart.

Ery, Fairy kecil bewarna ungu itu mengangguk. Dia menaburkan serbuk keemasan sebelum mengangkat timbunan fail yang diarahkan oleh Gothart. 

"Banyaknya" Kata Angel.

"You think? Biasalah dah hujung tahun begini semua laporan perlu disiapkan sebelum masuk tahun baru. So, Angel. Ada rancangan apa-apa untuk sambutan tahun baru?" Tanya Gothart.

Angel menyilangkan lengan kiri ke atas meja. Tangan kanan pula ditongkatkan untuk meletak dagu. 
"Saya tak cuti, Gothart. Saya ambil alih tugas Amy."

Gothart menggeleng. Sepanjang dua tahun dia mengenali Angel, Gadis ini begitu komited dengan kerjanya menjaga anak guardian. Sehingga dia tidak tahu bilakah masanya Angel pernah bercuti.

"Awak patut ambil cuti Angel. tak salah pun kalau pergi bersuka ria dengan kawan-kawan walaupun untuk sehari."Nasihat Gothart.

"Kawan-kawan saya sibuklah, Gothart. Lagipun, Kami semuanya dah berpecah. Ada juga yang dah balik ke dunia manusia."

"Then find yourself a boyfriend"Usik Gothart. Bukannya dia tidak tahu yang Angel tidak mungkin akan mencari pasangan.

Cita-cita Angel terlalu mendalam untuk menjadi Guardian Angel sejak kecil. Makanya, Gadis ini tidak akan sekali-kali mencari pasangan. Kerana mencari pasangan dan berkahwin bermakna dia harus berhenti menjadi Guardian Angel.

"You know I cant, Right"

Gothart sekadar mengangkat bahu. "Oh, Angel. Takkanlah awak tak pernah jatuh cinta?"

Angel terpempan mendengar soalan Gothart. Sebelum ini wanita itu tidak pernah menyoalnya dengan soalan cepumas begini. Secara tiba-tiba Angel teringat kepada seseorang. 

"So, Mana fail saya? Maksud saya fail Amy. Dia ada beritahukan yang saya akan ambil alih menjaga anak guardian dia?"

"Heh, Cepat je dia ubah topik. Yes, Here you go" Gothart menghulurkan fail yang dibalut dengan bulu bewarna putih kepada Angel.

Dengan senang hati Angel mencapai fail yang dihulur oleh Gothart. Perkara pertama yang perlu dilakukannya ialah meneliti biodata anak guardian yang perlu dijaganya. Anak guardian Angel yang sebelum ini sudah ditukarkan kepada orang lain.

Hal ini kerana Angel masih baru. Dan seperti Guardian Angel yang masih junior lainnya, Dia perlu mencari lebih banyak pengalaman menjaga anak guardian yang pelbagai fiil. 

"Hai, Reddy"

Kegembiraan Angel dicantas oleh satu suara. Angel menjulingkan mata ke atas sebelum berpaling kepada yang empunya suara.

"Apa kau buat kat sini?" Kata Angel dengan nada jelik.


                                                        Image result for korean boyband got7 name


Im Jaebum.

Angel mengenali lelaki ini dari zaman belajar. Kali terakhir dia bertemu lelaki ini ialah sebelum dia bertukar kepada Whisper Hollow Academy. Namun, Lelaki ini masih tetap sama seperti dahulu. Masih berlagak macho dan tahu semua perkara sedangkan hakikatnya tidak.

Dan yang paling penting ialah kerana lelaki ini merupakan pembuli nombor satu. Angel juga sering menjadi mangsa Jaebum dulu.Tidak pernah Angel menyangka yang dia akan bertemu semula dengan lelaki ini di Sky Realm.

"Kenapa?" Tanya Jaebum.

"Tak tahu pula Demon boleh datang sini"

Gothart ketawa kecil mendengar ayat Angel. Dia tidak tahu pula mereka berdua saling mengenali. Tetapi jelas dari reaksi Angel dia tidak menyenangi kedatangan lelaki ini. Pastilah dia akan mengorek kisah tentang mereka berdua daripada Angel nanti. 

"Sorry to dissappoint you, Angel. Tapi aku bukan Demon. Aku ialah pegawai kanan Putera Sean"Jaebum menunjukkan lambang dunia kegelapan yang tertera di bahagian dada uniform jaket hitam yang dipakai olehnya.

"Are you sure kau bukan babysitter dia ke? tukang masak ke? tukang gosok kasut ke?" Angel masih meneruskan dengan ayat sadis.

"Wow, Kau dah berubah sekarang. Aku tak ingat kau jenis yang sadis macam ni." 

Hati Angel bagai ditikam bertubi-tubi. Dia faham Jaebum cuba membangkitkan semula kisah silam mereka. Terutamanya semasa dia sering menjadi mangsa buli lelaki itu dan ahli gengnya. 

"Keep you distance, J." Angel memberikan amaran.

Jaebum memegang dahu dengan tangan kanan. Dia melirik Angel dengan gaya menggoda.

"Aku tak tahulah kalau aku boleh buat begitu Angel. Especially lepas tengok kau dah berubah cantik begini. Look, Kita lupakan sahaja kisah silam. Maybe, Kita boleh mulakan semula hubungan baru?" Kata Jaebum.

"Not even in your dream." Geleng Angel sebelum dia berpaling kepada Gothart. "See you later, Gothart"

Fail di tangan Angel hilang, Meninggalkan kepulan awan kecil. Tanpa menunggu sesaat pun berlalu, Angel terus melangkah laju ke arah pintu keluar. Sayapnya yang bewarna putih dikembangkan sebelum dia meluncur laju ke udara.

Jaebum memerhatikan pemergian Angel dengan senyuman sinis. Dia tidak menyangka Angel yang digelar ugly duckling kini sudah bertukar menjadi Swan.

Dia suka. Dan apa yang Jaebum nak, Jaebum akan dapat!




No comments:

Post a Comment

Mirna 9

"Here is the plan. Untuk mengaburkan mata orang ramai di sini, saya akan jadi ayah awak berdua. Kita datang ke sini untuk bercuti selep...