Friday 16 March 2018

Angel 5


Image result for Mario Maurer

                                                         Mario Maurer as Damian



Sejak bangun dari tidur pagi tadi Damian sudah pun merasakan ada yang tidak kena. Sehinggakan gelas yang digunakannya untuk minum kopi pun boleh terlepas dari tangan dan terbelah dua bahagian di atas lantai.

Tetapi tidak pula dia menyangka bahawa semua itu merupakan suatu petanda. Supaya dia akan lebih bertabah menghadapi dugaan yang sebenar sewaktu dia menemui klien terbarunya, Encik Nick.
Sewaktu dia tiba ke restoran ini tadi, Dia tidak menyangka akan turut menemui pasangan lelaki itu.

Angel tunduk merenung gelas yang berada di atas meja. Dia tidak berani membalas renungan Damian yang terarah kepadanya. Juga kerana jantungnya berdebar melihat Damian yang kelihatan segak memakai kot putih hari ini. Sementara itu, Nick pula ralit membaca portfolio yang dihasilkan oleh Damian.

Angel menggenggam napkin yang berada di atas pehanya. Kesan basah melekat pada napkin berwarna merah tersebut, Tanda peluh yang terhasil daripada telapak tangan Angel. Sementara menunggu Cupid yang konon-konon faham tentang proposal Damian, Angel teringat tentang rancangan mereka yang dijelaskan oleh Cupid.


"Kita akan bertemu Damian dua hari lagi. Aku akan berpura jadi klien dia dan minta dia buat program keselamatan untuk syarikat kita. Dan lepas tu kau akan minta untuk cari seorang akauntan. Jadi, Nanti pasti Damian akan namakan Ayumi kepada kau." Kata Cupid.

Fail merah berbentuk Love dengan pen berbulu putih terapung di hadapannya. Angel duduk menopang dagu di hadapan Cupid. Mereka kini berada di ruang rehat Sky Realm kerana Cupid dipanggil oleh Mr.Sincere atas urusan yang tidak diketahui oleh Angel.

Angel mengangguk. "Tapi, Mana kita nak cari tempat untuk bina syarikat tu?"

Cupid mengeluh. "Love, Kau fikir aku ini baru jadi Cupid? Aku memang dah ada semua persiapan. kau tidak perlu risau tentang hal itu"

Angel mengangguk lagi. "Lepas tu aku kena rapatkan diri dengan Ayumi. Okay, Rancangan yang bijak"

Dengan menggunakan jari telunjuk, Cupid membetulkan cermin matanya. Bangga apabila dipuji oleh Angel. 

"This is Cupid. Di mana ada cinta, di situ ada aku"

"Tapi, Kalau Damian tak setuju macam mana? atau dia tak namakan Ayumi sebagai akauntan aku?"Tanya Angel.

"Kita guna plan B."

"Which is?"

"Secret" Cupid kembali melihat fail di tangannya.


"Okay, Saya suka dengan rancangan Encik Damian. Agaknya bila kita boleh mulakan rancangan ni?"
Tanya Cupid dengan lagak proffesional.

"Bila-bila masa sahaja yang Encik Nick mahu. Syarikat kami akan pastikan hasil yang terbaik untuk syarikat Encik Nick" Balas Damian.

Cupid menoleh ke arah Angel dengan senyuman.

"Terima kasih Encik Damian. Tapi semua ini sebenarnya saya lakukan untuk bakal isteri saya, Angel. Awak ada apa-apa nak tambah, Love?"

Memahami isyarat Cupid, Angel menelan liur sebelum bersuara. Bimbang jika suaranya kedengaran gugup. 

"Yeah, awak dah lupa? Kan akauntan lama kita tu dah nak cuti bersalin. Kita kena cari part-timer sementara dia cuti bersalin" Balas Angel dengan nada manja.

Sebahagian hati Angel rasa geli mahu berlagak manja begini dengan Cupid. Sebahagian lagi terasa seperti ditoreh-toreh dengan panah kerana terpaksa melakukannya di hadapan Damian. 

Cupid berpura-pura berfikir. 

"Encik Nick dengan Cik Angel dah lama kenal ke?" Soal Damian. 

Angel tersentak. Cupid berpandangan dengan Angel sebelum menghalakan pandangan kepada Damian. Riak serius Damian membuatkan Angel terasa khuathir. Janganlah Damian memecahkan rahsia bahawa mereka berdua saling mengenali. 

Agaknya Damian marah kerana Angel berpura tidak mengenali Damian saat mereka berdua diperkenalkan oleh Cupid. 

"Dah setahun" Jawab Cupid.

"Oh. Macam mana awak berdua boleh bertemu?"

Mulut Angel terbuka. Dia tidak faham keperluan Damian menyoal soalan peribadi seperti itu kepada mereka berdua. Sudahnya Angel kembali resah. Damian masih tidak menawarkan kepada mereka supaya mengambil Ayumi sebagai ganti akauntan.

Dan sekarang mereka perlu membuat cerita tentang pertemuan yang tidak pernah berlaku. Tetapi bukan itu masalahnya sekarang. Isu yang penting di sini ialah mereka tidak pernah merancang cerita mengenai pertemuan mereka berdua.

Tetapi cupid tetaplah Cupid. Tenang sahaja menerima soalan yang dilemparkan oleh Damian. Sambil menarik nafas dalam-dalam, Cupid menoleh ke arah Angel dengan pandangan penuh kasih.

"Saya dengan Angel kenal sejak kami masih kecil. Tetapi kemudiannya kami terputus hubungan selepas saya berpindah ke tempat baru. Sejak tu hubungan kami on dan off. Tapi, Saya tak pernah lupa pada dia. Dan selepas saya bertemu semula dengan Angel setahun yang lepas, Saya sedar yang saya takkan lepaskan gadis ini hilang dari hidup saya lagi. Because a person who truly love you will never let you go. No matter how hard the situation is. Dont you agree, Mr.Damian?"

Angel tidak tahu pula Cupid boleh mengeluarkan kata-kata yang romantik. Dia ingatkan Cupid hanya pandai membuat rancangan untuk menjodohkan pasangan yang telah ditentukan. Atau menembak panahan cinta. Masih banyak lagi rupanya rahsia mengenai Cupid yang perlu dia pelajari.

Tentulah dia akan melting mendengar ayat itu, Andai diucapkan oleh lelaki yang berada di hadapannya ini. Damian masih juga bersikap serius seperti tadi. Dan angel tidak faham puncanya damian bagaikan ingin menumbuk Cupid.

"Kenal dari kecil? Then Encik Nick pasti tahu..."

"Ya. Saya tahu segalanya tentang Angel dan saya juga tahu awak bukan manusia biasa. Encik Damian, Awak rasa kenapa saya pilih Encik Damian daripada ramai programmer yang lain"

Damian benar-benar terkejut kerana tidak menjangka ayat yang baru keluar dari mulut Cupid.. Angel dan Cupid perasan riak wajah Damian berubah sedikit. Namun kemudian Damian menyembunyikannya dengan senyuman.

"Ah, Kadang-kadang saya terlupa yang bukan saya seorang sahaja magician yang berada di dunia manusia." 

"Itu perkara biasa Encik Damian."Balas Cupid.

"Jadi, Bila your big day if I may ask?"Damian masih lagi menyoal berkaitan mereka berdua.

"Soon"Jawab Cupid sepatah namun yakin.

Angel mengerling Cupid sekilas sebelum kembali menunduk. Dia tidak boleh bertindak begini, Membiarkan Cupid seorang menjawab semua soalan yang diutarakan oleh Damian. Bukankah mereka seharusnya bekerjasama?

"Encik Damian ada kenal mana-mana akauntan? It will be a good help for us."Angel memberanikan diri untuk membalas pandangan Damian yang tajam menikam.

Pertanyaan Angel membuatkan Cupid dan Damian mengalihkan pandangan ke arahnya. Damian mengambil gelas berisi air kosong di atas meja dan dihirup perlahan. Sengaja membiarkan Angel tertunggu-tunggu.

"Yeah, Saya mungkin ada seseorang kalau Cik Angel berminat. Saya akan hubungi Cik Angel nanti."Balas Damian.

"Atau awak boleh suruh dia hantarkan resume..."

"No, I;ll call"Potong Damian.

Cupid melihat Angel dan Damian bersilih ganti. Jika dilihat betul-betul, Bagaikan ada pertarungan renungan yang sedang berlaku antara Angel dan Damian di saat ini.

"So, Bila kita nak order makanan?"Cupid mengakhiri pertarungan renungan antara Damian dan Angel.



          Angel membasuh tangan di sinki dengan perlahan-lahan. Pili air ditutup selepas dia selesai. Sambil memegang sinki, Angel merenung dirinya di hadapan cermin. Ternyata tidak mudah baginya berhadapan dengan Damian seperti ini.

Ah, Damian.

Bukankah dia sekarang sedang bersama dengan Ayumi? Malah mereka sudah selalu keluar bersama. Sepanjang dia berada bersama Ayumi pun seringkali dia melihat Ayumi menghubungi Damian. Dan setiap kali perkara itu berlaku, Angel akan berlalu ke tempat yang agak jauh. Dia tidak mahu mendengar perbualan antara Damian dengan gadis itu. Hatinya sudah cukup parah. Hanya tinggal nyawa-nyawa ikan.

Atau Damian masih tidak berubah daripada perangai lamanya? Tapi, Sebelum dia meninggalkan tanah Iceland dahulu, Damian sudah nampak sedikit berubah. Mungkinkah dia hanya berlakon?

Angel menggelengkan kepala. Dia terasa mahu menjerit.

Snow, Kalaulah kau masih hidup mesti aku tak jadi macam ni. Mesti kau ada untuk pujuk aku.
Kita akan melepak di bangunan tinggi. Kau akan tengok bintang dan kita akan bercerita panjang tentang semua perkara yang berlaku.

Tapi, Sekarang aku keseorangan. Tiada sesiapa yang faham aku macam kau. Snow, Aku rindukan kau.

Angel menarik nafas dalam dan menghembuskannya perlahan. Tapi, Kalau Snow ada di sini mesti rakannya itu tidak mahu dia bersedih begini. Jadi, Dia harus kuat. Diakan Guardian Angel yang juga pelajar terbaik Whisper Hollow Academy.

Dia juga yang pernah menumpaskan bala tentera Luther Fang dua tahun dahulu. Masakan dia boleh beralah dalam perjuangan kali ini.

"You are gonna be alright"Angel memberitahu dirinya sendiri.

Selepas mengelap tangan dengan tisu, Angel melangkah keluar dari tandas restoran. Dia mahu kembali ke meja bersama Damian dan Cupid. Pemergiannya ke tandas hanyalah sebagai alasan. Rancangan Cupid sebenarnya supaya Angel dapat membiarkan Cupid dan Damian merapatkan hubungan.

"Angel"Panggil seseorang.

Angel berpaling ke belakang. Terpinga-pinga dia melihat lelaki yang sedang bersandar di dinding restoran itu.

"Eh, Cupid. Kau tunggu aku? Bukan kau sepatutnya dengan Damian?"Angel pelik.

Cupid mengeluh. Jari telunjuknya menolak bingkai kaca matanya di bahagian tengah.

"Dia dah pergi tak lama lepas kau ke tandas. Damn, That guy is so hard. Oh, By the way aku terjumpa kawan kau tadi."

Angel mengerutkan dahi. "Kawan? Siapa?"

"Rhea,"

Mendengarkan nama itu Angel terasa seperti kepalanya ingin meletup. Dalam banyak-banyak tempat di bandar ini, Kenapa Rhea juga yang harus menemuinya?

"Okay, First of all dia bukan kawan aku. Anyway, Dia nak apa?" Tanya Angel.

"Nothing much. Cuma tanya siapa aku dan kenapa kita ke sini. Aku cuma beritahu dia kita di sini atas urusan kerja. Dia tak nampak happy"

Angel tidak terkejut mendengar cerita Cupid. Dia pasti, Selepas ini Rhea akan semakin menjadi-jadi dalam usaha untuk menyakiti hatinya. Kadang-kala Angel sendiri tidak faham punca Rhea perlu membencinya.

Tetapi mengenangkan perangai Rhea yang sememangnya tidak elok itu tidaklah menjadi satu perkara yang pelik. Cuma hairan juga kerana setelah begitu lama tidak bertemu, Gadis itu masih juga dengan sikap yang lama.

"Biarlah dia. Lain kali kalau kau jumpa dia lagi jangan layan. So, Macam mana sekarang? Nampaknya misi kita untuk mendekati Damian dengan Ayumi semakin sukar"

Sungguh Angel tidak sangka dengan perbuatan Damian. Nampak seperti lelaki itu dengan sengaja mengelakkan diri daripada Cupid. Tetapi bukankah Cupid ini klien dia?

Cupid tersenyum nipis. "Well, Looks like we have to move to plan B"

"And that is?"

"Apa lagi. Tukar tempatlah."

"Maksudnya?"Soal Angel.

"Senang sahaja. Kau kena hampiri Damian dan aku yang akan dekati Ayumi."Jawab Cupid tanpa menyedari bahawa Angel seperti terkena panahan kilat Warrior Angel.

Oh boy.


       







No comments:

Post a Comment

Mirna 9

"Here is the plan. Untuk mengaburkan mata orang ramai di sini, saya akan jadi ayah awak berdua. Kita datang ke sini untuk bercuti selep...