Thursday 15 March 2018

Angel 2

Angel mahu bersikap optimis sempena menyambut tahun baru ini. Sebab baginya tahun baru bermakna meneruskan kehidupan yang akan mendatang.

Daripada merancang untuk setahun yang bakal ditempuhi, Angel lebih suka merancang secara harian. Jadi, Setiap hari dia akan mencari peluang, Menemui perkara baru, Membuat kesalahan dan belajar daripada kesilapan tersebut. Namun yang lebih penting adalah menjadi lebih baik daripada semalam.

Bukankah itu lebih senang?

Live for today, Because yesterday is over, Tomorrow is yet to come, But today is present!

Sambil duduk di atas sebuah tugu berbentuk burung helang, Angel menggoyangkan kakinya perlahan-lahan. Dia sedang membaca biodata berkenaan anak guardiannya yang terbaru. Dari gambar yang terdapat pada fail ini, Anak guardiannya merupakan gadis yang cantik.


                             
                                                                Naeun Apink as Ayumi

Ayumi, Berusia 22 tahun. Masih belajar dalam subjek akauntan di sebuah pusat pengajian. Anak bongsu daripada tiga adik beradik. Merupakan satu-satunya anak perempuan. Dan yang penting masih single walaupun mempunyai rekod kenalan yang ramai.

Puff!

Fail di tangan Angel terus hilang meninggalkan kepulan awan kecil. Matanya merenung Ayumi yang sedang berdiri di hadapan sebuah restoran, The Rooftop. Sesekali Ayumi melihat jam di tangan. Dia kelihatan gusar sepertinya sedang menunggu kehadiran seseorang.

Seseorang yang nampaknya terlewat.

"Apa kau buat Girl? Masuk tunggu di dalamlah. Kalau aku jadi kau, Jangan harap aku nak tunggu. Ini mesti lelaki ni" Bicara Angel sendiri.

Dia menopang dagu dengan tangan kiri. Agak bosan pula menunggu begini. Baginya Ayumi ini ialah jenis anak baik. Tidak seperti anak guardiannya yang nakal sebelum ini. Namun kenakalan seseorang anak guardian akan memberi Guardian Angel mata bintang yang banyak jika mereka berjaya mengatasi kenakalan anak guardian mereka.

Sedang dia bertafakur begitu, Muncul kelibat seseorang yang berpakaian sut hitam. Lelaki itu tersengih ke arah Angel sambil membuat tanda Peace sebelum melayang turun perlahan-lahan ke sebelah Ayumi.

Cupid!

Hati Angel tertanya-tanya maksud kedatangan lelaki itu di sebelah Ayumi. dia mengembangkan sayapnya yang putih sebelum meluncur ke arah Cupid. Nick a.k.a Cupid sedang memegang fail bewarna merah dengan lambang love bewarna emas.

Puff!

Fail itu hilang sebelum sempat Angel mendarat ke lantai.

"Hello, Angel. Workaholic girl yang tak pernah mengambil cuti sepanjang dua tahun menjadi guardian Angel. That is a record you know?" Sapa Cupid.

"Kau buat apa kat sini?" Tanya Angel sebaik kakinya mencecah ke tanah.

"Aku yang patut tanya soalan tu," Cupid membetulkan kaca matanya yang sudah terletak elok di wajah.

"Aku tengah kerja" Balas Angel.

"Samalah dengan aku. Di mana ada cinta, Di situ ada aku"Kata Cupid sambil jari telunjuknya disua ke arah Ayumi.

Angel pelik melihat senyuman yang terukir di bibir lelaki itu. Namun begitu sel otaknya mula menemui makna tersirat yang ada dalam ayat Cupid tadi.

"Oh, Maksud kau anak guardian aku ni akan jumpa jodoh dia?" Tanya Angel.

Jika benar begitu bermakna dia harus bekerjasama dengan Cupid untuk melaksanakan misi tersebut.

"That is correct, Love. Jadi, Kau akan bantu aku untuk satukan si....Ayumi ni dengan jodohnya. Atas arahan Mr.Sincere juga, Jadi kau tak boleh say no" Cupid menggerakkan jari telunjuk kanannya ke kiri dan kanan.

Angel melibas tangan di hadapan muka. " Of course tak. It will be my pleasure to help you"

"Good. Lagipun rasanya tak perlu aku ingatkan kau tentang mata bintang yang bakal kau dapat kalau misi kita ni berjaya,"Cupid mengingatkan Angel.

"Aku akan simpan pesanan tu dalam kepala. So, Bila kita nak mula?" Soal Angel dengan nada teruja.

"Kita dah mulalah ni" Angguk cupid.

Mereka berdua mengarahkan pandangan kepada Ayumi yang semakin resah. Nampaknya insan yang ditunggu olehnya masih juga belum kunjung tiba. Setengah jam sudah berlalu sejak Ayumi menunggu di laluan pejalan kaki ini.

Angel melirik ke arah beg hitam yang berada dalam genggaman Ayumi. Beg sederhana besar itu berisi kotak hadiah. Tadi, Dia tidak perasan pula Ayumi membawa hadiah. pastinya untuk seseorang yang istimewa.

"Mana abang ni?" Gerutu Ayumi sendiri.

Dia tidak nampak Angel dan Cupid yang berada dalam mode halimunan. Cupid menarik nafas dalam sementara Angel ketawa kecil.

Kasihan Ayumi, Mungkin lelaki itu tidak jadi datang? Bisik hati Angel. Cepat-cepat Angel menggeleng, Membuang firasat buruk yang cuba menghasut itu jauh-jauh.

Fokus Angel.

Fikirkan tentang mata bintang yang bakal dianugerahkan jika misi penjodohan ini berhasil. Kalau gagal bertaburanlah mata bintang yang bakal melonjakkan statusnya sebagai Guardian Angel nanti.
Dan boleh juga dia bermegah di hadapan Im Jaebum nanti.

Im Jaebum.

Mengingatkan namanya sahaja sudah membuatkan Angel geram. Apatah lagi saat bersua muka dengan lelaki itu. Buta betul Putera Sean ni. Macam tak ada orang lain nak dijadikan pembantu.

"Oh, Itupun orang yang ditunggu Ayumi," Kata Cupid.

"Abang!" Jerit Ayumi sambil melambaikan tangan.

Jelas nada kegembiraan daripada suaranya. Angel yang terhalang pandangannya kerana berada di belakang Cupid bergerak ke tepi. Buat seketika matanya hanya nampak kerumunan orang ramai sementelah mereka kini sedang berdiri di laluan pejalan kaki.

Zapp!

Mata Angel terbuka luas saat seorang lelaki berlari-lari anak mendapatkan Ayumi. Jantung Angel terus sahaja berdetak kencang. Tak mungkin dia orang yang sama kan?

"Ayumi, Maaf. Abang terlambat"

Suara lelaki itu menyedarkan Angel bahawa insan yang berdiri di hadapan Ayumi adalah lelaki yang sama. Dan juga...

Abang?! Angel terperanjat besar. Tiba-tiba sahaja hatinya mendidih.

"Tak apa. Ayumi pun baru je sampai" Balas Ayumi.

Baru sampai?! Kau dah tunggu sini selama 32 minit 15 saat. Dasar penipu, Desis hati Angel. Dia mengepal penumbuk. Geram.

"Jom masuk. Abang belanja" Lelaki itu menunjukkan ke restoran The Rooftop.

Ayumi mengangguk sebelum mengorak langkah mengikut lelaki itu dengan malu-malu kucing. Muzik sentimental menjamah telinga Angel sewaktu lelaki itu membukakan pintu untuk Ayumi. Cupid mengekori mereka berdua masuk.

Namun yang berbeza ialah dia tidak memerlukan pintu. Sayap cupid terbuka luas melayangkan tubuh lelaki itu masuk menembusi dinding kaca ibarat hologram. Seketika kemudian kepala Cupid terjengul semula ke luar.

"Angel, Cepatlah"Panggil Cupid.

Baru tersedar, Angel melirik Cupid dan pintu restoran yang sudah tertutup.

"Ah, Itu..."

"Ya. Itulah orangnya. Cepat masuk. Aku takkan ulang untuk kali kedua" Kata Cupid lantas menghilang dari sebalik dinding kaca.

Angel masih kaku di laluan orang ramai itu. Sayapnya juga tidak mampu dibuka oleh Angel. Dia keliru.

Hadiah.

Restoran dengan latar muzik sentimental.

Seorang lelaki dan seorang gadis.

It is a date, Right?

Dunia Angel terasa kabur dengan air panas yang mula bertakung di kolam mata. dadanya seperti berkecai menjadi serpihan-serpihan kecil. Angel menelan liur yang tersekat.

Damian. Why?









No comments:

Post a Comment

Mirna 9

"Here is the plan. Untuk mengaburkan mata orang ramai di sini, saya akan jadi ayah awak berdua. Kita datang ke sini untuk bercuti selep...