Thursday 15 March 2018

Angel 3

Related image

                                                              Kim Yoo Jung as Angel


Angel duduk bersimpuh menghadap ke arah sebuah bangunan Apartment. Dia terfikir berkenaan perjumpaan dengan Damian semula selepas dua tahun tidak bersua. Angel sebenarnya masih keliru tentang situasi yang baru dihadapinya sekarang ini. Tidak pernah dia menyangka anak guardiannya akan dijodohkan dengan Damian.

Suasana malam yang sunyi membuatkan Angel teringat semula peristiwa di restoran tadi. Angel bersyukur kerana Cupid memilih tempat jauh yang agak jauh dari Ayumi dan Damian. Namun mereka berdua masih berada dalam radar pandangan Cupid.

Selepas duduk, Cupid menggunakan charmed agar tiada sesiapa yang mahu duduk di tempat mereka.
Dia masih berada dalam mode halimunan. Belum masanya untuk dia menjelmakan diri. Dia perlu menyiasat berkenaan Ayumi dan Damian terlebih dahulu.

Angel pula duduk dengan membelakangkan Ayumi dan Damian. Seksanya dia mahu menahan diri daripada menyerang Ayumi dan Damian.

Cupid dan Angel hanya diam membisu sepanjang berada di restoran itu. Cupid sedang merenung fail merah berbentuk Love. Sesekali kepalanya terangguk-angguk. Sebatang pen berbulu putih melayang-layang, Menulis sesuatu di dalam fail tersebut.

"Kau dah fikir rancangan?" Tanya Cupid tiba-tiba.

Angel mengangkat wajah." Hah?"

"Plan untuk satukan mereka berdua." Kata Cupid.

Angel faham pastilah berkenaan Ayumi dan Damian. Tapi, Dia tidak faham. Bukankah Damian sudah bertunang dengan Clara?

"Cupid,"

Cupid memandang Angel dengan menjungkit kening.

"Err, Kau pasti ke lelaki tu memang dijodohkan dengan Ayumi?" Tanya Angel dengan berhati-hati.

Dia bimbang andai Cupid tahu bahawa dia mengenali Damian semasa berada di Iceland dahulu. Dia tidak mahu mengenang memori pahit yang pernah berlaku semasa keberadaannya di sana. Masih belum hilang lagi traumanya berhadapan dengan Luther Fang dahulu. Apatah lagi mengenangkan Snow, Angel mula terasa mahu menangis di hadapan Cupid.

Sepanjang dua tahun ini, Tidak pernah dia menceritakan kepada sesiapa pun bahawa dia pernah berhadapan dengan Luther Fang. Perkara itu perlu dirahsiakan atas dasar keselamatan. Pesan Madam Eloisa itu masih tengiang di telinganya.

"What? Kau nak kata aku salah?" Tanya Cupid kembali.

"Aku...tanya je."

Cupid merenung Angel membuatkan dia resah. Bimbang jika Cupid mengesan sesuatu. cupid mengarahkan kembali perhatian kepada Damian yang sedang berbual mesra dengan Ayumi.

"Menurut maklumat yang aku dapat, Lelaki tu pernah bertunang dengan gadis lain. Tapi, Tak lama lepas tu pertunangan tersebut putus di tengah jalan."

"Kk...kenapa?"Angel terkejut.

Sungguh dia tidak menyangka pertunangan Damian dengan Clara putus. Dia ingatkan Damian kini sudah berkahwin dan hidup bahagia di samping isterinya.

"I don't know and I dont want to know. Yang penting aku nak jayakan rancangan menyatukan mereka dan cari mangsa terbaru. Hey, Aku pun nak mata bintang juga," Cupid tersenyum.

Angel tertunduk. Benar juga, Kalau misi ini tidak berjaya Cupid juga akan terkesan kerana tidak mendapat mata bintang. Jadi, Mahu tidak mahu dia harus membantu Cupid untuk menjayakan misi ini.

Tapi...

Angel memegang dada. Mampukah dia?

"Nanti kau ikut lelaki tu. Aku akan jaga Ayumi malam ni."Kata Cupid.

Fail merah dan pen berbulu putih yang berada di hadapannya tadi sudah hilang. Angel bertambah terkejut. Ternganga dia melihat Cupid.

"Ii...ikut lelaki tu?"

"Ya. Aku mahu tahu lebih lanjut tentang Ayumi. Jangan risau, Malam ni aku jaga Ayumi. Aku akan pastikan tiada makhluk pengacau yang ganggu dia semasa tidur. Kau ni kenapa? pelik betul aku tengok"

Cupid mendekatkan badan ke meja. Diperhatikan wajah Angel dalam-dalam seakan cuba membaca perkara yang tersirat dalam kepala gadis di hadapannya ini. Angel menggenggam kedua tangan di bawah meja.

Dia membalas pandangan Cupid dengan sengihan yang dipaksa.

"Tak ada apa. Okay aku akan ikut lelaki tu. In the meantime, Aku akan fikirkan rancangan untuk satukan mereka."

Bunyi hon membangkitkan Angel dari lamunan panjang. Di bawah bangunan setinggi 18 tingkat itu dia dapat didengar suara maki hamun dengan kata-kata kesat yang dilemparkan. Haisy, Manusia. Sungguh sedikit sekali tahap kesabaran mereka.

Angel mengeluh. Dia pula bagaimana?

Mampukah dia bersabar dan menerima hakikat bahawa takdir dia dengan Damian tidak akan pernah bersilang. Malah sekarang dia perlu membantu Cupid menyatukan Ayumi dengan Damian.

Sebuah pintu balkoni yang terletak di tingkat 15 itu terbuka dari dalam. Damian muncul dan berdiri di pagar sambil memegang telefon bimbit. Kedua lengannya diletakkan di atas pagar sambil matanya ralit membaca sesuatu di skrin telefon.

Angel mengambil masa yang terluang dengan merenung gerak-geri Damian. Dua tahun lepas, Lelaki inilah yang selalu mengganggunya. Pantang mereka bertemu pasti dia akan diayat oleh Damian. Dan selepas itu Angel akan marah-marah.

Tapi Damian ini ibarat bayang-bayang. Ke mana sahaja Angel pergi, Pasti Damian akan muncul walaupun sekadar untuk menghantar senyuman manis atau kenyitan mata sebelum menghilangkan diri.

Angel mengangkat tubuh dari tempat duduk. Sayap putihnya dikembangkan sebelum dia meluncur turun ke arah Damian. Dia yang berada dalam mode halimunan tidak disedari oleh Damian. Nampak kerutan di dahi Damian sebelum kemudiannya dia mengukir senyuman.

Angel terpempan. Betapa dia merindui senyuman yang selalu dihadiahkan oleh Damian dahulu. andainya dia mampu memutarkan kembali masa, Dia mahu kembali ke Iceland. Mahu diusik kembali oleh lelaki yang berada di hadapannya ini.

"Damian. i miss you" Bisik Angel.

Serentak itu Damian berpaling ke tepi membuatkan Angel terpana. Adakah Damian dapat mendengar suaranya?

Telefon bimbit Damian tiba-tiba berbunyi menandakan panggilan masuk. Angel menarik nafas lega. Damian tersenyum sebelum menekan butang accept di skrin.

"Helo, Ayumi. Tak tidur lagi?"Kata Damian selepas menekup telefon bimbit ke cuping telinga.

Kolam mata Angel pecah lagi saat mendengarkan nama Ayumi. Apatah lagi melihatkan senyuman lebar yang terukir di wajah Damian. Angel pasrah apabila Damian kembali masuk ke dalam apartment sebelum menutup pintu balkoni.

Dari pintu kaca ini dia masih dapat melihat Damian mengorak langkah ke sofa sebelum membaringkan tubuh di situ. Angel berdiri tegak di hadapan pintu, Berat hati untuk melangkah pergi meninggalkan Damian walaupun hatinya terluka melihat Damian yang rancak berbual dengan Ayumi.

Wake uip, Angel. Dia bukan lagi untuk kau. Damian milik Ayumi, Remember? Hati Angel berbisik.

Angel mengangguk akur dengan kata-kata hatinya. Tapi, Untuk malam ini berikanlah keizinan kepadanya untuk melihat Damian sebagai seorang kekasih. Kerana esok, Dia berjanji akan belajar untuk memadamkan nama Damian terus dari dalam hati.

Just, This once.





No comments:

Post a Comment

Mirna 9

"Here is the plan. Untuk mengaburkan mata orang ramai di sini, saya akan jadi ayah awak berdua. Kita datang ke sini untuk bercuti selep...